Jangan Clik

Sunday, November 15, 2020

Apa yang perlu dibuat selepas mendapat kunci rumah

Bagi kebanyakan pemilik rumah pasti hati riang berbunga2 apabila mendapat perkhabaran dari pihak kontraktor akan mendapat kunci siap bergambar dengan pihak kontraktor di hadapan rumah impian. Dalam minda dah terbayang segala idea deko-deko yang dicedok dari pelbagai group deko di pesbuk atau sudah merancang untuk membuat list shopping barangan hiasan rumah di Ikea, Kaison , dan kedai2 hiasan dalaman yang lain. 

Tapi perlu diingat sebelum membuat segala macam perancangan tersebut, ada beberapa perkara yg wajib dibuat sebelum ke peringkat seterusnya. Selalunya pihak pemaju akan bagi kita tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita buat pemeriksaan pada rumah dan beri peluang pada kita untuk membuat aduan mengenai apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam mahupun di luar rumah. Semua ini adalah antara hak kita sebagai pembeli. Jadi, apabila diberikan peluang masa itu gunalah sebaiknya. 

Periksa sehabis baik keadaan di dalam rumah sebelum membuat renovation sebab pihak pemaju tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah jika kita dah renovate terlebih dahulu. Periksalah seluruh pelusuk rumah kita samaada tedapat kerosakan seperti dinding retak, tiles pecah, siling bocor dan lain-lain. 

 Bagi pemilik yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pembinaan boleh la untuk membuat pemeriksaan dengan menyediakan masking tape, pen marker, kertas A4 dan telefon atau kamera yang berkualiti. Jika anda kurang berpengetahuan tuan boleh mengupah syarikat kontraktor yang menyediakan perkhidmatan memeriksa defect rumah dengan harga yang sangat berpatutan mengikut jenis rumah siap beserta laporan bergambar untuk dihantar ke pihak pemaju.Jadi di bawah ini beberapa perkara yang perlu anda tahu selepas mendapat kunci dari pihak kontraktor. 

  Meter Air dan Bekalan Elektrik 
Sebelum membuat pemeriksaan yang lebih detail pastikan kita menguruskan pemasangan meter air dan meter elektrik yang mana kita perlu mengeluarkan kos sendiri bagi pemasangan bekalan utiliti tersebut melalui kontraktor perumahan kita. Azan Bagi yang beragama Islam seeloknya untuk mengazankan di dalam rumah maklumla bila rumah yang lama tak berpenghuni ni akan ada yang mai tumpang menginap. 

  Pintu, Pintu Sliding dan Tingkap 
periksa setiap tombol pintu di semua bilik samada berfungsi atau tak, periksa juga kunci2 yang diberi samada berfungsi untuk semua pintu, untuk pintu dan tingkap sliding buka seluas-luasnya, dan pastikan tiada masalah ketika hendak menguncinya.
 
  Tiles 
Periksa semua tiles caranya dengan mengetuk menggunakan duit syiling atau pemutar skru, kalau terdapat tiles yang lompong mintak pemaju gantikan. cek juga samaada tiles yang retak, simen di tepinya tak sekata atau tiada dan minta pihak pemaju baiki. 

  Plug dan suis-suis elektrik
Hidupkan suis utama dan cek setiap mata kuasa plug kipas, lampu atau soket 3 pin berfungsi atau tidak dengan menggunakan test pen.(kalau anda kurang mahir pastikan perkara ini dibuat oleh pakar wiring yang bertauliah dan mahir demi mengelakkan sebarang kecelakaan dari berlaku). 

  Paip air
Buka air dari meter utama dan biarkan sehingga tangki simpanan penuh lepastu periksalah setiap kepala paip, shower samada air mengalir laju atau perlahan. Periksa juga pam tandas samaada berfungsi atau tersumbat. 

  Tangga 
Bagi rumah yang mempuntai tangga pastikan pemegang tangga kita kukuh dan tak longgar, caranya adalah kita cuba giyang-goyangkan beberapa kali dan kita bole mengetahui samaada pemegang tangga tersebut longgar atau sebaliknya. 

  Dinding retak 
Perkara ini sering terjadi pada mana2 rumah yang baru siap memandangkan terdapat kemungkinan terdapat mendapan tanah yang selalunya ditambun dalam jangka masa yang singkat. Tandakan setiap dinding yang didapati retak dan maklumkan kepada pihak pemaju untuk pembaikan. 

  Kunci semua pintu masuk
Pastikan selepas membuat pemeriksaan pastikan semua pintu masuk rumah kita berkunci untuk mengelakkan sebarang kecurian tambah-tambahan sejak kebelakangan ini sering terjadi kecurian kabel elektrik dan pemaju tidak akan bertanggungjawab segala kecurian apabila kunci rumah telah diserahkan kepada pembeli. 
 
  Kebersihan rumah
Ada pembeli yang dapat kontraktor yang bagus , masa serah kunci rumah bersih dari segala kotor, sawang dan segala macam sampah, tapai ada juga yang tak bernasib baik dapat rumah yang kotor, bersepah dan penuh sawang jadi pembeli bole ambik inisiatif sendiri dengan membersihkan dahulu apa yang patut sebelum membuat renovation dan untuk mencuci rumah bila nak masuk nanti taklah banyak kerja pembersihan nak kena buat.

 Haaa, bila dah periksa dan perbetulkan kesemua kerosakan atau kecacatan pada rumah ini barulah kita boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Kan? Oh ya! Ini paling penting, ambillah rumah daripada kontraktor yang bertauliah! Semoga dipermudahkan urusan semua yang baru dan akan mendapat kunci rumah tu. Selepas itu barulah kita boleh mendekor dengan senang hati. Baiti Jannati. Rumahku Syurgaku, jom jadikan ini matlamat kita!