Jangan Clik

Sunday, December 20, 2009

Family Day D Langkawi


Minggu lpas opis aku ada buat family day kat Pulau lagenda, langkawi. Rombongan seramai 83 orang kakitangan beserta keluarga telah berangkat ke Pulau langkawi melalui jeti Kola Perlih.Ramai sungguh orang kat jeti semua pakat nak pi bercuti, ada yang pi persendirian bersama keluarga, ada yang ikut rombongan maklumlah musim cuti sekolah.
Pulau Langkawi, pulau yang selalu menjadi destinasi utama pelancongan bukan sahaja kecantikan pantai dan pulaunya malah kemurahan barangan di pulau bebas cukai ni. Biasala bila musim cuti sekolah ni semua resort, hotel, chalet fully booking, kereta dan van sewa pun abih orang booking, rate hotel dan keta sewa murah ja kalau bukan musim cuti sekolah, bila mai time ni habih mencanak naik harga. Time cenggini la para peniaga nak buat duit. Tu pun ramai berpusu2 mai bercuti kat sini.

Singgah di galeria Perdana berkesempatan la jumpa dan bergambar dengan Presiden Cuepacs Tn. Haji Omar Osman. Dengan satu harapan dari kami untuk Tuan haji, mintak2 la taun depan dapat la bonus dari kerajaan ya tuan haji thihihihi....
Suasana malam di pantai Chenang penuh dengan tourist dan local tourist, pelbagai cenderamata dan barangan dijual di sekitar sini, jangan segan tawar harga kalau nak dapatkan harga yang setimpal. Kami menginap di Sandy Beach Motel, Pantai Chenang, senang nak buat aktiviti kat tepi pantai. Yang penting anak-anak buleh enjoy mandi laut.

Masuk underwater world Langkawi heroku bule bantai lena lak, kita nak bawak dia mai tgok ikan-ikan yang besaq pada dia kat sini, biaq dia tau ropanya ada lagi ikan yang lebih besaq dari babah dia.
Ibu " Lihat anakku sama tak corak kulit ikan kerapu tua tu ngan corak tudung ibu, untuk pengetahuan anakku tudung ibu di dibuat oleh kulit ikan kerapu tua tu la." Wahahaha anak aku penin mana satu ibu dia mana satu ikan kerapu, sebab corak sama wahahaha...(sori cayang abang lawak ja nti balik abang beli aih pop kat cayang, jangan mara tau ahaks)

Wife aku bwak hero ku mandi laut sebab dia teringin sangat nak berendam, selama ni dok mandi dalam baby tab ja bila tgok laut baru dia tau rupanya kat luaq sini ada lagi tab yang lagi besaq dari baby tab dia.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah lombat katak, w;pun muka aku ada gak iras2 katak pisang tapi aku tewas jugak sebab semua bukan lompat katak tapi pakat lompat kijang, habih la aku (hihihi tak mengaku kalah sebab stamina tak dak, dah tua ahaks)

Acara yang dinanti iaitu berendam dalam ayaq masin, seb baik anak babah takleh berenang lagi, nanti bila anak babah dah buleh berenang kita pi berenang tgah laut sikit tangkap ikan jaws bawak balik masak ngan megi key.
Ni bukan tukun tiruan atau Dugong terdampar yeee. ambik gambaq kenangan sebelum balik mandi kat motel sebab lama sangat berendam sikit lagi nak jadi macam ikan masin.

Makan,makan dan makan serta makan lagi

Aritu bawak hero dan mem aku pi makan kat Restoran Rasamas kat Tesco Aloq Staq. Lama dah dok nak singgah kedai ni tapi tak berkesempatan. Bila dah ada kesempatan kami pun singgah la untuk singgah rasa menu di restoran ni.
Aku order Chicken Chop ngan Chicken gril, salad dan Mushroom Soup untuk heroku aku order biskut meri cap pak ya konda ...thihihihi... aku beli biskut meri dalam tesco bagi dia makan, makanan kami order ni pedas takble bagi dia makan lagi cuma mushroom soup ja dia ble makan. Kesimpulan dia makanan kat sini ok , ayam dia buat mmg rasa ayam eh dah ayam mesti la rasa ayam takkan rasa siput sedut plak...

Wednesday, December 2, 2009

Penempatan guru dibekukan tahun 2010

Tanjong Malim, 4 OktoberProfesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.
Terkejut jugak aku bila baca artikel ni, seb baik wife aku dah lama posting. Tapi bagi aku benda ni belum rasmi lagi jadi mungkin perkara ni terjadi atau tidak terjadi kita kena tunggu tahun depan lah. Apa yang menjadi igauan ngeri kepada para graduan pendidikan semasa, bila baca artikel ni adalah moral depa akan down w'pun berita ni belum sahih sebab kebanyakan graduan pendidikan beranggapan yang mereka akan mendapat posting sebagai guru selepas habih stadi tup tup dibekukan , tak ke jem... mana nak difikirkan apa nak buat lpas stadi, gena nak bayaq balik hutang PTPTN. Apa yang aku dengaq dari sumber lain negara kita masih kekurangan guru sebab tu la guru GSTT masih lagi diambil dan KPLI tidak dimansuhkan w'pun dulu ada perancangan dari Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan KPLI sebab dah banyak IPTA yang menghasilkan graduan pendidikan dari institusi depa , tetapi disebabkan negara menghadapi kegawatan dan penambahan guru akan menyebabkan negara perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membayar gaji para guru baru ni, jadi pembekuan penempatan guru akan dibekukan buat sementara waktu sahaja. Pengalaman aku mengenai posting guru ni adalah masa wife aku nak kna posting dulu, mcm2 dok pikiaq dalam benak ni, jauh ka kna posting?, bole posting ka? mcm2 lagi la, tapi alhamdulilah dapat jgak bini aku posting w'pun bukan satu negeri dengan tempat kerja aku, tapi tempat posting wife aku tak lah jauh sangat cuma 1 jam perjalanan sahaja dari Perlih iaitu di Aloq Staq, kira berkorban la skit bukan jauh mana pun, pi keja berulang w'pun mengambil sedikit masa macam memba aku ada pesan kalau kita asyik nak dapat keja dekat dengan kampung kita buat tempat keja sendiri tak gaduh nak pi tukaq mana2 dah, ni baru sikit ujian Dia, kita dah ngelabah, pandangan aku la, semua orang ada masalah masing2 cuma macam mana kita menghadapinya saja membuatkan masalah tu tak jadi makin parah. Kat luaq sana lagi teruk kena uji ada yang si suami dok semenanjung yang si isteri plak dok mgajaq kat Sabah lagi haru kes depa, kita yang Allah uji sikit2 ni tahan pi lah besyukur apa yang dianugerahkan, buleh makan, pakai, simpan pun dah kira beruntung. Sebab tu aku tak syorkan wife aku pindah mai Perlis sebab biaqlah 2, 3 taun dulu kat sana cari pengalaman pastu baru lah mintak pindah, kalau ada kososnglah kalau takdak kita duduk la kat sana dulu, rumah yang aku beli kat sini kita pakat2 mai duduk bila time cuti atau kelapangan.Kesimpulannya perkara ni masih dalam perbincangan dalam Kementerian Pelajaran dan belum ada keputusan muktamadnya jadi kepada semua bakal graduasi pendidikan teruskanlah dengan pembelajaran anda, positif thinking dan teruskan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk mendidik anak bangsa kelak.