Jangan Clik

Friday, October 31, 2014

Sketching

Lama jugak la aku tak hapdet blog nih, log in masuk tgok post rakan2 blogger ngan jawab komen pembaca ja. Bahan menarik tak berapa nak ada tu yg tak berupdate tu, la topik dalam simpanan tu ada dua la, salah satunya topik sketching nih, lagi satu akan mnyusul mengenai hobi collection aku. Ok jika post sblm nih ttg lukisan aku kebanyakan takdak kaler la, smua hitam putih, bukan apa aku tak berapa mahir kaler maler  nih, sbb pd pendapat aku kalu nak kaler musti kna cantik dan realistik dgan subjek lukisan tu, tapi ropanya jangkaan aku meleset, sebenaqnya mewarna lukisan ada pelbagai teknik, dan salah satu teknik kaler ayaq yg aku suka adalah dri Prof Felix Scheinberger nih ttg Urban watercolor. Buku nih aku beli dri Basheer Bookstore Bukit Bintang, Kl. Mmg kna ngan jiwa aku teknik nih, kaler dia simple ja, dan sempoi tp cantik. Apa yg aku pelajari ttg basic kaler nih yg pertama adalah tone bayang, dan jugak penggunaan 2 atau 3 lapisan kaler, dan kita hanya kaler subjek yg kita nak bg org tgok ja, tak perlu utk kaler keseluruhan lukisan. Klu nak tgok review ttg buku nih ble layari blog nih. http://www.parkablogs.com/content/book-review-urban-watercolor-sketching-guide-drawing-painting-and-dreaming-color.
Aku juga ada cedok sikit inspirasi pelukis2 lain dalam 2 buah buku sketching nih iaitu An Ilustrated Life dan An Illustrated Journey. Buku2 nih mengumpul sejumlah karya sketching dri pelukis profesional mahupun amatur dri seluruh pelusuk dunia. Buku yg paling aku suka adalah An Illustrated Journey sbb kna dgan minat aku, sebab aku suka melukis sesuatu tempat tu tak kira la pi melancong ka, lawatan ka ataupun atas urusan kerja. Pada pendapat aku semua org kalau pi sesuatu tempat pasti akan mengabdikan gambaq kenangan tempat tu dlm bentuk foto, klu dgan melukih nih kita akan lebih mengingati setiap detail tmpat tu dlm lukisan dan lebih memberi kepuasan dalam diri. Buku ni aku beli dlm Ebay sbb payah jumpa kat kedai buku di M'sia.
Antara peralatan2 yg aku guna utk sketching ni simple ja, ya la utk memudahkan nak bawak pi mana2, antaranya buku sketching biasa (aku tak suka sgat guna kertas lukisan sbb nak kaler tu payah nak kontrol sikit), pen yg aku guna adalah jenis Faber Castle 0.5 (aku guna yg tahan ayaq, tak kembang bila kna kaler ayaq), pensil dan marker pen, beruih round brush dan beruih flat ,water color palet jenis Petit dan Kohi Noor, tisu utk lap dan juga btoi ayaq utk guna masa kaler.
Awai2 masa berjinak2 guna kaler tu, aku tak berani lg guna watercolor sebab takut tak jadi rosak plak lukisan tu. Aku mula kaler dengan warna magic ataupun marker pen, ni antara beberapa lukisan aku guna kaler magic.
Rakyat Marhein.
Bandaq Kuala Lumpur nih aku ambik inspirasi dri budak autisme yg minat melukis dan walaupun lukisan dia tak la berapa cantik tapi yg aku suka sebab dia boleh lukih bandaq New York dengan begitu detail sekali.
Waktu paling aktif aku melukih ni mana lagi kalau bukan dalam kursus, ceramah dan juga masa mesorat. Bukan apa nih la ubat tak bagi ngantuk.
Orang lain kalut ambik nota kursus, aku plak kalut dok contiang segala benda yg lintaih depan mata takpun yg terbayang di dlm pala otak katun aku nih.
Tapi kebanyakan lukisan aku sblm ni aku lukis ataih kertas sekeping2 takpun dalam buku nota, pastu lukisan2 tu pun ilang tah pi mana aku pun tak tau. Jadi aku pun ambik inisiatif la buat buku sketching nih sebab aku rasa rugi plak apa2 yg aku lukih sblm nih ilang macam tu saja, kurang2 ble la jugak buat kenangan utk anak cucu. Nih la lukisan merangkap cover buku yg pertama kali aku guna watercolor. Jadi layan la dulu antara lukisan buat masa la ni yg terkandung dlm buku nih.
Dgan wallet pun jd kerja.
Boring tgu mesyuarat habih.
Majlis amal
Balik kampung
Rumah kampung antara subjek yg aku suka.
Tgu anak2 bg makan ikan, dan contiang dulu.
Sukma di Perlis
Masa tengah tgu wife aku beli belah dlm Pasar Payang.
Masa tgu wife aku beli juadah berbuka posa.
Program Ihya Ramadhan jatuh pada hari tragedi pengeboman pesawat MAS MH 17
Lukih dri gambaq masa aku pi Phuket taun lepaih.
Majlis Jamuan Raya Jab. Bomba Perlis
Balik tgok tempat abah aku cri rezeki selama lebih kurang 30 taun sblm pencen.
Imbas balik tempat bermain
Ni la nota masa aku kursus siap add on gambaq penceramah.
Peserta2 Kursus pun jadi subjek aku.