Jangan Clik

Tuesday, August 18, 2015

Koleksi Mainan Kartun 80 an He-Man Master Of The Universe (MOTU) Part 2

Ok kita bersambung plak di bahagian ke dua. Kalau ikutkan dulu sebenaqnya aku berenti sat hunt figure Motuc  nih, tapi setelah aku diperkenalkan ke dalam group pesbuk Master Of The Universe Kolektors dan berjumpa ramai lg rakan2 sealiran minat dan juga otai2 Motu ni jd keinginan aku untuk mengolek kembali terjalin ehhh...cam lagu Slam plak....keinginan aku utk kumpul figure kembali membuak-buak umpama malam pertama ghairahnya. Klu sebelum ni aku beli figure Motu ni aku tak buat list pun, dua benda pertama aku pada masa tu hanya bg ada He Man serta Battle Cat dan juga Skeletor dengan Phantor tu ja, pastu tambah sikit2 dan masa tu aku teruja kumpul figure Motu yg ada haiwan tunggangan, tapi selepas di brainwash , diracuni hingga klimaks oleh para2 otai Motu dgan figure hebat dan rare depa aku mula la buat list figure ikut watak2 utama dalam siri tersebut yg takdak lg dlm koleksi aku. Jadi aku mulakan dengan antara watak utama heroic warriors yakni klik hero dlm Motu ni dulu, antara watak utama dia ialah He Man, Battle Cat,Man At Arm, Teela, Ram Man, Orko, Sorceress dan juga Stratos.
Banyak benefit dalam group nih, selain dari bertukaq2 info terkini dan sejarah Motu , dapat la jugak ahli2 berjual beli lebihan figure dari kolektor lain dengan harga yg cukup murah berbanding yg dijual di Ebay.
Kalau ikutkan banyak lagi figure2 Motu nih, tapi aku tak mampu la nak kolek semua sebab kekangan kewangan tambahan kejatuhan nilai ringgit di pasaran dunia menyebabkan harga seketoi figure pun dah naik sedikit berbanding sebelum ni di pasaran Ebay memandangkan ada sesetengah figure ni agak pricey harga dia kerana kebanyakan seller menjual dalam matawang Dollar US.
Jadi aku mulakan hunt figure ni bermula dengan watak-watak utama dulu yang sering muncul di siri kartun  Motu dan juga poster-poster Motu nih sebagai contoh Evil Warrior ni diketuai kepala kantornya iaitu pak Skeletor,Phantor, Beast Man, Evil Lyn, Trap Jaw, Mer Man, Tri Klop dan Whiplash.
Memandangkan aku mula kolek figure Motu ni agak lambat jadi banyak juga la figure2 yg dah lama direleased di pasaran agak mahal jugak la harga beliau umpama tukaq tayar baru 4 bijik rim 15 inci tarafnya.
Ada sesetengah figure ni aku dapat dari luaq Malaysia dan ada juga dari dalam Malaysia. Terdapat jugak beberapa kedai mainan di Malaysia terutamanya beberapa kedai di Amcorp Mall , Petaling Jaya yang menjual figure Motu  ni, ada yg used dan ada juga yg baru, harga pun bole tahan murah.
Ni antara list guideline aku figure watak2 Motu yang aku dapat dri informer peribadi aku, Uncle Google. Mungkin ada lagi watak2 yang penting yg dibuat tak ikut turutan tapi setakat pengetahuan aku yg masih sedikit tentang Motu ni aku rasa figure2 tu dulu aku perlu hunt sebelum ke figure yang selanjutnya.
Klu ikutkan list ada dekat seratuih lebih figure2 nih, mmg aku rasa tak mampu la nak kolek semua, mau bersilat aku dengan wife aku nti jika aku mendahului hobi aku ni berbanding keperluan yg lain hehehe...bukan takut bini, tapi bini yg tak takut kat aku hahahaha....
Sejujurnya aku amat naif tentang sejarah figure Motu sebelum ni, selepas bertukaq ilmu dengan cendiakawan Motu di dalam group barulah aku tau toyline figure Motu terdiri dari beberapa keluaran,  yang pertama iaitu figure original atau vintage yang telah dikeluarkan oleh Mattel bermula tahun 1981 hinggalah tahun 1987, kebanyakan figure vintage ni banyak dikeluarkan di kilang Mattel Pulau Pinang, Malaysia. Selepas hampir 20 tahun barulah Mattel mengeluarkan semula figure Motu yang telah dimodenkan dan direka oleh Four Horsemen yang lebih dikenali figure Motu 200X, selari dengan pengeluaran ini satu siri kartun juga diterbitkan bermula tahun 2002 hinggalah 2004. Selepas 4 tahun barulah pihak Mattel mengeluarkan figure dengan konsep baru iaitu figure Motu Classic yang lebih menarik sculptingnya juga direka oleh Four Horsemen mengikut rekaan konsep siri awal Motu, toyline ni jugak menjadi pilihan aku sebab figure yg agak kemas dan juga lebih banyak artikulasi diberikan memudahkan untuk membuat sebarang aksi walaupun harga bg toyline classic ni agak mahal di pasaran waima dibeli di Mattycollector berbanding figure toyline sebelum ini.Jadi itu adalah serba sedikit antara beberapa info yang aku dapat kongsikan di sini dan kita terus ke beberapa figure yg sempat aku kolek untuk lebih mengenali serba sedikit latar belakang beliau jadi kita bermula dengan watak2 figure penjaga keamanan bumi Eternia.
Prince Adam
Prince Adam merupakan watak asal sebelum berubah menjadi watak utama He-Man. Beliau merupakan kembar kepada Princess Adora. Adam merupakan seorang yg agak cuai dan dilabel penakut oleh ayahanda beliau dan ibundanya iaitu King Randor dan Queen Marlena disebabkan beliau sering kali melarikan diri apabila sesuatu bencana menimpa walhal beliau sebenarnya melarikan diri untuk berubah menjadi He Man.
Princess Adora
Merupakan watak sebelum berubah menjadi She Ra, bg watak Adora sifat beliau agak sedikit tomboy. Kembar kepada watak Prince Adam. Semasa bayi beliau telah diculik oleh Hordak dan telah dibesarkan oleh orang suruhan Hordak iaitu Shadow Weaver, apabila dewasa beliau mengetuai angkatan Horde dan dikenali sebagai Despara. Apabila beliau mengetahui kisah sebenar, beliau telah menyertai The Great Rebellion untuk menentang kejahatan angkatan Hordak yang pernah beliau ketuai dulu.
Man At Arm
Merupakan orang kanan kepada He Man dan penasihat kepada pemerintah Eternia. Nama asal beliau adalah Duncan dan merupakan bapa angkat kepada watak Teela. Mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan di mana beliau banyak mereka cipta pelbagai kenderaan dan peralatan lain serta mengetuai angkatan Royal Guard di Eternia.
Teela
Heroin dalam Motu yang pakai bikini ni adalah Teela awek  kepada He Man. Beliau merupakan anak kepada Sorceress dan juga anak angkat kepada Man At Arms, beliau juga merupakan kapten kepada angkatan Royal Guard of Eternia. Merupakan rakan baik kepada Prince Adam dan sering melindunginya tetapi beliau tidak mengetahui bahawa Prince Adam tu adalah He Man.
Battleground Teela
Figure yang direleased berdasarkan watak awal dalam minicomis Master Of The Universe awal tahun 80an, di mana watak  ini  agak berlainan sikit dri watak siri animasi Teela, dimana pakaian beliau agak seksi, rambut yang dibiarkan mengerbang dan sesuai dipadankan dgan watak Vikor kerana ke-barbarian-an beliau. Klu tak salah aku figure versi Teela Battleground ada jugak yang direleased versi 'topless', aku tak tau la laku ka dak hahahaha...dah mcm pengeluar sextoy plak Mattel nih.
Orko
Orko merupakan sahabat baik kepada Prince Adam dan merupakan salah seorang dari 4 watak yang mengetahui Prince Adam itu adalah He man selain Man at Arm, Sorceress dan Cringer (Battle Cat). Kelebihan beliau adalah kemahiran menggunakan kuasa sakti w'pun kadang2 magic beliau kurang menjadi. Watak penyeri dalam siri Motu dengan keletah humor beliau. Beliau sebenarnya berasal dari Trollan sebuah planet yg penduduknya mahir menggunakan kuasa sakti.
Ram Man
Brader tanduk kepala besi  ni merupakan salah seorang rakan baik He Man, klu tgok dari rupa beliau ada iras2 watak X-Men Juggernout, mungkin beliau mempunyai susur galur dengan Juggernout kot hahahaha...antara faveret figure aku sebab saiz dan sculptingnya yg superb sesuai dgan watak abang sado beliau. Kekuatan beliau adalah kuasa tandukan menggunakan helmet besi dan juga kaki yg bole melantun memberikan kuasa hentakan yang cukup kuat dlm mengalahkan musuh.
Stratos
Watak separuh burung separuh beruk makyeh ni merupakan sekutu rapat He Man dan ketua angkatan Bird People of  Avion. Beliau memiliki kelebihan seperti burung iaitu bole terbang dan memiliki penglihatan yang tajam, disebabkan kelebihan tersebut beliau sering ditugaskan untuk mengintip pergerakan musuh. Dalam versi figure terdapat versi Stratos yang bersayap merah dan versi Stratos bersayap biru yg dikeluarkan oleh Mattel. Ini Kerana versi terawal figure Stratos ni dikeluarkan dilengkapi sayap bewarna biru dan jetpacks merah, selepas animasi diterbitkan dengan watak Stratos bersayap merah dan jetpack biru barulah pihak Mattel mengeluarkan figure mengikut warna siri animasi tersebut.
Zodac
Karakter beliau adalah seorang penjaga ruang kosmik dan bersifat neutral di mana beliau tidak memihak mana2 kuasa kebaikan ataupun kuasa kejahatan. Pada tahun 2002 watak "Zodak" telah dihasilkan iaitu lelaki kulit hitam yang merupakan anak didik kepada Zodac di mana karakter tersebut dicipta untuk menunjukkan watak multi racial dlm siri ini di mana watak afro sebelum ini hanya dipegang oleh watak Clamp Champ.
Man E Faces
Ni la watak yg ada peribahasa iaitu 'talam 3 muka' hahahaha...bukan sebab karakter dia yg bermuka-muka tetapi sebab beliau bole menukar 3 rupa dari manusia, robot dan raksaksa. Kelebihan beliau adalah karakter beliau akan bertukar  mengikut rupa yang diubah-ubah tersebut.
Mekaneck
Abang berleher dildo hehehehe... sebenarnya beliau merupakan watak manusia teropong yang mempunyai kelebihan meneropong kedudukan musuh dari jarak jauh dan antara pengintip bagi Heroic Warriors atas kelebihan yang beliau miliki. Dalam siri 200X beliau juga menggunakan kekuatan dan kelebihan lehernya untuk dijadikan senjata menewaskan pihak musuh.

Fisto dan Stridor
Payah sungguh aku nak cari gambaq fisto ngan Stridor berdua dari siri animasi, last skali ambik dri gambaq komik. Dalam siri tv 200X Fisto diperkenalkan sebagai abang kepada Duncan. Beliau dikurniakan tumbukan besi tangan kanan yang agak padu. Figure Fisto classic ni juga agak menarik sculpting tangan kanan beliau dimana biceps tangan kanan besar sedikit berbanding tangan kiri sesuai dengan saiz tumbukan besi beliau. Rakan tunggangan beliau adalah kuda robot Stridor. Musuh ketat bagi abang jambang ini adalah Jitsu yg mempunyai ciri2 hampir sama dengan Fisto iaitu mempunyai telapak tangan besi.
King Randor
Walaupun rupa beliau seakan-akan maskot Burger King tapi tak penah sekali pun aku nampak dia makan burger dalam siri animasi ni. King Randor adalah raja pemerintah kerajaan Eternia dan juga merupakan keturunan dari King Grayskull. Beliau mengahwini Queen Marlena dan dikurniakan dua orang anak iaitu Prince Adam dan Juga Princess Adora. Dalam siri 200x beliau diperkenalkan sebagai abang kepada Keldor yg cuba merampas takhta darinya tetapi ketika pertarungan muka Keldor telah terkena asid yg ditepis oleh King Randor dan dari situ Keldor telah berubah menjadi Skeletor.
Queen Marlena
Queen Marlena merupakan isteri kepada King Randor dan berasal dari planet Bumi dimana nama sebenar beliau ialah Marlena Glenn. Beliau merupakan seorang angkasawan yg bekerja dengan NASA. Beliau telah tersesat ke planet Eternia setelah kapal angkasanya mengalami kerosakan dan  diselamatkan oleh King Randor, setelah itu beliau jatuh cinta dengan ketampanan serta kemaskulinan king Randor lalu mengahwininya.
Vikor
Vikor merupakan  konsep awal watak He-Man lakaran Mark Taylor yg nampak jelas mempunyai unsur2 Siri Conan yg agak popular ketika era 80 an, tetapi konsep ini ditolak pihak atasan Mattel disebabkan prototaip ni agak menakutkan utk kanak-kanak . Jadi satu watak khas dicipta untuk figure ni dimana Vikor juga  dikenali sebagai He Man of The North dan dipilih oleh Goddess untuk mengawal pedang  Sword Of He ketika warga Eternia menunggu perwira sebenar dilahirkan.
Keldor
Merupakan rupa asal watak Skeletor sebelum muka beliau bertukar menjadi tengkorak selepas terkena asid ketika bertarung dengan King Randor. Beliau cuma diperkenalkan dalam siri2 awal komik He Man master of The Universe tahun 80 an sebagai adik kepada King Randor sebelum diperkenalkan secara rasmi dalam siri animasi He Man Master of the Universe tahun 2002. Beliau mempunyai sebilah pedang yg boleh berpecah menjadi dua ketika bertarung.
Mer Man
Si mata beliak ni merupakan antara orang kanan Skeletor. Beliau merupakan pemerintah alam laut Eternia dan mengawal semua hidupan di dalamnya. Dengan rupa persis katak hijau ni beliau mempunyai tongkat tulang serta pedang bergerigi dan hebat dalam ilmu pertempuran. Selalu menggunakan kelebihan sebagai penguasa alam laut untuk mempergunakan makhluk2 di bawah penguasaanya menentang He Man.
Evil Lyn
Satu-satunya watak feminin dalam team evil. Beliau mempunyai kuasa sakti yang agak hebat hasil dari susur galur keluarga beliau di mana beliau merupakan anak perempuan kepada watak Faceless One yang merupakan ahli sihir terkenal. Dengan kuasa sihir yang beliau miliki, Skeletor selalu mengarahkannya membuat strategi dalam mengalahkan dan mengelirukan angkatan He Man.
Tri Klops
Makhluk seakan-akan Cyclops yg mempunyai 3 mata yg boleh berputar di kepalanya ini antara individu penting dalam skuad jahat Skeletor. Disebabkan beliau mempunyai 3 mata, membuatkan penduduk kampung mengelar beliau sebagai mata-mata hahahaha....3 Mata beliau mempunyai fungsi tertentu, salah satunya yang mempunyai "Sinaran Gamma" (bukan kumpulan rock kapak Gamma tu key) yang membolehkan beliau melihat sesuatu di sebalik apa2 objek, satu lagi mata beliau membolehkan beliau meneropong objek dari jarak jauh dan melihat di waktu malam, mata satu lagi yg bewarna merah adalah mata yg boleh pancarkan sinaran laser cam Cyclops X-Men tu. Walaupun mempunyai banyak mata beliau kurang dikenali sebagai mata keranjang.
Trap Jaw
Merupakan pakar dalam persenjataan di mana kondisi unik badan beliau yang separuh manusia dan separuh mesin membolehkan beliau menukar tangan kanan beliau dengan beberapa senjata ketika bertarung. Sesuai dengan nama beliau Trap Jaw, beliau mempunyai rahang besi  kuat yang mampu mengunyah apa sahaja termasuk chewing gum. Watak beliau mengingatkan aku watak Iron Jaw dalam komik Hong Kong Pendekar Laut Generasi ke 2 kerana dari rupa beliau yg huduh tu dah terserlah akan watak jahat dan kejam.
Whiplash
Watak yang diadaptasi dari watak boya ni mempunyai ekor yang boleh melibas dan digunakan sebagai senjata ketika bertarung. Figure ni mempunyai dua versi kepala, satu mengikut original siri tahun 80 an dan satu lagi mengikut siri 200X. Memandangkan kepala versi 200X nampak lebih brutal, jadi aku pilih kepala tersebut la sebagai kepala rasmi Whiplash ni. Beliau juga mempunyai dua senjata mengikut 2 versi iaitu tombak mengikut versi original tahun 80 an dan senjata versi 200X. Yang menarik figure ni ekoq dia boleh digerakkan sesuai la dengan nama beliau.Memandangkan beliau banyak berada di darat berbanding di dalam air, jadi kita juga bole mengelarkan beliau sebagai buaya darat.
Faker
Faker merupakan robot klon He Man yang dicipta oleh Skeletor untuk memperdaya pihak Heroic Warriors dalam memenangi strategi licik untuk menumpaskan angkatan He Man. Dalam siri kartun 80 an Faker digambarkan menyerupai fizikal He Man berbanding rupa Faker pada watak figure yang bewarna biru, hal ini disebabkan pihak produksi ingin menjimatkan kos membuat kartun cel atau transparent selluloid bagi watak Faker ni, di mana mereka hanya mengguna pakai balik cel watak He Man cuma ditambah mata berkilau untuk menunjukkan yg itu watak Faker.

Jitsu dan Nightstalker
Nama Jitsu ini diambil sempena nama seni mempertahankan diri Jepun Jiu-Jitsu. Beliau juga dikenali sebagai counterpart kepada Fisto dimana beliau juga mempunyai telapak tangan kanan besi yang agak besar menyerupai Fisto, cuma tangan besi beliau lebih banyak digunakan hikmat tetakan karate ketika bertarung dan mampu mematahkan apa sahaja yg dikaratenya termasuk tengkuk kelemumur hahahahaha.... figure beliau dilengkapi dengan pedang samurai dan dua bilah sabit. (yg aku heran tu, hanya sebelah tangan ja yg bole pegang sabit, tapi pasaipa bg dua bilah). Haiwan tunggangan beliau dikenali sebagai Nightstalker iaitu seekor kuda besi bewarna hitam menyerupai kuda Fisto iaitu Stridor. Berita baik untuk MOTU Collector sebab pihak Mattel telah mengumumkan akan mengeluarkan figure versi classic terbaru kuda Nighstalker pada tahun 2016.
King Hisss
King Hiss merupakan ketua pemerintah kerajaan Snake Men yang bercita-cita menakluki Eternia dari penguasaan tokwan He Man iaitu King Grayskull. Beliau mampu menukarkan diri beliau menjadi ular berkepala lima ketika hendak bertarung. Beliau telah ditanam di bawah Snake mountain oleh Zodak yang mana beliau telah dibebaskan semula setelah ditanam berdekad lamanya oleh Kobra Khan dan Evil Lynn ketika pemerintahan King Randor.
Demo Man
Demo man ni tiada kena mengena dengan lirik lagu kumpulan Kapilla "Demo lo ni tok serupo mulo". Sebab Demo Man ni adalah singkatan nama "Demon Man" yakni orang berkuasa jahat. Merupakan prototaip awal lakaran Mark Taylor untuk watak antagonis siri He Man sebelum ditukar ke Skelator. Figure Demo Man ni didatangkan dengan warna hijau yg agak terang mungkin disesuaikan dengan warna hijau radioaktif .
Wind Raider
Merupakan salah satu kenderaan terbang He Man untuk menuju ke sesuatu destinasi. Dilengkapi dengan senjata laser, kenderaan ini mampu memuatkan 5 orang dalam siri tv tapi bg figure muat sorang ja. Figure Wind Raider versi classic terbaru ni amat menarik sebab kedua2 belah sayapnya bole bergerak serentak dan senjata berupa sauh di depan jet boleh melenting menembak musuh, kesemua aksesori di badan jet ataupun di dashboard adalah di cat dan bukannya ditampal menggunakan sticker.
Istana Grayskull
Dalam versi figure Istana Grayskull ni juga ada 3 versi iaitu versi vintage, versi 200X dan versi Classic. Yang menjadi idola aku mesti la istana Grayskull Classic yg gedabak dan cun tu, tapi disebabkan nilai dia pun cun dan rega terlalu tinggi, mencecah riban-riban duit kita jadi tak berkemampuan la aku. Aku hanya mampu angkat istana Grayskul versi 200x ni ja sebab tak lengkap plak klu takdak istana yg menjadi rebutan dua2 puak dalam Eternia ni. Istana ni aku angkut dari Kedai Meng Funny Toys Amcorp Mall, Petaling jaya Dlm 3 ratus lebih termasuk battle station. Istana Grayskul ni merupakan tempat yang begitu ingin dimiliki oleh Skeletor kerana sesiapa yg dapat menemui rahsia di dalam istana ini akan berjaya menakluki Eternia sekaligus menjadi penguasa alam semesta. Istana ini dijaga oleh Sorceres iaitu ahli sihir diraja yang akan memberi isyarat kepada He Man jika istana ini dicerobohi pihak musuh.
Untuk siri animasi He Man Master Of The Universe, DVD animasi kartun tahun 80 an ni merupakan kemuncak pengenalan zaman emas He Man. Kartun ni diterbitkan pada tahun 1983 hingga 1985 yang mengandungi 130 episod. Kartun ni la yang memperkenalkan watak2 He Man kepada kanak-kanak yang membesar pada tahun tersebut termasuklah aku. Kalau generasi kini tgok kartun ni mungkin agak membosankan la, maklumla, pergerakan animasi tahun 80 an agak kaku berbanding kartun2 terkini yang cantik animasinya.
Kalau nak tgok animasi yang lebih cantik serta tersusun penceritaannya boleh tgok DVD He Man Master Of The Universe versi 200X. Animasi ini diterbitkan pada tahun 2002 hingga 2004 yang diterbitkan sebanyak 39 episod. Bg aku animasi ini merupakan yang terbaik bukan sahaja dari segi animasi tetapi jugak jalan penceritaannya yang lengkap dan tersusun. Bab animasi tu aku tak nafikan la, bayangkan dekat 20 tahun baru animasi He Man dibuat semula, dekat dua dekad berlalu jadi teknologi dlm bidang animasi mmg banyak meningkat la.
Lagi satu untuk peminat-peminat He Man Master of The Universe yang ingin menambahkan lagi ilmu ke-He Man-nan tu bole la dapatkan Buku The Art Of He Man and The Master Of The Universe ni, sebab dlm buku ni banyak info2 dan sejarah tentang penciptaan figure, animasi, filem dan lain2 yang berkaitan dengan MOTU didedahkan, termasuk prototaip awal karakter2nya. Aku pun banyak dapat info dari buku ni selain otai2 MOTU yang lain, maklumla, siri kartun ni menjengah otak aku pada umoq aku 6 hingga 7 tahun jadi banyak la maklumat yg dah terdelete dari hard disk aku yg berkapsiti  1500 GB nih. Sampai di sini dulu aku perkenalkan koleksi MOTU peribadi aku yang akan disambung jika ada pertambahan figure nanti, jika terdapat kesalahan maklumat ataupun kesilapan info janganlah segan untuk memperbetulkan di ruangan komen di bawah. Segala teguran akan aku ambik tindakan sepantas Stratos keranan setiap teguran adalah untuk kebaikan para peminat MOTU sekalian.