Jangan Clik

Monday, May 30, 2022

Abang berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains Syed Putra

 

Pejam celik pejam celik sat ja anak sulung aku dah melangkah ke alam menengah. Aku suami isteri tak pernah pun meletakkan harapan yang tinggi kat anak2 aku, cukuplah depa dapat pendidikan agama dan duniawi yg sempurna pun dah cukup dalam membentuk sahsiah depa. 

Seingat aku beliau bukanlah pelajar2 cemerlang di dalam kelas wpun masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri cuma aku dan wife polish sikit2 supaya tak terkeluar dari landasan yg sedia terbina. Aku dan wife dulu dah berbincang mengenai tugas masing2 di mana aku lebih banyak buat bersama homework anak2 dan memeriksa kerja sekolah mereka dan wife aku yg banyak membetulkan dan memahirkan depa dlm soal agama dari segi mengenal huruf, sebutan yang betul dan tertib solat wpun tiap2 hari hantar ke kelas mengaji supaya depa cepat mengenal huruf dan membaca Al-Quran.

Sudah menjadi lumrah bila kita ada anak yg sebaya di kalangan kenalan2 terdekat ni pasti perbandingan tu wujud tp bg aku itu adalah perkara biasa dan tak pernah terasa pun bila kawan2 tanya kedudukan anak dlm kelas sbb aku tak pernah sembunyikan atau memuji anak aku sbb masing2 ada potensi masing2. Sebab realitinya kedudukan dalam kelas anak aku tak pernah pun dapat 5 terbaik, (ada sekali kot masa darjah 4), kedudukan 5 terakhir tu selalu 😂😂.

Kita tau setiap ibu bapa pasti mengharapkan dan cuba untuk anak2 mendapat pendidikan dan pencapaian yg cemerlang tp apa yg perlu kita tahu adalah setiap anak anak ada limit masing2 dan aku masih berpegang pada ayat 'Permulaan tu tak penting, yang penting adalah pengakhirannya' sbb kami suami isteri dulu tak pernah cemerlang dalam exam upsr atau pmr cuma result sedikit baik pada exam spm tapi masuk U pun kos biasa ja 😂, cuma usaha dan rezeki kami ja dapat pekerjaan yang baik dan dapat memberi kehidupan yg baik pada anak2 dan membantu org tua kami.

Masa penilaian pelajar tahun 6 tu mmg kami fokus betoi2 pada pelajaran anak. Sbb zaman la kan dah takdak exam upsr jd penilaian dalam kelas yg akan dinilai. Zaman aku dulu tak mampu nak pi sekolah mrsm, sekolah berasrama penuh atau sekolah cemerlang sbb tu aku ngan wife cuba hantaq anak masuk ujian kemasukan semua sekolah terpilih supaya peluang beliau dlm pelajaran lebih baik dari kami dulu, cuma kami sedikit kecewa bila tau ada yg ibu bapa tak isi dan hantar permohonan anak utk ujian kemasukan ke mrsm atau sek berasrama penuh sbb ia seperti menafikan peluang dan hak anak2, ujian kemasukan ni terbuka.. semua bole ambik, mana tau ada rezeki anak2 dapat belajaq kat institusi yg lebih baik. Aku tak nafikan sekolah biasa pun ada yg melahirkan individu yg berjaya tapi peluang ke peringkat selanjutnya lebih tinggi bila anak2 belajar di kalangan pelajar2 yg terpilih dgan persekitaran yg terbaik. Sebab bg aku dgan pendidikanlah anak2 bole keluar dari kepompong kemiskinan macam hidup aku dan wife dulu. Bila mak ayah tak ambil peluang tu utk anak2 kesian la kat depa sbb sebagai ibu bapa ni tugas kita bukan sahaja utk membesarkan depa malah memberi kehidupan yg baik  dari segala segi.

Lagi satu kita sebagai ibu bapa ni sepatutnya seronok bila tengok anak2 yg sebaya ngan anak kita ni berjaya,tambah2 dari kenalan terdekat, tapi bukan dengan dok up status wasap,story pesbuk takpun sharing kat pesbuk yang seolah2 menyedapkan hati atas kelebihan pencapaian org lain, sebagai contoh dok tulis "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak mak ayah" hahaha...aku tak penah mengharap bila aku laki bini tua nanti nak menyusahkan anak2 basuh berak aku, aku kalau bole berdoa supaya aku meninggal nanti takmau menyusahkan sapa, tapi tu semua atas aturan dari Allah, sbb kita bukan ramal masa depan kita camana, lg satu bg aku dari dok meroyan tulih macam2 nak bg sedap hati baik kita terapkan kat anak kasih sayang antara adik beradik, kasih sayang terhadap ibu bapa bila kita tunjukkan contoh yg baik terhadap ibu bapa dan keluarga mentua kita. Aku akui syarat basuh berak org tua bukan ditentukan oleh betapa tinggi pelajaran, berapa banyak harta benda, betapa cantik rupa paras, betapa tinggi pangkat tapi ditentukan oleh adab dan kasih sayang terhadap org tua, dan anak2 juga perlu tau, membanggakan dan membahagiakan ibu bapa juga salah satu tanggungjawab anak2, ibu bapa mana yg tak gembira bila anak2 berjaya. Lebih baik kita tanamkan benda positif dalam diri dari dok jd hamba posting dari pesbuk yg tak berfaedah.

Aku heran betoi la perangai2 org la ni, semua tak kena kat mata depa, kalau tgok kat pesbuk macam2 benda negatif depa tulis pastu siap share lagi utk puaskan hati masing2, sebagai contoh ada isu baru2 ni tentang ada sorang netizen tulis "semak bila mak ayah yg ambik anak sekolah dgan vellfire sbb macam nak menunjuk bukan nak ambik anak sangat" pastu "buat apa beli rumah besar nanti tua duduk berdua ja" pastu ada seorang Dr tulis "dia sanggup beli rumah dari beli Vellfire" dan ada pulak tulis "buat apa beli rumah banyak2 pastu tanggung hutang" hahahaha...kesian bila ada yg kena penyakit hati yg tak bole tengok org lebih pada dia, tu rezeki masing2 dan cara hidup masing2 bukan dia mintak duit kita pun, bila kita rasa dia tak ikut cara kita, kita nak salahkan semua yg dia buat plak, bila dilihat berlaku situasi camtu ini menunjukkan yang rakyat kita ni dah makin kronik penyakit hati depa. Nauzubillah...moga2 dijauhkan. Tapi mungkin ada yg kata penulisan di medsos tu bukan nak tuju kat sapa2 hanya utk peringatan diri sendiri ja, kalau utk diri sendiri, kat post pesbuk 'post audience' tu ada tapisan yg kita bole klik 'only me' sahaja haa..klik yg tu, bukan klik yg open hahaha....


Dari sekolah rendah lama anak aku yang dapat ke sekolah ni hanya 3 org ja, ok la jd anak aku tak la segan sangat sebab ada kawan2 yang dah kenal. Wpun seriau takut dia tak ble bertahan dgan kehidupan asrama tapi alhamdulillah setelah 2 minggu dia dah bole adapt dengan suasana baru dgan kawan2 baru dari serata negeri dan nampak seronok ngan kawan2 sampai aku ajak balik rumah masa outing pun takmau sbb nak keluaq ngan kawan2. Semasa dapat sekolah berasrama penuh ni jugak anak aku ada dapat tawaran ke MRSM Arau tapi aku sepakat ngan wife utk hantar dia ke SBP ni jugak sbb salah satunya dekat ngan rumah  dan lagi satu sekolah ni satu-satunya sekolah SBP yang ada dalam Perlis dan bukan senang nak masuk sini,lagipun sepupu aku ada yg belajar dan pernah belajar di sini hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti of New South Wales, Australia. Semoga doa kami mengiringi anak-anak dalam meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya..amin.