Jangan Clik

Thursday, March 17, 2016

Jalan-jalan ke Pak Bara, Satun Thailand

Setelah membuat perancangan seminggu lebih awal sebelum cuti sekolah dengan keluarga Kak Ipaq aku nak berkonvoi ke Pak Bara jd misi pun bermula la pada ari sabtu lepaih utk ke sana. Pak Bara ni merupakan pantai peranginan yang terletak di dalam wilayah Satun atau Setoi panggilan org utara yang terletak kira2 64 kilometer dari sempadan Wang Kelian. Kalau berhajat nak ke sana lebih dekat melalui pintu sempadan wang Kelian, yang mengambil masa hanya sejam sahaja jarak perjalanan. Aku bertolak awai dari rumah aku di Kangaq dalam pukoi 8:30 pagi jadi dok lenggang kangkung la pi sbb dok ingat kalau masuk ikut pintu sempadan Wang Kelian tak jem sangat macam masuk melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besaq, rupa-rupanya telahan aku ternyata silap kuasa dua,masa aku sampai tu berderet panjang keta dok beratoq nak masuk siam, sebab ada geng3 konvoi kereta nak ke Krabi. Nasihat aku kalau nak masuk ke Thailand isi siap white card Arrival dan departure serta borang kemasukan kenderaan sendiri ke Thailand di kedai2 yg ada jual insuran ke Thailand spt kedai2 di pekan Changlun, sebab apa, aku terkandas dok berebut nak ambik kad dan borang ni di kaunter information imigresen Thailand dekat sejam setengah, dengan geng2 konvoi yg ramai pastu ada plak rakyat thai yg dok potong Q jadi berejam jugak la nak tunggu. Biras aku bersuka ria la sebab dia dah isi white card tu di kedai insuran kat Changlun. Lepaih ni aku kna take note la, leceh nak tunggu ni bukan apa, hero2 aku yg rancak membesaq ni bukan mau tunggu lama2 pastu mula la dok buat kelaku Boboiboy kuasa lima. Jalan nak ke sana tak susah, lpaih keluar dari imigresen Wang Kelian teruih ja sampai jumpa simpang tiga, kanan ke Hatyai dan kiri ke Satun, belok kiri teruih sampai jumpa pekan Cha Lung atau Chelong panggilan org sini, pastu jumpa simpang 3, belok kanan ke Langgu untuk ke Pak Bara.
Selalunya apabila nak ke Pak Bara, orang ramai akan berenti sarapan atau makan tengahari di Pekan Cha Lung, terutamanya dekat sebelah kedai 7E pekan Cha lung kata informer aku yang selalu ke Pak Bara pi mengail ikan kat Koh Adang, tapi besa la kalau dah kerap org luaq makan kat kedai makan tu, harga dia up sikit la, jd klu nak ke kedai makan yg murah... di simpang 3 ke Langgu tu, teruih ja ke arah Bandar Satun, kita akan jumpa Masjid di sebelah kanan, haaa...kat tepi2 masjid tu akan ada kedai2 makan. Bukan saja harga murah, pemilik dan pelayan kedai pun bole berbahasa Melayu. Lagi satu kalau rasa nak makan masakan pedas di selatan Thai ni jangan boh banyak sangat kuah dia, sebab tahap kepedasan dia tu mampu mencecah 96 darjah celcius, sebab depa banyak guna cabai burung, kalau yg jenis suka pedas tu ok la, tapi kalu kna dgan perut yg tak tahan pedaih cam aku mmg bai bai la masakan tu. Sembilan org kami makan hanya kena Rm 38.00 sahaja.
Usai membelahakkan diri dengan makanan tempatan Thai kami pun teruih menuju ke wilayah Pak Bara yang berjarak 46 kilometer ja dari pekan Cha Lung. Sesampainya di Pak Bara tu mulanya nak menginap di Langka Chalet and Resort tapi bilik seaview penuh plak, yg ada bilik yg dok dalam utan, aku tak berapa setuju sangat sebab takut nyamuk banyak plak satgi. Jadi aku pun mencuba nasib di resort2 lain yg bercambah dkat pantai Pak Bara ni cuma pilih ja nak yg dekat dgan laut atau sebaliknya. Aku lebih suka pilih resort yg berhampiran dengan laut sebab anak2 aku nak main pantai. Nak jadi rezeki aku pada mulanya nak usha Marina Resort tu, tp bila view bilik resort dia cam agak sezen ja, aku lajak ke depan dan terjumpa la Chalet ni, aku rasa tak ramai yg tau resort ni sbb resort ni takdak papan tanda tulis rumi, dia tulih semua dalam bahasa Thai, jd bg warga Malaysia mmg was2 la nak mai sini. Bila riki2 tgok mmg cun bilik2 dia, macam baru buat. Owner dia org Islam dan bole berbahasa Melayu sikit sikit.
 Nama resort ni Krajomsai Resort yg menyediakan 15 bilik, berhampiran laut, berhawa dingin,wifi yg super laju dan terdapat restoran seafood di sebelahnya , dengan kadar sewaan Rm 75.00 semalam. tapi nak ke resort ni kena masuk lorong kg sikit la, masuk melalui tanda arah Marina Resort tadi, resort ni terletak btoi2 di hujung jalan. Sapa2 nak booking tu ada no tepon kat gambaq papan tanda resort tu. Kalau nak buat family bbq pun ok sebab di belakang bilik ada kawasan pantai siap tempat duduk untuk buat aktiviti keluarga dan kita bole sewa alatan memasak bbq dari restoran sefod sebelah resort ni, kadar bayaran sewaan brg2 tu tak pasti lak.
Ada sesetengah org tak kisah bilik macamana ya la sbb pi bercuti jd bilik ni hanya tempat tidoq ngan mandi ja, tapi bg aku dengan anak2 kecik mmg aku teliti sikit tentang pemilihan bilik selain selesa untuk depa , bilik jugak jadi tempat istirehat lepaih penat berjalan. Lagi satu aku suka tentang resort ni adalah privacy sebab pantai dia tak kacau resort2 lain atau tempat tumpuan org ramai, mmg santai la klu nak main pantai kat sini, org tak ramai, tenang ja.
Lepaih bersuai kenal serba sedikit dengan bilik kami pun menuju ke jeti bot Pak Bara. Kat sinilah para pelancong dan juga pemancing tegar berkumpul untuk ke pulau2 dan juga lubuk2 ikan. Pulau yang femes untuk bercuti yg bole dinaiki dari sini adalah pulau Koh Lipe. Selain tu terdapat jugak pulau2 lain seperti Koh Tarutao, Koh Adang dan Koh Rawi. majority orang2 di Pak Bara dan juga pulau2 ni adalah org Melayu dan beragama Islam, cuma ada sesetengah sahaja yang boleh berbahasa Melayu. Kita bole parking percuma ja depan terminal jeti ni kalau nak mai jalan2, tapi kalau nak tinggal pi pulau kena bayaq sewa dengan kadar Rm 20.00 sehari . Nak jalan-jalan tgok feri dalam terminal ni free ja, tapi kalau nak ke Pulau2 naik feri kna bayar cukai Rm 2.00 sebelum masuk ke terminal.
Sesampai ja kat sini anda akan dihampiri ejen2 feri dan hotel kalau berkeinginan ke pulau2 tersebut. Selain tu kita juga bole tgok kaunter2 feri dan juga waktu bertolak serta harga perjalanan menaiki feri laju ke pulau2 tersebut dengan bayaranRm 100.00 seorang tiket perjalanan pergi dan balik. Luas dan selesa la jugak ruang dalaman terminal ni, yg penting cukup bersih dari tandas hingga tempat menunggu. Dalam Terminal ni juga disediakan kedai runcit serta kedai makan, pelayan2 semua org Islam cuma kurang fasih cakap Melayu ja.
Feri-feri ke pulau-pulau di sini bukan macam feri ke Langkawi, feri sini adalah bot laju  yang telah diubahsuai. Aku tengok sebijik2 feri sini guna sampai 4 enjin, ada yg 5 enjin, laju mana la dia pi, aku dok naik bot laju bomba yg guna 1 enjin pun laju tak sangga, ni sampai 5 enjin, klu yg lubang idung luas tu alamat rabak la bila sampai kat Koh Lipe dari sini hahahaha....senang sikit kan nak korek idung guna penyodok.
Di pintu masuk terminal ni kita akan terjumpa dengan deretan2 gambaq-gambaq yang telah siap dibuat cenderahati di mana gambaq kita akan diambil oleh gadis2 fotografer berhalkum sebelum menaiki feri, dan kita boleh membayar cenderahti tersebut selepas kita pulang semula ke jeti jika kita berkenan dengan gambar tersebut. Selain itu di tepi terminal ni jugak ada deretan kedai2 souvenier khas Pak Bara dan jugak Koh Lipe dengan harga yg bagi aku cukup murah dan jangan segan2 utk tawar menawar walaupun bercakap mcm ayam dan itik, hanya guna kalkulator sahaja.
Dekat depan terminal ni jugak terdapat kedai2 yg menawarkan pakej2 aktiviti di pulau2 macam snorkelling, island hoping pilih ja yg mana berkenan. Klu nak bergambaq depan terminal ni ada tugu ikan layaran sebab kat sini asalnya dulu mmg syurga bagi kaki2 pancing ke pulau2 terutamanya ke Koh Adang. Memandangkan Pulau Koh Tarutao telah digazetkan sebagai taman Negara jadi kat sini juga ditempatkan pejabat taman Negara pulau tersebut. dari sini juga kita bole melihat pemandangan bot2 nelayan yang mana selain menangkap ikan mereka juga selalu membawa pemancing2 yang kebanyakannya dari Malaysia pergi memancing di lubuk2 yg kaya dengan ikan di sekitar  Laut Andaman ini.
Masa aku mai tak kena waktu ayaq pasang surut kat sini, sebabnya air pasang kat sini berlaku waktu tengahari, nak mandi camna tgah musim panas membahang ni, bila dah time teduh sikit sebelah petang ayaq dah surut dah, tapi laut kat sini dia punya surut ayaq tu jauh btoi, rasa macam ble jalan kaki ja pi kat pulau sebelah sana. Bole tgok perbezaan masa ayaq pasang dan masa ayaq surut macam gambaq kat ataih.
Yang best pantai kat sini tak macam pantai belah Perlih atau Kedah yang berselut, kat sini pantai dia berpasir, ble la klu nak buat istana pasiaq kat sini, tapi tak la segebu pasiaq pantai kat pulau-pulau. Punya kaya khazanah laut belah Laut Andaman ni, masa ayaq laut surut tu aku berjaya tangkap anak-anak ketam laut yg terperangkap kat lopak2 ayaq yu, besaq2 gak la.Nasib tak jumpa ikan temenung , klu tidak bole buat goren makan ngan nasik.
Dalam dok rancak2 main pasiaq tu kami terserempak dengan beberapa penduduk setempat tengah leka mengorek siput dari dalam pasir, jadi kami pun menyibukkan diri la pi tgok siput apa yg depa korek tu. Bila aku tanya siput apa kat depa dalam bahasa Melayu depa jawab "mei roo", tanya dlm bahasa omputih pun " mei roo", jadi takpa la mungkin depa tak paham, apa yg depa cakap tu aku paham la maksud dia " tak tahu". Jadi memandangkan ilmu bahasa thai dan ilmu kesiputan aku belum sampai  level 2 jadi tak la aku knai siput jenih apakah ini dan ni la first time aku tgok siput ni, klu siput yg familiar belah kita tu mmg aku cam sebab pak aku pun nelayan dulu.
Diantara lorong nak ke resort tempat aku menginap tu, terdapat sebuah bengkel perusahaan cenderahati, dri jauh aku ingat depa awet cengkerang penyu buat cenderahati, bila pi tgok dekat2 rupa-rupanya cengkerang tu depa buat dari tempurung nyoq yg dipotong2 pastu digam jadi sebijik cam cengkerang penyu. Lpaih tu brulah depa buat proses seterusnya buat kepala dan sirip jugak dibuat menggunakan tempurung nyoq. Gambaq bawah kanan adalah cenderahati penyu yang diperbuat dari tempurung nyoq yang telah siap disapu syelek untuk dijual di kedai2 cenderahati sekitar sini.
Apabila malam menjelang, aktiviti malam yang wajib dimasukkan dalam jadual bercuti ke sini semestinya jalan-jalan cari makan di Pasar malam Pak Bara yang terletak di dataran tepi pantai Pak Bara. Kalau nak mai pasar malam ni kena mai awai, sebab pasar malam ni ditutup awal , lebih kurang pukoi 9.30 malam. Masa aku mai pukoi 8.30 malam pun dah ada dua tiga gerai (kebanyakan gerai pakaian) yang dah bersiap-siap berkemas menutup gerai jualan masing2. Pasar malam di Pak Bara dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad, tapi kalau nak mai pasar malam yang lebih besaq, mai la yang hari Ahad.
Mai pasar malam ni yang syoknya mestilah nak tgok dan merasa juadah kulineri tempatan yang pelbagai jenis dan semestinya lain dari tempat kita. Antara juadah menarik yang sempat disnap kamera AK 47 Kalashnikov aku adalah sate Ayam macam gambaq atas kiri,yang harga setiap cucuk adalah Rm 1.00, tapi sungguh berbaloi, selain rasanya yg sedap, saiznya jugak besaq2, ngap 3 cucuk pun dah bisa membuatkan anda kenyang jikalau saiz tangki perut anda 850 cc, klu saiz perot 3.00 cc kna makan sekoq ayam la bru ble kenyang. Gambaq atas sebelah kanan tu kuih macam apam balik, tapi saiz kecik dan ranggup sikit. Kat pasar malam ni pun ada gerai yg menjual  pelbagai jenis sushi, anak aku suka jugak sushi tapi dia takmau plak malam tu sebab dia kata sushi tu saiz kecik hahaha... jenis taste nak yg besaq2 ja. Kalau sapa2 penah pi Krabi mesti tau kan pancake Krabi yg popular tu, haaa... kat sini pun ada, ada macam2 perasa dri stoberi, coklat, kaya,pandan, peanut butter dan ada dua tiga jenis perasa lg, harga dalam Rm 3.50 seunit.
Ada jugak la aku tgok peniaga2 yg kreatif macam gambaq ataih kiri yg guna kipas cooler enjin kereta jadi kipas utk panggang ayam percik, tak la pnat nak kna kipas guna tangan kan. Memandangkan Pak Bara ni kaya dengan hasil laut, kat sini jugak ada dijual kerang bakaq, kerang rebus dan jugak belangkas bakaq, harga sekoq belangkas siap bakaq tu Rm 7.00, murah banyak la sbb klu belah perlis dekat berbelas jugak rega sekoq klu siap bakaq. Dekat dataran ni walaupun malam2 aku tengok ramai yg mai berpiknik, beli makanan dekat pasar malam pastu siap hampaq tikaq lepak2 dengan famili. Kat dataran Pak Bara ni jugak ada disediakan taman permainan kanak2, yg jadi port wajib kanak yg terangsang dengan kuasa Boboiboy untuk buat skill lawan Burara kat playground tersebut.
Lepaih beli juadah untuk stok makan tengah malam kat pasar malam tadi, tibalah masanya kami mencari rumah makan yg berderet sepanjang pantai kat Pak Bara ni, ada macam2 kedai dari Kuala Bara sefod, Nava restaurant, Ramli sefod , Fasai sefod, Fatoni seafood dan macam2 lagi. Mula tu aku nak try dkat Fasai Seafood tu sebab tgok decoration cantik, tapi bila tinjau2 macam tak nampak plak logo halal kat signboard dia (sebab dari pengalaman aku mana2 kedai makan muslim selatan thai, depa akan letak logo halal di papan tanda restoran depa), pastu aku tak nampak plak pelanggan muslim yg makan kat situ jadi kensel la pi situ, kami pun berganjak ke restoran sebelahnya, iaitu restoran Fatoni Seafood, ada logo Halal, pekerja pun pakai tudung labuh, ada tok2 imam dan keluarga Melayu yg tgah menjamu selera jadi yakin la sikit nak mai makan sini, pekerja2 dia pun bole cakap melayu sebab depa berasal dari daerah Patani. Dah la juadah sedap harga makanan pun tak mahal, makan malam tu utk dua famili kami hanya dicaj Rm 61.00 ja.
Selepas semalam berjalan2 sekitar pantai Pak Bara, kami pun bertolak balik, tapi sebelum tu kami nak singgah dulu di pekan Satun. Macam biasa kami makan tengahari di Kampung Guar (antara kampung yang penduduknya ramai bertutur dalam bahasa melayu) di Cha Lung, kami menjamu selera di kedai makan Pak Lang Mail, yg syoknya Pak Mail ni siap cakap Melayu Loghat Perlis ngan aku hahahah....dok suruh aku pi Tanjung Pauh tgok lait (laut). Kalu sesapa nak mai makan kat wilayah Satun ni, cari la kedai2 di kg2 sebabnya harga makanan dia cukup murah dan sedap, pemilik plak semestinya  seorang yg ramah tamah. Memang kebiasaan di selatan Thai kedai2 makan  pasti menghidangkan ulam-ulaman yg pelbagai jenis, patut la org2 selatan thai ramai yg awet muda.Untuk makluman semua di daerah Satun ni terdapat 3 pasaraya utama iatu Makro, Big C dan juga Tesco Lotus, pilih ja nak pi yg mana. Aku singgah jugak Makro sebab info dri Mak Lang isteri owner restoran kami makan tadi barang2 kat Makro murah tapi kna beli bundle la. Pi situ mmg murah harga dia, dari buah buahan hingga barangan rumah yg lain. Kat sini harga udang galah Rm 15.00 sekilo, klu belah kita dekat Rm 40.00 sekilo. Gula 5 kilo Rm 7.88, ayaq minuman yg saiz besaq tu 6 botoi Rm 3.98 ja, dan banyak lagi la. kalau nak beli beras wangi jangan kata la mmg murah habih  sebab Thailand kan pengeksport beras terbesaq dunia. Ikan2 yg dijual sini pun banyak ikan2 fresh, hidup macam ikan keli, tilapia, ketam dan macam2 lagi. Pasaraya Makro ni terletak sebelah kiri lepas persimpangan nak ke Langgu dan Pak Bara yakni jalan nak menghala ke pekan Satun.
Seterusnya lepaih pusing2 pekan Satun kami pun singgah sat di Pasaraya Big C. Pasaraya Big C ni terletak di jalan kita nak menghala balik ke pekan Cha Lung dimana ia terletak di sebelah kiri. Berhadapan pasaraya ni jugak terdapat gerai2 jualan barangan berupa pakaian, kasut , beg dan pelbagai lagi. Dalam pasaraya ni jugak terdapat KFC dan jugak foodcourt kalau teringin nak menjamu selera. Barangan dalam ni ditawarkan agak murah jugak la terutamanya mainan, berjoget sakan la Syakirin ngan Nasihin bila tgok mainan kegemaran depa dpat dengan harga murah.
Bila waktu dah menginjak hampir pukoi 4.30 petang kami pun dah sampai di pintu sempadan Wang Prachan-Wang Kelian. Sebelum masuk Malaysia tu singgah la sat kat gerai2 di Wang Kelian ni makan koteaw sup perut, beli toto, tikaq getah dan jugak beberapa barangan lain sebelum balik. Urusan cop border ngan pengembalian surat declare kemasukan kereta ke Thailand berjalan lancar, tapi peringatan kalau nak beli belah di Thailand anda mungkin dikenakan cukai dari pihak Kastam Malaysia jika membeli barangan Thailand dengan jumlah yang banyak, tp itupun atas budi bicara pegawai kastam tersebut la. Wassalam.

10 comments:

  1. Assalamualaikum...saya nak tanya macoaantana ada number telefon krajomsai...dah try tapi tidak boleh call

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang macosantana bqgi number telefon dalam gambar...tidak boleh call

      Delete
  2. Assalamualaikum...saya nak tanya macoaantana ada number telefon krajomsai...dah try tapi tidak boleh call

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam...saya pun ada no tu ja, no tepon lain takdak.

      Delete
  3. 08-94673238 , 09-19815080

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bang atas bantuan no telepon krajomsai resort tu

      Delete
  4. Replies
    1. best bang, kmi pun dah dua tiga kali repeat

      Delete
  5. nak tanya kalau p ni kan ada tgok maps dak? susah dak jalan nak p pakbara tu? ada kemungkinan nak sesat dak? sebab tak paham bhs thai. jgn kecam pertanyaan ni. serius teringin nak p tapi takut sesat tak sampai ke pak bara pulak nnti hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pi sana mmg saya guna GPS, tapi kalau nak ikut signboard pun ok, walaupun dia tulis Thai tapi ada jugak bahasa rumi, jalan pi sana tak susah sangat, follow signboard ke pak bara ja.

      Delete