Jangan Clik

Sunday, March 15, 2020

Rumah Kedua

Alhamdulilllah setelah kesilapan aku haritu yg berjaya diperbetulkan dengan izin Allah aku berjaya mencari dan mendapatkan rumah di sekitar Kangar, yang dekat sikit dengan segala kemudahan dan selesa la untuk keluarga aku, sebab pada pendapat aku sebagai ibu bapa kitalah penentu keselesaan utk keluarga kita tak kisahlah dalam bentuk apapun, sediakan barang keperluan sekolah atau harian depa , rawatan kesihatan (aku ambik insuran kesihatan utk semua ahli keluarga aku jd dapatlah depa layanan kesihatan yg selesa sikit dekat hospital swasta), keperluan tusyen depa (sbb aku dulu tak penah pi kelas tusyen swasta sbb keluarga aku tak mampu) dan tempat menginap yg selesa utk anak2 aku membesar. Kalau ikut niat aku tu, aku nak buat rumah atas tanah lot yg aku beli dalam kg kat Beseri tu, tapi bila lama2 duduk taman ni aku rasa selesa plak bila pikir bab pengurusan sisa pepejal @ sampah ni, klu kat taman ni kita buang sampah dalam tong yg disediakan depan rumah dan lori pembersihan akan kutip 2 kali seminggu termasuk sampah2 besar lain cam perabot rosak, ranting pokok dan lain2, bila nak buat rumah kat tanah lot dalam kg ni, pengurusan sampah tak macam di taman la, kalau segan nak bawak keluar sampah pi buang kat tong sampah besar di jalan utama, alternatif lain adalah kita korek lubang sampah belakang rumah dan bakar la sampah2 kita tu, tapi lama2 lubang sampah tu akan membukit dan bau still ada jd bab kebersihan tu kureng la sikit, kes tu yg aku ambik keputusan beli rumah taman jugak tu senang dan mudah bila menguruskan hal ehwal sampah ni takyah penin kepala dah.

Walaupun tindakan beli rumah kat Padang Besar tu macam merugikan tapi aku tak menyesal pun dengan tindakan tersebut sebab ni bukan kali pertama aku cuba beli rumah yg jaraknya jauh dari Bandar Kangar, sebelum ni pun aku ada daftar dgan pemaju dimana aku tempah nak beli rumah di Pekan Pauh yg jarak dia pun lebih kurang jauh mcm Padang Besar, tapi pada masa tu bukan jarak yg jadi ukuran, tapi Harga, sebab rumah2 yg terletak di luar kawasan  Kangar ni harga dia murah sikit la, tapi bila lama2 , dan anak2 pun makin membesar serta sibuk dengan segala aktiviti persekolahan jadi pemilihan rumah berdasarkan jarak sudah menjadi amat penting bg kami.( itu pendapat kami la, masing2 ada pendapat masing2). Rumah di Kangar ni rasanya akan aku all out buat renovation dan deko sebab rasanya dah cukup kot harta2 sepencarian aku dan wife (buat masa ni la) untuk diwariskan pada 3 orang anak2 lelaki aku. Rumah teres setingkat kat Kangar (rumah yg aku duduk la ni), tanah Lot rumah di Beseri (pun dalam cadangan nak buat rumah atas tanah ni)dan yg terkini rumah teres dua tingkat ni, dapat la sorang satu harta2 yg aku dan ibu depa cari (ni tak termasuk lagi harta pusaka tinggalan orang tua). Ada yg tanya aku kenapa beli rumah 2 tingkat, takut tua2 nti sakit lutut tak larat nak naik tangga, aku kata kalau tua2 nti tak larat aku duduk la kat bilik bawah apa susah hahahaha.. Niat aku nak memiliki rumah 2 tingkat ni mula terdetik bila ada memba opis aku mintak tolong basuh rumah 2 tingkat yg dia baru beli, aku tengok tingkat bawah rumah dia luas betoi, ya la sbb bilik kebanyakannya kat tingkat atas jd memandangkan famili sebelah wife aku agak besar jd selesa sikit la bila depa mai berkunjung, lagi satu bila beli rumah 2 tingkat ni ada privacy la sikit maklumla aku kan gamer merangkap collector mainan jd ada la ruang privacy yg selamat utk letak game dan mainan kat tingkat atas yg mana tetamu hanya lepak takat tingkat bawah ja, jd tingkat atas tu bole la aku buat ruang leisure famili ngan ruang bilik peribadi aku.

 Aku beli rumah pertama aku pada tahun 2007 pada umur aku 25 tahun, punca aku beli rumah dulu adalah disebabkan kesan pengalaman keluarga aku yang pernah dihalau oleh tuan rumah klu tak salah aku kejadian tu berlaku pada umoq aku 10 taun, apabila anak lelaki tuan rumah mai bagi kata dua kat mak aku untuk keluaq cari rumah sewa lain hanya disebabkan mak aku ni berkawan baik dengan menantunya yg mempunyai hubungan dingin dengannya, aku masih ingat lagi abah aku yg masih penat balik memukat ikan dari laut pada malam hari, berkeringat dan belum sempat menarik nafas rehat terus bergegas mencari rumah2 sewa di kaw. berdekatan dan dgan bantuan kawannya dapat jugak cari rumah mlm tu jugak wpun kedudukan dia agak jauh dari Tg. Dawai, start dari insiden tu jugak abah aku berusaha menyiapkan rumah di Perlis sbb abah aku tiada harta hanya sekeping tanah harta peninggalan arwah tokwan sebelah mak aku ja yg ada di Perlis, habis bergolok gadai dan meminjam wang serata keliling dari saudara mara dan kenalan utk menyiapkan rumah kecil berbentuk kotak (masih ada, cuma dah tak berbentuk kotak sebab dah banyak yg dah direnovate oleh org tua aku) dan disebabkan kes itulah abah aku penah berpesan, kecik2 dan seburuk2 manapun rumah milik kita, ia tetap rumah kita, takkan sapa berani halau kita dari rumah milik kita sendiri, dari situlah aku pendam tekad benda pertama yg akan aku beli bila aku bekerjaya kelak adalah 'Rumah', dan aku berjaya gapai impian aku tu pada umoq aku 25 tahun, bak kata org tua2 la "Ayaq banyak ,ikan tak mati, rumah banyak, kita tak rugi".

Rumah lama memang aku buat deko dan reno sikit2 ja sebab mmg dah termasuk dalam list perancangan aku nak cari rumah sebiji lagi yg lebih selesa untuk menetap sebelum kembali pada rumah yg abadi iaitu di liang lahad. Sebenaqnya angan2 dan cita2 aku ni nak beli harta lebih dari satu ni dah terpacul dalam otak aku dari zaman sekolah menengah lagi, bila aku tengok memba aku yang mak dan ayah dia keja pensyarah, beli kat 3 orang adik beradik depa sorang satu rumah, jadi kalau depa besaq esok tak gaduh dah beli rumah sebab dah ada rumah yg org tua depa beli, kalau keja kat negeri lain pun depa akan dapat side income kalau sewakan rumah tu, jadi terwujudlah teori yang miskin bertambah miskin yg kaya bertambah kaya. ehhh...apa kena mengena teori ni plak? ok sini aku huraikan sebab benda tu pun  berkait rapat dengan plot hidup aku jugak, macam ni, anak seorang org miskin atau sederhana apabila mendapat pekerjaan dan gaji akan terpaksa berhemat disebabkan potongan gaji yang banyak dibuat untuk membeli keperluan dan tanggungjawab lain sebagai contoh potongan loan rumah, loan keta, loan ptptn, duit belanja utk mak ayah, duit tanggungan utk adik beradik dan lain-lain  sbb org tua yg keja kampung pendapatan dia tak tetap macam yg makan gaji . Bagi keluarga yg kaya atau berpendapatan tinggi dan tetap cam famili kawan aku tu, dia bertambah senang sebab dia tak gaduh nak potong gaji banyak sangat sebab rumah dah ada mak ayah beli, keta pun mak ayah bagi, duit wang belanja pun kalau ada depa bagi kalau takdak pun mak ayah depa ok sebab duit pencen pun dah tinggi sebab berjawatan pensyarah, kalau depa cerdik depa beli sebijik lagi rumah dan buat sewa utk tambahkan pendapatan dan dapat meneruskan kehidupan yg senang tersebut bersama famili dan anak2...tengok ini yg aku kata yg miskin bertambah miskin sebab banyak tanggungjawab yg memerlukan wang ringgit untuk ditunaikan dan yg kaya bertambah kaya sebab harta2 yg ditinggalkan mak ayah depa dapat mengurangkan beban kewangan mereka disamping mampu menjana kembali pendapatan untuk depa, dan dengan angan2 itulah aku kalau bole nak lihat generasi keluarga aku yg seterusnya menjadi semakin senang supaya hidup depa tak sesusah masa zaman aku dan wife aku dulu dari kehidupan sederhana anak seorang petani dan nelayan.(Tapi semua ni bergantung dengan keizinan Allah Taala juga sebab kita hanya mampu merancang namun Allah jua yg menentukan) aku hanya sediakan platform sahaja untuk anak2 aku, dan depa la yg akan merealisasikan ikut acuan masing2 susur galur perjalanan untuk generasi yang seterusnya InsyaAllah..sebab pada pandangan aku, aku takmau kemiskinan aku dulu diwarisi oleh anak2 aku pulak sebab tu aku bekerja keras demi kesenangan depa sebab di era meterialisasi ni kemiskinan boleh diwarisi ke generasi berikutnya tak kisahla kemiskinan dari segi wang ringgit/harta, ilmu ataupun ilmu akhirat dan pada pendapat aku medium yg bole mengubah status hidup org tersebut adalah ilmu,usaha dan rezeki dari Allah dan dengan alasan tersebutlah org tua kami dulu bersungguh menghantar anak2 belajar mencari ilmu sebab mereka penah berpesan bahawa mereka hanya ada secubit ja harta dunia dan satu satunya harta paling bernilai yg mampu mereka warisi adalah dengan menyediakan landasan utk anak2 dalam mencari ilmu kerana itulah satu-satunya medium yg mampu mengubah hidup kita menjadi yang terbaik di kalangan marhein.. Dan perpindahan famili aku terutamanya aku dari sekolah kg di Singkir (singkiaq) Kedah ke sekolah dalam bandar di Kangar banyak membuka minda dan mata aku, sebab majoriti kawan2 sekolah aku semua mak ayah depa dari kalangan penjawat awam dan swasta bergaji besar dan tetap, berbeza ngan aku yg abah aku hanya keja nelayan yg pendapatan tidak menentu, aku hanya dibekalkan duit Rm 2.00 ja sehari berbanding rakan2 lain yg mak ayah depa bagi Rm 50.00 seminggu, tu pun Rm 1 ja aku guna lagi Rm 1.00 aku simpan sbb nak beli komik yg berharga Rm 3.00 pada setiap hujung minggu, kawan2 aku tak heran la sebab mak ayah bg duit belanja banyak, macam2 jenis komik depa boleh beli, aku hanya mampu beli satu judul komik ja, sebab tu bila aku dah bekerja aku kumpul balik komik2 yg tak mampu aku beli dulu.Bab harta benda takleh banding la ngan depa, kompom dapat Lesen P ja memba2 aku semua bwak keluaq moto baru, aku hanya mampu pebaik moto lama abah aku ja, tu pun kadang2 naik,kadang2 tak sbb duit nak boh minyak takdak, banyak naik gerek ja pi sekolah. Aku berjaya beli moto impian aku pun selepas berhempas pulas simpan sikit2 duit PTPTN masa mengaji kat UITM dulu, tu pun nak masuk taun ke 2 baru bole beli, tapi erti nilai sesuatu benda yg kita susah payah nak memilikinya mmg tak ternilai dgan jerit perih pengorbanan bg anak golongan sederhana berbanding dari keluarga org berada, yang nak apa semua dapat, dan sebab itulah kalau kita tgok pasai apa collectors2 ni terdiri dari org2 yg berumur sebab depa dulu tak mampu beli barang2 yg dihajati disebabkan kewangan terhad sbb itulah depa beli balik kenangan masa kecik2 dulu bila dah ada duit sendiri.Sebab itu aku sedaya upaya tak mau anak2 aku merasai pengalaman kesusahan hidup aku dulu  yg banyak keinginan tersekat disebabkan sumber kewangan terhad, tapi tak semua la keinginan anak2 aku penuhi cuma aku kontrol ja apa yg depa nak sbb bila susah sesuatu benda yg kita hajati tu nak dapat baru depa akan hargai  benda tu, tapi wpun keluarga aku susah dari segi wang ringgit, jasa dan pengorbanan org tua aku dlm membesarkan kami mmg tak terbalas dengan kasih sayang yg dicurahkan pada aku serta adik beradik lain dan dari depa la aku kenal erti hidup .

Lagi satu bab harta  ni pasaipa aku dan wife cari sendiri harta sepencarian ni sebab aku nak lari dari tipikal org Melayu lama, yg penah aku dengaq dan merasai apabila banyak harta2 tanah pusaka yg digadaikan dan dijual untuk meneruskan kelangsungan hidup, sepatutnya kita sebagai generasi baru kita tambahkan harta2 tersebut, bukan hilangkannya dalam sekelip mata, bukan senang ooo org tua2 dulu nak buleh harta pusaka, kena memugaq, lawan ngan rimau gajah baru nak boleh tanah tapi kita yg dapat melalui warisan ni senang2 ja jual.Mesti ada org kata ang takpa la ada keja gaji ok bole la sembang beli semua, kami yg pendapatan yg tak menentu mana nak cari duit banyak2 beli harta.Sebenaqnya semua tu bole dicapai kalau kita pandai menguruskan kewangan kita, hidup ni kena ada cita2 dan perancangan, baru la teratur life kita. Dan paling penting Perancangan Kewangan kita, banyak trend siswazah bekerjaya aku tgok la ni bila dapat gaji pertama ja benda pertama depa beli adalah keta baru, tambah2 lagi keta berjenama dri luaq negara yg ofkos harganya sedikit zionis, tak kisahla tu duit masing2 cuma aku nak ingatkan kat sini, harga hartanah atau rumah makin meningkat dari hari ke hari, klu tak grab awai2 takut menyesai di kemudian hari klu kna bayaq loan mahai sebab bayaran insuran loan rumah dia ikut peringkat umur kita, keta ni turun harga dari hari ke hari, anytime ble beli, tapi tu la ramai yg terjebak dgan trend masa kini yg mana kejayaan seseorang tu diukur dengan material apa yg kita mampu beli, klu beli rumah bukan ble bawak merata2, beli keta bole bawak rata2 dan org nampak, tp tu pilihan masing2,aku dulu pun buat perancangan beli rumah dulu tumpang harga rumah tak tinggi masa tu dan umur muda jd insuran murah, yg kedua baru beli keta, tu pun keta berjenama tempatan yg dah 3 kali bertukaq tuan, tapi itulah klu dari kalangan org senang tu takpala, klu org susah cam aku ni terpaksa la buat planning klu tidak ke laut nanti jadinya.Lagi satu bab harta pusaka ni aku sebenarnya cuba untuk mengelakkan konflik dalaman keluarga yg banyak dah terjadi kes adik beradik berantakan sebab berebut harta pusaka, jadi bila kita dah ada harta sendiri ni, harta pusaka tu dah jadi bonus utk kita, banyak mana yg org tua nak bagi, kat mana pun tak kisah sebab kita dah ada harta sendiri, yg dok jadi bertelingkah ni sebab bila kita takdak apa, tanah yang sekangkang kucin pun pakat dok berebut mintak hak masing2 haaa...mulalah dok atoq tanah bendang ni kita nak, tanah tu takmau, pastu pakat habih bermasam muka. Aku penah pesan kat wife aku kalau ada harta pusaka atau takdak harta pusaka yg diwariskan pada kita biaq pi lah, tak timbul masalah pun, harta yg kita cari pun dah cukup, yg penting hubungan kekeluargaan tak putus, sebab banyak dah kes terjadi keretakan hubungan kekeluargaan hanya disebabkan hal ehwal harta pusaka sebab masing2 dok berebut hak masing2, aku ambik pendekatan mudah ngan wife, org bagi kita ambik, org tak bagi pun tadak masalah, jangan jadi hamba harta sebab hubungan silaturahim kekeluargaan adalah lebih bernilai dari harta benda dan takdak dijual di pasaraya.

Maaf lah kalau panjang sikit penulisan ni maklumlah dulu ambik Diploma Penulisan hahaha... lega la sikit la ni tak gaduh pikir kalau kna outstation ke putrajaya bila balik sampai sini pukoi 1-2 pagi tak gaduh pikiaq nak cacak balik jauh2 ke pdg besaq dah hahaha..bukan apa rasanya penting jugak untuk kita share serba sikit pengalaman hidup aku yang tak seberapa ni untuk dijadikan panduan buat para pembaca di luar sana, yang mana elok kita ambik, yang mana keruh kita buang ke tepi sebab perjalanan hidup kita umpama enjin keretapi ada masanya kita masuk terowong yang gelap tapi sampai satu masa kita akan sampai jugak luar terowong yang cerah, tenang dan abadi cuma cara dan jarak masa tu hanya Allah swt sahaja yg mengetahuinya