
Mengenai Komputer Riba jenama Dell ni (bukan Dell Akhbar Khan bekas Setiausaha FAM tu ya, harap maklum) memang merupakan antara pengeluar pasaran komputer yang berkualiti selain dari jenama lain macam Acer, Compaq dan lain-lain. Penggunaan komputer riba sememangnya tak asing bagi warga pelajar dan juga warga pekerja sebab ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja waima ke bilik air sekalipun. Dengan rekaan yang menarik serta perisian yang terkini Dell sering tampil dengan model keluarannya yang terbaru seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi cyber zaman sekarang. Menariknya semua pakej tersebut hanya datang dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan kerana dengan adanya komputer riba Dell ni la kita boleh akses ke blog kita dan blog rakan yang lain serta mengetahui apa jua maklumat terkini dalam dan luar negara kerana tanpa Dell siapalah komputer riba dok gitu...
Mengenai Admax ni bagi aku dia merupakan salah satu syarikat pengiklanan macam Manggaonline ni jugak cuma pasaran dia lebih kepada Asia Tenggara dan bagi mana-mana peniaga dan usahawan yang ingin mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka melalui alam maya boleh la menggunakan Admax tersebut kerana bak kata saya di awal tadi pengiklanan di ruang cyber adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan sekali kerana ia boleh diakses dimana jua kerana dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan dan dengan hanya satu klik, maklumat dapat disalurkan kepada anda hanya dalam beberapa saat sahaja.