Jangan Clik

Thursday, December 12, 2019

Jalan jalan ke Shah Alam dan Kuala Lumpur

Akhir pekan aritu aku berlibur ke tempat yang banyak mempunyai nilai sentimental bagi aku dan isteri iaitu ke daerah menimba ilmu dan tempat bertemu jodoh menyulam kasih, Shah Alam Bandar Anggerik. Sempat jugak lalu depan Gerbang pintu UITM Shah Alam ja tanpa masuk ke dalam sebab keterbatasan waktu, apapun UITM tetap di hatiku. Depan Uitm ni pun banyak dah berubah, Kolej Jati yg cukup femes di Seksyen 2 ni pun dah lenyap dari pandangan asbab dirobohkan (mungkin ada plan pembangunan masa akan datang kot kat situ), dulu meriah kat sini dengan student2 baru sampai dari kg, yg skoting, gerai2 jualan di hadapan kolej Jati ni pun banyak dan ofkos nasik goreng daging merah Rm 2.00 yg top dulu di kalangan student, tapi gerai nasik goreng tu ada lagi dalam medan makan seksyen 2 yg telah diubahsuai cuma harga dah tak dapat la Rm 2.00, nama kedai dia Sekilas Tomyam Buana, kalau nak order sebut ja nasik goreng student.
Singahan pertama adalah ke Taman Tasik Shah Alam dan Kompleks PKNS, dulu masa time orentasi kami jalan kaki ja dari Seksyen 2 ke sini. Banyak dah berubah, pokok2 sekitar tasik pun banyak dan tinggi2, kompleks PKNS pun dah macam2 kedai ada dari 7E hingga Burger King. Tepi PKNS pun dah ada Anggerik Mall, klu dulu situ tanah kososng ja org buat parking. Dalam kompleks masih macam dulu ada jual macam2 pakaian dan seingat aku time yg meriah adalah masa seminggu sblm raya, macam2 gerai ada, seingat aku kedai yg masih ada adalah Kedai Buku Pustaka Marwillis, kedai jeruk, kedai cd dan kaset, yg sayangnya kedai makan deretan belakang tu dah takdak, dulu aku selalu gak makan ngan wife aku situ sbb murah, tapi kedai tu dah takdak, la jadi kedai basikal.
Penat berlari-lari keliling tasik dan mengelak kena taik burung yg rakus bersarang di atas2 pokok kat tasik shah alam tu kami mampir ke warung Nasi Ayam Pak Mal di Seksyen 11. Macam biasa aku order soto dan nasik ayam femes beliau, rasa still sama yg membezakannya cuma harga ja, dulu zaman aku dok rajin mai dating sini ngan wife aku, harga soto cuma RM 2.50 dan nasik ayam Rm 3.00 ja, sesuai la untuk poket pelajar lagipun sini tak crowded sesuai la port utk dating2 hahahaha....
Untuk trip kali ni aku menginap di Home Stay Nest Stay Suria Jaya Mall Padang Jawa, klu dikutkan, aku nak ambik home stay kat i-city Seksyen 7 tapi memandangkan la musim cuti sekolah kawasan Seksyen 7 mmg jem gila, jd utk trip released tensen ni elok la menginap di kawasan yg tenang sikit. Homestay dia mmg terbaik dari segi sekuriti, harga pun murah Rm 120 ja smlm, dan bawah apartmen ni ada pasaraya Mydin Mall.Aku booking melalui Booking.com lagi murah dapat time promosi Rm 400.0 utk 4 malam. Seingat aku kawasan Padang Jawa ni dulu kosong ja, yg aku selalu mai pun sebab mai beli tongkeng ayam dekat pasar malam sini, la rumah kedai naik bercambah. Kalau diperhatikan dalam gambaq tu aku ambik dari tingkat 16, nampak kawasan Seksyen 7, dulu situ kawasan rumah flat ja yg disewa student2 Uitm, la dah membangun dengan segala macam ruang perniagaan, stesen minyak, hospital shah alam, pasaraya Giant dan yg femesnya I-city.
Pagi ahad macam biasa ke tempat port yg agak femes  di Shah Alam iaitu ke Pasar Pagi Stadium yg dibuka pada pagi hari ahad sahaja. Pasar pagi ni dia femes sebab bermacam barangan lama dijual atau dikenali sebagai pasar karat. Selain barangan tersebut banyak lagi barang2 yg dijual dari pakaian, mainan, makanan dan juga barang basah. Apa yang aku perhatikan kat sini banyak dah kawasan2 parking stadium dahulunya dah dibangunkan, dibuat apartmen dan juga rumah2 kedai. Depan Aparment Perdana Seksyen 13 rumah sewa aku dulu pun dah naik masjid kat situ dan restoran2 makanan segera.Gambar kat atas adalah sesi melahap bihun sup utara yg daging,perut,urat, paru melimpah ruah punya banyak sampai repeat order dua kali sebab sedap kuasa dua hahahaha....
Seterusnya aku bawak depa ke syurga mainan dan juga syurga buat pengumpul mainan seluruh Malaysia, iaitu ke Flea Market Amcorp Mall di Petaling Jaya.Memang lama dah aku nak bawak depa mai sini supaya dapat tengok berpuluh gerai dan kedai yang menjual beraneka jenis mainan dari yg vintage, rare dan baru kat sini, rambang mata depa sampai taktau nak beli yg mana hahahaha...Ni aku bawak depa ke gerai memba aku, Meng Funny Toys Centre, yg syok di kedai Meng ni kita bole trade in mainan lama kita dengan beliau samada ambik duit atau buat secara sistem barter , ambik mainan dlm kedai dia. Termasuk kali ni aku dah berurusan dua kali dah trade in mainan dengan beliau, kalau beli mainan dgan dia tu dah berpuluh kali dah hahaha...aku bawak lebihan mainan lama aku mai trade in dgan dia dan aku suruh anak2 aku ambik la berapa banyak dan jenis apapun mainan sampai sama harga dengan jumlah amaun trade in tersebut. Masing2 pakat ambik mainan Godzilla sorang 2 ekoq tu pun tak sampai had harga dia bg tu lagi, alih2 aku ambik jugak la beda aku mainan Star Wars dan Lego Batman hahahaha... kat sini jugak aku sempat sambaq frame dan poster vintage utk letak dalam bilik game di rumah baru aku nanti.
Dan macam besa la aku bawak ke tempat favorit bagi kanak-kanak ribena iaitu ke penempatan terancang haiwan-haiwan liar atau bahasa mudahnya zoo. Untuk kali ni aku dah prepared dah di mana kalau kita nak dapatkan tiket dengan harga murah baik kita order secara online samada dalam Lazada atau Shoppe.Memang murah banyak gak la memandangkan aku masuk sebatalion hihihihi...tapi yg lecehnya kita kena beli awal dalam 2 hari sebelum tarikh pi.
Berikutnya on way balik tu aku singgah di KLCC bawak anak2 aku menghirup udara kota di taman buatan.Ramai sungguh para pelancong di sini dari serata mancanegara, maklumla kan bangunan KLCC ni dah jadi mercu tanda Msia.
Langsung aja aku bawak depa pi Aquaria KLCC yg mmg lama depa nak pi atas alasan nak tengok ikan temenung secara live hahahaha...mana nak ada ikan temenung  la sayang oi, klu ada pun lama dah kna ngap ngan bapak jerung baka uganda tu.Harga bole tahan dan org pun ble tahan ramai, maklumla cuti sekolah kan. Seb baik tiket aku order online dah, seb masa dari kena beratoq hahahaha....
Sebelum keberangakatan pulang sempat jugak la aku menjelajahi tempat2 yang penuh pahit manis, suka duka masa bergelar mahasiswa dulu.Perit jerih yang banyak memberi seribu satu pengalaman berharga dalam menempuhi kehidupan mendatang dengan cemerlang. Gambaq kat atas adalah hostel Kolej Perindu Seksyen 13 di mana hostel2 tu adalah rumah2 kedai yg disewa Uitm utk pelajar sebab ada fakulti2 Uitm di stadium shah alam iaitu fakulti sains sukan, fakulti kejuruteraan mekanikal dan fakulti seni persembahan (sekarang dikenali sebagai fakulti filem,teater dan animasi). Tetapi semenjak fakulti2 tersebut dipindahkan ke kampus Cawangan Uitm Puncak Alam, kawasan2 ni kembali sepi. Tak jauh dari sini ada  Kolej PTPL dulu pun dah bertukar ke Kolej MSU dah la ni,Gambaq kat atas masa aku tawaf kawasan ni tengok hostel2 dulu, la banyak rumah kedai tu dah tutup dan tak terjaga, jadi ampa ble la tgok perbezaan dulu masa kami duduk dgan la ni, gambaq tahun 2002 masa kami cat habih muka kami (cam badut pun ada hahaha) bagi memberi sokongan dekat pasukan bola sepak malaysia di pentas akhir bertemu pasukan Thailand yang diadakan di stadium Shah Alam.
Ni masa aku pi sarapan pagi sebelum bertolak balik ke Perlis ke kedai yang satu-satunya masih kekal kat kawasan rumah2 kedai di Seksyen 13 ni iaitu Kedai Mak Enon, Kalau diteliti gambaq kat atas tu bangunan belah kiri tu bangunan Apartment Perdana dan belah kanan tu nampak sikit bumbung Stadium Shah Alam. Masa zaman aku sewa kat apartmen Perdana dulu selalu gak aku jalan kaki dengan wife aku  mai makan kat sini, saja ambik kedai yg jarak jauh, lama sikit ble menyembang sambil bergurau senda hakhakhak...
Ok last sekali aku ada berkunjung ke pasaraya hypermarket baru di Shah Alam ni iaitu pasaraya Aeon Mall. Besaq nala pasaraya ni, meriah, pasaraya ni terletak tak jauh dari Stadium Shah Alam Seksyen 13 yakni betoi2 di belakang Pasaraya Makro dulu2 ni, tapi pasaraya Makro tu pun takdak dah, dah lenyap ditelan bumi hahahaha...kena runtuh dah. Masa aku mai tu time promosi Year End Sale mmg syurga la bagi kaum wanita, sempat la bernonkrong 2 jam kat sini sebelum kena paksa balik klu tidak alamatnya habih gaji sebulan kat sini ja hahahaha....