Jangan Clik

Wednesday, February 29, 2012

Bercuti ke Hatyai, Thailand

Pada hujung minggu aritu opis aku ada buat lawatan ke Bandar Hatyai, Thailand. Aku pi bujang ja sebab anak no 2 aku tu kecik lg kesian nak usung kesana sini. (Ada can aku nak berpoya2 pppfffttt.... sambil tangan di bahu dan mata pandang atas).

Sebelum pi sana kna la tukaq ringgit ke baht dulu, aku tukaq rm 400 dapat la 4000 baht.....wahhhh jd ribuan aku thihihi. Kat Perlih ni klu nak tukaq matawang ringgit kat pekan Padang Besar dgan pekan kaki bukit boleh kata semua kedai runcit bleh tukaq, aku tukaq kat Kola Perlih bersebelahan dgan Samudera Curry House. Dekat Hatyai ada jugak peniaga ambik duit RM tapi ada yg tak ambik, senang crita baik tukaq tak payah penin2.


Kami masuk melalui Bukit Kayu Hitam, semua pakat guna Border Pas. Bg kakitangan kerajaan seeloknya dapatkan dulu kebenaran ke luar negara waima ke Pekan Danok sekalipun, ramai yg ambik mudah benda ni, tapi klu tak jadi apa2 takpala, klu jd apa2, mati ka kat sana masalah nak buat bayaran pencen dan sebagainya klu takdak kebenaran keluar negara nih.(Nasihat ikhlas dari kerani Bahagian Sumber Manusia)

Di border kita ada terpampang barangan yg tak boleh di bawa masuk ke Malaysia spt mangga atau mempelam, klu mangga kunci boleh. Lain-lain barangan yg tak boleh dibawa masuk ke negara kita spt bahan atau barang lucah (belah Thailand mmg bercambah benda nih dan dijual di tepi2 jalan ja), pokok2 bunga atau pokok buah, haiwan ternakan, pistol atau senapang tembak cicak (tak kira la yg pakai tarik atau yg pakai gas), beras dlm kuantiti yg banyak, peralatan elektrik sebab brg elektrik belah Siam penggunaan Watt dia tak sama dengan kuantiti penggunaan Watt peralatan letrik kita dan takdak pelekat SIRIM. Lagi satu yg dilarang bawak masuk ialah ayam Siam atau lebih dikenali pompuan siam, hhaaaa..mmg tak dibenarkan. Mengenai barang2 yg boleh dan tak boleh di bawa masuk ke negara kita ni mmg penting utk para pelancong ambik berat sebab nti rugi klu barangan tersebut dirampas pihak Kastam.

Sebelum melangkah lebih jauh ke dalam negara Thailand kita kna turun utk cop border pass sebelah Thailand plak di Pekan Danok.

Memandangkan ari kami pi ari cuti maka ramai la sikit org yg beratoq nak masuk Thailand, di sini sorang kna huloq rm 1 setiap border pass tak mcm di Imigresen Malaysia yg free, kat Thailand kna bg pengeras baru depa cop (bayangkan klu beribu masuk Thailand sehari, kayo pakcik).SPRM mmg takleh kacau sebab bukan dalam kawasan Malaysia. Walaupun aku nih dilahirkan dan dibesarkan di Perlih, negeri yg berjiran dgan Thailand, sepanjang 30 taun hidup, tak penah aku pi ke Hatyai, yg aku penah pi hanya pekan di persempadanan shj spt Danok dan Padang Basar belah Thailand. Terasa malu plak bila kawan2 aku dri jauh penah sampai ke Hatyai, pastu masa dkat border Thailand aku jumpa pelancong bangsa India Malaysia dri Klang selalu pi sana, depa pi sana bukan saja melancong tapi depa pi semayang kat kuil sana. Ada jugak aku jumpa pelancong dri Indonesia dan beberapa pelajar UUM dari Indonesia ke sana. Bukan tak teringin nak pi tapi takdak org bawak, seghiau jugak nak pi negara org ni, dah la tak tau jalan, nak cakap Siam pun tak reti, yg tau sawadeekap , kin aroi ngan kedho keng.

Pekan Danok merupakan pekan terakhir yg kita boleh buat call ke Malaysia, apabila melepasi pekan nih, dah tak dapat dah talian telefon. Klu kita nak guna jugak talian telefon kna la buat roaming ataupun beli sim kad Thailand dan utk para rombongan klu nak jimat, bwak walkie talkie utk memudahkan perhubungan

Kami di bawa ke Hatyai dipandu oleh pemandu pelancong dari Thailand yg fasih berbahasa Melayu dan bahasa Thai iaitu Pak Man atau nama penuhnya Abdul Rahman dan klu nama Thailandnya ialah Doraeme, bukan adik beradik Doraemon ya. Bg sesuatu rombongan penggunaan pemandu pelancong mmg diharuskan bukan sahaja sebagai penunjuk arah malah keterbatasan bahasa membuatkan pemandu pelancong wajib diambil samada melayan karenah polis Thailand atau sebarang permasalahan yg timbul atau berlaku kes2 kecemasan, pengalaman mereka amat ditagih. Antara yg dikongsi Pak man adalah bila aku tanya mengenai keselamatan di Hatyai memandangkan kita semua tau pergolakan yg sering melanda wilayah selatan Thailand antara penduduk Islam dan pihak berkuasa Thailand. Pak Man memberitahu bahawa di Hatyai atau wilayah Songkhla amnya keselamatan mmg terjamin dan pergolakan yg selalu menghiasi dada2 akhbar kita kebanyakan berlaku di wilayah Narathiwat, Yala atau Pattani. Dan punca semua ini terjadi biaq kami dgan Pak Man saja yg ketahui dan kita semua tak kira bangsa sepatutnya bersyukur atas layanan adil kerajaan kita yg mengamalkan kebebasan beragama utk semua kaum dan boleh mengekalkan kebudayaan serta pegangan kaum masing2. Kerana barah pergolakan yg terjadi di Wilayah Thailand yg lahir dri perasaan tidak puas hati dan sering ditindas amat sukar diubati.

Sebaik melepasi pekan Sadao kami dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yg baru terjadi, dan mayat wanita yg maut masih berada di atas jalan. Kami meneruskan perjalanan tanpa membiarkan insiden tu menganggu lawatan murni kami nih. Dalam perjalan kita akan melalui ladang getah di kiri kanan jalan. Walaupun Thailand terkenal dgan berasnya yg berkualiti dan merupakan pengeksport beras terbesar di dunia, kawasan bendang padi hanya boleh dilihat di kawasan Patthalung. Sudah kita sedia maklum bahawa negara kita mmg ketinggalan berbanding Thailand dlm bidang pertanian di mana sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga terbesar ekonomi Thailand selain pelacuran ehhh silap plak pelancongan dan perniagaan. Thailand pernah membuat sistem barter dengan menukar 16 tan buah mata kucing dengan 10 buah kereta perisai dari China.

Papan iklan kat sini pun ada menunjukkan sifat multi racial antara penduduk Islam dan Buddha. Sepanjang perjalan Pak Man ada mengajar beberapa patah perkataan bahasa Melayu yg tak boleh digunakan di Hatyai seperti 'air suam' kerana perkataan 'suam' tu bermaksud 'tandas' dalam bahasa Siam. Klu nak minum ayaq suam mintak saja ayaq panas. Lagi satu perkataan 'minum' sebab suku kata 'num' membawa maksud 'tetek' dlm bahasa siam. Antara perkataan bahasa Siam yg perlu kita ketahui adalah 'thaorai' yg bermaksud berapa harga (mmg semua ambik tau sebab senang masa nak membeli belah nanti), pheng cang = mahal, loot noi= kurang sikit, dim nam = minum ayaq. Tapi bg aku elok kita guna bahasa Ingeris ja sebab aku penah guna bahasa Siam tu, bila aku tanya peniaga tu berapa harga yakni 'thaorai' dia balaih balik dlm bahasa Siam perkataan apa tah aku pun tak paham, alih2 tanya dlm bahasa Inggeris la huhuhu... tapi semua jgan risau kebanyakan peniaga di sini masih boleh berbahasa Melayu atau Inggeris sikit2.

Patung Buddha besaq mcm ni mmg banyak terdapat di sini.

Pekan Hatyai hanya terletak 62 km dri Pekan Danok atau lebih kurang sejam perjalanan. Bandar Hatyai merupakan bandar terbesar dalam wilayah Songkhla dan merupakan bandar terbesar di selatan Thailand juga no 3 di negara Thailand. Majoriti penduduk di sini 80 % merupakan orang Melayu Islam tapi sayang hanya beberapa kerat ja yg boleh berbahasa Melayu, yg depa tau hanya menggunakan bahasa Siam dan org Melayu yg fasih berbahasa Melayu kebanyakan dari wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani yg menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan.

Walaupun depa maju dri segi pelancongan dan pertanian tapi dari segi lain ada kurangnya, kamera aku sempat menembak wayar2 elektrik yg agak berselirat dan tak terurus, nampak mcm bahaya klu terjadi lintar pintas. Seb baik negara kita ada TNB yg memberikan bukan saja perkhidmatan terbaik tapi sistem sambungan elektrik yg kemas dan terjamin keselamatannya. (Errr...kot2 ada pihak TNB baca ble la kot kurang sikit bil elektrik saya thihihihi)

Dekat Thailand kebanyakan rumah mmg memilik parabola iaitu alat utk mendapat siaran yg berbagai jenis dengan percuma. (Parabola diharamkan di negara kita tapi para penonton bola bole menonton drama Jepun Para para Sakura, merepek plak dah aku nih). Para bola boleh dapat kat sini dri rega rm 128.00 hingga mencecah rm 500.00. dan merupakan salah satu barangan yg dilarang bwak masuk ke Malaysia.

Berenti sat dekat Stesen Bas Hatyai utk urusan dokumen bas yg kami naiki.


Singahan pertama kami di Kedai Madu Hatyai yg menjual produk diraja Thailand, di mana madu lebah di sini spesel skit sebab madunya dihasilkan oleh lebah yg mengambil nektar atau gula dari bunga pokok Popi. Yaaa...pokok Popi yg org dok buat ganja dari getah dia tuh, tapi madu nih boleh makan sebab dia bukan mengkhayalkan dan khasiat bunga dri pokok popi mmg tinggi. Raja Thailand mmg mengharamkan rakyatnya tanam pokok popi tapi dia ada ladang berpuluh hektar utk hasilkan madu lebah nih di utara Thailand. Aku beli satu yg saiz sederhana utk anak aku, harganya dlm rm 75.00.

Di Nora Plaza , kedai yg menjual beraneka barangan kulit dari beg, kasut, topi , tali pinggang dan bermacam lagi dengan memberi diskaun 20% kepada setiap pembelinya dan kebanyakan barangan kulit nih dihasilkan dari kulit lembu, kambing dan ikan pari. Di sini jugak turut dijual cenderamata dan nasihat aku tak payah la beli souvenier kat sini sebab reganya mahal berbanding dekat pasar di pekan Hatyai.

Ketika di tandas Nora Plaza utk membuang ayaq kecik atau bahasa lembutnya meruah, aku terkejut pabila terlihat kelibat ketoi aih dalam tempat kencin, lalu berbagai andaian berlegar di minda aku apa motip depa boh ketoi aih ni, nak bg helmet Jerman nih rasa nyaman ka ataupun ada bulu ketiak di sebalik ketiak, musykil aku. Lantas aku bertanya kat pekerja situ yg tanpa ragu2 mengatakan ketoi aih tu diletakkan di situ utk menyerap bau hancing supaya tak merebak ke tempat lain tambahan klu ayaq kencin tu mengandungi perasa dri jering, petai atau buah genok.

Bab makanan di Bandar Hatyai, ampa semua tak payah risau, bercambah makanan halal boleh didapati kat sini. Dan aku pekena nasi beriani yg ayamnya masih panas2. Malam sikit bru la pekena tomyam superb belah Thailand yg depa kata berlainan dri Malaysia.


Antara pengangkutan awam yg poplar kat sini adalah Tuk..Tuk...Lori kecik nih klu kat M;sia org buat jual ikan ja, kat sini depa ble muat 6,7 org, power betoi enjin dia. Tambang pun tak mahai dlm rm 2.00 mana2 destinasi dlm bandar Hatyai. Bg yg nak naik teksi, sini ada juga disediakan dan teksi2 depa semua kereta import dari Toyota Vios, Honda Accord, Honda Civiv dan Nissan Sentra, dari segi bayaran tak berapa pasti la plak. Kat bandar Hatyai nih bercambah kereta dari M;sia, hujung minggu katakan mai shopping kot.

Kami menginap di Hatyai Central Hotel yg terletak di tengah2 bandar Hatyai dgan kadar berpatutan rm 110.00 semalam. Kat sini berbagai hotel ada, murah2 plak tu, ada Hotel May Flower, Novotel,Golden Crown, Sakura dan utk para bujang hotel Pink Lady mmg sesuai.


Kunci bilik, selalu yg aku jumpa hotel bg kad plastik tapi sini bg kad besi dan cucuk kat tombol pintu.

Ruang biliknya agak selesa dilengkapi penghawa dingin , peti ais, tv yg siarannya tak berapa sesuai utk kanak2 sebab tiada tapisan dan perkhidmatan internet hanya di lobby hotel. Persetankan model yg dok buat gaya Dubuk Laut tu.

Dlam peti ais disediakan ayaq yg halal dan tak halal, klu nak minum pihak hotel akan caj rm 2.oo satu tin. Nasihat aku elok la beli ayaq kat luaq sebab ayaq nih dah bercampoq sekali ngan ayaq kencin setan tu.

Yang free kat sini hanyalah ayaq mineral yg disediakan di ataih meja, boleh minum sampai habih tapi takleh bawak balik botoi dia. Nak minum pun was2 sebab ayaq mineral dia cap Chang gajah berlaga, yg aku tau jenama Chang ni selain menjadi penaja jersi Team bola Everton dia juga merupakan pengeluar minuman arak.

Pemandangan bandar Hatyai dari view tingkap bilik aku, bandar dia agak besaq lebih kurang bandar Georgetown Pulau Pinang.

Bagi readerholic jgan risau sokkabaq dri Malaysia ada jual kat sini macam Harian Metro, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Haaa..kat sini jugak aku nak cerita pasai pengalaman yg tak berapa nak best,ramai peserta rombongan termasuk aku dikelepet mamat Siam penjual Sokkabaq durjana. Aku dikelepet RM 15.00 apabila ku beli Harian Metro kat dia dan ada yg kna Rm 25.00, Rm 28.00 dan ada yg sampai kna RM 34.00. Taktik dia mudah ja, dia akan mendekati kita sambil bwak sokkabaq dan apabila kita nak bayaq dia akan suruh kita bayaq duit besaq sebab suruh tukaq katanya pastu dia akan bg tak cukup, memandangkan nilai matawang baht berlainan dr Ringgit jd otak ni lambat dok kira baki duit tu, haaaa...masa ni la dia blah naik moto kalut2, bila sedaq2 dah kna kelepet. Gilo harga sokkabaq sampai RM 15.00, kna boh dlm frame la jawabnya. Nasihat aku klu ampa pi Hatyai dan dihampiri para penjual sokkabaq ni cara dia mudah saja, tak payah beli, senang, itu ja cara kita tak dikelepet parasit nih. Ampa jaga, aku dendam tipu duit aku, klu dak duit tu ble la buat pi massage ka apa ka uuppsss....terkantoi sudaaa...

Antara tempat2 menarik di Bandar Hatyai nih selain tempat massage... ish aku nih tak habih2 massage ja. Antaranya ialah Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari pukoi 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

Pasar ni dikenali sebab peniaga dia jual di atas sampan macam pasar terapung Sungai Chao Phraya di Bangkok, kebanyakan benda yg dijual makanan dan jangan risau semua peniaga di sini beragama Islam dan makanannya halal.

Selain makanan yg dijual di dalam sampan, di sini juga terdapat banyak gerai yg menjual berbagai barangan dari cenderahati, pakaian, mainan , makanan dan pelbagai lg dengan tawaran harga yg murah dan boleh tawar menawar.

Minuman yg dijual di sini diisi dlam bekas unik seperti dalam bekas buluh atau bekas tanah liat yg berbagai rupa dan harganya dlm rm 1.50. Klu rasa nak bwak balik buat kenangan elok beli bekas tanah liat sebab kalau kita beli bekas buluh, dlm 2-3 hari buluh tu akan kecut dan kering, bekas tanah liat mmg tahan, sesuai utk dibuat kenangan atau hiasan.

Makanan toksah cerita la mcm2 jenis cuma tanya kerongkong ngan poket ja mau ka dak, dari ikan bakaq, jagung bakaq yg ada warna kuning dan unggu, somtam, tomyam, sup dan mcm2 lagilah makannan Thailand.

Beraneka jenis kuih dan berbagai kaler boleh pilih, tapi rasanya tak taula sama ka dak.


Tempat letak gambaq atau memo bentuk kotak pos. Like.


Selain peniaga wanita terdapat jugak peniaga lelaki, tapi majoritinya peniaga wanitalah, bukan apa wanita ni lebih jadi tumpuan berbanding kaum berhalkum nih.


Bergambaq seketika sambil menahan napas supaya nampak sasa dan manja.


Muka sekoq2 hampir orgasm setelah dapat menikmati minuman dlm bekas tanah liat, maklumla cuaca agak panaih pakat dahaga tak sangga. Ehh ni koboi sesat mana plak nih, naik kuda ka naik kibas mai sini nih hahahaha...

Selit sikit gambaq gadis2 manis Selatan Thai dok kayuh pam ayaq sambil kontrol ayu pabila menyedari diri mereka dirakam lensa aku yg persis Aamir Khan awal 20 an. (bunyi cengkerik)

Aktiviti waktu mlm geng2 bujang, hhaaaa...bukan pi tgok Thai Girl Show..sebut betoi2 thai girl show bukan tiger show, ataupun pi massage tapi kami pi ronda2 bandar Hatyai dengan menaiki Tuk..Tuk dengan bayaran rm 20.00 pusing2 sekitar Bandar Hatyai yg dikatakan hidup di waktu malam berbanding siang harinya. Cuci mata tgok suasana dan aktiviti kalkatu malam.

Lepaih tu apa lagi pi pekena tomyam siam la kat restoran Maliam, mmg berayaq idung kna tomyum nih, rasa dia mmg berbeza dgan tomyam kat M'sia, mungkin bahan2 kat sini lain kot.


Kat sana ayaq mineral depa banyak dibuat oleh syarikat Nestle. Kat M'sia produk Nestle banyak berkisar tentang minuman berteraskan susu ja.

Mcm2 org Thailand ni mereka dari tempat pemegang bekas ayaq dgan pengklonan berbagai jenis pakaian depa bleh buat, tu yg barang depa laku tu w'pun bukan ori, janji sedap pakai, cantik dan murah.

Gedabak gila Pili Ayaq depa, mungkin utk ayaq pressure tinggi maklumla dalam bandar yg rumah kedai bercambah dan rapat2.


Di Tang Kuan Hill, bukit yg terdapat kuil Buddha di atasnya, tapi mai sini sebab nak layan pemandangan bandar Songklha dari bukit. Nak mai sini kna naik kereta kabel yg dikenakan bayaran hanya rm 2.00.


Bergambaq bersama rakan2 opis dan famili depa sambil nyanyi lagu dari kumpulan femes Thailan Karabaou.


Bandar Songklha merupakan bandar kedua besar selepas Hatyai dalam wilayah Songhkla yg menempatkan berbagai konsulat dri negara ASEAN dan kita boleh ukoq kekayaan sesebuah negara tersebut dari saiz Pejabat Konsulatnya di mana Pejabat Konsulat Indonesia hanya sebesar rumah banglo sahaja berbanding Konsulat Malaysia yg 5 kali ganda saiz tersebut.


Pekena aiskrim yg dibubuh dlm bekas nyok dan diisi berbagai jenis buah serta kacang, hhmm kreatif dan sedap, harga dlm rm 3.00. Masa makan tu jaga2 sebab kat sini jugak banyak berkeliaran baboon spesis asia yakni kera.

kat kuil ataih bukit ni juga diletakkan patung gajah hasil sumbangan org ramai, mungkin yg bernazar cara depa kot. Bnyak sungguh patung gajah patutla Thailand dikenali negara Gajah Putih.

Ada yg derma loceng, seb baik takdak yg dok buat tahana boh loceng jual eskrem.


Mai ke Songhkla tak lengkap klu tak ke Pantai Samila tempat ada Patung ikan duyung emas tu, klu tak silap aku nama Samila ni jugak penah ada ayaq mineral jenama Samila di jual di M'sia dengan logo Patung ikan duyung ni la, tapi la tak nampak dah ayaq mineral tu, lingkup dah kot kilang dia. Cantik pantai dia menghadap Laut China Selatan.

Puuuhhh...berjaya gak bergambaq ngan ikan duyung nih sebab tadi dia pi rehat sat panaih kata dia asyik dok berjemoq ja sampai takdan nak sikat rambut, cukoq bulu ketiak dan beli baju dalam.

Tak sah klu ke bandar Hatyai nih klu tak membeli dan belah, sebab bg aku sini mmg syurga shopping bg kaki cagu eehh silap...kaki shopping. Yang berbaju pink tu brader bob, bodyguard kami klu terjadi apa2 dia yg akan lari dulu hahahaha


Antara barangan yg dijual dia Santisuk Market dan Yong Dee Market nih antaranya cenderahati, pakaian, beg, cd lucah dan tak lucah, peralatan tentera, mainan, buah-buahan , bekas habuk rokok yg pelbagai gaya (18 SX pun ada), nonek palsu yg pakai bateri pun ada,barangan elektrik dan elektronik, jam, kasut dan pelbagai lagi dan kita boleh tawar menawar dan cadangan aku klu nak beli apa2 pi la beli kat kedai yg org tak berapa nak ramai org sebab kita bleh tawar menawar sampai harga murah.


Pasaraya kat sini banyak dan salah satunya Tesco la. sini dipanggil Tesco Lotus sebab dia ada usahasama dgan Lotus.



Rokok kat sini harga lebih kurang kat Malaysia ja, dan ada jugak gambaq2 kat rokok yg nasihat supaya berenti merokok. Seingat aku Thailand terlebih dulu berbanding Malaysia dok boh gambaq2 ngeri yg ada kat kotak rokok la ni sebagai peringatan bahaya rokok, tapi la ni kotak rokok kat Thailand banyak boh gambaq nasihat sebagai contoh jauhilah asap rokok dari anak2 anda, sayangilah mereka.

Kepada para pelancong yg ada akun CIMB, kat sini jugak ada cawangannya, tapi tak tau la sama ada bleh cucuk duit kat sini ka dak. Kalau kita mai Thailand dan nak guna kad ATM kita, boleh, tapi kita kna hubungi dulu customer services bank memasing maklum kata nak guna di Thailand.

Di Wilayah Songhkla ni terdapat 3 Universiti, yg utama dan tertua di selatan Thai adalah Universiti Prince of Songhkla.

Universiti Thaksin, jangan salah sangka dok kata bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra yg bukak universiti nih, bukan, Thaksin dalam bahasa Siam bermaksud 'selatan'.

Dan universiti Songhkla Rajabhat.


Klu sapa2 penah tgok filem Jogho arahan U-Wei Hj Shaari yg mengisahkan laga lembu di selatan Thai, ni lah salah sekoq lembu yg dibawa utk pertandingan judi laga lembu tersebut yg namanya dirahsiakan memandangkan kulit beliau itam takut ada unsur2 racist seperti yg pernah terjadi antara player EPL Evra dan Suarez.

Di Thailand nih tiang-tiang elektrik terlalu rapat, crowded plak aku tgok berbanding jarak tiang elektrik negara kita yg agak jauh antara satu sama lain, boh dekat2 nampak membaziaq ja. Ada kira2 kot, lg banyak tiang lg banyak masyuk thihihihi..

Di setiap stesen minyak di Thailand pasti akan dipampang harga minyak semasa di negara depa yg klu kita amati mahal banyak berbanding negara kita. Tapi di Thailand lebuhraya depa tak dikenakan tol, yg ada tol hanya di bandar Bangkok tu pun dicaj rm 4.00 utk ke semua lokasi. Sebenaqnya baguih kalau kita pi tgok tempat org nih, kita bleh tau apa kelebihan dan kekurangan negara kita berbanding negara org serta mempelajari serba sedikit budaya dan benda positif dri depa dan tak rugi klu kita ke Hatyai sambil melihat perjalanan hidup org Melayu Islam di bawah pemerintahan Siam dimana wilayah2 selatan ini dahulunya merupakan wilayah kesultanan Melayu, tetapi disebabkan kalah perang maka ia menjadi jajahan Thailand sebab itulah kedaulatan negara kita, agama Islam dan pemerintahan Raja-Raja Melayu mesti dipertahankan.

73 comments:

  1. Esok saya nak ke Hat Yai. Very good info. Part kena kelepet tu, hai risau betul kalau tak sengaja kami di'kelepet'. Ok, tq for the info!

    ReplyDelete
  2. Thank for the info.Agak2 kalau mintak kebenaran ketua jabatan berapa lama kena tunggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razif Radzi:- kalau nak tgu kelulusan keluaq negara selalunya kita kna antaq borang, 2 bulan sebelum bertolak, selalunya ia ambik masa sebulan utk kita dapat keputusan permohonan kita tu.

      Delete
  3. esok nk gerak g hatyai..... bnyk info dapat dri sni... pasal air mneral 2 sy ingt halal.. tp bro dh kata mcm 2 sy pun xbrani la nk mnum.. hahahaha info pasal kena kelepet tu sgt2 bgs.... brtuah sy sbb bc blog bro ni.

    ReplyDelete
  4. very good tips and info yg u bagi kat sini.. thank you. this weekend memang i ada plan nak g songkhla. so boleh la prepare bajet apa yg patut.

    ReplyDelete
  5. raya cina nak pi kot bwk anak bini nek keta sendiri.... kelulusan ketua jabatan tak dan nak buat dah kot.. masuk jer lah.. lgpon insuran yg tahun lepas pi phuket valid lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenaqnya ramai penjawat awam yg pi Thailand takdak kebenaran ke luar negara. Tapi benda tu akan jd problem bila kita ditimpa masalah di sana, tapi harap2 semuanya ok la.

      Delete
  6. Salam, macam mana kalau nak pergi sendiri2 contohnya 4 org sahaja, bukan rombongan? Ada tips tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau nak pi sendiri lg snang, sediakan pasport atau border pas. klu pi naik keta sendiri sila sediakan geran photostat, ambik insuran ke thailand. klu pi naik teksi pun bole ataupun sewa van, klu nak rasa lg thrill try naik keretapi ke hatyai,hotel elok tempah guna agoda atau tripadvisor takut bilik penuh bila hujung minggu. klu nak pi Hatyai pi hari minggu baru meriah. buat jadual lawatan ke tempat2 menarik.Tips2 yg lain bole ambik tips yg saya bg kat atas atau di post Tips Melancong ke Hatyai-Day 1. Selamat bercuti.

      Delete
  7. best baca entry bro. lawak duk gelak ja keja. hahaha. saya follow sini nah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja kongsi2 info, selamat menfollow dan gunalah bedak Follow Me di bahagian ketiak lepas lompat bintang eehhhh...sori termerepek plak..

      Delete
  8. gud gud info...nak g jumaat ni pas keje....sabtu pagi insyaALLAH sampailaaa..hehehehe

    ReplyDelete
  9. as salam ... akak baru jer balik dari Phuket-Krabi-Haatnyai cuti sek baru ni. Tapi kami berkesempatan beli belah di Bazar hatnyai tu 2 jam je sebab dari Krabi ke Hatnyai ambil masa 4 jam lebih. memang ralat juga lerr .. sebab dok behajat sangat nak gi pasar terapung tu. Sekarang dok berangan nak gi Haatnyai lagi .. cerita awak memang menarik dan melucukan . Santai dan amat menghiburkan. Tapi orang luar kedah/perlis maybe sukar nak faham kot .... apa pun thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...saya pun dok planing nak pi Krabi dan Phuket 5,6 dan 7 hb Julai nih. Mintak2 takdak aral la. Makasih la sudi jengah2 blok saya yg naif nih. Mmg banyak saya guna perkataan utara dlm blog , hehehe...mintak maap la kalau sapa2 tak paham. Dah terbiasa.

      Delete
  10. salam.. sy mmg ada perancangan nak ke hatyai bulan 10 .. tiket flight n hotel sy booked sdr mslhnyew skrg saya nak tanya kat sana nanti senang jalan sdr2 @ kena ambik tower guide + kereta sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya baik saudari jalan2 sendiri ja, cuma ambik peta atau peta tempat2 menarik di Hatyai di lobi hotel atau mintak kat recepcionist. Kalau nak pi jauh sikit cam pi Songkhla atau klong Hae market, ambik tut tut, ambik no tel dreba dia lg senang klu nak pi mana2, bayaran dia murah ja. tut tut banyak disediakan di hadapan hotel, Klu nak selesa sewa teksi depa, no phone bole mintak kat recepcionist hotel.Lagi satu banyak tempat2 menarik kat hatyai ni tak jauh mana, klu larat jalan kaki pun takpa.

      Delete
  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  12. Salam, t.kasih kongsi pengalaman yg berharga..mmg byk membantu buat org mcm sy yg br pertama kali nk pie sana..walau pun dok kedah mmg x pernah pie pun thai..jd bulan nov 13 nie sy dng suami serta kawan2 2 org nk pie bercuti kat sana 3 h2 m, nk tanya saya cuti2 bajet agak2 rm500 cukup x pie sana siap hotel,mkn,jkn2 semua tempat yg awak pie, shoping x mau sekadar cuci mata shj,lain kali pie br shoping. Sy pie naik reta sendiri...agak2 cukup x rm 500 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari cukup.. cuma isi minyak kete full tank dr malaysia je.. boleh jln2 sekitar songkla n hatnyai dah..

      Delete
    2. Cukup klu tak shoping, tapi seeloknya sediakan la duit kecemasan takut terjadi sesuatu yg tak diingini. keta rosak ka, sakit ka, benda yg kita tak jangka. Bukan kita mintak, takut2 terjadi sesuatu kita ada plan B.

      Delete
  13. BAGUSLAH ANDA BUAT SATU KARANGAN YANG CUKUP BAGUS.SAYA SUKA DENGAN PETIKAN AWAK ITU.

    ReplyDelete
  14. ASALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

    SYARIKAT KAMI 'NATURE TRANSPORT, TRAVEL' & TOUR' ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN
    SEWA AN BAS PERSIARAN EXCLUSIVE , VAN DAN MPV DENGAN HARGA YANG CUKUP
    BERPATUTAN DAN MURAH.

    KAMI MEMPUNYAI ( PERSIARAN ) JENIS ,

    BAS 2 TINGKAT ( HIGH-DECK ) EXCLUSIVE =
    2 UNIT (baru)

    BAS 1 TINGKAT EXCLUSIVE = 8 UNIT (baru)

    VAN PERSIARAN = 2 UNIT

    MPV EXCLUSIVE = 2 UNIT

    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

    * MENGHANTAR / MENGAMBIL PENUMPANG DARI SEMUA DAERAH DI NEGERI SEMBILAN DAN
    DARI LUAR KE KLIA / LCCT SERTA LAIN-LAIN DESTINASI DI MALAYSIA , THAILAND DAN
    SINGAPORE.

    * MUSLIM TOUR KE THAILAND DAN SINGAPORE SETIAP BULAN. HARGA PAKEJ TOUR DARI RM
    150-300 SEORANG (mengikut kesesuaian program, masa dan bas.
    * lawatan tour kami adalah yang termurah di pasaran. Sila telefon untuk
    keterangan lanjut tour dan jadual bulanan lawatan kami.

    * LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH,PEGAWAI KERAJAAN, KILANG DAN LAIN-LAIN
    KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA. (L.O KERAJAAN DITERIMA)

    * LAWATAN PERCUTIAN LUAR NEGARA KE SINGAPURA, THAILAND KAMI URUSKAN JUGA
    MENGGUNAKAN BAS PERSIARAN VAN DAN MPV.

    * BAS PERSIARAN , VAN DAN MPV BARU, BERSIH. DAN AKAN DIPANDU OLEH PEMANDU YANG
    MESRA DAN BERHEMAH *comformed

    * KADAR HARGA KAMI YANG AMAT BERPATUTAN DAN MURAH. *comformed

    * INSURANS PENUMPANG DAN PERJALANAN SERTA PEMANDU PELANCONG WAJIB KAMI AMBIL.

    SEBARANG TEMPAHAN & PERTANYAAN SILA HUBUNGI
    EN.ASROY (PENGURUS LOGISTIK) = 013-7331100 , tel / fax :06-6315830
    * ( sila tinggalkan sms jika anda tidak dapat menghubungi kami )

    ** tempahan awal berserta deposit tunai 50% diperlukan bagi mengelakkan pertindihan
    program dan jadual bas.(resit rasmi akan diberikan selepas bayaran tunai diterima)

    ReplyDelete
  15. Best N3 ni..banyak info..thanks Boss

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. hehehehe....saja guna penulisan santai, sesuai ngan blog 'ruang santaiku'. Makasih sudi jengok.

      Delete
  17. Bnyak info bila baca entry kamu ni..sy akan ke hatyai 7~10 ni..risau sbbtu sy survey kat blog dlu..sy dgn geng2 4org je..mmg kaki backpack ni..mggu depan ke filipina pula..thankz kongsi info.. ade kwn bgtau ssh cari makanan halal..tp post awak ni kata senang sbb 80% people is muslim kan? maybe kwn sy tu x suka jalan2 cari makan..kikikii sbbtu x jumpe..ok thankz once again bro..salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi jengah, banyak restoran Islam di hatyai terutama di sekitar Lee garden Plaza.

      Delete
  18. salam,kat sana ramai islam x??yg bahagiian recepcionist ni blh ckp mlyu ke x??sorry atas pertanyaan..sebab kawan sy waswas je keje dia.n 1 lgi dri rantau panjang ke hatyai ni dpt mask dngn border pas ke x??harap bg krjasama bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana org Islam ramai, tapi ada sesetengah org melayu yg tak boleh cakap melayu, jd kna cakap inggeris la dgan dia, di hotel kebanyakannya yg bekerja recepcionist ni org Siam, jd depa takleh cakap melayu, kna guna bahasa Inggeris. Mana2 sempadan M;sia - thailand ni boleh masuk tak kiralah guna border pass ataupun pasport.

      Delete
  19. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  20. sy akan ke sana esok! tq for info :) besttt

    ReplyDelete
  21. Wah! Menarik dan berinformatif.. Like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, welcome to Hatyai hehehehe...

      Delete
  22. Thaksin yang dimaksudkan bukanlah translation bahsa siam sebenarnya... tetapi Thaksin yang dimaksudkan adalah Raja Siam terdahulu yang bernama Thaksin... *tetiba...*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin tahu dari mana saudara dapat info tersebut? setahu saya tiada raja siam yg bernama 'Thaksin" yang ada adalah "Taksin" atau nama penuh beliau adalah Somdet Phra Chao Taksin yg memerintah kurun ke 1768-1782, ble rujuk wikipedia List of monarchs of Thailand . Kalau saudara ada rakan dari kalangan orang siam ataupun mempunyai kamus bahasa siam, saudara bole rujuk maksud "Thaksin: tersebut. Sebab opismate saya org siam, jiran keluarga mertua saya org siam dan info dari depa pun mmg maksud "Thaksin" adalah selatan dlm bahasa melayu. Kalau tuan nak tau selanjutnya sejarah universiti Thaksin nih tuan ble rujuk di wikipedia Thaksin University yg juga menerangkan asal usul nama universiti ini, artikel nih dalam bahasa inggeris klu tak paham sila rujuk kamus, untuk memudahkan rujukan tuan sila tengok perenggan kedua dlm artikel ini yg menerangkan maksud "Thaksin" tersebut, info ni pun saya dapat dri tourist guide Pak Man yg juga org tempatan Hatyai,sekian terima kasih *tetiba*

      Delete
    2. Nih saya copy perengan pertama dan kedua dari wikipedia sejarah Thaksin Universiti, kat situ pun dah terang maksud "Thaksin" tersebut.

      Thaksin University (Thai: มหาวิทยาลัยทักษิณ, translating to "University of the South"), is a public university in Southern Thailand. It is located in Amphoe Muang Songkhla, Songkhla Province. It is about twenty kilometers from Hat Yai District. Previously, Thaksin University was a branch campus of Srinakharinwirot University. Afterwards it grew in size and eventually became a separate university. Thaksin University was established as an independent public university on September 1, 1996.

      The university name was granted by a Royal Decree of His Majesty the King, who graciously granted the university the name of Thaksin, which means “southern”. The aim of the university is encourage and preserve the culture of Southern Thailand.

      Delete
  23. assalamualaikum... saya bercadang nk bawa family bercuti ke Hatyai bln 12 nnt. Berapa hari agak2 sesuai stay dihatyai supaya tpt2 menarik dapt dilawati. Mana lebih baik bawa kete sendiri atau naik keretapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya 3 hari 2 malam pun dah memadai kalau dibuat jadual ke tempat2 menarik yg tersusun. Ada kelebihan dan kekurangan kalau pi naik keretapi atau kenderaan sendiri, kalau pi dgan keretapi ni, pegangkutan kita di sana tu susahla sikit, kna cari pegangkutan awam dan kna pandai tawar menawar harga tambang takut kna tipu, nak beli barang banyak pun takble sebab susah nak berangkut nti, klu pi bercuti tanpa anak kecil ok la, klu pi dgan anak2 kecik susah sikit. Pi dengan kenderaan sendiri ni kna isi form declaration , bayaq insuran kenderaan pastu kna tau jalan2 di sana takut tersesat, kena cari parking sendiri, klu berlaku sebarang kerosakan kna la tanggung sendiri, cuma kelebihannya senang nak ke mana2, bole la shoping banyak sikit, klu bwak anak kecik senang nak berenti kalau depa nak kencing atau berak.

      Delete
  24. Tq for info to hatyai.... Mmg bagus sekurang2 nyer kite dah blh bt persiapan uTk kesana .... Mby tgh bln okt nie nak kesana cuti depavali .....
    Terbaik bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi jengah dan selamat berlibur di Hatyai.

      Delete
  25. Terbaik..Saya bercadang ke Hatyai Mac depan dengan keretapi sajer..

    ReplyDelete
  26. sila jengok blog saya http://mmama2754.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. http://mmama2754.blogspot.com/ (pembetulan..pembetulan)

    ReplyDelete
  28. boleh mintak tak tourist guide di thailand tu sbb saya akan membawa rombongn jelajah ke thailand tu dari Chiang Mai ke Bangkok sebab itu kami memerlukan tourist guide ... ade no telefon or whatapps tourist guide tu tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure kalau dia bole guide dri chiang mai ke Bangkok, sbb dia slalu buat kat selatan Thailand ja, tp bole la try Tanya dia, ni no dia , no Thailand 0898776151 (pak man)

      Delete
  29. kat tempat tukar duit tu apa nama kedai dia yg bersebelahan dengan samudera seafood tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kedai tu, kedai dia nama Chop Thye Hin, saya selalu gak pi tukaq duit kat situ.

      Delete
  30. terima kasih atas perkongsian yang sangat banyak info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, setiap perkongsian adalah ilmu utk semua, terima kasih sudi singgah blog saya.

      Delete
  31. Blh tau ke brp bajet utk 1 kepala? T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet tu satu kepala lebih kurang rm 100 lebih. untuk info lanjut bole hubungi En Shawal travel ejen ke Hatyai 017-4375311

      Delete
  32. Assalam.Bagus info di atas.Komen 2 pun byk membantu.Sbb nk pergi jln2 cari pengalaman cuti Ogos ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, terima kasih sudi singgah. Wajib pi Hatyai wpun sekali sebab dri pengalaman pertama tu la akan terjadi pengalaman kedua ke Hatyai hahahaha....

      Delete
  33. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * OMAHA
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete
  34. Replies
    1. Selamat bercuti puan, dan nikmatilah Hatyai

      Delete
  35. Hi.. Salam kenal,abang..ada contact Tour Guide yang boleh cakap melayu?

    ReplyDelete
  36. yuk guys..., kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.

    jackpot dan withdraw selalu menantikan kalian guys.Dengan modal yang sangat terjangkau sudah dapat bermain di semua permainan ^_^
    ♠ Ceme
    ♣ Poker
    ♥ Capsa
    ♦ DominoQQ
    ♠ Omaha
    ♣ Super Ten

    Adapun bonus-bonus yang kami berikan untuk para pecinta poker Indonesia
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )

    ♠ Minimal Deposit Rp 10.000,-
    ♥ Minimal Withdrawal Rp 30.000,-

    So tunggu apa lagi segera daftar agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ---->>> DNAPOKER

    Untuk info lebih lanjut dapat Hubungi Livechat kami Atau :
    WA : +8558692773
    BBM : E33FF559
    Wechat : DNAPOKER

    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete
  37. Best bc info dr tn sambil ketawa. Tk tn.
    Wlpn sy asal dr selangor sy faham semua loghat di m'sia.

    ReplyDelete
  38. terima ksih tuan sudi singgah blog saya ni, mmg sya selalu selit lawak sikit2 sebab klu straight sangat nanti habih pakat tidoq hahahaha....

    ReplyDelete
  39. Jom ke HATYAI dari KL 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete