Jangan Clik

Wednesday, November 21, 2012

Hatyai Thailand- Day 3 hari terakhir


Hari ke 3 dan merupakan hari check out famili aku dri Hatyai. Pagi-pagi lg lepaih mangkit semua hero-heroku, kami pi sarap dekat Hamid Restoran dan menu sarapan pagi sini memang sedap jugak la, aku macam biasa makan makanan ruji dri India iaitu Roti Canai Teloq bersama Teh tarik dan wife aku order nasi lemak la , biasa la org Melayu tak kena nasik tak sah lain la cam aku yg Pan Asia nih kuhehkuhehkuheh...
Memandangkan ada lagi saki baki duit tertera gambaq Raja Siam Raja Bhumibol Adulyadej dalam walet aku jd aku sebulat suara dan sebulat badan dengan wife merangkap Bendahari ku utk memborong sedikit lagi keperluan nafsu diri. Gambaq kat ataih tu ada gambaq Rumah Urut, kat depan Lee Garden nih bercambah tempat massage cuma aku tak pi try sebab aku ni geli sikit satgi dia urut tapak kaki lekat plak cop tapak kaki aki tu kat rusuk dia hehehe geli tahap extreme. Sebelah tu dvd2 yg berbagai jenis yg halal pun ada yg haram jadah pun ada hahaha yg haram tu aku tgok ja tak beli pun yg aku beli hanya cerita katun robot siam , Amazing Spiderman utk Syakirin dan Extreamely Loud & close, ok la kualiti gambaq dia dan yg penting ada subtitle English. Kat sebelah tu Kacang Chiang Mai, sedap rasanya dan aku beli sebab kacang nih takdak jual kat Padang Besaq. Satu rm 10.00 dan rasanya cam koci tapi bersaiz besaq.
Sempat senap konvoi motosikal berkuasa kuda eh silap plak...berkuasa tinggi dari Malaysia. Geng2 konvoi mmg slalu berkonvoi ke Thailand. Mungkin ada yg menarik bg depa kot hehehehe.
Di Hatyai ni kebanyakan Lif hotel takdak ditunjukkan tingkat 2, mcm kat malaysia la lif jarang ada no 4 sebab bagi kepercayaan kaum Cina ia membawa maksud 'mati', tapi kat Hatyai di sebenaqnya Tingkat dua mempunyai jalan shortcut ke neraka hahaha...bg lelaki berhidung belang tau la apa yg ada kat tingkat 2....seb baik aku hidung kembang, klu hidung belang sahih dah aku jd ahli membership tingkat 2 tu ahaks....
Selepas menempuh pengalaman baru membawa kenderaan sendiri ke Thailand, jd tibalah masanya untuk touch down bumi Perlih plak. Usai packing apa yg patut, sua tip sikit kat bell boy sebab sudi angkut barang hasil borongan yg banyak tu ke keta. Jadi kami pun berangkat la blik dengan seribu satu kenangan manis di negeri orang. Wife aku bru setel sign balik buku dan borang di kaunter Car Declaration Imegresen Thai Padang Basar utk pengesahan keluar kereta dari Thailand. Masuk Malaysia dan lg pi Emas Kerajang Duty Free bli coklat dan pi Arked Padang Besaq bli apa yg patut pastu balik makan Kenduri yg bercambah jemputan musim cuti sekolah nih. Kesimpulan yg aku boleh buat,seronok mana pun negeri org, lima bintang aku bg kat negeri sendiri. Ceepatt...nak balik rumah nak tgok Maharaja Lawak Mega yg aku terlepaih (tgok ulangan ja la)

Tuesday, November 20, 2012

Hatyai Thailand- Day 2

Ok kita sambung balik liburan aku sefamili di bumi Hatyai. Pada pagi hari ke 2 aku safamili pi sarapan dekat sebuah lagi restoran muslim yg terletak tak jauh dari Hamid Restoran iaitu Salma Restoran. Makanan kat sini bg aku ok la dan harganya memang berpatutan. Aku order nasi lemak utk wife aku, roti teloq mata karabao(kerbau) cicah dengan kari hijau ayam utk aku dan french fries utk Syakirin.Tandas dan perkhidmatan WIFI percuma juga disediakan di sini.
Kamera aku sempat menembak foto unik nih. Aku ingatkan moto ngan keta ja kna patuhi lampu isyarat, ropa-ropanya pejalan kaki pun kna ikut lampu isyarat. Tengok dah merah, terpaksa la aku berenti heheheheh...Only in Hatyai.
Usai mengisi temolok memasing kami pun berjalan ke Pasar Pagi Kim Yong Market yang berada tak jauh dari hotel. Pasar ni lebih kurang macam pasar pagi kat M'sia jugak ada macam2 barang basah macam ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman dan juga gerai-gerai makanan. Dan juga terdapat gerai-gerai menjual baju Muslimah di dalam Market tersebut. Di sini juga anda boleh membeli kekacang macam bijik jangus, badam, kacang cerdik dan makanan ringan lain dengan harga yg agak murah.
Apabila hari sudah menginjak ke tengahari seperti dalam jadual perancangan, kami sefamili bergerak melalui highway Hatyai -Songhkla untuk menuju ke Pantai Samila yang terletak hanya 24 km dari Bandar Hatyai. Sepanjang highwaynya yg lancar tanpa tol dan anda boleh melihat Masjid Utama Wilayah Songkhla ketika perjalanan ke Pantai Samila, di kiri kanan jalan ini juga anda akan dapat saksikan terdapat deretan kedai membuat gazebo dari buluh dan juga kayu yang kreatif sekali cuma aku tak sempat snap dengan kamera sebab asyik fokus memandu dan semua co pilot aku lena dengan ralitnya.
Deretan beberapa buah bas bernombor pendaftaran Malaysia di Pantai Samila menunjukkan Pantai Samila merupakan destinasi wajib dalam Jadual Perancangan melancong ke Hatyai. Pantai yg terkenal dengan tugu Ikan Duyung toplessnya mengamit setiap para pegunjung yg datang ke sini utk mengabdikan gambar sebagai kenangan bukti menjejak kaki ke sini. Di sini jugak terdapat banyak gerai yg menjual cenderahati dan makanan. Nasihin tibai buah nyok dekat sebijik (mungkin nyok Siam sedap kot).Aku lalu jugak Cable Car Tan Kuan Hill tapi tak singgah sebab tgok bas dekat 7 bijik dok parking kat situ,takut jem masa beratoq nak naik kabel car tu yg aku teruih mai pantai nih sebab selepas tu aku nak berangkat plak ke Pasar Terapung Klong Hae yg dibuka pada pukoi 3.00 petang.
On way ke Pasar Terapung Klong Hae yg terletak di jalan menghala balik ke Hatyai dan terlihat signboard ke Wilayah Pattani yang agak bergolak ketika ini.
Sampai di Pasar Terapung Klhong Hae tepat pukoi 4.30 petang dengan para peniaga sampannya sudah sedia menanti puluhan melancong yg akan mula membanjiri kawasan ini. Untuk masuk ke pasar ni kna perati betoi2 sebab jalan masuk dia kecik ja tepi highway takut kita terlajak plak. Signboard ada tapi dalam bahasa Thai.
Masa aku mai bulan Februari aritu para peniaga sampan terletak di sebelah kiri jambatan, la ni bila dah siap jeti yg lagi cantik, depa dah pindahkan ke sebelah kanan jambatan. Makanan yg ada kat sini macam biasa bermacam jenis dan yang penting halal. Syakirin bersama topi Eori (siri katun yg slalu pakai topi menatang di channel Astro Ceria) sempat menyambaq seberkas cawan bentuk otromen untuk koleksi beliau. Wife aku apa lagi booking seat pastu aku la jadi pelayannya beli segala mak nenek makanan yg tak penah makan sampai belahak kuasa dua, maklumla makanan sedap tambahan rega murah plak tu.
Di kawasan atas pasar tersebut terdapat gerai-gerai jualan dari gerai baju, cenderamata, makanan dan jugak kedai kristal. Sempat jugak la beramah bersama abg pelancong senegara yang tengah dok pujuk Syakirin yg asyik melalak nak beli menan utk yang ke berapa belas ratus pun tak tau. Kuih sepit pelangi tu aku beli jugak utk ole2 org tua aku ngan mentua. Memang seronok mai sini, aku habiskan masa kat sini lebih kurang 2 jam, tu pun tak puas lagi dan merupakan destinasi wajib klu melancong ke Hatyai. Tandas pun ada disediakan kat sini utk sesapa yg kaki meruah atau besiaq.
Masa aku mai dulu takdak lagi perkhidmatan bot angsa tu, la dah ada dah, cuma aku tak tau berapa bayaran dia sejam. Di seberang jambatan bersebelahan Wat Siam juga terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan goodies yg kreatif dan menarik dan klu rasa nak pengalaman baru makan serangga goreng tepung mcam belalang, keridik, ulat nibong, bole try pi bli kat satu gerai yg mmg jual makanan eksotik tu. Sekian saja aktiviti untuk hari ke 2, dan akan bersambung ke hari ke 3 yakni last day kat Hatyai plak.

Tip Melancong Ke Hatyai Thailand- Day 1

Trip kali ni merupakan pengalaman pertama aku ke Hatyai dengan memandu kenderaan sendiri setelah mendapat sedikit info dri blogger lain serta sahabat aku yang selalu memandu kereta sendiri ke sana iaitu Saudara Omaq di http://www.omaq.org/v3/ yang banyak memberi maklumat serba sedikit prosedur membawa masuk kenderaan sendiri ke Thailand. Dan di sini aku ingin berkongsi serba sedikit tip dan planning jika ingin ke Hatyai dengan kereta sendiri ataupun ingin melancong ke bandar syurga membeli-belah tersebut:-

1. Geran atau salinan geran kenderaan yang telah dicop sah oleh pihak bank (jika masih mempunyai hutang di bank) atau cop dari balai polis berhampiran.Jika kenderaan tersebut pemiliknya tidak ikut serta, satu surat kebenaran perlu dibuat dan ditandatangani oleh pemilik tersebut. (fotostat geran kenderaan 4 atau 5 keping kot2 polis Thai mintak utk simpanan pihak depa).

2. Buat Border Pass utk yang yg dilahirkan di negeri yg bersempadan dgan Thailand, ataupun Passport bg warga negeri lain.

3. Ambik Insuran Thailand yg boleh dibuat di kedai2 insuran di Padang Besaq, Changlun ataupun Bukit Kayu Hitam. Kalau ambik utk 9 hari bayaran yg dikenakan hanya RM 18.00. Isi White Card bg pemegang Passport di kedai tersebut.Untuk makluman insuran tersebut hanya cover utk manusia saja jika tercedera akibat kemalangan dan jikalau hanya melibatkan kenderaan itu kita kna setel sendiri. Untuk peringatan sediakan cash money dlm simpanan jika terjadi kemalangan kerana dari pengalaman dan maklumat dri org perseorangan yg pernah alami kemalangan di sana, jika kita salah ka ataupun depa yg salah kita yg kna bayaq kat depa (tapi tak semua la, ikut budi bicara org tersebut). Kalau nak lebih selamat tambah RM 45.00 untuk insuran yg kaver keseluruhan jika terjadi kemalangan. Jangan risau jika kita berhati2 InsyaAllah semua akan selamat. (jgan lupa doa naik kenderaan). Setelah selesai pembayaran anda akan diserahkan insuran Thailand seperti di bawah yg mana sticker biru tu perlu dilekatkan di cermin kenderaan dan insuran tu perlu disertakan sekali dengan geran/salinan geran beserta Border pass/ Passport semasa membuat pengisytiharan membawa masuk kenderaan kita ke Thailand di kaunter Car Declaration di sebelah Imegresen Thailand ( pemilik harus uruskan sendiri kerana perlu tandatangan di borang & buku depa). Begitu juga jika ingin keluar kita mesti sign balik di buku tersebut utk mengesahkan bahawa kenderaan kita  sudah keluar dari Thailand, kegagalan anda berbuat demikian akan memberi masalah di kemudian hari jika ingin masuk semula dgan kenderaan tersebut, anda akan didenda Rm 200.00.

4. Jangan lupa bawak Emergency Kit atau Ubat-ubatan tambahan jika kita membawa anak2 kecil sebab kos rawatan di Klinik Swasta sana berbeza dengan negara kita. Persediaan awal adalah lebih baik.

5. Harus diingat waktu di Thailand adalah lewat sejam berbanding waktu di Malaysia sebagai contoh jika waktu di Malaysia pukoi 2.00 pm di Thailand baru pukoi 1.00 pm. Ini penting untuk kita set masa dalam membuat tempahan masuk hotel kerana waktu mereka dan kita tak sama.

6. Jika anda membuat percutian bajet ataupun membawa anak2 kecil, bawa sekali bahan makanan seperti Maggi Cup, ayaq 3 in 1, roti, biskut dan lain-lain makanan yg senang dibawa jikalau timbul rasa lapaq di tengah malam.

7. Sebelum memasuki Thailand, isi dulu minyak kenderan full tank sebab kita sedia maklum harga minyak di Thailand adalah sekali ganda mahal dari negara kita. Dan jika anda terpaksa isi di Thailand anda kena faham maksud terma ayat bagi petrol di sana, di Thailand mereka akan tanya anda utk isi Benzine atau gasolin. Jadi kita kna maklum kat depa yg kita nak isi Benzine atau petrol bg terma kita dan gasolin ni lebih kurang mcm minyak gas la.

8. Jika kita menghadapi sebarang permasalahan di sana kita boleh menghubungi Konsulat Malaysia di Songkhla iaitu di http://www.kln.gov.my/web/tha_songkhla/home untuk sebarang pertanyaan.

9. Booking hotel awal untuk mengelakkan kita tercari2 hotel jika tempahan penuh terutamanya pada hujung minggu ataupun pada musim cuti persekolahan. Tempahan online juga boleh dibuat menggunakan www.agoda.com/ atau www.tripadvisor.com.my/  sebab perkhidmatan ni mudah dan menjimatkan masa. Jikalau anda ingin memilih hotel, tambahan membawa anak2 kecil atau pelancong backpacker, pilih la hotel yg berada di 'Heart Of Hatyai' seperti gambaq di bawah kerana kita boleh pergi ke tempat2 tumpuan pelancong dgan hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu pikiaq masalah parking.

10. Buat jadual lawatan ke tempat2 menarik sekitar Hatyai atau Songkhla supaya tak terkejar-kejar masa atau caca marba kat sana nanti sebabnya ada sesetengah tempat hanya dibuka pd waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh di Pasar Terapung Khlong Hae, ia hanya dibuka mulai pukoi 3.00 ptg hingga 10.00 mlm pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi jadual perancangan awal dapat mengelakkan percutian kita menjadi bosan.

11. Jika kita ingin selalu berhubung dengan keluarga kita dia M'sia atau dalam negara Thai tanpa menggunakan khidmat Roaming yg kita ketahui agak mahal, kita boleh membeli Sim Kad Thailand dengan harga serendah Rm 5.00 sahaja.

12. Tukar matawang RM ke Bhat utk memudahkan urusan urusniaga di sana. Jika nak buat pertukaran di Hatyai juga boleh dan di sana di Kedai Perkhidmatan pelancongan atau kedai2 runcit mmg menyediakan perkhidmatan Money changer.Untuk makluman nilai Rm 10.00 kita bersamaan Bhat 100.00.

13. Sediakan duit kopi Rm 1.00 utk melicinkan urusan cop Border Pass / Passport di sebelah Imegresen Thailand.

14. Bawak GPS yang mempunyai map Thailand, sebab ia merupakan alatan yg paling berguna sekali apabila berada di sana jika kita belum mahir selok belok jalan dan lalulintas di Hatyai .

15. Jika ingin berkunjung ke Hatyai  pergilah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana hari2 ni la banyak tempat dan pusat2 jualan atau pasar malam dibuka kerana pada hari2 lain keadaan kat sana sedikit lenggang.

16. Kita sedia maklum konflik berdarah yg sering  melanda kawasan Selatan Thailand, tapi jangan risau tahap keselamatan di Hatyai atau di Wilayah Songkhla amnya masih terkawal. Dan untuk keselamatan elakkan berada berhampiran dengan Anggota Keselamatan Thailand kerana mereka ini yg selalunya menjadi sasaran puak pemisah selatan Thai.

Dan jika semua di atas anda telah uruskan dan selesai bolehlah anda meneruskan aktiviti cuti anda ke negara jiran Hatyai seperti percutian aku sefamili selama 3 hari 2 malam dengan memandu kenderaan sendiri ke sana pada cuti hujung minggu yang lepas.
Aku masuk negara Thailand melalui border di Padang Besar, dan aku syorkan kepada sesapa yg ingin lari suasana sesak di border terutama di border Bukit Kayu Hitam masuklah ikut Padang Besaq sebab sini mmg lenggang w'pun hari minggu. Bandar Hatyai hanya sejauh 55 km saja dri pekan Padang Beysar (ikut ejaan Thailand), kita akan melalui pekan Sadao dan menyusuri highway yg agak tenang ke sana. Di kiri kanan jalan kita akan melalui perkampungan orang Melayu dan beberapa buah Masjid.
Aku sampai di Bandaq Hatyai dlm pukoi 2.00 petang waktu kita dan waktu di sana baru pukoi 1.00 petang menandakan belum cukup waktu utk mendaftar masuk hotel yg boleh dibuat pada pukul 2.00 ptg waktu tempatan. Suasana tengahari di sekitar Lee Garden Plaza tempat yg pernah digegarkan dengan letupan bom bulan April hari tu. La suasananya dah kembali normal .
Aku pun bawak la anak beranak aku pi lunch kat Restoran yg selalu menghiasi dada2 blog iaitu di Hamid Restoran.Boleh dikatakan 100% pengunjung di sini semua org M'sia termasuk la Kaum Cina dan India. Makanan kat sini boleh dikatakan agak sedap jugak la, cuma harganya agak mahal utk percutian bajet cam aku. Aku order Tomyam Ayam, Teloq dadar dan Somtam teloq masin dan reganya dalam RM 43.00 termasuk ayaq. Kccingggg......kccinggg.....bunyi duit syiling jatuh.....
Aku sefamili menginap di Asian Hotel yg berada di tengah2 Pusat Bandar Hatyai yg aku tempah melalui jaringan online Agoda.com.my dengan harga cuma RM 90.00 semalam. Hotelnya agak selesa serta ruang bilik yg agak luas dan berada pada kedudukan yg strategik di tengah2 pusat membeli belah sekitar Hatyai. Siaran tv nya banyak tapi bilik aku hanya boleh tgok satu channel saja sebab tv dah dimonopoli oleh Syakirin the conquerer yg hanya memilih channel katun.Bilik di sini tak disediakan cerek dan jika kita inginkan ayaq panaih kita boleh request dari Room Services yg akan hantaq ke bilik kita.Recepcionist juga boleh bercakap Inggeris dengan baik dan yg lecehnya kita kna tinggalkan Passport atau Border Pass kat depa dan akan diserahkan apabila kita chek out kelak.Wifi dan perkhidmatan komputer disediakan hanya di Lobi hotel. Basement Parking keretanya ok w'pun ruangnya agak terhad, dengan dikawal oleh pengawal keselamatan.Tiba masa untuk mandi manda, buang apa yg patut sebelum memulakan acara berjalan2 tenuk di pasar-pasar berdekatan.
Singgahan pertama adalah di Santisuk Market, Yong Dee Market dan Asian Market sekali jalan hahahah...pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak2 dijual juga terdapat kedai menjual kasut, jam, barangan kulit, kedai mainan, kedai cenderamata, kedai alatan askar, kedai cd, dvd , kedai buah-buahan dan juga gerai2 muslim yg menjual pelbagai pulut dari pulut ayam, sotong, udang, sosej, mempelam dan juga durian. Nyam...nyam ...mmg syurga bg Nasihin si pemakan tegar hahaha.. (cuba tgok kelaku dia perati udang yg bersaiz paha dia tu...penuh dengan nafsu berahi utk diisi kedalam temolok beliau)
Pink Lady Complex yg menyediakan gerai jualan pakaian. dekat sini la aku borong baju anak2 aku ngan baju aku dekat 8 lai sorang muahahahaha...gelak gelojoh...
Maju betoi Polis Thai, siap pakai Standing Skuter lg utk awasi para pelancong di hadapan Kompleks Lee garden Plaza. Kat situ pun dah diadakan pondok keselamatan selepas tragedi pengeboman pada bulan April tempoh hari untuk memberi tahap keselamatan terbaik di Pusat tumpuan utama para pelancong ke Hatyai tersebut.
Suasana malam di Komplek Lee Garden Plaza. Nak masuk kompleks ni pun dah agak susah sebab kita kna melalui pemeriksaan keselamatan dari gerbang metal detector hingga ke pemeriksaan badan. Tahap keselamatan dipertingkatkan tambahan musim ramai pelancong la ni. Sesuai utk window shoping ja, aku try jugak cari 'Idea Market' yg org sering perkatakan tu tapi takdan pi sebab Nasihin dah ngantuk tahap Otromen Taro tambahan nak kna naik bertingkat2 kat atas tu.
Yang menariknya di waktu malam berhadapan Kompleks Lee Garden Plaza ni terdapat satu gerai Nasi Lemak dan Teh Tarik Hatyai yg menjadi tumpuan ramai pelancong warga Malaysia tambahan peniaganya boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Nasi Lemak ni la menjadi makanan malam rutin famili aku sebab rasanya yg sedap dan harganya yg murah. Ayaq Teh Tarik ais dia mmg mabeles sebab ayaq gulanya dimasak dgan daun pandan ditambah dgan tarikan tehnya yg setinggi 25 tingkat bangunan pada skala semut hehehehe... kita bersambung di post hari ke 2 plak.