Jangan Clik

Wednesday, March 31, 2010

Outing ke Pesta Konvo UUM

Petang Jumaat ari tu aku sefamili pi jenjalan, tujuan kami hanya utk ke Pesta Konvo UUM ke 23. Cuaca agak redup jd sesuai la nak bawak heroku pi jenjalan, maklum la masa lalu ikut Changlun ujan turun jadi bila sampai Sintok ni tak ujan tapi redup sikit, ok la tak la panaih sangat bila nak round2 kat gerai jualan tuh.
Sehari sebelum kami pi Pesta Konvo nih dikejutkan dengan kematian seorang juruterbang TUDM semasa melakukan aksi pertunjukkan penerbangan semasa perasmian Pesta Konvo ni, ucapan takziah untuk keluarga beliau. W'pun warga UUM masih terkejut dengan insiden tersebut tapi Pesta Konvo tetap diteruskan macam biasa. Parking pun senang sini sebab luas, jd takdak masalah la klu nak cari tempat parking.
Banyak gerai dibuka taun nih, di mana gerai yang menyediakan juadah makan diletakkan di tapak pasar malam sebelah padang hoki berhampiran stadium, dan gerai-gerai jualan lain di tempat letak kereta di belakang Pusat Kesihatan UUM. Gerai-gerai di tapak letak kereta banyak la jugak dan luas senang aku bg lepas Qazrin berjalan-jalan, menonong ja dia pi seronok tempat luas, org pun ramai, lg suka la dia. Tapi aku dok kawal la dia takut jatuh satgi. Jatuh ataih jalan takpa, takut jatuh hati kat para siswi jenuh aku nak kena bagi alamat Facebook Qazrin kat depa plak sebab Qazrin cakap pun tak teruih lagi...alih2 aku bg Facebook aku la senang skit hihihihi (merela sikit apa salahnya kukikukik)
Letih berjalan rehat sat kat gerai jualan makanan, bermacam-macam jenis makanan yg ada, dri makanan malaysia hingga ke makanan western, buleh cuba, harga pun berpatutan. Aku anak beranak makan nasi ayam madu ngan char koew teaw ja, sebab yg tu nampak sedap skit.
Kami memborong tak banyak mana pun sebab kebanyakan gerai kat sini jual aksesori wanita, jadi bersorak rianglah wife aku, bole beli tudung dan segala macam lg, maklumla gaji baru masuk time tuh. Kat Qazrin selain beli makanan kat dia aku beli toys bg dia main, kemain suka lagi siap ajak aku main dekat stadium sebab luas dan org pun tak ramai, tapi bila ada siswi2 lalu dia berenti ligan toys dia, dok perati siswi tu plak hhhmmmm... ikut perangai babah tak habih-habih. Ralit dok main toys dia, nak dekat Maghrib baru la ble btolak balik, klu ikut Qazrin alamatnya sampai malam la nak main kat situ, tapi aku tak mau sebab nanti ramai plak siswi yang terpikat kat aku plak bila lalu kot situ dan aku ambik keputusan balik sebelum maghrib atau sebelum aku dilanyak oleh wife aku sebab dok wat mata keranjang kat sini huahuaghua...

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Hari Lahir untuk Ibu (wife aku)

Dalam bulan Mac ni famili aku celebrate 2 tarikh besday, satu besday Qazrin 5 hb 3 aritu dan 25 hb 3 besday wife aku plak. Hmmm ..makan modal nih ecececeeee... mlawak ja, sronok sambut besday dua insan yg terpenting dalam hidup nih.
Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Siti Azlina....Allah selamatkan kamu. Waaahhh nyanyi plak dah, sep baik tak mai hujan plus tornado skali. Sambutan besday wife, kami sambut kat restoran kegemaran wife aku, apalagi Pizza Hut la, Haaaa makan sampai kenyang biaq tembun skit. Umoq dah masuk 29 ni kna la makan banyak-banyak skit biaq tembun bru nampak mcm makcik2 skit huahuahuaha...tang bebelan dah nak mcm makcik2 dah, kna upgrade saiz badan skit bru kna ngan gaya. (Yang abang gurau ja na, jangan tukaq jd hulk tau, balik nti jangan lupa buat melo plak key, luv u hihihi)
Heroku bab makan-makan mmg laju, mmg hobi dia. Tgok tu tgah dok melanyak Garlic Bread utk yg keberapa pun tak tau la. Laju ja makan sebab nak bg sudah cepat, nnuuu nak pi main kat playground plak.
Aku....errrr macam biasa la makan sambil kontrol kejelitaan maklumla aku kan spesis berbakat. aku makan tak banyak mana, ada la 4 keping pizza, 3 ketoi kebab, 2 gelaih ayaq, satu mangkuk hayun eh silap plak...satu mangkuk mushroom soup, satu bundle garlic bread hhhaaa itu ja la yg aku tibai, tak banyak kann.(org ka tenuk utan nih). Memandangkan sambutan ni sempena majlis ayang jd abang ucapkan selamat membayar semua kos makan ni key ahaks gurau ja, abg tau mmg abg kna bayaq pun sebab abang makan lebih dri yg diraikan, ok lg skali abang ucapkan selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat serta ucapan yg paling syahdu dri abang, bila nak tambah anak lagi? hahahaha (tersipu-sipu).

Monday, March 22, 2010

Selamat Hari Lahir Qazrin yang Pertama

5.3.2010 aritu genap umuq Qazrin setahun, memandangkan besday dia jatuh ari jumaat jd aku ngan wife buat kenduri hari lahir dia kecik-kecik ja , buat ari sabtu kat umah tok dia kat Ayer Hitam. Panggil adik beradik terdekat dan bacaan Doa Selamat oleh Tok Su Lah untuk majlis nih. Sepatutnya aku update dri minggu lpas tapi takdan nak upload gambaq dri kamera ke pc tu yg tertangguh tu.
Aku ngan wife beli kek Pooh kat dia, sronok bukan main, bukan nak makan kek tu tapi nak main patung Pooh tu hahahaha... jenuh kawal, pantang lepa ja ilang la patung dan payung kecik ataih kek tuh, tak pasai-pasai plak nak kna boh payung tok dia plak ganti payung kecik tuh kakakaka.... Untuk tetamu kami hidangkan bihun sup yang disediakan oleh chef jemputan dari kepulauan galapagos Puan Siti Azlina dan suku sakatnya dengan resepi istimewa di beri tajuk "Bihun Sup 4 rasa, rasa nak makan, rasa dengan ujung jari, rasa kenyang dan rasa sayang-sayang heyy".
Nak bergambaq potong kek ni pun jenuh aku gendong dia, bila dah sepupu sepapat ramai nih dia bukan mau buat benda lain kheja nak main jaa. Abih belemoih bila makan kek, aku nak suap tak mau nak makan sendiri nak ikut sepupu lain yg makan sendiri, alih2 belemoih satu badan sampai kna tukaq baju. Takdak tiup lilin sebab takut nti Qazrin bukan tiup keluaq angin, takut tiup keluaq ayaq lioq habih jahanam kek dia, takleh org len nak tumpang sama.
hahahaha muka besday boy ghiyau sebab kek jatuh ataih kepala dia, tu la babah habaq dah kek makan kat mulut bukan kat kepala kan dah bau kek kat rambut, seb minyak rambut sebulan hahahahaha . Apapun hepi besday dri babah dan ibu ucapkan dengan penuh tersipu-sipu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat tubuh badan aminnn....ya rabbal alaminn...