Jangan Clik

Tuesday, May 7, 2024

Titik terendah dalam hidup

 Mengimbau kembali kenangan ketika mengalami titik terendah dalam hidup dahulu dimana kita terpaksa melepaskan sesuatu demi mendapatkan sesuatu utk meneruskan hidup di mana hidup kita ini adalah sebuah perjalanan dari satu titik ke satu titik. Dan titik kehidupan ini adalah suatu rantaian hidup yang tak boleh dielak kerana asbab titik-titik itulah menjadikan kita apa adanya sekarang.



Titik terendah bagi aku adalah sekitar tahun 2004 dimana usai sahaja aku menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UITM Shah Alam kepala terus ligat berputar memikirkan apa jua cara dan ikhtiar dalam  mengayuh hidup jadi pada tahun tersebut aku terpaksa melepaskan motor kesayangan aku Yamaha 125 Z dan downgrade ke motor Kriss Modenas dimana lebihan duit aku jual motor tu aku buat modal jual burger jalanan dengan memba sekolah aku  di hadapan Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi, Kangar. Walaupun untung tak banyak mana tapi berjaya jugak untuk menambah pendapatan dari meminta-minta ke ibu bapa tambahan keluarga aku bukan dari kalangan org berada. Kalau dicongak-congak pendapatan aku sebulan tolak modal, sewa tapak dan agihan ke memba aku bole la seorang Rm 180 sebulan, jauh beza dengan pendapatan seorang lagi kawan aku yg bekerja di sykt swasta Faber Mediserve Hospital Tuanku Fauziah Kangar dengan pendapatan Rm 780 sebulan dan kalau tambah OT bole mencecah RM 900 sebulan. Itu yang membuat aku bulat tekad sambil2 meniaga tu dok cari lowongan  kerja2 kosong lain yang gaji lebih sikit sebab kalau nak bergantung pada pendapatan jual burger tu saja bukan kata nak menikah, nak tampung makan minum bulan2 pun tak lepas. Walaupun tangan pernah luka terhiris ketika memotong bahan burger kobis, bawang,salad tapi banyak lagi luka di dalam diri memikirkan nasib2 mendatang apa langkah seterusnya untuk mengubah pola hidup yang dilalui pada masa tu.


Wife aku juga pernah mengalami titik terendah dalam hidup dengan membantu abangnya berjualan apom balik atau burger di pasar-pasar malam sekitar daerah Kerpan dan Ayer Hitam melawan pengap dan teriknya matahari tidak kira hujan atau berpanas. Walaupun pendapatan tak seberapa tetapi cukup untuk perbelanjaan harian dari menyusahkan ibu bapa sebelum dapat meneruskan pengajian dan mendapat pekerjaan sekarang. Walaupun sering menyapu marjerin ke apom balik tapi banyak lagi menyapu keringat di diri sendiri atas perit jerih pengalaman yang lalu mengajar kita erti bahawa hidup ini tak semudah memetik jari.


P/s:- Gambar2 di atas adalah edit semata2 kerana tiada gambar asal disebabkan waktu kejadian itu berlaku henpon berkamera belum diperkenalkan lagi.