Jangan Clik

Monday, August 17, 2009

Kejohanan Futsal Jabatan

Hari Sabtu aritu kami, warga Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Perlis ada menyertai Kejohanan Futsal Anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertempat di Thadza Futsal Centre (dekat dengan Satdium Utama Negeri Kangar, Perlih). Ada 7 pasukan menyertainya, 1 dari Ibu Pejabat Bomba Perlis iaitu pasukan kami yang segak-segak, tampan bergaya seperti gambaq di atas, 3 pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat kangar, 2 Pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat Padang Besar dan 1 pasukan dari balai Bomba & Penyelamat Arau. Target utama pasukan kami cuma nak sampai semi final ja alih2 rezeki kami buleh masuk final, kira ok la w'pun yg main semua cakkoliaq ja. Gambar pemain pasukan Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Perlih di atas berdiri dari kiri, aku (kaka), Abu Hassan (Alexender Freeman) penjaring ke 2 terbanyak kejohanan, Bakar (Peter Shecmichel) pemain veteran terbaik kejohanan, Eshuhaidy (Bernard Thcutang), Abd Razak (Baichung Bhuttia) pemenang kasut emas dengan jaringan kejohanan terbanyak, duduk dari kiri Man (bernard huggin), Asmadi (Arjen Robben versi Nepal) dan Fauzi (Fabio Flor).
Ni sesi bergambar sebelum sepak mula perlawanan akhir bermula antara pasukan Ibu Pejabat Bomba Perlih vs Pasukan Harimau Utara (Balai Bomba Kangaq), pasukan kami tewas tipis dengan jaringan 2 berbalas 1. Naib juara pun kira oklah sebab ramai player kami injured maklumla lutut memasing dah bloiii...

Thursday, August 13, 2009

Anak Babah

Anak babah dah buleh duk dalam walker, cuma tak berapa reti nak bergerak-gerak terlalu aktif lagi cuma gerak mcm ketam, jalan ikut tepi wahwahwah.. tok dia saja letak dia dalam walker kot2 dia mau duk. Bila duk dalam walker dia sronok plak, biaq dia main dalam tu la..
Dok dalam walker senang skit keja babah, tak payah usung anak babah ni merata, sebab anak babah ni berat sangat abih lenguh otot babah yang sasa ni, letak dalam walker senang, jalan sendiri nak pi mana pun, dalam umah la, kat luaq ibu marah nti. Walker kaler pink tu sebenaqnya kak sepupu dia punya, kak sepupu dia la ni dah buleh berlari dah, tak guna la walker ni, nti babah cat walker ni kaler silver metalik no, baru ganaih sikit... yang kat belakang tu, tok dia tengah melandingkan diri tatkala cucunya ralit bermesra-mesraan ngan walker pinknya... sambil mimpi bila la padi nak ambik ni... .bahakbahakbahakbahak...

Wednesday, August 12, 2009

Singgah Rasa Di Pizza Hut

Try makan sambil beriadah dekat restoran pizza hut yang baru dibukak di Alor Star, Kedai ni kembaq dengan Kentuki Pred Chiken, biasa la dua jenama di bawah satu bumbung syarikat.
Dulu asal bangunan ni, panggung wayang metrowealth. panggung kurang laku kot, tu yang ubahsuai buat restoran fast food ni, ruang makan besaq, tempat parking pun luas, terletak dkat tengah2 bandar kira pot sesuai la utk aktiviti yg sungguh murni iaitu makan-makan. Anak aku bukan mau duduk sgat kerja nak suruh bawak jalan ja, mungkin sebab takleh makan lg, jeles tgok mak bapak dia makan, aku letak dia dekat playground, sengap, seronok tgok bebudak lain main, dia geram kot jauh ja sebab takleh jalan sendiri lagi. Tgulah dia buleh jalan nti, jenuh aku kena kepung....

Tuesday, August 11, 2009

Reunion kecik

Pertemuan dengan Semey bole dikatakan reunion kecik la jugok sebab kami bertiga ex student fakulti suatu maso dulu. Sori lambat upload sebab opis aku la ni tgah di ubahsuai, perbesaq sikit, banyak line internet dan wayar lain kena ubah.Maso ambik gambaq ni bateri kamera aku habih, hampaih nyok sungguh, dan tangkap 2 keping ja, ok la daripada takdak. Aku ambik man kat hotel seri m'sia aloq staq lpas tu bawak dia bernongkrong dan makan-makan kat restoran Macam-macam Rasa, dekat ja ngan hotel man dok. Tengok gambaq ataih abih lincin kami bertiga sapu, last sekali anak aku sapu nenen dia la sebab geram takleh mkn lg.
Man macam biasa masih koya srupo bas (ayat trademark man) , lepas abih ngaji man la yang selalu aku jumpa selain awin, siti mazura dan ita sebab depa org sini yang lain2 tu aku jumpa Wan sue kat giant seksyen 13, dia keja kat boost pakaian, Marziah @ kak lang jumpa kat Komtar Penang masa aku ada mesyuarat HRMIS kat sana, Hafiz @ jin masa dia mai jumpa Menteri Besaq Perlis sebab ada urusan tempat dia keja, jumpa sat ja sebab dia ada keja lain plak kat Sg. Petani, Ali chini aku jumpa masa kursus kat Tekam Plantation Resort kat Jerantut Pahang, kebetulan dia pun berkursus kat situ. Itu ja la geng2 fakulti dulu yg aku penah jumpa, yg lain2 hanya bertanya khabar melalui laman sesawang, laman sembang dan di talian ja sebab faktor tempat yang jauh. Masuk kali ni dah 3 kali aku jumpa man, first kat Kola Perlih, sembang sampai pukoi 4 pagi, yg kedua jumpa man ngan anep ngiring sblm depa pi shooting kat Langkawi dan ni la yg terbaru tu pun sat ja sebab aku bawak anak kecik, takleh balik lewat sangat, kesian dia nak tidoq. InsyaALLAH geng2 yang lain ada masa lagi kita jumpa la lain, Malaysia bukan besaq mana , pusing-pusing jumpa la jugak kalu dah ataih ketentuanNYA.