Jangan Clik

Monday, April 20, 2009

DaripadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali

Rahimatullah dalam kenangan
Allahyarham Alif Asraff Bin Abdullah Suhaimi
1985 - 2009
Pada petang 15 April 2009 (Rabu) tercatit kenangan hitam dalam susur galur keluarga aku, pada detik itulah sepupuku yang paling rapat denganku, yang aku ibaratkan sebagai adik kandungku telah pergi meninggalkan kami semua selepas terbabit dalam nahas jalanraya ketika arwah dalam perjalanan pulang dengan motosikal Lagendanya dari tempat kerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star. Semua sedia maklum dalam blog aku ni juga ada entry tentang pertunangan arwah (Kangar Vs Cangkat Jering) dan gambar semasa arwah datang ke kenduri Aqikah anak sulungku. Dalam penuh kegembiraan keluargaku menerima kehadiran orang baru dalam keluarga iaitu anak sulungku, kami menangisi pula pemergian sepupuku kerana menyahut panggilan ilahi. Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Mengkuang Layar, Utan Aji Perlis ,arwah telah dilanggar oleh sebuah kereta yang memasuki haluan bertentangan lalu mengenai arwah. Arwah dan salah seorang penumpang kereta tersebut meninggal di tempat kejadian. Detik bahagia arwah untuk melangsungkan perkahwinan bersama tunang tercinta tersemadi selamanya bersama arwah.Masih terngiang-ngiang di fikiranku gelak gurau arwah dan hubungannya yg rapat dengan ku tambahan pula arwah banyak berkongsi minat dengan ku, memiliki kereta sama dengan ku dan peminat setia sukan bola sepak terutama pasukan Singa Utara Perlis. Kesyahduan di bilik mayat, aku hiba melihat Pak Njangku (abah si arwah) ke hulu ke hilir menguruskan jenazah arwah, di mana sepatutnya anak sulungnya itulah yang sepatutnya menguruskan jenazah beliau apabila beliau tiada kelak, tapi itulah Qada dan ketentuan ALLAH, ajal pertemuan di tanganNYA, kita kena redha apa yang terjadi. Saudara dan rakan taulan dari segenap pelusuk di Putrajaya, Bangi, Seremban, Langkawi, kuala Lumpur segera pulang untuk menatap dan menghadiri pengkebumian arwah untuk kali terakhir. Juga tunang arwah dari Banting segera datang dalam keadaan kesedihan tapi beliau tabah menghadapi ujian ini, dan aku sekeluarga berharap hubungan kami dan tunang arwah akan kekal berkekalan walaupun sesudah pemergian arwah. Untuk si arwah, segala perancangan yang kita buat selama hayat arwah hidup akan abang yo (aku) tunaikan setakat termampu dan abang yo sekeluarga mengucapkan tenang abadilah di sana tabahkan Paknjang & Maknjang serta tunang arwah Nora dan abang yo halalkan makan minum selama kita bersama, , nama dan fizikal Allahyarham Alif asraf takkan dapat dipadam sampai bila2 walaupun jasadnya terkubur, semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah, Al-Fatihah.....
Kejadian yang menimpa arwah telah menjadi bahan berita di dada-dada akhbar utama seperti di Utusan Malaysia, Harian Metro, Harian Sinar, Kosmo, dan Berita Harian, di bawah adalah keratan-keratan mengenai kejadian yang menimpa arwah.
Petikan di atas dari Utusan malaysia, cuma nama arwah pada gambar di atas dan sorang lagi yang meninggal telah tertukar.

Petikan dari akhbar Sinar dimana mayat tersebut aku yakin adalah mayat arwah, kerana aku cam sangat rupa rambutnya, jaket hitamnya serta baju kemeja kerjanya kerana arwah sebelum ini ada beberapa kali tumpang tidur di rumahku di Alor Star kerana kepenatan bekerja dan letih untuk pulang ke Kampung di Perlis , kecederaan yg dialami oleh mayat itu pun sama iaitu kecederaan teruk di sebelah kanan muka arwah.

Petikan dari Harian Metro.

Petikan dari akhbar Kosmo, juga tertukar nama arwah dengan seorang lagi mangsa yang meninggal.

Petikan dari Berita Harian


Gambar dari akhbar Harian Sinar


Gambar dari akhbar Harian Metro

Tuesday, April 14, 2009

Nostalgia Zaman Graduasi Uitm 2001-2004

Zaman graduasi Uitm aku bermula dari tahun 2001 hingga 2004 dalan jurusan Diploma Penulisan Seni Layar di Fakulti Seni Persembahan atau sekarang dikenali Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Gambaq dia atas semasa jamuan bersama Naib Canselor & Timbalan Naib Canselor Uitm untuk Perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar fakulti. Dari kiri aku, Along (la tanam anggur atau sedang mengusahakan perniagaan MLM beliau), Naib Canselor Uitm Dato' Seri Prof Ibrahim Abu Shah, Saat (la keja kat bank HSBC di KL) dan Timbalan Naib Canselor Uitm Dato' Prof Nasaruddin.
Gambaq ni diambil di tapak perkelahan Ulu Yam semasa sedang mengikuti pengambaran Drama bersiri berjudul Fakulti arahan Prof. Madya Razak Mohaideen lakonan Cico, Buzen dan ramai lagi. Dari kiri, aku dengan gaya muka cipan tanah, Farid Kamil @ Tort ( la dah fofular dah), Aman (Allahyarham), Yob gigi (penah jadi pelakon sketsa Usik-usik Salleh Yaacob, la keja kat UKM) dan Rothman (blog FSP2001, la keja kat RTM)

Gambar kenangan ketika rombongan Kelas Fotografi fakulti yang dikepalai Dekan Fakulti Prof. Madya Rushdie Kubon ke Tasik Chini, Pahang. Dok Sana 2 hari 3 malam mcm2 gambaq kami tangkap dari bunga teratai, orang asli hingga ke orang tiruan wakakakaka.

Tengok muka sekoq2 macam red indian, betapa fanatiknya kami siap contiang muka untuk bagi sokongan kat team bolasepak malaysia, gambaq ni diambil masa kami tgok perlawanan akhir bola sepak Sukan sea 2001 (klu tak silap) di Stadium Shah Alam antara Thailand vs malaysia tapi akhirnya dimenangi oleh Thailand, hampeh sungguh, dah la muka naik jerawat sebab alergik ngan warna kami sapu tu, kalah pulak lagi sebab keeper malaysia tunjuk terer alih2 bola masuk celah kangkang dan gol, hampess bola leleh. antara muka muka yg tersenarai adalah Zack (dari blog Zachhatta) , Rothman (dari blog FSP2001).

Ni masa Orentasi Uitm kami keluaq pi jalan -jalan ke PKNS dan Alam Sentral, freshie lagi, senior dah bagi amaran kalu nak kuaq dari Uitm kena pakai kat matrik, masa dok jalan2 tu org pakat dok tgok alih2 kami ambik kat matrik tu simpan dalam poket, kira apa senior bukan tau wakakakaka gambaq ni di ambil di Alam Sentral dari kiri Bob (la jadi cikgu di Kelate), Rothman (RTM), aku, saat (HSBC), Ali yg sedang menumbuk aku sebab tahap kehenseman aku melepasi tahap beliau ( la keja Pegawai FELDA di Jerantut Pahang), Fahmi (dari blog From Window Of PRO) mu tengok gambar mu Fahmie dulu dengan skang jauh bezo weeiii, dan akhir sekali Farizie Morinding dari Sabahan (pemenang Filem Pendek anjuran FINAS 2009 dengan filem pendeknya berjudul "Odui Odu"). Dulu aku selalu gak lepak kat Seksyen 2 pekena Nasi Goreng daging merah RM 2.00, tapi dengaq cita deretan kedai makan kat Seksyen 2 dah kena roboh dah, rugi betoi ramai kenangan para graduasi Uitm kat situ, tapi demi kemajuan terpaksa la dikorbankan. Apapun Uitm di hatiku.

Nostalgia Zaman Persekolahan 1995-1999

Bingkisan kali ini adalah berkisarkan tentang nostalgia zaman persekolahan aku dulu dari Tahun 1995 sehingga 1999 bersama geng2 seangkatan ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, kangar, Perlis. Dalam sekolah aku dulu ada sungai ngan tali gantung, eh silap jambatan gantung la, tali gantung tu utk org yg kna hukuman mampos. Gambaq di atas diambil masa aku ngan kengkawan dalam Tingkatan 5 , ambik gambaq dekat ngan sungai dalam sekolah, dari kiri Munzir @ korea (sebab muka mcm cina sikit tu yg panggil korea), amir (la keja kat Puchong, jarang jumpa sebab famili dia dah pindah pi Kulim), aku yg berbakat , tot (la pindah dok Aloq Staq), Azri (la keja kat LHDN Jalan Duta KL) dan Nasir (la anak 2 dah kot, keja kat UKM, Bangi)
ni gambaq masa pekena aih sagat atau abc kat Sungai Batu Pahat lepas mandi manda, rasanya gambaq ni diambik masa kami dalam tingkatan 3. dari kiri duduk Farish yg berbadan besaq tu (la keja kat Maktab Perguruan Perlis), Eman (la Tutor kat Kolej Pengajian Tinggi dekat Batu 2 Jalan Kangar-Padang Besar), Amir yg berdiri sambil tunjuk gambaq awek impian dia Natalie Imbruglia, cuuiihh perasan, Am panjang di belakang (la keja Engineer kat Perlis Power Plant), mahadi yg dok depan (la sambung KPLI kat maktab Perguruan Cheras), Wan Bulu (la jadi cikgu di P.Pinang, anak nak masuk 3 dah kot, produktif sungguh hang no, dulu ceroi ja), aku yg yg dok depan bertopi biru muka kanyiaq lg wakakaka dan Apeng (la dok Kl anak 2 dah bila aku jumpa dia ari tu)

Masa ni kami berkumpul untuk jamuan hari raya aidilfitri anjuran MB Shahidan Kassim di Dewan Sivik Arau, sempena nak agihkan duit raya untuk para mahasiswa Perlis, masa ni kami baru masuk IPT duduk dari kiri eman (UITM), Yeh (UKM, anak baru sorang), Shapik (UITM, baru kawen), Akmal (Kolej Baitumal KL, la pun keja kat KL), aku yg sedang menunjukkan no cabutan bertuah yang hadiahnya sepinggan sate keldai import (UITM), mat shukoq @ bengali karpet (Maktab Perguruan IPDA, anak baru sorang la jadi cikgu kat P.Pinang), dan Reza (UITM la keja Kementerian Belia & Sukan kat Putrajaya).


masa ni baru selesai main sepak takraw masa cuti sebelum mengambil exam SPM, arg dok sibuk stadi kami dok sibuk main wakakaka dari kiri Munzir @ Korea, Amir, Tot, Azri, aku, Anuar (la sambung mengaji kat Kolej Perubatan Tanjung Rambutan, Perak ambik MA), eman (muka cam cokodok basi) dan Apit @ Karim (la jadi chef kat Damansara w'pun pada awalnya cita-citanya hendak menjado gigolo sepenuh masa.)

ni kononnya nak ambil gambaq untuk kaver album kami yg tak penah2 siap, dan kalau siap kami nak boh judul album kami Joget Hitam Manis wahwahwah... sebenaqnya kami ambik di hadapan Makmal Kimia di mana sebuah kelas yg kami selalu kena denda sebab keterorran kami masing masing dalam membuat onar di kelas ini, dari kiri Eman, Aku, Amir, Anuar dan Azri.

Wednesday, April 8, 2009

Aktiviti Liburan

Dok belek2 gambaq tadi terserampak ngan gambaq Liburan aku samada bersama wive aku ataupun aku sorang, saja letak memadangkan aktiviti liburan aku setakat ini dihentikan buat sementara waktu kerna wive aku belum habih pantang. gambaq ni diambil masa honeymoon aku dulu di Pulau Lagenda Langkawi, gambaq di ambil di sebuat port dalam perjalanan ke Gunung Mat cingcang. cantik view dia berlatarbelakangkan perahu layar.
ni semasa nek kereta kabel di gunung mat cincang berada di aras paras laut 400 meter kot, cantik nampak pulau pulau kecik dan lautan selat melaka

ni masa pi mandi manda di pantai cenang, dekat dengan resort yg kami duduk.

ni masa kursus HRMIS di Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, tingkat berapa aku lupa dah.

ni masa tgok perlawanan liga super antara Selangor vs Kuala Muda NAZA di Stadium Shah Alam, ni la last aku pi stadium semenjak meninggalkan fakulti di UITM dulu. Shah Alam berubah banyak oooo, tapi jalan2 di sini still aku ingat lagi.

ni masa ikut rombongan opis ke Tambun Lost World di Ipoh, Perak. macam herman tino gaya, tapi lilit guna tola la, herman tino lilit guna kain pelikat.

Wive aku bergaya di sebelah kucin Parsi yang diberi nama raman di Lost World Tambun.

ni masa attend kursus di PNB Ilham Resort di Tanjung Tuan, Port Dickson, gambaq aku tak berapa nampak, dah la aku ni tinted sikit guna backlight plak lagi la kelam....
ni masa pi Mesyuarat HRMIS di Bangunan KOMTAR di Penang, klu jatuh ni sure jadi kentang lenyek.

Kerja oh kerja


Pelik plak tajuk n3 aku ni kan, bukan apa dok saja2 tiba2 teringat la betapa syukurnya aku ada kerja tetap dan terjamin pada zaman kegawatan ekonomi ni. Bila dengaq berita memba2 kampung dan memba2 lain pakat dok gusar takut kehilangan kerja disebabkan keruncingan ekonomi sekarang membuat aku terpikiaq yang kita perlu berdedikasi dan amanah dengan kerja kita sekarang ni, sebab zaman la bukan kerja cari kita, tapi kita yg kena cari kerja. Dengan kerja aku ni la aku boleh kahwin, ada famili sendiri, beli rumah, beli kereta, beli moto , tolong mak abah di kg dan mcm2 lagi benda yg memerlukan suautu sumber yg bernilai pada masa sekarang iaitu duit.Teringat plak aku masa zaman sebelum aku dapat kerja sekarang ni, masa dok stadi kat UITM lagi time cuti sem. aku penah tolong memba aku jual ayaq kat pasar ramadhan, jadi buruh kasar buat paip kat taman perumahan di kola perlih dan Politeknik Syed Sirajuddin di Pauh, semua tu cuma nak menambah pendapatan dan pengalaman kerja ketika musim cuti. Ketika zaman mengganggur aku penah la pi cari kerja ngan memba aku, seingat aku kat Aloq Star ada satu syarikat yang kononnya syarikat tu dealler barangan Sharp, dia tulis kat dalam iklan jawatan kosong harian metro yg mereka memerlukan Kerani Data, takpa la aku ngan memba aku pun pi la kat syarikat tersebut, lpas isi form bagai, kami pun balik sebab kata tokey cina tu dia akan call lain utk temuduga. Esoknya dia call aku ngan memba aku untuk urusan temuduga kat syarikat tu, sampai sana dia suruh aku ngan memba aku dan ada sorang lagi akak tgu kat dalam bilik mesyuarat, tiba-tiba.... tau apa ....jeng...jeng...jeng....saspen kunun, ataih meja bilik mesyuarat tu dah tersedia 3 beg, pastu kami pun pakat tertanya2 la apa isi kandungan beg tersebut, aku yg gatai tangan ni bukak la salah satu beg tersebut, dalam tu ada bermacam buku kanak2, mainan kanak2,katalog pinggan mangkuk dan beberapa borang, aku dah agak dah musti jawatan Kerani data tu hanya utk mengabui mata pencari kerja spt kami sebenaqnya jawatan tersebut adalah salesman atau jurujual, apalagi sembang mai sembang pi ngan memba aku kami pun sepakat nak belah, aku bab2 pujuk org beli lemah skit, pastu takkan nak tinggai akak sorang tu, kami pun ajak dia belah secara berjemaah dengan kami, dia pun ikut. Keluaq pintu syarikat tu kami pecut moto laju2 wahwahwah musti tokey tu terkejut sebab bila dia nak masuk bilik mesyuarat tu sekoq pun tak dak. Apa jadi lpas tu pun kami tak tau. Lpas tu aku juga penah meniaga burger kat depan stesen bas ekspres Bukit Lagi bertahan la 3 bulan pastu tutup sebab cerita dia tapak kami meniaga tu kna bayaq sehari rm 2, memba aku kadang2 dia tak leh pi aku bukak la sorang2 tapi bila aku tak leh pi dia tak mau meniaga, tapak nak kna bayaq, meniaga tak meniaga kna bayaq jgak bila memba ku tak pi meniaga lari la skit nisbah keuntungan tu, aku pun jem la tang dia takdak aku meniaga time aku takdak dia tak mau meniaga, kami syer modal jadi keuntungan pun kami syer, kami tak ambik duit keuntungan hari2, bila hujung bulan baru kami bagi sama rata setelah ditolak modal berniaga, yang jemnya cara ni, rugi la aku, dia tak mai aku bukak gerai,aku tak mai dia tak mau bukak (segan katanya) keuntungan dapat sama banyak tu yg berniaga sekerat jalan tu, lagi satu pendapatan keuntungan meniaga ni seingat aku setelah dibahagi dua hanya dapat rm 180.00 ja sebulan, meniaga burger ni kalu nak buat pendapatan sampingan bole la tapi klu nak meniaga secara tetap kna pikiaq banyak kali gak, sebab aku selalu dok compare ngan memba aku yg keja pejabat di faber mediserve hospital kangaq, gaji dia dekat rm 800.00 sebulan , klu dihitung dengan jumlah keuntungan aku meniaga sebulan berganda2 gaji dia dapat berbanding aku,klu cenggitu sampai bila aku nak capai matlamat aku masa tu iaitu kahwin (wajib), beli keta, berjibun (dating) dll lagi yg memerlukan ongkos yg lebih dari itu. Sebab jenis aku ni jenis suka bersaing secara positif di mana kalau boleh aku nak lebih dari kawan2 aku takpun sama taraf ngan depa cukuplah tapi tak dak lah istilah memba makan memba, dan alhamdulillah memba aku, adi rekomenkan aku kerja sebagai Helpdesk assistant kat Faber Mediserve sdn bhd Hospital kangaq, walaupun secara kontrak, dapatla aku merasa gaji yg selama ini aku idamkan walaupun tak sampai seribu RM tapi bagi aku itu dah cukup bagi aku seorang anak nelayan yg selalu makan ikan, dah anak nelayan musti la makan ikan takkan nak makan papadom kot. Dalam pada masa yang sama aku juga tak lupa apply SPA 8 kerana bagi aku kerja kat gomen lagi terjamin memandangkan status kerja aku dia faber mediserve hanya kontrak, w'pun banyak pada masa tu memba2 aku kata payah masuk gomen klu tak dak kroni, tapi bagi aku yg penting usaha dulu dapat tak dapat belakang kira, alhamdulilah pada bulan januari 2005 aku telah ditawarkan kerja dalam gomen dimana jawatan yg aku pegang sekarang ni. Walaupun dengan gaji kecik dapat juga aku merealisasikan impian aku yg selama ini aku angankan walaupun terpaksa bertatih dulu iaitu aku nak kumpul duit menikah, beli rumah dulu sebab harga rumah dok naik, klu beli kereta harga kereta dok turun sebab tu aku beli keta first aku secondhand ja ikut kemampuan aku sebab aku nak beli rumah dulu. Masa awai pernikahan aku ngan wive aku pun ekonomi kami tenat sikit la memandangkan wive aku still studi kat USM, jadi dengan bermodalkan gaji ciput aku tu la kami berjimat cermat dalam segala hal dari tanggung pembelajaran bini aku sampai bayaq segala hutang2 yg aku buat masa nak menikah dulu. Sekarang ni Alhamdulilah ekomomi kami sekeluarga dah semakin kukuh setelah isteri aku pun dah dapat mengajaq dah, dan bermula dengan bertatih tu la aku dapat mengumpul aset2 yg ku impikan selama ni dan aset ku yg paling penting adalah anak lelaki aku (waris keraih kata org utara) dan kebahagian rumahtangga kami yang dibina atas restu kami dan keluarga. Sahaja aku nukilan di sini bukan apa, bila teringat2 balik kisah kesusahan dulu rasa rugi kalau aku pendam tanpa berkongsi dengan sesiapa, dan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai salah satu asam garam dalam kehidupan dari aku seorang anak nelayan dan wive aku seorang anak pesawah di mana hanya ilmu pendidikan dan usahalah yang dapat merubah hidup kita sehingga hari mendatang, ewahhh macam novel plak, takpalah semoga kisah hidup aku ni dapat aku dikongsi bersama semua para marheimmm...
(p/s:- saja isi masa lapang sebab kat luaq opis ujan, aku mai nek moto jadi tak bleh balik lagi tu yang mencontiang sakan tu ;)

Tuesday, April 7, 2009

Second Car Toyota Vios 1.5 J (A)

Entri dulu aku ada tulis mengenai first kereta aku iaitu Proton Wira Aeroback 1.6, la entri aku kali ni mengenai second car aku Toyota Vios 1.5 J Auto. Keta ni aku baru amik awai taun ni ja, keta proton wira tu ada lagi cuma aku gunakan keta tu untuk diguna pakai di persempadanan Kedah, Perlis ja klu nak jalan jauh aku guna keta Vios ni. Sebenaqnya Keta Vios ni untuk kegunaan wive aku sebab tu aku ambik auto, wive aku bab gear manual ni dia gayat skit, nti dia la guna keta ni untuk pi mgajaq ngan antaq anak aku suruh kak aku mengasuh, aku pi keja lenjan ngan moto ja, sep skit minyak nak berulang dari aloq staq ke kangaq klu naik keta lari bajet, naik moto ok la skit, klu ujan aku naik la keta proton wira tu.
ni keta standard aku amik, aku tak modified lg, mekap luaq ja la, buat enjin ka apa ka aku tak minat sangat, setakat mekap bg jd cun minat la aku

Ni selepas di modified belah luaq, aku tambah sportrim Lenso 15", skirting (Vios S Type), tinted Platinum calour dan tukaq no plat. Itu ja yg aku tambah, ada lg satu aku nak tambah lining rear door tapi tgu bajet ada dulu la baru boh.
Ni bahagian sisi hadapan Vios baru atau Vios dugong, org pangey Vios dugong maybe sebab hidung dia kot yg macam dugong, hidung dugong pun dugong la, baru sama ngan hidung aku

Tengokkk... sama dak idung aku ngan idung Vios, baru matching, kaler pun nak sama2 tinted wahahahahaaha baru sepadan, bak pinang di belah treler..

Monday, April 6, 2009

Majlis Cukoq Rambut & Kenduri Aqikah

Pada 19 mac 2009 keluarga mentua aku telah mengadakan majlis Cukoq Jamboi anak aku, mentua aku telah menjemput bidan kampung utk melakukan acara cukoq jamboi tersebut. Kelihatan Tok Bidan sedang main cak ngan anak aku, bukan apa nak ambik hati sebelum rambut anak aku kna cukoq. Tu Tok dia tgah nak bedung anak aku takut dia bergerak banyak, payah nak cukoq rambut nti.
Tgok anak aku dah saspen dah, apa benda tok dia ngan kroninya nak buat kat dia , sambil2 tu anak aku dok jeling kat aku ngan ibu dia, nak mintak tolong la tu, alalalala siannya nak kna cukoq rambut, botak licin la lpas ni haaahaahaa

hhihi sekben yg panjang kna cukoq dah, tu mata pejam bukan apa, geli la tu org cukoq pala dia,

haaa dah botak dah sebelah, satgi keseluruhan trambut tu abis licin la kna cukuq (aku takut tok bidan cari aku plak nak cukoq remoih aku, jangan.... tu remoih cari makan tu kukikukiukikuk

bila anak aku dah mula bergerak agak agresif, ni la ubat dia, susu botoi yang ditaja khas oleh tumit chekgu raman dari Burundi. Anak aku dapat nyam nyam susu lena la, snang cerita
(p/s:- tu tangan tok dia, bukan tangan aku, tangan aku lagi mulus dan gebu dari itu wahwahwahwah)

Pada 21 Mac 2009 aku mengadakan Kenduri Aqikah untuk anak lelaki aku di rumah mentua aku di Kerpan, Kedah. Kelihatan Pak Mentua aku a.k.a Supervisor Tapak sedang meninjau jikalau ada yang curi tulang atau daging kambin semasa menyediakan juadah, takut tak cukup utk tetamu, sebab tukang sedia juadah pun saiz tank depa ada la sama dgan saiz tank kubota, takut bekalan daging susut sebanyak 16 marhalah.

Ni kepala kambing mangsa Korban Kenduri Aqikah, memandangkan anak aku lahir di Perlis, kambing pun aku import dari Perlis. Tu kepala kambin kena balut dengan urat dan perut utk direbuih, org tua2 kata kalu makan daging kepala kambing akan...... kenyang wakakakak, aku tak makan kambin sebab ada darah tinggi, org pun tinggi darah pun tinggi jgak la.

Ni senyuman manis isteriku kerana telah berjaya memakai baju yang beliau tidak boleh pakai selama 9 bulan, bila bole pakai baju tu, macam tenuk dapat pizza la jawabnya, khenyih sehingga mencapai keluasan 28 cm per segi.

Para tetamu yg mengambil kesempatan merehatkan diri selepas temolok pakat diisi, ataupun pening sebab kna penangan daging kambin baka Somalia, aik.. ibunda aku pun turut serta

Tengok... org kalut tolong kenduri, anak menakan aku ni dan lagi layan PS 2, tak guno, jgan ingat hangpa semua dapat tewaskan pak cik korang yang kacak dan berbakat ni, sebab pak cik adalah adiwira dalam bidang game PS 2 ni huahuahuhauhua gelak org kaya huahuhauhaua...
Ni doa selamat yang dipimpin oleh Chu belah wive aku sebelum kenduri dimulakan untuk minta berkat dan selamat untuk cucu menakan beliau.Antara para tetamu yang hadir terdiri dari sanak saudara dan org2 kampung di Kg. Pida 8 Ayer Hitam, Kerpan , Kedah.

Dari kiri adik aku, Apis, Pipi (sepupu) dan abangnya Allahyarham Alip juga sepupu aku yang mai dari Perlis tgah menjamu selera untuk pinggan yg ke 8. lahapnya hangpa nih kalah nafsu makan tenuk jantan himalaya...

Ni antara rakan opismate aku yg hadir dari kanan fairuz bahadur gurung dari pedalaman nepal dan Azaharil a.k.a pak toin dari Persatuan sumo kepulauan Samoa wahakwahakwahak.. terima kasut eh silap terima kasih kepada semua yang melapangkan diri dan sudi hadir ke majlis Kenduri Aqikah anak aku. Wasalam....

Sunday, April 5, 2009

Kelahiran Putera Sulungku

ni baru lpas ditempatkan di wad kelas 3, petang baru diletakkan di wad second class sebab first kelas penuh, second class pun ok jgak privacy skit. bini aku baru lpas operate tu, dok mamai lagi kesan ubat bius, aku pun dok mamai lagi sebab semalaman tak tidoq tgu wive aku, sampai tarikh kat kamera pun silap ejas, abaikan tarikh tu, anak aku lahir 05.03.2009 pkul 8.13 pagi dan ber kad pengenalan 09 bermaksud jadi warganegara Perlis darul Sunnah sama mcm bapak dia yg berwajah pan asia ni (kukikuikukikuik puji dri sendri)
lena lagi selepas dijamu susu, rambut dia banyak sampai kat kening, turun ibu dia kut, tapi sight burn menten ikut bapak dia .

tu jari tok dia dok cuit idung dia sebab lena ralit sgat, alhamdulilah anak aku ni jarang nangis mungkin dia tau situasi ibu dia yg baru lpas operate, dia nangis nak susu pun merengek-rengek ja, lpas minum lena blik, fuuuhhh senang jaga, cuma yg jem dia kerap jaga mlm nak susu tapi itukan pengalaman jaga anak, dah dapat anak ni kna la blajaq jaga anak plak jgan tau nak buat ja dok gitu.
ibu dia yang mengandungkan dia dan membelai selama 9 bulan, dah keluaq dah sorang lega katanya. yang babah plak tak sabaq nak bagi adik plak wakakaka (bini aku tau mau dia korek idung aku ngan ekzos treler, sebab dia kna rest dri mengandung selama 2 tahun stengah atau 3 taun, sebab operate)

ni first time dia celik mata tgok donia dan babah n ibu dia yg kiut miut ni. kakaka kna bedung sebab dia slalu dok gawang tangan nti tkena muka lak luka, sebab kuku dia tak potong lg. Topi mcm baru lpas keluaq spa ja

ni sebelum pi Klinik Kesihatan cek kuning, seb baik anak aku kuning tak tinggi, paling tinggi pun takat 9.7 ja pastu turun, lega tak kna tahan wad, klu kna tahan kesian kat dia kna tidoq bwah lampu, dah la putih merelit jd merelit lg la. Mak mentua aku bagi minum macam2 dari susu kambing sampai halwa kundur, pastu mandi ngan daun kucai nak bagi kuning turun. Satu lagi petua nak bagi hilang kuning snang ja, jamu susu kat anak kerap, bila kerap minum kerap la dia berak, haa melalui berak la kuning tu hilang, dia turun kot taik anak tu.

ni haaa bapak dia, yang slalu jd fotografer, la ni babah plak yg nak enter frame. tak series langsung la Kirin ni, org tengah amik gambaq nu dia boleh dok paling ke lain. (bapak remoih tiru sopoman ka.

haaa ada seiras dak, besa la anak bapak musti putih merelit mcm bapak dia huahuahua, ni gambaq sebelum dia cukoq jamboi, la ni dah botak dah anak babah ni

ni anak aku cukup 30 hari nampak berisi sikit, maunya tak sikit2 nak nenen tu yang tembun skit tu, bukan setakat susu badan ja, susu botoi pun dia sapu, anak lelaki katakan, kuat makan, botak kepala babah klu cenggini anak oi.

fuhh lama aku tak update, dah naik sawang dah laman sesawang aku ni. ada banyak story mory yang aku nak lampirkan di sini nti aku tulih okey, besa la ada anak kecik ni kalut skit, first aku nak cerita adalah mengenai orang baru dalam family aku, menjadikan kami bertiga. Tanggal 05 Mac 2009 yang lalu isteri aku selamat melahirkan anak lelaki pertama kami pada pukul 8.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis (jadi org Perlis jgak anak aku). isteri aku masuk labour room pkul 7.00 mlm 4 mac 2009 sampai pkoi 7.00 pagi 5 mac 2009 tak beranak2 lg, bayangkan 12 jam aku ngan mentua aku tggu sampai naik risau takut sesuatu terjadi, ya la suami2 org len yg tgu sama ngan aku semua pakat blah lpas isteri depa dah selamat bersalin, tinggal aku ja, mau tak risau wive aku masuk awai tapi tak beranak lagi. jam 3.00 pagi seingat aku, aku trus tanya nurse yg bertugas dia kata bukaan isteri aku baru 5 cm, dan memerlukan lagi 3 cm untuk membolehkan dia bersalin, sampai pkul 6.00 pagi bukaan masih 5 cm, pastu aku mintak wive aku untuk dioperate (kesian kat wive aku sebab tahan sakit bersalin lama, nak dekat 12 jam) pastu nurse tu kata kna tgu 12 jam baru ble operate. jam 7.00 pagi dr. vikesh (dr yg bertugas ketika tu) call aku kata wive aku kna operate sebab bukaaan hanya 5 cm saja, dan suruh aku tgu kat dewan bedah. Alhamdulilah tepat jam 8.13 pagi isteri aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan dengan seberat 2.95 kg dan tinggi 54 cm diberi nama yang dah lama aku ngan wive cadangkan klu dapat putera lelaki iaitu Qazrin Syakirin Bin Asrul Rizal. Selepas dibersihkan aku mengazankan sendiri ke telingga anak aku, dia duduk dalam bakul ja masa aku azankan, tak berani nak angkat sebab dia masih lembut lagi. Ni ada beberapa pics di atas untuk tatapan semua.