Jangan Clik

Sunday, September 25, 2022

Kebahagian itu hak milik setiap insan


 https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fpnews.space%2Fanak-nangis-penat-naik-tangga-tingkat-17-rumah-ppr-ibu-serba-salah-hidup-susah%2F&h=AT1xb7aUXFUxa6y26QwXxLR0o-3aC_IA9AB-huN43GHuoUAHj-OUxH4xqnupoMsk2xZSlEl5nhYmbRTxJBEpJ_lJwpJavlIqK7-Zj0BEINrcAeIQ7scsVWFnTMMzcL4NUyPLQhDKL3wlgSMkEg

Hati aku terjentik bila terbaca luahan seorang ibu di dalam page fesbuk pagi tadi yang ampa bole baca kat link tersebut. Antara bait kata yang dia luahkan adalah " Aku rasa loser sangat sebagai ibu bapa tak mampu sediakan rumah yang selesa untuk anak-anak aku".

Itulah yang aku ngan wife cuba buat, sediakan kediaman, kenderaan dan beri kehidupan yg terbaik utk anak2, diulangi "untuk anak2" bukan utk menunjukan kita mampu atau dak. Tapi yg peliknya org lain plak yg lebih2 berbunyik, cam kita ambik duit dia plak nak beli semua tu hahahaha... 

Ya, aku ngan wife penah kena kecam sbb beli rumah besar bayar bulan ribu2 dgan umur nak masuk 40 an ni sbb katanya bila berusia ni elok kurangkan hutang bukan tambah hutang. Tapi salahkah aku ngan wife beli rumah yang besar sikit dari rumah lama dan selesa utk anak2 membesar sementara diberi rezeki lebih oleh Allah. Nafkah utk mak mentua, nafkah utk mak abah aku tetap diberi tiap2 bulan disamping bil2 lain tak penah miss dilunasi. 

Lepas baru saja beli rumah aku ambik plak kereta mpv yg besar sikit dari keta lama pun kena ngata jugak hahahaha.. Serba tak kena di mata depa siap perli panggil tuan la, puan la, dato la, datin la, masalahnya aku beli semua ni tak mintak duit depa pun, aku pakai duit sendiri, apa yg dengki sangat.

Kalau cemburu dan iri hati pun diam2 sudahla, takyah la terang terangan tunjuk, post kat media sosial la, komen kat post org la.. macam2 hahahaha.. Org lain lebih pada kita tu rezeki depa, ini rezeki kita, buat apa nak iri hati. Aku rasa kes ni bukan apa, sebab suatu masa dulu dia lebih dari segalanya dari segi wang ringgit, harta benda, pangkat, pelajaran tapi tup2 rezeki Allah nak tunjuk org yg dulu takdak apa2 tak dipandang.. bole melebihi apa yg dia ada la ni maka segala hasad dengki, iri hati pun terpapar la dari segala perbuatan lisan mahupun penulisan di media2 sosial yg menunjukkan sisi sebenar beliau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi jalan hidup aku mudah ja, persetankan org2 camtu, la ni pikiaq nak hidup tenang2 ja ngan family aku. Tapi kalau dia lg sakan nak try banding membanding, lg sakan aku buat hahaha... Bukan apa aku ni jenis macamana ang layan aku, macam tu la aku layan ang, baik ang layan aku, baikla aku layan ang dan begitulah sebaliknya. Tapi aku rasa post2 dan komen tu bukan apa hanya penyedap hati cuma πŸ˜‚ mcm peel netizen2 yg selalu bising kat media sosial la, ada ja tak kna kat mata depa, beli rumah besaq salah, beli keta besaq salah, melancong merata dunia salah hahaha.. Biaq la sbb masing2 punya kebahagiaan tak sama. Apa yg dia buat selagi tak kacau duit ringgit ang nak hingaq buat apa. Tapi kalau masih berdegil nak membanding taraf kehidupan aku on ja hahaha.. Sbb aku dah lalui perkara ni berkali2 dah, kita tgok life ang takat mana, life aku takat mana. Maaf mcm nampak riak kan tapi abam dah bosan dgan segelintir manusia mcm ni, bila dia rasa dia akan berada di atas kita selama lamanya sedangkan apa yg dia taktau adalah rezeki itu adalah pemberian dari Allah, elok perancangan dan usaha kuat lebih la rezeki kita, klu sebaliknya takat tu ja la rezeki kita. Buat pi la meniaga macam2 ka, join MLM ka tp kalau nawaitu kita sbb nak lebih pada org tu percayalah takkan kemana rezeki tu, takut2 rezeki org yg kita nak banding tu plak lebih lagi pada kita, klu niat cari rezeki utk membahagiakan keluarga itu adalah sebaik2 usaha dan akan beroleh berlipat kali ganda. 

Sori.. tiba2 rasa nak meluah plak apa yg terbuku kat hati, macam biasa abam mmg memaafkan tapi abam takkan melupakan perbuatan mereka, benda bole bincang tapi dok ambik jalan singkat meluah segala di media sosial last2 jadi bunga taik dan benda yg depa komplen sejengkal pun tak disentuh tapi akibatnya nasi dah jadi bubur hehehehe.. Itulah lain kali guna akal dan budi bicara bukan guna hati dan amarah. 

Bukan apa sbb kita yg bersusah payah, berkorban sana sini, perit jerih nak bg kat anak2 supaya dapat merasai kehidupan yg lebih selesa org lain plak yg iri hati, pastu komplen terang2 plak tu πŸ˜‚πŸ˜‚, depa taktau sbb apa aku suami isteri cuba bg kehidupan yg selesa kat anak2 ni sbb kami dah lalui kehidupan yg apabila dlm hidup ni kita tiada apa2.. sapa pun tak peduli dan sapa pun tak pandang, betapa hinanya rasa bila kenalan terdekat berkira ngan kita bila kita yg tengah memerlukan pertolongan demi secebis ihsan mereka buat acuh tak acuh ja, sbbnya keluarga aku ngan wife aku takdak keta jd org tua kami selalu la mintak tolong kenalan yg ada keta utk ke sesuatu tempat ketika waktu kecemasan atau ketika keadaan terdesak tp cara tolong depa tu kita perasan macam tak ikhlas ja, ada yg suruh tgu kat jalan besaq sbb takut keta kotoq bila masuk jalan kg la, ada yg kata bole hantaq sampai kat sesetengah tempat ja sbb ada urusan lain sedangkan jarak yg kami nak pi tu hanya beberapa km ja. Siap membandingkan keputusan pelajaran anak2 yg mana anak depa tiap2 minggu hantaq ke tusyen2 swasta berbanding kami yg hanya mampu ke kelas tambahan free kat sekolah ja. Jadi apa pengajaran kami dapat dari pengalaman tu? Ini lah apa yg cuba buat la ni, beri anak2 kehidupan yg jauh lebih selesa dari kehidupan kami dulu yg setiap hari bergelumang dgan perasaan rendah diri atas keterbatasan ekonomi keluarga sbb tu kami berusaha membahagiakan anak2 dengan menginap di rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa, dapat rawatan kesihatan yg terbaik, menikmati pendidikan yg terbaik dan kehidupan yg selesa untuk anak2 penyeri rumahtangga kami itu ja, bukan nak berlumba dengan org sekeliling pun sbb bg kami tu rezeki masing2. 

Apa yg dilalui oleh ibu muda dlm artikel di atas pernah dirasai oleh org tua kami, abah aku pernah suatu ketika mintak maaf sbb tak mampu nak bawak aku adik beradik pi jalan2, abah aku hanya mampu bawak ke Aloq Staq, takpun paling jauh ke Terengganu tu pun sebab balik ke kg abah aku kat Kuala Terengganu πŸ˜‚. Sbb tu bila ada masa lapang dan bajet lebih aku bawak anak aku jalan2 tak kira la dlm negara atau luaq negara sbb aku nak cipta sebanyak mungkin kenangan bersama2 depa sblm depa bawak haluan masing2 bila dewasa kelak. Sebab itu aku ngan wife berusaha keras membahagiakan depa, bawak makan kat tempat yang depa nak, hidup dalam rumah yg selesa, naik kenderaan yg selesa sbb aku jenis mementingkan keselesaan utk anak2, sbb ada org lebih pentingkan jenama berbanding keselesaan. 

Jadi pesanan aku utk adik tersebut, jadikanlah kenangan tersebut sebagai pengajaran terindah dalam hidup sbb ijazah terbaik adalah dari jalanan, belajar bg dapat keputusan yg cemerlang dan dapatkan pekerjaan yg baik lalu bahagiakanlah ibu bapa kita yg telah berusaha sebaik mungkin utk memberi kehidupan terbaik utk anak2 wpun terbatas, dan jadikan pengalaman itu adalah pengalaman terakhir utk kita lalui dan tidak diwarisi ke anak cucu kita kelak, amin. 




Monday, August 8, 2022

Generasi ku



Agak merisaukan bila banyak berita2 camni tersebar luas di seluruh media sosial dan ada pula artis2 media sosial yang siap buat content menghasut anak2 muda semua dengan mengatakan tanpa belajar tinggi pun mampu jadi kaya raya. Belajar tinggi2 tapi tak menjamin kerja dengan gaji yg setimpal siap tanggung hutang ptptn lagi, baik jd budak delivery, jadi streamer, jadi artis media sosial youtube,tik tok,insta,pesbuk pun bole pendapatan berlipat kali ganda dari gaji siswazah yg mempunyai segulung ijazah.

    Inilah kesilapan mentaliti orang kita yang mengganggap belajar tinggi2 itu hanya sebagai lesen untuk mencari kerja dan bukannya sebagai kewajipan untuk menuntut ilmu. Aku akui zaman la mmg memerlukan duit dalam segala segi, dan ramai anak2 muda la ni berlumba lumba mencuba berbagai jenis content di media sosial selain untuk viral dan femes dengan kadar segera ia juga telah menjadi kecanduan untuk anak2 muda mencari pendapatan secara mudah. Ia tak menjadi kesalahan pun cuma apabila perkara ini berleluasa ini akan melahirkan generasi2 yang malas belajar yg beranggapan tanpa segulung ijazah pun boleh berjaya dengan usaha yang ada. Tapi depa perlu tau menjadi creator content juga memerlukan ilmu sipaya content yg dibuat tu mampu memberi kesan moral yg baik dan bukan content merapu yg menjatuhkan maruah diri, keluarga dan negara, bila kita ada ilmu itulah pendinding terbaik utk diri kita kerana ia mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
     
    Mungkin ini cara terbaru anak2 muda di arus teknologi kini dalam mencari pendapatan tapi seeleok-eloknya jangan lah diabaikan pelajaran, sekurang-kurangnya jadilah artis media sosial yg berilmu supaya content yang dibuat dapat menyebarkan kebaikan, dan bukannya menyebarkan aib sendiri atau content yang melanggar hukum2 manusiawi hanya demi meningkatkan followers dan like. Walaupun ramai artis2 media sosial di luar sana ramai yg dah berjaya tapi mereka harus tahu pendapatan yang dapat dari content2 yg dibuat, tajaan, atau bayaran pengiklanan ni tak tetap, ada naik turunnya, kreatif dan rajin buat content tinggilah pendapatan, kalau kurang content dan kurang viral, kuranglah pendapatan, sbb itulah kalau bole biarlah kita mempunyai suatu pekerjaan yang tetap tak kiralah dalam sektor makan gaji atau dlm bidang perniagaan sekurang-kurangnya media2 sosial ni jd pendapatan sampingan utk diri depa.

    Macam ada sebelum ni aku nasihat seorang anak muda yg mmg berbakat dalam main game, banyak tonemen yg dia sertai dapat juara, dan pernah mewakili negara. Tapi tu la tonemen game bola ni tak macam game lain yg sponsor banyak mcm Dota, Pubg,Mobile Legend yg mmg bole buat kerjaya. Macam game bola ni sekali menang tonemen bole la RM 1K tu pun sebulan sekali, tu tak kira tolak yuran pendaftaran, duit pengangkutan ngan penginapan lagi, tolak2 semua bopa ja tinggal dlm tangan. Aku pesan la sambil2 main tu try la cari kerja tetap yg bole bagi gaji per bulan sbb org2 lama yg main game ni ramai yg berjawatan tetap, ada engineer petronas, ada engineer JKR, MA hospital, Technician Telekom, ada yg kerja dlm sektor kerajaan dan swasta dan main ni sekadar mengisi masa lapang ja. Bila masa berlalu dan muncul ramai bakat2 baru yg lebih muda dan terer maka makin kurang la percentage kemenangan tu bila join tonemen pastu mula la cuba cari alternatif lain dlm mencari duit utk meneruskan kehidupan wpun cara tersebut ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam, aku tengok dgan peningkatan usia la ni beliau cuba berjinak2 jd influencer dlm media sosial wpun tak seviral artis2 media sosial yg lain tp aku cuba juga support beliau dgan subscibe dan like video beliau supaya beliau dapat meneruskan kehidupan ke masa depan yg lebih terjamin sbb nak main game ni perlu jugak ongkos, kalau nak masuk tonemen kena bayar yuran pendaftaran, duit pengangkutan dan duit penginapan pastu klu nak main online plak kna ada line internet, kena ada ps4, ps5 kalau takdak modal nak main gena kan hahaha.. sbb org2 lama masih enjoy main game online sbb hobi kan dan tak risau bil internet , ps + ka apa ka sbb kan dah ada gaji bulanan  yg ble bayar bil2 tersebut.

    Begitu juga apabila aku suami isteri beri pandangan bila diminta oleh saudara terdekat mengenai adiknya yang mendapat tawaran meneruskan pengajian ke universiti , tapi kami bagi cadangan sambil belajar tersebut cubalah isi SPA 8 utk memohon kerja dlm bidang Perkhidmatan Awam ataupun mintak Latihan separa perubatan yg ditawarkan SPA  sbb kompom2 akan dapat pekerjaan dengan pangkat setara latihan apabila habis belajar kelak macam arwah sepupuku yg masa tu sudah mengikuti pengajian di Politeknik Kulim dah masuk 2 sem dan atas nasihat aku beliau berhenti dari Poli dan meneruskan latihan separa perubatan dlm bidang teknologi makmal dan bila habis beliau ditawarkan jawatan sebagai Pen.Juruteknologi Makmal di Hospital Pendang. Tetapi saudara terdekat tu maklum adik dia nak habiskan mengaji di Universiti sebab dalam keluarga beliau hanya beliau satu-satunya yg dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Tapi tulah usaha dan rezeki tu perlu seiiring dan bila habis belajar sehingga kini beliau belum mendapat rezeki utk menjawat jawatan yg setara dengan ijazah beliau sbb rezeki setiap org tak sama.

    Lagi satu kita kena ubah mentaliti org kita ni yg mana bila kita sambung belajar  hanya utk kerja bukan untuk menambah ilmu. Sebab situasi tu penah aku alami bila aku ada jumpa sahabat kepada memba aku ni suatu ketika dulu masa aku still belajar kat UITM, dan baru2 ni beliau ada add aku kat pesbuk maka ingatan-ingatan lama dan kata-kata lama yg beliau ucapkan kat aku dulu kembali menerjah ruang serebrum otakku, itu yg timbul idea nak buat post ni tu, bukan apa umoq aku pun dah makin tua jadi banyak memori2 lama yg terdelete jd sblm kna format baik aku nukilan dalam ni, kurang2 bole aku takpun generasi anak2 aku bole baca balik sbb aku jenis tak suka tulis panjang2 kat media sosial, aku lebih bebas dan selesa tulis dlm blog sbb ia macam diari la lebih kurang utk share pengalaman2 hidup aku. Ok berbalik pada kisah Sahabat pada memba aku tu, kami terjumpa kat pekan Jejawi dan sambil sembang2 tu beliau tanya la aku stadi kat mana, aku maklum kat Uitm Shah Alam, pastu dia kata dia pun stadi kat Uitm Merbuk ambik kos Perakaunan dan tanya la aku ambik kos apa, aku maklum la ambik Dip. Penulisan Seni Layar, Fakulti Seni Persembahan (la ditukar ke Fakulti Filem, Teater & Animasi) dan dia mengerutkan dahi buat muka kehairanan seraya berkata"Kos Penulisan?...nanti nak keja apa dengan kos tu?" hahaha... aku paham selalu mmg camtu la reaksi org sekeliling bila aku dan wife dulu maklum ambik kos Penulisan seni layar , Dip.seni layar dan maklum stadi kat Fakulti Seni Persembahan, nanti habih nak kerja mana? ada kerja ka kalau ambik bidang tu hahahaha... tapi aku maklum kalau ambik kos ni selalunya ditawarkan kerja dalam bidang penyiaran macam di angkasapuri, TV3 , RTM, Jabatan Kebudayaan ataupun produksi2 swasta dan hakikatnya beberapa kerat ja kawan2 aku yg keja dalam jabatan ni, banyak yg kerja jadi cikgu, penjawat awam dan pensyarah IPTA ikut rezeki masing2.

    Aku tak salahkan depa sbb dulu mmg apa kos yg kita ambik tu , itulah bidang kerja yg akan kita ceburi bila grad kelak. Tapi dengan perubahan masa kini, dgan bidang kerja dan lambakan siswazah menyebabkan perkara tersebut sudah tak relevan. Sebabnya sahabat pada memba aku td wpun beliau ambik kos akaun tapi beliau tak kerja dalam bidang berkaitan pun sbb beliau jadi cikgu la ni,sama macam wife aku jd bidang apa yg kita ambik masa belajar bukannya penentu jawatan kerja kita kelak sbb rezeki masing2 tu dah ditentukan, apa yang penting kita kena berusaha dan belajar untuk mencari ilmu dalam meneruskan hidup di zaman serba inflasi la ni dan masing2 cuba mencari rezeki wpun bukan dalam bidang yang diceburi masa sambung pengajian dulu untuk meneruskan hidup dan yang penting mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kalangan marhein yang lain dan mampu membahagiakan keluarga adalah nikmat yang tak mampu engkau dustakan yg penting usaha dan rezeki perlu seiring.

Wednesday, July 13, 2022

Meja makan dan dining set

Masa awal2 masuk rumah tu mmg aku gunakan meja makan rumah lama aku sebab tengok masih elok lagi, aku cuma ganti dengan kerusi baru ja. Tapi meja makan aku tu 6 seater ja, bila adik beradik wife aku, org tua aku kadang2 famili pak menakan aku mai bila nak makan kat meja makan tu terpaksa tambah kerusi, maklumla keluarga aku pun dah 5 orang tambah dengan tetamu mmg sempit la sikit, jd wife aku cadang suruh ambik meja makan yang besar sikit 8 seater luas la sikit tambahan meja makan lama aku ni ble letak dekat ruang dry kitchen. Kalau nak makan2 family aku saja ble makan kat meja makan lama di dry kitchen jd tak bersepah sangatla meja makan ni, bila ada tetamu berkunjung baru makan kat meja makan ni sebab besar sikit ruang meja dan kerusi. Mmg wife aku berkenan corak kerusi design chesterfield butterfly ni dan meja marmar ni sbb cantik katanya, tapi harga ble tahan gak la hahaha...tp yg nak jadi rezeki tu, aku sampai nak pi cari di kedai perabot Sungai Petani nak pi beli set meja makan tu tp kedai tu tutup plak, jd aku ngan wife saja2 la pi servey kedai2 perabot kat Aloq Staq ni kot2 ada yg berkenan di hati dan poket 🀣, tiba2 terjumpa satu set meja makan yg mmg berkenan di hati dan murah plak tu dari kedai di sungai Petani, lagi pula set meja makan ni ready stok berbanding meja makan di kedai di Sg Petani yg kena Pre order. Setelah tawar menawar dengan tokey kedai jd kami pun jd ambik la set meja makan dari kedai beliau, dengan masa penghantaran, pemasangan dan pa yg cukup mabeles dari owner kedai ni, mmg recommended sangat, dlm masa seminggu set meja makan ni dah siap dipasang kat rumah aku.

 Memandangkan kerap jugak tetamu2 mai berkunjung ke rumah jd masa bercuti kat Langkawi aritu ada la wife aku cadang kot2 bole beli set dining untuk dihidangkan kat tetamu yg elok sikit sbb rasanya dah lama rumah aku takdak dining set hidangan yg ok, klu yg ada pun zaman dapat hadiah masa awal2 kawin dulu yg dah berusia belasan tahun dah jd aku pun pikir elok jugak beli set2 hidangan ni sbb harga pun tak mahal mana dan banyak pilihan sekarang ni, jadi wife aku decide nak warna hijau gold untuk set hidangan tu sbb nampak cantik , tu yg semua set hidangan kaler hijau sampai ke set teko dan sudu garfu hahaha...

Wednesday, June 29, 2022

Terjumpa kereta pertama

 

Nak pi breakfast marin terjumpa balik keta pertama aku dulu, Proton Wira 1.6 Aeroback. Harga masa aku beli tu Rm 16,000 , aku pemilik yg ke empat hahaha... mmg masa tu aku cari kereta yg bulanan dalam range Rm 250.00 sebulan ja sbb masa tu aku dah kena potongan pinjaman rumah jadi bab2 pengurusan kewangan waktu tu mmg aku ambik berat, ya la masa tu tak kahwin lg, kena la jimat sikit utk simpan perbelanjaan kahwin, nak masuk rumah lagi tambahan masa tu wife aku tak habih belajar lagi jadi pendapatan tu mmg cukup2 makan la. Satgi ada kata dah tau tak cukup makan ambik keta watpa naik la moto hahahaha...aku ambik keta masa tu pun bukan utk kegunaan aku suami isteri sangat pun tapi aku prepare utk kegunaan lepas kahwin, utk memudahkan urusan bawak anak aku ke klinik atau mana2 sbb aku tak mau anak aku kena panas matahari atau hujan, macam aku alami kecik2 dulu mak abah aku bawak pi klinik naik basikal ngan motor ja, kalau kena bawak pi klinik yg jauh, mak abah aku naik bas. Aku takmau benda2 tu anak2 aku alami, dan dlm hidup ni kita kena ada cita2 utk tingkatkan kualiti hidup kita, awal2 takdak rumah, kita beli rumah, dah ada rumah, beli rumah yg selesa sikit. Awal2 naik moto, pastu beli la kereta, dah ada kereta kalau ada rezeki lebih beli la kereta yang selesa sikit baru nampak ada peningkatan kualiti dalam hidup.

Tapi nak capai sikit2 benda tu pun bukan sesenang seumpama petik jari ja, ia memakan masa. Kereta ni aku jual Rm 3000 ja sbb banyak yg rosak dan aku ambik Perodua Viva. Dulu kereta ni kaler silver tapi sblm aku jual tu aku cat kaler coklat sbb banyak cat yg mengelupas atas faktor usia. Kereta ni dulu aku jual dekat pomen bengkel yg aku hantar kereta ni utk diperbaiki dan rasanya pomen tu pun dah jual keta ni dekat tukang masak kat kafe berdekatan ofis aku. Banyak gak la kenangan aku ngan keta masa ngan anak pertama aku tp life must go on dan aku gembira berjumpa balik ngan beliau dan tau kondisi beliau saat ini wpun umur beliau dah melebihi usia 20 tahun.

Monday, June 20, 2022

Dahulu dan sekarang

Bukak2 pesbuk aritu ternaik la balik memori raya 2 taun sudah kat rumah lama aku, lalu terflashback balik la kehidupan aku dulu ngan anak2 di rumah lama sebab masa tu bg kami ruang tamu tu la ruang yang paling cantik untuk diabadikan bila bergambar, walaupun nampak sedikit kusam dan gelap (mungkin sebab pencahayaan). Dulu bukan takmau deko bg jd cantik kat rumah lama, tapi disebabkan dah rancang utk simpan perbelanjaan bg mendeko kat rumah baru tu yg bertahun tahan keinginan tu.Alhamdulillah bila dah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa sikit ni bole la mendeko ikut seperti yang dirancang wpun bukan sepenuhnya lagi.

Aku kadang2 perasan banyak benda aku coretkan dalam blog ni sbb bagi aku sini lebih bebas utk aku menulis maklumla bg aku blog ni dah macam diari aku, untuk aku mengimbau balik kehidupan lalu sbb maklum la bila umur dah meningkat ni banyak memori yang hilang, jadi kurang2 bila ada blog ni bole la mengingatkan balik kenangan2 lama kehidupan keluarga aku dan mana tau bila aku dah takdak ni bole la anak2 cucu aku baca balik susur galur kehidupan tok ngan tokwan depa dulu yg berdayung sampan bersusah susah dahulu untuk memberikan kehidupan yg lebih baik pada generasi kemudian hahaha.... dan setiap memori tu sebolehnya aku akan pahatkan dalam pelbagai media, media elektronik takpun media cetak supaya kenangan indah tu dapat diimbas kembali sbb kita tak bole putar balik ke masa lalu kecuali Doraemon ja hahahaha..
 

Monday, May 30, 2022

Abang berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains Syed Putra

 

Pejam celik pejam celik sat ja anak sulung aku dah melangkah ke alam menengah. Aku suami isteri tak pernah pun meletakkan harapan yang tinggi kat anak2 aku, cukuplah depa dapat pendidikan agama dan duniawi yg sempurna pun dah cukup dalam membentuk sahsiah depa. 

Seingat aku beliau bukanlah pelajar2 cemerlang di dalam kelas wpun masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri cuma aku dan wife polish sikit2 supaya tak terkeluar dari landasan yg sedia terbina. Aku dan wife dulu dah berbincang mengenai tugas masing2 di mana aku lebih banyak buat bersama homework anak2 dan memeriksa kerja sekolah mereka dan wife aku yg banyak membetulkan dan memahirkan depa dlm soal agama dari segi mengenal huruf, sebutan yang betul dan tertib solat wpun tiap2 hari hantar ke kelas mengaji supaya depa cepat mengenal huruf dan membaca Al-Quran.

Sudah menjadi lumrah bila kita ada anak yg sebaya di kalangan kenalan2 terdekat ni pasti perbandingan tu wujud tp bg aku itu adalah perkara biasa dan tak pernah terasa pun bila kawan2 tanya kedudukan anak dlm kelas sbb aku tak pernah sembunyikan atau memuji anak aku sbb masing2 ada potensi masing2. Sebab realitinya kedudukan dalam kelas anak aku tak pernah pun dapat 5 terbaik, (ada sekali kot masa darjah 4), kedudukan 5 terakhir tu selalu πŸ˜‚πŸ˜‚.

Kita tau setiap ibu bapa pasti mengharapkan dan cuba untuk anak2 mendapat pendidikan dan pencapaian yg cemerlang tp apa yg perlu kita tahu adalah setiap anak anak ada limit masing2 dan aku masih berpegang pada ayat 'Permulaan tu tak penting, yang penting adalah pengakhirannya' sbb kami suami isteri dulu tak pernah cemerlang dalam exam upsr atau pmr cuma result sedikit baik pada exam spm tapi masuk U pun kos biasa ja πŸ˜‚, cuma usaha dan rezeki kami ja dapat pekerjaan yang baik dan dapat memberi kehidupan yg baik pada anak2 dan membantu org tua kami.

Masa penilaian pelajar tahun 6 tu mmg kami fokus betoi2 pada pelajaran anak. Sbb zaman la kan dah takdak exam upsr jd penilaian dalam kelas yg akan dinilai. Zaman aku dulu tak mampu nak pi sekolah mrsm, sekolah berasrama penuh atau sekolah cemerlang sbb tu aku ngan wife cuba hantaq anak masuk ujian kemasukan semua sekolah terpilih supaya peluang beliau dlm pelajaran lebih baik dari kami dulu, cuma kami sedikit kecewa bila tau ada yg ibu bapa tak isi dan hantar permohonan anak utk ujian kemasukan ke mrsm atau sek berasrama penuh sbb ia seperti menafikan peluang dan hak anak2, ujian kemasukan ni terbuka.. semua bole ambik, mana tau ada rezeki anak2 dapat belajaq kat institusi yg lebih baik. Aku tak nafikan sekolah biasa pun ada yg melahirkan individu yg berjaya tapi peluang ke peringkat selanjutnya lebih tinggi bila anak2 belajar di kalangan pelajar2 yg terpilih dgan persekitaran yg terbaik. Sebab bg aku dgan pendidikanlah anak2 bole keluar dari kepompong kemiskinan macam hidup aku dan wife dulu. Bila mak ayah tak ambil peluang tu utk anak2 kesian la kat depa sbb sebagai ibu bapa ni tugas kita bukan sahaja utk membesarkan depa malah memberi kehidupan yg baik  dari segala segi.

Lagi satu kita sebagai ibu bapa ni sepatutnya seronok bila tengok anak2 yg sebaya ngan anak kita ni berjaya,tambah2 dari kenalan terdekat, tapi bukan dengan dok up status wasap,story pesbuk takpun sharing kat pesbuk yang seolah2 menyedapkan hati atas kelebihan pencapaian org lain, sebagai contoh dok tulis "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak mak ayah" hahaha...aku tak penah mengharap bila aku laki bini tua nanti nak menyusahkan anak2 basuh berak aku, aku kalau bole berdoa supaya aku meninggal nanti takmau menyusahkan sapa, tapi tu semua atas aturan dari Allah, sbb kita bukan ramal masa depan kita camana, lg satu bg aku dari dok meroyan tulih macam2 nak bg sedap hati baik kita terapkan kat anak kasih sayang antara adik beradik, kasih sayang terhadap ibu bapa bila kita tunjukkan contoh yg baik terhadap ibu bapa dan keluarga mentua kita. Aku akui syarat basuh berak org tua bukan ditentukan oleh betapa tinggi pelajaran, berapa banyak harta benda, betapa cantik rupa paras, betapa tinggi pangkat tapi ditentukan oleh adab dan kasih sayang terhadap org tua, dan anak2 juga perlu tau, membanggakan dan membahagiakan ibu bapa juga salah satu tanggungjawab anak2, ibu bapa mana yg tak gembira bila anak2 berjaya. Lebih baik kita tanamkan benda positif dalam diri dari dok jd hamba posting dari pesbuk yg tak berfaedah.

Aku heran betoi la perangai2 org la ni, semua tak kena kat mata depa, kalau tgok kat pesbuk macam2 benda negatif depa tulis pastu siap share lagi utk puaskan hati masing2, sebagai contoh ada isu baru2 ni tentang ada sorang netizen tulis "semak bila mak ayah yg ambik anak sekolah dgan vellfire sbb macam nak menunjuk bukan nak ambik anak sangat" pastu "buat apa beli rumah besar nanti tua duduk berdua ja" pastu ada seorang Dr tulis "dia sanggup beli rumah dari beli Vellfire" dan ada pulak tulis "buat apa beli rumah banyak2 pastu tanggung hutang" hahahaha...kesian bila ada yg kena penyakit hati yg tak bole tengok org lebih pada dia, tu rezeki masing2 dan cara hidup masing2 bukan dia mintak duit kita pun, bila kita rasa dia tak ikut cara kita, kita nak salahkan semua yg dia buat plak, bila dilihat berlaku situasi camtu ini menunjukkan yang rakyat kita ni dah makin kronik penyakit hati depa. Nauzubillah...moga2 dijauhkan. Tapi mungkin ada yg kata penulisan di medsos tu bukan nak tuju kat sapa2 hanya utk peringatan diri sendiri ja, kalau utk diri sendiri, kat post pesbuk 'post audience' tu ada tapisan yg kita bole klik 'only me' sahaja haa..klik yg tu, bukan klik yg open hahaha....


Dari sekolah rendah lama anak aku yang dapat ke sekolah ni hanya 3 org ja, ok la jd anak aku tak la segan sangat sebab ada kawan2 yang dah kenal. Wpun seriau takut dia tak ble bertahan dgan kehidupan asrama tapi alhamdulillah setelah 2 minggu dia dah bole adapt dengan suasana baru dgan kawan2 baru dari serata negeri dan nampak seronok ngan kawan2 sampai aku ajak balik rumah masa outing pun takmau sbb nak keluaq ngan kawan2. Semasa dapat sekolah berasrama penuh ni jugak anak aku ada dapat tawaran ke MRSM Arau tapi aku sepakat ngan wife utk hantar dia ke SBP ni jugak sbb salah satunya dekat ngan rumah  dan lagi satu sekolah ni satu-satunya sekolah SBP yang ada dalam Perlis dan bukan senang nak masuk sini,lagipun sepupu aku ada yg belajar dan pernah belajar di sini hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti of New South Wales, Australia. Semoga doa kami mengiringi anak-anak dalam meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya..amin.

Monday, March 7, 2022

Kasta miskin vs kasta kaya

 


Kali ni aku bukan nak buat review pasal filem ka apa ka, tapi memandangkan aku dah penah tengok movie ni dan bagi aku movie ni antara movie dari India yang sangat terbaik dari segi pengisian serta penceritaan jadi di sini aku nak share serba sikit pendapat aku mengenai filem ni lepas aku tengok ada orang share dalam page pesbuk kata filem ni tak bagus kerana antiklimaks sebab di hujung2 filem ni pemandu dia bunuh tuan dia dan curi duit utk jd berjaya tapi tak guna kelebihan dia yg buat bisnes licik tu utk berjaya jd aku akan ulas ttg antiklimaks yg beliau maksudkan. Filem ni dah lama tayang kat Netflix dari taun lepas lagi dan aku penah bagi ratin 9/10 utk filem ni sebab naratif dia sangat kena ngan taste aku, cerita tentang realiti life di India. Mungkin bagi aku best tapi mungkin bg org lain tak best, biasa la citarasa org ni berbeza2,ada org yg suka makan makanan pedas ada yg tak, ada org suka art movie, ada org suka filem aksi camtulah lebih kurang.

    Ok aku mulakan dengan naratif filem ini, filem ini mengisahkan tentang Balram seorang rakyat dari kasta bawahan iaitu kasta Halwai antara kasta rendah di negeri Bihar, wpun beliau sangat suka belajar dan merupakan salah seorang kanak2 dari kg dia yg sudah mampu membaca di awal usia dan bijak tetapi disebabkan oleh kastanya beliau tak dapat meneruskan pembelajaran dan dipaksa menjadi buruh  pada usia kanak2 di kedai teh kampungnya setelah didesak neneknya setelah ayahnya meninggal. Itulah yang sering terjadi di India, sistem Kasta telah menjadi barah yang sukar dibendung kerana sesiapa yang lahir dari kasta bawahan peluang dia sangat terhad dlm sistem pelajaran,pekerjaan,politik dan juga sosio masyarakat. Kasta bawahan ni kebanyakan di India tak memiliki tanah dan hanya menumpang di tanah milik org lain yg selalunya dari golongan kasta atasan dan kaya. Jadi tuan tanah selalu pi kutip duit sewa tanah dari org2 miskin ni, dia macam org yg dah kaya tapi tanpa belas ihsan dok hisap darah rakyat marhein yg sememangnya susah, dan macam biasa la serupa kat Msia jugak bila org kaya ni dia ada pulak pengikut2 terdiri dari gangster2 yg bekerja dengan dia utk ugut penduduk kg tu dan juga melindungi kepentingan dia sebijik cam ahli2 politik kat negara kita hahaha..
 
    Dalam filem ni ada jugak dia terangkan kenapa ramai kasta bawahan di India ni wpun bekerja dilayan macam hamba, selalu kena hina, dibagi keja yg teruk, gaji murah tapi tetap setia dengan tuan dia? Jadi dlm film ni ditunjukkan perumpamaan situasi tersebut macam ayam yang berada dalam sangkar, wpun nampak dan tau akan mati disembelih macam kawan2 dia tapi dia tetap tak cari jalan utk lari dari sangkar,hanya menunggu sampai saat ja utk giliran seterusnya disembelih, camtu la perumpamaan dia tentang golongan hamba di india sbb bila mana ada hamba2 yg bekerja dengan golongan kaya ni, org2 kaya ni akan telefon kenalan depa di kg hamba tu utk mengesahkan dia dari kampung tu dan tau semua pasal keluarga hamba tu sbb kalau hamba tu menipu atau buat jahat dekat tuan dia, seluruh ahli keluarga dia akan menerima kesan atas perbuatannya, sebab tu banyak hamba2 dari golongan kasta bawahan ni tak berani lari dari tuan dia dan hadap ja apa yg dilakukan tuan di kat dia sebab takut keluarganya di apa apakan.

     Tetapi Balram ni lain, sebab setiap kali dia tengok Tuan tanah mai ke kg dia mintak duit dia rasa sangat terhina dan dendam bila ayah dia selalu kena marah dan kena pukul oleh anak tuan tanah yg sombong sebab selalu bg duit sewa tak cukup, bg aku pengarah dia garap filem dgan cukup baik sebab golongan tuan tanah ni penampilannya nampak sangat berbeza dari golongan bawahan ni, di mana pemakaian dan penampilan tuan tanah ni berkulit cerah ,sangat bersih, kemas dengan kereta hebat, baju cantik, dan dilayan macam raja bila pi kg tu berbeza dgan org2 kg yg pakaian kotor,compang camping, kulit gelap, gigi kuning, rambut dan janggut yg serabai serta suasana kg yg cukup daif,berdebu dan kotor sehinggalah Balram ni cuba bawa ayah di pi buat rawatan sebab kena sakit batuk kering di hospital terdekat yg jaraknya dua hari perjalanan, dgan fasiliti kesihatan yg cukup teruk sampai Doktor yg nak merawat pun takdak tp pesakit rami bergelimpangan tanpa rawatan dan akhirnya ayah dia mati tanpa dapat sebarang rawatan. Dari situ Balram dah nampak kalau dia still jadi hamba nasib dia akan jadi sama macam nasib ayah dia, sampai mati dihina dan ditindas . Jadi dia bertekad utk keluar dari kepompong hidup susah,dilayan bak hamba  dan sering ditindas asbab kasta yg diwarisinya dan aku suka satu caption ayat yang dia ucapkan "Kita dilarang menjadi miskin di sebuah negara yang demokrasi" dan aku sangat terkesan dengan ayat2 tu sebab aku penah melalui zaman bila kita susah takdak apa, sapa pun tak pandang dan peduli tetapi sangat berbeza bila kita dah senang, kawan2, adik beradik yg dulu tak ambik peduli langsung pasal kita mula mendampingi..hahaha... thats reality of life

    Bila tengok keadaan tu aku teringat zaman membesar aku dulu, aku sering bertanya pada diri sendiri, kenapa keluarga aku susah wpun abah aku bekerja keras siang dan malam mencari rezeki, bertolak naik bot pukat bilis sebelum subuh lg mencari rezeki, nun tengah malam baru sampai balik rumah setelah seharian memukat ikan bilis di laut, cuti hanya sehari ja pd hari jumaat tapi masih tak senang2. Bebeza dengan golongan pekerja kolar putih, keja dlm opis, guna kudrat yg sangat minima tetapi pendapatan berlipat kali ganda.Rupa-rupanya itulah nasib rakyat marhein kelas bawahan, bekerja keras dah macam kerbau tapi pendapatan tak setimpal dan tak menentu disebabkan satu faktor ja iaitu kelas pendidikan dimana org yg lebih berpelajaran lebih diterima bekerja di sektor kolar putih berbanding golongan yg terhad taraf pendidikannnya lebih banyak tertumpu dalam kelas kerja buruh,pertukangan ,perlombongan dan mana2 kerja yg penggunaan fizikal lebih tinggi. Wpun kes aku tak sama la ngan watak Balram sbb dia lagi teruk keadaan dia, dengan sekatan akibat kastanya, sering dihina dan diperlakukan bak hamba tapi dia membulatkan tekad utk mengubah hidupnya supaya tak selama-lamanya dipandang hina, menikmati hidup setaraf dengan rata2 rakyat yg lain dan ingin generasi dia di kemudian hari tak merasai keperitan hidup yg serba tak adil sepertimana yg dia rasa sama dengan pandangan aku masa zaman membesar dulu.

    Apa yang aku capai la ni pun bukanlah hasil usaha keras aku seorang tapi juga bersama2 wife aku sebab kami sama2 mai dari keluarga yg berpendapatan sederhana dan bermusim yg tak sama dengan beberapa golongan anak2 org yg lain berpendapatan lebih dan tetap daripada keluarga kami yg depa mampu berkongsi hasil kesenangan milik org tua depa yg mana kami masa tu hanya mampu tgok ja la, duit belanja hari2 paling tinggi pun rm 2 ja, mak ayah hantaq pi sekolah pun naik moto , keluarga kami tak mampu beli kereta, aku dulu pi sekolah naik gerek ja, tusyen swasta tak penah pi sebab keluarga tak mampu, hanya mampu pi kelas tambahan percuma di sekolah. Sebab tu kami pulun mengaji wpun tak secemerlang pelajar2 lain sebab bagi aku selagi kita berusaha selagi itu ia akan membuahkan hasil kelak sbb kami berpendapat dengan menuntut ilmulah kami mampu keluar dari kepompong kesusahan yg kami alami sewaktu zaman membesar dan cuba utk tidak mewarisi kemiskinan kami dulu pada anak2 dan cuba mencari pekerjaan dalam bidang kolar putih kerana utk mendapatkan perjawatan tersebut kita memerlukan keputusan yg baik di atas kertas seiiring dengan syarat yg telah ditetapkan oleh SPA tak seperti org tua kami yang tak mampu mendapatkan pendidikan yg baik disebabkan faktor kewangan tok dan tokwan kami dulu, jd bermula dari detik itulah aku cuba menjadikan generasi aku pengubah tradisi tersebut dan kesusahan generasi kami terdahulu tidak diwarisi oleh generasi2 kami kelak.

    Begitu juga Balram, tetapi disebabkan dia dah disekat dari melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya sehingga dia dewasa tanpa mendapat apa2 pendidikan jadi dia cuba cari jalan supaya dia bole bekerja dgan tuan tanah supaya dapat keluar dari kampungnya dan jauh dari kehidupan keluarganya utk mengejar cita-cita. Bermula dengan meminta ihsan menjadi pemandu kepada anak bongsu tuan dia, Balram mula berasa seronok sbb pertama kali dapat merasa naik kereta elok, dapat gaji wpun tak setimpal, merasa masuk hotel dan rumah mewah tuan dia. Tapi Balram tetap Balram , org kg yang sangat baik dan setia bekerja yg awalnya merasa seronok sbb anak bongsu tuan dia dan wife ni perangai lain sikit sbb membesar di Amerika dan depa layan Balram ni baik macam kawan2, dan buat pertama kalinya Balram merasa bahagia sebab dilayan dengan baik oleh golongan kasta atasan wpun beliau kasta bawahan  berbeza dengan layanan ayah Tuan dia dan abang tuan dia yg sangat bongkak dan melayannya spt hamba abdi, sehingglah terjadi kejadian di mana wife anak tuan terlanggar budak gelandangan  yg melintas jalan ketika balik dari berhibur dan wife tuan dia meminta utk memandu kenderaan dan Balram duduk di kerusi penumpang belakang  dan melihat budak yg dilanggar itu tak bergerak mereka lari dari kaw. kejadian, siap Balram tolong cuci darah yg melekat di kereta dan menenangkan tuan dia supaya tak risau dgan kejadian tersebut dan selepas kejadian itu ahli keluarga tuan dia buat surat bg dia sign utk bertanggungjawab atas kemalangan tersebut wpun bukan kesalahan dia, dan yg membuatkan dia bertambah dendam dan kecewa adalah masa nak mintak sign tu ayah tuan dia & abg tuan dia baik tak sangga tapi bila dah dapat siap kena ugut dan kena hina dan tuan dia tak buat apa2 apapun utk pertahankannya, dari situ beliau dah sedar, baik macam manapun kita berbakti pada tuan kita sampai suatu masa depa akan ludah kita macam tu ja. Pada masa tu dia berjaya belajar buat kerja jahat dan licik yg dia belajar dari pemandu2 lain iaitu menipu invois pembaikan kereta & claim duit pembaikan kat tuan dia wpun keta tak rosak, sedut dan jual minyak kereta tuan dia dan jadi pemandu e-hailing guna kereta tuan dia, tapi akhirnya beliau dapat tau yg tuan dia cuba mengantikan dia dengan pemandu yg baru secara senyap2, jd baru dia sedar yg org kaya ni nak buat apa pun punya banyak pilihan tapi org miskin ni tiada pilihan, samaada ambik jalan jauh utk berjaya atau ambik jalan singkat utk berjaya tp berisiko.

    Akhirnya beliau mengambil pilihan jalan singkat dengan membuat perancangan membunuh anak tuan dia dan mencuri duit rasuah yg tuan dia bawak utk melobi menteri2 bg menutup kes lari cukai sebelum Balram diberhentikan dan digantikan dgan pemandu baru jd peluang dia utk ubah hidup dia akan tertutup selama lamanya, jd dengan penuh nekad beliau membuat plan utk membunuh anak tuan dia yg ketika itu membawa duit 4 juta rupees utk merasuah menteri demi mengelak tindakan akibat mengelak cukai dengan membawa tuan dia di jalan yg sunyi dan berbohong bahawa kereta rosak, apabila tuan dia turun dia kelar tuan dia menggunakan botol kaca yg sudah dipecahkan yg dia bawa utk digunakan sebagai senjata. Di mana sblm kejadian tu dia didatangi bayangan mendiang ayah dia yg mengatakan bahawa tindakan dia mencuri duit tu tak salah sebab dia mencuri duit hasil titik peluh rakyat marhein yg sepatutnya disalurkan kepada kerajaan dlm membantu rakyat tapi diseleweng utk merasuah menteri2. Akibat mengambil jalan singkat tersebut seluruh ahli keluarga dia dibunuh oleh pengikut tuan dia , akhirnya beliau meniru sebijik macam perancangan anak tuan dia sblm ini yg pernah diceritakan kepadanya utk meluaskan pengaruh perniagaan, iaitu merasuah org kerajaan dan polis utk membantu sykt dia naik & tak diburu pihak polis. Akhirnya beliau berjaya menubuhkan sykt teksi berdaftar dimana beliau menggunakan pengaruh politik dan polis yg dirasuahnya utk membunuh bisnes yg menjadi sainggannya dan hidup senang lenang dgan menggunakan nama baru sbb dia menjadi buruan pihak polis, tapi disebabkan dia merasuah pihak polis jd beliau terlepas dan seterusnya menjadi tuan kepada pekerja-pekerjanya dan kaya serta keluar dari kepompong kasta bawahan yg menghantui keturunannya dahulu wpun dengan tindakan nekadnya itu ada harga yg perlu dibayar apabila habis semua ahli keluarganya dibunuh demi tidak menjadi ayam di dalam reban lg.

    Kesimpulannya yg kita dapat dari cerita dlm filem ini adalah apabila kita dah senang, berkemampuan dari segi wang ringgit semua jadi mudah, apa keingginan kita masa dulu yg tak mampu kita beli, la dah bole beli, nak bercuti dlm dan luar negeri, nak menginap di hotel 1 bintang hingga 5 bintang, nak duduk rumah yg selesa dan luas, naik kereta elok dan selesa nak makan makanan sedap semua dah bole merasa hanya utk merasa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan org lain di mana org yg memandang rendah kita dulu akan mula bertegur sapa wpun dulu tak penah ambik peduli sebijik macam kata2 Jack Maa "Bila kita miskin duduk sebelah rumah pun takdak sapa yang peduli tapi kalau kita kaya, duduk atas bukit pun ada orang cari", sebab itulah aku suami isteri berusaha mencari rezeki bukan untuk kaya tetapi kami tau betapa sakitnya bila kita tak punya apa.
    

Sunday, February 20, 2022

Menjemput Rezeki

 


Kalau ada yg bertanya macamana nak murah rezeki aku tak bagi banyak, cukup aku bagi 1 saja tips, "Muliakan ibu bapa kita" termasuk ibu bapa mentua kita, itu sahaja. 

Berkongsilah rezeki dengan mereka, nafkah tiap2 bulan aku ngan wife tak penah missed bagi kat mak mentua dan org tua aku. Bila aku beli rumah dan keta org pertama yg aku jemput adalah mak abah aku dan mak mentua aku. Sebab apa, sebab aku nak depa merasa duduk dalam rumah dan menaiki kenderaan yg dulu depa tak mampu miliki atas faktor ekonomi. Bagi aku kegembiraan depa adalah pintu rezeki buat kami suami isteri.

Satgi ada plak yg kata, "tu org yg keja tetap ada gaji sembang, depa takpala dua2 keja bole la bg". Ni karipoley, paham dak berkongsi rezeki, bg nafkah ni tak penah ada syarat2 wajib, nak kena bagi bila sekian2, bagi amaun banyak2 mana. Ikut kemampuan kita la,  kalau rasa tak mampu bg tiap2 bulan, bagi la tiap2 taun, kalau tak mampu jugak bg la 2,3 taun sekali ikut la. Bopa banyak nak bg ikut la, kalau mampu bg rm 1 bg la seringgit pun, takdak jumlah tetap. Bagi ikut sekadar kemampuan.

Nak bahagiakan ibu bapa ni bukan takat bg nafkah ja, bagi depa gembira pun termasuk dlm membahagiakan ibubapa, kalau tak mampu dari segi wang ringgit cuba tolong ringankan urusan kerja org tua kita, kemas rumah ka, bawak pi hospital ka, beli brg2 keperluan rumah ka macam beras, minyak masak, gula dll, setelkan bil elektrik & air ka, jaga time depa tak sihat pun dah ok. Tu pun salah satu tanggungjawab anak2 dalam membahagiakan ibu bapa kalau nak rezeki murah. Jangan sesekali bg ibu bapa kita menitiskan air mata kerana setitik air mata ibu jatuh maka 10 kebajikan anak hilang. 

Ada pula yang selalu buat ayat "Anak yang berjaya bukan syarat basuh berak ibu bapa", betoi syarat utk basuh berak anak bukan diukur dari berapa banyak hartanya, berapa tinggi pangkatnya, berapa tinggi pendidikannya, berapa elok rupa parasnya tetapi betapa tinggi akhlak dan kasih sayang dia dekat ibu bapa. Tetapi perlu diingat tanggungjawab seorang anak juga adalah membahagiakan dan mengembirakan ibu bapa, ibu bapa mana tak seronok kalau anak2 berjaya? Jd  apakata anak yg tak berjaya juga basuh berak,  anak yg berjaya pun  basuh berak? Kan lebih baik begitu.

Jangan ambik mudah benda ni, setiap perilaku kita terhadap org tua kita, anak2 akan perhati, macamana kita layan org tua kita tak mustahil macam tu jugak anak2 menantu layan kita kelak. Tiap2 minggu kita balik jengok org tua pun dah memberi makna kat depa, tak payah wang ringgit, setakat bertanya khabar ambik berat pun ibu bapa kita dah seronok tak terkata. Jadi berkongsilah dgan ibu bapa rezeki kita sbb depa dah banyak berkorban dalam membesarkan kita selama ini dan takkan terbalas oleh kita jasa2 depa. Tapi zaman la ni aku tengok bukan kata nak bg nafkah kat org tua, mintak lg ada, nauzubillah min zalik harap2 la perkara2 tersebut tak berlaku pada aku. 

Jadi berbaktilah pada kedua ibu bapa kita di hujung2 usianya sebelum kedua-dua nya tutup mata dijemput ilahi 😒



Wednesday, January 26, 2022

Membesar di kampung vs membesar di bandar

 Ada orang kata berbeza ka membesar di kampung dan membesar di bandar (pekan), sebenarnya banyak beza tambah2 kalau kita berpindah dari suasana kampung yg jauh dari bandar ke sebuah bandar.

Banyak aku belajar dulu apabila aku berpindah dari kawasan perkampungan yang majoriti sumber perekonomian penduduk rata2 datang dari hasil laut di Tanjung Dawai, Kedah ke bandar Kangar, Perlis. Walaupun bandar Kangar bukanlah bandar besar macam ibu-ibu negeri lain tapi jelas perbezaannya banyak bagi budak yang membesar dalam suasana kampung apabila berpindah ke sekolah dalam bandar.

1. Kemudahan

Berbeza dengan kehidupan kampung, nak ke satu2 tempat agak jauh macam klinik kesihatan, kedai runcit, kedai buku (ada 1 ja masa tu kat arked mara tg dawai), pasaraya ( mmg takdak la kat Tg Dawai sbb pasaraya yg terdekat ada kat bandar Sungai Petani), stesen bas dan lain2 lagi dan pengangkutan cukup terhad, aku di kg berulang naik basikal ke sekolah yg agak jauh dan terpaksa naik bas sorang2 utk cucuk ubat masa kaki aku kena paku karat kat klinik kesihatan kat pekan Merbok. Kalau nak beli alatan tulis kena pi bandar terdekat iaitu di Sungai Petani yg berjarak 27 km dari tanjung dawai, tu pun berejam tunggu bas kalau nak pi sungai petani dan sebulan sekali ja pi sbb org tua aku takdak kenderaan lain selain basikal dan tunggu (panggu atau gaji bulanan) dari keja nelayan baru pi. 

Berbeza di Kangar, kedai buku bercambah, jarak rumah org tua aku 4 kilo ja dari pekan kangar, kalau malas nak pi sekolah naik basikal bole naik bas yg sejam sekali lalu tapi selalu naik gerek ja la sbb dekat, nak pi pasaraya pun banyak, antara pasaraya yg femes kan kangar masa tu Looking Good kat bangunan KWSP Kangar, Pasaraya KK (la jd DIY) dan Liu Emporium. Mai sini la baru syurga bagi aku yg minat baca komik ni sbb di Tanjung Dawai dulu cukup susah nak cari komik, klu ada pun bilangan dia terhad sbb kat Kangar ni banyak kedai buku, kalau takdak kat kedai buku ni, bole pi cari kat kedai buku lain.

2.Budaya

Bila berpindah dari kampung yg agak jauh dari kemodenan bandar kompom akan ada kejutan budaya, ya la aku masa kat Tanjung Dawai dulu majoriti kawan2 dengaq lagu Melayu dari kumpulan Slam, Exist, Scan, Spoon, Scoin, Uks, Fahreinhet, xpdc dan macam2 lg la, mai pindah sekolah kat Kangar ni baru la aku kenai artis2 luaq negeri dan band2 inggeris tempatan sebab ramai memba2 aku layan lagu dari Nirvana, Green Day, Metalica, Butterfingers, Subculture, Dead Mushroom, Koffin Kanser, Offsprings, Oag, Korn, Sepultura, Poetic Ammo, Too Phat dan lain2 lagi menyebabkan fesyen berpakaian depa pun jadi ikutan genre dari muzik2 tersebut, aku yg masa tu mai dari kg biasala pakai seluaq jeans kaki kembang bawah atau bell bottom jadi malu plak sbb kawan2 kata tu fesyen kg ketinggalan zaman hahaha... Shilake, jadi bertukaq la aku ke fesyen terkini seluaq jeans straight cut ataupun jeans yg kaki kecik termasuk pakaian sekolah. 

Haha.. Masa zaman2 remaja ni macam2 fesyen ikut, mula2 hip hop dgan topi full cap pastu grunge. Kalau kat Tg Dawai dulu, ikut imej rock tempatan cam xpdc baju t shirt hitam, seluaq bell bottom ja πŸ˜‚..sbb pengaruh band omputih tak meluas sangat sbb masalah bahasa , jd budak2 kg yg kurang paham bahasa inggeris ni kurang la sikit dengaq lagu2 dari band barat ni jd bila aku pindah mai Kangaq ni la baru kenai band2 omputih tu semua. Dari kiri tu memba aku Am (anak Datuk, pak dia dulu bekas SU negeri Perlis bawah Yb Shahidan kassim), mak dia plak pengetua Sek. Agama Perempuan Kangar dulu, tepi dia yg muka cam nick carter backstrett boys tu aku πŸ˜‚πŸ˜‚, sebelah aku tu Tot, pak dia dulu Pegawai Farmasi hospital Kangar, la dah pencen pak dia bukak Farmasi kat jalan Langgaq, Aloq Staq, sebelah tu memba aku yg agak susah time tu, cikgu mahadi, alhamdullilah berkat belajar sampai UUM, ambik Kpli la dah jd cikgu, buat bisnes macam2, la jadi tokey The Kabin, Kangar dan bukak kedai ejen pos Ans parcel di Beseri dan Pauh, hasil usaha dia tu la berjaya la beli rumah 2 tingkat & pakai keta H wpun asal dari keluarga yg agak susah, sebelah dia tu Amir, pak dia Pengarah Tabung Haji cawangan Perlis masa tu, dan kanan sekali tu Azri, mak dia dulu Jururawat pergigian hospital kangar dan ayah dia kerja di Pejabat Tanah negeri. 

Kat Kangar ni juga la aku diperkenalkan dengan permainan2 budak2 bandar iaitu skateboard, bmx freestyle dan roller blade. Ya la masa dok kampung mana la budak2 kampung terdedah benda2 camtu dan tak mampu beli permainan yang mahal camtu. Dan semestinya budak2 yg main sukan xtreme camtu mesti akan ikut cara fesyen permainan dari barat tu dengan pakai baju dan kasut jenama Vans, adidas, quicksilver, nike, Dc shoes, converse dan macam2 lg jenama original yg semesti harganya kurang murah utk saiz kocek budak kampung mcm aku πŸ˜‚, jd aku banyak beli baju dan kasut bundle yg seakan2 sama ja wpun jenama berbeza. 

Lagi satu masa aku pindah tu dah rancak cyber cafe yg tumbuh bak cendawan akibat penggunaan internet yg dah sampai ke Kangar, masa tu la hari2 aku ngan memba2 balik sekolah ja lepak kat cc main chat Mirc, freindster takpun main game counter strike dan red alert. Sebab aku cukup teruja sebab benda tu aku tak penah tau masa dok tanjung dawai ya la kg yg jauh dari bandar mana masuk lagi talian internet macam la ni. 

3. Ekonomi

Walaupun aku dah berpindah ke Kangar tapi org tua aku masih bekerja nelayan di tanjung dawai, abah aku berulang sebulan sekali balik Kangar. Masa di tanjung dawai perbezaan taraf hidup antara aku dan kawan2  tak ketara sangat sbb rata2 kawan kawan sekampung taraf hidup hampir sama sebab semua pendapatan keluarga hasil dari menjadi nelayan jadi takdak la beza sangat, kalau dulu kami nak cari duit lebih kami pakat tahan tangkoi utk tangkap ketam nipah dan jual kat peraih, kelas ikan bilis (mengelas ikan bilis dari ikan2 lain di tempat pengumpulan ikan atau kami panggil kongsi) takpun kami kumpul tin aluminium pi jual kat besi buruk. 

Bila berpindah ke Kangar ni dia berbeza sbb taraf ekonomi keluarga aku antara paling rendah berbanding rakan2 lain sebab rata2 kawan aku org tua depa semua bekerja di sektor awam dan sektor swasta dengan pelbagai pangkat dari kerani hingga pengarah jabatan dan masa ni la membuatkan aku buat pertama kalinya berasa rendah diri wpun kawan2 aku ok ja berkawan tanpa pilih bulu. 

Berkunjung ke rumah memba2 yg ramai duduk di taman perumahan yg lengkap berperabot, berpenghawa dingin, kereta 2,3 biji, siaran guna astro (pada masa tu sapa pakai astro mmg dari kalangan golongan kayangan sbb nak pasang pun dah dekat rm 1k pada masa tu), ada yg ada playstation 1 (harga masa tu dekat rm 1k) menyebabkan rasa rendah diri makin menebal sebab aku tak merasa semua tu. Rumah org tua aku kecik ja masa tu dan kenderaan keluarga aku hanya motor Honda Gbo lama keluaran tahun 70an. Bila ke sekolah kawan2 lain semua naik basikal berjenama dari Haro, Mongoose, Giant, Shimano tp aku kayuh gerek jenama china berharga rm 60 setakat kemampuan keluarga aku jd la kan janji sampai sekolah hehehe... 

Bab pakaian toksah banding la, aku banyak beli baju pasar malam ngan bundle ja berbanding memba2 aku semua baju berjenama, dan seingat aku baju berjenama yg pertama aku beli adalah jenama Muller dari kedai sukan Liu berharga rm 17.90 dan aku masih simpan tag dia (semua baju berjenama yg aku beli lepas tu semua aku simpan tag sebagai kenangan hahaha.. (Sebab susah simpan duit nak beli) tu pun aku beli masa aku tingkatan 4. Masa tingkatan 4 juga la aku merasa pakai bag Jenama Puma yg aku pakai sampai Tingkatan 5 wpun lambang harimau lompat tu dah pudar, aku lukih balik pakai liquid, jimat la sikit, nak cari duit kat mana masa tu nak beli beg elok tiap2 taun, kesian la kat org tua aku jd aku pakai la selagi tak jahanam hahahaha... 

Masa naik tingkatan 4 bila masing2 dah dapat lesen motor jadi pakat ramai la memba2 aku mak ayah depa beli moto baru masing2 utk ke sekolah, ada yg beli Suzuki Rgv, RG, Yamaha SS, SS Two, Honda Ex5, yamaha 125 z dan paling cikai pun Modenas Kriss, aku masa tu terpaksa pinjam moto Honda Gbo lama pak aku buat pi sekolah, tu pun aku cat lain sebab segan moto org tua aku kaler kelabu, aku cat kaler merah, helmet pun pinjam helmet org tua aku sbb masa tu nak beli helmet baru berharga rm 30 (tapi masa tu bg famili aku harga tu cukup tinggi kalau nak beli), helmet pak aku tu berlubang merata jd nak kaver tu aku tampal sticker merata kaver lubang ngan tempat calar πŸ˜‚πŸ˜‚. Penah aku follow memba2 aku pi Padang Besar, mentang2 depa motor baru pakat bawak laju habih, aku dah la motor lama, punya nak follow depa (wpun dok belakang sekaliπŸ˜†) habih pulas throttled dah tapi tetap takleh ligan, sampai kaburator motor aku lekang terkeluaq skru sebab enjin bergegar teruk hahaha.. , habih meleleh petrol keluaq hahaha.. Sampai dua tiga kali terpaksa berenti ketatkan balik skru, nak bawak pebaik kat mekanik duit takdak, aku hanya dapat duit harian rm 2 ja dari mak aku, duit tu la buat boh minyak, duit tu la buat makan hahaha.. Allahuakhbar bila ingat2 balik dgan rm 2 tu aku bole survive masa tu, sangat2 berbeza dengan keadaan la ni bila kita dah kerja, klu masa tu moto skru longgaq kompom la ni aku bawak pi mekanik tukaq kaburator baru dah πŸ˜†.

 Aku masa ni naik moto Honda Gbo generasi pertama keluaran taun 70an klu tak silap, yg aku modified mcm2 nak bg nampak tak old skool sangat. Aku cat kaler merah sbb kaler asal macam kaler moto org tua (kaler kelabu taik bulldog πŸ˜‚), seat aku potong bg nipis. Helmet tu aku lekat mcm2 sticker nak kaver calaq ngan berlubang. Kasut aku masa tu pakai kasut jenama Bata bubuh tali hitam nak bg nampak grunge sikit, ya la nak beli kasut Jack Purcell tak mampu hahaha.. Berbanding kawan2 aku yg mak ayah keja gomen paling lekeh pun moto kriss modenas dan yg paling kemaih Yamaha Tzm, mmg pecah pala la masa tu sapa mampu pakai, aku? Aku mampu tengok ja la hahaha... 

Bab duit belanja ni sampai aku tingkatan 5 mmg mak aku mampu bg rm 2 ja, berbanding memba2 lain ada yg pak bg rm 10 sehari, rm 50 seminggu pun ada, kalau ajak keluaq aku selalu minum ja la 😁. 

Mmg masa tingkatan 5 tu aku banyak pakai baju ikut fesyen Grunge macam dressing kumpulan Nirvana, Butterfingers sebab apa, sebab selekeh atau dlm bahasa inggerisnya 'slackers'. Ya baju2 ngan seluaq camtu mudah cari kat bundle padan la naik moto gbo lama sebab masa tu aku rasa macam tak matching kalau pakai smart tapi naik moto lama πŸ˜‚πŸ˜‚ sbb pada pandangan aku smart macamana ang atau ang pakai baju atau jeans ori  tapi kalau pakai moto biasa ni pun sahih org kata pakai baju bundle, seluaq padang besaq hahaha.. Pandangan aku la, pandangan org ni lain2. Sebab aku tengok kalau org tu pakai motor elok macam Suzuki RGV, Yamaha 125 pakai jeans Padang Besaq pun org kata pakai jeans ori πŸ˜„.  Sebab tu sampai ke Uitm aku masih dok pakai baju2 imej grunge tu sampai la dah keja aku ubah dressing sikit. 

Bila mai time raya pun aku rasa rendah diri dan segan bila kawan2 datang bertandang, ya la rumah org tua aku kecik ja berbanding kawan2 lain, perabot pun perabot lama, tapi tetap aku rai macam biasa dan kawan2 pun paham keadaan aku. 

Asbab dari perasaan rendah diri dan kekurangan masa aku membesar tu lah membuatkan aku bulat tekad bila aku bekerjaya kelak aku cuba mengelakkan anak2 aku merasai macamana babah dan ibu depa rasa time membesaq dulu dlm serba kekurangan. Aku cuba ubah ekonomi aku sekeluarga sekurang-kurangnya mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kebanyakan masyarakat kita, dan membiarkan kesusahan dan perasaan rendah diri masa lampau tak menghantui lagi kehidupan generasi aku di kemudian hari sebab perbezaan kasta ekonomi dalam lapisan masyarakat sangat memberi kesan pada kehidupan aku dan bagi aku kesusahan hidup aku pada masa lalu ada hikmah di sebaliknya sebab aku banyak belajar mengharungi setiap susah senang untuk naik ke tahap sekarang. Dan masa tu aku jadikan Pak Ngah aku sebagai role model sbb dlm keluarga belah mak aku Pak ngah aku satu satunya adik beradik mak aku yg berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan seterusnya hidup senang setelah bergelar Pensyarah di Universiti Putra Msia dan berkahwin dgan Mak Ngah aku yg dikenali ketika sama2 berkuliah dulu dan menjawat jawatan Pensyarah kanan di Maktab Perguruan Islam Kajang dan kehidupan Pak Ngah aku berubah senang wpun mai dari keluarga kurang senang  dari tokwan & tok aku seorang pesawah  yg membesarkan 8 org anak dlm serba kekurangan wpun banyak tanah2 pusaka tokwan aku terpaksa jual demi menampung pengajian Pak Ngah aku di peringkat universiti. Dan aku bersyukur apabila kedua org tua aku masih ada utk aku membalas balik jasa2 depa dulu membesarkan aku adik beradik walau dalam serba kekurangan dan sekurang-kurangnya aku mampu membahagiakan mereka sebelum mereka tiada.


Monday, January 3, 2022

Hidup adalah pilihan


 Penulisan kali ini adalah untuk diambil ikhtibar oleh anak2 remaja di luar sana. Jangan sia siakan zaman belajar kita, zaman remaja kita kerana tindakan anda pada masa tersebut yg akan mencorakan hidup anda di kemudian hari.

Aku nukilankan kisah ni selepas aku terserempak rakan sekolah aku dulu seingat yg aku kenali tentang diri beliau merupakan pelajar yg cukup femes di sekolah tetapi bukan asbab akademik, tetapi sebab kenakalan beliau di sekolah. Naik turun bilik guru displin perkara biasa, kalau di sekolah bole kata kepala gangster la kat sekolah, ramai yg nak berkawan ngan dia sbb pengaruh ramai, awek2 pun ramai nak berkenalan ngan beliau, patut la ada frasa dari org pompuan "awak terlalu baik utk saya" rupa2 rupanya depa suka org lelaki yg jahat hahahaha.. 

Ok berbalik pada hal mamat tu selepas lebih 22 tahun meninggalkan alam persekolahan kali ni aku jumpa beliau dengan keadaan yg sangat berbeza dari zaman kegemilangan dia dulu, terkini dengan penampilan yg biasa, kulit agak gelap sbb kena sengatan cahaya mentari, rambut dah beruban dan gigi yg lompong akibat faktor usia yg sangat berbeza dengan penampilan kemas beliau dulu. Aku bertegur sapa bertukar2 khabar ttg diri masing2 setelah berpuluh tahun tak jumpa, beliau memaklumkan cuma buat kerja kg, buat bendang peninggalan org tua, bawak lori padi pd musim menuai dan kadang menjala ikan puyu utk buat pekasam, banyak rutin harian ditumpukan hanya utk menyara anak isteri. Beliau memaklumkan seronok tgok kawan2 lain berjaya tetapi rezeki beliau setakat tu ja sbb sijil spm hanya s.a.p dan menyesal dulu banyak main katanya. Tetapi alhamdulliah la beliau tak terlibat aktiviti jenayah, dah nampak jd org sikit. Dan aku terus teringat mangsa2 buli beliau yg banyak dari kalangan budak2 nerd yg dah berjawatan tinggi dah la ni, dan beliau penah maklum ngan aku terserempak ngan mangsa buli dia dulu naik keta besaq, tapi beliau kona kot lain buat2 tak kenai sebab segan ngan kawan tu yg dah berjaya la ni. 

Kesimpulan yg aku dapat, femes mana ang masa sekolah atau remaja tak kisah la femes sebab nakal, kepala gangster, anak org kaya atau hensem masa sekolah atau pandai dalam pelajaran dulu tapi kalau ang tak berjaya manage hidup ang, ang akan dilupakan camtu ja, kawan2 menghilang, awek2 tak pandang, sebab hidup ni simple, dapatkan pekerjaan dgan rezeki yg elok, jalani kehidupan berkeluarga yg normal, cuba tingkatkan ekonomi keluarga, bahagia akan datang sendiri sebab umoq bukan makin muda, masa muda remaja la kita kena buat yang terbaik sebab itu yang akan mencorakkan perjalanan kita kelak.

Begitu juga dengan kisah gadis penjual nyok junior di sekolah aku dulu, beliau yg aku kenali dulu merupakan seorang yg agak femes di sekolah disebabkan dikurniakan rupa paras yg cantik dan datang dari keluarga agak berada sbb masa tu bisnis ayaq nyoq keluarganya laku menyebabkan dia tumpang senang, di usia 16 tahun dah bole ke sekolah dengan menunggang motor yamaha 125 z dan ofkos menjadi tarikan remaja2 lelaki dan perempuan utk mendekati. Tetapi beliau alpa, pelajaran ditolak ketepi dan keseronokan menjadi kiblat, akibatnya beliau berkahwin awal dan menjadi janda juga di awal usia. Dengan tanggungan anak2 yg ada, beliau terpaksa meneruskan legasi perniagaan keluarga demi sesuap nasi, dari seorang gadis yg berperwatakan menarik menjadi gadis yg biasa, tiada secalit mekap di wajah, tiada baju2 menarik, tiada kasut tumit tinggi spt dulu, tetapi hanya kasut but getah dan apron menghias diri (rasanya bole ja menyegak tetapi mungkin disebabkan tuntukan kerja dari bawak lori, potong buah nyok, angkut peralatan meniaga segala menyebabkan beliau selesa berpakaian begitu). Berbeza bila aku jumpa rakan2 seusia beliau yg dulu yg agak selekeh dan tak menjadi perhatian student lelaki dulu, kini tampil menawan, bekerja di pejabat berpenghawa dingin, berjawatan tetap dan penampilan berubah 180% disebabkan suasana kerja dan mempunyai pendapatan yg cukup utk mengubah seseorang itu dari zero to hero. 

https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.ohtular.com%2F2020%2F07%2F5-pelajar-genius-malaysia-yang-berakhir.html&h=AT0mLOnB4ozL1fFAJ7RkxXCcdefqXixS1VylT4CG7nvyZ3flK_JMIwy6ml91xbCQiCRkEkxt3Ng_KT2j6Ef8_9GKXRyMjpiavHM2O2AHeIGmGmdy5IdtCu9l8CijOeJ6MV4iTKKcNDE0v8k9wA

Tapi tak semua student2 yg nakal di sekolah dulu tak berjaya, ada yg berjaya dengan pilihan hidup masing2, ada yg sempat berubah dan tumpu mencari pekerjaan yg tetap, menceburi bidang perniagaan dan seterusnya berjaya sebab pilihan hidup tu terletak di tangan masing2 samada nak berjaya atau tidak, ada juga di kalangan yg dahulunya cemerlang di bidang akademik tetapi kurang berjaya dalam bidang pekerjaan dan hidup di masa depan seperti contoh di link atas. Kerana pilihan, usaha dan rezeki itu seiiring sebab itu kita kena jadi diri sendiri dan matlamat utk kita tuju di kemudian hari supaya menjadi yg terbaik di kalangan marhein. Dan org lain tak bole ubah diri kita kecuali diri kita sendiri, persetankan org sekeliling sbb bila ang takdak apa2 sapa pun tak ambik tau, tapi bila ang ada something, org automatik akan ambik tau pasai ang. That reality. Macam kisah yg aku cedok kat fb seperti di bawah ni. 

Ⓜ️ GEORGE MCLAURIN, LELAKI KULIT HITAM PERTAMA YANG DITERIMA DI UNIVERSITI OKLAHOMA PADA TAHUN 1948, 

DI PAKSA duduk di sudut yang jauh dari rakan sekelasnya yang berkulit putih.

Tetapi namanya tetap tersenarai sebagai salah satu daripada tiga pelajar terbaik universiti. 

Ini adalah kata-katanya: 

"Beberapa rakan sekelas memandang saya seperti saya seekor binatang, tidak ada yang sudi untuk bercakap mahupun menegur saya, guru sepertinya mereka tidak ada di sana untuk saya, dan mereka juga tidak selalu menjawab soalan saya ketika saya bertanya.” 

“Tetapi ia tida melemahkan saya malah ia lebih mendorong menaikkan semangat dan keazaman saya untuk berjaya, Saya banyak mengabdikan diri sehingga saya mencapai maklamat saya, setelah berjaya mereka mulai memberi perhatian kepada saya untuk memberi mereka tunjukajar dan memjawab pertanyaan² mereka.”

PENGAJARAN DISINI: 

Memaksa diri untuk diterima oleh orang adalah membuang masa. Cukup fokus dan tambah nilai pada diri anda dan orang akan datang meminta pertolongan anda ...

Sumber: Eupraim

Apa yg aku pelajari dari kisah di atas kita hanya perlu fokus pada diri sendiri dan keluarga serta sahabat2 di sekeliling kita sahaja kerana itu sumber semangat  yg ada selain Allah Taala. Apabila kita berjaya tambah nilai pada diri kita org sekeliling akan menjadi magnet pada kita kerana itulah lumrah kehidupan. Pengajaran yg aku dapat dari kawan sekolah aku tu ada memba aku penah add dia kat group wasap sekolah tapi dia left, pesbuk ada tapi tak penah update, ramai yg dia tak approve freind dan ada juga yg dia unfreind sebab dia takdak apa nak post, pastu segan ngan kawan2 yg ramai berjaya dari dia katanya. Aku maklum la kat dia awat jd camtu, pasai apa nak ikut org, kita ikut ja acuan bahagia cara kita, bukan duit, harta atau kemewahan yg mampu bagi kebahagian kat kita, kita buat ja apa yg kita suka, bahagia itu pilihan sebab hidup hanya sekali. Aku paksa add jugak no dia kat group wasap sekolah sebab aku kata kita semua dah berumoq, tujuan group wasap ni pun bukan utk benda2 lain, hanya medium utk bertanya khabar, sakit pening, kematian atau saluran yg senang kalau nak jemput ke majlis2 kenduri. Aku maklum tanggungjawab aku dah add dia dan kalau aku jemput ke kenduri terpulang la pada dia nak mai ka dak sbb tanggungjawab aku jemput tu dah setel, aku dah cuba eratkan sillaturahim spt biasa.

Hidup ni kena positif, takdak sapa buang sesiapa kecuali kita yg buang diri sendiri. Kalau betoi nak rapatkan balik silaturahim buat cara nak rapatkan balik sbb kita dah cuba bertegur sapa secara baik tetapi kalau masih tinggi dengan ego tu terpulang sbb benda tu diluar kawalan aku, aku cuba dah buat terbaik, kenduri jemput, jamuan raya jemput tapi tak mai sebab alasan ada keja, ok kita paham , tup2 rupanya dia pun buat majlis tapi kita sekupang pun tak dijemput, tapi org lain bole plak dijemput hahaha..its ok, jd jangan guna sangat istilah terbuang sebab takdak sapa buang sapa kecuali diri sendiri yang buang diri sendiri  πŸ˜‚. Sebab hidup ni terlalu singkat utk nak serabutkan pala otak dengan benda2 negatif ni. benda bole setel dgan cara elok,bukan dengan dok menyebai tak tahwan hala post hal2 negatif rata ritin di media sosial sbb bagi aku sesuatu medium tu kalau dibuat positif, positif la jdnya, kalau dibuat negatif, negatif la jadinya, dan dari situ kita dah bole tau keperibadian pemilik akaun tersebut. Nak bahagia, tenang, bersihkan hati, dekat dengan Allah insyaAllah rezeki akan memihak pada kita.