Tgok anak aku dah saspen dah, apa benda tok dia ngan kroninya nak buat kat dia , sambil2 tu anak aku dok jeling kat aku ngan ibu dia, nak mintak tolong la tu, alalalala siannya nak kna cukoq rambut, botak licin la lpas ni haaahaahaa
haaa dah botak dah sebelah, satgi keseluruhan trambut tu abis licin la kna cukuq (aku takut tok bidan cari aku plak nak cukoq remoih aku, jangan.... tu remoih cari makan tu kukikukiukikuk
bila anak aku dah mula bergerak agak agresif, ni la ubat dia, susu botoi yang ditaja khas oleh tumit chekgu raman dari Burundi. Anak aku dapat nyam nyam susu lena la, snang cerita
(p/s:- tu tangan tok dia, bukan tangan aku, tangan aku lagi mulus dan gebu dari itu wahwahwahwah)
(p/s:- tu tangan tok dia, bukan tangan aku, tangan aku lagi mulus dan gebu dari itu wahwahwahwah)
Pada 21 Mac 2009 aku mengadakan Kenduri Aqikah untuk anak lelaki aku di rumah mentua aku di Kerpan, Kedah. Kelihatan Pak Mentua aku a.k.a Supervisor Tapak sedang meninjau jikalau ada yang curi tulang atau daging kambin semasa menyediakan juadah, takut tak cukup utk tetamu, sebab tukang sedia juadah pun saiz tank depa ada la sama dgan saiz tank kubota, takut bekalan daging susut sebanyak 16 marhalah.
Ni kepala kambing mangsa Korban Kenduri Aqikah, memandangkan anak aku lahir di Perlis, kambing pun aku import dari Perlis. Tu kepala kambin kena balut dengan urat dan perut utk direbuih, org tua2 kata kalu makan daging kepala kambing akan...... kenyang wakakakak, aku tak makan kambin sebab ada darah tinggi, org pun tinggi darah pun tinggi jgak la.
Ni senyuman manis isteriku kerana telah berjaya memakai baju yang beliau tidak boleh pakai selama 9 bulan, bila bole pakai baju tu, macam tenuk dapat pizza la jawabnya, khenyih sehingga mencapai keluasan 28 cm per segi.
Para tetamu yg mengambil kesempatan merehatkan diri selepas temolok pakat diisi, ataupun pening sebab kna penangan daging kambin baka Somalia, aik.. ibunda aku pun turut serta
Tengok... org kalut tolong kenduri, anak menakan aku ni dan lagi layan PS 2, tak guno, jgan ingat hangpa semua dapat tewaskan pak cik korang yang kacak dan berbakat ni, sebab pak cik adalah adiwira dalam bidang game PS 2 ni huahuahuhauhua gelak org kaya huahuhauhaua...
Ni antara rakan opismate aku yg hadir dari kanan fairuz bahadur gurung dari pedalaman nepal dan Azaharil a.k.a pak toin dari Persatuan sumo kepulauan Samoa wahakwahakwahak.. terima kasut eh silap terima kasih kepada semua yang melapangkan diri dan sudi hadir ke majlis Kenduri Aqikah anak aku. Wasalam....
No comments:
Post a Comment