Jangan Clik

Thursday, January 5, 2012

Syakirin masuk taska

Sebenaqnya gambaq ni bukanlah hari pertama Syakirin ke taska, tapi hari yg ke 3. Hari pertama aku takdan nak tembak gambaq dia maklum la kalut tambahan kamera ada dekat ibu dia bawak pi sekolah. Waktu balik ja muka ceria, tapi bila pagi aku nak hantaq pi taska jenuh berperang dgan aku, takmau pi, ya la 2 taun tok dia jaga alih2 kna pi taska tak mau la dia. Nasihin wife aku hantaq kat mak aku jaga, Syakirin aku hantaq kat taska, tak la pnat sangat tok dia nak jaga dua2 hero yg lasak nih. Lagipun aku nak train dia supaya sok senang nak antaq pi Pasti atau pra sekolah. Aku antaq Syakirin kat Taska Prasis, dekat gak la dgan opis aku, klu apa2 snang nak mai. Antaq separuh hari ja smpai pukoi 2 dgn yuran bulanan RM 200.00. Syakirin mai taska ni harap dapat la didikan sikit, ble baca doa apa yg patut dan nak ajaq dia supaya berkawan dan ikut peraturan sebab mulanya aku nak antaq pi Pasti tapi Syakirin bru nak masuk 3 taun , dan Pasti cuma ambik kanak2 dri umoq 4 hingga 6 taun. Takpala aku antaq Syakirin mai sini dulu, nti cukup 4 taun aku antaq plak pi Pasti kat kg aku, sebab snang tok ayah dia nak pi ambik. Orang tua aku mmg tak bg aku antaq Syakirin masuk taska, dia sruh bg kat dia jaga, lagipun Syakirin ni kecik lg katanya. Tapi aku ngan wife dah tekad nak antaq dia pi taska nak train dia mau pi sekolah tak la susah bila dia besaq skit sok.

Hepi Bestday To Me

"Allah selamatkan Asrul, Allah selamatkan Asrul" berkumandang lagu harijadi dari cerita Tiga Abdul di fikiranku wlaupun kenyataannya takdaklah lagu2 harijadi apapun, cuma mintak nasib aku tak sama macam nasib Ismet Ulam Raja lepaih depa nyanyi tu, bila dia sakit jantung, walaupun takdak kna mengena dgan kegemaranku suka makan ulam jantung pisang.

Besday aku sebenaqnya jatuh pada 12 Disember 2011 tapi buat awai sikit sebab 12 hb jatuh hari bekerja. Buat pun tak bnyak Soto, pulut kuning, kek, puding, tepung talam dan buah-buahan ja, pangil pun setakat adik beradik, sedara terdekat dan jiran-jiran ja. Tgok yang excited nak potong kek bukan aku tapi Syakirin, mcm besday dia plak. Adatla bebudak nih excited dia lebih sikit pada bapak budak. Alhamdulilah syukur pada kurniaan rezeki dari Allah dari segi kewangan, zuriat yang telah diberikan menambahkan lg seri rumahtangga aku menjadi kuantiti 4 org, kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan2 lain. Lupa plak nak habaq, ni besday aku yg ke 29, muda lagi kan, ya la masih 20 an, taun depan baru menginjak ke 30 an huhuhuhu...