Jangan Clik

Friday, May 24, 2013

Phimosis pada kanak-kanak lelaki

 Pada mana-mana keluarga yg ada anak lelaki tu sentiasa la check nonek depa selalu kot2 terdapat sebarang kelainan seperti dia selalu mengadu kerap sakit ketika buang ayaq kencin ataupun dia mempunyai tabiat suka pegang nonek dia, itu merupakan tanda2 awai yg nonek dia ada problem, nak sahkan lg parent kna tengok masa dia buang ayaq kecik, di hujung nonek dia tu yakni di kulit hujung akan mengelembung dan ayaq keluaq sikit. Phimosis ni bermaksud lubang nonek di hujung kulit sempit hingga tak bole ditarik atau tak bole loceh kata org utara dan menyebabkan dia sakit ketika kencin. Syakirin baru dipasang antibiotik line setelah kna admit di wad Peadeatrik Putra Medical Centre, Aloq Setaq, Kedah.
Simptom nih tak bole dibiarkan sebab nti ia boleh menyebabkan anak kita  kerap demam panas dan perkara yg takut terjadi apabila tak diberi rawatan segera adalah salur kencing depa akan dijangkiti kuman atau radang yg bole merebak ke salur kencing dan buah pinggang, bila dah kna radang nih lg teruk nak rawat. Dan rawatan paling mujarab utk simptom nih adalah sunat la apalagi. Setelah disogok dengan beberapa unit menan utk bermlm di wad, Syakirin pun kna la berpuasa setengah hari sebab bg kanak-kanak yg nak kna sunat dlm lingkungan 4 tahun mcm Syakirin mmg kna bius satu badan
 Syakirin sebelum masuk bilik bedah, aku temankan dia sehingga dia dibiuskan. W'pun lebih kurang mcm bersunat biasa tapi pengalaman tu rasa seriau sikit sebab kna masuk dewan bedah, cam aku dulu dlm klinik ja tp ngeri la jugak sebab bole dengaq bunyi gunting masa doktot potong pasai aku kna bius setempat ja, sebab aku masa tu besaq dah la, darjah lima cempedak.
 Bagi mana-mana parent yang ada anak lelaki mmg wajib la kna lalui proses anak bersunat nih cuma tika dan waktu ja yg berbeza, aku dah lepaih dah sorang, tinggal yg adik ja. Nasihin pun aku mintak Doktor cek kot2 dia kna simptom cam abang dia, tapi alhamdulilah la Doktor kata Nasihin normal, sunat mmg kna sunat cuma bg dia besaq sikit la. Selesai ja doktor pisah kan visor dari helmet jerman beliau dan hilang ja kesan ubat bius apalagi melalak la budak nih, sakit banyak kata dia, mcm2 aku ngan ibu dia pujuk, beli menan la, buat gaya badut sarkis la, lompat bintang la nak bg dia jgan ghiyau, tak jalan jugak, last sekali penyelesaian dia ,bg ubat penenang la, susu botoi buatan tangan cap ibu kandungku.
Sunat masa anak2 usia 3 hingga 5 tahun nih teruk sikit, sebab depa kerap merap atau meragam maklum la sakit, luka sikit pun berguling tak sangga tambah la kna sunat. Tapi masuk ari kedua Syakirin dah ok, rasanya dia dah bole terima kenyataan bahawa visor helmet jermannya terpaksa dipisahkan pada usia muda. Cukup seminggu dah bole lari dah. Sebenaqnya dua hari lepaih dia dah bole balik rumah tu, aku ada buat kenduri utk dia, punyala kalut sampai satu gambaq pun aku tak ambik masa kenduri tu. Buat kenduri awai bukan apa,  cuti sekolah dah dekat nti full booking plak pihak pembekal khemah ngan katering.