Jangan Clik

Sunday, April 3, 2016

World Of Collectors Politeknik Syed Sirajuddin Pauh, Perlis

Semenjak menceburkan diri dalam dunia pengkolektoran figure ni, ni la first time aku join Figure Showcase. Showcase yang menghimpunkan kolektor-kolektor mainan dari pelbagai versi di wilayah utara ni. Sori kalau kualiti gambaq tak berapa ok, maklum la ambik gambaq guna hp cabuk ja.
Showcase ni berlangsung 26 hingga 27 haribulan Mac 2016 ari tu di Dewan konvo Politeknik Pauh. Aku macam biasa la bawak figure He Man Master Of the Universe. Ramai anak-anak muda la ni tak tau katun ni, hanya individu yang berusia 30 an ke atas  ja yg tau figure katun2 ni. Depa yg tau hanya figure2 marvel , star wars dan beberapa figure dari siri kartun terkini.
Baguih jugak ada showcase camni, selain bole kongsi info figure-figure koleksi masing2, bola la jugak para kolektor ni berkenalan dgan kolektor lain di wilayah utara ni. Ok booth ni antara yg paling meriah la, booth figure Star Wars, dengaq kata kolektor ni bawak hanya sebahagian saja koleksi beliau, tp aku tgok w'pun sebahagian tapi penuh satu meja panjang, klu dia bwak mai smua la, mau satu dewan penuh ngan figure2 beliau hahaha....besaq mana la ruang simpanan koleksi dia kat rumah.
Terdapat jugak koleksi2 beliau yg rare dan pricey, kolektor Star Wars ni berabih puluhan ribu nak kumpul smua koleksi ni, tp aku tak heran sebab koleksi aku yg cinonet tu pun aku berabih dekat 10k, tambah koleksi2 yg berlambak camni. Dia yg jd mahal tu sebab kebanyakan figure imported jd dengan kadar kejatuhan nilai ringgit ni jd problem la sikit untuk kolektor2 yg selalu beli barang dari luar negara exspecialy dari ebay.
Koleksi Diecast dan Gundam. Lagi satu showcase ni adalah anjuran Pelajar-pelajar Sem 6 Politeknik Pauh untuk subjek showcase depa kot, tapi apapun sekalung tahniah diucapkan kat depa sebab berjaya menganjurkan showcase figure kolektor yg pertama kali diadakan di Negeri Perlis ni dan juga untuk tahun2 mendatang. Kipidap dik...
Koleksi Hot Wheel. (tempat simpanan ditempah khas)
Koleksi Bandai Masked Rider dari Group Ultimate Figure Squad Malaysia (U.F.S.M)
Koleksi Ultraman dan Iron Man, antara koleksi kegemaran anak2 aku
Koleksi abam2 sado hijau dan merah, Brader Hulk dari kolektor org Kodiang, Achik.
Koleksi model Moto Gp, siap ada helmet lg. Cun...
Koleksi kartun One Piece
Limited Edition Hot Wheel bertema He man Master Of The Universe.
Lagi koleksi Star Wars termasuk model dari LEGO
Jejaka kacak berperut gendut bersama karakter Star Wars Kylo Ren.
Bukan kata mengumpul figure, beliau jugak terer melukis karikatur superhero nih. mantop hasil dri beliau
Koleksi Gundam
Koleksi Military model
Koleksi jet-jet pejuang.
Koleksi Star Wars dari LEGO
Koleksi LEGO, lengkap satu Bandar.
Kanak-kanak masa depan yg teruja dengan Figure He Man walaupun tak berapa kenal dengan karakter2 tersebut heheheh....
Selain koleksi2 pengumpul figure, kat sini juga diadakan gerai jualan mainan seperti model2 diecast dan Gundam.
Mainan kereta Hot Wheel yg harga ditawarkan cukup murah.
Jadi macam besa la, lepaih jalan2 tgok figure kolektor2 lain, makan nasik, bersua kenal serba sedikit dengan gadis2 siswi, jd aku ambik keputusan nak sketch lebih kurang suasana kat sana sebagai kenangan.  Ok sampai di sini saja coretan kali ni, kita berjumpa lagi di Showcase pengumpul kolektor terbesaq di Malaysia di Collectors Toys Fair Kuala Lumpur (CTFKL) pada 23 April 2016 yang akan berlangsung di Dewan Keramat Mall, Kuala Lumpur, berjumpa kita di kat booth M.O.T.U.C.A.T.S (Master Of The Universe dan Thundercats). Hhoooooo..... ok go

1 comment: