.
Jangan Clik
Monday, March 7, 2022
Kasta miskin vs kasta kaya
Sunday, February 20, 2022
Menjemput Rezeki
Kalau ada yg bertanya macamana nak murah rezeki aku tak bagi banyak, cukup aku bagi 1 saja tips, "Muliakan ibu bapa kita" termasuk ibu bapa mentua kita, itu sahaja.
Berkongsilah rezeki dengan mereka, nafkah tiap2 bulan aku ngan wife tak penah missed bagi kat mak mentua dan org tua aku. Bila aku beli rumah dan keta org pertama yg aku jemput adalah mak abah aku dan mak mentua aku. Sebab apa, sebab aku nak depa merasa duduk dalam rumah dan menaiki kenderaan yg dulu depa tak mampu miliki atas faktor ekonomi. Bagi aku kegembiraan depa adalah pintu rezeki buat kami suami isteri.
Satgi ada plak yg kata, "tu org yg keja tetap ada gaji sembang, depa takpala dua2 keja bole la bg". Ni karipoley, paham dak berkongsi rezeki, bg nafkah ni tak penah ada syarat2 wajib, nak kena bagi bila sekian2, bagi amaun banyak2 mana. Ikut kemampuan kita la, kalau rasa tak mampu bg tiap2 bulan, bagi la tiap2 taun, kalau tak mampu jugak bg la 2,3 taun sekali ikut la. Bopa banyak nak bg ikut la, kalau mampu bg rm 1 bg la seringgit pun, takdak jumlah tetap. Bagi ikut sekadar kemampuan.
Nak bahagiakan ibu bapa ni bukan takat bg nafkah ja, bagi depa gembira pun termasuk dlm membahagiakan ibubapa, kalau tak mampu dari segi wang ringgit cuba tolong ringankan urusan kerja org tua kita, kemas rumah ka, bawak pi hospital ka, beli brg2 keperluan rumah ka macam beras, minyak masak, gula dll, setelkan bil elektrik & air ka, jaga time depa tak sihat pun dah ok. Tu pun salah satu tanggungjawab anak2 dalam membahagiakan ibu bapa kalau nak rezeki murah. Jangan sesekali bg ibu bapa kita menitiskan air mata kerana setitik air mata ibu jatuh maka 10 kebajikan anak hilang.
Ada pula yang selalu buat ayat "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak ibu bapa", betoi syarat utk basuh berak anak bukan diukur dari berapa banyak hartanya, berapa tinggi pangkatnya, berapa tinggi pendidikannya, berapa elok rupa parasnya tetapi betapa tinggi akhlak dan kasih sayang dia dekat ibu bapa. Tetapi perlu diingat tanggungjawab seorang anak juga adalah membahagiakan dan mengembirakan ibu bapa, ibu bapa mana tak seronok kalau anak2 berjaya? Jd apakata anak yg tak berjaya juga basuh berak, anak yg berjaya pun basuh berak? Kan lebih baik begitu.
Jangan ambik mudah benda ni, setiap perilaku kita terhadap org tua kita, anak2 akan perhati, macamana kita layan org tua kita tak mustahil macam tu jugak anak2 menantu layan kita kelak. Tiap2 minggu kita balik jengok org tua pun dah memberi makna kat depa, tak payah wang ringgit, setakat bertanya khabar ambik berat pun ibu bapa kita dah seronok tak terkata. Jadi berkongsilah dgan ibu bapa rezeki kita sbb depa dah banyak berkorban dalam membesarkan kita selama ini dan takkan terbalas oleh kita jasa2 depa. Tapi zaman la ni aku tengok bukan kata nak bg nafkah kat org tua, mintak lg ada, nauzubillah min zalik harap2 la perkara2 tersebut tak berlaku pada aku.
Jadi berbaktilah pada kedua ibu bapa kita di hujung2 usianya sebelum kedua-dua nya tutup mata dijemput ilahi π’
Wednesday, January 26, 2022
Membesar di kampung vs membesar di bandar
Ada orang kata berbeza ka membesar di kampung dan membesar di bandar (pekan), sebenarnya banyak beza tambah2 kalau kita berpindah dari suasana kampung yg jauh dari bandar ke sebuah bandar.
Banyak aku belajar dulu apabila aku berpindah dari kawasan perkampungan yang majoriti sumber perekonomian penduduk rata2 datang dari hasil laut di Tanjung Dawai, Kedah ke bandar Kangar, Perlis. Walaupun bandar Kangar bukanlah bandar besar macam ibu-ibu negeri lain tapi jelas perbezaannya banyak bagi budak yang membesar dalam suasana kampung apabila berpindah ke sekolah dalam bandar.
1. Kemudahan
Berbeza dengan kehidupan kampung, nak ke satu2 tempat agak jauh macam klinik kesihatan, kedai runcit, kedai buku (ada 1 ja masa tu kat arked mara tg dawai), pasaraya ( mmg takdak la kat Tg Dawai sbb pasaraya yg terdekat ada kat bandar Sungai Petani), stesen bas dan lain2 lagi dan pengangkutan cukup terhad, aku di kg berulang naik basikal ke sekolah yg agak jauh dan terpaksa naik bas sorang2 utk cucuk ubat masa kaki aku kena paku karat kat klinik kesihatan kat pekan Merbok. Kalau nak beli alatan tulis kena pi bandar terdekat iaitu di Sungai Petani yg berjarak 27 km dari tanjung dawai, tu pun berejam tunggu bas kalau nak pi sungai petani dan sebulan sekali ja pi sbb org tua aku takdak kenderaan lain selain basikal dan tunggu (panggu atau gaji bulanan) dari keja nelayan baru pi.
Berbeza di Kangar, kedai buku bercambah, jarak rumah org tua aku 4 kilo ja dari pekan kangar, kalau malas nak pi sekolah naik basikal bole naik bas yg sejam sekali lalu tapi selalu naik gerek ja la sbb dekat, nak pi pasaraya pun banyak, antara pasaraya yg femes kan kangar masa tu Looking Good kat bangunan KWSP Kangar, Pasaraya KK (la jd DIY) dan Liu Emporium. Mai sini la baru syurga bagi aku yg minat baca komik ni sbb di Tanjung Dawai dulu cukup susah nak cari komik, klu ada pun bilangan dia terhad sbb kat Kangar ni banyak kedai buku, kalau takdak kat kedai buku ni, bole pi cari kat kedai buku lain.
2.Budaya
Bila berpindah dari kampung yg agak jauh dari kemodenan bandar kompom akan ada kejutan budaya, ya la aku masa kat Tanjung Dawai dulu majoriti kawan2 dengaq lagu Melayu dari kumpulan Slam, Exist, Scan, Spoon, Scoin, Uks, Fahreinhet, xpdc dan macam2 lg la, mai pindah sekolah kat Kangar ni baru la aku kenai artis2 luaq negeri dan band2 inggeris tempatan sebab ramai memba2 aku layan lagu dari Nirvana, Green Day, Metalica, Butterfingers, Subculture, Dead Mushroom, Koffin Kanser, Offsprings, Oag, Korn, Sepultura, Poetic Ammo, Too Phat dan lain2 lagi menyebabkan fesyen berpakaian depa pun jadi ikutan genre dari muzik2 tersebut, aku yg masa tu mai dari kg biasala pakai seluaq jeans kaki kembang bawah atau bell bottom jadi malu plak sbb kawan2 kata tu fesyen kg ketinggalan zaman hahaha... Shilake, jadi bertukaq la aku ke fesyen terkini seluaq jeans straight cut ataupun jeans yg kaki kecik termasuk pakaian sekolah.
Haha.. Masa zaman2 remaja ni macam2 fesyen ikut, mula2 hip hop dgan topi full cap pastu grunge. Kalau kat Tg Dawai dulu, ikut imej rock tempatan cam xpdc baju t shirt hitam, seluaq bell bottom ja π..sbb pengaruh band omputih tak meluas sangat sbb masalah bahasa , jd budak2 kg yg kurang paham bahasa inggeris ni kurang la sikit dengaq lagu2 dari band barat ni jd bila aku pindah mai Kangaq ni la baru kenai band2 omputih tu semua. Dari kiri tu memba aku Am (anak Datuk, pak dia dulu bekas SU negeri Perlis bawah Yb Shahidan kassim), mak dia plak pengetua Sek. Agama Perempuan Kangar dulu, tepi dia yg muka cam nick carter backstrett boys tu aku ππ, sebelah aku tu Tot, pak dia dulu Pegawai Farmasi hospital Kangar, la dah pencen pak dia bukak Farmasi kat jalan Langgaq, Aloq Staq, sebelah tu memba aku yg agak susah time tu, cikgu mahadi, alhamdullilah berkat belajar sampai UUM, ambik Kpli la dah jd cikgu, buat bisnes macam2, la jadi tokey The Kabin, Kangar dan bukak kedai ejen pos Ans parcel di Beseri dan Pauh, hasil usaha dia tu la berjaya la beli rumah 2 tingkat & pakai keta H wpun asal dari keluarga yg agak susah, sebelah dia tu Amir, pak dia Pengarah Tabung Haji cawangan Perlis masa tu, dan kanan sekali tu Azri, mak dia dulu Jururawat pergigian hospital kangar dan ayah dia kerja di Pejabat Tanah negeri.Kat Kangar ni juga la aku diperkenalkan dengan permainan2 budak2 bandar iaitu skateboard, bmx freestyle dan roller blade. Ya la masa dok kampung mana la budak2 kampung terdedah benda2 camtu dan tak mampu beli permainan yang mahal camtu. Dan semestinya budak2 yg main sukan xtreme camtu mesti akan ikut cara fesyen permainan dari barat tu dengan pakai baju dan kasut jenama Vans, adidas, quicksilver, nike, Dc shoes, converse dan macam2 lg jenama original yg semesti harganya kurang murah utk saiz kocek budak kampung mcm aku π, jd aku banyak beli baju dan kasut bundle yg seakan2 sama ja wpun jenama berbeza.
Lagi satu masa aku pindah tu dah rancak cyber cafe yg tumbuh bak cendawan akibat penggunaan internet yg dah sampai ke Kangar, masa tu la hari2 aku ngan memba2 balik sekolah ja lepak kat cc main chat Mirc, freindster takpun main game counter strike dan red alert. Sebab aku cukup teruja sebab benda tu aku tak penah tau masa dok tanjung dawai ya la kg yg jauh dari bandar mana masuk lagi talian internet macam la ni.
3. Ekonomi
Walaupun aku dah berpindah ke Kangar tapi org tua aku masih bekerja nelayan di tanjung dawai, abah aku berulang sebulan sekali balik Kangar. Masa di tanjung dawai perbezaan taraf hidup antara aku dan kawan2 tak ketara sangat sbb rata2 kawan kawan sekampung taraf hidup hampir sama sebab semua pendapatan keluarga hasil dari menjadi nelayan jadi takdak la beza sangat, kalau dulu kami nak cari duit lebih kami pakat tahan tangkoi utk tangkap ketam nipah dan jual kat peraih, kelas ikan bilis (mengelas ikan bilis dari ikan2 lain di tempat pengumpulan ikan atau kami panggil kongsi) takpun kami kumpul tin aluminium pi jual kat besi buruk.
Bila berpindah ke Kangar ni dia berbeza sbb taraf ekonomi keluarga aku antara paling rendah berbanding rakan2 lain sebab rata2 kawan aku org tua depa semua bekerja di sektor awam dan sektor swasta dengan pelbagai pangkat dari kerani hingga pengarah jabatan dan masa ni la membuatkan aku buat pertama kalinya berasa rendah diri wpun kawan2 aku ok ja berkawan tanpa pilih bulu.
Berkunjung ke rumah memba2 yg ramai duduk di taman perumahan yg lengkap berperabot, berpenghawa dingin, kereta 2,3 biji, siaran guna astro (pada masa tu sapa pakai astro mmg dari kalangan golongan kayangan sbb nak pasang pun dah dekat rm 1k pada masa tu), ada yg ada playstation 1 (harga masa tu dekat rm 1k) menyebabkan rasa rendah diri makin menebal sebab aku tak merasa semua tu. Rumah org tua aku kecik ja masa tu dan kenderaan keluarga aku hanya motor Honda Gbo lama keluaran tahun 70an. Bila ke sekolah kawan2 lain semua naik basikal berjenama dari Haro, Mongoose, Giant, Shimano tp aku kayuh gerek jenama china berharga rm 60 setakat kemampuan keluarga aku jd la kan janji sampai sekolah hehehe...
Bab pakaian toksah banding la, aku banyak beli baju pasar malam ngan bundle ja berbanding memba2 aku semua baju berjenama, dan seingat aku baju berjenama yg pertama aku beli adalah jenama Muller dari kedai sukan Liu berharga rm 17.90 dan aku masih simpan tag dia (semua baju berjenama yg aku beli lepas tu semua aku simpan tag sebagai kenangan hahaha.. (Sebab susah simpan duit nak beli) tu pun aku beli masa aku tingkatan 4. Masa tingkatan 4 juga la aku merasa pakai bag Jenama Puma yg aku pakai sampai Tingkatan 5 wpun lambang harimau lompat tu dah pudar, aku lukih balik pakai liquid, jimat la sikit, nak cari duit kat mana masa tu nak beli beg elok tiap2 taun, kesian la kat org tua aku jd aku pakai la selagi tak jahanam hahahaha...
Masa naik tingkatan 4 bila masing2 dah dapat lesen motor jadi pakat ramai la memba2 aku mak ayah depa beli moto baru masing2 utk ke sekolah, ada yg beli Suzuki Rgv, RG, Yamaha SS, SS Two, Honda Ex5, yamaha 125 z dan paling cikai pun Modenas Kriss, aku masa tu terpaksa pinjam moto Honda Gbo lama pak aku buat pi sekolah, tu pun aku cat lain sebab segan moto org tua aku kaler kelabu, aku cat kaler merah, helmet pun pinjam helmet org tua aku sbb masa tu nak beli helmet baru berharga rm 30 (tapi masa tu bg famili aku harga tu cukup tinggi kalau nak beli), helmet pak aku tu berlubang merata jd nak kaver tu aku tampal sticker merata kaver lubang ngan tempat calar ππ. Penah aku follow memba2 aku pi Padang Besar, mentang2 depa motor baru pakat bawak laju habih, aku dah la motor lama, punya nak follow depa (wpun dok belakang sekaliπ) habih pulas throttled dah tapi tetap takleh ligan, sampai kaburator motor aku lekang terkeluaq skru sebab enjin bergegar teruk hahaha.. , habih meleleh petrol keluaq hahaha.. Sampai dua tiga kali terpaksa berenti ketatkan balik skru, nak bawak pebaik kat mekanik duit takdak, aku hanya dapat duit harian rm 2 ja dari mak aku, duit tu la buat boh minyak, duit tu la buat makan hahaha.. Allahuakhbar bila ingat2 balik dgan rm 2 tu aku bole survive masa tu, sangat2 berbeza dengan keadaan la ni bila kita dah kerja, klu masa tu moto skru longgaq kompom la ni aku bawak pi mekanik tukaq kaburator baru dah π.
Aku masa ni naik moto Honda Gbo generasi pertama keluaran taun 70an klu tak silap, yg aku modified mcm2 nak bg nampak tak old skool sangat. Aku cat kaler merah sbb kaler asal macam kaler moto org tua (kaler kelabu taik bulldog π), seat aku potong bg nipis. Helmet tu aku lekat mcm2 sticker nak kaver calaq ngan berlubang. Kasut aku masa tu pakai kasut jenama Bata bubuh tali hitam nak bg nampak grunge sikit, ya la nak beli kasut Jack Purcell tak mampu hahaha.. Berbanding kawan2 aku yg mak ayah keja gomen paling lekeh pun moto kriss modenas dan yg paling kemaih Yamaha Tzm, mmg pecah pala la masa tu sapa mampu pakai, aku? Aku mampu tengok ja la hahaha...
Bab duit belanja ni sampai aku tingkatan 5 mmg mak aku mampu bg rm 2 ja, berbanding memba2 lain ada yg pak bg rm 10 sehari, rm 50 seminggu pun ada, kalau ajak keluaq aku selalu minum ja la π.
Mmg masa tingkatan 5 tu aku banyak pakai baju ikut fesyen Grunge macam dressing kumpulan Nirvana, Butterfingers sebab apa, sebab selekeh atau dlm bahasa inggerisnya 'slackers'. Ya baju2 ngan seluaq camtu mudah cari kat bundle padan la naik moto gbo lama sebab masa tu aku rasa macam tak matching kalau pakai smart tapi naik moto lama ππ sbb pada pandangan aku smart macamana ang atau ang pakai baju atau jeans ori tapi kalau pakai moto biasa ni pun sahih org kata pakai baju bundle, seluaq padang besaq hahaha.. Pandangan aku la, pandangan org ni lain2. Sebab aku tengok kalau org tu pakai motor elok macam Suzuki RGV, Yamaha 125 pakai jeans Padang Besaq pun org kata pakai jeans ori π. Sebab tu sampai ke Uitm aku masih dok pakai baju2 imej grunge tu sampai la dah keja aku ubah dressing sikit.
Bila mai time raya pun aku rasa rendah diri dan segan bila kawan2 datang bertandang, ya la rumah org tua aku kecik ja berbanding kawan2 lain, perabot pun perabot lama, tapi tetap aku rai macam biasa dan kawan2 pun paham keadaan aku.
Asbab dari perasaan rendah diri dan kekurangan masa aku membesar tu lah membuatkan aku bulat tekad bila aku bekerjaya kelak aku cuba mengelakkan anak2 aku merasai macamana babah dan ibu depa rasa time membesaq dulu dlm serba kekurangan. Aku cuba ubah ekonomi aku sekeluarga sekurang-kurangnya mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kebanyakan masyarakat kita, dan membiarkan kesusahan dan perasaan rendah diri masa lampau tak menghantui lagi kehidupan generasi aku di kemudian hari sebab perbezaan kasta ekonomi dalam lapisan masyarakat sangat memberi kesan pada kehidupan aku dan bagi aku kesusahan hidup aku pada masa lalu ada hikmah di sebaliknya sebab aku banyak belajar mengharungi setiap susah senang untuk naik ke tahap sekarang. Dan masa tu aku jadikan Pak Ngah aku sebagai role model sbb dlm keluarga belah mak aku Pak ngah aku satu satunya adik beradik mak aku yg berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan seterusnya hidup senang setelah bergelar Pensyarah di Universiti Putra Msia dan berkahwin dgan Mak Ngah aku yg dikenali ketika sama2 berkuliah dulu dan menjawat jawatan Pensyarah kanan di Maktab Perguruan Islam Kajang dan kehidupan Pak Ngah aku berubah senang wpun mai dari keluarga kurang senang dari tokwan & tok aku seorang pesawah yg membesarkan 8 org anak dlm serba kekurangan wpun banyak tanah2 pusaka tokwan aku terpaksa jual demi menampung pengajian Pak Ngah aku di peringkat universiti. Dan aku bersyukur apabila kedua org tua aku masih ada utk aku membalas balik jasa2 depa dulu membesarkan aku adik beradik walau dalam serba kekurangan dan sekurang-kurangnya aku mampu membahagiakan mereka sebelum mereka tiada.
Monday, January 3, 2022
Hidup adalah pilihan
Penulisan kali ini adalah untuk diambil ikhtibar oleh anak2 remaja di luar sana. Jangan sia siakan zaman belajar kita, zaman remaja kita kerana tindakan anda pada masa tersebut yg akan mencorakan hidup anda di kemudian hari.
Begitu juga dengan kisah gadis penjual nyok junior di sekolah aku dulu, beliau yg aku kenali dulu merupakan seorang yg agak femes di sekolah disebabkan dikurniakan rupa paras yg cantik dan datang dari keluarga agak berada sbb masa tu bisnis ayaq nyoq keluarganya laku menyebabkan dia tumpang senang, di usia 16 tahun dah bole ke sekolah dengan menunggang motor yamaha 125 z dan ofkos menjadi tarikan remaja2 lelaki dan perempuan utk mendekati. Tetapi beliau alpa, pelajaran ditolak ketepi dan keseronokan menjadi kiblat, akibatnya beliau berkahwin awal dan menjadi janda juga di awal usia. Dengan tanggungan anak2 yg ada, beliau terpaksa meneruskan legasi perniagaan keluarga demi sesuap nasi, dari seorang gadis yg berperwatakan menarik menjadi gadis yg biasa, tiada secalit mekap di wajah, tiada baju2 menarik, tiada kasut tumit tinggi spt dulu, tetapi hanya kasut but getah dan apron menghias diri (rasanya bole ja menyegak tetapi mungkin disebabkan tuntukan kerja dari bawak lori, potong buah nyok, angkut peralatan meniaga segala menyebabkan beliau selesa berpakaian begitu). Berbeza bila aku jumpa rakan2 seusia beliau yg dulu yg agak selekeh dan tak menjadi perhatian student lelaki dulu, kini tampil menawan, bekerja di pejabat berpenghawa dingin, berjawatan tetap dan penampilan berubah 180% disebabkan suasana kerja dan mempunyai pendapatan yg cukup utk mengubah seseorang itu dari zero to hero.
Tapi tak semua student2 yg nakal di sekolah dulu tak berjaya, ada yg berjaya dengan pilihan hidup masing2, ada yg sempat berubah dan tumpu mencari pekerjaan yg tetap, menceburi bidang perniagaan dan seterusnya berjaya sebab pilihan hidup tu terletak di tangan masing2 samada nak berjaya atau tidak, ada juga di kalangan yg dahulunya cemerlang di bidang akademik tetapi kurang berjaya dalam bidang pekerjaan dan hidup di masa depan seperti contoh di link atas. Kerana pilihan, usaha dan rezeki itu seiiring sebab itu kita kena jadi diri sendiri dan matlamat utk kita tuju di kemudian hari supaya menjadi yg terbaik di kalangan marhein. Dan org lain tak bole ubah diri kita kecuali diri kita sendiri, persetankan org sekeliling sbb bila ang takdak apa2 sapa pun tak ambik tau, tapi bila ang ada something, org automatik akan ambik tau pasai ang. That reality. Macam kisah yg aku cedok kat fb seperti di bawah ni.
Ⓜ️ GEORGE MCLAURIN, LELAKI KULIT HITAM PERTAMA YANG DITERIMA DI UNIVERSITI OKLAHOMA PADA TAHUN 1948,
DI PAKSA duduk di sudut yang jauh dari rakan sekelasnya yang berkulit putih.
Tetapi namanya tetap tersenarai sebagai salah satu daripada tiga pelajar terbaik universiti.
Ini adalah kata-katanya:
"Beberapa rakan sekelas memandang saya seperti saya seekor binatang, tidak ada yang sudi untuk bercakap mahupun menegur saya, guru sepertinya mereka tidak ada di sana untuk saya, dan mereka juga tidak selalu menjawab soalan saya ketika saya bertanya.”
“Tetapi ia tida melemahkan saya malah ia lebih mendorong menaikkan semangat dan keazaman saya untuk berjaya, Saya banyak mengabdikan diri sehingga saya mencapai maklamat saya, setelah berjaya mereka mulai memberi perhatian kepada saya untuk memberi mereka tunjukajar dan memjawab pertanyaan² mereka.”
PENGAJARAN DISINI:
Memaksa diri untuk diterima oleh orang adalah membuang masa. Cukup fokus dan tambah nilai pada diri anda dan orang akan datang meminta pertolongan anda ...
Sumber: Eupraim
Apa yg aku pelajari dari kisah di atas kita hanya perlu fokus pada diri sendiri dan keluarga serta sahabat2 di sekeliling kita sahaja kerana itu sumber semangat yg ada selain Allah Taala. Apabila kita berjaya tambah nilai pada diri kita org sekeliling akan menjadi magnet pada kita kerana itulah lumrah kehidupan. Pengajaran yg aku dapat dari kawan sekolah aku tu ada memba aku penah add dia kat group wasap sekolah tapi dia left, pesbuk ada tapi tak penah update, ramai yg dia tak approve freind dan ada juga yg dia unfreind sebab dia takdak apa nak post, pastu segan ngan kawan2 yg ramai berjaya dari dia katanya. Aku maklum la kat dia awat jd camtu, pasai apa nak ikut org, kita ikut ja acuan bahagia cara kita, bukan duit, harta atau kemewahan yg mampu bagi kebahagian kat kita, kita buat ja apa yg kita suka, bahagia itu pilihan sebab hidup hanya sekali. Aku paksa add jugak no dia kat group wasap sekolah sebab aku kata kita semua dah berumoq, tujuan group wasap ni pun bukan utk benda2 lain, hanya medium utk bertanya khabar, sakit pening, kematian atau saluran yg senang kalau nak jemput ke majlis2 kenduri. Aku maklum tanggungjawab aku dah add dia dan kalau aku jemput ke kenduri terpulang la pada dia nak mai ka dak sbb tanggungjawab aku jemput tu dah setel, aku dah cuba eratkan sillaturahim spt biasa.
Hidup ni kena positif, takdak sapa buang sesiapa kecuali kita yg buang diri sendiri. Kalau betoi nak rapatkan balik silaturahim buat cara nak rapatkan balik sbb kita dah cuba bertegur sapa secara baik tetapi kalau masih tinggi dengan ego tu terpulang sbb benda tu diluar kawalan aku, aku cuba dah buat terbaik, kenduri jemput, jamuan raya jemput tapi tak mai sebab alasan ada keja, ok kita paham , tup2 rupanya dia pun buat majlis tapi kita sekupang pun tak dijemput, tapi org lain bole plak dijemput hahaha..its ok, jd jangan guna sangat istilah terbuang sebab takdak sapa buang sapa kecuali diri sendiri yang buang diri sendiri π. Sebab hidup ni terlalu singkat utk nak serabutkan pala otak dengan benda2 negatif ni. benda bole setel dgan cara elok,bukan dengan dok menyebai tak tahwan hala post hal2 negatif rata ritin di media sosial sbb bagi aku sesuatu medium tu kalau dibuat positif, positif la jdnya, kalau dibuat negatif, negatif la jadinya, dan dari situ kita dah bole tau keperibadian pemilik akaun tersebut. Nak bahagia, tenang, bersihkan hati, dekat dengan Allah insyaAllah rezeki akan memihak pada kita.
Friday, December 24, 2021
Nissan Serena
Akhirnya dapat jugak beli keta besaq sikit dari Grand Livina setelah penat berjimat cermat dan ikat perut kihkihkih... π€π€π€
Sebenaqnya takdak istilah ikat perut pun, selalunya alasan tu org bg supaya nampak beradap dlm bercakap.. merendah org kata, sebagai contoh bila org puji kita nampak kurus, takkan kita nak jawab "mmg aku kurus pun mana penah tembun" kan nampak cam eksyen plak kan, jd kita kena la jawab "eh taklah, baju ni kot yg buat nampak kurus".
Macam tu jugak bila org kata "eh ang beli keta mahal2 ni sahih bulan2 kena bayaq beribu", takkan nak jawab "eh takdak hal la, keta ni aku bayaq seribu lebih ja, gaji aku rm 8k kot tak terkesan pun", tak ka bunyi macam menyombong kan, jadi selalunya kita jawab "bole tahan la, sampai terpaksa berjimat cermat ikat perut gak la nak bulih pun hehehehe..". Tak la nampak eksyen sangat wpun bayaran bulanan tu tak la membuatkan beliau sampai berjimat cermat ikat perut tambah2 kalau dlm keluarga tu banyak mulut nak kena isi. Bila dia membuat komitmen hutang tentu-tentulah dia dah calculate berapa perbelanjaan bulanan dan keperluan lain bagi cukup dulu baru bole buat hutang lain. Jadi jangan la ambik ayat org tu buat serius macam dia desperate ikat perut betul2 sebab berhutang beli aset2 keperluan tu sebab selagi dia tak pi ketuk pintu rumah org len mintak duit berutang nak beli beras tu kira ekonomi dia stabil lg la kan. Kadang2 org yg ambik serius ayat tu bukan apa, sebab dalam hati timbulnya unsur iri hati, cemburu.. sepatutnya kalau kita nak bahagia, kita kena tanamkan perasaan gembira bila tengok org sekeliling kita mampu pakai lebih pada kita, tu rezeki dia, ni rezeki kita, kalau ada rasa iri hati pun simpan2 dalam diri kita sudahla, takyah nak canang2 dekat org lain. Malu kat orang ππ..
Setelah hampir 8 tahun Nissan Grand Livina aku berbakti akhirnya beliau digantikan dengan kenderaan yang besaq sedikit seiiring dengan pertambahan umoq anak2 aku yg makin membesar dan lebih selesa la sikit duduk dalam keta yg lebih privasi sbb keta Serena ni seat dia sorang satu, lagi satu dah banyak teknologi automotive yg dah ditambah baik sepanjang 8 taun ni di ruangan enjin mahupun ruang rekaan dalaman dgan enjin hybrid yg ternyata menjimatkan minyak perkilometer dan teknologi keselamatan dan ruang interior dalaman keta, ada tempat caj bateri USB di setiap seat driver dan juga penumpang sbb la kan zaman teknologi digital semua dah ada smartphone sendiri jd benda tu dah macam keperluan ,ada meja makan lipat macam dalam kapal terbang (sebab anak2 aku suka makan dalam keta), punat kawalan dan lubang aircond ada di area penumpang jd takdala anak2 aku berebut nak dok seat tengah cam dulu sbb berebut pakat nak kena aircond, ada display monitor yg bole main macam2 video, ada waze sbb aku dulu kena bukak ikut henpon, tempat sangkut ada di semua seat, tempat letak botoi ayaq ada banyak di setiap seat, tempat isi minyak yg cup less, ruang bonet belakang yg besaq dan yang penting luas dan selesa dari kereta lama dan aku mmg ambik kira segala aspek ni sebab bagi aku keta Serena ni mmg famili car yg terbaik dari segala hal.
Dan macam aku cakap sebelum ni setiap apa yang aku buat, apa yang aku beli adalah untuk keselesaan keluarga aku, sebab itu tanggungjawab utama setiap ketua keluarga untuk memberi keselesaan, kebahagian, keselamatan pada semua ahli keluarga supaya anak2 aku dapat sesuatu yang lebih baik dari zaman kanak2 babah dan ibu mereka dulu, itu sahaja.Kegembiraan anak2 adalah kebahagian bagi kami berdua kerana impian dan kesederhanaan setiap orang tu berbeza, cubalah gapai selagi berkesempatan kerana mati itu pasti, takut takdan merasa dah dijemput illahi. Nak beli barang2 hobi yg dah lama idam, belilah kalau mampu, kalau nak travel waima ke Galapagos sekali pun pi lah selagi berkemampuan, nak beli baju, seluar, handbag cantik, mahal2 belilah kalau berkenan, nak pakai kereta mewah, besar belilah ikut kemampuan, nak beli rumah besaq, bertingkat2 ,dua tiga biji belilah selagi mampu sebab kebahagian setiap orang berbeza, ia tak salah selagi tak menyusahkan orang lain, janganlah selalu pergunakan ayat "kalau", ishh...aku beli kereta hutang banyak ni ''kalau'' pencen nanti jenuh nak bayaq, jangan nak tunggu pencen, takut takdan pencen ajal menjemput awai ka, diuji kesihatan yg teruk ka, takdan nak merasa dah, beli rumah bertingkat2 ni "kalau" aku tua sakit lutut jenuh nak naik tangga, kalau sakit lutut tak larat naik tangga dok ja la kat bilik bawah, jika takdak sapa nak bersihkan tingkat atas, upah ja la cleaner gaji harian, sebab ramai pertikai beli rumah besaq2, bertingkat2 nanti tua tinggai berdua ja sebab anak2 dah besaq ada life sendiri, pastu kalau depa balik jengok kita, berkumpul keluarga takkan nak suruh semua tidoq kat ruang tamu? kat homestay? pacak khemah? kurang2 dah ada bilik utk setiap family, aurat anak menantu kena jaga jugak, balik berkumpul keluarga tapi tidoq kat homestay, kat hotel, pacak khemah, baik takyah berkumpul sebab tu org beli rumah bertingkat, bilik banyak dan pakai kereta besaq ni masa anak2 tengah membesaq sebab masing2 nak privasi sendiri dan yg utama adalah selesa dari kehidupan masa lalu ibu dan babah dia lalui yg nak berjalan dalam rumah pun berselisih punggung. Ingatlah apa yang org lain cuba gapai impiannya adalah tak salah, yang salah apabila kita asyik pertikai impian dia kerana tak menurut pendapat kita dan meraikan pulak perbezaan tersebut dan ianya adalah salah untuk kita memaksa orang lain ikut cara kita kerana pencapaian setiap orang tak sama.
Welcome to my family Serena.
Saturday, December 11, 2021
Mengimbau Shah Alam suatu ketika dulu
Antara Kedai yang agak popular di kalangan para pelajar kat sini adalah kedai Fradoo Abc yang menyediakan juadah hidangan ais kacang yang pelbagai jenis dan juga minum-minuman . Selain itu kedai Nasi Goreng Daging Merah Rm 3.00 atau nasi goreng student antara juadah yang agak marhein bagi para graduan sebab murah dan sedap, kadang2 sampai beratoq kalau nak beli bungkus kat kedai ni.
Selain menjadi destinasi para pelajar bersarapan pagi, tengahari , makan petang atau malam, kadang2 medan selera di sini jugak menjadi port para pelajar untuk buat tugasan berkumpulan atau stadi group, takpun jadi tempat dating bagi student yang takdak kenderaan sendiri sebab lokasi yang dekat dengan kolej kediaman dan mudah dicari ( aku jarang mai dating sini sebab segan, ramai sangat memba2 yang kenai, aku selalu pi port yang tak ramai student baru best nak sembang lama2)
Nasib baik la ada jugak kelibat Motor Yamaha 125 ZR aku terenterframe masa zaman stadi dulu, ada jugak la bole buat kenangan bersama2 beliau yang banyak bersusah payah membantu aku ke mana2 destinasi yang dituju sepantas tenuk himalaya lagaknya masa stadi dulu hahaha.. foto ni kami ambik di kawasan perumahan elit berhadapan pintu masuk Uitm Seksyen 2 yang masa ni tak banyak rumah2 mewah didirikan dan terdapat banyak port2 lapang untuk bergambar dan lepak. Bila di ingat2 balik dah nak dekat 20 tahun aku meninggalkan zaman stadi di Uitm, bila tengok gambaq2 lama rindu plak waktu susah senang dengan memba2, struggle belajaq, struggle uruskan hubungan ngan kawan2, struggle uruskan kewangan sendiri dan macam2 lagi la.
Ok berbalik pada tujuan utama ni lepas merapu meraban tadi ni aku selitkan gambaq terkini suasana Medan Selera Seksyen 2 yang telah berubah wajah menjadi semakin cantik dan moden, siap ada KFC lagi. Dulu2 kalau balik naik bas tak kira la dari Hentian Pudu ka atau Hentian Bas Seksyen 17 Shah Alam mesti akan turun kat sini sebab kat sini senang nak cari kenderaan awam balik ke rumah sewa atau kolej kediaman. Gambar ehsan Google.
Ni lagi satu port wajib diketahui para graduan yang merantau dari negeri lain, Terminal Bas Ekspres Seksyen 17, tempat para pelajar sampai dari kampung atau tempat para pelajar berkumpul balik ke kampung halaman masing2. Tapi zaman aku dulu takdak tempat menunggu berbumbung macam tu, banyak tempat berpokok ja, aku kalau bas lambat lagi selalu lepak kat Medan Selera bersebelahan terminal bas ni, makan2 sampai kenyang naik atas bas bulih lena hahahaha...Tapi terminal bas ni pun dah berubah wajah dah, la dah jadi terminal yang lagi moden dan cantik sesuai la dengan taraf bandaraya Shah Alam. Dan akhir sekali UiTM tetap Di Hatiku.
Friday, November 12, 2021
Super 7 Ultimate Thundercats Wave 3 Slithe Unboxing
Akhirnya selepas setahun aku pre order online mendarat jugak action figure dari Super 7 ini iaitu figure Thundercats Slithe. Sebenarnya agak lambat figure ni nak sampai sebab terjadinya pandemik Covid 19 menyebabkan kilang di China terpaksa tutup seketika sbb tu banyak penghantaran figure2 tertangguh. Kalau ikutkan untuk figure Thundercats Wave 3 ni aku beli 2 figure si Slithe ni ngan Chetara, tetapi Chetara dimaklumkan ada sedikit masalah di bahagian produk dan supplier memaklumkan akan delivery figure Chetara berasingan nanti.