Jangan Clik

Sunday, December 31, 2023

Kata-kata - adalah perkara yang tak boleh dipercayai


 Baru terbaca nukilan seseorang sempena menyambut kedatangan tahun baru, yang membuatkan aku tercuit hati adalah perkataan 'hutang baru' dalam caption beliau hahaha.. Ucapan dia berbunyi lebih kurang begini " Selamat tinggal tahun 2023 dengan tambah hutang baru (gambar beliau disamping kereta baru) klu jumpa hon la, selamat datang tahun 2024". begitulah lebih kurang. Bukan apa aku masih ingat post beliau masa aku ambik rumah sebiji lagi yg mana beliau tulis "Masuk umur 40 an ni tak payah la tambah hutang, cukup la pakai yang mana ada" hahahaha.. Tapi beliau yg masuk 40 an lebih pun tambah hutang baru jd kesimpulan dia apa? Kata2 adalah perkara yang payah utk dipercayai sbb org lain buat hutang tak bole, dia buat hutang takpa hahahaha..

      Ok lagi satu perkara yang berkait jugak adalah ttg si polan yg share video beza keta baru ngan keta lama dimana dlm video tersebut ada menyebut "keta lama ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror sama ja ngan keta baru ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror, takdak beza" tup tup tak lama lepas tu beliau beli keta baru yg upgrade dari keta lama hahahaha.. Awat tak beli sama jenis takpun keta yg lama sikit sbb dah la harga murah dan takdak beza pun.. Ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror jugak hahaha.. 🀣🀣🀣. Jadi kesimpulan dia apa, kata2 adalah perkara yang susah utk dipercayai bila org lain buat tak bole, dia buat bole dah macam ahli2 politik la ni plak hahahaha.. πŸ˜‚.

Ok apa persamaan dua2 perkara ni? Persamaan dua perkara ni adalah ia di post di media sosial selepas aku sekeluarga baru ja beli rumah kedua, dan baru tukar kereta baru. Wpun kita tau ayat penafian depa yg kata tak tuju kat sapa2 pun, peringatan utk diri sendiri tapi klu share sblm aku ambik rumah, sblm aku ambik keta, aku bole terima lagi, tapi post2 dibuat lepas aku beli kedua2 nya, lepas aku beli rumah post pasai rumah nak yg sedang2 saja la, umoq 40 tak elok tambah hutang la, kna ikat perut bagai la, beli keta post biaq keta buruk janji takdak hutang la, keta mahal ka baru sama ja ada 4 pintu.. 4 tayar hahaha.. Itu pilihan masing2 pasai apa nak sakit hati sangat pun tak tau la🀣🀣.. jd kita tau la ayat2 tu adalah ayat utk penyedap hati menutup sifat dalam diri yg tak bole tgok org lebih dari kita. Macam yg aku kata klu post atau share perkara positif media sosial, positif la jadinya, klu negatif post kita negatif la jadinya. Jd nak post apa2 pikir dulu sbb banyak hati nak kena jaga. Sbb kerap dok share "Tak malu ka pakai keta lama cat dah lusuh" sedangkan semua tau dia dah ada keta baru, tak pikir ka perasaan org sekeliling yg masih pakai keta lama cat lusuh asbab faktor ekonomi. Jd post beliau nak kata kat sapa sebenarnya? Hahahaha.. Tepukla dada tanya iman. Pis no war just my two cents... ✌️😁