Jangan Clik

Sunday, November 15, 2020

Apa yang perlu dibuat selepas mendapat kunci rumah

Bagi kebanyakan pemilik rumah pasti hati riang berbunga2 apabila mendapat perkhabaran dari pihak kontraktor akan mendapat kunci siap bergambar dengan pihak kontraktor di hadapan rumah impian. Dalam minda dah terbayang segala idea deko-deko yang dicedok dari pelbagai group deko di pesbuk atau sudah merancang untuk membuat list shopping barangan hiasan rumah di Ikea, Kaison , dan kedai2 hiasan dalaman yang lain. 

Tapi perlu diingat sebelum membuat segala macam perancangan tersebut, ada beberapa perkara yg wajib dibuat sebelum ke peringkat seterusnya. Selalunya pihak pemaju akan bagi kita tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita buat pemeriksaan pada rumah dan beri peluang pada kita untuk membuat aduan mengenai apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam mahupun di luar rumah. Semua ini adalah antara hak kita sebagai pembeli. Jadi, apabila diberikan peluang masa itu gunalah sebaiknya. 

Periksa sehabis baik keadaan di dalam rumah sebelum membuat renovation sebab pihak pemaju tak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah jika kita dah renovate terlebih dahulu. Periksalah seluruh pelusuk rumah kita samaada tedapat kerosakan seperti dinding retak, tiles pecah, siling bocor dan lain-lain. 

 Bagi pemilik yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pembinaan boleh la untuk membuat pemeriksaan dengan menyediakan masking tape, pen marker, kertas A4 dan telefon atau kamera yang berkualiti. Jika anda kurang berpengetahuan tuan boleh mengupah syarikat kontraktor yang menyediakan perkhidmatan memeriksa defect rumah dengan harga yang sangat berpatutan mengikut jenis rumah siap beserta laporan bergambar untuk dihantar ke pihak pemaju.Jadi di bawah ini beberapa perkara yang perlu anda tahu selepas mendapat kunci dari pihak kontraktor. 

  Meter Air dan Bekalan Elektrik 
Sebelum membuat pemeriksaan yang lebih detail pastikan kita menguruskan pemasangan meter air dan meter elektrik yang mana kita perlu mengeluarkan kos sendiri bagi pemasangan bekalan utiliti tersebut melalui kontraktor perumahan kita. Azan Bagi yang beragama Islam seeloknya untuk mengazankan di dalam rumah maklumla bila rumah yang lama tak berpenghuni ni akan ada yang mai tumpang menginap. 

  Pintu, Pintu Sliding dan Tingkap 
periksa setiap tombol pintu di semua bilik samada berfungsi atau tak, periksa juga kunci2 yang diberi samada berfungsi untuk semua pintu, untuk pintu dan tingkap sliding buka seluas-luasnya, dan pastikan tiada masalah ketika hendak menguncinya.
 
  Tiles 
Periksa semua tiles caranya dengan mengetuk menggunakan duit syiling atau pemutar skru, kalau terdapat tiles yang lompong mintak pemaju gantikan. cek juga samaada tiles yang retak, simen di tepinya tak sekata atau tiada dan minta pihak pemaju baiki. 

  Plug dan suis-suis elektrik
Hidupkan suis utama dan cek setiap mata kuasa plug kipas, lampu atau soket 3 pin berfungsi atau tidak dengan menggunakan test pen.(kalau anda kurang mahir pastikan perkara ini dibuat oleh pakar wiring yang bertauliah dan mahir demi mengelakkan sebarang kecelakaan dari berlaku). 

  Paip air
Buka air dari meter utama dan biarkan sehingga tangki simpanan penuh lepastu periksalah setiap kepala paip, shower samada air mengalir laju atau perlahan. Periksa juga pam tandas samaada berfungsi atau tersumbat. 

  Tangga 
Bagi rumah yang mempuntai tangga pastikan pemegang tangga kita kukuh dan tak longgar, caranya adalah kita cuba giyang-goyangkan beberapa kali dan kita bole mengetahui samaada pemegang tangga tersebut longgar atau sebaliknya. 

  Dinding retak 
Perkara ini sering terjadi pada mana2 rumah yang baru siap memandangkan terdapat kemungkinan terdapat mendapan tanah yang selalunya ditambun dalam jangka masa yang singkat. Tandakan setiap dinding yang didapati retak dan maklumkan kepada pihak pemaju untuk pembaikan. 

  Kunci semua pintu masuk
Pastikan selepas membuat pemeriksaan pastikan semua pintu masuk rumah kita berkunci untuk mengelakkan sebarang kecurian tambah-tambahan sejak kebelakangan ini sering terjadi kecurian kabel elektrik dan pemaju tidak akan bertanggungjawab segala kecurian apabila kunci rumah telah diserahkan kepada pembeli. 
 
  Kebersihan rumah
Ada pembeli yang dapat kontraktor yang bagus , masa serah kunci rumah bersih dari segala kotor, sawang dan segala macam sampah, tapai ada juga yang tak bernasib baik dapat rumah yang kotor, bersepah dan penuh sawang jadi pembeli bole ambik inisiatif sendiri dengan membersihkan dahulu apa yang patut sebelum membuat renovation dan untuk mencuci rumah bila nak masuk nanti taklah banyak kerja pembersihan nak kena buat.

 Haaa, bila dah periksa dan perbetulkan kesemua kerosakan atau kecacatan pada rumah ini barulah kita boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Kan? Oh ya! Ini paling penting, ambillah rumah daripada kontraktor yang bertauliah! Semoga dipermudahkan urusan semua yang baru dan akan mendapat kunci rumah tu. Selepas itu barulah kita boleh mendekor dengan senang hati. Baiti Jannati. Rumahku Syurgaku, jom jadikan ini matlamat kita!

Sunday, August 9, 2020

Jalan jalan Penang 2020


Memandangkan tahun 2020 ni famili aku tak penah planning bercuti lagi disebabkan pandemik covid 19, jadi kesempatan hujung minggu aritu aku bawak la anak2 aku pi tempat yang jauh sikit dari kerumunan org ramai dan bole buat aktiviti sendiri di dalam bilik. Jadi aku book siap-siap 2 malam menginap di Lexis Suite Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lokasi hotel yang terletak agak jauh dari hiruk pikuk ibu kota Georgetown dan berdekatan dengan perkampungan nelayan menjadi lokasi sesuai untuk menghabiskan cuti hujung minggu dalam musim2 pandemik ni.
Lagi satu pasai apa hotel Lexis Suite ni jadi pilihan sebab hotel ni menyediakan private swimming pool kat bilik, jadi amat sesuai untuk bawak anak2 menghabiskan aktiviti depa dengan mandi manda dan  bole la aku mandi pakai g string tanpa jadi tatapan umum hahahahahaha..... Hotel ni ok la bagi aku, dengan bilik luas ada 2 katil king, siap devide bilik air dengan ruang leisure, ada swimming pool yang bole mandi siang malam sbb ayaq dia suam sepanjang masa dan ofkos la pemandangan luar yang sangat indah menghadap laut Selat Melaka.
Kawasan Bayan Lepas ni bersebelahan dengan perkampungan nelayan Teluk Kumbar yang sangat mendamaikan dan sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota. Lagi satu jalan Teluk Kumbar ni tak jauh dari Balik Pulau jadi dah ada kesempatan tu aku telusuri la jalan2 berbukit pusing pulau cari durian duri hitam yang agak femes tu.
Puas pusing pulau..tiba-tiba terjumpa plak 2 ekoq kaboi gergasi tengah dok gomoi kes tagline "tak hensem takpa, janji kaya". Entopia ni kalau tak salah aku merupakan transformasi taman rama-rama Penang dulu yang telah diupgrade jadi lagi cantik dan futuristik. Tiket untuk dewasa untuk pemegang mykad berharga Rm 44.10 dan kanak2 dari umur 4 hingga 12 tahun berharga Rm 26.10, kanakk2 bawah umur 4 tahun percuma.
Bukan setakat rama-rama yang banyak dalam ni, tapi juga pelbagai jenis serangga dan reptilia. Dengan suasana alami yang ditata cantik amat sesuai untuk bergambar kenangan selain disediakan ruang2 informasi berguna untuk kanak-kanak. Selain itu terdapat juga kedai cenderamata dan kafe2 makan minum untuk melepaskan lelah setelah penat berjalan keliling taman.
Tak jauh dari Entopia di dalam daerah Teluk Bahang ni juga aku berkesempatan singgah ke Toys Muzium Penang. Jalan masuk ke muzium ni agak tersorok tambahan papan tanda pun kecik sangat, tapi nasib baik aku google dulu sebelum mai sini. Tiket masuk untuk pemegang mykad berharga Rm 24.00 dan kanak2 Rm 18.00.
Destinasi ni merupakan port wajib bagi para kolektor mainan sebab kat sini majoriti mainan yang anda kumpul pasti ada kat sini, tambahan mainan dari tahun 80 an - 90 an. Banyak jugak aku snap gambar-gambar mainan dari generasiku macam mainan popular bagi kanak2 generasi 80-90 an iaitu mainan kartun M.A.S.K, lengkap watak wpun tak semua siap kotak lagi, mmg rare dan bernilai tinggi.
Selain patung2 watak2 filem dan kartun bersaiz gergasi kat sini terdapat juga beribu mainan saiz biasa yang menghiasi kabinet2 kaca yang mmg menjadi impian setiap para kolektor untuk display mainan dalam koleksi untuk dipertontonkan seperti ini. Antara mainan yang menarik perhatian aku adalah mainan Akira, joker Heath Ledger (watak joker terbaik bagi aku) , mainan Voltron dan juga mainan kartun  Biker Mice yang agak popular tahun 90 an dulu. 
Selain itu terdapat juga mainan yang aada dalam list koleksi aku seperti mainan He Man Master Of The Universe ni, tapi yang ni koleksi dari versi 2000 bukan versi Classic atau filmation yang bagi aku lagi cantik sculpting dia berbanding versi 2000 ni.
Aku dimaklumkan bahawa owner muzium ni mula mengumpul mainan2 ni dari umur beliau 18 tahun hingga la sekarang yang mana umur beliau sudah meginjak 50 tahun lebih, sebab tu beliau ada beribu koleksi mainan untuk dipertontonkan. Aku melangut kat sini dekat 2 jam jugak la tambahan aku sefamili ja yg ada dalam muzium ni jadi pakat raya sakan la. Bagi aku sejujurnya muzium ni perlu dipertingkatkan dari segi kebersihan, dekorasi luaran atau dalaman untuk menarik lebih ramai kanak2 atau peminat berkunjung, dalam muzium suasana agak panas wpun ada aircond, tandas yang berbau dan ruang menunggu depan agak berserabut dan bersepah dengan kabinet2 mainan yang macam tak pernah sapu sebab banyak mainan2 yang dah berdebu serta papan tanda tunjuk arah ke sini sangat kecik memandangkan lokasi muzium ni yg terletak agak ke belakang bangunan lain, serta kurang promosi mungkin menyebabkan muzium ni kurang dikunjungi .Tapi overall anak2 dan aku enjoy la lihat koleksi mainan yang sangat maveles dalam ni walaupun aku sedikit kecewa sebab mainan Thundercats dan Dino rider takdak dalam simpanan muzium ni. Jadi itulah serba sedikit percutian keluarga aku di sebuah pulau di atas samudera di bawah langit khatulistiwa...pulau mutiara...Penang.

Tuesday, August 4, 2020

Jam Casio G Shock One Piece 2020 Limited Edition


Pada bulan Jun 2020 pihak CASIO telah mengumumkan akan mengeluarkan jam Casio G Shock model GA-110JOP yang akan berkolaborasi dengan komik dan anime popular Jepun iaitu One Piece. Ia adalah sesuatu yang sangat ditunggu2 peminat jam Casio G Shock dan peminat komik One Piece pastinya kerana design yang ditampilkan kali ini sangat menarik dan unik berbanding Jam G Shock yang pernah berkolaborasi dengan One Piece sebelum ini. Uniknya kali ini lukisan watak utama iaitu Monkey D.Luffy dicetak terus ke permukaan tali dan ruang muka jam dengan menampilkan warna hitam,putih dan merah.
Selain itu ciri-ciri yang terdapat di dalam komik One Piece juga ditampilkan pada jam seperti jarum kecil berbentuk topi jerami yang sering dipakai Luffy dan juga perkataan WANTED kerana watak Monkey D.Luffy sering menjadi buruan para angkatan laut di dalam komik tersebut. Dari awal2 pengumuman dari pihak Casio aku sudah mengagak yang kehadiran jam limited edition in pasti tidak datang dengan harga yang murah. Dari pesanan pre order di laman rasmi Casio hingga laman jualan online lain dari awal2 lagi sudah out of stock , pastinya fenomena tersebut akan membuatkan jam yang pada asalnya telah ditetapkan harga dalam lingkungan Rm 1,060.00 akan meningkat secara mendadak atas faktor permintaan yang tinggi. Di Malaysia para penjual rasmi jam G Shock di laman2 sosial telah awal2 lagi meletakkan harga jam untuk pre order sekitar Rm 1,600 ke atas dan harga tersebut akan sekali lagi berubah apabila barang telah sampai ke tangan pembekal. Dan jangkaan aku tepat sekali apabila stok-stok jam Casio tersebut sampai ke tangan penjual pada hujung bulan Julai 2020 harga jam G Shock One Piece telah meningkat berkali ganda mengjangkau Rm 2,200.00 ke atas bagi Japan Set, dan harga bagi Euro Set sekitar Rm 1,600.00 hingga Rm 1,800.00. Tapi bagi peminat scene G Shock Msia jam G Shock Japan Set adalah pilihan utama disebabkan harga jualan balik yang agak tinggi dan sangat mendapat permintaan tinggi di pasaran. Aku berjaya jugak grab G Shock One Piece Japan Set sebab aku pasti harga jam limited edition ini akan meningkat berkali ganda pada tahun2 mendatang.
Aku berjaya dapatkan jam ni pun dari pembeli tempatan, cuma aku agak kecewa dengan packaging dari beliau yang mana kotak luar jam habis kemek sebab beliau hanya balut kotak tersebut dengan bubble wrap saja. Bagi aku yang pernah berurusan beli jam G Shock ni selalunya seller akan packaging jam ni dalam bekas tupperware  yang lebih safety sebab kotak jam G Shock ni jugak agak berharga tambahan untuk jam2 yang berkolaborasi ni. Mujur bekas tin dan jam tak mengalami apa2 kecederaan serius hahahaha... Sebenarnya pada pengumuman Casio tersebut ada memaklumkan bahawa Casio akan berkolaborasi membuat pengeluaran jam G Shock Limited Edition dengan One Piece dan juga Dragonball tapi aku lebih tertarik dengan design yang ditampilkan G Shock untuk One Piece berbanding Dragonball yang agak terang coraknya yang ditampilkan dengan warna oren.

Bagi peminat setia dan pengumpul komik atau anime One Piece adalah tak lengkap sekiranya tak grab awal2 jam G Shock Limited Edition ni sebab bagi aku ni first time G Shock menampilkan design kolaborasi yang sangat menarik dengan lakaran dari komik dicetak di seluruh permukaan menampilkan design tersendiri dan terkini. Sedikit mengenai komik Jepun hasil lukisan Eiichiro Oda yang terlaris jualannya seluruh dunia One Piece yang telah diterbitkan pada 1997 hingga kini ini adalah berkisarkan tentang pelayaran watak utama iaitu Monkey D. Luffy bersama2 rakan dalam misi mencarai harta karun One Piece di Grand Line dan siri ini telah menjadi popular di seluruh dunia dan sehingga kini masih memegang rekod sebagai komik dengan cetakan tertinggi di dunia mengatasi komik Dragonball. Untuk melihat unboxing jam Casio G Shock One Piece Limited Edition ini para pembaca boleh klik di video youtube di bawah. Sekian shishishishishishi........ (gelak style Monkey D.Luffy)


Sunday, July 5, 2020

Industri buku kian suram

Bagi kanak2 yang membesar di era 80 an dan 90 an pasti ternanti-nanti setiap minggu atau hujung bulan bagi mendapatkan keluaran terbaru siri komik atau majalah kegemaran waktu itu seperti Komik Dragon Ball, Slamdunk, Pendekar Laut, One Piece, majalah Ujang, majalah Apo, majalah Gila-Gila, Majalah Arena Bolasepak dan pelbagai lagi yang sangat rancak pada era itu. Dan pembudayaan minat membaca dari kalangan kanak2 waktu tersebut membawa hingga ke usia dewasa.Tapi itu cerita dari sudut generasiku, generasi yang dapat melihat dan merasai banyak industri2 dunia hilang ditelan arus teknologi maklumat di hujung jari, dunia alam maya internet. Antara industri yang terkesan akibat tidak mengikut arus derasnya perubahan  sudut teknologi ini yang boleh kita lihat sebagai contoh adalah hilangnya kedai2 cuci gambar, apabila berkembangnya teknologi telefon pintar berkamera dan memory card, banyak kedai2 gambar telah gulung tikar atau terpaksa mempelbagaikan fungsi bisnesnya dari kedai cuci gambar ke kedai peralatan kamera atau mengambil perkhidmatan fotografi perkahwinan dan lain2 acara. Gulungan filem Kodak atau Fuji menjadi barang lipatan sejarah apabila kamera gambar digital diperkenalkan di mana pengguna boleh mencetak sendiri gambar2 tersebut dan menyimpan di dalam cakera keras berkapasiti yg mampu memuatkan beribu ribu gambar yang memudahkan dan menjimatkan wang ringgit.
Aku perasan akhir-akhir ini industri buku kian tenat apabila banyak judul2 buku hilang dipasaran tanpa sebab dan apabila diselidiki rupanya syarikat penerbitan tersebut sudah gulung tikar atau unitnya ditutup antaranya majalah Anjung Seri, Arena Bolasepak, Jelita dan Majalah Bolasepak Wisel.Antara syarikat2 penerbitan yang banyak mewarnai zaman kegemilangan komik2 tanahair yang juga telah gulung tikar adalah Penerbit Comic House yang telah ditutup secara rasminya pada tahun 2016, syarikat penerbitan ini banyak menerbitkan komik alih bahasa popular dari komik Jepun seperti Dragon Ball, One Piece, Kungfu Boy,Dr Slump, Dragon Quest, Yuyu Hakusho, Sailormoon dan Bleach. Mengikut jejak Comic House pada tahun berikutnya untuk menutup operasi yang sudah berusia 30 tahun adalah Penerbitan Tora Aman yang menerbitkan komik2 terjemahan seperti Doraemon, Slam Dunk, GTO dan Detektif Conan. Walaupun majalah Kreko pernah cuba diterbitkan dan mengambil alih pasaran pada tahun 90an hingga awal 20 an tetapi kini aku tengok pengeluarannya sudah nyawa2 ikan dan banyak dibuat jualan secara bundle dengan harga yang murah. Nasib baik sebelum penutupan operasi syarikat penerbitan tersebut aku berjaya melengkapkan koleksi komik2 dalam simpanan aku macam Dragon Ball, Slam Dunk dan Dr Slump dan beberapa komik Akira Toriyama yang bukan bersiri macam Nekomajin, Cashman, Pulau Ajaib, Kajika, Cowa dan Sandland.
Terdetik aku nak nukilankan industri yg kian terkesan ni apabila aku perasan helaian suratkhabar Harian Metro yang semakin nipis isinya dan penutupan beberapa surat khabar berbahasa Melayu walaupun sudah berada dalam industri berdekad lamanya seperti terkuburnya syarikat penerbitan Utusan Malaysia walapun pelbagai inisiatif telah disuntik bagi mengelak syarikat tersebut terkubur terus untuk selama-lamanya.Kalau anda telusuri kedai-kedai buku tempatan anda boleh lihat betapa sedikitnya judul2 buku di rak2, ada rak yang sudah lompong sejak sekian lama, dan para usahawan kedai buku kalau anda perasan bukan sahaja menjual buku-buku tetapi juga mempelbagaikan dengan jualan alatan tulis bagi mengimbangi keuntungan atas jualan demi kelangsungan hayat perniagaannya. Hangat di media sosial baru-baru ini apabila tersebarnya tentang beberapa penutupan  Kedai Buku MPH di beberapa cawangan seperti di MPH Amanjaya, MPH Sunway GEO,MPH SACC Mall,MPH Mytown,MPH JB City Square, MPH Kinta City, MPH Mydin MITC,MPH Taman Universiti dan MPH Subang Parade. Satu berita buruk buat pengemar buku atau ulat buku amnya, dan industri yang kian suram ni bukan sahaja memberi kesan kepada para pekerja, karyawan penulis2 buku tetapi juga kepada peminat buku fizikal itu sendiri.
Penerbit komik-komik terjemahan dari Hong Kong lebih awal tutup kedai, semenjak kemunculan manga-manga dari Jepun, antara penerbitan komik2 Hong Kong yang sudah gulung tikar adalah seperti Chien Ling Enterprise yang popular dengan komik Pendekar Laut, Pendekar Sakti, Wira Tunggal dan lain2 dan Jademan yang menerbitkan komik popular seperti Dewata Raya, Alam Perwira, Jejak Wira dan banyak lagi. Banyak peminat komik2 Hong Kong sekarang terpaksa membeli di laman jualan online komik2 terpakai bagi judul2 yang diminati untuk dibuat koleksi kerana penerbitan komik2 ini sudah lama terhenti. Berakhirnya era pembacaan dan pembelian buku-buku fizikal ini adalah disebabkan ramai pengguna era digital kini lebih senang untuk membaca secara online yang mana lebih mudah dan semestinya percuma membuatkan ramai pembaca berhenti membeli komik atau buku bercetak. Bukan sahaja industri buku yang terkesan dengan arus teknologi kini tetapi banyak lagi industri seperti industri muzik yang banyak penyanyi sekarang hanya buat satu single lagu dan upload di youtube atau jual ke itunes untuk menjana pendapatan berbanding jualan album atau cd, begitu juga industri filem yang mana pengguna kini lebih memilih untuk menonton filem-filem baru hanya melalui streaming di internet dari membeli dvd dan percayalah cd player dan dvd player akan pupus ditelan perubahan zaman sedikit masa lagi seperti penutupan cawangan kedai Speedy Video di seluruh negara yang dahulunya gah dengan penjualan Cd,Vcd, Dvd dan Blue Ray Disc yang mana merupakan salah satu kedai yang sering aku kunjungi di Giant Seksyen 13 ketika berkuliah di Uitm Shah Alam sedekad lebih yang lalu dan apabila budaya membaca buku fizikal kian terhakis pasti perpustakaan kian sunyi dimana struktur organisasinya mungkin terpaksa dikecilkan demi penjimatan kos atau membuat perubahan dengan menjadi perpustakaan di dalam talian.

Walaupun begitu masih ada penerbit-penerbit buku yang masih bernafas sehingga kini dengan membuat pelbagai inovasi seiring perubahan teknologi kini dengan membuka laman web dan membuat jualan secara online seperti penerbit Gempakstarz yang mana selain menjual di laman online mereka juga memasarkan komik2 pengeluaran mereka di cawangan2 kedai 7E seluruh negara, syarikat MOY Publication yang dahulunya dikenali dengan pengeluaran majalah Apo dan Ujang yang juga telah dihentikan dan membuat perubahan dengan mengeluarkan majalah Bekazon secara fizikal dan maya serta membuat cetakan semula kartun2 lama yang dijual secara online di laman webnya. Ada juga penerbit2 lain yang mengikuti arus perubahan teknologi kini dengan membuka laman web jualan online seperti Karangkraf, Sasbadi, PTS media,KomikM dan banyak lagi yang sering memeriahkan Pesta-pesta buku seluruh negara saban tahun dan tahun ini menjadi detik bersejarah akibat penularan wabak Covid 19 apabila buat pertama kalinya Pesta Buku International Kuala Lumpur 2020 dibuat jualan buku secara online iaitu di laman jualan terkenal Shopee dari 25 Jun hingga 8 Julai 2020 dengan menawarkan pelbagai diskaun dari pelbagai penerbitan.

Bagi ulat-ulat buku seperti aku pun terpaksa mengikut arus perubahan di mana  buku-buku yang mana tiada di pasaran kedai2 buku tempatan terpaksa mencari dan membelinya secara online demi memenuhi santapan minda kerana banyak penerbit-penerbit buku independent hanya menjual buku-buku terbitannya melalui jualan online seperti penerbit Laras 99, Dubok Press, Jejaktarbiah, Kasiterbit dan pelbagai lagi,begitu juga dengan penerbit2 komik terjemahan dari jepun seperti penerbitan Rumah Komik, 77 Manga, Projek B.M, WOS Limited Manga BM dan lain2 yang anda bole lawat di page mereka di facebook untuk dapatkan komik2 kegemaran secara dalam talian selain jualan komik-komik mereka di laman jualan Shoppee dan terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana sanggup berubah demi terus kekal relevan. Aku berjaya juga mempengaruhi budaya membaca di kalangan anak2 aku walaupun sekadar buku komik kerana dari buku komik lah aku menjadi pembaca buku tegar sehingga kini walaupun berubah ke genre pembacaan non fiksi, selain membudaya dan menerapkan pembacaan dari usia muda ia juga dilihat sebagai penyambung legasi industri buku di tanahair kerana dimana ada pesta buku di situ ada aku sekeluarga. Wassalam...

Tuesday, June 23, 2020

Tips Beli Rumah



Bagi pembaca di luar sana yang mana dalam rangka perancangan nak beli rumah atau baru nak buat rumah atas tanah sendiri, di sini ada beberapa tips sebagai panduan ringkas sebelum anda membeli rumah tersebut. Terdapat beberapa perkara sebelum membeli rumah perlu diambil kira kerana ada segelintir  pembeli yang membuat kesilapan membeli rumah dengan tujuan yang salah dan akhirnya menanggung kerugian apabila terpaksa menjual balik rumah atau terpaksa telan sahaja dengan pembayaran ansuran yang agak tinggi saban tahun walaupun pelbagai masalah dihidapi selepas membeli rumah tersebut. Di sini saya sertakan beberapa tips sebagai panduan pembeli di luar sana sebelum membeli rumah impian masing-masing.

1-    Kemampuan Kewangan

Belilah rumah mengikut kemampuan kewangan anda, walaupun kadar pinjaman anda boleh membeli rumah yang berharga Rm 500,000.00 tetapi anda kena lihat bebanan kewangan yang lain sebagai contoh loan kereta, pinjaman peribadi, keperluan anak2 (susu,pampers,yuran tusyen, yuran mengaji), nafkah ibu bapa, simpanan kecemasan, bil.2 utiliti dan lain2 kewajipan baru anda bole menilai tahap pinjaman perumahan mengikut kemampuan kewangan anda yang sudah ditolak kewajipan lain sebab ada banyak kos lain yang perlu diambil kira sebagai contoh deposit rumah, bayaran kos peguam, duti setem dan banyak lagi sebelum anda buat sebarang pembelian rumah. Anda boleh cek ansuran bulanan anda menggunakan kalkulator pinjaman perumahan di https://www.imoney.my/ms/kalkulator/pinjaman-perumahan.

2-    Jenis Rumah

Ada orang yang suka beli rumah undercon iaitu rumah taman yang dalam pembinaan, rumah subsale atau rumah lelong dan juga rumah yang dibina atas tanah sendiri. Bagi rumah undercon atau rumah taman ni mudah banyak la sebab banyak kemudahan yang diuruskan oleh pemaju macam sambungan elektrik, air , saliran longkang dan juga pengurusan kebersihan dan sisa pepejal sebab di taman di akan ada kontraktor pembersihan yang akan mai potong rumput di luar kawasan rumah, bersihkan longkang dan juga ada pungutan sampah setiap 2 kali seminggu. Begitu juga untuk rumah subsale ni, tapi harus diingat kebanyakan rumah subsale ni rumah2 lama dan kalau rumah tu dibina bawah tahun 2007 kebanyakan rangka bumbung dibuat dari kayu berbanding taman perumahan yg dibina 2008 ke atas yang rangka bumbung banyak menggunakan rangka aluminium, takut-takut rangka tersebut sudah dimakan anai2 menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan modal tambahan untuk membaikinya. 
    Bagi rumah yang dibina atas tanah sendiri ni anda perlu ambil tahu beberapa perkara ni sebelum membina rumah, sambungan elektrik dan air - kalau tanah yang anda ingin bina rumah tu berdekatan dengan kawasan perumahan lain takdak masalah, tapi kalau tanah anda tu jauh dari rumah-rumah yang lain akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk mebayar kepada kontraktor pemasangan bagi penyambungan elektrik atau air yg mana mereka terpaksa memasang 2 atau 3 tiang elektrik untuk sampai ke rumah anda dan juga kos mengorek tanah bagi membuat sambungan paip air ke rumah anda.Lagi satu kalau tanah yang anda bina rumah tu berdekatan dengan jalan utama mungkin tiada masalah dalam menguruskan sisa sampah rumah anda yang anda boleh buang di tempat pembuangan sampah berdekatan, tetapi kalau tanah anda tu jauh ke dalam kampung atau sawah bendang mungkin rumit sikit la nak buang sampah melainkan anda buang sampah sekerap mungkin untuk mengelakkan sampah tu berbau atau mungkin anda boleh mengorek tanah di kawasan rumah anda itu sebagai tapak pembuangan sampah yang boleh anda bakar tetapi apabila lama2 kawasan tersebut akan berbau, berdebu dan mungkin juga akan lecak disebabkan dari sampah2 tersebut. Tetapi rumah yang dibina atas tanah sendiri ni sesuai la untuk orang yang inginkan suasana privasi atau yang suka berkebun sebab kawasan tanah yang luas yang boleh ditanam pelbagai tanaman.

Kebanyakan bagi yang duduk di bandar besar selalunya akan membeli rumah jeni kondo, apartment atau flat disebabkan kosnya lebih murah berbanding rumah landed ni, tetapi bagi kawasan2 lain kebanyakan pembeli lebih suka membeli rumah landed tak kisah jenis teres setingkat, semi-d, teres dua tingkat atau semi-d dan juga banglo tapi tu semua ikut pilihan dan keselesaan masing2. 

3 - Kemudahan dan Jarak

Carilah rumah yang berdekatan dengan segala kemudahan seperti hospital, kedai runcit, pasar basah, balai polis, stesen minyak, bengkel kereta atau motor, bank, pejabat pos, restoran, sekolah dan berdekatan dengan tempat kerja. Ni pun antara sebab aku tolak rumah yang awal2 aku beli di Padang Besar dulu sebab jarak sekolah anak aku dan tempat kerja aku suami isteri lebih kurang 27 km dari rumah, sangat tak berbaloi dan meletihkan, tambahan kawasan perumahan tu agak jauh dengan hospital, kedai2 runcit dan kemudahan lain membuatkan aku tekad membatalkan pembelian rumah tersebut walaupun harganya murah sedikit berbanding rumah-rumah di kawasan Kangar. Ada pembeli yang aku tengok (termasuk la aku masa dulu) beli rumah berdasarkan harga walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja dan kemudahan terdekat, tapi bila lama2 fikir agak tak berbaloi dengan kos minyak ulang alik dan juga jarak yg memakan masa agak lama. Sebagai contoh opismate aku terpaksa menghantar anaknya ke sekolah dan ke tempat kerja lebih kurang 22 km sehari menyebabkan dia terpaksa menjual balik rumahnya dan beli rumah lain yg berdekatan.
    
4 - Komuniti dan Persekitaran

Kalau boleh selidik dahulu komuniti dan suasana kawasan di persekitaran perumahan tersebut sama ada kawasan tersebut rawan jenayah atau kawasan banjir sebab kawan aku ada terbeli rumah yang berada dalam kawasan black area sebab kawasan tu banyak kes penagihan dadah, akibatnya kawasan perumahan dia beli tu sering berlaku kecurian dan kejadian pecah rumah sehinggakan penduduk kat situ terpaksa buat rukun tetangga dan mengupah kawalan keselamatan dari luar bagi menjaga ketenteraman penduduk kat situ. Lagi satu kalau ada kawasan perumahan yang menyediakan kawalan keselamatan  berpengawal lagi recommended  sebab tahap keselamatan persekitaran lebih terjamin bila ada pengawal keselamatan ni.
    Elakkan beli rumah berdekatan dengan kilang-kilang, loji kumbahan atau loji janakuasa elektrik sebab kawasan-kawasan begini sedikit berisiko akibat dari pencemaran udara, air dan bahan-bahan tercemar yang boleh mengakibatkan rumah kita susut nilai kalau kita ingin menjualnya semula dan agak susah untuk mencari penyewa.

5 - Kiblat dan arah cahaya matahari

Lihat arah matahari memancar, kalau boleh elakkan membeli rumah yang cahaya matahari waktu tengahari atau petang memancar ke ruang2 utama macam ruang tamu dan bilik utama, sebab bahangnya sangat terasa. Kalau nak tengok orientasi cahaya matahari tersebut datanglah ke rumah yang ingin dibeli pada waktu pagi dan petang, kalau cahaya matahari pagi kena ruang tamu atau bilik tidur utama ok lagi sebab kurang berbahang berbanding cahaya matahari waktu tengahari dan petang.
    Lagi satu kita tengok arah kiblat bagi kita yang Beragama Islam sebab macam tak manis kalau kita nak solat nanti kiblat menghadap ke arah tandas pulak.

6 - Rekabentuk dan meterial bangunan

Kalau boleh belilah rumah yang pintu utamanya tak nampak ruang dapur kita, kerana bahagian dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibuat pintu sliding bagi memisahkan ruang utama dengan dapur, selain privasi ia juga mengelakkan bau masakan memenuhi segenap ruang rumah.
    Seboleh-bolehnya kalau yang ingin membeli rumah teres setingkat elakkan membeli rumah yang pintu biliknya menghadap ruang tamu, sebab kurang manis jika ada tetamu yang bertandang ternampak suasana di dalam bilik kita sebab pada pendapat aku ruang bilik adalah tempat privasi yang seharusnya tidak dipertontonkan.
    Elakkan bumbung yang menggunakan meterial simen atau metaldec sebab ianya bukan penebat haba yang baik berbanding bumbung yang menggunakan atap jenis genting atau clay tiles.
    Cari bahan binaan dinding rumah yang menggunakan bata merah dan bukan bata simen sebab bata merah amat baik sebagai bahan penebat haba.
    Kalau boleh cari rumah yang mempunyai tangki airnya terletak di luar dan bukannya terletak di dalam bumbung, selain mengelakkan kebocoran ke dalam rumah ianya juga memudahkan kita untuk membersihkannnya dan juga membuat penyelenggaraan.
    Pilih lah rumah yang mempunyai ketinggian siling lebih 10' kaki supaya kurang haba panas dan juga mengelakkan dari jari2 kita terkena bilah kipas siling.
    Pastikan depan rumah lapang dan tidak berdekatan jalan raya utama kerana keselamatan anak2 yang bermain lebih terjamin dan ruang untuk saudara mara dan teman yang datang berkunjung untuk meletak kenderaan banyak dan luas. Kalau dapat yang berhadapan padang permainan lagi bagus.
    Pilih rumah yang warna cat luarannya cerah dan bukan cat yang agak gelap sebab warna cat yang cerah ni berfungsi sebagai pemantul haba dan cahaya yang sangat baik berbanding warna cat gelap yang lebih menyerap haba menyebabkan ruang dalam rumah kita tu seperti berada di dalam oven.
    Pilih la pemaju perumahan yang ada track rekod yang bagus dan berkualiti tinggi supaya kita tak menghadapi masalah di kemudian hari.

7) Capaian Internet (fiber)

Kalau dulu perkhidmatan atau capaian internet tidak menjadi keutamaan semua tetapi apabila memasuki era teknologi di hujung jari pada masa kini. Kadar capaian internet untuk satu-satu kawasan tersebut sudah menjadi antara aspek penting untuk diteliti tambahan semasa perintah kawalan pergerakan akibat Covid 19 tempoh hari yang mana penggunaan capaian internet bagi membuat kerja2 sekolah online, kelas-kelas online, kursus2 online, mesyuarat2 online dan juga tempahan barangan yang menggunakan sistem online. Memandangkan kawasan di negeri Perlis tidak seperti bandar-bandar besar lain macam KL, Johor Bahru, Georgetown, Shah Alam  atau yang sama taraf dengannya yang mana liputan fiber internet meluas, berkelajuan tinggi ditawarkan dari pelbagai rangkaian dari TM Unifi, Time, Maxis Fiber  dan pelbagai lagi, tetapi di Negeri Perlis hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang mendapat liputan fiber internet 100 mbps atau 300 mbps, sebab itu pemilihan rumah yang ingin dibeli  atas aspek capaian internet ni juga amat penting bagi aku.
    Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri di kawasan perumahan lama aku yang mana kawasan taman tersebut hanya menerima capaian internet Streamyx maksima 2 mbps sahaja. Sedangkan jarak taman aku dengan bandar Kangar hanya 3 km sahaja dan jarak taman aku dengan taman yang mendapat capaian internet Unifi 300 mbps hanya 300 meter sahaja. Hampa bayangkan kalau aku jadi beli rumah di taman perumahan Padang Besar dulu yang mana aku dimaklumkan di sana hanya dapat capaian internet Streamyx 4 mbps sahaja. Pelbagai ikhtiar aku lakukan dari mengumpul semua nama pemilik rumah di taman aku hingga meminta surat sokongan dari wakil rakyat bandar Kangar untuk meminta pihak TM upgrade kelajuan internet taman aku walaupun hanya 8 mbps sekalipun, tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kerana saiz taman perumahan aku agak kecil dan pengguna perkhidmatan Streamyx yang sedikit menyebabkan TM perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk upgrade capaian.Bayangkan dengan kelajuan internet 2 mbps aku terpaksa membeli modem yang mempunyai suis on off wifi untuk mengelakkan lag ketika aku main game online di PS4, kalau nak download game online lagi la, makan masa seminggu baru nak setel, sampai panas modem dengan PS4 aku sebab on 24 jam. Tapi alhamdulillah sekitar pertengahan tahun 2020 baru TM mai upgrade kelajuan internet kat taman lama aku ke Unifi 100 mbps. Merasa jugak la internet laju, download game PS4 setel 3 jam ja, upload video2 anak aku kat channel youtube pun 3 minit ja berbanding sebelum ni yang memakan masa berjam2 walau nak upload 1 video ja.
    Kenapa aku kata capaian dan kelajuan internet ni penting dalam pemilihan rumah di sesuatu kawasan, sebab dengan kelajuan internet yang tinggi kita boleh pasang device streaming kat tv rumah kita yang mana lagi berbaloi,lagi murah dan lagi berkualiti dari langgan Astro. Bayangkan anda hanya bayar cuma Rm 89 untuk 30 mbps dan tambahan yuran langganan siaran online yang cukup murah dengan share akaun , ada yang Rm 12 sebulan, ada yg Rm 20 sebulan yg dapat beratus-ratus channel dan ada yg bayar lumpsum contoh Rm 40 untuk 3 bulan dan macam2 lagi, selain saluran2 online percuma yang lain yang mana kita boleh nikmati pelbagai channel tanpa had dan ikut kemahuan kita macam netflix, iflix, prime video, vidio, viu, zee, tonton, layar3, disney+ dan pelbagai lagi app yang kita boleh download di playstore.Kita cuma perlu bayar Rm 120 sahaja sebulan termasuk bil internet untuk menikmati pelbagai siaran seluruh dunia berbanding langgan pakej super pack Astro yang berjumlah Rm 156 sebulan, kita dah boleh berjimat dekat Rm 100 sebulan, untung kan?
    Tak kisahla apa jenis device streaming yang anda pakai, ikut kemampuan masing2, ada yang pakai android box, ada yang pakai Mi box S, AFTV 4K, Nvidia Shield dan pelbagai lagi yang boleh dibeli secara online. Sekarang aku nak main game online pun dah tak payah off wifi dah, anak2 dan isteri aku pun boleh surf internet tanpa halangan. Bagi capaian dan kelajuan internet untuk kawasan perumahan baru aku ni berkelajuan Unifi 300 mbps sebab aku dah cek siap2 kat TM Point sebelum aku beli rumah kat kat kawasan perumahan ni dulu sebab takut dapat taman yang takdak capaian internet atau kelajuan internet yang rendah.

Akhir sekali pesanan aku , tiada rumah yang sempurna, adalah mustahil untuk mencari rumah yang hampir sempurna tetapi buatlah pilihan terbaik mengikut kehendak masing-masing secara berkompromi dengan ciri-ciri tertentu sebab kita tak beli rumah setiap hari jadi bila dah beli dan tersilap langkah takut kita akan menyesal di kemudian hari tapi janganlah disebabkan nak cari rumah yang terbaik sehingga kita tak membeli rumah langsung. Sekian sahaja setakat ini, semoga panduan di atas dapat dimanfaatkan bersama buat para hunter rumah sekalian.


Wednesday, June 10, 2020

Jam viral Casio G Shock GA2100 1A1 Fullblack @ G Shock TMJ

Bagi peminat-peminat jam GShock mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang sebuah model keluaran GShock yang meletop baru2 ini selepas disarung oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ). Sehinggakan Model Casio G Shock GA2100 1A1 fullblack ni digelar Jam GShock TMJ , hingga ia menjadi carian ramai bukan sahaja para peminat JDT tetapi juga peminat GShock  seluruh Msia  membuatkan model yang awalnya direleased pada September 2019 berharga sekitar Rm 530.00 telah melonjak naik sehingga berharga Rm 1k lebih sekarang.
Peningkatan harga jam model fullblack ni secara mendadak di pasaran adalah disebabkan ia menjadi buruan ramai bukan sahaja di Msia tapi juga di seluruh dunia. Kalau diikutkan Model GA2100 ni released 3 model, fullblack, merah dan hitam putih tetapi model fullblack ni yang menjadi pilihan ramai berbanding model2 lain hingga harga fullblack pada awal tahun 2020 ni pun dah cecah Rm 700 hingga Rm 900, yg model merah dan hitam putih masih berada sekita Rm 500 lebih. Disebabkan populariti yang tinggi model2 fullblack ni kebanyakannya dah out of stock di kebanyakan kedai di Msia bahkan dunia, kalau ada di ebay pun harga dah cecah USD 280 lebih, jadi disebabkan harga global dah naik menyebakan harga di Msia juga turut naik. Tambah2 kalau model dari japan version yang mahal 2-3 ratus dari model lain.
Apa yang membuatkan model jam GShock di menjadi pilihan ramai adalah disebabkan designnya yang tidak keGShockkan sangat, dengan menampilkan design octagonal bezel mirip jam Audimars Piguet Royal Oak macam kat atas mmg membuatkan design GA2100 ni sebijik sama hingga mendapat gelaran CasiOak. Jam Audimars Piguet ni mmg jam bertaraf bangsawan sebaris dengan Rolex, Hublot, Panerai, Rado, dan Tissot, kalau kita tengok harganya dalam USD kat atas bila dikonbet ke RM mau beratus ribu harga dia. Rasanya disebabkan tu la TMJ sambaq satu GShock model ni mungkin sebab mirip dengan koleksi jam2 mewah lain yang ada dalam koleksi baginda. Lagi satu model fullblack ni tampil dengan pembuatan dari bahan Carbon Core Guard yang mana merupakan antara bahan yang paling tahan lasak di dunia, selain itu juga model GShock ni antara model yang paling Nipis , minimalis dan simple yang dihasilkan menyebabkan berbondong-bondong masyarakat admire terhadap model ni sehinggakan ramai youtuber2 di luar sana yang jarang review tentang jam ni pun mula buat video review tentang model GA2100 ni.
Apabila sesuatu produk tu menjadi permintaan ramai maka bertebaran la model2 fake jam ni di media sosial dan laman2 jualan online. Jika anda ditawarkan jam GShock model GA2100 yang murah dari harga pasaran semasa berhati-hatilah sebab takut tertipu dan terbeli jam palsu yg mana kualiti dan penampilan dia sangat berbeza dari jam original. Kat sini para pembeli bole spot perbezaan antara jam GShock GA 2100 yang ori dan fake terutama di digital display tu, yg ori tiada hari kalau yg palsu ada hari, lagi satu lampu jam ori bewarna putih berbanding jam palsu bewarna oren, di buckle tali jam utk yg ori akan tertulis Casio Thailand berbanding jam palsu tertulis Casio Japan dan juga perbezaan2 lain seperti dalam gambaran di atas.
Abam berjaya jugak la sambaq seketoi dari memba abam yang merupakan peminat jam GShock scene di Malaysia ni, abam dapat pun nasib baik harga tak terlalu tinggi sangat, jadi sebelum harga dia meroket baik abam sapu dulu sebab bila kita tengok balik tak sampai setahun dan produk belum discontinued harga dah naik berlipat ganda. Awalnya abam berminat dengan model merah sebab nampak garang tapi takut sama kaler dengan jam Fossil yang abang dah ada, jadi abam sambaq yg ni ja la tambahan model jam ni agak viral dan mendapat permintaan tinggi  kebelakangan ni. 
Ni model khas yg didatangkan dari Lusaka, Zambia tajaan Bedak Sejuk cap Penyepak Makcik Pora yang bergaya bersama jam barunya hahaha.... bagi aku jam model ni ok la, tak berbonjol, gedabak sangat, sesuai la utk lenggan kecik cam aku ni.Walaupun bermacam2 perdebatan mengenai harga jam model ni tapi bagi abam semua tu biasa sebab kita berbalik pada basic ekonomi, high demand, low supply mmg akan menyebabkan harganya sedikit zionis kerana seller2 pun tak dapat restock model ni, dan banyak tempat pun dah out of stock. Walaupun jam ni bukan model limited edition, collaboration atau aniversary banyak tempat2 jualan yang stoknya tinggal sikit ja bg model fullblack ni berbanding model merah dan hitam putih yang masih banyak di pasaran dan harganya pun tak terlalu mahal bole la dibuat option utk peminat2 lain yg ingin mendapatkannya kalau tak dapat yg fullblack ni. Ramai yang kecam dengan harga yang terlampau mahal model ni siap kata ada ja org jual online dgan harga retail, tapi try la cari atau beli kat seller tu, stok dia habih dah lama dah, cuma yg tinggal iklan dia ja di laman jualan online dengan harga lama, bg abam tak perlu la kita mengecam, kan lebih baik kalau kita rancakkan scene ni dalam suasana yg harmoni, layan hobi dan minat ikut kemampuan masing2, kalau berkemampuan bole sambaq, kalau belum mampu anggap ja la tu bukan rezeki kita lagi. Wassalam...
Sila tonton unboxing jam Casio G Shock TMJ di video bawah. 

Tuesday, June 9, 2020

Susah senang hidup di awal perkahwinan

Terbaca posting di laman sosial beberapa hari lalu mengenai susah senangnya kehidupan di awal perkahwinan. Mungkin ada yang menyangka hidup berumahtangga tu adalah sebuah alam yang sangat indah, tetapi realitinya alam perkahwinan tak semua indah seperti yang disangka, ada pahit manisnya juga, dan itulah cabaran yang bakal kita lalui apabila bergelar suami isteri.Zaman susah senang hidup berumahtangga aku dan isteri di awal2 perkahwinan berjaya ditempuh dengan sederhana walaupun ada ombak yg melanda dan Alhamdulillah bahtera perkahwinan yang dibina atas restu keluarga ini berjaya kami harungi bersama-sama disamping kehadiran 3 orang cahaya mata pengikat dan penyeri kasih cinta kami sekeluarga.
Walaupun sebelum berkahwin aku sudah membeli rumah di Perlis tapi itulah perancangan Allah adalah yang terbaik. Isteri aku tak dapat posting di Perlis sbb tiada kekosongan dan telah mendapat  penempatan di sekolah Menengah Seberang Perak, Alor Setar Kedah, jadi untuk memudahkan urusan isteri aku ke sekolah kami sepakat menginap di kuarters kerajaan dalam sekolah dan bermulah hidup sederhana alam rumahtangga kami di bumi Kedah tercinta ini. Ni gambar2 aku ceduk dari posting dalam blog ni awal2 dulu masa aku mula2 menginap di kuarters, masa ni lah first time aku guna kad kredit aku beli perabot rumah, klu tak salah aku beli  sofa, meja kopi, kabinet tv, rak buku, katil dan tilam termasuk meja solek berharga Rm 1,500.00 semua. Tikar buluh dan karpet tu aku beli sebelum kahwin lagi di Nilai, N9. Tv pun tv lama aku masa aku beli time bujang dulu, yg lampu gantung tu adalah lampu guna bateri yg bole dicaj semula sbb awal2 aku duduk elektrik lambat dipasang ke rumah kami menyebabkan kami terpaksa hidup tanpa elektrik selama 2 minggu, tu pun nasib baik jiran kami Cikgu Nor sudi tolong caj lampu tu kat kami dan ada tawarkan guna elektrik rumah dia dulu yg mana kami sambung guna wayar extension yg kami guna utk kipas ja sbb kesian wife aku masa ni sarat mengandung anak sulung. Semua perabot yg aku beli dulu ni semua dah rosak, yg tinggal cuma rak buku tu ja, maklum la perabot murah diperbuat dari serbuk kayu getah, kna air sikit pakat kembang habih hahahaha...
Peti ais aku beli cash  masa ni harga dalam Rm 700 klu tak silap, masih elok dan setia pada aku hingga la ni. Meja makan ngan mesin basuh tak beli lagi sebab bajet tak cukup hahahaha...basuh baju pakai tangan masa ni. Waktu aku dok kuarters ni wife aku belum dapat gaji lagi sebab baru posting, 3 bulan jugak terpaksa berjimat tambahan pulak aku masa ni berulang dari Alor Setar ke tempat kerja di Kangar, masa ni jugak la aku terpaksa beli motor sebab kos minyak untuk berulang save sikit dari berulang guna keta.Banyak jugak la hutang2 yg terpaksa dibuat pada awal2 perkahwinan ni sebab nak kena beli semua barang keperluan rumah sehingga terpaksa berjimat tambahan masa ni kalut dok buat persediaan nak terima kehadiran cahaya mata pertama kami dengan beli segala kelengkap bayi dari buaian, baju, lampin dan macam2 lagi. Walaupun banyak jugak hutang2 yang terpaksa dibuat awal2 perkahwinan tapi banyak melibatkan kewangan aku saja, sebab  masa aku kahwin ngan wife aku tu dia masih belajar dekat USM lagi, jadi perbelanjaan kenduri kahwin masa tu aku sorang ja yg buat loan, kalau aku kawin masa dia dah kerja kompom dia akan buat loan jugak, tapi tu la perancangan dari Allah dah disusun atur elok dah, biaqlah persiapan perkahwinan tak semeriah mana sbb pelamin pun buat sendiri ja, tapi yg penting tak menanggung hutang kahwin yg banyak.
Barang-barang dapur pun guna ala kadar saja, maklumla 2 mulut ja yg nak kena suap. Seronok jugak masa ni, bila hari minggu ja rutin aku ngan wife akan ke Pasar Besar Taman Berjaya (sini org panggil market) sarapan pagi kat sana pastu beli barang basah untuk masak tengahari dan malam. Klu diikutkan aku apply nak duduk kuarter guru yg elok sikit tepi sekolah ni yg macam aprtmen tu tapi dekat sebulan apply dekat Pejabat Pendidikan Daerah masih takdak jawapan lagi, last option mohon kuarters dalam sekolah ni la cepat sikit wpun rumah agak lama sikit dan angker sebab kedudukan dia jauh di belakang padang sekolah. Banyak jugak la kenangan awal2 kehidupan alam perkahwinan kat sini, arwah sepupu aku penah mai bermalam kat sini sbb dia kna overtime dekat tempat keja dia di Hospital Pendang dan tak larat nak balik Perlis, kat sini jugak aku mengasuh anak aku sampai umoq 3 bulan sbb hari ahad wife aku keja, aku cuti jadi aku la jadi pengasuh dia sepenuh masa hahahaha...masa aku dok sini ngan wife alhamdullilah la takdak kejadian yg tak diingini berlaku, sebab lepas aku keluar tu ada sepasang suami isteri cikgu dok sini rumah tu kena pecah masuk habis tv, rim motosikal ngan peralatan beharga lain kna curi maklumla kedudukan kuarters ni jauh ke belakang jd mudah la penjenayah2 ni buat keja masa org balik kg. Aku duduk ngan wife kat sini dalam 6 bulan jugak sebelum berpindah ke rumah sewa di Ayer Hitam,Kedah sebab dekat sikit nak hantaq anak aku mengasuh dekat mak mertua aku, kalau duduk dekat Ayaq Hitam dia ok sikit sebab di dok tengah2 kan antara Kangar dan Alor Setar jd aku takla jauh sangat klu berulang ke tempat kerja. Di Ayer Hitam aku menyewa rumah 3 pintu dgan anggaran sewa bulanan sebanyak Rm 120.00, rumah ni bg aku tahap kebersihan kurang la sikit, dengan tikus banyak, katak kerap dok masuk ikut paip di bilik ayaq, motor terpaksa bwak masuk dalam rumah sebab kes kucurian motor tinggi kat sini, rumah dah la sempit sampai terpaksa kepung anak aku yg mula pandai merangkak tu takut dia main dekat tayar motor. Dekat 3 tahun jugak la aku dok sini sebelum wife aku dapat tukaq balik mengajaq dekat Arau, bila balik Perlis barulah dapat duduk rumah yg aku beli dulu wpun 3 taun lebih dibiarkan kosong. Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan wpun awal2 perkahwinan tu biasa la kalau kesempitan wang ringgit, ya la baru nak mulakan hidup berumahtangga kan, tapi percayalah rezeki Allah tu ada di mana2, susah senang di awal alam perkahwinan tu merupakan kenangan yg sangat tak ternilai bg suami isteri yg akan diingati sampai bila2 wpun usia perkahwinan aku pun nak masuk 14 taun dah sbb kenangan ni la buatkan diri kita lebih dekat dengan pasangan yang sanggup bersusah payah bina hidup dengan kita walau macam2 halangan menimpa.

Wednesday, June 3, 2020

"Hobi kami mahal"

"Hobi kami mahal"...Itulah bait-bait kata yang sering dilontarkan oleh para kolektor apabila barang koleksi dijual dengan harga yang sedikit yahudi  di pasaran mulai viral.Cerita dia bermula apabila tersebarnya berita tentang penjualan Motor RXZ yang  dijual dgan harga Rm 70k mula berkicau riang di laman2 sosial dan mendapat pelbagai pandangan dan kecaman para marhein. Bagi netizen-netizen yang belum atau tak pernah menceburi bidang pengkolektoran ni mungkin menganggap harga tersebut melampau batasan dari harga sebenar sebab kalau diikutkan harga barang2 tersebut 5 tahun atau 10 taun dulu sangat tergapai dan mampu dibeli oleh sesiapa saja. Tapi bagi pendapat aku, ramai kolektor yang akan sanggup membayar jumlah harga diminta disebabkan barang tersebut mempunyai nilai sejarah dan kenangan yang tak terhingga kepada si kolektor hingga ada yg sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan barangan langka tersebut untuk diletakkan di dalam list simpanan koleksinya.
Sebelum tersebar luasnya tentang harga motor RXZ tersebut, kalau bole diimbas kembali beberapa taun sblm ini iaitu sekitar tahun 2015 kalau tak silap kita pernah digemparkan dengan penjualan Vape Limited Edition dengan harga lelongan Rm 17k dan penjualan Helmet J-Force II Jack Red dengan harga Rm 47k mmg nampak macam tak masuk akal kan tapi kalau kita search harga barang2 tersebut di laman2 sesawang mmg harga2 pasaran terkini barang tersebut berada dalam lingkungan harga yg ditawarkan. Macam penjualan Helmet Shoei kat atas yg berjaya dijual dgan harga Rm 10k, kalau org luar atau rakyat biasa mmg akan mengganggap harga2 tersebut sangat tak masuk akal tapi bagi yg dah lama menceburi bidang pengumpulan barang2 rare ni, harga2 mcm ni mmg biasa disebabkan barang tersebut limited atau terhad dan makin susah dicari di pasaran terbuka. Persoalan yg sering bermain di minda netizen adalah macamana barang2 yg dahulunya biasa dan harganya juga biasa boleh meningkat mendadak sehingga mampu membuatkan penjualnya bole pegi haji balik hari, tetapi sebenaqnya harga yg mencanak ni berpunca dari demand and supply, formula mudah ekonomi iaitu apabila permintaan melebihi pengeluaran kompom harga akan melambung tinggi dan disebabkan itulah harga barangan tersebut meroket kerana barang2 tersebut sudah diberhentikan pengeluaran di pasaran tetapi permintaan dari pengumpul-pengumpul masih ada menyebabkan harganya melambung tinggi.Bagi aku yang dah lama berkecimpung dalam bidang pengumpulan barangan rare ni wpun bukan pengumpul barang2 motosikal sbb pengumpul ni ada bermacam group kalu kita cari di page group pesbuk, dari pengumpul mainan (ada pecahan pulak, kolektor hot wheel,kolektor mainan 70-80an,kolektor star wars, kolektor mainan keluaran mcdonald dan pelbagai lagi), pengumpul g-shock, pengumpul komik, pengumpul majalah, pengumpul barang antik, pengumpul barang2 motor, pengumpul kasut, pengumpul topi, pengumpul game dan bermacam lagi bertebaran di media sosial menyebabkan jumlah ahlinya melangkaui jutaan org di seluruh dunia. Walaupun ramai menganggap menjadi kolektor ni membuang masa dan wang ringgit tetapi realitinya kalau kena dengan gaya kita mampu menjadikan hobi ni satu urusniaga yang sangat menguntungkan, sebab apa? sebab semua barangan tersebut mempunyai nilai pasaran yg agak tinggi dan mendapat permintaan ramai dari para kolektor dan juga sebab yang akan aku terangkan pada setiap mainan2 yg aku telah kumpul beberapa taun lepas dan bandingkan harga yg aku beli dulu dengan harga pasaran kini setelah disimpan beberapa tahun, bg makluman semua aku jarang beli mainan aku lebih pada harga rm 1k sebab aku bukannya kaya pun dan niat aku beli mainan ni selain mengumpul aku juga akan jual balik pada masa yg sesuai dengan  harga yang menguntungkan balik bg pihak aku, dan hasil dari jualan tersebut aku akan beli mainan lain plak yg ada dlm senarai wishlist aku.
Ni antara koleksi mainan kereta Hot Wheel aku iaitu Hot Wheel Datsun Bluebird 510 Wagon Super Treasure Hunt yang sangat dicari pengumpul mainan Hot Wheel. Harga yang aku beli dulu dri laman  E-bay sekitar Rm 517.00, tapi bandingkan harga sekarang di laman Ebay iaitu Rm 2,391.08 bg kondisi Mint iaitu masih elok dalam kotaknya. Kalau loose boleh dapat dalam sekitaran Rm 700-900. Boleh dah nak jual ni tapi...nanti dulu la hahahaha....
Mainan Gavan Space Sherif dan motor Saibarian yang aku beli dulu beharga Rm 343.00 ja dari ebay yg seller dia org Msia jugak, tapi harga terkini dah naik sekali ganda ke Rm 863.46  di laman ebay.
Ni antara koleksi yang mampu membuatkan pembelinya kaya mendadak dan mewujudkan ramai para scalper yg menggunakan taktik kotor dengan berpakat dgan org dalam Stesen Minyak Caltex dimana depa beli keta ni dgan jumlah yg banyak dan jual balik dgan harga yg 2 kali ganda harga asal.
Harga seunit Kereta batmobile caltex ni hanya Rm 15 ja, tapi bila scalper borong habis menyebabkan out of stok di beberapa stesen minyak mengakibatkan harganya naik dari Rm 15 ke Rm 40 seunit. Dan sampai sekarang masih ada kolektor yang mencarinya dan anda bole tengok harga yang ditawarkan di laman pesbuk tersebut ditawarkan Rm 250 utk 4 unit dan kotak khas utk model tersebut. Nampak...dengan modal hanya Rm 100 penjualnya mampu menjana keuntungan sebanyak Rm 150 dengan penjualan koleksi tersebut, sapa kata jadi kolektor ni merugikan.
Ni antara koleksi yang dah lama dalam simpanan aku, Robot Voltron Lionbot diecast keluaran Chogokin aku beli dulu dari laman ebay beharga sekitar Rm 482, tapi setelah beberapa tahun harga dah naik melonjak ke Rm 6,401.54, mainan ni dah masuk kategori barang vintage dan rare sebab mainan ni keluaran tahun 1980, aku tak lahir lagi mainan ni dah ada.
Mainan figure Pendekar Laut ni bukan saja menarik minat pengumpul mainan tapi juga peminat komik Pendekar Laut sebab mainan ni sangat rare kerana ia keluaran tahun 1999 dan 2001 dan sudah tiada dalam pasaran dan anda sangat bertuah kalau berjaya kumpulkan semua figure Pendekar laut dari Generasi I hingga Generasi 3 berjumlah 36 unit semua watak. Aku beli dulu satu set 36 figure beharga Rm 800.00 di laman page pesbuk iaitu jatuh Rm 22.00 seunit berbanding harga asal dulu yg dijual Rm 2.00 ja seunit.
Ni harga terkini figure-figure Pendekar Laut di pasaran iaitu Rm 300 bg 7 unit figure kalau dibahagi seunit jatuh pada harga Rm 40. Ada yg jual pada harga Rm 50.00 seunit, naik berkali2 ganda dari harga asal tambah2 kalau bole jual secara set.
Ni antara koleksi awal mainan yang menyebabkan aku terjun dalam bidang pengkolektoran mainan ni iaitu kenangan zaman kanak-kanak aku figure He Man and Master of The Universe, mainan He Man ni versi Classic keluaran Mattel, versi ni dah takdak dah jual di laman rasmi Mattel tapi bole didapati di laman2 ebay tapi harganya pun dah naik sekali ganda yg mana masa aku beli dulu harga seketoi figure berkisar dalam harga Rm 210 ja bg watak Ram Man tersebut, berbanding la yg dah jd Rm 906.46   seketoi fuhhhh...nasib baik aku dan beli awal2 dulu, klu beli la mampoih habih gaji kat menatang ni ja.
Ni koleksi Kereta Mainan Ferrari keluaran Shell, kita kna isi minyak atau beli minyak pelincir dari stesen minyak Shell baru bole beli kereta koleksi dan lori ni, harga dia seunit Rm 15 sahaja.
Tengok apa jadi kalau ampa berjaya kumpul semua menjadikan dia satu set dan tengok harga yang ditawarkan untuk dijual, bole beli rumah sebijik hahahahaha...
Mainan Mospeada ni aku beli dari seller di Pulau Pinang dengan harga Rm 380, dan dah nak masuk hampir 5 tahun dalam simpanan harga dekat pasaran laman jualan ebay mencecah hampir Rm 1k seketoi.

Koleksi mainan M.A.S.K ni aku beli satu set dulu  siap percuma lunch box katun M.A.S.K lagi dari laman web Ebay dengan harga Rm 800 satu set siap dapat tambahan figure lagi.
La ni hanya satu figure beserta pemandu watak utama siri kartun M.A.S.K ni iaitu Thunderhawk pun harga dia dah mencecah Rm 561.23 di ebay. Untung dulu aku beli satu set Rm 800 ja dapat 5 watak utama kartun M.A.S.K. kalau beli seketoi-seketoi haru nak cari duit.
Ni lagi satu figure dalam cerita kartun He Man  yg agak mahal dan sering dicari kolektor di pasaran iaitu figure Beast Man yg dulu aku beli Rm 350 dari memba di KL la ni harga dia dalam ebay dah Rm 992 dah, benda2 permintaan ramai ni dia untung kalau beli awal, kalau beli lambat alamatnya makan modai la klu harga naik mencanak.
Ni mainan He Man paling rare, dulu kalau ampa ingat kita beli keropok Ali Baba nanti dapat la mainan ni dalam keropok tu, aku penah ada mainan ni dulu tapi budak2 biasala main sampai ilang pi mana tah, la harga seketoi figure ni mencecah Rm 50.00 sekoq sbb usia dia pun dah berpuluh taun dan dah takdak dah dalam pasaran , kalau nak cari kna cari di kalangan pengumpul mainan ni ja, tu pun kalau ada yg sudi jual.
Ok ni figure Hulk Hot Toys, kalau sapa2 pengumpul mainan Marvel ni mesti tau mainan keluaran Hot Toys sangat laris manis sebab figure dia sangat detail dan ofkos tak datang dengan harga yg murah. Figure ni aku dapat dari seller dari Johor Bahru yg dia jual kat aku Rm 780. Tengok dia punya saiz nak sama besaq dengan anak aku yg bongsu.
Seb baik aku jumpa seller tempatan yg sanggup jual kat aku, kalau aku beli dari ebay la ni ka mau posa 3 bulan kumpul duit beli sebab harga sekoq Hulk ni kat ebay pun dah mencecah Rm 3,799.18, cukup buat hantaran nikah bini nombot 2 hahahahha...Kalau ada sapa2 kata hobi jd kolektor ni merugikan ampa mmg salah penilaian, sebab bagi aku urusan jual beli barangan koleksi adalah yang paling untung, sebab aku dah jual banyak dah lebihan koleksi figure mainan, buku2, komik, poster, jam g-shock dalam laman jual beli online macam pesbuk, shoppe,mudah dan carousell. Dan dari keuntungan tu la aku beli figure2 atau koleksi lain, sebab kalau aku beli dgan duit gaji aku mau kena pelangkung dengan bini aku hahahaha...dah bertahun jadi seller ni macam2 la pengalaman dapat, dapat kongsi minat, dapat kongsi maki pun ada hahahaha..tapi tu semua lumrah dalam perniagaan online ni, tapi kita sebagai seller kena ambik positif setiap teguran yg ditegur oleh pelanggan, sebab dari pengalaman aku yg penah beli barang dari seller online ni, aku penah tegur barang yg aku beli tu dia tak letak detail dekat iklan dan mintak dia letak detail tu pada iklan utk kemudian hari supaya pembeli lain dapat full info, tapi yg aku dapat bukan permohonan maaf atau pembetulan dari beliau tapi ayat maki berkandaq dia sound aku, kata klu nak mudah takyah beli online suruh aku beli kat kedai (aku kalau menan tu ada kat kedai aku pun tak beli online hahahaha..), siap sruh aku tgok review dari pelanggan sblm ni semua ok, dapat 5 star la, tiba2 emo plak, aku bukan maki pun, aku cuma mintak dia pebetoi info produk ja, dia beletiaq kat aku habih satu kajang surat hahaha...camana la beliau ble jadi seller , tgok bahasa pun dah tau perangai camana, bahasa melambangkan tuan badan, patutnya setiap teguran kita ambik positif dan perbaiki sbb aku pun pnah kna tegur dgan buyer, biasala la tu, adat meniaga kan, patutla dia jadi seller online sbb klu bukak kedai bila org tegoq habih berkandaq kena maki secara bertalu-talu hahaha.. jadi itulah serba sedikit perkongsian aku tentang hobi yg org nampak macam merugikan dan buang masa tapi kalau betoi kena dengan cara kita bole jana keuntungan berlipat kali ganda dari jual produk2 lain sebagai contoh dulu aku penah beli buku karya Dato Lat "Lat 30 Years Later" beharga Rm 30 dari penjual di Jitra sebab aku tau harga buku tersebut di pasaran dalam lingkungan Rm 170. Bila aku jual balik dalam group kolektor komik Rm 150 takdan dua hari dah ada pembeli dari Shah Alam, tgok aku dah berjaya jana keuntungan Rm 120. Bagi netizen2 di luar sana yg  nampak harga org jual brg koleksi sama dengan harga tambang pi haji balik hari tu biaq pi lah, sebab pada aku kalau ada barang koleksi yg dijual harga zionis ni kalau mampu beli..beli, kalau tak mampu takyah beli.. simple.