Sykur alhamdulilah kedua-duanya selamat tanpa permaasalahan yg serius cuma masa di NICU aku dan isteri dikhabarkan oleh doktor bahawa bayiku ini menghidap G6PD Deficient. Terkejut jugak la aku ngan wife sebab tak penah dengaq nama penyakit ni, setelah diterangkan serba ringkas oleh doktor dan carian di internet serta pandangan dari ibu bapa yg mempunyai anak penghidap penyakit ni barulah aku ngan wife lega sikit cuma kna lebih bagi perhatian kat dia dari segi pemakanan sebab pesakit G6PD ni pembuluh darahnya mudah pecah jika mengambil makanan atau ubat yg dilarang seperti kacang parang, terdedah kepada ubat nyamuk, ubat gegat, baju boh nila dan kesannya dia akan pitam dan muka berubah kekuningan atau lebih teruk ayaq kencingnya akan bercampoq darah. anak aku ni juga dibekalkan ic kedua iaitu kad pesakit G6PD yang akan dibawa kemana2 hingga akhir hayatnya kerana penyakit ini tak dak ubat, di mana di kad tersebut tertulis makanan yang dilarang dan juga ubat-ubatan yg tak boleh diambil oleh penghidap penyakit ni.
Ni masa cukoq rambut oleh Tam Not dia, lepaih 3 minggu admit kat hospital sebab kuning yg agak teruk. Memang dah sedia maklum bahawa pesakit G6PD ni kemungkinan kuning(jaundice) akan cepat tinggi dan anak aku pernah mencecah 20 kuning dia, apalagi kna tahan wad pastu pakai cermin mata la dok berjemoq bawah lampu phototherapy tu sampai kuning tu turun. Alhamdulilah la lepaih tu kuning dia makin turun dan tak naik2 dah. Macam2 tok dia bg makan dari buah anggur hitam, ayaq halwa kunduq dan ayaq sengkuaq cina sampai Tok dia bg mandi ayaq daun kucai ngan ayaq buah keranda cina. Aku ngan wife ambik positif mengenai penyakit G6PD ni sebab penyakit ni tak seserius mana berbanding penyakit lain seperti talesemia ka, jantung berlubang ka. Ni kira alhamdulilah la tak teruk mana cuma kna berpantang makan sikit ja.
La badan dah naik dekat 4.1 kilo gara2 minum nenen ibu dia tak sangga2 maklumla la dah kurang ambik darah cek kuning, dulu masa lepaih lahir, tiap2 hari kna ambik darah, kesian... dah la badan kecik kna ambik darah lg, tak tau nak bertubuh camni. Sebenaqnya jangka lahir Nasihin ni 10 hb Oktober 2011 tapi dia keluaq awai, sama tarikh ngan aku pindah barang2 rumah plak tu, seb baik la ada adik ipaq aku ngan abah aku uruskan proses perpindahan tersebut memandangkan aku kna tgu wife aku bersalin kat ospitan.
Ari ni genap umoq dia 32 hari, dah makin pandai dah suruh org dukung dia la, boh puting palsu dah pandai luah, lambat bg minum nenen lg kuat dia ghiyau hehehe tapi takpala sementara nak besaq sungguh. Dah pandai buat anak tu, kna pandai la jugak jaga anak yee dak...
Si abang pun dah cerdik sikit dah tak berapa nak bising sangat sebab takut adik jaga, cuma perasaan jeles tu ada la skit sebab babah ngan ibu lebih bg perhatian kat adik berbanding dia. Jangan risau dua2 babah ngan ibu sayang, tak lebih tak kurang sebab tanpa abang ngan adik kurang berseri la hidup babah ngan ibu.
Abang:- Babah nak nenen...pastu nak kngok katun
Babah:- baaiikkk....siaaapppp...
Adik :- eeeekkkkhhuuarrggghhh.....(nak nenen jugak)
Babah: haaaa..yg ni ibu kna bg sebab babah takleh bancuh, satgi klu babah bancuh takdan seratuih hari plak huahhuahhuah....(gelak ambik hati sebab dok pangkah kelendar tak habih lg huhuhuhuhu...)
Babah: haaaa..yg ni ibu kna bg sebab babah takleh bancuh, satgi klu babah bancuh takdan seratuih hari plak huahhuahhuah....(gelak ambik hati sebab dok pangkah kelendar tak habih lg huhuhuhuhu...)
tahniah for 2nd baby.. cian pula dgr baby ada sakit apa nama tu..., yg penting dah selamat...Amin.. best dpt baby hehe
ReplyDeleteMakasih, w'pun mulanya takut jugak kalau nak kna teliti jaga dia, tapi la ni alhamdulilah tak susah nak jaga dia, dan rasanya pesakit G6PD ni hanya perlu khuatir kalau depa dmam takut Fit (tarik), yg lain ok ja setakat nih.
ReplyDelete