Isu yang aku nak share arini adalah berkaitan video perkongsian seorang doktor yang lalu kat akaun tik tok aku yang aku dapati isu dia amat menarik dan dekat dengan apa yang aku dan wife alami dan cuba praktikkan. Sebenarnya video tik tok ni dah lama aku simpan sebelum isu Generasi Sandwich ni jadi popular apabila dipetik oleh anak PM iaitu Nurul Izzah dalam ucapannya pada pemilihan Timbalan Presiden Parti PKR tempoh hari.
.
Jangan Clik
Tuesday, July 1, 2025
Generasi Sandwich terakhir
Isu yang aku nak share arini adalah berkaitan video perkongsian seorang doktor yang lalu kat akaun tik tok aku yang aku dapati isu dia amat menarik dan dekat dengan apa yang aku dan wife alami dan cuba praktikkan. Sebenarnya video tik tok ni dah lama aku simpan sebelum isu Generasi Sandwich ni jadi popular apabila dipetik oleh anak PM iaitu Nurul Izzah dalam ucapannya pada pemilihan Timbalan Presiden Parti PKR tempoh hari.
Tuesday, June 11, 2024
Lagi bukti hidup skim pelaburan kesukaan umat Melayu
SUNGAI PETANI
- Seorang pengarah sebuah syarikat pelaburan, isteri dan bekas pengarah
syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas
pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah bernilai RM49,386 tiga tahun lalu.
Tertuduh,
Suchart Ee@Quah, 57, bersama isteri sebagai kerani kewangan, Kamontip Chu@Chim,
49, dan Mohammad Nahur Azad Ibrahim, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen 1 dengan
tiga pertuduhan menerima deposit daripada seorang individu sejak Mac 2020.
Mengikut
pertuduhan, pasangan suami isteri dan Mohammad Nahur Azad yang kini telah
meletak jawatan dari syarikat itu, bersama-sama pada 9 Mac, 15 Jun dan 30
September 2020 didapati menerima wang deposit sebanyak RM11,385, RM6,000 dan
RM15,000 daripada Teng Li Fong, 38, tanpa suatu lesen yang sah bawah Seksyen 10
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta758).
Perbuatan itu
dilakukan di sebuah lokasi di Jalan Perdana Height 1/10 Perdana Height Sungai
Petani. Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 137(1)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum bawah Seksyen 137(2) Akta
yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit
kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun
atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly
Hassan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria.
Hakim Roslan
Hamid bagaimanapun membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000
setiap seorang dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melapor diri ke
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terdekat setiap bulan dan paspot diserahkan
sehingga tamat perbicaraan.
(PETIKAN DARI
AKHBAR SINAR HARIAN)
Pagi ni menerima perkhabaran mengejutkan dari memba aku , yg
mana aku ada gak tertanya tanya perihal kehidupan sahabat kami yg sorang lagi
tu sebab dekat setahun pesbuk beliau sunyi tanpa sebarang update yg mana dulu
beliau rancak update post berkongsi ttg biz yg di ceburi lepas dia berhenti
dari kerja kerajaan, dlm group wasap pun tak berbalas wpun ada yg tag.
Kalau mengikut firasat aku yg mana mempunyai memba2 yg penah
terjebak biz mlm, pelaburan atau biz yg seangkatan dengannya, bila media sosial
depa sunyi dari sebarang update pasti sesuatu sedang atau tengah berlaku.
Dan tekaan aku tepat, bilamana aku jumpa memba aku yg dulu
agak rapat dengan dia memaklumkan yg sahabat aku tu dah ditahan polis dan
sedang meringkuk dalam penjara menunggu perbicaraan asbab biz yang dia buat
tu.Dan biz yg dia buat tu macam petikan akhbar di atas. Yang mana semua
pelaburan yang penah dia terang kat aku dan cuba ajak aku join tu semua adalah
pelaburan yang palsu wpun pada peringkat awalnya nampak macam legit sbb macam2
aktiviti yg depa update kat medsos, buat perasmian opis yg grand, bukak banyak cawangan kat negeri2 lain, buat
usahasama dengan kerajaan negeri, bagi sumbangan dekat PIBG sekolah dan macam2
lagi la aktiviti siap buat mesorat dan perjumpaan dengan vvip dalam usaha
menarik minat org ramai utk join dan melabur dengan sykt depa.
Dan sahabat aku tu depa lantik jadi pangkat pengarah
eksekutif mmg terkejut gak la. Sbb lepas beliau join biz tu ada dia dok jumpa
aku tu beliau berpakaian kemas setiap masa, pakai keta honda ketam dan kerap
belanja memba2. Dan modal dia kat aku ajak join biasa la , "ang tak mau pakai Honda
ka? cam aku. Jom la join". Hahahaha...cuma yang dia tak tau aku ni dah ada
pengalaman kawan2 sebagai bukti hidup kena sontot skim pelaburan cam ni yg ramai dah terkena, cuma aku tak cerita kat dia ja, ya la masa ni kawan tengah rancak
jana income ribu riban mana nak pakai dah nasihat kita yg mana dah dibutakan
mata dengan wang ringgit. Tapi lepas tu aku hanya tau cerita berkenaan beliau
kat medsos ja la sehingga la medsos dia sunyi sepi dekat setahun lebih baru la
aku teringat balik apa jadi kat dia takut jadi senasib memba2 aku yg lain yg
pernah tersontot pakat deactive medsos masing2 takpun buat akaun baru. Bila
dapat perkhabaran tu aku harap beliau dan keluarga tabah la sebab punca jadi
semua ni bukan salah org lain, salah kita jugak sebab tersilap langkah, demi
mengejar kemewahan yang sementara cuma.. kita tolak tepi habis akal dan fikiran.
Tuesday, May 7, 2024
Titik terendah dalam hidup
Mengimbau kembali kenangan ketika mengalami titik terendah dalam hidup dahulu dimana kita terpaksa melepaskan sesuatu demi mendapatkan sesuatu utk meneruskan hidup di mana hidup kita ini adalah sebuah perjalanan dari satu titik ke satu titik. Dan titik kehidupan ini adalah suatu rantaian hidup yang tak boleh dielak kerana asbab titik-titik itulah menjadikan kita apa adanya sekarang.
Wednesday, April 17, 2024
Lagi sharing di media sosial berkenaan rumah besar rumah kecil
Dua tiga hari ni aku tengok dok aktif balik di media sosial sharing berkenaan perkara yg pernah aku share dalam 2,3 post lepas dlm blog ni berkenaan rumah besar la, rumah kecil la,kereta besar la , kereta kecil la ,dan individu yang sharing aku tak mau la sebut sapa sebab nanti macam tak meraikan pendapat beliau plak kan.Tapi aku tengok org yang dok rajin share berkenaan posting adalah org yang tak memilik rumah besar, yg menginap di kuarters atau duduk rumah sewa dan pakai kereta biasa2 saja dan aku nampak tujuan sharing adalah lebih untuk menyedapkan hati sendiri ja. Cuba org yg memiliki rumah besar, kereta besar post pasal org yg memiliki rumah kecik, kereta biasa, kompom kena cop menghina hahaha.... Tu kan rezeki masing2, nak buat rumah besar ka, buat rumah kecil ka tu pendapat masing2, yg jadi satu kesalahan tu bila kita tak meraikan pendapat masing2 dan diulang2 share macam pemilik rumah besar tu buat satu dosa plak demi utk mendapatkan secebis follower, like dan sharing. Post yang aku katakan tu aku paste kat bawah.
Jangan ikut cara atuk saya 😂
Dia pelukis pelan jkr.
6 bilik dia bina rumah ni.
Now level cucu pula nak memulihara dan menjaga rumah besor ni.. ongkosnya sudah tinggi maintenancenya.
Adik lelaki saya dan wife pula tinggal di sini.
Mereka bertiga pun takut nak duduk rumah besar².
Cuma tempat kami adik beradik sedara mara berkumpul setahun sekali sahaja. Bulan lain singgah sesekali.
Saya setuju pendapat di bawah ⬇️⬇️⬇️⬇️
Mak Ayah Binalah Rumah Pencen Sederhana Bila Dah Tua Senang Berkemas Anak Pula Dah Ada Rumah Sendiri…
“Rumah pencen biarlah kecil dan sederhana sahaja. Jangan ikutkan nafsu nak bina rumah besar idaman jiwa.
Ingat, kita ni dah tua. Bina rumah besar², nanti siapa pula yang nak mengemaskannya? Orang kita biasa lepas pencen suka "renovate" rumah besar² bagai mahligai.
Tapi akhirnya yang tinggal kat rumah tu nanti cuma suami dan isteri saja sebab anak² semua dah ada rumah mereka sendiri.
Rumah pencen ni kita nak tenang² jer. Tak perlu terlalu besar dan tak juga terlalu kecil, kalau ada 3 bilik dan 2 bilik air is just nice orang kampung Aku kata.🥰
Kawan, ingat benda ni...
Baik pada kita belum tentu baik pada anak² kita. Banyak dah contoh yang terjadi. Anak² terpaksa letgo rumah kesayangan kita sebab mereka dah ada rumah sendiri.
Bila kita dah pergi, anak² tak nak duduk kat rumah besar kita tu lagi. Sebabnya mungkin kerana sunyi dan mereka dah biasa dengan kehidupan di bandar kini.
Susah nak "sync life" dengan kejiranan sekitar pun mungkin boleh jadi...
Kawan,
Lagi simple hidup kita lagi baik sebenarnya. Amalkanlah gaya hidup minimalist bila dah tua supaya senang untuk kita nak mengemaskannya nanti.”
Begitulah...🌹
Sumber Kredit : FB
Dan pada pendapat aku kalau mak ayah dia buat rumah masa dia muda, masa tengah membesarkan anak2 bg aku tak salah, mungkin depa nak bagi keselesaan kat anak anak, dan bukan mudah mak ayah nak bina rumah besaq, perit jerih dan berendam air mata demi mencapai impian depa dalam membahagiakan keluarga jangan kita ambil mudah. Rumah besar dan selesa tidak terbina dengan hanya bermodalkan air liur, banyak pengorbanan org tua kita tempuhi nak dapat rumah impian dia. Dia buat bilik anak sorang satu, 2,3 bilik air bukan apa, bila anak2 dah berumahtangga, kurang2 aurat antara ipar duai terjaga, takdaklah isu sorang tidur di hotel, sorang menyewa homestay bila balik berkumpul. Bila takdak waris yang duduk rumah pusaka tu, berpakatlah elok2 ngan adik beradik samaada nak robohkan rumah tu buat yg lebih kecil ataupun jual kalau dah tak berkemampuan nak jaga rumah berkenaan.
Tapi kalau mak ayah kita baru buat rumah besar lepas pencen tu bg aku kurang sesuai la dah kalau tinggal berdua ja elok buat rumah saiz sederhana saja, senang nak kemas dan jaga tambahan dengan tenaga di usia2 emas ni membuatkan pergerakan kita agak terbatas.
Akhir kata tak perlu la berdebat tentang perkara ni sebab kasut kita tak sama, cuba raikan pendapat masing2 sebab tak salah nak berumah besar atau kecil, dan tak salah nak berkereta besar atau kecil kerana yang salah apabila kita terikut2 berkongsi sesuatu yang tak bermanfaat hanya demi sekelumit komen yang menyokong pendapat kita asbab tak membeli rumah besar dan tak memiliki kereta besar yang jelas menunjukkan sisi gelap hati kita yang ternoda angkara setitik perasaan 'íri hati'.
Tapi ada juga komen2 murni yang bg aku tak semua pembaca menilai dari sudut negatif tapi ada juga yang masih menilai dari sudut positif.
" ya hargaila apa yg telah ditinggalkan, bila mana rumah itu besar makmanya besar jg dpt dilihat pengorbanan dn kasih syg org tua yg bersungguh menyediakan keselesaan bila mana ank cucu menantunya berkumpul pulang beraya dan sebagainya.
Bila mereka tiada kita terasa berat utk menguruskan rumah mereka. Kenangla kembali waktu dr kecil dan kita menjengah usia ada suami isteri dan anak bagaimana seronoknya kita berkumpul dlm teratak rumah yg dibinanya hasil duit pencariannya serta hasil ideanya.
Paham tidak mudah mengurus rumah peninggalan, tapi disitula Allah menguji kita semula rasa berat susah kita harini adakah setara dgn beratnya sewaktu mereka berfikir strategi kewangan , masa, penat tenanga tulang 4 kerat demi keselesaan serta kebahagian anak cucunya.
Wahai generasi harini banyakkan ambil rasa syukur dari mengeluh selebihnya banyakkan tawakal dan serah pd Yg di Atas Allah S.W.T"
T ..wallahuu alam.
" setuju! Mcm terhina pun ya, ayah saya bina rumah besar biar senang anak anak selesa, tempat berkumpul sedara mara selalu . Bab kemas yes, mmg penat tapi takperlu la jadi isu sampai up ginih, mcm teruk sgt mak pak yg buat rumah besar . Rumah kecik nnti anak2 balik kg ddk hotel, isu jugak, itu ini semua nak isu tau org skrg. Tak faham betul"
"Ntah siapa yang start pasal perkara ni lepas tu meleret - leret pendapat property manager lah financial planner lah nak join the bandwagon pergi komen.
Sebenarnya perkara ni bergantung kepada rezeki dan situasi masing - masing. Full stop. Buang masa saja nak berdebat."
Wednesday, January 24, 2024
Budaya 'Select'
Sunday, January 21, 2024
Sabar itu pendinding diri
Sedikit petikan dari laman pesbuk interior designer terkenal Anis Shuhada :-
Adab bila kita melihat rumah orang lain. Kadang2 hati memang teringin tapi tanamkan dalam hati. Kadang2 cantik dimata pemilik rumah tetapi tidak pada mata kita kerana Allah bagi kita perasaan & citarasa yang berlainan begitu juga rezeki .
Elakkan:
1- Mengkritik kenapa beli rumah besar mcm ni larat ke nak kemas? Kenapa beli kecik sangat kalau family datang mana nak duduk? Kecik ke besar tu soal rezeki jangan pertikaikan. Yang penting sabar.
2- kenapa guna perabot warna cerah? Kotor la macam ni. Kenapa guna perabot gelap nampak sempit rumah. Kadang2 kita ada impian dan citarasa berbeza cara kemasan & maintain kebersihan tu adalah cara & hak masing2
3- membazir je buat cantik2 ni simpan duit lagi bagus. Hidup kita tak lama tak ada salahnya bila kita belanjakan sedikit duit untuk keselesaan keluarga kita sendiri semua dapat rasa. Kita cari duit untuk kita rasa bukan simpan sampi sendiri pun tak rasa nikmat yg Allah bagi.
4- Kalau aku tak beli rumah macam ni, beli rumah ada tanah boleh buat garden boleh buat swimming pool. Cakap memng mudah beli rumah bukan macam beli cucoq sesiapa shj yg mampu beli rumah adalah 1 pencapaian tak kira la kecik ka besaq ka. Siapa yang tak nak rumah tepi rumah luas yang penting tepuk poket kita & kelayakan kita. Bukan beli dengan ayaq liuq.
5- Aku xminat perabot macam ni kalau boleh nak beli yang lagi mahal dari ni. Apa pon kita nk beli beli lah... jangan dikritik rumah orang lain sbb kena ingat tu rumah dia bukan rumah kita. 😅 Perabot rumah kita dah beli yang mahai ke belum?
6- kenapa beli rumah jauh sangat? Kalau aku tak beli kat sini beli dekat KL. Ni ceq... kita beli rumah modal duit bukan ayaq liuq. Beli rumah ni kalau ikut kita punya nak memng la smua orang nk duk bandar tapi berbalik pada kemampuan juga. Beli rumah tak rugi jadi aset yang RUGI bila kita terlalu memilih.
7- Buat rumah cantik2 berlebih2 membazir. Baik sedekah. Ceq.... kita kalau tak tahu amal jariah seseorang jangan kita cari salah. Selalunya amal jariah, zakat, sedekah ada yang dalam senyap dan ada yang secara terang terangan. Berbelanja untuk keselesaan sekeluarga setelah bekerja penat tu tak salah pun.
8- “Rumah punya bersih nak masuk pun takut. Nak duduk mana ni?” Kebersihan amat dituntut dalam
Islam maka tak perlu takut dengan rumah yang bersih.
9- Cabinet ni hitam @ putih tak takut kotor ke nampak habuk ke? Warna apa pun kena bersihkan kena maintain kebersihan. Hitam ka putih ka biru ka hijau ka merah ka kena rajin😂
10- Beli rumah belagak la tu tunjuk la tu. Sebenarnya apabila kita menilai sesuatu dari sudut positif bila kita lihat orang yang lebih berjaya dr kita akan menjadikn ia 1 inspirasi. Bukan kita ajak kawan2 lain membenci orang tu tanpa sebab. Berhenti menjadi manusia Toxic. Tiada gunanya. Yang berguna ialah bila kita lihat bagaimana usaha dia untuk terus maju dengan usaha yang tak pernah putus.
Ok cukup kita upgrade 10 dulu hari ni nanti kita sambung lagi hahahha mak selalu ckp orang nk beli apa pun biaq Allah bg depa rezeki kita usaha esok2 hang nk beli Gajah pon beli la anis🤣
Mak selalu ikut kami pi rumah deco mak ckp “segak no rumah depa ni boh lampu labuh teringin pulak mak tengok” Hari jadi tahun ni xbg apa kat mak adik yg kecik hadiah lampu segak untuk rumah mak dekat kampung abg pulak jd tukang pasang😆 Saya cukup kagum dengan mak & ayah sy mcm2 kerja depa buat untuk bina rumah di kampung hasil tabungan buat sikit2 ada rezeki sikit kami anak bantu mengecat beli kipas dan deco sikit2. Bertahun2 baru siap…
kadang2 memng kita akan teringin tengok rumah org lain cantik tapi dlm bab menghias ni buatlah sekadar mampu kita kadang2 ada keinginan yg tertangguh tp sabar itu indahh pelan2 lama2 siap inshaAllah🤲🏻
Sekadar renungan sbb bukan beliau ja penah kena, aku sefamili pun penah kena siap post di pesbuk lg hahaha... Awat beli rumah banyak2 la, beli rumah besaq nanti tua2 dok berdua ja, dok tambah hutang umoq tua2 ni sampai nak kena ikat perut buat apa, Beli rumah 2 tingkat nanti tua2 larat ka naik tangga... Eh.. Macam aku guna kaki dia plak naik tangga hahahaha.. 🤣 Katalah apa nak kata sbb org yg toxic ni mmg takleh tgok org lebih pada dia, kdg2 kita xperlu nk detailskn pun apa sebab suatu tindakan kita ambik adalah untuk improve kehidupan kita.😁
Sunday, December 31, 2023
Kata-kata - adalah perkara yang tak boleh dipercayai
Baru terbaca nukilan seseorang sempena menyambut kedatangan tahun baru, yang membuatkan aku tercuit hati adalah perkataan 'hutang baru' dalam caption beliau hahaha.. Ucapan dia berbunyi lebih kurang begini " Selamat tinggal tahun 2023 dengan tambah hutang baru (gambar beliau disamping kereta baru) klu jumpa hon la, selamat datang tahun 2024". begitulah lebih kurang. Bukan apa aku masih ingat post beliau masa aku ambik rumah sebiji lagi yg mana beliau tulis "Masuk umur 40 an ni tak payah la tambah hutang, cukup la pakai yang mana ada" hahahaha.. Tapi beliau yg masuk 40 an lebih pun tambah hutang baru jd kesimpulan dia apa? Kata2 adalah perkara yang payah utk dipercayai sbb org lain buat hutang tak bole, dia buat hutang takpa hahahaha..
Ok lagi satu perkara yang berkait jugak adalah ttg si polan yg share video beza keta baru ngan keta lama dimana dlm video tersebut ada menyebut "keta lama ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror sama ja ngan keta baru ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror, takdak beza" tup tup tak lama lepas tu beliau beli keta baru yg upgrade dari keta lama hahahaha.. Awat tak beli sama jenis takpun keta yg lama sikit sbb dah la harga murah dan takdak beza pun.. Ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror jugak hahaha.. 🤣🤣🤣. Jadi kesimpulan dia apa, kata2 adalah perkara yang susah utk dipercayai bila org lain buat tak bole, dia buat bole dah macam ahli2 politik la ni plak hahahaha.. 😂.
Ok apa persamaan dua2 perkara ni? Persamaan dua perkara ni adalah ia di post di media sosial selepas aku sekeluarga baru ja beli rumah kedua, dan baru tukar kereta baru. Wpun kita tau ayat penafian depa yg kata tak tuju kat sapa2 pun, peringatan utk diri sendiri tapi klu share sblm aku ambik rumah, sblm aku ambik keta, aku bole terima lagi, tapi post2 dibuat lepas aku beli kedua2 nya, lepas aku beli rumah post pasai rumah nak yg sedang2 saja la, umoq 40 tak elok tambah hutang la, kna ikat perut bagai la, beli keta post biaq keta buruk janji takdak hutang la, keta mahal ka baru sama ja ada 4 pintu.. 4 tayar hahaha.. Itu pilihan masing2 pasai apa nak sakit hati sangat pun tak tau la🤣🤣.. jd kita tau la ayat2 tu adalah ayat utk penyedap hati menutup sifat dalam diri yg tak bole tgok org lebih dari kita. Macam yg aku kata klu post atau share perkara positif media sosial, positif la jadinya, klu negatif post kita negatif la jadinya. Jd nak post apa2 pikir dulu sbb banyak hati nak kena jaga. Sbb kerap dok share "Tak malu ka pakai keta lama cat dah lusuh" sedangkan semua tau dia dah ada keta baru, tak pikir ka perasaan org sekeliling yg masih pakai keta lama cat lusuh asbab faktor ekonomi. Jd post beliau nak kata kat sapa sebenarnya? Hahahaha.. Tepukla dada tanya iman. Pis no war just my two cents... ✌️😁