Jangan Clik

Thursday, February 13, 2020

Apa khabar jutawan MLM sekarang?

Orang Melayu dengan MLM (Multi Level Marketing) memang takleh dipisahkan, sejak dari zaman Skim Pak Man Telo hinggalah bermacam2 skim MLM (juga dikenali Meeting Larut Malam hahah..) sekarang banyak rakyat terjebak. Mungkin dah beratus, maybe berjuta rakyat Msia yang dah tertipu dengan modus operandi licik ni, ada yang muflis, jadi mental, keberhutangan yg serius,hilang pekerjaan malahan menjadi penyebab keruntuhan sesebuah rumahtangga.Dengan berkembangnya era teknologi media sosial kini menyebabkan sistem perekrutan ahli2 join sistem ini lebih mudah dan lancar. Aku akan nukilankan serba sedikit rentetan dari pengalaman aku sendiri dalam melihat ramai rakan2 taulan yg penah terlibat dan join benda alah ni selepas aku terlihat & terbaca satu keratan akhbar tempatan tentang skim SMGG Dato Romos (bukan nama sebenar) yang telah ditahan reman oleh polis akibat skim " masuk Rm 10, dapat Rm 1 Juta) yg mana aku tengok ramai lagi mangsa yg terkena exspecially org Melayu wpun dah bermacam2 berita tentang skim penipuan diwar-warkan  di laman sosial tapi disebabkan ketamakkan hati menguasai diri menyebabkan kancil sering mengena jerat wpun jerat tidak pernah melupakan sang kancil. Pasai apa, pasai satu umpan mudah iaitu modal yg sikit akan dapat untung yg berlipat ganda dengan kaya sekelip mata,wpun tiada pengesahan benda tu akan berlaku, mungkin ada yg untung , kebanyakannya adalah upline yg awal2 melibatkan diri tp dia bukan satu biz jangka panjang, dalam 6-7 tahun pasti biz ni akan collapse dan muncul skim dgan nama baru tapi cara dan modus operandi yg sama. Yang menariknya skim ni juga buat add on plak ble masuk dgan pelaburan ratusan ringgit, bukan untuk dapatkan wang tapi untuk dapatkan kereta atau motosikal jenama mewah jd pakat kelabu mata habih oleh umpanan meterial dari bahan mewah.Janji dan harapan yg ditabur oleh upline dari bulan ke bulan hinga tahun ke tahun dan akhirnya mereput tanpa sesen pun. Last2 skim ni di blacklistkan oleh Bank Negara dan jadi kes polis.Kalau yg masuk Rm 10 ok la tak terasa sangat, macamana yg masuk Rm 1000 atau 10,000, jahanam...siap ada yg sanggup jual motor nak masuk skim ni, siap nak pencen awal bila dah dapat duit, alih2 sampai pencen wajib pun duit tak kunjung tiba hahahaha... aku penah tanya opismate aku yg join ttg biz ni, apa core bisnis dia, jual produk ka, main saham ka, dia kata dato ni bisnesman dan banyak buat pelaburan kat luar negara dan merupakan bekas anak buah Tun Mahathir jd duit dia ada dekat Trilion yg ada di luar negara takleh bawak masuk Msia, jd nak cairkan duit tu dia terpaksa melalui beberapa cara dan dia nak cairkan duit tu utk dikongsikan dgan rakyat Msia, ish..ish..ish la baguih sungguh si polan ni, duit bertrilliun sanggup nak kongsi ngan org ramai tapi mcm tak kna cara ja, pasaipa nak kongsi kekayaan pi mintak plak duit tambahan hahahaha...somethin fishy di situ, dgan takdak hitam putihnya, klu jd apa2 opismate aku yg jd ejen tu kata dia tanggung, Allah Rm 10 ja, klu kena tipu dia bayaq la balik pakai duit dia sendiri hihihi..eksyen plak bunyinya, siap habaq kat aku klu cek kat media sosial mmg mcm2 benda yg tak elok la pasai skim tu, tp dia kata bukan salah dato tu, tp salah org bawahan dia yg bwak lari duit hahahaha...ni org panggil bangang abadi namanya , dah kalau kita tau banyak perkara2 negatif ttg skim ni tapi kita gagah masuk jugak tu dipanggil akal sama panjang dengan bulu hidung  hahaha...la aku tgok opismate aku tu dok temenung ja bila skim tu dah jd kes polis dan diblacklist oleh bank negara la ni, sian tapi nak buat camna habuan la dok pecaya dato bodo tu wpun nampak bijak taktik dia, masuk Rm 10 ja klu kna tipu takdak la org nak buat report ka apa ka sebab sikit saja kan, tapi bayangkan kalau 3000 org masuk, banyak mana dah dia untung, dah la ble joli ngan duit, polis pun tak tangkap klu ahli yg terkena tu tak buat report. Ampa penah ingat dak klu tak salah aku zaman aku stadi dulu, skim ni sangat popular di kalangan siswazah IPT iaitu Downtrend (bukan nama sebenar) ia jd topik hangat bila para upline dia nak berkonvoi dgan kereta mewah di highway dari johor ke perlis, siswazah banyak terjebak masa ni sebab teringin nak naik kereta mewah berlambangkan kuda lompat ataupun lambang peace, last2 duit PTPTN jadi mangsa. Termasuk duit aku yg depa pinjam, dekat sem 6 baru bayaq, jahanam btoi, tu pun dah macam pengemis dah aku mintak.
Sampai depa penah kata, ni upline2 dia dan cerita tentang skim ni masuk sokkabaq , front page lagi, takkan tipu kot? Ni dik abam nak habaq, surat khabar ni dia menjana pendapatan bukan sahaja melalui jualan akhbar tapi jugak bayaran yang diterima melalui pengiklanan sesebuah produk, syarikat atau jawatan ,lebih kurang cam bayaran promosi sesuatu produk la, dan abam yakin semua cerita tentang skim ni di sokkabaq mmg dibayar dengan jumlah yg agak banyak tambah2 utk front page . Bukan tugas pihak sokkabaq tu pun nak cek kesahihan skim ni, skim penipuan ka apa ka, janji depa sanggup bayaq, tulis sikit2 ..jalan. Dan ni adalah salah satu teknik mempromosikan skim dengan lebih meluas dan banyak lagi rakyat yang akan ditipu utk mengaut keuntungan para upline di atas yg mana depa sanggup buat apa saja, dari sewa keta mewah, sambung bayar keta mewah hingga guna kereta mewah org lain untuk di show off bagi mengkelabukan mata org2 yg buta hati dengan harta dunia. Dan di sini abam akan share serba sikit kesan pengalaman abam dengan rakan taulan yg penah join biz mlm ni, pun begitu alhamdulillah setakat la abam mmg tak penah lagi la terjoin skim banggang ni hanya satu sebab, iaitu anak isteri abam, abam takut disebabkan satu tindakan bodo dari pihak abam, abam telah meperjudikan masa depan anak isteri abam pada masa akan datang , dari elok boleh pi bercuti sana sini, beli itu ini, makan serba serbi last2 disebabkan skim ni semua benda2 murni tersebut terhenti.

Skim Luthor (Bukan nama Sebenar)
1- Ok Aku buka cerita dengan skim yg diperkenalkan oleh kawan aku iaitu skim Luthor (bukan nama sebenar) , dia bawak aku dengaq penerangan dari upline di Restoran Pokok Tui, kedai ni pun dah lenyap dari bumi dah, siap tunjuk brosur salinan cek keuntungan riban-riban (siap suruh kami cek no cek tu kat bank nak tunjuk yg cek tu ori bukan palsu , entah2 cek tendang takpun cek yg tak ditunaikan mana kita tau),para upliner yg berjaya bersama keta mewah (umpan yg paling mujarab utk ajak join skim), lepaih aku selidik rupa-rupanya para upliner tu anak org kaya, guna keta pak buat modai hahaha...jilaka. Pastu memba aku tu siap pesan yg dia ajak join biz ni sebab nak sama2 semua pakai keta Toyota Caldina hahahaha...seb baik la aku bukan kaki keta klu tidak lama dah aku terjebak. Siap ajak pi menara biz ni di Pj, masalahnya upline yg pakai BMW , Merc bukan nak tumpangkan atau bg duit tambang, ahli2 sendiri terpaksa tontong duit pi sana  hahaha...yg tak bole blah tu upline dia mai sembang biz siap bawak 2 kotak rokok dunhill nak habaq duit banyak. Sampai satu tahap aku jd jem bila ajak memba2 aku yg join biz ni kluaq minum sbb depa asyik dok cerita baru close sorang lagi la, masuk Rm 10,000 la, duit banyak takdan nak bank in la, dah aku tak masuk sembang la pasai bola ka, komik ka, porno ka ble gak join sembang hahahaha...haadooi...Last2 sebelum bungkus biz ni ,aku dengaq depa pakat nak balun upline tu sbb kata pelari duit hahaha...seb baik tak jadi kes polis, bila korek2 dari upline ni bru dia cerita benda betoi bahwa kereta Honda yg dia pakai tu dia beli dari duit insuran arwah kak dia, bukan hasil dari biz ni pun, jilaka kencin berdiri punya olang.

Skim Bye-O (bukan nama sebenar)
2- Biz yg aku nak kongsikan ni lagi power dia punya kelepet orang dgan sistem pemasaran berlandaskan MLM ni iaitu Bye-O (bukan nama sebenar), biz ni siap buat iklan kat tv, signboard2 di highway dan juga iklan di tv dgan tagline 'Jom Join Kite".Dengan bermodalkan unsur mainstream tersebut mmg membuatkan ramai org yakin bahawa jenama di mmg trusted. Kisah dia bermula dgan memba aku ni, dia dah lama pindah pi Penang tiba2 satu hari dia tepon aku ajak nak jumpa sembang2 sbb lama tak jumpa (la ni klu ada kawan2 lama ampa call tiba2 pastu ajak minum & sembang.. hati2, mungkin nak ajak join MLM, jual insuran tak pun jual penapis ayaq hahahaha...). ok balik pada cerita, aku maklum la dekat dia mai la Perlis, tapi dia kata Perlis jauh sangat, jumpa kat tengah2 la, kat Alor Setar, aku pun ok la aku cadang kat dia jumpa di kedai makan sekitar Stadium Darulaman, tapi dia kata situ tak best, dia ajak aku pi minum kat Jalan Sultanah, aku pun ok ja la. Sampai2 sana bersalam lebih kurang bila aku ajak dia pi minum dia kata nanti dulu, dia nak aku ikut dia pi kat tingkat 2 opis kat situ, ada benda dia nak tunjuk, aku dah bole bayang dah ni, sahih aku kena getah, bila sampai ja kat bangunan tu dan pabila aku terlihat logo lambang burung terbang tu aku tau dah aku kna perangkap masuk kelas depa, deemmm.. Takpa, aku layankan dulu, masuk2 ja kat ting.2 tu ramai btoi umat, dan kebanyakannya org Melayu, siap ada makan2, lampu lip lap dan juga musik, cam disko dah aku tgok cuma kerusi ja bersusun banyak.Bila dah cukup korum mulalah leader dia cakap, dulu dia bekas seorang cikgu kat kl, duit tak cukup, tak mampu bg duit kat keluarga, pakai kereta proton saga, tapi lepas dia masuk biz ni, dia mampu jana pendapatan 5 angka sebulan, pakai merc, tiap2 bulan bg duit kat parent siap bawak depa pi haji lagi, pi bercuti oversea,beli rumah mewah dan balik kg kat Kedah sbb nak sharing kekayaan biz tu dgan rakyat negeri dia (puuiii...aku cukup masak dgan alasan nak sharing kekayaan sama2 rakyat, klu sharing bila nak masuk pasai apa mintak lagi duit kat ahli, bagi ja la duit ringgit tu klu nak sharing sangat kan? hahaha...alasan halwa telinga). Diiringi dgan lagu2 dari kump. Queen "we are the champion" mulalah sorang2 upline dia dok sembang kekayaan yg depa perolehi lepas join biz ni, siap buat banner gambaq rumah, kereta pastu bangga berenti keja tetap dan buat biz ni sepenuh masa. Cukup tak kena ngan jiwa aku, klu buat keja jenis nak show off kat org, mcm tak ikhlas, keja sbb nak belagak di mata org sekeliling, paadiaaa... Habis ja kelas taraf badut tu, aku dibawak memba aku dan upline beliau minum kat restoran bersebelahan, jam menunjukkan pukoi 12.05 mlm , aku dah jd tak keruan sbb nak cacak balik Perlis bukan dekat ooo...mlm tu aku tgok ada 2 org mangsa iaitu aku dan brader sorang tu, tp depa banyak dok attack aku sebab aku gov servant, dan abg tu hanya jual ikan kat kg ja, sian brader tu, bila tanya org buat tak tau ja.Siap upline dia hulur borang loan masuk plan Rm 21,000 dan akan dapat 10 penapis air, penapis air tu ikut la, nak guna pun ok, nak jual balik pun ok dapat la duit lebih, pastu cari downline yg sanggup masuk rm 21,000 jugak utk dapatkan pulangan yg agak tinggi berbanding masuk plan murah yg lain, ini dipanggil head hunting, lagi mahal plan kita masuk,lagi masyuk komisen dan lagi cepat kita dapat title leader mcm crown manager, diamond manager dll. Tapi aku tolak dgan baik beserta alasan aku baru dapat anak, wife tak kerja lagi dan dengan pendapatan aku yg berpangkat kecik ni pun tak berapa nak cukup, dan ari tu la first and last aku jumpa ngan memba aku tu, sampai tarikh hari ni aku dah tak dengaq dah berita dari beliau, pesbuk dia pun sunyi. dlm group wasap pun tak muncul diri dan no tepon dia pun dah bertukaq ganti, macamana keadaan beliau la ni? Allahuallam bisawab. Biz tu pun dengaq kata dah lingkup dan direbranding baru dgan letak nama Melayu kat depan ye la, org Melayu ni bila letak unsur2 keMelayuan atau Islamik mudah la terpedaya tambahan majoriti yg keja kerajaan dan senang buat loan adalah di kalangan org Melayu jugak.

Skim Die-mpire Utagha (bukan nama sebenar)
3- Biz ketiga yg aku nak cerita ni panjang dan epik sikit sebab ia berkaitan dengan rakan2 yg agak rapat dgan aku. Tgok spt gambaq kat atas punya nak show off sampai buat kek harijadi pun gambaq keta BMW ahahahaha...sapa join biz ni mmg akan disarankan utk show off secara terbuka atau dalam diam, siap memba2 yg join ni sambut majlis harijadi bersama lagi nak habaq yg ikatan ukhwah depa tu terjalin erat la disamping buat biz ni, tapi pasaipa buat di kalangan rakan yg join biz ni ja? sebab depa kawan berkepentingan? wpun dulu zaman sekolah tak berapa rapat sangat pun, awat memba yg lagi rapat tak buat sambutan harijadi pun kat beliau? sebab memba2 yg tak masuk di bukan bg faedah kat depa pun, kawan2 yg bagi faedah ni depa raikan la tapi bila jadi apa2 kawan2 yg tak berfaedah ni la yg depa cari dulu. Rakan-rakan aku yg masuk ni kebanyakan dari yg berjawatan guru dan polis, pada mula2 depa on biz ni, depa guna operandi yg agak bijak bg aku, mulanya kami tak tau pun depa buat biz, tapi sikit demi sikit depa akan tunjuk belang sebenar dgan tiba2 ajak minum pastu bawak keta baru depa yg ofkos keta mewah berjenama luar negara, tp kami ni husnuzon la mungkin dia buat extra income dgan buat tusyen ka apa kan.Pastu sikit demi sikit dia akan cucuk jarum, aku masih ingat lg dia call aku pada hari berkerja ajak keluar minum sbb dia balik Perlis  nak buat Pasport pi Hong Kong, fuhh..banyak btoi duit beliau, baru ja beli keta mahal dah pi melancong luaq negara. Sesampainya di kedai cendol tempat kami akan minum aku lihat rupanya ramai dah rakan2 beliau menunggu di situ dan yg paling aku musykil adalah semua rakan2 beliau tu aku tak kenai sorang pun, tu yg aku pelik sbb dari sekolah sampai maktab semua kenalannya aku knai, jadi timbul la persoalan camna dia kenai puak2 ni? pastu pasai apa dia mai buat pasport kat perlis awat tak buat kat Penang, jadi dari situ aku dah dapat agak yg mmg dia saja buat modal benda tu sebab nak ajak aku keluar minum dan berjumpa dgan kenalan2 beliau yg dah join biz ni. Pastu modus operandi team2 ni mula berjalan, tiba2 telefon memba aku ni berbunyi, dan dia pi cakap jauh sikit dari aku, ni pun buat aku heran sebab sblm ni sapa2 yg tepon, dia cakap ja depan aku, rupa-rupanya ni taktik depa, masa memba aku dok cakap tepon jauh dari aku tu salah sorang memba dia approach aku tanya lama dah ka kawan ngan memba aku tu, siap puji melangit memba aku kata dia mmg leader yg berkredebiliti, jaga org bawah, siap mamat ni berterima kasih gila2 kat memba aku ni sbb keluarkan dia dari kepompong kesusahan hidup dgan ayah yg ada strok dan memerlukan duit rawatan banyak, mak tak kerja jadi dia la kna tanggung adik beradik dia yg lain, bila dia diperkenalkan biz ni oleh memba aku hidup dia berubah bertambah senang dan bla..bla.bla...bla..yg mana aku dah tak dengar sangat apa yg dia kata sebab aku lebih menikmati hirupan cendoi dari bebelan beliau. Dan rakan aku tu banyak berfalsfah akhir2 ni selalunya dia ambik ayat2 power dari  bisnesman terkenal dunia antaranya dia penah ambik ayat Donal Trump, "kalau ditakdirkan aku rugi dalam bisnes aku akan bangkit dengan bisnes networking sebab setiap hari akan ada manusia yg mencapai umur 18 yg bole join skim ni". Dari hari tu baru aku tau memba aku ni mmg ada join biz something dan segala hasil yg dia tunjukkan pada ku tu adalah hasil dari biz ni. Tapi memba aku ni dia tak direct ajak aku masuk, dia cucuk sikit2 pasai biz ni, supaya bila kita nak lebih tau biz apa yg dia buat, peratusan kita nak join lebih tinggi. Wpun caranya agak brilliant tapi ia belum mampu buatkan aku join hahaha...Bukan takat tu saja , aku perasan dia ni dalam seminggu tu sanggup balik 2 kali ke Perlis dari Penang semata2 nak jumpa aku, dan bila dia balik ja dia akan call ajak minum la, ajak main badminton la, bila aku pi dewan badminton dah bersusun kereta2 mewah geng depa tersusun cantik luar dewan termasuk keta salah sorang memba aku yg penah buat bisnes jual burger ngan aku dulu tapi dia dah keja polis kat kl yg aku syak awal lagi join biz ni sbb depa dulu bukan rapat sangat tapi tiba2 la ni jd rapat gila bila buat biz ni, semua kereta yg join biz ni semua wajib kaler putih bonet hitam.Ada sekali tu dia siap bawak semua keluarga dia mai rumah aku, sembang2 siap maklum kat aku yg bonet keta dia tu fiber karbon, bukan sticker, tempah rm 3000 dari Melaka ,ehhh...kalau dia boh sticker pastu kencin aku fiber karbon aku bukan tau pun, aku bukan taik keta hahaha...tp di sinilah terdetik kemusykilan  aku terhadap beliau,mana perginya sifat memba aku ni dulu yg sangat merendah diri tapi sekarang sangat berbeza, mmg aku dapat rasakan perubahan ketara kat dia, dari seorang yg tidak suka menunjuk2, dia jadi lebih menunjuk2 la ni, yakni lepas join biz ni. Lepas dia balik aku adala cerita pasal perubahan memba aku tu kat wife aku, pastu baru wife aku perasan yg wife memba aku ni ada gak tanya anak aku minum susu apa? pakai pampers apa? dia maklum anak dia semua pakai pamper Mamy poko, minum susu Enfagrow (ya jenama yg agak mahal bg marhein cam aku) sedangkan anak2 aku minum susu Dugro ja dgan pakai pampers Pet Pet .Dari situ aku syak mmg dia cuba pengaruhi aku dgan kemewahan yg dia kecapi la ni utk aku join biz ni wpun secara tidak direct, dan lepas dari tu baru aku tau yg aku merupakan salah sorang prospek beliau sbb kalau dia balik ja kompom dia akan cari ajak aku keluaq. Dan akhirnya beliau membuka mulut juga ajak aku join biz ni, tapi dia nak bincang pasai biz ni dekat tempat yg takdak org (seram kan bunyinya hahaha...), jadi kami sembang dekat opis baru aku yg belum pindah. Dari situ dia terang pasai plan skim ni, puji upline dia (yg mmg aku kenal sbb kenalan dia di maktab dulu) otak bisnes dari satu biz ke satu biz dia jatuh sampai jumpa biz ni, puji memba aku yg penah jual burger dgan aku dulu tu kata wpun dia join secara tak sengaja tapi dia bole berjaya dgan biz ni (memba burger aku tu join lepas memba aku ni keta breakdown masa pi kelas biz ni kat kl dan minta bantuan mamat ni, tu yg dia ajak join sekali tu) dan masa ni la dia maklum dia dah berenti kerja jd cikgu ya Allah aku baru ja nak nasihat dia nak buat biz apapun jgan berenti keja hakiki , dah la zaman payah cari kerja tapi nak buat camna dia dah berenti awal lagi, siap kata buat apa kita nak jadi kuli org, baik kita jadi bos, nak masuk keja pukul berapa pun takdak org marah, pastu dia kata org keja kerajaan ni klu rumah besaq mesti pakai keta kecik, kalau pakai keta besaq mesti rumah kecik, jd dia nak ubah kita pakai keta besaq, rumah pun besaq dgan biz ni. Tapi bg aku kalau kita rancang btoi2 keja kerajaan pun kita mampu pakai keta besaq, rumah besaq.Siap yakinkan kat aku kalau nak buat apa2 minta restu dari mak ayah dulu, sbb dia dulu pun balik mintak restu kat mak dia sblm buat biz ni (taktau la btoi ka dak, takut ayat manis ja), siap buat pengiraan berapa peratus aku nak join biz ni, bila aku kata 50/50, teruih dia kata takyah join la sbb tak sepenuh hati nak join...wahhh main reverse psikologi plak dah hahaha...tapi aku layan, aku kata dah kalau ang kata lagu tu ok la aku tak join la, teruih buat ayat sedih pujuk aku, siap ucapkan kalimat yg aku akan ingat sampai mati " betoi la kata org, org yg payah nak support kawan2  ni adalah rakan rapat sendiri", wpun agak terguris dgan kenyataan dia tu, aku tenang menjawab," aku nak kawan dengan ang sampai tua aku takmau sbb duit kita berkelai, sedangkan adik beradik pun buleh berantakan disebabkan duit. aku sanggup bangun tengah malam pi tolong keta ang rosak tengah jalan takkan sebab benda ni ang nak andaikan aku tak support ang, ang jd kaya raya aku tumpang seronok sbb ang bole bg duit raya sorang rm 50 kat anak2 aku, aku bg Rm 5.00 ja la kat anak2 ang sbb aku tak kaya hahaha..." fuuhhh...masih kuat lagi ingatan aku ttg ayat2 tu wpun dah bertahun kejadian tu. Tapi perkara tu bukan berenti kat situ ja, geng2 depa masih tak berputus asa utk suruh aku join benda alah ni, mmg depa dah atur siap2 sapa prospek masing, pantang musim raya ja pakat kalut depa aturkan reunion, sebab apa? sebab reunion di kadang2 dia jadi medan utk ukur kelebihan atau kemajuan masing2 tak kiralah dari segi harta benda yg dimiliki ataupun kerjaya masing2, jd masa ni lah depa nak show off keta mewah masing2 sambil cari prospek baru join biz depa. Penah aku takleh join sbb balik bercuti belah mentua aku, depa sanggup nak mai ambik aku nak ajak join sekali, tapi aku tolak elok2. (tu reunion masa depa tgah kencang la, la ni klu buat reunion sorang dari depa pun tak nampak muka, jd kita taulah kehadiran depa dulu yg sanggup atur reunion adalah bersebab). 

Ni antara keratan akhbar reunion yg depa atur yg aku takleh pi tapi bersungguh2 nak aku join (masuk dalam akhbar sebab salah sorang kawan aku tu wartawan dalam akhbar Sinar harian). Tapi lepastu tu ada 2 kali reunion yg kami aturkan tapi dua2 reunion tu depa tak mai dah sebab masa tu depa dah masuk fasa zaman kejatuhan skim mlm ni.

Dalam lama sosial takyah cerita la, bercambah cerita2 depa buat gathering sambil susun2 keta mewah depa, percutian2 ke luar negara ke hong kong, bangkok, phuket, pulau redang, Paris (last vacation ke luar negara sblm bisnis ni down) dan merata lagi menghiasi dada2 laman media sosial memasing, event2 gempak yg dibuat kat tempat2 mahal spt genting higland, putrajaya siap bertema lagi tp yg lawaknya dengaq kata biz juta2 tapi bila buat event mintak plak satu kepala Rm 300 hahaha... poodahh...pastu maklum kat aku opis depa di Penang tak simpan duit kat bank, depa ada bilik kebal siap pengawal bersenjata kawal duit juta2 tu, ehhh...heloo sykt konglomerat terkenal cam Petronas pun simpan duit kat bank, ni ampa simpan sendiri duit pelaburan tu? hahahaha...nampak sangat yg ianya money game depa roll pakai duit tu ja, kompom takut Bank Negara detect klu simpan kat bank atas aktiviti money laundering. Yang depa ni target aku sangat ni sebab aku laki bini keja gomen, siap tunjuk cara kerja plan kat aku, bila aku masuk plan Rm 40,000 aku cuma perlu cari downline 2 org ja, jadi dah bini aku keja gomen snang buat loan, depa suruh bini aku masuk bawah aku pastu aku kna cari sorang ja lagi ja downline, dan keja ku pastu tolong downline2 bawah cari org, begitulah seterusnya. Plan masuk dgan jumlah Rm 40,000 ni dipanggil head hunting, sebab bila masuk plan tinggi cepat la nak naik pangkat jadi Count,Marquis, Duke dan seterusnya. Kira macam beli produk (lampu kesihatan Lamp burger hapa tah)secara pukal la, klu nak jual balik brg tu sendiri pun bole tapi yg penting kna cari downline yg sanggup masuk plan Rm 40,000. Macam ni la sistem ni memanipulasi cara perniagaan, depa tak tumpu pada produk sangat tapi tumpu pada individu yg sanggup masuk secara pukal dgan jumlah Rm 40,000, lagi banyak masuk lagi banyak komisen yg diterima para upliner. Akhirnya zaman kejatuhan skim Die-mpire utagha (bukan nama sebenar) pun terjadi jua  bilamana rakan2 ku yg join biz ni dah kurang dah balik Perlis, cerita2 havoc group depa di medsos pun dah hampir tiada. Dan ada penyampai yg menyampaikan cerita kat aku depa ni mula dok mai nak pinjam duit kawan2 yg tak masuk ni dgan pelbagai alasan, nak tebus gelang emas mak kat bank la,keta rosak la (pakai keta VW baru takkan rosak kot, bru 2 taun pakai, aku pakai kereta wira yg umoq 15 taun pun tak kerap rosak cam keta VW yg umoq baru 2 tahun hahaha...). dan penah salah sorang dari depa ni nak buat kenduri kawin call habih memba2 mintak tanam modal kenduri dia dgan alasan nanti kenduri kita dia balas balik hahahaha... punya lama dlm biz kelentong duit org ni sampai nak cari duit belanja kenduri sendiri pun nak kelentong gak hahaha..Dan akhirnya salah sorang dari depa call aku nak pakai duit (tgok alih2 cari aku gak, kawan yg dikatakan tak suport kawan hahahaha...), atas dasar kawan lama aku bg juga tapi setakat yg aku mampu la. Lepas tu dengaq cerita keta beliau habis kena tarik, balik perlis pun naik bas, mmg sejarah btoi, setakat aku knai kawan aku ni paling lekeh pun kalau dia balik perlis dari Penang dia akan naik moto , ni naik bas, tu pun sbb terkantoi ngan memba aku. Bila aku tanya jd apa dgan biz ni, dia kata sbb ada org guna ilmu hitam, dengki mendengki tu yg biz ni jatuh, cuma aku tak sampai hati ja nak cakap kat dia bukan asbab ilmu hitam biz ni jatuh, tapi sebab ilmu di dada dia tak berapa nak tinggi pasal biz MLM ni yg sahih takkan bertahan lama pun , paling koman pun 5 taun bertahan pastu luppp...dia pnah kata dia masuk biz ni  sebagai platform utk dapatkan modal buka kedai steamboat kat Perlis, la bukan kata boat, stim pun tak nampak rupa. Klu la dia laki bini  buat loan Rm 40,000  yg dia buat modai masuk skim ni dulu tapi tak masuk dan guna loan tu buat berniaga lama dah aku rasa dia bole bukak kedai. Alhamdulillah la depa semua la ni dapat meneruskan hidup wpun biz dah merudum serta dah berhenti dari jawatan hakiki dari guru, polis , kakitangan universiti dll. Ada yg jadi pemandu kenderaan awam, peniaga, kerja ngan org dan macam2 lagi la, ya la life must go on tapi la ni depa dah tak semeriah dulu, laman2 sosial pun sunyi, ada yg buat akaun pesbuk baru, dlm group wasap pun dah jarang mencelah, reunion apatah lagi mmg tak pnah mai dah la ni. Tapi hubungan persahabatan masih terjalin mcm dulu dan kami pun tak penah ungkit pasal tu bila bersembang bersama, biarlah benda ni jadi sejarah pengajaran buat aku dan mereka sbb klu btoi biz ni bg keuntungan jangka masa panjang dah lama  kaum cina buat dah , tapi tengok..depa masih meneruskan perniagaan secara konvesional iaitu jual barang, dapat barang, simple.

Skim Arabun Fund (bukan nama sebenar)
4. Biz MLM yg aku nak cerita ni pulak adalah dari penglibatan dari kalangan rakan2 opismate aku, ya la biz2 ni mmg dia banyak target org keja gomen sbb senang buat loan, tgok post kat atas siap perli biz MLM org lain tapi dia pun dok buat MLM jugak, perlekeh biz org takdak opis la, fakta tak btoi la, tapi dia tak tau yg opis dia pun bukan btoi sangat pun, setup 4,5 bulan pastu senyap pastu dok bangga ble pakai keta mewah masa tu, klu aku tanya pakai keta apa la ni, mau bermasam muka ngan aku  kahkahkah... Biz ni dia muncul sama2 dgan kes Swiss Cash, Island Red Cafe iaitu Arabun Fund (bukan nama sebenar). Opismate beria ajak aku join sebab nanti akan dapat pulangan dalam bentuk Dollar US yg mana kita tau nilai dia tinggi dari RM. Semua pakat join kecuali aku dan ada sorang kakak opismate ni, sbb aku kata nak tgok depa dpat duit dulu bru aku join. Ada satu hari tu dia siap print jumlah duit dalam akaun dia dari laman web skim Arabun Fund tu pastu letak atas meja aku, bila aku tanya kira ni komfom la duit dah ada banyak tu dan bole ambik, dia kata tak bole ambik lagi sbb tak cukup tempoh matang nanti dah matang bru masuk dalam akaun bank. Pastu aku kata la, aku ada memba yg pakar dlm IT, klu setakat nak buat laman web ni pastu letak jumlah sekian2 duit dlm akaun laman web tu memba aku pun ble buat, nak letak US 2.6 billiun pun bole hahaha..., selagi tak tunjuk depan mata aku duit seketoi banyak tu atau jumlah duit tu masuk dlm akaun bank dia aku still tak percaya. Selang sebulan kot tiba2 naik nama Swiss Cash dan Arabun Fund dalam sokkabaq Utusan Malaysia di mana ianya telah disekat & diblacklistkan oleh Bank Negara Msia, apalagi aku potostat keratan sokkabaq tu aku letak ataih meja sorang2 yg join biz jahanam tu ,seminggu depa tak cakap ngan aku hahahaha....

Skim Emas Tok Sombong Darul Sakai (bukan nama sebenar)
5. Biz mlm ni agak unik sebab bg aku camana la seorang pengamal perubatan yg keja dia merawat org dgan benda2 mistik bole ada yg percaya dan terpengaruh dgan skill bisnes emas, kenapa bukan Poh Kong? atau Habib Jewel dan sebagainya? dari situ kita dah bole nampak keganjilannya. Dengan menggunakan teknik manipulasi delay emas dimana ejen atau Wa-kalah akan tawarkan hibah bulanan sekiranya kita serahkan balik emas tersebut utk disimpan dengan cara delay dari 2 bulan hingga 12 bulan kononnya yang dibeli tu direct dari kilang oleh itu kos upah murah tapi penghantaran lambat yang dipanggil ETA (Estimate Time Arrival), tapi sepanjang urusan tu berlangsung aku tak pnah tengok pun emas dlm bentuk fizikal sbb semua pembeli akan diminta melabur lagi oleh wakalah dan dijanjikan untung bulanan dari teknik manipulasi simpanan pajak gadai di Ar Rahnu (kata ejen la, tah betoi ka dak simpan kat Ar Rahnu) . Ramai opismate aku yg masuk, ada yg masuk diam2 dan ada yg masuk terang2 sebab depa tau kalau benda tu sampai kat aku, aku akan try bersoal jawab dan berhujah dgan btoi ttg kesahihan benda ni sbb kesan pengalaman dan pembacaaan di group pesbuk SNTM (say no to mlm) sampai page ni penah kna tutup oleh pesbuk selepas diserang oleh pengikut tegar Tok Sombong pabila page tu merungkai penipuan2 ttg skim emas ni siap dakwa ada pakar syariah yg sokong modus operandi depa tu hahaha....Siap opismate aku yg jadi wakalah tu kata admin page SNTM ni sahih dari org Cina yg dengki dgan bisnes orang Melayu Islam, dia taktau yg semua admin2 tu org Melayu Islam jugak yang berusaha memastikan anak bangsanya tidak terjerumus lagi dengan skim2 penipuan ni. Apa yang disampaikan pada aku oleh ejen yg juga opimate aku, benda ni sah sebab dia ada lesen ssm dan berdaftar, jadi setiap urusan jual beli emas delay tu ada hitam putih dan berakad. Cantik modus operandi dia, klu jadi apa2 nti depa takleh salahkan pengasas dia iaitu Tok Sombong (bukan nama sebenar) sbb pembeli deal dgan ejen bukan ngan beliau, taktik cuci tangan dah berjaya di situ. Awal2 ejen tu beritahu aku bukan nak kaya sangat yg buat dia join biz ni, tapi lebih kepada nak capai target pegi Umrah yg ditaja syarikat tapi alih2 bila dah ramai join dan bole untung terus dia bawak keluaq Alphard sebijik  puii...pi umrah konon..,  dan pelaburan ni banyak menarik minat org ramai sebab dia banyak menjual agama ataupun bahasa mudah menunggang agama utk kepentingan diri mcm duit keuntungan tu nak buat madrasah la, jamu anak anak yatim la membuatkan ramai org melayu join.Wa-Kalah ni penah tawarkan skim ni kat aku, siap kata harga emas 1 gram tu tetap tak berubah walau macamana pun, tapi bila harga emas mahal, tiba2 harga tu berubah poodahhh...nampak sangat money game. Cuma masa tu aku maklum kat beliau la buat apa pun biz jangan berenti kerja sebab aku ada pengalaman memba2 yg buat biz ni pakat berenti keja dan sekarang jenuh mencari kerja utk teruskan hidup dan bayar balik hutang2 yg dibuat. Alih2 aku dengaq dari pihak lain bahwa dia mmg ada plan nak berenti keja dan nak buat biz ni sepenuh masa serta merancang nak bukak kedai emas sendiri (tapi nasib baik la dia tak berenti, kalau takkk..punggahh..).Selain pada emas skim ni jugak dah melebarkan sayap buat pelaburan dalam bidang hartanah ikut cara skim emas ni. Tiap2 bulan akan penuh wall dia canang agihan keuntungan kat anak buah dia iaitu agihan harta ismeth ulam raja ahahaha...macam takleh nak pm, saja la tu nak habaq bole duit, bila dah diracuni dgan keuntungan tu  jadi ahli2 yg join ni dari 10k masuk bertambah jadi 100k siap buat berita panik bahwa skim ni dah nak tutup dah pelaburan sebab banyak emas2 sykt Darul Sakai ni dah penuh di Ar Rahnu dan mcm besa la pakat menderu la masuk buat loan bagai, last2 bila tersontot dari yg mesra bertukar jadi naga, kawan jadi lawan. Akhirnya selepas sekian lama Tok Sombong tu pun kna tangkap polis atas dakwaan menipu dalam pelaburan emas. Duit dapat balik? jangan harap la klu join biz ni akan dapat balik, banyak yg hangus camtu ja hahaha...yg takleh blah masa awal2 kes ni nak meletup para ejen ni maklum kat ahli jgan buat repot polis sbb bila dah jadi kes polis semua duit akan dibekukan dan nanti semua duit pelaburan tu tak dapat balik, depa tak tau dgan cara tu la membuatkan Tok Sombong bebas ke sana sini melarikan diri, tapi duit sesen pun tak bulih. Nasib baik la beliau tak berenti keja masa tu, keta Alphard pun dah diserahkan balik dan pendapatan yg mencecah 5 angka dulu kini jadi kenangan manis ka pahit ka aku nak kata pun taktau hahaha...dan kesimpulan dia wpun duit pelaburan hangus hutang still kena bayar. Siap masuk buku lagi kes ni , klu ampa nak tau lebih lanjut bole beli buku "Tersontot Di Pintu Shorga" tulisan oleh En. Afyan Mat Rawi. Dan aku syak bukan geng2 opismate aku ja yg kna sontot ngan biz ni, ada di kalangan rakan pesbuk aku yg terkena jugak dari dulu hidup mewah di shah alam sampai la pindah balik Kedah menjalani kehidupan biasa dgan buat bisnes Forex plak.

Skim Gerimit.My (bukan nama sebenar), Psychosains (bukan nama sebenar)
6. Selain opismate dan rakan taulan, biz biz mlm jahanam ni jugak pernah mempengaruhi keluarga dan adik beradik aku , penah biras aku try nak approach aku ttg skim Gerimit.My (bukan nama sebenar) ni modal kecik tapi untung berlipat ganda, siap masuk sokkabaq dan ada artis jemputan lagi, tapi bila aku bancuh pasai biz mlm ni dan kata skim tu direbranding baru tapi guna modus operandi sama dia dah tak cerita dah kat aku sampai adik beliau yg merupakan ejen biz ni post kat pesbuk dgan ayat berbunyi begini      " Korang gelaklah puas-puas sekarang, 2 tahun dari sekarang aku pulak yang akan gelakkan kat korang" hahahahaha....abam nak tanya sikit ni dik bukan takat masuk 2 tahun dah , dah nak masuk 6 taun dah, dah bole beli kapai selam dah ka? tanya ja pun tu pun nak marah hahahaha.... Lagi satu Psychosains (juga bukan nama sebenar) yg mana ipaq aku dok cerita upline tu join biz ni bole beli rumah besaq, keta mewah , jalan sana sini dan tak sampai 3 taun kejadian tu ,ipaq aku maklum upline tu laki bini dah berhijrah ke Ostolia kutip buah utk buat bayar hutang dan terpaksa tingalkan anak2 dia 4 org dekat org tua. Haaishhh...kesian betoila aku dengan nasib anak2 tu, disebabkan para ibu bapa yg haloba harta dunia dgan menggunakan jalan mudah habih tergadai institusi kekeluargaan.

Ada yang tertanya kenapa pihak berkuasa tak ambik tindakan terhadap skim2 ni kalau banyak org dah jadi mangsa, sebenarnya banyak dah pihak berkuasa buat, letakkan skim ni dalam senarai Watchlist BNM, SKMM,KPDNKK,JAKIM tapi setakat kna tarik lesen ngan difatwakan haram depa bole apply lesen baru dan tukar nama baru, lagipun ejen2 MLM tu bukan letak pisau di leher paksa kita suruh masuk, kita sendiri dgan sukarela yg nak masuk jd nak salahkan siapa, skim MLM tersebut, pihak berkuasa atau diri sendiri? tepuk dada tanya iman. Ok lah, setakat tu dulu (kalau ada lagi aku akan tambah, dan kompom mmg akan ada lagi biz bangang di hari2 mendatang dan akan ada spesis banggang yg join hahahaha...) perkongsian aku ttg pengalaman bersama org2 yg penah jatuh bangun dalam biz akhir zaman ni di mana perkongsian ni niatnya bukan lah utk membanggakan diri aku, memerli mana2 pihak atau memalukan mereka yg pernah terlibat tetapi sebagai salah satu pembelajaran dan pengajaran kepada org di luar sana yg belum atau hampir terjerumus supaya memikirkan semasak-masaknya risiko sebelum join sebab aku ada bukti hidup untuk diceritakan dan seboleh-bolehnya dapatkan dulu detail biz tersebut di laman web, media sosial atau org perseorangan di mana lagi banyak maklumat kita tahu lagi banyak membuatkan kita tidak mudah ditipu dan sebenarnya banyak lagi biz MLM lain yg banyak menipu org ramai selain biz2 MLM di atas tapi aku cerita berdasarkan pengalaman aku sahaja sebagai panduan di hari muka. piss yooo...