Jangan Clik

Tuesday, May 19, 2026

Majalah kartun humor tempatan Bil. 1

 

Godek2 dekat laman media sosial pesbuk di salah satu page group kipas susah mati sebuah majalah kartun tempatan aritu aku tertengok gambaq mamat ni dengan majalah no.1 Gempak dan Utopia no.1 dalam Magazine Slab, nampak menarik plak bila majalah tu letak dalam magazine slab siap grade wpun gambaq tu gambaq Ai. Apalagi aku try2 la godek laman shopping online kot2 ada jual magazine slab, tapi  hampa sbb magazine slab yg ikut ukuran sebenar majalah kartun tempatan tu takdak jual, yg ada hanya magazine slab yang ikut ukuran komik luar negara yg saiznya lebih kecil dan harga agak kayangan gak la bagi aku, jd terlintas la dlm kepala otak untuk buat gred dan magazine slab diy seniri ja dimana aku beli plastik book holder yang agak tebal dan gred tu aku buat guna word ja gred ikut penilaian aku dan print atas kertas sticker dan lekat dekat atas plastik book holder , setel janji murah, cuma yg mahal sikit sbb kena beli rak ja la tapi tu pun aku beli yang paling murah, yang penting ble display koleksi majalah bil. 1 yang ada dalam simpanan aku dari terperap dalam lemari ja.

Taaddaaaa...ni hasil diy magazine slab buatan tangan berbulu ni kakakakaka.... bole la, magazine slab dan display rak harga marhein. Ble gak masa2 boring layan2 tgok koleksi Majalah kartun Humor Tempatan Bil. 1 yang ada dalam simpanan sambil mengimbau kenangan zaman kanak2 yang mmg sinonim dengan majalah2 kartun yang menjadi medium hiburan bg kami generasi y ni sebelum diganti dengan gajet pada masa kini.

Masa nak buat Grade dengan maklumat dekat sticker pelekat tu aku taktau nak bubuh apa, jadi aku bubuh nama penerbit, tahun keluaran , harga masa aku beli dan harga terkini ja sebagai panduan. Untuk info Majalah Gila-Gila no.1 adalah copyleft iaitu majalah yang di cetak semula dan  bukan majalah original sebab harga itu ja yang aku mampu beli sebab harga majalah Gila-gila Original bil. 1 ni harga dah menjangkau ribuan ringgit yang tak termampu dibeli oleh aku dan harga paling mahal Majalah Gila-Gila Original no.1 yang terjual adalah Rm 10k. Musti org2 dulu yang pernah beli majalah gila-gila no.1 ni menyesal kalau hilang majalah ni bila tgok harga terkini majalah tersebut.

Majalah Ujang Bil.1 ni aku pernah beli masa aku darjah 6 , beli dekat Pustaka Aman Bookstore Kangaq tapi mak aku dah bakaq satu kotak koleksi majalah2 kartun aku lepas kena ketit ngan anai-anai huhuhuhu....beberapa tahun lepas kawin aku cari balik dan terjumpa la majalah ni wpun harga dah menjangkau ratusan ringgit aku gagah jugak beli sbb ni la kenangan majalah yang pernah aku baca masa zaman persekolahan dahulu.
Harga Majalah Apo Bil.1 ni dulu harga promosi singgit ja, la harga dah beratus kali ganda, harga termurah yang aku penah jumpa org jual dalam lingkungan Rm 100 seunit mengikut kondisi majalah.
Majalah kartun humor tempatan paling mahal aku beli , Majalah Gempak Bil.1 yang berharga Rm 180.00, tu pun lepas aku tawar menawar dengan penjual, klu ikutkan harga sebenar dalam Rm 200 sebab kondisi yang masih elok dan masih terdapat poster asal majalah di dalam.
Majalah Rileks Bil.1 ni aku pernah terjumpa di salah sebuah rumah kolektor komik masa aku berurusan jual beli kaset lama band GreenDay, aku tanya la beliau nak jual tak majalah Rileks No.1 tu, dia kata mmg nak jual tapi yang jem tu dia letak harga mak datuk , agak mahal la bg aku wpun kondisi dia masih cun, beliau letak harga dalam Rm 300. Aku tak jadi beli la kat dia, alih2 aku berjaya gak beli dari seller dalam pesbuk dan dapat harga yang agak murah la bagi aku dalam Rm 94.00 ja.
Majalah yang diterbitkan oleh Kartunis Ujang lepas beliau berpisah dengan Kharisma Publication yang menerbitkan majalah yang menggunakan nama beliau dulu iaitu Majalah Ujang. Majalah Varia Lawak Bil. 1 ni aku dapat agak murah dari harga pasaran sbb aku beli banyak majalah lain dekat seller tu. Majalah Varia Lawak diterbitkan sehingga Bil. ke 7 saja disebabkan masalah hak cipta dan ditukar nama ke Majalah Lanun.
Majalah Lanun Bil.8 adalah keluaran pertama bagi majalah Lanun yang disambung dari Majalah Varia Lawak yang terhenti setakat bil.7. Ramai yang taktau bahawa Majalah Lanun bil.1 adalah pada Bil.8. macam majalah Gelagat la, majalah Gelagat bil. 1 adalah Majalah Geletek sbb tu kalau cari Majalah Gelagat no.1 takdak.
Majalah Utopia Bil. 1 ni adalah majalah keluaran satu syarikat dengan Majalah Gempak dan majalah ni antara majalah yang agak muda sbb diterbitkan pada era millenial.
Majalah Boom Bil.1 ni seingat aku, aku tak pernah beli dulu, yang aku pernah beli adalah Majalah Boom keluaran lain yang cover depan dilukis oleh kartunis Deen gambaq Batman. 
Majalah Starz Bil.1 antara majalah paling muda diterbitkan iaitu pada tahun 2004 di penghujung2 zaman majalah masih menjadi pilihan generasi muda.
Komik Pendekar Bil. 1 versi nipis ni saja aku beli buat koleksi sebab Pendekar Laut Generasi 1 ni aku tak penah baca sbb aku mula minat membaca Komik Pendekar Laut adalah pada komik Generasi ke 2.
Komik Pendekar Laut Generasi II bil.1 adalah bermula pada Bil. ke 49. Komik Pendekar Laut Generasi II versi nipis ni lama dah aku cari sbb komik Pendekar Laut ni la yang mula-mula sekali membuatkan aku kecanduan baca komik ni sampai bil. terakhir dan bersambung ke Generasi ke III.
Komik Pendekar Laut Generasi III bil.1 adalah pada bil. ke 97, yang aku beli bagi melengkapkan trilogi komik Pendekar Laut bagi ketiga tiga generasi.

Reunion

 

Apa yang beliau sharing mungkin ada betulnya, tapi bagi aku tak semua macam tu. Yang selalunya post2 macam ni kita dah bole agak orgnya macamana, post2 trigger macamni selalunya dibuat utk menyedapkan hati, kalau kita baca nilai positif yang ada bila reunion rasanya tak timbul pun isu ni, seorang kawan atau sahabat tak peduli pun apa pangkat ang, aset apa yang ang ada, apa achievement ang, reunion ni dibuat untuk bersua muka ngan kawan2 yang dah lama tak jumpa, mungkin berpuluh taun tak bertanya khabar dan hanya tau apa2 perkembangan dalam media sosial ja, tapi tak semua org aktif update pasal life masing2 kat media sosial, ada yang memilih untuk low profile, jadi medium reunion ni la jadi medan untuk beramah mesra bertukar khabar dan bersua muka selepas masing2 membawa haluan sendiri. Kalau masing cuma nak tau apa achivement si polan, kereta apa dia pakai, rumah besaq mana takyah tunggu reunion, kat media sosial beliau pun bole tgok hahahaha... dan pendapat aku tak perlu rasa malu untuk pi reunion kalau kita rasa life kita tak macam life kawan2, sbb tak semua kawan menilai sebegitu, itu hanya mainan perasaan sendiri atau dah terpengaruh dengan post2 macamni.