Jangan Clik

Friday, December 24, 2021

Nissan Serena

 


Akhirnya dapat jugak beli keta besaq sikit dari Grand Livina setelah penat berjimat cermat dan ikat perut kihkihkih... 🤭🤭🤭

Sebenaqnya takdak istilah ikat perut pun, selalunya alasan tu org bg supaya nampak beradap dlm bercakap.. merendah org kata, sebagai contoh bila org puji kita nampak kurus, takkan kita nak jawab "mmg aku kurus pun mana penah tembun" kan nampak cam eksyen plak kan, jd kita kena la jawab "eh taklah, baju ni kot yg buat nampak kurus". 

Macam tu jugak bila org kata "eh ang beli keta mahal2 ni sahih bulan2 kena bayaq beribu", takkan nak jawab "eh takdak hal la, keta ni aku bayaq seribu lebih ja, gaji aku rm 8k kot tak terkesan pun", tak ka bunyi macam menyombong kan, jadi selalunya kita jawab "bole tahan la, sampai terpaksa berjimat cermat ikat perut gak la nak bulih pun hehehehe..". Tak la nampak eksyen sangat wpun bayaran bulanan tu tak la membuatkan beliau sampai berjimat cermat ikat perut tambah2 kalau dlm keluarga tu banyak mulut nak kena isi. Bila dia membuat komitmen hutang tentu-tentulah dia dah calculate berapa perbelanjaan bulanan dan keperluan lain bagi cukup dulu baru bole buat hutang lain. Jadi jangan la ambik ayat org tu buat serius macam dia desperate ikat perut betul2 sebab berhutang beli aset2 keperluan tu sebab selagi dia tak pi ketuk pintu rumah org len mintak duit berutang nak beli beras tu kira ekonomi dia stabil lg la kan. Kadang2 org yg ambik serius ayat tu bukan apa, sebab dalam hati timbulnya unsur iri hati, cemburu.. sepatutnya kalau kita nak bahagia, kita kena tanamkan perasaan gembira bila tengok org sekeliling kita mampu pakai lebih pada kita, tu rezeki dia, ni rezeki kita, kalau ada rasa iri hati pun simpan2 dalam diri kita sudahla, takyah nak canang2 dekat org lain. Malu kat orang 😂😂..

Setelah hampir 8 tahun Nissan Grand Livina aku berbakti akhirnya beliau digantikan dengan kenderaan yang besaq sedikit seiiring dengan pertambahan umoq anak2 aku yg makin membesar dan lebih selesa la sikit duduk dalam keta yg lebih privasi sbb keta Serena ni seat dia sorang satu, lagi satu dah banyak teknologi automotive yg dah ditambah baik sepanjang 8 taun ni di ruangan enjin mahupun ruang rekaan dalaman dgan enjin hybrid yg ternyata menjimatkan minyak perkilometer dan teknologi keselamatan dan ruang interior dalaman keta, ada tempat caj bateri USB  di setiap seat driver dan juga penumpang sbb la kan zaman teknologi digital semua dah ada smartphone sendiri jd benda tu dah macam keperluan ,ada meja makan lipat macam dalam kapal terbang (sebab anak2 aku suka makan dalam keta), punat kawalan dan lubang aircond ada di area penumpang jd takdala anak2 aku berebut nak dok seat tengah cam dulu sbb berebut pakat nak kena aircond, ada display monitor yg bole main macam2 video, ada waze sbb aku dulu kena bukak ikut henpon, tempat sangkut ada di semua seat, tempat letak botoi ayaq ada banyak di setiap seat, tempat isi minyak yg cup less, ruang bonet belakang yg besaq dan yang penting luas dan selesa dari kereta lama dan aku mmg ambik kira segala aspek ni sebab bagi aku keta Serena ni mmg famili car yg terbaik dari segala hal. 

Dan macam aku cakap sebelum ni setiap apa yang aku buat, apa yang aku beli adalah untuk keselesaan keluarga aku, sebab itu tanggungjawab utama setiap ketua keluarga untuk memberi keselesaan, kebahagian, keselamatan pada semua ahli keluarga supaya anak2 aku dapat sesuatu yang lebih baik dari zaman kanak2 babah dan ibu mereka dulu, itu sahaja.Kegembiraan anak2 adalah kebahagian bagi kami berdua kerana impian dan kesederhanaan setiap orang tu berbeza, cubalah gapai selagi berkesempatan kerana mati itu pasti, takut takdan merasa dah dijemput illahi. Nak beli barang2 hobi yg dah lama idam, belilah kalau mampu, kalau nak travel waima ke Galapagos sekali pun pi lah selagi berkemampuan, nak beli baju, seluar, handbag cantik, mahal2 belilah kalau berkenan, nak pakai kereta mewah, besar belilah ikut kemampuan, nak beli rumah besaq, bertingkat2 ,dua tiga biji belilah selagi mampu sebab kebahagian setiap orang berbeza, ia tak salah selagi tak menyusahkan orang lain, janganlah selalu pergunakan ayat "kalau", ishh...aku beli kereta hutang banyak ni ''kalau'' pencen nanti jenuh nak bayaq, jangan nak tunggu pencen, takut takdan pencen ajal menjemput awai ka, diuji kesihatan yg teruk ka, takdan nak merasa dah, beli rumah bertingkat2 ni "kalau" aku tua sakit lutut jenuh nak naik tangga, kalau sakit lutut tak larat naik tangga dok ja la kat bilik bawah, jika takdak sapa nak bersihkan tingkat atas, upah ja la cleaner gaji harian, sebab ramai pertikai beli rumah besaq2, bertingkat2 nanti tua tinggai berdua ja sebab anak2 dah besaq ada life sendiri, pastu kalau depa balik jengok kita, berkumpul keluarga takkan nak suruh semua tidoq kat ruang tamu? kat homestay? pacak khemah? kurang2 dah ada bilik utk setiap family, aurat anak menantu kena jaga jugak, balik berkumpul keluarga tapi tidoq kat homestay, kat hotel, pacak khemah, baik takyah berkumpul sebab tu org beli rumah bertingkat, bilik banyak dan pakai kereta besaq ni masa anak2 tengah membesaq sebab masing2 nak privasi sendiri dan yg utama adalah selesa dari kehidupan masa lalu ibu dan babah dia lalui yg nak berjalan dalam rumah pun berselisih punggung. Ingatlah apa yang org lain cuba gapai impiannya adalah tak salah, yang salah apabila kita asyik pertikai impian dia kerana tak menurut pendapat kita dan meraikan pulak perbezaan tersebut dan ianya adalah salah untuk kita memaksa orang lain ikut cara kita kerana pencapaian setiap orang tak sama. 

Welcome to my family Serena.







Saturday, December 11, 2021

Mengimbau Shah Alam suatu ketika dulu

Dua tiga hari lepas ada la memba2 aku dalam Group Uitm Shah Alam upload gambaq2 lama Medan Selera Seksyen 2 yang kini telah bertukar wajah. Bagi student2 Uitm, Unisel, Poli yang stadi pada era ni Medan Selera Seksyen 2 ni merupakan port wajib untuk lepak2 makan sambil mengorat siswi2 yang ramai kat sini. Selain makan kawasan deretan rumah kedai kat sini jugak destinasi popular para pelajar sebab kat sini dulu bercambah kedai alat tulis, kedai cetak dan juga cyber cafe selain gerai2 yang jual makanan yang ada pelbagai pilihan dan sangat terjangkau dengan kantung kocek para pelajar.
Antara Kedai yang agak popular di kalangan para pelajar kat sini adalah kedai Fradoo Abc yang menyediakan juadah hidangan ais kacang yang pelbagai jenis dan juga minum-minuman . Selain itu kedai Nasi Goreng Daging Merah Rm 3.00 atau nasi goreng student antara juadah yang agak marhein bagi para graduan sebab murah dan sedap, kadang2 sampai beratoq kalau nak beli bungkus kat kedai ni.
Selain menjadi destinasi para pelajar bersarapan pagi, tengahari , makan petang atau malam, kadang2 medan selera di sini jugak menjadi port para pelajar untuk buat tugasan berkumpulan atau stadi group, takpun jadi tempat dating bagi student yang takdak kenderaan sendiri sebab lokasi yang dekat dengan kolej kediaman dan mudah dicari ( aku jarang mai dating sini sebab segan, ramai sangat memba2 yang kenai, aku selalu pi port yang tak ramai student baru best nak sembang lama2)
Bangunan yang kelihatan di sebelah kanan tu merupakan Kolej Jati yang kini dah dirobohkan untuk dibuat pelan pembangunan yang baru, bangunan yang sebelah kiri tu merupakan Kolej Kediaman Meranti. Hampa nampak dak pondok2 telefon tu nampak lenggang kan pada waktu siang, tapi dia akan bertukar wajah sangat meriah bila tiba waktu malam dengan penuh mamat2 siswa dok bergayut ngan makwe, sapa yang pi lewat pakai harus la nak guna, jenuh tunggu berejam puak2 ni bergayut, sembang apa taktau hahahaha....
Antara insiden yang sering terjadi dan acapkali terjadi di sini adalah seperti adegan karikatur kat atas, ambik lauk dulu pastu timbun ngan nasi letak teloq ja, pastu bila pi bayaq harga hanya nasik dan teloq tapi bawah nasik tu bertimbun lauk2  lain hahahaha.... wpun kita tau perkara ni tak elok diamalkan tapi ada jugak para pelajar yang putus duit belanja pada masa tu terpaksa buat macamni demi survivor hidup sebagai pelajar di perantauan. Sebab aku masih ingat kak cashier tu dia kuis2 nasik aku masa nak bayaq, aku tanya la pasai apa, dia kata kerap student dok buat kambus lauk ni tu yg dia teliti tu, takut atas lauk teloq , bawah lauk ayam,udang, sotong hahahaha... tu depa tak tengok lagi ada student masuk pasaraya, ambik roti sambil jalan2 tgok barang2 lain dia mentekedarah 3 bijik roti sampai habih, bila sampai di kaunter dia bayaq harga pewangi ketiak ja jilaka patut la benak mengaji dok buat benda2 haram hahahaha....


Nasib baik la ada jugak kelibat Motor Yamaha 125 ZR aku terenterframe masa zaman stadi dulu, ada jugak la bole buat kenangan bersama2 beliau yang banyak bersusah payah membantu aku ke mana2 destinasi yang dituju sepantas tenuk himalaya lagaknya masa stadi dulu hahaha.. foto ni kami ambik di kawasan perumahan elit berhadapan pintu masuk Uitm Seksyen 2 yang masa ni tak banyak rumah2 mewah didirikan dan terdapat banyak port2 lapang untuk bergambar dan lepak. Bila di ingat2 balik dah nak dekat 20 tahun aku meninggalkan zaman stadi di Uitm, bila tengok gambaq2 lama rindu plak waktu  susah senang dengan memba2, struggle belajaq, struggle uruskan hubungan ngan kawan2, struggle uruskan kewangan sendiri dan macam2 lagi la. 

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10160025410907052/

Bila teringat ttg uruskan kewangan ni aku teringat ada satu kisah ttg kawan kepada kawan aku, masa tu kalau tak salah aku di sem 2, ye la masa ni ada student yg bergantung sepenuhnya duit belajaq dari mak pak, PTPTN dan ada jugak student yg rajin cari duit sendiri, dan aktiviti cari duit belanja sendiri zaman stadi ni tak lain dan bukan adalah terjebak MLM (Multi Level Marketing) macam kes kat link di atas yg banyak disasarkan kepada golongan pelajar sebab apa? sebab student dapat PTPTN dan mudah terpengaruh serta kenalan dari kalangan pelajar yang ramai. Jadi si polan ni penah la cuba meracun aku untuk join skim ni tapi aku tak masuk sebab aku takdak duit (duit yg ada pun cukup buat belanja ja) hahaha..lagipun aku mana reti nak pujuk2 org ni, jadi setelah dia tak berjaya kelepet aku, dia beralih arah ke memba2 aku yang lain, tapi dalam masa yang sama aku try la bertanyakan kawan2 yg penah join ttg skim ni dan jugak baca mengenainya di internet, jadi dgan pengetahuan aku yang sedikit ni aku ada la bincang benda2 ni ngan kawan2 aku yang lain berkaitan skim MLM ni. Jadi ramai jugak kawan2 yang tak join, dan perkabaran ni sampai kat si polan tu, apalagi macam2 dia hamun aku, kata virus la, hasut kawan2 lain tak masuk la, kata aku hensem la (eh...ni bukan...ni saja aku tambah hahahaha..), aku terang la kat dia, aku cuma habaq ja ilmu yg sedikit tu kat depa, suruh join pun dak, larang pun dak, semua dah besaq panjang terpulang kat depa la nak join ka dak, (dia marah la sebab prospek2 yg mungkin bagi keuntungan kat dia tak join tu yg hangin tu). Lepas dari tu dia terus kata putus kawan dgan aku hahaha...mampoih pi kat ang la, bukan aku yg cari ang, ang yg mai cari aku..apa punya toya mat amin la hahaha...semenjak dari tu apa2 perkabaran pun aku dah tak dengaq dari dia.
Tak lama lepastu aku dengaq skim tu pun mula luupp... pastu nak dekat sem 6 kalau tak salah, dia ada mai rumah sewa aku, kata nak jumpa memba aku , dia sua tangan kat aku tapi aku macam biasa la, org nak buat baik kita balas baik la, dia sua tangan salam aku salam balik, dia sembang aku sembang tapi kalau nak macam dulu mungkin dak kot, sekupang aku tak tanya pasai bisnes MLM dia tu sbb bagi aku tu dia punya hal. Alih2 memba aku mai habaq kat aku si polan tu dok bercerita kat org len yg aku macam tak berapa mau kawan ngan dia, buat tak layan dia hahaha...yg dia tanya aku, aku jawab, dia tegoq aku balaih tu kira ok la, takkan aku nak peluk cium plak satgi org pakat kata aku gay tegar tak pasai2 ja hahaha...jenis org macam ni aku masak sangat, jenis play victim , buat macam aku yg buat salah ngan dia, bukan dia yg buat salah, dia yg putus kawan ngan aku, dok kata kita yg putus kawan ngan dia, pastu habih canang kat memba2 lain yg dia tak salah aku yg salah hahaha...jenis org, masa dia putus kawan ngan aku tu apa pun aku tak cerita, aku buat hal aku ja, mai tang dia habih jaja cerita versi dia rata ritin, tang kita nampak salah tang dia buat2 tak nampak, ikut suka ang la, ang bole muhong org tapi bukan ngan Allah. Tak lama lepas grad, bila masing2 dah berkerjaya dan berkeluarga dia penah nak add aku kat pesbuk, bila aku cek pesbuk beliau banyak dok post2 luahan benda2 negatif ni aku ignore ja, sebab satgi tak pasai2 dia korek cerita2 kita dari pesbuk pastu dok tulih benda2 negatif macam nak perli kita plak, malas aku campoq dengan org jenis ni, buat penin sereblum, serebrum ngan medula oblongata aku ja hahahaha.., Ada dia luah kat memba aku kata aku block no dia kat wasap sebab tak naik status aku, aku bukan kata nak blok.. butang unfriend pun aku tak penah kenai 😂😂😂 dah aku tak save no dia mmg tak naik la status wasap, lagipun aku bukan jenis update 2,3 status hari2, seminggu sekali pun payah ...apa la, tu pun nak kena ajaq ka hahaha... Habuan la sapa suruh ang unfriend (putus kawan) ngan aku dulu, dia yg buang diri dia sendiri dok tuduh org yg buang dia , kalau dulu sembang elok2 awatnya, benda bulih setel hahahaha... Ghapla jinga betoi. 
Ok berbalik pada tujuan utama ni lepas merapu meraban tadi ni aku selitkan gambaq terkini suasana Medan Selera Seksyen 2 yang telah berubah wajah menjadi semakin cantik dan moden, siap ada KFC lagi. Dulu2 kalau balik naik bas tak kira la dari Hentian Pudu ka atau Hentian Bas Seksyen 17 Shah Alam mesti akan turun kat sini sebab kat sini senang nak cari kenderaan awam balik ke rumah sewa atau kolej kediaman. Gambar ehsan Google.
Ni lagi satu port wajib diketahui para graduan yang merantau dari negeri lain, Terminal Bas Ekspres Seksyen 17, tempat para pelajar sampai dari kampung atau tempat para pelajar berkumpul balik ke kampung halaman masing2. Tapi zaman aku dulu takdak tempat menunggu berbumbung macam tu, banyak tempat berpokok ja, aku kalau bas lambat lagi selalu lepak kat Medan Selera bersebelahan terminal bas ni, makan2 sampai kenyang naik atas bas bulih lena hahahaha...Tapi terminal bas ni pun dah berubah wajah dah, la dah jadi terminal yang lagi moden dan cantik sesuai la dengan taraf bandaraya Shah Alam. Dan akhir sekali UiTM tetap Di Hatiku.



Friday, November 12, 2021

Super 7 Ultimate Thundercats Wave 3 Slithe Unboxing


 Akhirnya selepas setahun aku pre order online mendarat jugak action figure dari Super 7 ini iaitu figure Thundercats Slithe. Sebenarnya agak lambat figure ni nak sampai sebab terjadinya pandemik Covid 19 menyebabkan kilang di China terpaksa tutup seketika sbb tu banyak penghantaran figure2 tertangguh. Kalau ikutkan untuk figure Thundercats Wave 3 ni aku beli 2 figure si Slithe ni ngan Chetara, tetapi Chetara dimaklumkan ada sedikit masalah di bahagian produk dan supplier memaklumkan akan delivery figure Chetara berasingan nanti.

Kalau ikutkan banyak figure Thundercats yang aku dah Pre order tapi disebabkan masalah di pihak pengeluar menyebabkan figure wave 3 sampai dulu berbanding wave 2, untuk wave 2 aku order figure Mumm Raa Evil Living ngan Tygra. Wave 4  figure Monkian dan ada figure lain yang aku order iaitu figure Silverhawk dan last aku order adalah Thundertanks untuk melengkapkan puak2 Third Earth Thundercats kat bilik koleksi aku.

Jadi hampa layan dulu la video unboxing aku buat tu dan jangan lupa subscribe ye gais.

Demi tuntutan kerja, inilah nasib anak-anak


 



Kejadian-kejadian seperti di atas bukan pertama kali berlaku di Msia, selain berita2 di atas ada lagi kes kemalangan yang melibatkan kematian anak2 di bawah jagaan taska atau pusat transit, akibat kecuaian yang sedikit, nyawa anak2 yg tak berdosa menjadi taruhan. Sebelum ini penah ada berita beberapa murid taska mati lemas sebab van yang dinaiki mengelongsor masuk kolam kumbahan akibat pemandu lupa menarik handbreak, ada yang pemandu pusat asuhan terlupa anak asuhan yang ditinggalkan selama 3 jam dalam kereta dan menemui ajal serta banyak lagi la kes2 sebegini berlaku.

Apa yang aku boleh katakan walau macamana kita elak dari perkara ni berlaku tapi kalau dah ajal tak bole buat apa, benda dah nak jadi, takziah pada keluarga2 mangsa. Tetapi sebagai ibu bapa aku cukup ralat bila anak kita meninggal disebabkan kecuaian pihak lain jadi utk elakkan perkara tu berlaku aku dan wife sebagai ibu bapa cuba sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab menguruskan persekolahan anak2 sendiri, hantaq dan ambik dari sekolah aku dan wife buat sendiri wpun kadang2 aku terpaksa 2 kali pi sekolah sebab adik dan abang2 dia kena sesi yang berlainan. Ada aku penah saksikan van transit di sekolah anak aku mai ambik murid2, van takdan nak berenti lagi tapi budak2 pakat dok kerumun dah, aku cukup risau sebab ada antara depa tu murid2 darjah 1 fizikal kecik2 lagi takut pemandu tak perasan ja. Alhamdulillah anak2 aku kalau aku pesan tunggu kat mana2 tempat yg selamat depa akan tunggu situ, cuma anak no 2 aku ja jarang tunggu kat tempat aku suruh tunggu sbb dia dok main bola ngan memba2 dia kat koridor hahaha..yg tu lain sikit. Macam tu jugak masa time hantaq depa pi mengaji sbb aku penah tengok budak2 habih mengaji dok main kat tengah jalan wpun jalan taman tapi seriau kot ada moto atau keta laju ja, nasib anak2, aku suruh tunggu dlm rumah sampai aku mai, bila ada abang dia harap la sikit tengok adik2 tu. Aku masa mula2 ditugaskan ke jabatan baru tu risau gak pasai ambik anak ni sbb dengaq kata opis baru aku tu peraturan keluar masuk tu ketat sikit, tapi aku buat taktau ja, janji aku bole pi ambik dan hantaq anak aku sendiri, apa nak jadi jadilah, nak bg markah prestasi sikit pun bagilah sbb aku bukan nak ligan pangkat dah pun mai umoq2 camni, janji aku bole spend masa ngan family aku sudah. Sebab perkejaan bole bertukar ganti tapi keluarga tiada galang ganti.

Sebenarnya isu pusat asuhan transit ni ramai ibu bapa yang terpaksa ambil adalah disebabkan tuntutan kerja kedua2 ibu bapa, ada yg tempat kerja jauh yang tak sempat uruskan anak2, ada yg ibu bapa kerja negeri lain takpun ada yang menghadiri kursus dan macam2 lagilah menyebabkan pusat transit ni tumbuh bagai cendawan terutama di bandar2 besar sebab  sekolah yang jarak 10 km pun masa jadi 1 jam sebab jem. Tapi itulah bila terjadi sedikit kecuaian dari penjaga, pemandu pusat transit inilah akibatnya, harga yang dibayar cukup tinggi iaitu nyawa anak2. Aku dulu pun masa sekolah penah naik van sekolah sebab jarak sekolah yang jauh ( masa aku sekolah di Kedah) tapi pemandu van (Arwah Pak Mid) baguih orgnya, dia turun bukak pintu van dan pastikan aku masuk dalam perkarangan rumah baru dia jalan pi hantaq budak2 lain.Sebab tu bila wife aku dapat tukar perlis aku dah bertekad takmau mintak kenaikan pangkat dah sebab aku paham bila naik pangkat konfom kita akan berpindah keluar (kecuali yg bernasib baik ada kekosongan di tempat sendiri) sbb bagi aku pangkat, wang bole dicari tapi kebahagian bersama anak2 dan luangkan masa dgan keluarga lebih penting dari segalanya. 

Friday, November 5, 2021

Pengorbanan ibu bapa terhadap anak2


 MAID (sinopsis) 

Siri terbaru di Netflix yang diinspirasikan dari New York Times Best Selling Memoir oleh Stephanie Land. Mengisahkan Alex Russell yang lari dari partnernya, Sean dengan membawa sekali anak mereka yang berusia 3 tahun.

Sean ada masalah rage dan drinking issue. Saya kira ramai wanita di luar sana dapat rasakan emosi Alex. Keseorangan dan cuba sedaya upaya untuk survive. Beberapa isu yang relevan dalam masyarakat kita; domestic abuse dan bagaimana masyarakat melihat emotional abuse ini tidak seserius physical abuse. 

"They bark before they bite"

"They throw things near you before they throw at you"

Line ini seolah satu tamparan kepada Alex. Dan juga kepada wanita2 diluar sana.Bagaimana lelaki memanipulasi emosi wanita.Bagaimana Alex seolah -olah nak menyerah kalah dan merasakan tindakan dia adalah salah. Kerana Sean, seorang ayah yang baik. Anaknya, Maddy sangat attach dengan Sean.

Saya sangat kagum dengan support yang ditunjukkan dari kerajaan. Setempat. One stop center. Pekerjaan, tempat tinggal, kupon makanan dan sebagainya.

Di situ Alex mendapat peluang untuk menjadi maid. Dan mereka juga ada shelter untuk wanita yang mengalami domestic abuse. A nice place. 

Saya baru berpeluang menonton 3 episod dan saya sangat sukakan ekspresi Alex. Saya juga seorang ibu tunggal (a widow) dan ekspresi Alex yang 'hilang dalam ramai', kekecewaan, ketakutan, kerisauan dan...semangatnya sangat relatable. 

We will fight for our kids, right Alex?

Ni antara series yg aku layan kat Netflix dari episod pertama sampai akhir. Sangat menginspirasikan ttg bagaimana kasihnya seorang ibu pada anak yg berjuang supaya kehidupan anak dia lebih baik dan bahagia berbanding kehidupan dia masa kecik. Itu adalah tanggungjawab utama ibu bapa, memberi kebahagian dan keselesaan pada anak2 supaya lebih baik dari kehidupan di masa silam mereka. 

Ada satu part tu bila Alex yg mengambil upah mencuci rumah org kaya, apabila dia masuk bilik anak2 di rumah tu dia terpesona dgan hiasan ruang yg sangat cantik sampai dia terbayang dia dan anak dia bermain dengan riang gembira dlm bilik tu dgan eksperesi muka anak dia yg sangat bahagia. Apa yg aku nampak, beliau juga ingin memberikan kebahagiaan dan keselesaan pada anak dia wpun dia tahu dia hanya mampu berangan utk mengapai impian tersebut kerana reality is hard. 

Alex juga mempunyai impian, ingin sambung stadi dan dapat kehidupan yg lebih baik  tetapi beliau mempunyai masalah tersendiri, datang dari broken family yg ibu dia sering pindah randah, suami alkoholic dan kahwin muda. Tetapi akhirnya beliau dapat juga gapai impian sambung pelajaran ke kolej dan hidup bahagia dgan anak dia at last. 

Moral of the story adalah setiap org struggle berkayuh hidup demi sebuah kebahagian hakiki utk dicapai wpun masing2 mempunyai masalah tersendiri tetapi kemanisan itu tiada galang ganti. Ini adalah sebuah pengorbanan yg murni bg ibu bapa, abah dan pak mentua aku berkorban membanting tulang 4 kerat memilih menjadi nelayan dan pesawah seumur hidup demi memberikan pendidikan terbaik utk anak2 sbb mereka tak berpeluang mendapat semua itu dahulu dan berharap anak2 lah yg mampu mengubah dan menikmati kehidupan yg lebih baik dari mereka.  Berjuanglah demi keluarga, saudara mara, sahabat handai tanpa memutuskan rambut dan tak menyelerakan tepung. Seumpama seperti petikan di bawah. 


ORANG SOMBONG TIDAK AKAN BACA TULISAN INI.

Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua sebab sayang utk belanjakan duit die.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah.. 

Bahagia cara dia...

Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..

Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..

Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah Allah berikan die nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..

Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa diri kita sahaja yg betul

Seperti pepatah melayu mengatakan ikut resmi padi

Semakin berisi semakin tunduk

😊😊😊😊😊

Bahagia itu percuma, nikmatilah ikut cara kita, jangan pernah iri hati dengan kebahagian org lain sbb org lain tak penah tau betapa kita struggle utk kecapi nikmat kebahagiaan tersebut. 

Friday, October 22, 2021

Filem Ali Setan dan USM (Universiti Sains Malaysia)

Penah dalam berborak ada yang kata "hang takpa la untung bole bini keja cikgu, bole la tumpang sikit2", tapi apa yang depa taktau adalah aku kenai bini aku pun dari dia bukan cikgu lagi pun. Masa kenai tu pun aku taktau yang dia nak keja apa dan aku nak keja apa pun tak tau lagi, macam2 perancangan hidup kami rancang bersama, berkorban bersama-sama, semua tu bergantung pada rezeki dan aturan yang Allah atoq siap2 utk para hambanya, cuma tunggu kita pilih ja jalan mana yang kita nak.

Selepas menamatkan pengajian diploma masing2 di UiTM Shah Alam memang kami terus isi borang SPA 8, ya la kami masing2 mai dari keluarga yang bukan di kalangan orang senang jadi habih2 mengaji tu terus la cari kerja untuk tampung hidup. Aku bernasib baik masa tu dapat kerja sambilan sebagai Helpdesk Assistant di Faber Mediserve sdn. bhd Hospital Tuanku Fauziah Kangar ganti salah seorang pekerja yang cuti bersalin 3 bulan sambil2 jual burger depan Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi. Yang wife aku plak dapat la kerja sebagai kerani di Syarikat Insuran Great Eastern di Jalan Putra Aloq Staq, tapi bila aku pi hantaq dia kat opis tu, dia seram + takut sbb opis tu bertutup semua dan majoriti semua lelaki, ada sorang ja pompuan, teruih dia tak jadi pi keja situ tambahan nak kena naik moto ulang alik ambik surat di hq Great Eastern di Jalan Gangsa menyebabkan beliau berat hati nak terima job tu.

Pastu aku bagi cadangan kat beliau utk sambung stadi ke peringkat ijazah, tapi dia kata kena tanya mak ayah dia dulu sbb yg diploma ni pun tak dapat keja apatah lagi kalau sambung ijazah. Tapi aku cadang  suruh dia sambung ijazah pendidikan sebab masa aku keja kat Faber Mediserve ada sorang kawan aku tu habaq awek dia mengaji ijazah pendidikan (Pendidikan Khas) kat UKM, dan dia maklum lepas habih ijazah tu akan terus diserapkan jadi cikgu tetap sebab kekosongan guru pendidikan khas banyak tak ter isi tambahan wife aku memang minat bab2 mengajar ni. Apabila beliau bertanya dekat mak ayah dia, depa setuju ja janji dapat bantuan PTPTN sebab masa tu ayah dia kata kalau tak dapat bantuan PTPTN ni susahla sikit sebab dia dah tak beberapa sihat dah untuk cari pendapatan lain selain buat bendang. Aku pun pastikan kat wife aku mmg akan dapat bantuan pinjaman PTPTN tu pastu aku pun isi borang UPU kat beliau. Pilihan Pertama aku letak Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di UKM , Pilihan Kedua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di USM.

Alhamdulillah wife aku dapat yang pilihan kedua tu di USM, dekat la sikit ngan Kedah. Pastu aku bincang ngan beliau, teruskan belajar sampai genggam ijazah dan aku akan cuba mencari kerja yang lebih terjamin dan tetap untuk melanjutkan perancangan kami berdua ke peringkat seterusnya. Sebenaqnya masa wife aku stadi kat USM aku penah putus ngan beliau, banyak bulan gak tapi jodoh kami masih panjang dan kami rujuk balik (ewah cam kahwin plak) dan bertaut la sehingga sekarang. Sebab tu bila aku tengok Filem Ali Setan aku teringat balik kenang- kenangan saat aku bercinta ngan wife aku di USM P.Pinang, bahagia,sedih, kecewa, gembira, semua ada. Kami diijabkabulkan masa dia tinggal 1 tahun lagi pengajian, mmg lepas kahwin aku yang banyak tanggung beliau sebab masa tu aku dah dapat kerja tetap dan berpencen

Sebab bagi aku Filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsudin ni mmg betoi2 menunjukkan liku-liku kehidupan seorang pelajar di IPT yang penuh suka duka. Alam percintaan , mengorat budak freshies, dapat awek kilang (sebab masa ni kat P.Pinang banyak kilang yang tak jauh dari USM) dan berkisar dari filem ni la ramai student masa tu berlumba2 nak masuk universiti sebab seronok tengok kehidupan para pelajar dalam mencapai cita2 untuk bergelar sarjana.

Alhamdullilah lepas habis belajar dapat la wife aku posting jadi cikgu di Sekolah Menengah Seberang Perak Alor Setar, Kedah sebelum dapat tukaq balik Perlis di Sek. Men. Arau dan akhirnya Sek. Men. Syed Hassan. dan dengan susah senang belajar ni la wife aku mampu bagi nafkah setiap bulan untuk balas balik pengorbanan org tua dia dulu dan bantu buat rumah kat org tua dia selepas rumah lama hampir rosak kerana dimakan anai2. Dan setiap apa yang wife aku buat beliau takkan lupa kat mak dia sebab berkongsi kegembiraan bersama adalah lebih manis bagi dia sementara mereka masih ada di dunia ni dan doa ibu bapa adalah pintu rezeki buat anak-anak.



 Gambar kenangan time wife aku konvo di USM pada 2008 sebelum posting jadi cikgu bulan Oktober 2008. Masa ni wife aku mengandung anak sulung dalam 3 bulan usia kandungan.

Tuesday, September 7, 2021

Buat Wainscoting dan pasang Diamond Mirror

 

Memandangkan ada banyak waktu terluang BDR dalam musim PKP ni... saja la layan permintaan wife aku buat wainscoting ngan diamond mirror, mula2 tu wainscoting  aku macam nak buat sendiri , bila hitung2 segala kos bahan nak buat wainscoting tu, kayu panel yg bercorak (ikut kaki keluasan dinding dan pattern), gergaji mata halus dgan tools, gam, silikon, dah nak dekat Rm 1k jugak kos dia. Yang cermin tu aku beli sendiri dekat shoppe harga dalam Rm 700 (ikut berapa kaki yang kita nak) alhamdulillah bila sampai takdak cermin yang pecah walupun hantaq melalui pos, memang terbaik dia punya packaging.Bila tengok harga kos bahan nak buat diy sendiri agak tinggi tambahan aku bukanlah mahir sangat bab2 bertukang ni, aku try solution lain, aku try bertanya beberapa tukang yang ada kat Perlis ni yang bole buat wainscoting ikut ukuran dan pattern yang aku nak. Setelah berbincang aku setuju ambik satu tukang ni yang bagi kos agak berpatutan termasuk barang2, termasuk pasang cermin diamond mirror tu harga dia bagi dalam Rm 1,050.00 ja, jadi dengan penuh eksyennya aku ambik perkhidmatan tukang tu ja buat sebab bila pikiaq2 balik dengan kos bahan kalau nak buat diy sendiri nak dekat Rm 1K tambahan kemahiran aku yang terhad macam tak berbaloi, kalau jd elok takpa, kalau hasilnya tak elok nanti dok menyesal tak sudah plak. sebenaqnya bole ja nak kurangkan kos, sebab panel kayu tu kebanyakan aku tengok yg diy sendiri ni depa ambik kayu yang takdak corak, ambik yang empat segi biasa ja, murah la sikit kos dia, tapi dah aku alang2 nak buat, baik ambik yang elok teruih, biaq puas hati.


Aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan depa, buat ukuran semua pakai laser, kerja kemas, guna panel kayu bercorak yang berkualiti tinggi, kayu potong pakai mesin (potongan dia elok dan kemas), hasil kerja buat dengan teliti, sehari ja depa buat siap dengan cat sekali mmg puas hati. Cuma kerusi Wingchair tu ja aku lambat beli sikit sebab nak cari warna yang sesuai tak jumpa, alih2 terjumpa wingchair yang wife aku berkenan ngan warna dia kat kedai perabot pakistan kat Kangaq, apalagi sapu sepantas tenuk ja la hahaha.. bukan apa kalau tak bubuh wingchair nampak kosong kat situ. Jadi itu sajalah perkongsian untuk kali ni, harap2 dapat memberi manfaat dalam mendekorasi kediaman anda agar menjadi lebih menarik dan selesa.



Wednesday, July 21, 2021

Rumah dulu atau kereta dulu



https://www.mediahiburan.my/bila-masuk-rasa-nak-menitis-air-mata-rindu-masa-tinggal-sini-lawat-rumah-kuaters-sebelum-jadi-artis-zizan-razak-sebak/

Ok penulisan kali ni ada dua bahagian yang nak aku ulas dan kongsi dari dua petikan dari page pesbuk seperti di atas. Dua2 dari pendapat dan pengalaman dari pelawak terkenal iaitu Zizan Razak. Berkenaan bahagian di atas adalah pengalaman Zizan yang pulang semula ke kediaman asal keluarga dia dulu di Kuarters JKR Jalan Terkukur, Kuala Terengganu. Kalau hampa penah pi Kuarters JKR zaman 80 an atau 90 an hampa tau la besar mana keluasan kuarters tu, kecik sangat, rumah setingkat memanjang. Aku penah pi rumah memba aku kuarters JKR di Jalan Sekolah Derma Kangar, sempit rumah dia, tambahan famili dia yg ramai mmg crowded. Apa yang menarik perhatian aku bila dalam video Zizan ke rumah lama keluarga tu ada satu bab tu dia tunjuk bahagian yang paling luas dalam rumah tu iaitu bilik dia, masa tu dia kata ruang bilik dia tu dia rasa dah paling luas dan paling selesa, tapi bila dah duduk rumah sendiri yang berlipat kali ganda saiz dia, dia rasa kecil sangat ruang bilik rumah lama dia tu, rasanya saiz ruang bilik rumah lama keluarga Zizan tu entah2 besaq ruang stor peralatan ja kat rumah baru dia.
Teringat plak aku dengan rumah teres setingkat lama aku, wpun rumah baru aku saiz sekali ganda dari saiz rumah lama tapi bg aku sekeluarga masa tu ruang rumah lama yang sempit tu rasa sangat luas bagi kami, itulah taman syurga bagi kami kalau pi mana2 atau keluaq bercuti bila balik rumah rasa tenang ja dan tak dapat diganti waima dengan hotel 5 bintang sekalipun. Itu bukan pengalaman pertama aku duduk rumah yang tak besar mana ruang dia, aku penah menyewa rumah kampung 3 pintu, lagi sempit, ruang dapoq dia saiz besaq bilik ayaq kat rumah baru aku ni ja tapi tu la kenangan terindah dalam membesaqkan anak2 bg aku suami isteri. Bila aku berpindah dari rumah sewa aku tu ke rumah lama aku, aku suami isteri rasa selesa sangat sbb salah satunya rumah sendiri pastu luas dan selesa dari rumah sewa, mmg bahagia rasa masa tu. Bila kenang2 balik dengan rumah lama aku ni baru perasan, bilik utama kat rumah baru aku ni keluasan dia + balkoni yg aku tutup sama luas dengan saiz ruang tamu + bilik utama + ruang makan rumah lama aku. Selesa? mmg aku akui selesa banyak tapi yang lebih penting apa yg aku suami isteri capai hari ni adalah untuk keselesaan anak2, itu yang utama, aku nak depa selesa di rumah sendiri yang beza banyak dari kami ibu dan babah depa nikmati di usia mereka zaman kami kanak-kanak. Dan bagi aku semua insan di dunia ni kalau boleh memang nak sesuatu yang lebih selesa untuk dinikmati dalam hidup sebab apa, sebab hidup ni tak lama dan cuba gapai impian kita setakat yang termampu dari kita dan yg utama adalah impian itu mesti lebih baik dari kehidupan kita di masa kecil atau masa lampau kita. Dan jangan sesekali bagi alasan, sebab alasan itu adalah jawapan bg orang yg malas dan iri hati, sebagai contoh "Buat apa beli kereta mahal2 tapi rumah tak beli lagi" biaqlah, dia nak beli apa pun, itu perancangan kewangan dia, bukan dia mintak duit kita pun, takpun " Buat apa beli rumah banyak2 dok tanggung hutang, beli sebuah dah la" itu perancangan masing2 nak beli kereta dulu ka, beli rumah dulu ka itu hak dia, cuma kena pandai planning ja. Jangan bila kawan2 beli rumah besaq kita tak mampu pastu dok bg ayat macam tu, tu alasan org yg iri hati. Cuba ambik positif, bila kawan2 pakai kereta mahal atau rumah mahal kita cuba bersaing nak gapai impian tersebut dengan cara kita, tapi jangan join MLM plak hahaha... Tapi bagi aku selesa atau tak selesa kediaman kita tu benda subjektif, pandai2 la kita planning sbb kita ni bukan mai dari kalangan anak2 billionair, tapi kita mai dari kalangan anak2 org kebanyakan yg membanting tulang 4 kerat untuk mengayuh hidup, berbeza dengan anak2 org kayangan yg kita tau level pendapatan dan life depa lain. Jadi ukurlah baju di badan sendiri.



Untuk bahagian ini pulak adalah petikan dari laman pesbuk seperti di atas tentang perkongsian Zizan  betapa dia menyesal dalam membuat pilihan apabila pada usia muda dia membeli kereta mewah yang berharga Rm 1.5 juta dulu berbanding beli rumah sebab masa tu dia kata ikut darah muda dan menyesal sebab harga rumah idaman makin meningkat sedangkan kereta dah turun harga malah tahun ke tahun pelbagai keluaran kereta yang lebih sofistikated dan lebih upgrade dihasilkan. Tapi bagi aku golongan artis yang berpendapatan lumayan macam Zizan takdak masalah nak beli kereta mewah dulu atau rumah mewah dulu sebab bg aku beliau berkemampuan kalau nak beli kedua2 nya pun, sebab buktinya sekarang pun beliau memiliki rumah  mewah, pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi yang mahal harganya sebab apa, sebab pendapatan dia berpuluh ribu per bulan, jadi takdak masalah bg beliau.
Tapi berbeza dengan golongan marhein macam kita yang pendapatan tak seberapa tambah-tambah pada musim pandemik yang melanda dunia kini jadi perancangan kewangan kita kena planning elok2. Sapa2 yang nak beli kereta mahal dulu atau rumah dulu tu terpulang sebab tu perancangan kewangan masing2, kalau berkemampuan beli lah dua2, kalau tak mampu kena buat planning betoi2 sbb harga rumah atau aset hartanah masakini bukan murah, dah berlipat kali ganda kenaikan saban tahun.
Tapi bagi aku, aku memilih beli rumah dahulu pada usia aku 25 tahun sebab pengalaman aku dalam menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam adalah suatu kelebihan jika kita mampu beli rumah pada usia muda... sebab apa?, sebab bayaran insuran pinjaman perumahan ikut had umur, lagi muda lagi murah, dan harga rumah yang kita beli masa tu pasti berbeza banyak kalau kita beli 10 tahun kemudian, menyebabkan bayaran pinjaman rumah bulanan kita menjadi rendah berbanding kita beli rumah pada umur 35 tahun. Jadi pada usia aku hampir memasuki 40 an aku sekeluarga membeli sebuah rumah lagi untuk didiami dan rumah lama aku telah menjadi  pasif income untuk keluarga aku dengan menyewa pada penyewa, bayaran bulanan pinjaman rumah aku hanya Rm 500 tapi aku sewakan pada harga Rm 600 per bulan , kan dah ada pasif income Rm 100 disitu tambahan bayaran pinjaman bulanan rumah aku selebihnya dibayar oleh duit sewaan rumah aku dan pinjaman rumah aku tinggal hanya berbaki 11 tahun sahaja lagi akan tuntas sbb aku buat pinjaman 25 tahun sahaja,  dan dengan bayaran sewaan rumah lama aku tu dah dapat membantu aku serba sedikit dalam sumber kewangan keluarga aku.
Walaupun ada yang kata buat duit dalam bidang hartanah ni merugikan, sebab la ni harga rumah mahal, beli rumah harga rm 300-400 k pastu bayaran bulanan rm 1700 tapi mampu sewakan rm 700 sahaja dan selebihnya ditanggung oleh kita dan merugikan. Sebenaqnya bagi aku orang yang buat macam tu tak selidik dulu, kalu nak beli rumah untuk disewakan kita kena tau market harga sewaan di situ berapa, dah tau kawasan tu sewaan paling tinggi pun takat Rm 700 ja buat apa beli rumah yg harga Rm 300-400k, try beli rumah flat takpun rumah kos rendah yg dilelong pada harga murah , tak la jadi defisit. Bila jadi macam tu kemudian dicanang2 dan dishare ramai2, pastu mula la keluaq fatwa masing yang beli aset hartanah ni merugikan, "buat apa beli rumah banyak sewa takleh kaver dah kena menanggung hutang yang tinggi", "dah berumoq ni takyah la beli rumah banyak2 sampai nak beli keperluan yang lain pun tak bole buat apa", "dah tua2 ni biaq la tunai banyak dalam dompet dari banyak hutang"... tu semua adalah dari perancangan kewangan yang salah. Kalau dah tau pendapatan bulanan kita cuma mampu beli rumah teres setingkat, pakai keta kancil 660 jangan la kita pi beli rumah semi-d 2 tingkat pakai kereta Honda CRV mmg jahanam la kewangan ang pak long oi, berbelanjalah ikut kemampuan kewangan kita.Dah dia silap buat perancangan dalam bidang hartanah , silap dalam perancangan kewangan dia dok bg alasan2 merepek yg nampak macam nak tutup kesilapan dia pastu di share2 dan dikongsi plak oleh orang2 yg tak tau hujung pangkal dan kurang ilmu. Sebenaqnya apapun bidang yang kita buat takkan rugi kalau kita buat planning dengan teliti, yg penting usaha, ilmu dan rezeki semua tu adalah dari Allah Taala.

Monday, May 10, 2021

Rumahku Syurgaku

 Setiap insan pasti mengimpikan keluarga yang bahagia, kerjaya yang baik, kehidupan yang harmoni dan memiliki rumah yang selesa buat keluarga kita. Pendek kata semua orang mahukan kediaman sebagai tempat berlindung ibarat sebuah syurga! Tapi macam tinggi sangat kan expectation sampai syurga nak dibandingkan, ok la kita kalau bole rumah kita tak seindah syurga pun, seindah dan seselesa macam hotel  pun jadi la kan.

    Akhirnya setelah bertahun-tahun planing dan memasang impian untuk memiliki rumah yang sedikit selesa berbanding rumah lama aku, impian tu tercapai jugak awal tahun ni. Bayangkan aku suami isteri tahan keingginan untuk mendeko dengan berjimat sehabis mungkin perbelanjaan sebagai bekalan nak masuk rumah baru seriau takut apa yang di rancang selama ni tak jadi , tapi alhamdullilah Allah dah mempermudahkan segala urusan hambanya. Setiap orang pasti teringin nak rumah yang selesa, begitu jugak aku sekeluarga tapi memandangkan perancangan dah dibuat utk rumah baru, kita hanya follow the plan ja. Seronok tengok isteri dan anak2 aku selesa dok rumah baru dengan segala kelengkapan yang lebih baik dari dulu, ya la dulu dok rumah lama anak2 aku 3 orang berkongsi satu bilik sebab lagi satu bilik tu dibuat bilik stor dan pakaian sebab ruang yang terhad. Kat rumah baru ni selesa la sikit sbb masing2 dah ada bilik sendiri tambahan bilik air pun kat dalam bilik lagi bertambah seronok la depa bole mandi pakai shower sbb rumah lama mandi pakai kolah ja, wife aku pun seronok sbb ada ruang dapur basah untuk dia masak dengan selesa (sbb wife aku kadang2 ambik tempahan memasak dari sambal nasi lemak, kuih raya, ketupat , soto ,rendang dan macam2 lagi la) menyebabkan dapur bersepah , bila ada 2 dapur ni, dapur basah ja yang bersepah dan dapur kering mantain bersih tak la segan sangat kalau ada tetamu datang bertandang ,dan lagi satu ruang  laundry yang tertutup yang membolehkan beliau nak membasuh dan menjemur pakaian tak kira waktu siang atau tengah malam , panas ataupun hujan, ya la rumah lama aku penyidai baju kat laman belakang ruang yg terbuka, jadi nak sidai baju tu kena la ikut waktu, sidai2 tengah malam nanti takut nyamuk masuk rumah plak, tambah2 kena musim hujan dah payah nak sidai baju sebab tempias air hujan. Jadi itulah definisi bahagia bagi aku bila tengok org2 yg aku kasihi seronok dan selesa di rumah baru sebab bagi aku salah satu tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan kediaman yang selesa dan selamat untuk seisi keluarga.

    Jadi setelah berhempas pulas dari segi idea, wang ringgit dan tenaga inilah serba sedikit tatarias atau hasil deko aku dan wife untuk rumah baru kami ni, hasil ni pun untuk setakat ni la tapi kemungkinan akan ada penambah baikan di masa akan datang sesuai la dengan kantung kocek kami berdua hehehehe...

Ruang hadapan (Porch)

Kat ruang porch ni aku tak plan nak hias2 sangat, cuma nak letak pokok2 hijau camtu dah la, tapi bila tengok ada lebihan karpet rumput tu jadi aku potong bagi cukup ruang depan ni dan letak la sikit pokok2 hijau ngan rak kasut bg timbulkan suasana ja. Mula-mula tu ada rancang nak letak tile kat lantai porch ni tapi pikiaq2 nanti la dulu, modal tu guna untuk ruang dalam, nanti2 kalau ada modal lebih baru la kita letak tile kat ruang ni.



Ruang tamu

Untuk pilihan deko ruang dalaman aku ngan wife dah decide nak pilih modern minimalis style sebab bagi aku pemilihan konsep yang minimalis dan sedikit moden sesuai pada waktu la ni memandangkan aku lebih suka ruang rumah nampak luas dengan perabot yang sedikit, tak semak mata memandang dan senang untuk berkemas. Aku guna sofa L shape ja dengan set kerusi tepi dan meja kopi dari Ikea yang dibeli online dipadukan dengan karpet moden design juga dibeli melalui atas talian. Konsep ni banyak aku cedok dari page deko di pesbuk terutamanya design dari Anis Syuhada yg pemes tu tapi ikut bajet kantung aku.


Ruang Makan (Dining)

Untuk ruang makan ni kerusi ja yang aku beli baru, meja aku gunakan meja dari rumah lama aku sebab masih elok dan yg penting ble jimat kos thihihihi.... cermin belakang tu pun aku guna yang dari rumah lama, cuma frame, pasu ikea dan hiasan2 bunga tu semua aku order online, mudah, banyak pilihan dan semestinya murah dari kedai perabot yang ada kat Perlis ni.

Bilik Tetamu/ ruang solat

Ruang solat ni disediakan khas untuk tetamu2 atau sedara mara  nak menunaikan solat jadi ada la ruang yang selesa untuk depa. Sebab bukan apa rumah lama aku dulu kalau ada tetamu atau sedara mara nak solat terpaksa solat kat bilik baju yg penuh ngan barang2 macam tak sesuai kan tapi nak buat macamana dah ruang takdak,jadi bilik bawah rumah baru ni dah dikhaskan sebagai bilik tetamu ngan bilik solat, bilik ayaq pun dalam bilik jd mudah la nak ambik wuduk


Dapur Kering
Antara bahagian yang aku buat yang paling last siap hahahaha...bukan apa sebab tukang buat ni job banyak tapi ok la sbb 3 minggu ja dia ambik masa siapkan kabinet dapoq kering ni, cepat jugak la depa buat keja. Ruang ni aku guna dapur infra red dengan dapur induction yang guna elektrik, jadi ni macam plan B la kalau2 gas dapur basah aku habis time tengah malam atau hari minggu. Bila dah ada dapur basah jadi ruang ni tak la semak sangat ngan barang2 masak sebab jarang guna, banyak guna ruang dapur basah ja untuk memasak. Dua2 kabinet dapoq aku kali ni aku tak buat kabinet atas sebab masa buat kat rumah pertama aku dulu bukan guna sangat pun tambahan kabinet atas tu agak tinggi utk wife aku jd hanya aku sorang ja la yg bole akses guna kabinet atas tu, jd utk kabinet rumah sini wife aku decide tak payah buat kabinet atas sbb membazir ja, alatan memasak periuk belanga ble simpan kat ruang bawah dua2 kabinet kering dan basah.Jadi memandangkan aku ada ruang hobi yg aku display menan2 aku kat bilik atas rumah, kat ruang ni wife aku request nak display barang2 mainan masak2 beliau jd aku layankan ja sbb barang masak dia pun bole tahan banyak hahahaha....


Dapur Basah

Ruang ni memang banyak ikut konsep dan idea dari wife aku, ya la ni la ruang permainan beliau nanti. Kabinet dapur basah ni wife aku banyak buat perubahan kesan pengalaman dari kabinet dari rumah lama. Tingkap dapur yang ditinggikan supaya besi grill tak cepat berkarat sebab kena air basuhan dari sinki macam kat rumah lama aku dulu, tingkap rendah dekat dengan sinki habih berkarat besi grill tingkap. Untuk sinki wife aku ambik sinki yang agak dalam sebab air basuhan tak mudah mercik dan bole memuatkan pinggan yang banyak. kalau ampa perasan ruang dapur masak tu rendah sikit dari ruang sinki sebab ruang dapur masak tu ikut keselesaan wife aku yang berketinggian agak comel ni hahaha..jadi tak la lengguh tanggan beliau bila kacau masakan. Dapur masak basah ni mmg wife aku guna dapur letak ja berbanding guna dapur tanam sebab senang klu rosak ka apa ka ble ganti terus, klu dapoq tanam leceh sikit nak kena ukoq ukuran la sbb penah jadi kat dapur rumah lama aku, cari semua kedai takdak ukuran yg sama, kalau ada pun harga mahal sbb tu dapur sini wife aku decide guna dapur letak ja. Perkakasan tu semua aku beli online 

Ruang membasuh (Laundry)

Dekat ruang laundry ni mula2 wife aku nak beli dryer letak kot2 musim hujan cepat sikit kering pakaian, tapi lepas duduk seminggu beliau kata tak payah la membazir beli sebab ruang dapur tambahan ni dah cukup panas , sat ja pakaian kering. (jimat duit aku hahahahah...) Penyidai2 tu pun semua aku beli online, pastu upah tukang rumah pasang ja mudah.


Tangga

Tangga ni tak deko mana sangat, cuma letak frame khat kufi dari rumah lama aku dengan letak artifical plant ja bagi ada unsur2 hijau kat ruang ni. Mula2 nak letak karpet kat tangga tu tapi bila ingat payah nak sapu ngan mop jadi kensel la letak karpet kat tangga tu.

Ruang Leisure keluarga

Ruang rehat keluarga banyak guna perabot2 dari rumah lama macam kabinet tv, karpet, kerusi malas Ikea dan bekas remote Ikea tu, yg aku beli cuma tv dengan bag bean ja buat anak2 aku landing kat sini layan Netflix ngan youtube.

Ruang kerja

Dah lama aku nak buat ruangan ni memandangkan wife aku memang banyak bawak balik keja buat kat rumah, jadi aku mmg plan nak buat satu sudut kerja untuk beliau dan juga aku sbb rumah lama tak mampu buat sebab takdak ruang sesuai. Semua guna perabot dari Ikea kecuali kerusi, printer, laptop, dan rak fail yg aku bawak dari rumah lama.


Bilik air

Bilik air rumah ni semua aku letak shower senang nak mandi. Ayaq pun laju sebab aku pakai pam, jadi takdaklah masalah ayaq slow macam rumah lama aku sebab rumah lama aku tak pakai pam, bila jiran2 pakat pakai pam habih slow tekanan ayaq ke rumah aku.Shower, paip ayaq, tempat letak sabun ngan tempat gantung towel aku beli dekat kedai hardware di Simpang Kuala , Alor Setar yang lain2 macam cermin dengan tempat letak kaki tu aku beli online.

Bilik Utama

Bilik tidur utama ni aku tak deko sangat cuma letak meja , lampu tidur ngan pokok ja. nak letak frame tepi katil macam tak kena plak. Selalunya org letak frame kat kepala katil tapi dah kepala katil aku ada langsir payah la sikit. Sebab aku letak kepala katil belah langsir ni bukan apa klu letak belah dinding nanti kaki menghala ke arah kiblat nampak kurang manis plak, letak belah sini la senang , aircond pun kena.


Bilik anak ke 2 dan 3

Untuk bilik anak ke 2 dengan ke 3 ni depa berkongsi sebab anak aku no 2 tu takut sungguh tidoq sorang2, seb baik adik dia mau teman. Aku letak depa sebilik tambah2 depa dua mmg rapat. Katil ngan tilam aku beli kat kedai perabot manakala meja Ikea, kerusi , wall shelf , kabinet baju ngan tempat sangkut towel tu semua aku beli online, cuma cermin tu ja aku tempah kat kedai cermin. Ada katil, aircond ,meja studi ngan bilik air dalam bilik ok la untuk keselesaan depa sbb rumah lama dulu takdak sbb ruang sempit, mai sini baru bole setup utk depa selesa la sikit untuk stadi takpun kot2 kena PKP balik nak kena belajar dari rumah dah ada tempat dah nak online.


Bilik anak 1

Untuk bilik anak aku yang sulung dia dah maklum yang dia nak dok sendiri maklumla dah besaq dah, suara pun dah garau jadi aku setup la bilik ikut kehendak dia. Meja komputer, kerusi dengan komputer tu aku ambik dari rumah lama aku senang untuk dia buat kerja2 sekolah. Lampu meja Ikea tu pun  aku wariskan kat dia sbb lampu tu aku beli masa aku duduk Uitm Shah Alam dulu masa beli di Ikea Mutiara Damansara, nak dekat 17 tahun dah still tahan dan berfungsi lagi. Bedsheet depa mmg aku dah plan ambik warna dark grey baru timbul dengan warna dinding yg guna warna cerah. Anak aku sorang ni ikut minat macam aku, suka baca buku komik jd aku beli la rak buku untuk dia simpan komik2 tu pastu frame komik marvel ngan karpet game yg dia minat iaitu Minecraft untuk hiasan dalam bilik dia. 


Bilik hobi

Nak setup satu ruang untuk letak barang-barang koleksi ngan hobi aku ni dah lama dah planning cuma keadaan tak mengizinkan sebab rumah lama tak banyak ruang dan bilik. Rumah lama aku hanya mampu letak konsol PS4 dengan rak buku ja, mainan2 aku banyak yang disimpan dalam kotak, maklumla masa tu rumah teres setingkat anak2 plak masih kecik, anak2 menakan pun ramai anak kecik,klu display takut satgi ada yang hilang hahahaha....maklumla harga seketoi2 mainan tu bole tahan kurang murahnya, tambah2 mainan vintage yg payah nak dapat di pasaran dah la ni. Bila nak masuk rumah baru ni aku dah planning ruang balkoni atas tu nak tutup semua buat satu ruang khas simpan mainan dan buku2 aku jadi inilah hasilnya, ble la santai2 main game ngan baca buku, tambahan ruang ni kat tingkat atas jadi ada privacy la sikit. Dah lama jugak aku teringin rak display detolf Ikea tu tapi memandangkan harga dia tak la murah jadi terpaksa la berhemat sikit2 bru la ble sambaq 2 ketoi, lampu dalam tu aku diy ja tak susah mana, aku beli lampu tu dalam shoppe ja pastu pasang sendiri. Rak buku tu aku beli kat kedai perabot tapi bila tengok ruangan dia agak luas tambahan utk buku komik aku, aku diy buat rak tambahan  jadi dah save ruang dah, jadi ruang lebihan tu kan dah bole aku buat display mainan2 yg ada. Meja game ngan kerusi aku beli yg murah ja, cuma Ps4 ja masih yg lama, ada gak keingginan nak tukaq ke Ps5 tapi tunggu la dulu bila dah sampai masa game bola PES takleh dah main kat Ps4 baru la aku upgrade ke Ps5. Hobi kolek mainan dan main game ni hanya sekadar mengisi masa terluang ja, takdalah hardcore sangat, main suka2 ja, bukan apa aku tengok ramai anak2 muda la ni pulun sungguh main game online dan jadikan profesion main game sebagai pendapatan utama, takdak masalah klu nak pulun game kalau mampu bg pendapatan yg lumayan tapi jangan la sampai abaikan pelajaran atau sisi hidup yg lain, sbb sukan e-sport ni pun macam sukan2 lain jugak time muda mmg bole form terbaik tapi form ni ikut peningkatan usia, makin lanjut usia kita makin menurun form, main game ni bila time kita tengah onform, masih muda ok, klu dah meningkat usia prestasi pun dah menurun dah tak berguna lagi melainkan kita ada pendapatan lain sebab benda tu yg akan buat kita terus survive. Nak bagi tumpuan kat game ok tapi di samping tu carilah keja yang terjamin, sbb sukan e-sport kat msia ni taraf dia tak sama macam di negara2 maju yg mampu menjana pendapatan yg tinggi, bukan apa aku tengok budak2 muda yg baru join e-sport ni cukup bangga bila menang 2-3 tonemen, bru dapat join clan dah mendabik dada macam duit hasil tonemen tu bole beli rumah dan sara anak bini sampai bila2. Apa yg depa taktau ramai otai2 esport dulu ramai yg berjawatan tinggi tapi dlm masa yg sama power dlm main game, tapi bila sampai satu tahap form dah kurang depa tak kisah sangat sbb ada pendapatan utama yg lain, bukan macam anak2 muda la ni yg masih leka ngan game ja, kalau bole bagi makan anak bini ngan game tu teruskan, abam cuma ingatkan sbb lebih dulu makan garam sampai dapat darah tinggi la hahahaha...
 
Ok setakat ini dulu perkongsian aku tentang deko dan susun atur rumah ke dua aku ni, taklah secantik dan semantap yg org selalu kongsi kat media sosial tu tapi cukup la membuatkan aku sekeluarga rasa selesa dan mencipta syurga dunia yang sementara untuk kami nikmati.

Sunday, April 11, 2021

Tips masuk rumah baru

Rumah pada masa kini sudah jadi suatu keperluan , dan mengubahsuai rumah ikut citarasa masing-masing juga  semakin menjadi trend di kalangan marhein tak kiralah dari kalangan orang bujang ataupun yang berkeluarga.Setiap orang cukup teruja bila nak masuk rumah baru maklumlah harga rumah pada masa kini merupakan antara aset yang agak tinggi harganya, jadi nak boleh sebijik tu pun jenuh berjimat tambahan bila kita tau kos nak masuk rumah baru jugak bole menjadikan ia satu beban hutang yang baru kalau kita tak prepare awal-awal. 

Tak semua orang yang memiliki rumah ni ada siap2 dah duit sekarung tambahan kalau dari orang2 muda yang baru memiliki rumah, atau pasangan yg baru nak mula hidup berkeluarga.Kalau suami isteri yang bekerja tu boleh la kawtim, suami beli rumah, isteri buat loan perbelanjaan nak masuk rumah. Tapi aku tak sarankan la buat tambahan hutang, apatahlagi kita baru saja kena potongan loan rumah, jadi setahun atau dua tahun sebelum dapat kunci tu dinasihatkan buat tabungan siap2 modal duit nak masuk rumah nanti, tak la terbeban sangat. Semua perkara nak masuk rumah ni penting jugak sebab aku penah hadapi permasalahan ni, tambahan masa tu gaji tak besaq mana jadi masa nak masuk rumah pertama dulu tu aku tak berapa nak well prepared sangat, nak deko macamana pun tak tau nak decide style apa , aku hanya buat yg basic saja ikut bajet dan keperluan, tapi untuk masuk rumah kedua ni aku dah buat planning siap2 semua aspek sebab kesan dari pengalaman masuk rumah pertama sebelum ni. Dan yang paling penting nak buat renovation apa2 elok utamakan ruang interior dulu, klu ada bajet lebih buat renovation luar pulak macam buat pagar, awning, hiasan laman dan lain2 sebab bila kita dah pindah masuk lepastu baru nak buat tambahan dalaman mmg pening kepala dengan debu, nak ubah perabot lagi, keselamatan barang2 bila pekerja dok buat kerja renovation lg, klu suami isteri bekerja jenuh nak ambik cuti jaga barang2 rumah jadi prepared awal2 sebelum nak buat renovation.

Harga yang aku maklumkan ni adalah harga tahun terkini dan ikut harga kualiti dan material yang aku inginkan, kalau pembaca ingin kualiti yg terbaik atau kurang harga dia tuan/puan bole bajet sendiri, ni cuma anggaran kasar yang aku buat.




1) PEMASANGAN METER ELEKTRIK DAN AIR
Yang ni kita bole buat pembayaran deposit pemasangan di TNB dan Syarikat Air negeri masing2. Bagi pemasangan elektrik dia ikut jenis rumah, macam rumah kedua aku ni rumah Teres Dua Tingkat jadi kos deposit meter elektrik tu adalah sebanyak Rm 500.00 dan deposit pemasangan meter air Rm 258.00 ja.

(elektrik) Rm 500.00 + (air) Rm 258.00 = Rm 758.00



2) UPAH PEMERIKSAAN KEROSAKAN RUMAH (CHECK DEFECT)
Ok untuk rumah ni aku upah syarikat kontraktor utk buat pemeriksaan kerosakan rumah sebab depa lebih arif dan detail. Kos dia tak mahal mana ikut saiz dan jenis rumah, macam rumah teres dua tingkat ni dia ambik upah  Rm 350.00 siap laporan bergambar dalam bentuk softcopy, kita cuma perlu print dan hantar ke pemaju ja. Dan seelok-eloknya kita pasang elektrik dan air  dulu sebab depa bole cek semua paip2 air dan punca kuasa elektrik berfungsi atau tak.Tapi kalau ampa nak jimat dan tahu selok belok tentang pemeriksaan kerosakan rumah ampa bole buat sendiri ja dan bole jimat kos.

Upah kontraktor pemeriksa kerosakan rumah = Rm 350.00




3) EXTEND BAHAGIAN 
Ok untuk mencari kontraktor pengubahsuaian bagi menambah bahagian rumah yang kita nak tambah seelok-eloknya kita mintak quotation dari banyak kontraktor sebab dari situ kita boleh pilih yang mana mempunyai track rekod terbaik, material yang digunakan dan semestinya kos mengikut bajet kantung kita. Untuk aku haritu aku ambik quotation dari 3 kontraktor, 1 kontraktor yg penah buat pengubahsuaian utk cikgu di sekolah wife aku, 1 kontraktor yang penah buat rumah memba aku dan 1 lagi kontraktor yang penah buat untuk pak menakan aku. Selepas dinilai dari segi kos dan track rekod akhirnya aku pilih kontraktor yang direkeman oleh pak menakan aku. Kos untuk aku tambah bahagian dapur, buat table top kabinet dapur basah, tutup ruangan balkoni termasuk pemasangan elektrik dan paip air semua sekali berjumlah Rm 18,500.00 sahaja termasuk barang-barang binaan berbanding kontraktor pertama yg ambik kos sesebanyak Rm 32,000.00. Jadi sebab itulah aku ingatkan untuk dapatkan quotation dari banyak kontraktor sebab ia dapat mengelakkan kita kerugian dari bajet yg kita dah prepared. Tapi walupun harga yang dipersetujui adalah Rm 18,500.00 tapi kadang2 masa pembinaan tu pasti ada beberapa tambahan, macam rumah aku ni ada beberapa tambahan yg aku mintak tukang buat macam tambahan plug elektrik, buat pemasangan paip air sebab memandangkan rumah aku ni 2 tingkat jadi tekanan air terutama air di tingkat atas agak slow jadi aku mintak tukang buat paip bypass iaitu bilik air di tingkat atas semua guna air direct dari paip utama dan juga dari tangki.

Kos penambahan dapur dan balkoni = Rm 18,500.00
Tambahan kos2 lain = Rm 1,830.00
Jumlah keseluruhan = Rm 20,330.00




4) KEBENARAN PENGUBAHSUAI RUMAH DARI PBT
Untuk dapatkan kebenaran pengubahsuian rumah dari PBT tempatan macam di negeri Perlis ni di Majlis Perbandaran Kangar, aku dapatkan melalui arkitek yang buat rumah taman aku tu, ampa bole tanya pihak pemaju siapa arkitek yang buat rumah kita senang sebab depa dah ada floor plan  rumah kita jadi tak perlu ambik masa lama untuk depa lukis balik dan depa akan uruskan semua urusan permohonan tersebut, kita hanya pi sign dan bayar kos permohonan dari pihak MPK ja bila dah dapat banner permit kebenaran pengubahsuai tu kita pasang ja kat pagar depan supaya senang bila penguatkuasa MPK buat pemeriksaan. Sebab apa kebenaran pengubahsuain dari PBT ni penting ? sebab utk taman2 perumahan yg baru siap selalunya penguatkuasa PBT akan ronda dan kalau terjumpa pemilik rumah buat pengubahsuaian takdak kebenaran dari PBT, owner  akan dikenakan denda sebanyak 10 kali ganda dari yuran proses, sebagai contoh yuran proses Rm 150.00 jadi denda yg dikenakan adalah Rm 1,500.00, dan kontraktor pembinaan dilarang meneruskan pembinaan, kalau kontraktor masih membuat pembinaan kontraktor pulak yg akan didenda oleh PBT. Bila owner kena denda , denda ni kena bayar, bayaran utk permit pengubahsuaian pun kena bayar jadi dah 2 kali bayar kan dah rugi, jadi buat awal2 senang kerja.

Kos Permit Kebenaran Pengubahsuai rumah = Rm 1,500.00



5) GRILL DAN AWNING
Untuk Grill dan awning ni kita perlu decide untuk design apa yg kita nak buat, lagi susah design tersebut lagi mahal harganya. Dan kalau bole ikutlah design terkini sebab ada aku tengok ramai yang masih dok buat design yang 10 taun lepas sedangkan banyak design terkini yang lebih cantik dan murah. Untuk rumah aku dah decide ngan wife untuk buat design industrial grill sebab ramai yang dok buat design tu la ni, dan untuk awning aku buat design Panggola yang guna zink biasa ja untuk atap. Untuk buat grill dan awning ni pun kena pi tanya banyak tempat baru la dapat banding harga dan yang penting slot untuk pasang tu cepat sebab aku penah tanya satu kedai tu dia kata klu aku tempah kena tunggu slot utk pasang dekat 4 bulan. Jadi aku kensel aku ambik yang boleh pasang cepat. Lagi satu seeloknya grill ngan awning ni buat sekali satu tukang sebab aku tengok ada yang pasang grill org lain, yang buat awning org lain kan tak pasai2 kena tanggung upah pasang yang tinggi.

Kos grill dan awning = Rm 6,100.00



6) LAMPU, SUIS DAN KIPAS 
Bagi lampu dan kipas ni beberapa bulan sebelum dapat kunci tu dah elok untuk buat survey harga di kedai sekitar anda dan juga harga di laman2 jualan online sebab ada peralatan tersebut yang murah di kedai dan ada juga yang murah di laman jualan online. Bagi aku aku beli dari dua2 sumber tersebut sebab setelah membuat perbandingan harga dan rekabentuk. Kipas dan lampu pagar aku beli semua online sebab murah banyak dari kedai, untuk lampu indoor plak aku beli di kedai sebab kebetulan pada masa tu ada sebuah kedai peralatan jual lampu ni nak berpindah ke lokasi baru jadi dia pakat lelong habis lampu2 hiasan, Suis dan lampu LED  dengan harga yg cukup murah, aku borong siap2 senang takut habis stok plak satgi, jadi aku hanya upah wireman ja untuk pemasangan semua tu. Untuk suis pun aku beli dari kedai Juta Elektrikal ni jugak sebab kita bole tukar balik kalau tersalah atau rosak, mmg recommended tapi suis ni nasihat aku beli la awal2 sebab stok yang ada kat kedai dia terhad dan akan menyebabkan kita terpaksa beberapa kali panggil tukang untuk pasang balik bila stok dah ada.

Kos Kipas, Lampu, suis dan upah pemasangan = Rm 2,921.36



7) KITCHEN KABINET
Untuk kabinet dapur aku buat 2 dapur untuk rumah aku , satu untuk dry kitchen satu utk wet kitchen. Yang wet kitchen ni termasuk dalam extend bahagian dapoq tu yang mana tukang buat table top pakai konkrit tile dan aku pi cari tukang buat kabinet bawah ja kat kedai aluminium. Mula tu aku cadang nak buat dry kitchen kabinet kat kedai Heng Fong Aloq Staq tapi bila banding harga ngan kat kedai di Perlis lagi jimat aku tempah kedai kat Perlis ja tambahan musim2 PKP ni org dari Kedah susah nak masuk Perlis senang sikit la kerja klu deal dengan kedai tempatan ni. Sebab aku tengok ada jiran aku yang tempah kabinet dapur di Aloq Staq dah tergendala proses pemasangan sebab PKP ni. Untuk dry kitchen  ni aku tempah kat kedai di ACfirst di Seriab juga top table guna konkrit dan kabinet guna aluminium 4G Glass. Untuk dry kitchen ni aku guna dapoq induction ngan infra red sebab ni kira macam plan B la kalau2 dapoq gas di wet kitchen habis tengah2 malam atau hari cuti ble la guna dapoq induction ngan infra red sementara waktu sebab dia guna elektrik ja. Mula tu aku nak beli dapoq induction ngan hood dekat kedai ni sebab senang nanti depa bole pi pasang sekali tapi bila tanya harga nak dekat Rm 4k aku tak jadi ambik, aku order online ja dah ble jimat dekat Rm 2k lebih. Lagi satu pesanan aku cuba elakkan buat kitchen kabinet guna kayu, guna la meterial lain cam granite ka, konkrit ka, tiles ka, aluminium ka sebab material ni lagi tahan lama dan tak mudah rosak berbanding kayu sebab ni kesan pengalaman aku dengan rumah lama yang aku buat guna kayu, murah tu memang murah tapi tak berbaloi untuk jangka masa panjang.

Dry Kitchen kabinet = Rm 7,330.00



8) LANGSIR DAN BLIND
Untuk langsir kat rumah aku ni pun aku pi tanya banyak kedai, bagi ukuran yang kita ukur siap2 dan kita bole buat perbandingan kedai mana yg murah. Untuk rumah aku, aku hanya tempah buat langsir pintu sliding door ja yg mana kos semua termasuk upah pasang tiang railing hanya Rm 1,220. Untuk bilik2 lain aku hanya beli online langsir dengan batang hook Ikea ready made ja sebab lagi murah, untuk bahagian2 lain aku guna zebra blind yg mana aku pasang sendiri ja semua lagi jimat.

Langsir sliding door = Rm 1,220.00
Langsir dan zebra blind = Rm 598.25



9) KABINET TV
Sekali lagi aku ingatkan nak buat apa2 seeloknya tanya banyak tempat, macam kabinet tv ni aku nak buat yg custom made ikut design aku dan aku pi survey la harga kat satu tukang kayu di Titi Chai dan harga yang dia bagi Rm 2,500 termasuk pasang. Bila aku tanya satu lagi tukang kayu di Jejawi dia bagi harga Rm 1,800 termasuk pasang siap lukis detail lagi design kabinet dapoq tu kalau nak tambah lampu backlight cuma tambah Rm 314.00 ja. Kan dah jimat bajet sbb tukang ni penah buat kabinet dapoq aku dulu untuk rumah lama aku.

Kabinet Tv = Rm 2,140.00



10) PERABOT DAN PERALATAN ELEKTRIK
Memandangkan perabot2 kat rumah lama aku ni dah menginjak usia 10 tahun jadi banyak jugak la perabot yang aku tinggal tak bawak pi rumah baru. Jadi ada beberapa la perabot yang aku beli baru macam sofa, peti ais, kerusi makan, katil, wardrobe, meja komputer, tv, dapoq dan beberapa perabot dari IKEA. Ada yang aku beli online dan ada juga yang aku beli kat kedai yang mana aku tengok harga lebih murah tapi kualiti hampir sama.

Perabot = Rm 18,714.00



11) AIRCOND
Untuk aircond kat rumah ni aku pasang di 3 bilik tidur atas dan juga 1 di ruang tamu. Untuk bilik anak aku sebijik aircond aku ambik dari rumah lama sebab aircond tu masih baru dan elok jadi aku hanya bawak keluar modal beli lagi 3 aircond yang mana aircond di ruang tamu aku guna yang 2 hp sebab kawasan dia luas sikit. Aku beli semua aircond melalui online ja sebab harga aircond kat kedai2 sini semua mahal walaupun untuk set terpakai. Bagi upah pemasangan aku upah tukang yang selalu dok mai buat servis ekon kat rumah aku jadi senang kira.

Aircond + upah pemasangan = Rm 4,550.00



12) CEILING PLASTER & WIRING
Untuk siling plaster tu mulanya aku nak upah sorang tukang ja termasuk pasang vinyl floor tapi bila dia bagi quotation aku nampak macam mahal plak harga untuk pemasangan vinyl floor tu, jadi aku kensel buat vinyl floor kat beliau aku hanya buat plaster siling ja kat dia. Siling plaster ni seeloknya buat termasuk dengan wiring sebab akan jadi masalah dikemudian hari kalau kita upah wiring asing dan plaster siling asing sebab dah jadi kat jiran aku, wiring dia upah kat org lain yg ambik masa lama baru nak siap tapi tukang siling dah nak masuk buat alih2 dah tertangguh masa nak buat plaster siling tu. Siling plaster ni aku hanya buat dari ruang tamu sampai ruang dining sahaja dan aku tambah siap2 suis yang mana kita nak pasang, macam rumah aku, aku tambah siap2 suis dan plug untuk aircond di 3 bilik dan satu ruang tamu, tambahan plug di porch dan plug untuk pam air di luar.

Pemasangan Siling Plaster + wiring = Rm 9,700.00



13) CAT DAN CUCI RUMAH
Untuk cat ni kita buat selepas segala kerja2 pembinaan telah selesai. Aku upah kerja mengecat dan cuci satu rumah ni dekat mamat bangla yang dok buat mentenen kat taman aku ni sebab murah ja upah dia ambik dah bole jimat dah, cat2 bahagian lain dia guna cat dia sendiri cuma untuk bahagian ruang tamu dengan dining aku beli sendiri cat mintak tolong dia sapu ja. Gambaq bangla tu takdak jadi aku ganti dengan gambaq aku tengah cuci sebab muka aku pun dah nak iras2 bangla look dah kan hahahaha....

Upah cat dan cuci = Rm 600.00
Cat bah. ruang tamu dan dining = Rm 370.00 (15 Liter)



14) LANTAI VINYL & ARTIFICAL GRASS
Bagi pemasangan vinyl floor ni bagi aku adalah perkara yang terakhir kita buat selepas selesai extend bahagian, pasang siling plaster, cat, wiring elektrik, pasang kabinet dapur sebab sebelum kita pasang vinyl floor ni sebab kita kena cuci lantai bagi bersih dulu baru buat pemasangan. Untuk vinyl floor ni pun aku tanya banyak tukang selepas harga yg kontraktor siling plaster bagi tu agak kayangan jugak jadi aku survey beberapa tukang lain jadi kita dapatlah harga yang berpatutan dan terjangkau. Dimana vinyl floor ni aku pasang di ruangan bawah ja, sementara  artificial grass ni aku pasang di ruangan laundry dan juga hadapan porch aku.

Vinyl dan artificial grass = Rm 3,145.00



15) PENAPIS AIR (OUTDOOR ) DAN PAM AIR
Bagi kawasan perumahan aku ni tekanan air tu kadang2 slow sangat tambah2 untuk shower bilik air di tingkat 2 sebab kedudukan tangki yang kurang tinggi pada bilik menyebabkan graviti tu kurang. Jadi untuk menyelesaikan permasalahan ni aku pasang pam air termasuk penapis air (outdoor) di luar, dan di atas rumah aku mintak plumber buat paip bypass yang mana paip air di bilik2 air tingkat 2 semua direct terus dari paip bawah dan bukan  paip tangki yang mana aliran dia lagi laju sebab dah guna pam.

Pam Air Hitachi = Rm 640.00
Penapis Air (Outdoor) = Rm 250.00
Upah plumber = Rm 1000.00 (pasang,buat bypass dan plug punca kuasa pam)



16) AKSESORI BILIK AIR
Aksesori bilik air ni sebagai contoh rak shampoo, tuala hanger ngan shower aku beli kat kedai di Aloq Staq sebab murah, cuma cermin ja aku beli online sebab murah banyak berbanding di kedai. Upah pasang aku suruh budak2 wiring tu tolong pasang sebab aku failed sikit drill jubin ni sebab penah pecah masa aku drill kat rumah lama aku dulu.

Aksesori bilik air = Rm 488.00


17) KABINET ALUMINIUM KITCHEN KABINET WET DAN SLIDING DOOR
Untuk dapur basah ni aku cuma buat kabinet dalam ja memandangkan binaan luar dah termasuk dalam harga extend bahagian.Jadi untuk kabinet dalam ni aku guna material aluminium 3G  dan juga termasuk pemasangan pintu sliding antara ruang dining dan dapur kering jadi bila masak apa2 bole tutup pintu sliding tu dan bau masakan tak la merebak ke ruang-ruang lain di dalam rumah.

Kabinet Aluminium 3G + Sliding door = Rm 2,320.00



18) LORI SEWA PINDAH BARANG
Kalau kita sebelum ini menetap di mana2 dan ada perabot yang ingin dibawa ke rumah baru semestinya kita perlu sewa lori untuk menggangkat perabot2 tersebut. Memandangkan jarak rumah lama aku ke rumah baru ni tak jauh jadi tak la mahal sangat sewanya, aku ambik termasuk 2 org pekerja untuk menggangkat barang2 tersebut ke dalam lori dan juga di rumah baru nanti jadi tak la teruk sangat nak mengangkatnya. Aku ambik lori 1 tan ja sebab tak banyak perabot yg nak diangkat  memandangkan seminggu sebelum pindah tu aku dah berangkut banyak barang yg bole dimuat dalam keta aku jadi dah jimat trip dah di situ.

Lori sewa + 2 orang pekerja = Rm 240.00

Sebagai langkah2 penjimatan aku nasihatkan cubalah sebaik mungkin untuk kurangkan kos pada benda2 yang tak perlu dan masih elok digunakan sebagai contoh tukar pintu utama , pintu bilik atau pintu bilik air, kalau rasa pintu2 dalam rumah masih elok rasanya guna yang tu dahulu berbanding beli pintu yang mahal2. Tak perlu pasang siling plaster semua bahagian sebab pada pendapat aku kalau dah ruang siling tu dah elok tak payah dah bubuh siling plaster, pasang lampu yang build in ja simple, cantik dan jimat kos, yang orang bubuh siling plaster bagi rumah 2 tingkat ni sebab ruang bawah tu ada bin konkrit yang  nampak tak elok bila dipandang jadi kita kaver la dengan plaster siling, untuk ruangan lain tu tak perlu rasanya. Tak perlu pasang jubin tile di ruang2 yang jarang digunakan sebagai contoh stor, ruang stor ni tak perlu nak cantik sangat sebab bukan kita nak lepak dalam tu pun, letak rak utk susun barang2 dengan teratur dan pasang lampu sudah. Tapi kalau ada kos lebih tu nak pasang takdak masalah la, ikut pendapat dan bajet masing2 dan apa yang aku anggarkan ni adalah anggaran kasar, sebenarnya banyak lagi kos2 tambahan yang aku tak berapa nak ingat jadi kesimpulannya nak rumah idaman menyimpan la duit siap2. Jadi itu la serba sedikit bajet minimalis bagi aku untuk persediaan masuk rumah baru sebab tu aku tekankan di awal-awal post tentang simpanan sebelum masuk rumah baru kerana sememangnya segala kos renovate dan pemasangan aksesori2 memerlukan ongkos yang agak banyak jika kita ingin ubah kediaman kita menjadi rumahku syurgaku.