Jangan Clik

Wednesday, April 17, 2024

Lagi sharing di media sosial berkenaan rumah besar rumah kecil

Dua tiga hari ni aku tengok dok aktif balik  di media sosial sharing berkenaan perkara yg pernah aku share dalam 2,3 post lepas dlm blog ni berkenaan rumah besar la, rumah kecil la,kereta besar la , kereta kecil la ,dan individu yang sharing aku tak mau la sebut sapa sebab nanti macam tak meraikan pendapat beliau plak kan.Tapi aku tengok org yang dok rajin share berkenaan posting adalah org yang tak memilik rumah besar, yg menginap di kuarters atau duduk rumah sewa dan pakai kereta biasa2 saja dan aku nampak tujuan sharing adalah lebih untuk menyedapkan hati sendiri ja. Cuba org yg memiliki rumah besar, kereta besar post pasal org yg memiliki rumah kecik, kereta biasa, kompom kena cop menghina hahaha.... Tu kan rezeki masing2, nak buat rumah besar ka, buat rumah kecil ka tu pendapat masing2, yg jadi satu kesalahan tu bila kita tak meraikan pendapat masing2 dan diulang2 share macam pemilik rumah besar  tu buat satu dosa plak  demi utk mendapatkan secebis  follower, like dan sharing. Post yang aku katakan tu aku paste  kat bawah.

Jangan ikut  cara atuk saya 😂

Dia pelukis pelan jkr.

6 bilik dia bina rumah ni.

Now level cucu pula nak memulihara dan menjaga rumah besor ni.. ongkosnya sudah tinggi maintenancenya. 

Adik lelaki saya dan wife pula tinggal di sini. 

Mereka bertiga pun takut nak duduk rumah besar².

Cuma tempat kami adik beradik sedara mara berkumpul setahun sekali sahaja. Bulan lain singgah sesekali. 

Saya setuju pendapat di bawah ⬇️⬇️⬇️⬇️

Mak Ayah Binalah Rumah Pencen  Sederhana Bila Dah Tua Senang Berkemas Anak Pula Dah Ada Rumah Sendiri…

“Rumah pencen biarlah kecil dan sederhana sahaja. Jangan ikutkan nafsu nak bina rumah besar idaman jiwa.

Ingat, kita ni dah tua. Bina rumah besar², nanti siapa pula yang nak mengemaskannya? Orang kita biasa lepas pencen suka "renovate" rumah besar² bagai mahligai. 

Tapi akhirnya yang tinggal kat rumah tu nanti cuma suami dan isteri saja sebab anak² semua dah ada rumah mereka sendiri.

Rumah pencen ni kita nak tenang² jer. Tak perlu terlalu besar dan tak juga terlalu kecil, kalau ada 3 bilik dan 2 bilik air is just nice orang kampung Aku kata.🥰

Kawan, ingat benda ni...

Baik pada kita belum tentu baik pada anak² kita. Banyak dah contoh yang terjadi. Anak² terpaksa letgo rumah kesayangan kita sebab mereka dah ada rumah sendiri.

Bila kita dah pergi, anak² tak nak duduk kat rumah besar kita tu lagi. Sebabnya mungkin kerana sunyi dan mereka dah biasa dengan kehidupan di bandar kini.

Susah nak "sync life" dengan kejiranan sekitar pun mungkin boleh jadi...

Kawan,

Lagi simple hidup kita lagi baik sebenarnya. Amalkanlah gaya hidup minimalist bila dah tua supaya senang untuk kita nak mengemaskannya nanti.”

Begitulah...🌹

Sumber Kredit : FB 


Dan pada pendapat aku kalau mak ayah dia buat rumah masa dia muda, masa tengah membesarkan anak2 bg aku tak salah, mungkin depa nak bagi keselesaan kat anak anak, dan bukan mudah mak ayah nak bina rumah besaq, perit jerih dan berendam air mata demi mencapai impian depa dalam membahagiakan keluarga jangan kita ambil mudah. Rumah besar dan selesa tidak terbina dengan hanya bermodalkan air liur, banyak pengorbanan org tua kita tempuhi nak dapat rumah impian dia. Dia buat bilik anak sorang satu, 2,3 bilik air bukan apa, bila anak2 dah berumahtangga, kurang2 aurat antara ipar duai terjaga, takdaklah isu sorang tidur di hotel, sorang menyewa homestay bila balik berkumpul. Bila takdak waris yang duduk rumah pusaka tu, berpakatlah elok2 ngan adik beradik samaada nak robohkan rumah tu buat yg lebih kecil ataupun jual kalau dah tak berkemampuan nak jaga rumah berkenaan.

Tapi kalau mak ayah kita baru buat rumah besar lepas pencen tu bg aku kurang sesuai la dah kalau tinggal berdua ja elok buat rumah saiz sederhana saja, senang nak kemas dan jaga tambahan dengan tenaga di usia2 emas ni membuatkan pergerakan kita agak terbatas.

Akhir kata tak perlu la berdebat tentang perkara ni sebab kasut kita tak sama, cuba raikan pendapat masing2 sebab tak salah nak berumah besar atau kecil, dan tak salah nak berkereta besar atau kecil kerana yang salah apabila kita terikut2 berkongsi sesuatu yang tak bermanfaat hanya demi sekelumit komen yang menyokong pendapat kita asbab tak membeli rumah besar dan tak memiliki kereta besar yang jelas menunjukkan sisi gelap hati kita yang ternoda angkara setitik perasaan 'íri hati'.

Tapi ada juga komen2 murni yang bg aku tak semua pembaca menilai dari sudut negatif tapi ada juga yang masih menilai dari sudut positif.


" ya hargaila apa yg telah ditinggalkan, bila mana rumah itu besar makmanya besar jg dpt dilihat pengorbanan dn kasih syg org tua yg bersungguh menyediakan keselesaan bila mana ank cucu menantunya berkumpul pulang beraya dan sebagainya. 

Bila mereka tiada kita terasa berat utk menguruskan rumah mereka. Kenangla kembali waktu dr kecil dan kita menjengah usia ada suami isteri dan anak bagaimana  seronoknya kita berkumpul dlm teratak rumah yg dibinanya hasil duit pencariannya serta hasil ideanya.

Paham tidak mudah mengurus rumah peninggalan, tapi disitula Allah menguji kita semula rasa berat susah kita harini adakah setara dgn  beratnya sewaktu mereka berfikir strategi kewangan , masa, penat tenanga tulang 4 kerat demi keselesaan serta kebahagian anak cucunya.

Wahai generasi harini banyakkan ambil rasa syukur dari mengeluh selebihnya banyakkan tawakal dan serah pd Yg di Atas Allah S.W.T"

T ..wallahuu alam.



" setuju! Mcm terhina pun ya, ayah saya bina rumah besar biar senang anak anak selesa, tempat berkumpul sedara mara selalu . Bab kemas yes, mmg penat tapi takperlu la jadi isu sampai up ginih, mcm teruk sgt mak pak yg buat rumah besar . Rumah kecik nnti anak2 balik kg ddk hotel, isu jugak, itu ini semua nak isu tau org skrg. Tak faham betul"



"Ntah siapa yang start pasal perkara ni lepas tu meleret - leret pendapat property manager lah financial planner lah nak join the bandwagon pergi komen. 

Sebenarnya perkara ni bergantung kepada rezeki dan situasi masing - masing. Full stop. Buang masa saja nak berdebat."