Game UFL ni konsep dia lebih kepada macam Myclub di Efootball atau Ultimate Team dalam EA Sport FC dimana kita setup team kita sendiri dengan player yang biasa2 saja, lepastu bila kita main dalam League, Showdown atau Tournament baru la dapat Pack yang mengandungi player2 rating tinggi bila kita menang dan dapat point CP, SP dan macam biasala kalau nak cepat beli Pack atau kits kita bole beli guna duit kita untuk tambah point LP. Dalam game ni jalan short cut untuk capai kedudukan atau rating tertinggi ni kena la melabur sikit, tapi bagi org lama yang penting skill dan jalan yang agak jauh dan lambat untuk naik rating dan bukan jalan pintas guna duit sbb benda tu la membunuh semangat untuk kekal main game lebih lama sbb kalah menang tu adat bertanding tapi kejayaan yang kita capai dengan bermula dari bawah atau dari kosong tu la menjadi pencapaian yang penuh kepuasan dalam main game ni.
Setelah sekian lama mengumpul pemain dan menyertai perlawanan yang dianjurkan developer, berjaya gak aku naik rating tertinggi dalam liga UFL iaitu ke Division Premier setelah berbulan mencuba. Untuk info Liga UFL ni dia akan reset setiap 20 hari, jadi dalam tempoh 20 hari tu la untuk kita cuba mendaki ke liga tertinggi sebab aku pun berapa lama tersekat kat Division Ruby takpun Diamond. Sebab kalau kita duduk di Division bawah dok jumpa la avarage player yang rezeki nak menang tu ada, tapi bila naik ke Division tinggi macam Ruby. Diamond atau Premier kita akan jumpa player2 yg skillnya bukan kaleng2. Jadi dia perlu konsistensi dan luck yang tinggi untuk berjaya naik division.
Ni list player dalam team aku (setakat post ini ditulis) yang aku dapat pack bila menang showdown, tournament, surge ataupun team pass. Awal2 game mmg celaru gak dengan nak kena setting button yg tak sama dengan Efootball. Dan paling utama kena banyak belajar dari youtube atau tiktok cara nak menang atau bertahan ikut setting team dlm UFL. Yang penting player kita ngam dengan formasi yang kita pilih serta link dengan player lain baru rate player kita naik ikut link player tersebut.Ni list Division dalam UFL kot2 ada yang tak paham, paling rendah Bronze, paling tinggi Premier. Punca utama aku try main UFL adalah sebab lama sangat dah main Efootball, dan capai dah apa yang semua player2 game bola ingin capai iaitu dapat ke Division tertinggi. Lagi satu.. ni pendapat aku la, Game bola UFL ni, grafik dia macam EA Sport Fc dan gameplay macam Efootball, dan yang paling penting, dia free hahahaha..., walaupun dah tercapai nak naik Division tertinggi iaitu Div Premier tapi setakat la aku dok main lg, tapi santai2 ja sebelum game Grand Theft Auto 6 keluaq. La target nak dapat Haaland ja yg tak dapat lg, yg lain2 tu bg aku ok dah.
Ni rating aku dalam game bola Myclub Efootball, lama dah rasanya aku dapat naik Div 1. Pastu dok main santai2 dok ligan player Legend dengan Featured ja.
Semenjak main UFL ni, aku jarang la sikit main Efootball sbb rasa grafik UFL macam cun lg dari Efootbal, dan gameplay yang developer upgrade dan perbaiki dari masa ke semasa buat aku rasa layan, cuma yang kurang adalah jumlah peserta yang main online game UFL ni terhad, tak seramai player online game Efootball atau EA Sport Fc yg dah lama dalam industri ni, sbb kerap sangat aku jumpa opponent yang sama walaupun aku dah on cross platform.






