Jangan Clik

Thursday, May 28, 2009

Anniversaryku yang ke 2

Tarikh 19.05.2009 aritu genaplah aniversaryku yg ke 2, dan sambutan kali ni meriah sikit sebab kehadiran org baru dalam ikatan perkahwinan ku iaitu anak aku Qazrin Syakirin. Kami tak sambut apapun cuma bisikan mesra ke telingga isteriku ja aku ucapkan, sebab ari anniversary tu jatuh pada ari kerja jadi kalu nak keluaq pun belah malam la, la ni payah sikit, anak kecik lagi, lagi satu anak aku ni suka merap malam2 payah nak pi mana2. sambut kat umah pun ok jugak sambil makan, sambil tgok tv sambil bergosip thihihihi... macam papa jarum plak aku ni. Ataih tu gambaq masa berchenta masa muda mudi dolu2 (MULA MULA BERCINTA)

Ni gambaq wife aku masa mengandung nak masuk 8 bulan, nampak gemuk sikit, tapi la ni lepaih beranak dia mai balik saiz dia dulu, dah berapa kali aku suruh dia makan banyak2 bagi gemuk sikit, tapi tegha tu la, makan tak mau jenuh macam aku, tu badan aku nampak tough dan kekar haauwwwhaauuww.. perut mengandung tu tak nampak sangat la sayang..
(LEPAS TU KAHWIN)

Haaaa baru nampak sikit perut memboyot tu. (BILA DIKURNIAKAN REZEKI, ISTERI MENGANDUNG)

Ni baru lepaih pantang, lama tak keluaq berdua pastu apalagi kami ambik kesempatan la pi berjibun kat kola perlih. Dulu mai berdua, la mai bertiga la plak, seb baik anak aku lena , klu dia jaga jenuh merap. Qazrin babah tgah makan sotong goreng tepung nih...uihhh sodapnya Qazrin takleh makan lagi, gigi pun takdak lagi camno nak kunyah, takpa babah wakilkan makan utk Qazrin key, berapa banyak mau td? 3 kilo? okeh bapak akan habiskan dengan sepantas kura-kura. (DAN JENG JE JENG BERTAMBAH LA AHLI INSTITUSI KEKELUARGAAN KU INI BILA DIKURNIAKAN ANAK PLAK)

Ulangtahun perkahwinan mertua aku yg ke 45

Hari cuti minggu lepas famili belah mertua aku buat majlis kecik2 untuk sekeluarga ja, buat sambutan Ulangtahun Perkahwinan Mertua aku yg ke 45 dan majlis ari jadi bapak mertuaku. Walaupun utk adik beradik terdekat tapi keluarga belah mertua aku yg agak besar jadi meriah jugak la. Buat nasi ayam ja untuk makan2 tengahari tersebut. Ni kek kami beli utk mertua aku, lilin takdak aku ingat nak boh pelita ja ataih tu bagi mertua aku tiup tapi takut jelaga asap pelita masuk idung terbakaq plak bulu idung org tua tu nti naya ja wahahwahawwahaw....


wahhh romantiknya terasa macam muda kembali, silap tak suruh pak mentua ngan mak mentua aku pakai baju pegantin masa acara ni, baru grand tourismo. Acara memotong kek megambil masa agak lama sebab ramai kameraman sedang merakam tapi lpas acara tersebut kek tu berjaya dipotong dan dihadam oleh anak menakan ku yg bole dibuat 2 team bola hanya dalam beberapa minit saja, laju sungguh depa, spesis piranha ka hapa..... apapun hepi anniversary yg ke 45 ayah.. mak.

Wednesday, May 27, 2009

Donut

pi tesco ari tu , terserempak ngan kedai donut, emmm nampak lazat aku pun pi beli utk wat mkn ptg, walaupun dunkin donut takdak kat aloq staq, ni Big Apple pun ok jgak. Kedai ni terletak dekat hujung dalam tesco tingkat bawah. mcm2 donut ada.
aku beli yg 6 biji ja, harga dalam RM 11.20 kira ok la, sedap donut dia lpas first aku beli aku repeat plak beli, tapi ari lain la, donut yg coklat2 kebanyakan yg sedap, yg perasa len tu biasa2 ja. Sapa nak donut mai...mai.....

Tuesday, May 26, 2009

Pembelajaran baru Qazrin

Anak aku dah pandai isap jari la ni sebelum dia tidoq, snang skit sebab klu dia nak tidoq bagi isap jari dia baru ble lena, bukan apa anak aku suka ghiyau kalu bagi puting, dia lebih selesa isap jari dia. Takpa cayang klu dah cemuih isap jari sendiri nti cayang isap ibu jari kaki babah plak key, babah tak kisah munya wakakakakakakatuihghh.....(err tarikh abaikan, lupa nak set lpas tukaq bateri kamera ari tu)
ni dah bole pegang botoi sendiri tak gaduh ibu dan babah dia nak pegang dah, anak aku ni kena bagi dia isap jari dia atau bagi botoi susu baru leh lena klu tak bagi jenuh la dok hayun ndoi tu, takkan lena punya.

wahahahaha lawak tul muka anak aku klu dia gelak, pipi dia jadi pipi noraniza idris. Anak aku la nak masuk 4 bulan dah tapi berat dekat 7 kilo, habih naik muscle tangan aku ngan ibu dia bila dukung

Thursday, May 21, 2009

Cara membuat Garlic Bread

Selalunya kalau aku n wife pi pizza hut atau restoran western mesti aku order garlic bread ngan sup cendawan atau sup ayam sebagai pencicah sebab rasanya sungguh sedap sehingga menjilat lutut dubuk afrika. Pastu aku try la tanya memba aku yg amik kos hokkek (hotel dan kulinari) di Uitm shah alam dulu camno nak buek garlic bread ni, dia kata senang ja kot2 nak makan kat umah pi beli dekat pasaraya sebab dah ada yg siap dan hanya balik utk dimasak saja wahawahwah (kuang ajaq memba aku ni, aku tanya series dia buat lawak oltraman plak, selepas disiku menggunakan cuping telingaku ke benak beliau barulah beliau membuka rahsia cara membuat resepi tersebut), ni cara-caranya seperti di bawah:-

Bahan :-

1. Roti French atau roti biasa pun boleh mcm gardenia atau high-5

2. 100 gram mentega

3. 8 ulas bawang putih, dicincang ataupun diblender halus

4. daun saderi yang dicincang. (ikut suka la nak boh banyak mana)

5. 1/4 lada putih

6. 1 tin sup cendawan atau sup ayam jenama campbell atau jenama lain yg dirasa sedap (untuk dicicah dengan garlic bread)

Cara membuatnya :-

1. Campurkan mentega, bawang putih yg dikisar, daun saderi yg dicincang dan lada putih, gaulkan sehingga sebati.

2. Sapukan campuran tadi ke atas roti , seelok-eloknya kedua-dua belah permukaan roti tersebut.

3. Masukkan di dalam oven (sapukan dulu mentega di atas loyang) dengan suhu 140 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga roti tersebut kekuning-kuningan, atau boleh juga dimasak menggunakan pembakar roti.

Selepas roti masak boleh dihidangkan dan makan bersama sup cendawan atau sup ayam tersebut, selamat mencuba dan selamat beramal.

Tuesday, May 19, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru, khasnya kepada semua warga pendidik yg mengajar aku dari darjah satu hingga jadi manusia. Tanpa mereka tak mungkin aku akan sampai ke tahap sebegini, dan teristimewa aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada isteri tersayang , semoga jadilah guru yang disenangi dan disayangi oleh semua pelajar juga guru yang baik untuk anak-anak. Hari guru peringkat sekolah isteri aku diadakan pada hari ahad lepas, macam2 aktiviti diadakan dari sukaneka hingga karaoke, memandangkan hari ahad, perlis cuti , jadi mr mama la sat jaga anak, depa dok melalak nyanyi karaoke sampai anak aku susah nak tidoq, aku pun penin sebab anak asyik merengek ja. Tapi bila dia dah ngantuk sangat tidoq jugak walaupun bising. Esok isteriku ada temuduga dengan SPP untuk sah jawatan kat PPD Aloq Staq, jadi abang doakan kejayaan ayang, stadi betoi2, jangan gabra, senyum sokmo dan ready dengan dokumen yg diperlukan. ok lah selamat hari guru, "Guru Pembina Negara Bangsa"