Jangan Clik

Tuesday, July 28, 2009

Qazrin 4 bulan 3 minggu 3 hari

Putera sulungku baru nak meginjak hampir ke 5 bulan, tak bole meniarap lagi, gaya nak meniarap tu dah ada tapi bila dah hampiaq2 nak alih badan dia telentang balik , lambat sikit sebab berat wahahaha
Bila aku letak meniarap, dia bole dok sat ja pastu ghiyau sebab tak reti nak bergerak sendiri, nti la dah kuat sikit tulang belakang tu babah beli walker snang pusing satu rumah key. La nafsu minum nenen pun kuat jgak dari susu Snow dah tukaq susu NAN plak sebab susu snow dia minum sikit sgat, bila tukaq susu baru selera dia tambah skit.

Monday, July 27, 2009

Lawatan Warga Jerman celup

dua minggu lepas kami warga Bomba Perlis ada menerima kunjungan yg jarang2 sekali oleh warga Jerman celup Abang jat dan kak tie (blog Diari seorang Perempuan, Isteri dan Ibu), sebenaqnya Abang Jat merupakan Pegawai Bomba merangkap Pegawai aset Balai Bomba kangaq dulu dan Kak tie yg merupakan bekas PA pengarah bomba Perlis. La ni depa dok kat Jerman sebab Kak tie dapat bertugas di JPA di Berlin, Jerman. Abang jat pulak jadi suri rumah sepenuh masa , tu yg perut Abang Jat nampak penuh tu thihihi... jgan bodyslam saya abang jat no melawak ja hahaha...depa dok sana 3 tahun, rasanya tahun depa depa balik la Malaysia balik.
Masa gambaq ni diambil depa dapat bercuti sat balik M'sia, dan Kak tie nak buat persiapan kenduri adik dia kat Guaq Cempedak, Kedah. (mintak cucoq cempedak sekilo). Seb baik Abang jat ngan kak Tie masih bole berbahasa Melayu kalu tidak terpaksa la aku import Karl Heinz Weigang (ex coach bola Perak) utk translate kan. Depa berdua nampak makin berseri2 dan berisi2, semoga jodoh berpanjangan dan selamat pulang ke malaysia, dimurahkan rezeki anak ke 4 hihihihi... dan kak tie cpat2 la update blog, bukan kata sawang lelabah, sarang ulaq tedung selar pun dah ada, selamat pulang ke Jerman no ccuussss.....

Sunday, July 12, 2009

Sesejuk bayu di Cameron Highland

Hari Isnin minggu lepas aku bwak mentua aku hantaq anak kak ipaq aku merangkap cucu dia pi daftar kat Politeknik Ungku Omaq kat Ipoh. Dok sana 2 hari tumpung umah transit bomba Ipoh. Ni tgah tgu daftar masuk asrama, anak menakan aku tu yg botak tu (eh aku pun botak gak hmmm) yg pakai kemas tu, aku yg tgah ngendong anak tu, mcm bibik dari Bandung plak kan, anak aku lena tu yg guna Baby Sling tu, dia lena ralit skit sebab rasa mcm dok dalam ndoi.
Orang kata sambil menyelam sambil minum ayaq sirap hahaaaa, apalagi kami pun plan la nak pi ke cameron Highland dah alang2 mai sini sebab aku, mentua aku, famili kak ipaq aku tak penah sampai sini, apalagi terus pi daki la melalui jalan Simpang Pulai sebab memba aku kata jalan dia elok, dari ipoh nak ke Simpang pulai 20 minit ja, dari Simpang Pulai nak ke Cameron amik masa dekat 2 jam, tapi masa kami turun ambik masa 1 jam saja, sebab turun laju skit dari mendaki. Kiri kana penuh kebun sayoq sampai tak tau nak berenti kat mana.

Ni dah sampai kat Tanah Rata, kawasan paling tinggi di Cameron, semua ada kat sini, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, sekolah kedai bercambah dan hotel merata-rata, kira semua ada la kat pekan kecik ni, suhu kat sini pun sejuk macam dok kat aircond dgan suhu 20 darjah celcius w'pun kami sampai sini dah agak ptang.

Singgah beli Teh kat kedai tepi jalan, kdai nama hapa ntah. Ada 2 jenama yg popular Teh "BOH' ngan Teh Cameron Valley.

Isteriku bergaya di bawah pokok stoberi, tgok anak aku asyik dok reling buah stoberi tu, kalu dia pandai panjat, jahanam buah tu kena ketit ngan dia (buah stoberi tu dah masak ranum tak luruh lg? bukan apa kalu luruh kna kepala Isteri aku, baru padan muka dia wahwahwah)
Gaya aku tu bukan tgah prektis nak jadi 'adik-adik' tau, tapi menolong ringankan beban isteriku sebab tgah dukung anak ku yg berat dekat 7 kilo, dah la isteriku kecik, jd aku ambik la hand bag dia bawak, dah nama handbag aku boh kat tangan berbulu aku la, diulangi I bukan nak jadi "adik-adik" tau, hhaaawwww.... tak rela noq....(kalu jd adik2 mana nak sorok tangan nala dan berbulu ni, jenuh tau)

Masa ni berenti kat Brincang, nak mai beli sayoq, tak ramai yg menjual dah sebab dah ptg, tapi hawa sini mcm waktu pagi, Hotel2 kat sini pun takdak aircond sebab dah sejuk dah, kalu boh aircond beku la jawabnya.
Murah dan fresh sayoq kat sini, semua siap paket, ada yg 14 paket RM 10, ada yg 8 paket Rm 10. Ada jugak buah-buahan yg jarang ada kat tempat kita contohnya Buah Cinta (rupa dan isinya macam buah letup, tapi yg ni besaq skit la) pastu buah epal Cameron, aku tak beli pun sebab rupa buah ni mcm tomato hijau ja, cuma saiz besaq skit.

Tak sah kalu singgah kat Cameron tak mai ladang teh, aku mai ladang teh Cameron Valley ja sebab tak dan nak pi ladang teh Boh kat sungai palas, nti2 la mai plak pi sana.
Terpaksa memendekkan diri separas isteriku takut aku nampak gergasi sgat wahwahwah.... ladang teh ni pun ok gak cuma kecik sikit dari ladang teh boh, kalu nak bergambaq ok jgak mai sini.
Ambik gambaq kat Kedai Teh Cameron Valley berlatar belakang kebun2 sayoq, kami mai musim sekolah tak cuti jadi tak sesak sgat kat sini, kalu mai time cuti sekolah menurut penduduk sini dari Nepal, Bahadur Nyom Nyom (bukan nama samaran) mmg sesak time cuti sekolah, hotel pun penuh.
Rugi kalu tak rasa teh kat kedai Camron Valley ni, sedap teh depa buat, pekena 2 teko baru puas. Tgok mentua aku tgah berdating kat belakang tu maklumla masa muda nak berdating tak dan nak mai sini. Dok berdating kat Kerpan ja.
Ni la barangan yg sempat di beli kat sana, rebung tu beli kat gerai org asli yg berderet di sepanjang laluan ke Cameron, Rm 5 ja satu plastik, beli teh perasa stroberi ngan limau sebab dok rasa teh biasa try rasa teh luarbiasa plak, gena rasanya. Sayoq aku beli yg 8 paket RM 10 sebab banyak sikit sepaket, dri RM 10, 14 paket. Buah stroberi tu aku beli kat mamat bangladesh tepi jalan, dok tempik sorang2 aku try la pi tanya, seb baik dia tak cakap bahasa bangladesh ngan aku sebab kot2 dia ingat aku sebangsa ngan dia kalu tidaakkk....... musti aku balas balik cakap bahasa tu ngan dia wakakakakahak..., harga stroberi tu setengah kilo Rm 10, tapi aku pau dia banyak bijik gak sebab nak rasa hahahahaha (gelak versi bangladesh)

Wednesday, July 8, 2009

Testing western food kat Kopitiam Pak Hainan

Selepas didedahkan ttg western food kat restoran ni di blog sepupu wife aku, kami pun try la pi rasa makanan kat situ, sbb aku ngan wife tak penah tau rupanya ada kedai makan kat basement City Plaza Alor Setar ni, bukan kedai makan saja kedai lain pun banyak. kebanyakan kedai jual Cd game komputer dan PS 2 la.
Kami order Black papper Chiken chop, french fries ngan minuman Mexican Ice Blended (rasanya kot, lupa dah nama dia). Mmg best, sedap dan berpatutan, suasana pun ok mcm kedai kopitiam lama yg didekorasikan baru. Lepaih ni bole mai lagi

Tuesday, July 7, 2009

Bersantap di Restoran Nelayan Kola Kedah plak.

Bertempat di Restoran Nelayan Kola Kedah isteriku membelanja familinya makan ikan bakaq sebab dulu bini aku ada kata nak bawak mak ayah makan ikan bakaq lpas dapat gaji pertama, tapi masa tu bini aku beranak plak, tangguh dulu sat, bila dah ok bini aku pun bawak la mai sini pekena ikan bakaq.
Yang mai pun cuma famili adik ngan kakak bini ku sahaja sebab famili2 len ada hal masing2, nti2 la kami belanja depa plak.
Kami tak penah mai restoran ni, tapi dah org kata sedap tu yg kami try mai rasa makanan kat sini, ok jugak rasa makanan kira berpatutan la dengan harga, banyak yg lebih plak tu, siap bawak bungkuih bwak balik nyam nyam kat umah.

Ramai org mai restoran ni maklumla baru lpas dapat gaji, kami order ikan siakap 3 rasa 2 ekoq, kailan ikan masin, tomyam ayam, teloq dadar, sambal belacan, ulam-ulaman dan ayaq yg berbagai jenis. Bini aku dok pujuk anak aku dok dendiam dalam stroller sebab dia dah tak sabaq nak kokak ikan yg terhidang depan mata umpama memerang amazon yg kelaparan lagaknya.