Jangan Clik
Wednesday, July 6, 2011
Tips menukar setting PS3 dari kabel HDMI ke AVI atau dari AVI ke HDMI
Bg sapa2 yg mempunyai PS3 mungkin mengalami situasi seperti di atas apabila anda nak tukaq setting PS3 dari AVI ke HDMI atau sebaliknya, aku penah la mengalami masalah mcm tu bila awai2 dulu guna tv lama yg takdak HDMI kabel, bila dah tukaq ke tv yg mempunyai HDMI jadi aku pun tanya la org yg pakar sikit ttg PS3 ni dan search di internet. Video di atas menerangkan dengan lebih jelas macamana nak reset balik setting PS3 dan aku guide sikit2 ja la okeh, first:-
1- Pastikan kita dah tukar dari kabel HDMI ke kabel AVI biasa (mcamtu la jugak kalau sebaliknya)
2- Pastu kita tekan punat On tu lama sikit sampai bunyi beep yg kedua. (pastikan PS3 kita dah Off)
3- lpas beberapa second akan tertera ayat-ayat ini "An available HDMI device was detected, Do you want to output video and audio using HDMI? " dan dia ada jawapan Yes dan NO. Bg yg nak tukaq dari HDMI ke AVI kna tekan NO, dan yg nak tukaq dari AVI ke HDMI kna tekan YES.
4-Lpas tu anda bolehla main game dalam PS3 anda dengan sewenang-wenangnya.
5- klu masih tak ble main, try la hantaq kat kedai2 game yg berdekatan hahahaha lawak ja, klu masih ada permasaalahan sila la tanya di ruangan komen. ok
ok selamat berpS3.
Tuesday, July 5, 2011
Ada apa dengan PS3



Yg ni wayar AVI yg akan dibagi free kalau kita beli PS3, tapi kualiti dia tak secantik HDMI la. Kat Lowyatt Plaza ni mmg syurga bagi pegumpul2 gajet dari handset,tablet komputer,GPS, Kamera DSLR dan lain lain lg. Bercambah gerai yg jual barangan dan aksesori gajet tersebut kat sini. Mengenai harga rasanya berpatutan kot sebab kita ble servey kat banyak gerai .Tapi yang aku dimaklumkan di internet dan kawan2 bahawa mmg gerai depa banyak tapi tokey dia satu ja.


Kita kena ambik maklumla kalau kita nak main guna monitor komputer mmg takdak sound macam tv jd kita kna guna Speaker asing dan klu nak sambung ke speaker ,audio kabel kita kna guna yg AVI dan cucuk wayar putih dan merah di converter seperti di atas yg boleh didapati di kedai elektrik dan sambung ke speaker. Barulah ble main ngan puas. Tujuan asal aku beli PS3 ni dulu sebab nak main game PES 2011 Master League online, tapi memandangkan kelajuan internet di Malaysia dan Perlis khususnya hanya setakat 4 mbps jadi ada rungutan dari rakan2 game lain yg dah penah main online dimana bila nak main Master League online, game tu akan lags atau hang, jd aku belum cuba lg, klu nak tunggu kelajuan internet sampai 10 mbps ke atas tak tau bila lg. Jd aku mungkin layan dulu game online kot tapi kalau dok hang jugak alamatnya main offline ja la.
Subscribe to:
Posts (Atom)