Jangan Clik

Tuesday, August 13, 2019

Contoh surat permohonan pembatalan pinjaman rumah LPPSA

Sebelum kita menyentuh tentang surat pembatalan pinjaman perumahan LPPSA ni aku nak menyorot sedikit sebanyak permulaan cerita sebelum tindakan pembatalan ni dilakukan. Ok rumah yang aku beli ni adalah rumah PPA1M pertama kat Perlis, rumah double storey dan ditawarkan pada harga RM 238,000.00. Bagi rakyat Perlis harga tu mmg cukup murah sebab pada masa tu(sekitar tahun 2016) harga rumah double storey paling kurang berharga Rm 289,000.00.(harga rumah kat Perlis mahal dikatakan sebab tanah harga mahal dan kebanyakannya tanah sawah yang perlu ditambun tanah menyebabkan pertambahan kos).Tapi yang leceh sikit jarak taman perumahan ni agak jauh dari Kangar, iaitu di Padang Besar, dgan jarak 27 km atau setengah jam perjalanan dari Kangar. Tapi tu la aku masa tu kalut sbb tengok harga rumah murah, terus apply PPA1M  dan akhirnya lulus. Ok ni ada satu tips kalau hampa nak apply rumah PPA1M (sekarang ditukar ke PPAM), hampa apply lot rumah yang bilangannya banyak, selalunya rumah lot intermediate, jangan apply rumah corner lot atau Semi D sebab jumlah dia sikit dan membuatkan hampa terpaksa bersaing dengan pemohon lain dan waktu kelulusannya ambik masa, bila dah lulus hampa bole deal dgan pemaju nak ambik lot mana, macam kes aku, aku mohon lot intermediate pastu aku deal dgan pemaju ambik corner lot, tapi kena tambah duit sikit la jd rumah tu berharga Rm 310,000.00, bincang punya bincang kami setuju dgan harga tu memandangkan pemaju pun cakap tanah tepi tu luas sampai bole buat rumah sebijik lagi. Setel segala urusan, jadi kami pun hanya menunggu waktu dapat kunci ja. Dipendekkan cerita lepas aku ambik rumah PPA1M tu, bercambah perumahan double storey naik sekitar Kangar dan harga pun tak lari jauh dgan rumah aku ambik tu, hhaaaaa...dia start pikiaq macam2, mula2 dok kata tak jauh mana tp lama2 pikiaq cam jauh plak, mungkin ramai akan kata ala bukan jauh mana pun, ada org berulang lagi jauh relaks ja hahahaha...takpa la depa berulang jauh tu masalah depa, aku berulang jauh ni masalah aku, jd bila ada masalah ni apa aku buat? aku cuba selesaikan dan tindakan pembatalan ni berjaya menyelesaikan masalah aku ni, tambahan dengan kelam kabut uruskan anak2 dgan sesi dan aktiviti persekolahan depa yg kadang2 menjangkau sampai ke petang membuatkan kami laki bini mula berdebat2 manja, rasa rugi la beli rumah jauh, harga rm 300k jugak sama ja dgan harga kat Kangaq yg jarak lagi dekat. Bila projek perumahan tu dah mula siap sikit, aku mula  jd menyesal bila tengok keluasan tanah tepi yang di katakan mampu buat rumah sebijik lagi tu, tak seperti yang dikata, tu lagi satu silap aku, tak tgok plan dulu, pakai setuju ja dengan modal air liur pemaju, bila dah beli aku tgok tanah tu besaq sekangkang anak gajah afrika ja, buat rumah sebijik lagi apa, klu nak extend pun sikit ja, hampeh btoi hhhuuuuhhh...menyesal lagi...Pastu timbul plak memba aku yg dah beli rumah kat Beseri pun ambik rumah kedua kat Kangar, sbb jauh katanya dan dia menyesal beli rumah pertama dia kat Beseri sebab wife ngan anak2 dia sekolah kat Kangar tu yg dia ambik keputusan beli rumah kedua kat Kangar.Dan aku kembali berdebat laki bini hahahaha... sampaikan aku mula buat inisiatif nak batalkan perjanjian rumah tu dengan alasan sendiri, tapi bila aku dapatkan pandangan kawan2 yg arif pasal perundangan dan juga baca serba sedikit dokumen aggrement sale and purchased tu aku batalkan bila tgok jumlah amaun yg aku nak kena bayaq kat pemaju, lawyer dan juga pihak LPPSA. Dan dari hari ke hari aku asyik dok salahkan diri sendiri atas tindakan tergesa2 aku tu, beli rumah mahal cadang nak duduk dgan selesa tp jd tak selesa plak dok pikiaq macam2, kampung org tua kat Kangar, opis kat Kangaq, sekolah anak2 kat Kangar tapi nu aku pi duduk beli rumah kat Padang Besar plak hahahaha... kalau memba2 ajak minum2 dan lepak camna? (sebab memba2 aku semua dok Kangaq) takkan aku nak balik tgah2 malam ke Pdg Besaq, mau cerin habih bulu roma satu badan lalu kot jalan2 yg gelap dan jauh hahahaha... kadang2 bila fikir balik macam lawak jugak sebab aku dulu cuba buat macam2 nak bg sedapkan hati bila dah terbeli rumah kat Pdg Besar ni, macam dok kata memba aku tu wpun beli rumah kat kangar tapi bukan hari2 dia duduk rumah tu (sebab kawan aku ni keja swasta kat KL, 2 kali sebulan ja dia balik mai Perlis jengok famili) tp aku ni wpun dok Pdg Besar tapi bole dok hari2 ngan famili hahaha..., kan Pdg Besar dah dekat dengan sempadan jd dok fikir anytime bole menyeberang sempadan pi Siam beli barang dan makan makanan Thai sbb dah dekat kan hahahah...pastu kan dah dekat dgan Empangan Timah Tasoh nti bole la selalu pi mengail wpun aku tak minat langsung mengail (alasan yg tah hapa2 nag sedapkan hati) kuikuikui... ,lagi satu aku dok pikiaq bole la nak buat jualan online barang2 Padang Besar atau dari Thai sebab dah dekat kan dengan sumber tp klu dok Kangaq pun anytime ja ble mai Padang Besaq hahahaha....tah hapa2 la aku ni nak sedapkan hati punya pasai macam2 cari alasan penyedap hati ,dan sampai satu tahap aku merasakan beli rumah kat Pdg Besar ni merupakan tindakan paling bodo aku lakukan bak kata pepatah omputih "Mistakes ara painful, but as time goes by, they become a collection of experience called 'Lesson' ". Sampai aku penah fikir dan ambik keputusan kalau tak mau duduk rumah kat Pdg Besar tu aku nak jual rumah aku kat Kangar ni buat modal beli rumah elok sikit kat Kangar ni, rumah kat Pdg Besar tu buat sewa ja. Tapi tu la nak beli rumah seselesa macam rumah PPA1M yg wife aku beli ni takbole la sbb loan aku ni had dia tak sama ngan had kelayakan wife aku.
Tapi tu la, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya, perjalanan yg Allah aturkan dah cukup elok dalam mempermudahkan segala urusan para hambanya. Pada sekitar hujung bulan Februari tiba2 terdapat kelibat seketoi surat dalam peti pos rumah aku, bila baca2 dan aku amati tgok rupanya surat dari KPKT dengan tajuk 'Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah' iaitu untuk taman yg aku beli kat Padang Besar tu. Memang sebelum ni aku pi tgok perumahan tu ada jugak aku tgok cam terbengkalai, sebab rumah2 kongsi pekerja habih naik pokok menjalar dan takdak aktiviti pembinaan dijalankan tp aku buat dono ja la dok anggap nanti depa sambung buat kot. Bila mai saja surat tu dan pabila aku terbaca ayat yang bertulis "menstruktur semula pinjaman" teruih  timbul mentol lampu ataih pala hotak aku dan niat untuk membatalkan perjanjian tu kembali terjalin...eh cam lagu Slam plak sebab potongan pinjaman rumah wife aku dah start potong dalam 3 bulan dan menyebabkan perbelanjaaan isi rumah terpaksa di hematkan sedikit menyebabkan tindakan nak membatalkan pinjaman tu kembali membuak2 umpama malam pertama keterujaanya. Selepas membuat sedikit kajian, bertanyakan kawan2 yg lebih arif dan juga mengorek maklumat dari kawan setia aku yg sungguh tinggi dan banyak ilmu pengetahuannya iaitu Encik Google bin Search , alasan 'Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah' dalam membatalkan perjanjian perumahan LPPSA merupakan Lesen Besar untuk diluluskan oleh Lembaga, dengan sepantas Usain Bolt pencen aku terus buat surat pembatalan dilampirkan sekali surat asal Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah  dari KPKT ni dan dimajukan ke LPPSA menggunakan Pos Berdaftar.Nak dijadikan cerita LPPSA memaklumkan depa tengah naik taraf sistem depa dan permohonan aku tu akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu lagi setelah sistem kembali pulih seperti sediakala, yaaaa...Allah lamanya, dia punya tunggu tu macam mengharap planet Pluto jatuh ke riba. Dalam masa yang sama wakil pemaju plak wasap wife aku kata projek berjalan kembali, siap hantaq gambaq2 bukti lagi kerja2 pembinaan diteruskan...ok jem yg kedua....jem yg ketiga plak, pihak peguam pemaju plak hantaq surat suruh setel pembayaran lawyer fee berjumlah Rm 11k ++ siap ada tarikh dateline lagi, klu lambat bayar kena denda...mampoih dah, macam2 alasan aku bagi kat depa, kata bru buat loan la, loan tak lulus lagi la, yg sebenaqnya aku dok tunggu keputusan dari LPPSA tu. Dalam masa dok tunggu result yg perasaan dia umpama tunggu result SPM tu, pihak LPPSA silap email plak kat org lain borang2 yg perlu diisi, bila wife aku tepon baru la depa hantaq balik ke email yg btoi, dah makan masa lagi...haaiisshhh...macam2 cabaran... sampai satu tahap tu kami dah malaih pikiaq dah, klu lulus alhamdulillah, klu tak kami redha ja. Tapi tu la rezeki tak pernah silap alamat, akhirnya sampai jugak surat keputusan yang ditunggu tu dan keputusannya "LULUS" hahahaha....mula2 tu seronok la tapi bila tgok amaun yg nak kna bayaq balik kat LPPSA tu muka jadi kelat balik hahahaha...tapi apapun kami nekad, bagi aku mungkin ni harga yg perlu dibayar untuk tindakan terburu2 aku tu. Aku nak ingatkan kat pembaca semua, nak batalkan pinjaman perumahan LPPSA boleh, tapi ada risiko dia, risiko dia adalah kita kena bayar balik jumlah yang LPPSA dah keluarkan kepada pemaju dan juga bayaran insuran, macam kes aku aku beruntung sebab aku beli rumah under PPA1M yg mana ikut perjanjian depa bayaran rumah akan dilepaskan oleh LPPSA ke pemaju bila rumah tu siap 100%, kalau ampa beli direct dari pemaju lagi la jenuh nak bayaq sebab pembayaran LPPSA ke pemaju dibayar by progress. Aku nasib baik kna bayaq kat LPPSA cuma bayaran pendahuluan yg dikeluarkan ke pemaju dan insuran. Tapi jangan risau ampa ble claim balik lebihan duit insuran tu, caranya ampa pi Sykat ejen insuran rumah yang dibuat tu, bawak sekali surat pembatalan dari LPPSA, surat selesai baki pinjaman dari LPPSA dan salinan no akaun bank. (yg penting ampa kna setelkan dulu bayaran kepada LPPSA baru ble dapat surat penyelesaian dari LPPSA tu, baru bole claim balik lebihan duit insuran). Kalau kita dah setel bayaran kat LPPSA tu, kita boleh buat full loan untuk pinjaman seterusnya. Untuk lawyer fee asing plak, aku klu tidak aritu kna bayar Rm 11k++ tapi bila maklum kata dah batalkan depa kurangkan jadi Rm 8k++. Aku penah tanya gak lawyer bole dak aku claim duit pendahuluan yg LPPSA dah bayar tu kat pemaju, dia kata bole, buat satu surat menerangkan kita nak batalkan pembelian rumah tu sebab Projek Bermasaalah dan lampirkan surat dari KPKT tersebut beserta lampiran surat pembatalan dari LPPSA, lampiran surat penyelesaian baki pinjaman dari LPPSA serta lampiran resit penyelesaian yuran guaman, hantar kat pemaju guna pos berdaftar atau by hand, buat salinan kepada pejabat peguam, LPPSA dan juga KPKT. Lepas tu kita tunggu jawapan dari pemaju, klu dia bayar full alhamdulillah, klu dia bayar sikit pun alhamdulillah, klu dia tak bayar langsung tu kita hanya mampu berdoa ja la hahaha...Lepas setel kes aku tu, aku ada dapat panggilan dari seseorang dari Putrajaya, rupa rupanya beliau pembeli rumah PPA1M tu jugak, bertanya pasai progress taman tu sebab dia rasa lambat dapat kunci tambahan beban kewangan bertambah sebab loan rumah dah potong, bila aku maklumkan dah batal dan kna bayar amaun sekian2 kat LPPSA dia terus maklum mmg aku nekad betoi dgan keputusan pembatalan tu sbb dia pun mulanya nak batal tp bila tgok amaun yg nak kna bayar tu, beliau tak mampu dan hanya telan ja dgan permasalahan tersebut. Beliau lagi la, kerja kat Putrajaya, asal orang Arau tapi beli jugak rumah tu kat Padang Besar sebab dia kata nanti nak pindah balik Perlis nak duduk situ sebab terpancing dgan harga rumah yg murah, dan berpendapat mcm aku dulu jugak takpa nak pi keja bole merempit ja, tapi bila aku pikiaq2 balik kalau dah ada semua kemudahan kat Kangar buat apa aku nak pi duduk Padang Besar, sedangkan org yg keja kat Padang Besar pun beli rumah kat Kangar, kecuali la kalau dia asal orang Padang Besar dan kawasan sekitar, kalau beli rumah kat situ benefit la pada beliau, ingatkan aku saja yg termakan pancing beli rumah kat situ, rupanya ada lagi yg senasib dgan aku kihkihkih....Sebenaqnya kes rumah PPA1M yg terbengkalai ni bukan setakat taman di Pdg. Besar yang aku beli tu saja, rupanya banyak lagi projek perumahan PPA1M yg terbengkalai seperti projek di Seberang Perai, Penang dan juga projek di Tapah, Perak (siap masuk tv3 lagi kes projek terbengkalai ni) alhamdulillah la kes aku dah setel dan rasanya aku satu-satunya dri taman PPA1M Pdg.Besar tu yg batalkan pinjaman sebab beberapa bulan lepas aku batalkan dah ada pengiklanan rumah yg aku tolak tu dijual balik di media sosial dgan harga rm 360k hehehe....  Itu saja cerita panjang dari aku, moga kalian dapat manfaat dari pengalaman hidup aku ni, jadi next target aku dah bole hunting rumah kat Kangar dah..ok sekian... (sebaik-baik tindakan adalah dengan perancangan yang serba rapi dari segala segi walaupun ianya memakan masa)