Jangan Clik

Tuesday, August 6, 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27


Sebenaqnya tarikh aku temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27 ni 11 hb Jun 2013 aritu, saja post arini sebab result dah keluaq kemarin, kot2 pakat tertanya2 result jadi aku insert sekali keputusan result temuduga tersebut. Keputusannya Alhamdulillah aku dapat calon simpanan, calon simpanan nih sah laku dia dlm tempoh setahun, dan akan dipanggil apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut selepas batch yg berjaya tu lapor diri, sekiranya terdapat calon berjaya yang menolak atas sebab tertentu, barulah dipanggil calon simpanan tersebut. Memba aku penah jugak dapat calon simpanan Penolong akauntan W27, dlm bulan Oktober keluar result, bulan Januari batch yg berjaya lapor diri dan dlm bulan April batch calon simpanan termasuk beliau plak dapat tawaran. . Ada wife memba aku dpt calon simpanan Pen. Pegawai Tadbir N27 nak dekat setahun bru dpat tawaran, tempoh berapa lama calon simpanan nak dapat tawaran tak tentu, sebab ikut kekosongan jawatan tersebut, aku dulu pun masa dpt jawatan Pembantu Tadbir N17 nih pun dapat calon simpanan gak, dlm masa 3 bulan pastu bru dapat tawaran. Walaupun dapat calon simpanan tapi aku dah cukup bersyukur, tambah2 bila tgok statistik pengambilan yg agak heaven cam kat bawah:-

Statistik Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 2013

  • Bilangan Permohonan : 153, 183 orang
  • Bilangan Panggilan Temuduga : 49, 116 orang
  • Bilangan Kekosongan Jawatan : 67 orang
  • Bilangan Calon Simpanan : 1000 orang
Mungkin selepas nih ada lagi calon yang akan menghadiri temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27, jadi kat sini aku nak bg sedikit tips dan kongsi pengalaman temuduga aku tempohari. Temuduga kali ni merupakan yang ke 3 bg aku, 2 temuduga sebelum nih aku guna lesen Diploma aku, tapi tak berjaya, kali nih aku guna lesen KPSL, aku dah lulus Ujian KPSL Pen. Pegawai Tadbir N27 tahun 2011, tapi takdak rezeki aku masa tu, lepas result keluaq aku dah terlepas utk temuduga jawatan nih, lagipun mmg aku tak isi borang temuduga sebab nak tgu result KPSL nih keluaq. Lepas isi borang SPA8 , takdak panggilan temuduga utk tahun 2012, bila masuk tahun 2013 bru dipanggil temuduga. Jadi bila dah tau tarikh interview dgan sepantas tenuk la ku sediakan apa yg patut dan baca serba sedikit maklumat berkaitan kerja kerajaan nih, tambah2 aku dah  berkhidmat dlm kerajaan, sahih penemuduga akan tanya soalan2 cepumas punya, aku kena interview di Bangunan Tun Abdul Razak, Kangar dan ada yg kena di Bangunan Persekutuan, aku rasa tempat yg aku kna interview nih utk calon yg dah berkhidmat dlm perkhidmatan awam. Nindia antara tips sebelum menghadiri temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27:-

Etika berpakaian:-

Lelaki- berpakaian kemas dan sopan, baju kemeja lenggan panjang warna cerah, seeloknya pakai talileher atau blazer, seluar slack hitam dan berkasut kulit. (bg yg dah bekerja seeloknya pakai name tag)

Wanita-baju kurung atau baju yg agak sopan dan pakai kasut bertutup penuh.

(Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.
Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.)

Susunan sijil-sijil dan salinan.

- IC, surat beranak, sijil SPM, sijil berenti sekolah, Resume yg ringkas dan bergambar,Diploma, Ijazah , trankripsi, dan sijil2 kegiatan luaq (asal sahaja) (bagi yg guna KPSL jgan lupa bawak salinan keputusan peperiksaan KPSL tersebut yg menunjukkan anda lulus ketiga2 subjek, dan isi borang Lampiran A-pengesahan ketua jabatan dan Lampiran D-Ringkasan kenyataan perkhidmatan yg bole didonload di laman SPA serta salinan Laporan prestasi tahun semasa yg telah disahkan oleh ketua jabatan)

Persediaan Lain:-

- Baca buku Arahan Perkhidmatan dan Arahan Perbendaharaan, baca sokkabaq ttg isu-isu semasa, menteri-menteri kabinet, plan2 ekonomi kerajaan.

-Sebelum masuk bilik penemuduga, ketuk pintu 3 kali, bg salam , serahkan sijil2 kita dan duduk dgan tertib.

- Mai awai semasa temuduga utk menunjukkan kita betoi2 ada komitmen utk jawatan nih.

Antara soalan2 yg ditanya penemuduga kat aku:-

Perkenalkan diri dlm bahasa Inggeris.
- yg nih mmg aku dah prepared awai2 sebab seblm2 nih pun mmg depa akan suruh mcm nih.

Latarbelakang tugas sekarang.
-aku jawab penah buat cuti, kursus, isytihar harta, aset dan stor.

Cuti terbahagi kepada berapa
-aku jawab la apa yg aku ingat, cuti perkhidmatan, cuti sakit lanjutan, cuti perubatan dan cuti tidak berekod, pastu aku huraikan la satu2.

(tang nih dia dah tanya soklan berkaitan IQ)
Kalau staf bawahan awak dah habis cuti rehat, dan cuti sakit swasta dia pun dah habis limit,  tapi dia cuti lg dgan mengemukakan mc, camana awak nak buat?
- tang nih aku jawab tolak cuti rehat dia utk tahun akan datang (failed) jawapan dia aku kna suruh staf tersebut pi klinik kerjaan dan sahkan mc dia tu oleh pegawai perubatan kerajaan.

Macamana kalau anak salah seorang staf awak sakit berjangkit dan kna kuarantin di rumah atau di hospital, layak ka staf tersebut dapat cuti kerantina?
-aku jawab tak boleh sebab cuti kerantina hanya utk staf sahaja, dan jikalau anak beliau sakit dan memerlukan penjagaan, beliau boleh memohon cuti rehat.

Kalau tengok kekosongan jawatan N27 di Perlis ni sikit, jadi awak sanggup kah kalau kna posting luar negeri Perlis , memandangkan awak dah beli rumah kat sini?
( aku pun jawab dgan berhemah la, w;pun dlm hati kalau bole nak posting dlm negeri Perlis takpun negeri2 yg dekat ja) Sebenaqnya kalau saya dah sanggup untuk memohon jawatan nih, jadi saya kena terima apa juga keputusannya nanti, w;pun kna posting kat negeri lain.

Ada apa2 yang awak ingin sampaikan?
- Kalau saya ditawarkan jawatan nih, saya akan melakukan tugas dgan penuh amanah dan tanggungjawab serta tak akan mengecewakan org yg telah memilih saya, kerana bagi saya w;pun di mana pun saya bekerja, di situlah punca rezeki saya yg saya berikan utk anak, isteri dan ibu bapa saya, kerana bg saya kerja itu merupakan satu ibadah.
 
Selesai sudah, sebab aku hanya ditemuduga oleh seorang penemuduga saja, lepas salam ngan beliau , aku ucapkan terima kasih dan bg salam sebelum keluaq. Llleeegggaaa... tu la sedikit sebanyak pengalaman temuduga aku kali nih. Sharing is caring, shaving is cleaning hehehehe....