Jangan Clik

Monday, December 22, 2014

Koleksi Mainan Kartun 80 an He-Man Master Of The Universe (MOTU) Part 1

 He-Man: Master Of The Universe merupakan satu lagi produksi dan produk yg menjadi imiginasi minda kanak2 semenjak ia diterbitkan di kaca tv bermula era tahun 80 an hinggalah ke siri terbaru yg diubahsuai ikut peredaran zaman yg diterbitkan pada tahun 2002. Tapi bagi aku keluaran siri kartun ni pada tahun 80 an merupakan kemuncak zaman emas siri ini apabila menjadi kegilaan kanak2 seluruh dunia. Siri ini dikeluarkan oleh syarikat Mattel dan membuat debut pada tahun 1983 hinggalah 1985.Ia mengisahkan  sebuah planet yg dikenali sebagai Eternia yang diperintah oleh King Randor dan juga Queen Marlena, baginda mempunyai sepasang anak kembar iaitu Prince Adam (He-Man) dan juga Princess Adora (She-Ra) dan mereka menginap di Istana Grayskull. Antagonis bg siri ini adalah Skelator and the gang yang cuba untuk menguasai istana Grayskull, tempat bersemayam bg Sang Skelator ni adalah di Snake Mountain.
 Masa aku kecik dulu aku ada simpan mainan kartun He-Man dan Skelator ni yg aku dapat masa beli Kotak harga singgit yg ada mainan mcm2 tu bersama kepok yg rasa cam tayar gerek. Tapi mainan tu dri China (mmg la semua mainan nih dihasilkan dri China termasuk la dri Mattel), kecik ja menan dia tp aku simpan nak main sebab minat ngan katun nih. Tp tu crita 20 tahun dulu la, mainan tu pun tah ilang pi mana tah. Ni antara koleksi mainan Master Of The Universe (MOTU) yg ada dlm simpanan aku setakat nih, tak banyak mana tp berjaya jugak la aku dapat watak utama ngan beberapa watak mainan yg cukup rare di pasaran. Ni aku nak perkenalkan beberapa watak utama MOTU ni yg ada dalam simpanan koleksi aku.
 He-Man (Prince Adam) dan Battle Cat.
 Merupakan watak utama dalam siri ini, watak hero dulu2 mmg wajib kna pakai spenda dan ada muscle yg sasa untuk menunjukkan kemaskulinnya macam watak Conan, Thundercat dan jugak He-man ni la. Nama sebenar bg He-Man ni adalah Prince Adam yg merupakan anak kepada Raja pemerintah Eternia iaitu King Randor dan juga Queen Marlena, watak asal Prince Adam ni adalah malas, penakut dan juga suka keamanan. Tetapi selepas dianugerahkan pedang  magic "Sword of Power" oleh ahli sihir diraja iaitu Sorceress beliau akan bertukar menjadi He-Man selepas mengangkat pedang dan berkata " By the power of Grayskull....I have the powerrr..." dan terus bertukar menjadi seorang hero Eternia yg gagah, berani dan bijak berbanding karakter asal beliau yg menyebabkan rakyat lain tidak mengesyaki bahawa Prince Adam itu merupakan He-Man. Haiwan kesayangan diraja peliharaan He-Man dan juga haiwan seperjuangannya adalah Battle Cat yg merupakan Harimau Belang warna hijau dan berbelang oren. Battle cat atau namanya Cringer juga merupakan seekor rimau yg agak penakut macam karakter Prince Adam tapi akan bertukar gagah dan berani serta dilengkapi perisai pertahanan apabila bertukar menjadi Battle Cat, saiznya juga menjadi besar berbanding sebelumnya untuk menakutkan pihak musuh dalam pertempuran mempertahankan Istana Grayskul dari dijajah oleh Skeletor serta konco2nya.
 Skeletor (Keldor) dan Panthor.
 Merupakan antagonis bagi siri ini, di mana beliau dahulu merupakan adik kepada King Randor yang bernama Keldor, selepas satu insiden mukanya terkena asid ketika bertarung dengan King Randor menyebabkan mukanya hanya tinggal tengkorak. dari situlah beliau menyimpan dendam untuk menakluki kota suci Istana Grayskull di mana kesaktian kota tersebut boleh menyebabkan beliau menguasai seluruh Eternia. Tempat bersemayam beliau adalah di Snake Mountain yg juga tempat segala perancangan jahat beliau dirancang. Binatang tunggangan beliau adalah Panthor iaitu seekor Harimau Kumbang gergasi yang akan bertarung dengan Battle Cat He-Man apabila bertarung.
 She-Ra (Princess Adora) dan Swiftwind
 Watak She-Ra : Princess Of Power merupakan adik kembar kepada He-Man yang telah diculik oleh Hordak ketika masih bayi. She-Ra ni kalau tengok macam versi He-Man tapi dalam bentuk wanita kerana beliau juga mempunyai pedang iaitu "Sword Of Protection" yang memberi beliau kesaktian untuk bertukar dari Princess Adora kepada She-Ra. She-Ra mempunyai kuda tunggangan bernama Spirit dan dia akan bertukar menjadi Swiftwind apabila Princess Adora bertukar kepada She-Ra. Mainan Swiftwind ni juga antara mainan yg agak rare di pasaran, klu ada pun harga dia hampir mencecah ribuan ringgit jika dijual bersama2 kotak asalnya, aku pun dapat mainan nih dari Austria dan harganya pun bole tahan, tp pejam mata ja la sebab tak lengkap She-Ra klu takdak haiwan tunggangannya nih.
 Hordak
 Dalam She-Ra : Princess of Power kuasa kejahatan diterajui oleh Hordak iaitu ketua Empayar Evil Horde. Beliau juga merupakan guru kepada Skeletor di mana beliau boleh mengatur setiap anggota badannya menjadi senjata dan alatan yang berbahaya. Berbanding anak muridnya Skeletor, Hordak banyak menggunakan kuasa Sains dan Teknologi berbanding kuasa sakti untuk memerangi seterunya. Dalam siri katun 80an ini Hordak ditonjolkan dengan warna biru berbanding kartun 200x yg mana beliau bewarna kelabu dan figure dia pun ada dua kaler dihasilkan tapi aku beli satu ja la yg kaler kelabu ni.
 King Grayskull dan Battle Lion
 Merupakan leluhur ataupun tok wan kepada He-Man yang pernah memerintah Eternia bersama isteri beliau bernama Sorceress Veena. Beliau mempertahankan Istana Grayskull dari ditakluki oleh kuasa kejahatan yg dipimpin oleh King Hiss serta Hordak. Haiwan tunggangan belia adalah Battle Lion yang mempunyai kuasa mengesan pihak musuh menggunakan deria hidunya, dia juga dikurniakan ngauman yang boleh menakutkan pihak musuh serta mempunyai gigi serta cakaran yg sungguh tajam, dia juga mempunyai kekuatan lompatan dengan jarak yg amat jauh.
 Bow, Arrow dan Kowl
 Merupakan sahabat baik Princess Adora dan juga pemanah terhebat di Etheria yang menentang empayar Evil Horde bersama haiwan tunggangannya iaitu kuda Arrow. Pengikutnya Kowl merupakan haiwan terbang dari planet Etheria hasil campuran 'Koala' dan 'Owl' yang terbang menggunakan telinga beliau yg besar. Merupakan pengikut setia kepada Bow dan merupakan salah seorang dari 3 org dari Etheria yang mengetahui bahawa Princess Adora adalah She-Ra.
 The Sorceress Of Castle Grayskull
 Sorceress ni juga antara karakter mainan yg sangat rare di pasaran klu ada pun harga dia berkali ganda dengan harga asal. Aku dapat dri penjual kat Malaysia ni jugak tapi tak lengkap sebab tongkat sakti dia ilang.Sorceress ni nama betoi dia Teela Na yg merupakan ibu kepada karakter Teela dan juga penjaga kuasa mistik di Istana Grayskull. Sorceress tidak boleh meninggalkan Istana Grayskull untuk tempoh yg agak lama kerana beliau akan bertukar rupa menjadi Helang Falcon atau Zoar . Beliau juga org yg bertanggungjawab  menganugerahkan kesaktian beliau dalam pedang 'Sword Of Power' kepada He-Man.
 Buzz-Off
 Watak yg diambil dri karakter lebah yang nama sebenar beliau klu ikut sebutannya adalah Tzzzzzt zzz  zzztttzzz.... hahahaha....kalau dalam siri kartun 200x beliau merupakan kapten bagi angkatan pertahanan Andreenos yg setia mempertahankan Eternia dari kuasa musuh dan kalau dari siri kartun 80an beliau merupakan puak dari orang lebah yg berasal dari Mystic Mountain dan merupakan pengintip untuk he man disebabkan kelebihan beliau yang bole terbang dan juga mempunyai sepasang mata serangga yg memudahkan beliau untuk mengintip pergerakan musuh.
 Beast Man dan Griffin
 Beast Man merupakan manusia separa haiwan (macam beruk makyeh pun ada) yg mempunyai kuasa telephatic mengarahkan semua haiwan bekerjasama bersama beliau dan Skeletor untuk memerangi He-Man. Beliau juga merupakan orang kanan Skeletor dan begitu mahir dalam teknik pertarungan. Beliau juga mempunyai seekor haiwan tunggangan bernama Griffin iaitu haiwan hasil gabungan Singa dan burung helang yang selalu menjadi haiwan untuk Beast Man melarikan diri apabila tewas dalam pertempuran.
 Gygor
 Sekutu kepada Skeletor dan merupakan ketua pemerintah Vine Jungle. Kekuatan dan saiz badan adalah kelebihan beliau. Diambil sempena watak Gorilla gunung cuma kaler dia la pelik sikit warna kuning dan hijau dan  mungkin juga merupakan penyokong kuat skuad  Kedah sebab tu dia cat satu badan kaler hijau kuning hahahahah....
 Sebab utama aku beli watak ni bukan sebab role dia dalam siri MOTU nih, cuma aku kagum dengan saiz badan dan ketinggian karakter nih, ketinggian dia lebih kurang 10 inci tinggi berbanding karakter lain, mmg la ada karakter lain yg lebih besaq cam Granamyr (Naga tua pakai helmet) dan juga Tytus (manusia gergasi) tapi watak tu nampak kurang menarik di mata aku berbanding beliau si Gygor abang bulu nih.
 Flogg
 Sekutu Skeletor yang juga ketua puak alien dari planet Denebria. Beliau merupakan seorang yg panas baran dan akan melibas sesiapa sahaja dengan cemeti kuasanya apabila beliau marah.
 Clawfull
Watak yang diambil dari menatang ketam ni mempunyai watak kebudak-budakkan dan kurang cerdik akalnya tetapi dikurniakan kekuatan fizikal yg agak kuat walaupun mempunyai sepasang but kaler biru. Walaupun karakter koleksi mainan MOTU aku taklah banyak tapi klu nak kumpul smua nih mau ambik masa bertahun gak, bukan apa nak kumpul mainan nih pun nak kena kumpul modal jugak sbb rega sekoq2 figure nih agak bole tahan la price dia. Jadi sampai sini dulu la coretan antara koleksi mainan tahun 80 an dan 90 an aku , nti2 kalau ada tambahan figure plak aku akan update dalam post kat sini. Okay wasalam....

Thursday, December 18, 2014

Koleksi mainan kartun M.A.S.K

Satu lagi koleksi mainan siri kartun era 80 an dalam koleksi aku adalah dari kartun Mobile Armored Strike Kommand atau singkatannya ialah M.A.S.K   yang diketuai oleh Matt Trekker untuk melawan kuasa kejahatan dari geng Vicious Evil Network Of Mayhem atau singkatannya V.E.N.O.M yang dipimpin oleh Miles Mayhem. Siri kartun ini diterbitkan oleh DIC Enterprise dengan usahasama dengan syarikat pembuat alatan mainan Kenner yg mana ulasan aku dalam post sebelum ini bahawa era tahun 80 an mmg banyak syarikat mainan membuat usahasama dengan syarikat produksi dalam menerbitkan rancangan kartun supaya penjualan mainan untuk siri ini lebih laris atas promosi meluas rancangan kartun tersebut.
Ni antara koleksi mainan M.A.S.K aku, klu ikutkan mmg sikit la sebab watak dalam siri kartun ni banyak tapi klu nak kumpul semua mau botak rambut ngan bauk aku sebab mainan ni dah hampir 20 tahun dikeluarkan dan mmg takdak dah yg baru di pasaran jd dia punya harga mmg harga anak dara la hahaha... jadi macam besa la aku  beli hanya watak utama saja, yg lain2 tu aku kumpul sikit2.Dua2 group ni masing2 mempunyai kenderaan yang sungguh canggih yg boleh berubah bentuk dan hampir kesemua karakternya memakai topeng atau Mask sesuai dgan judul kartun nih. Jadi jom kita berkenalan dgan watak2 utama siri kartun M.A.S.K. ni.
Matt Trekker ( Thunderhawk)
Watak yg paling aku ingat sebab dia ada keta bole terbang cam keta Back To The Future tu, Matt Trekker ni naik keta merah Chevrolet Camaro yang boleh bertukaq jadi kapal terbang dan dia memakai topeng yang dipanggil Spectrum, yang menariknya topeng Spectrum ni dia bole mengeluarkan bunyi super sonic untuk mempertahankan diri.
Bruce Sato dan Alex Sector ( Rhino)
Rhino adalah treler jenis Kenworth yang bertindak sebagai pusat arahan dan juga platform pertahanan sebab dia ada misile macam peluru berpandu  untuk menangkis serangan musuh. Rhino ni dikendalikan oleh 2 orang iaitu Bruce Sato dengan topengnya Lifter dan co pilotnya Alex Sector dengan topengnya Jack Rabbit.
Miles Mayhem (Switchblade)
Bila dah ada hero mestila ada watak villain kan, haa.. ni la bapak kantornya iaitu Miles "Wolf" Mayhem yang menaiki kenderaannya yg boleh bertukar dari helikopter ke jet pejuang. Dia memakai topeng yg digelar Viper yg boleh menyembur bisa macam ulaq senduk semboq tu la, mmg sesuai la dgan imej jahat beliau. Muka dia lebih kurang iras2 rupa Arwah Saddam Hussain.
Floyd Malloy ( Vampire)
Beliau merupakan rakan sekutu Miley Mayhem dari geng V.E.N.O.M. dan juga merupakan ketua geng moto serta mahir dengan pergaduhan jalanan, beliau memakai topeng Buckshot yg boleh menembak ball bearing ke arah musuh. Motosikal kaler merah bijik remia dia ni bole bertukaq jadi jet bila bertempur.
Julio Lopez ( Firefly)
Mamat hispanik yang menaiki kenderaan buggy yang boleh bertukar jadi jet. Beliau merupakan watak baik dri geng M.A.S.K.Beliau memakai topeng Streamer yang bole memancutkan gam, buih busa ataupun minyak ke arah musuh.
Bruno Sheppard (Stingger)
Salah satu watak jahat dri geng V.E.N.O.M yang menaiki kereta bewarna oren jenis Pontiac GTO yang boleh bertukar menjadi kereta kebal.  Beliau memakai topeng bernama Magna Beam yang mempunyai keistemewaan menarik atau memusnahkan objek besi. Itulah serba sedikit watak2 koleksi mainan kartun M.A.S.K yang ada dalam simpanan aku yang selepas siri kartun tersebut juga ada mengeluarkan komik dan juga permainan game tentang kartun M.A.S.K nih. Nantikan post koleksi mainan kartun 80 an aku yg lain di masa akan datang.

Sunday, December 14, 2014

Koleksi Mainan Kartun Thundercats

"Thunder....thunder....thundercats......hhhooooo...." antara ungkapan yang masih tergiang-ngiang di telingga aku apabila mengimbas balik kartun Thundercats yg cukup popular era tahun 80 an dan 90 an dulu. Kartun Thundercats ni dicipta oleh Tobin "Ted" Wolf dan telah dianimasikan oleh Studio Animasi Jepun, sebab tu kalau kita tgok kartun dia nampak cam japanese stail sikit. Siri kartun ni telah diterbitkan pada tahun 1985 hingga 1989, namun sehingga era tahun 2000 masih ada lagi siri kartun Thundercats nih diterbitkan cuma diolah semula ikut peredaran zaman dan lebih moden.
Ini adalah beberapa figura mainan aku dari siri kartun Thundercats nih, agak sukar sedikit nak cari action figure watak2 Thundercats dari siri kartun yg lama sebab banyak di pasaran la ni adalah action figure watak Thundercats siri baru, tapi aku berjaya gak la cari tu pun jenuh selongkaq laman jual beli online kat internet baru nak jumpa.Koleksi ni ada yg aku dapat dri Malaysia dan ada juga yg terpaksa aku import dari negara luaq, bukan apa klu tak cukup grup nih nampak cam tak lengkap plak kan, jadi jom kita beramah mesra dengan beberapa karakter utama dlm kartun Thundercats nih bersama2 beberapa koleksi mainan watak mereka yg berada dlm simpanan aku.
Lion-O
Merupakan watak utama dan ketua kumpulan Thundercats. Wataknya diambil bersempena karakter Singa yang mmg dikenali sebagai raja rimba atas keperkasaan dan kegagahan haiwan tersebut. Lion-O mempunyai sebilah pedang yg dikenali sebagai 'Swords Of Omen' yang membolehkan dia melihat masa hadapan melalui mata di pedang tersebut menggunakan kuasa beliau iaitu 'Sight beyond sight'. Pedang ni asalnya pendek tapi boleh dipanjangkan menggunakan serapah oleh Lion-O yg cukup popular iaitu " Thunderr...thunderr..thundercats....hhhoooooliauu oooo" hahahaha....ayat dia sampai tang hhooo... saja  yg blakang tu aku saja tambah. Selain itu Lion-O jugak ada sarung tangan yg ikut kad pengenalan digelar  "Claw shield" yang mana kuku tajam kat sarung tu boleh dilancarkan bersama tali utk kegunaan time2 kecemasan.
Tygra
Tygra wataknya diambil sempena karakter harimau belang. Cukup dikenali sebagai seorang yg tenang dan bijaksana, merupakan seorang arkitek dan saintis dalam kumpulan Thundercats. Beliau merupakan orang kanan Lion-O. Kuasa minda merupakan kelebihan beliau dalam menguasai minda musuh, semua struktur di bangunan Cat's Lair dan The Tower of Omen adalah hasil ciptaan beliau, beliau menggunakan senjata cemeti yang membolehkan beliau menjadi  halimunan apabila digunakan.
Panthro
Panthro diambil sempena watak harimau kumbang. Beliau merupakan seorang yg gagah, bijak dan sangat mahir dalam seni mempertahankan diri . Merupakan seorang engineer dan jurupandu kenderaan Thundertank bagi kumpulan Thundercats. Walaupun dikenali dengan kegagahannya tetapi beliau cukup fobia dengan kelawaq. Beliau menggunakan senjata jenis 'Nunchaku" yg boleh menyembur kimia dan juga ball bearing ke arah musuh, spike tajam di dada beliau juga boleh dilancarkan beserta tali untuk menghindari serangan dari pihak musuh.
Cheetara
Sexy lady dlm siri kartun ni adalah Cheetara yg wataknya diambil dari harimau Cheetah. Harimau Cheetah mmg cukup dikenali sebagai haiwan darat terpantas di dunia begitu juga dengan karakter Cheetara ini yg begitu tangkas dan laju ketika berlawan. Selain itu beliau juga dikenali sebagai seorang yang cukup mengambil berat dan berkasih sayang sesuai dengan karakter wanita beliau, beliau juga dikurniakan pancaindera keenam yg membolehkan beliau mengesan seseorang yang berada dalam kesusahan ataupun mengesan kuasa jahat yang menghampiri. Beliau menggunakan senjata tongkat kayu yang bole memanjang dan juga memendek yang akan diselitkan di lengannya apabila tidak digunakan.
Willykit dan Willykat
Merupakan kanak2 kembar yang diambil watak dari kucing liar. Mereka sangat aktif dan mahir dalam menggunakan taktik licik dan juga kuasa magic dalam mengalahkan musuh. Mereka menggunakan kenderaan yg dikenali sebagai " Space Board" yg bentuknya lebih kurang cam papan luncur tu. Disamping itu mereka juga membawa pelbagai senjata yang disimpan dalam beg talipinggang mereka seperti tali cakar, gelung besi, ball bearing, bola dan macam2 lagi.
Snarfs dan ThunderTank
Snarfs merupakan seekoq kucing yang sangat bijak, lurus, baik dan juga penakut. Beliau merupakan orang suruhan dalam kumpulan Thundercats yang rajin memasak , mengemas dan buat kerja rumah yg lain. Nama Snarfs ni diberi sempena bunyi rangkap terakhir mereka ketika bercakap iaitu " snarf, snarf!"
Mumm-Raa
Merupakan watak antagonis dalam siri ini, watak ini diambil sempena watak Mumia Mesir Kuno yang tinggal di Piramid Gelap. Beliau seorang pemimpin bagi watak2 jahat yang memerangi Thundercats di Dunia Ketiga. Beliau akan bertukar rupa dari seorang Mumia yg kurus kedekiang ke watak Mumm-Raa yang lebih gagah dan perkasa menggunakan ilmu hitam beliau bersama jampi serapah " Ancient Spirits of Evil, transform this decayed form... to Mumm-Ra, the Ever-Living!". Itu saja sesi pengenalan bersama beberapa figura mainan koleksi aku dri siri kartun Thundercats dan kita akan bersua kembali di post akan datang, sekian.