Jangan Clik

Sunday, December 31, 2023

Kata-kata - adalah perkara yang tak boleh dipercayai


 Baru terbaca nukilan seseorang sempena menyambut kedatangan tahun baru, yang membuatkan aku tercuit hati adalah perkataan 'hutang baru' dalam caption beliau hahaha.. Ucapan dia berbunyi lebih kurang begini " Selamat tinggal tahun 2023 dengan tambah hutang baru (gambar beliau disamping kereta baru) klu jumpa hon la, selamat datang tahun 2024". begitulah lebih kurang. Bukan apa aku masih ingat post beliau masa aku ambik rumah sebiji lagi yg mana beliau tulis "Masuk umur 40 an ni tak payah la tambah hutang, cukup la pakai yang mana ada" hahahaha.. Tapi beliau yg masuk 40 an lebih pun tambah hutang baru jd kesimpulan dia apa? Kata2 adalah perkara yang payah utk dipercayai sbb org lain buat hutang tak bole, dia buat hutang takpa hahahaha..

      Ok lagi satu perkara yang berkait jugak adalah ttg si polan yg share video beza keta baru ngan keta lama dimana dlm video tersebut ada menyebut "keta lama ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror sama ja ngan keta baru ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror, takdak beza" tup tup tak lama lepas tu beliau beli keta baru yg upgrade dari keta lama hahahaha.. Awat tak beli sama jenis takpun keta yg lama sikit sbb dah la harga murah dan takdak beza pun.. Ada 4 pintu, 4 tayar, 2 side mirror jugak hahaha.. 🀣🀣🀣. Jadi kesimpulan dia apa, kata2 adalah perkara yang susah utk dipercayai bila org lain buat tak bole, dia buat bole dah macam ahli2 politik la ni plak hahahaha.. πŸ˜‚.

Ok apa persamaan dua2 perkara ni? Persamaan dua perkara ni adalah ia di post di media sosial selepas aku sekeluarga baru ja beli rumah kedua, dan baru tukar kereta baru. Wpun kita tau ayat penafian depa yg kata tak tuju kat sapa2 pun, peringatan utk diri sendiri tapi klu share sblm aku ambik rumah, sblm aku ambik keta, aku bole terima lagi, tapi post2 dibuat lepas aku beli kedua2 nya, lepas aku beli rumah post pasai rumah nak yg sedang2 saja la, umoq 40 tak elok tambah hutang la, kna ikat perut bagai la, beli keta post biaq keta buruk janji takdak hutang la, keta mahal ka baru sama ja ada 4 pintu.. 4 tayar hahaha.. Itu pilihan masing2 pasai apa nak sakit hati sangat pun tak tau la🀣🀣.. jd kita tau la ayat2 tu adalah ayat utk penyedap hati menutup sifat dalam diri yg tak bole tgok org lebih dari kita. Macam yg aku kata klu post atau share perkara positif media sosial, positif la jadinya, klu negatif post kita negatif la jadinya. Jd nak post apa2 pikir dulu sbb banyak hati nak kena jaga. Sbb kerap dok share "Tak malu ka pakai keta lama cat dah lusuh" sedangkan semua tau dia dah ada keta baru, tak pikir ka perasaan org sekeliling yg masih pakai keta lama cat lusuh asbab faktor ekonomi. Jd post beliau nak kata kat sapa sebenarnya? Hahahaha.. Tepukla dada tanya iman. Pis no war just my two cents... ✌️😁

Wednesday, March 15, 2023

Adab dan akhlak

 


Bila dah nak hampir masuk umur2 warga emas ni baru la kita paham bila jumpa org2 tua yang selalu tanya macam2 kat kita, ya kadang2 org tua ni takdak laman sosial media yang tau semua berita pasal kita, jd bila jarang2 jumpa tu banyak benda la dia tanya, tapi selalunya dia tanya benda basic ja la, keja mana, kahwin dah ka, anak bopa orang, duduk mana.
    Bukan kata orang tua kadang2 memba kampung, memba sekolah rendah, memba tempat keja lama pun selalu tanya soalan2 camtu , ya la bila lama tak jumpa pasti nak tau serba sikit perkembangan kita, pembuka bicara la lebih kurang, macam kita jumpa jiran tgah  basuh keta kita bole tanya "basuh keta ka bang mid?" sedangkan kita dah nampak dia basuh keta, saja tanya untuk memulakan bicara, tu ja.
    Tapi banyak plak aku baca di media sosial yang ajar budak2 muda bila org tua tanya "bila nak kahwin" suruh jawab "pakcik bila nak mati" , bg aku jawapan camtu sangat tak beradab dan berakhlak, mengajar generasi muda menjadi kurang ajar asbab trigger dengan pertanyaan tu, apa salahnya jawab dgan elok, mati ka kalau jawab macam tu? tak kan.., jadi kenapa nak ambik semua benda jadi negatif, klu rasa trigger, koyak, paling kurang senyum sudah.. setel, tak perlu nak bersikap kurang ajar dan provokatif, tak mendatangkan untung apa pun.
    Ya , aku penah jugak trigger bila disoal pertanyaan "bila nak dapat anak" masa mula2 aku kahwin dulu, sbb dekat setahun lepas kahwin wife aku takdak rezeki nak dapat anak cepat. Tapi masa tu aku positif thinking, maybe depa cuma nak mula bicara, ambik berat pasal kita dan paling make sense depa lama tak jumpa kita jd mungkin nak tau perkembangan kita wpun kita mengharap kan soalan2 lain cam "ang sihat ka", banyak beli barang atau apa2 saja, tapi kita bukan bole kontrol org lain kan. jadi positif aja apa yg depa tanya, tak rugi apa pun.Jawab elok2 tak salah rasanya.
    Teringat aku kisah pakcik kampung aku tanya memba aku ttg adik dia yang baru keluaq universiti tu keja mana, sinis dia menjawab yg adik dia tu keja ngan sykt Singapore, lalu pakcik tu tanya la balik, keja masa bila sebab dok nampak ada di kampung, tapi memba aku tu jawab dia keja online wpun masa tu bukan zaman pandemik, berlalu la pakcik tu mungkin berpuas hati dgan jawapan memba aku tu, tapi yang aku kesalkan awat ang tak jawab jujur yang adik ang tu keja buat Grab, pasai apa nak pemain pakcik tu.Jawab jujur apa salahnya, sbb kami geng2 kampung semua tau mmg adik dia keja bawak Grab . Mmg klu ikutkan apa yg dia habaq tu betoi sbb ibu pejabat Grab mmg kat singapore, keja buat grab mmg guna aplikasi online tapi pakcik tu bukan tau semua tu pun, jawab direct teruih awatnya, bukan pemain org tua camtu. Klu org pemain ang, ang nak marah, ang pemain org bole hhmm.. πŸ™„
    Dan pada pendapat aku yang memba aku jawab macam tu ttg adik dia bukan pasai apa, sebab rasa keja tu lekeh, low class sbb tu jawab cara pemain pak cik yg mmg tak tau apa sbb cemuih pak cik tu tanya. Cuba adik dia keja Engineer kompom2 semua dia cerita wpun pakcik tu tak tanya, sykt mana, gaji berapa, dll. Benda yg aku nampak org cepat trigger ni sbb dia takdak semua yg ditanya tu, cuba ada org tak tanya pun dia cerita sendiri hahahaha...jd pendapat aku letakkan la nilai positif , adab dan akhlak di depan insyaAllah hidup kita akan ceria bak pelangi.

Tuesday, March 7, 2023

Susah senang bersama




 Haritu godek2 komputer terjumpa video2 lama yg wife aku rakam anak sulung aku masa dia kecik2 dulu, jadi untuk aku abadikan kenangan2 masa dia membesaq tu dulu aku buat la video tik tok sempena harijadi dia yang ke 14 tahun haritu.

Sambil2 edit video tu lalu terflashback la masa2 aku ngan wife struggle di awal2 perkahwinan untuk melayari arus kehidupan berumahtangga sebab kalau hampa perasan di video no 2 (yg anak aku teriak) ngan video 3 (anak aku nak belajar sembahyang) tu kelihatan suasana persekitaran rumah sewa aku masa dulu. Rumah kampung 3 pintu yg ada 2 bilik kecil dan dapur yg luas 2 langkah org dewasa ja. Ya di rumah kecil tu la aku membesarkan anak aku yang sulung (sebab adik2 dia membesar dah selesa sikit sbb aku dah pindah duduk rumah teres yang aku beli di kangar).

Walaupun kecil tu la syurga bagi kami, bila kita dah biasa dibesarkan dalam suasana yang tak senang kita akan lebih menghargai sesuatu. Sebab tu bila dah duduk dalam zon selesa la ni aku bersyukur sangat sebab anak2 aku dah tak merasai zaman kesusahan ibu babah dia dulu, sampai satu tahap aku persoalkan kenapa la org tua aku tak senang sebab seronok tengok kawan2 yg mai dari keluarga senang bila nak duit cakap ja, nak apa2 sebut ja, yg kawan2 keluarga peniaga lagi seronok aku tengok hanya seluk bekas duit ngan laci duit di kedai ja ambik duit, pi keluar ke bandar  bawak sampai rm 50, yg kita ni rm 10 tak sampai hahaha..tapi bg aku semua tu ada hikmah di sebaliknya untuk kita mencapai kebahagian dengan cara kita sendiri, gapai dengan titik peluh kita tanpa mengharapkan bantuan org lain itulah sebesar-besar penghargaaan yang mebuatkan kita lebih bersyukur dapat keluar dari kepompong kisah silam kita kepada sesuatu yang lebih baik.

Betoi ada org kata kebahagiaan terletak pada kita,cara kita dan bagi aku inilah kebahagian cara aku, aku bahagian tengok wife aku dan anak2 seronok dengan apa yg dikecapi la ni, wpun tak sesempurna org lain kurang2 aku mampu bg anak aku merasa apa yg org lain rasa mengikut kemampuan aku dlm membesarkan depa dalam suasana yang positif dan harmoni. Jadi hidup hanya sekali, rempuh sahaja .....