Jangan Clik

Wednesday, March 28, 2012

Jersi bolasepak yang tidak digalakkan memakainya.



Memandangkan musim demam bolasepak Euro 2012 makin hampir, pasti peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia termasuk di Malaysia tak sabaq2 nak pi beli jersi terbaru pasukan negara atau kelab kegemaran masing2 tak kiralah kat pasar malam ka, kat Padang Besaq ka, kat Chow kit ka atau kat mana2 tapi harus diingat, masih ramai lagi peminat Islam di malaysia khususnya tak berapa nak ambik berat tentang perkara ni , iaitu jersi bola sepak yang terpampang lambang salib, penaja dari minuman arak, penaja dari syarikat judi dan juga lambang setan.Aku jugak antara peminat yg minat kumpul jersi bola tak kira la dari negara atau kelab, janji cantik, tapi la ni kna berhati-hati la sikit. Kerana menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor Dato' Noh Gadot berkata perkara tersebut ditegah oleh Islam dan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh menjurus umat Islam ke arah syirik.Pemakaian jersi bola sepak atau pakaian lain yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Beliau berkata memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Jadi kepada semua peminat bolasepak berhati-hatilah ketika membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing takut dapat dosa kering ja termasuk la aku huhuhuhu....pakai jersi perlih dgan Malaysia cukup la kot. Antara gambaq jersi2 negara dan kelab di atas yang dilarang pemakaiannya kerana:-


Jersi Portugal - dah teserlah gambaq salib kat baju dia dan terutama kat lambang.

Jersi Barcelona - ada gambaq lambang salib kat logo kelab

Jersi Sweden- juga ada lambang salib kat logo negara

Jersi Brazil - ada lambang salib kat logo negara

Jersi Ac Milan- ada lambang salib kat logo kelab

Jersi Manchester United - ada gambaq setan kat logo kelab

Jersi Aston Villa- ada lambang penaja dari syarikat judi

Jersi Parma- dari dulu jersi parma mmg dikenali dgan lambang salib yg besaq kat jersi dia, kesian kalau ada pemain Islam kna main kat Parma, tak pasai2 kna pakai baju ni.

Jersi Everton - ada lambang penaja minuman arak gajah sondoi

Jersi Real Madrid - ada lambang salib kat mahkota di logo kelab (w'pun kecik tapi kira ada jugak la)


Yang terniat nak tulis ni sebab tadi aku nampak mamat tu pakai jersi England, w'pun takdak lambang salib tapi kat belakang jersi ada 4 titik yg menyerupai salib. Kadang2 sebagai peminat kita ni tak perasan sangat tambah2 klu lambang kecik atau ada lambang tersembunyi, dan mungkin pelbagai alasan akan diberikan oleh si pemakai dengan alasan bukan untuk masuk agama Kristian pun hanya suka2 ja, bukan nampak pun lambang tu. Tapi itu semua pendapat memasing, pandai2 la pikiaq....tepuk dada tanya sama itu hud..hud.

Sunday, March 25, 2012

Penang

Cuti sekolah bawak familiku jenjalan ke Pulau Pinang sambil mensetelkan beberapa hal di USM. First time Nasihin naik feri, dah 5 bulan baru bleh naik feri, abang dia dulu kerap sebab masa tu wife aku masih stadi kat USM masa mengandungkan dia, tu yg nampak stedi tu hahaha... kontrol nampak

Singahan pertama adalah tempat yg dah lama aku nak kunjungi iaitu kedai buku terpakai di Bazar Chowrasta. Bazar ni aku penah la mai tapi mai beli jeruk la, tak tau plak kat tingkat 1 Bazar ni ada kedai buku terpakai, mmg syurga la pada kaki bulu eh kesilapan plak...kaki buku cam aku, tu pun aku tau lepaih baca beberapa bloggers kaki buku yg penah mai sini.

Ada lebih kurang 5 ke 6 buah kedai yg masih buka dan macam2 jenis buku ada, buku novel ada, komik, kartun, buku kanak2, buku Agama, buku teks sekolah, buku lima klu beli tak bayaq hahahah... macam2 jenis bukulah, ada bahasa Inggeris, ada bahasa Melayu , bahasa isyarat pun ada. Harga tu ble dikatakan murah jugakla, dan klu bli banyak lg la dapat diskaun banyak. Aku hanya beli komik Jungle Jokes dgan buku kanak2 utk anak aku. Nak mai sini aku kna mai sorang2 bru bole belek satu2, bwak anak2 payah sebab sini panaih sikit depa cepat rimaih.

Laju ja bini aku bila aku sentuh bab nak beli jeruk, tup...tup...dah dok kat tingkat bawah.

Macam2 jeruk ada, jeruk buah pala, jeruk kelubi, jeruk pelam, jeruk anggur, jeruk cermai. Nak campoq pun boleh.

Chek in hotel pun dah petang sebab pi jalan2 belah pulau dulu, sebab kami mai menginap di Hotel Hydro, Pantai Miami, sebelah Pantai Batu Feringghi, klu nak kluaq jenjalan belah bandar leceh plak lalu jalan bengkang bengkok. Seronok dua beradik nih ble landing ataih tilam, maklum la pakat2 ngantuk tak sanga.

Mintak sea view, alih2 dapat hill view. hill view pun hill view lah janji ada bilik kosong sebab kami mai musim cuti sekolah, bilik kna tempah awai, klu tidak...yeelekkk...

Syakirin tgah baca mentera nak bertukaq ke mentimun laut jadian hahahaha....aku lebih suka mai Pantai Miami berbanding Pantai Batu Feringghi sebab pantai sini org tak crowded sgat berbanding Batu Feringghi, senang nak kawal anak-anak dan kawal mata aku dari melihat gadis-gadis manis nan seksi.

Syakirin sorang ja mandi, kami yg lain jadi pak guard dan jalan2.

Lepaih mandi laut, dia buat perangai nak mandi kolam plak, pi lah mandi, ble jgak babah cuci mata sikit tgok pompuan seksi pakai bikini , rezeki jangan ditolak .....hahahah adehhhh...adehhhh....kna tarik telingga plak ngan bini aku, mmg takleh tgok org senang la.

Kna plak tempat makan sebelah kolam, lepaih makan ja Syakirin ajak nak terjun kolam, sabaq la sat tunggu babah perabih lauk nih, mai hotel mana ble makan nasik, kna makan lauk ja baru berbaloi hahaha....

Esoknya kami pi USM setel hal lebih kurang pastu berangkat plak blik, takdan nak merendek kat USM mengimbau kenangan dulu sambil berduet lagu Wajah hati dari filem Ali Setan sebab Syakirin dok buat perangai nak beli menan, dlam USM mana ada menan, marka ada la. Sempat bergambaq kat ataih bukit bersebelahan Muzium USM.