Dekat kandang Chimpanzee, tgok Qazrin nak sua nenen kat chimpanzee tu mungkin dia nampak macam budak baya dia hahahaha klu memba babah baca nih mesti kata qazrin bagi kat menatang spesis bapak dia sebab tgok sama wakakaka hampa kata kat aku, aku jentik kening hampa lapan kali haha (amaran keraih ini ditaja oleh Mek Som Automotive)
Ni beruk kentoi namanya sebab ekoq takdak, banyak terdapat di sempadan Perlih-Thailand. Seb baik ada penghadang cermin klu tak msti Qazrin pi lompat main ngan depa sama.
Hssshhhh macamana terselit menatang najis ni, ni la menatang yang nama dia slalu org dok maki tu, babi tonyok. banyak ekoq ada mungkin sebab boring dok dalam kandang ja tu yg asyik mengawan tu.
ni pak cik beruang, nama saintifik papurpakotisis atau beruang matahari, mungkin sebab slalu berjemuq bawah matahari sampai garing satu badan tu yg depa pangey beruang matahari tu kot hehehe..
dah penat berjalan isi minyak sat, klu tidak jenuh nak kna dukung satu zoo klu dia merab.
Bersama cik pah dan lembu tanduk besaq (lembu nama apa aku tak tau)
Ibu sedang menerangkan kepada Qazrin bahawa menatang ini dikenali sebagai Unta bukannnya siput khinzir takut dia tersalah tafsir plak nanti.
Tgok anak aku memerhatikan cik pah melahap pucuk daun sambil dok pikiaq rupanya ada lagi benda yang tinggi dari babah dia.
Ni pelanduk namanya sedang menjamu selera dengan cornflake hehehe bukan cornflake dedak kot yg diberi penjaga zoo, klu pelanduk pun makan cornflake jahanam la zoo ni nak kna tanggung perbelanjaan makanan haiwan yg agak standard tuh..
ni burung kasawari bukan Kawasaki ya Qazrin, satgi dia ingat kasawari ni adik beradik dengan kawasaki plak, kawasaki tu moto.
Bersama cik jah atau nama di kad pengenalan Tijah wibowo sumiati atau ringkasnya gajah asia.
Besaq ooo seladang ni, klu wat Qeqah berapa tompok buleh ni, kira buleh wat kenduri pangil satu kampung la.