Setelah membuat perancangan seminggu lebih awal sebelum cuti sekolah dengan keluarga Kak Ipaq aku nak berkonvoi ke Pak Bara jd misi pun bermula la pada ari sabtu lepaih utk ke sana. Pak Bara ni merupakan pantai peranginan yang terletak di dalam wilayah Satun atau Setoi panggilan org utara yang terletak kira2 64 kilometer dari sempadan Wang Kelian. Kalau berhajat nak ke sana lebih dekat melalui pintu sempadan wang Kelian, yang mengambil masa hanya sejam sahaja jarak perjalanan. Aku bertolak awai dari rumah aku di Kangaq dalam pukoi 8:30 pagi jadi dok lenggang kangkung la pi sbb dok ingat kalau masuk ikut pintu sempadan Wang Kelian tak jem sangat macam masuk melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besaq, rupa-rupanya telahan aku ternyata silap kuasa dua,masa aku sampai tu berderet panjang keta dok beratoq nak masuk siam, sebab ada geng3 konvoi kereta nak ke Krabi. Nasihat aku kalau nak masuk ke Thailand isi siap white card Arrival dan departure serta borang kemasukan kenderaan sendiri ke Thailand di kedai2 yg ada jual insuran ke Thailand spt kedai2 di pekan Changlun, sebab apa, aku terkandas dok berebut nak ambik kad dan borang ni di kaunter information imigresen Thailand dekat sejam setengah, dengan geng2 konvoi yg ramai pastu ada plak rakyat thai yg dok potong Q jadi berejam jugak la nak tunggu. Biras aku bersuka ria la sebab dia dah isi white card tu di kedai insuran kat Changlun. Lepaih ni aku kna take note la, leceh nak tunggu ni bukan apa, hero2 aku yg rancak membesaq ni bukan mau tunggu lama2 pastu mula la dok buat kelaku Boboiboy kuasa lima. Jalan nak ke sana tak susah, lpaih keluar dari imigresen Wang Kelian teruih ja sampai jumpa simpang tiga, kanan ke Hatyai dan kiri ke Satun, belok kiri teruih sampai jumpa pekan Cha Lung atau Chelong panggilan org sini, pastu jumpa simpang 3, belok kanan ke Langgu untuk ke Pak Bara.
Selalunya apabila nak ke Pak Bara, orang ramai akan berenti sarapan atau makan tengahari di Pekan Cha Lung, terutamanya dekat sebelah kedai 7E pekan Cha lung kata informer aku yang selalu ke Pak Bara pi mengail ikan kat Koh Adang, tapi besa la kalau dah kerap org luaq makan kat kedai makan tu, harga dia up sikit la, jd klu nak ke kedai makan yg murah... di simpang 3 ke Langgu tu, teruih ja ke arah Bandar Satun, kita akan jumpa Masjid di sebelah kanan, haaa...kat tepi2 masjid tu akan ada kedai2 makan. Bukan saja harga murah, pemilik dan pelayan kedai pun bole berbahasa Melayu. Lagi satu kalau rasa nak makan masakan pedas di selatan Thai ni jangan boh banyak sangat kuah dia, sebab tahap kepedasan dia tu mampu mencecah 96 darjah celcius, sebab depa banyak guna cabai burung, kalau yg jenis suka pedas tu ok la, tapi kalu kna dgan perut yg tak tahan pedaih cam aku mmg bai bai la masakan tu. Sembilan org kami makan hanya kena Rm 38.00 sahaja.
Usai membelahakkan diri dengan makanan tempatan Thai kami pun teruih menuju ke wilayah Pak Bara yang berjarak 46 kilometer ja dari pekan Cha Lung. Sesampainya di Pak Bara tu mulanya nak menginap di Langka Chalet and Resort tapi bilik seaview penuh plak, yg ada bilik yg dok dalam utan, aku tak berapa setuju sangat sebab takut nyamuk banyak plak satgi. Jadi aku pun mencuba nasib di resort2 lain yg bercambah dkat pantai Pak Bara ni cuma pilih ja nak yg dekat dgan laut atau sebaliknya. Aku lebih suka pilih resort yg berhampiran dengan laut sebab anak2 aku nak main pantai. Nak jadi rezeki aku pada mulanya nak usha Marina Resort tu, tp bila view bilik resort dia cam agak sezen ja, aku lajak ke depan dan terjumpa la Chalet ni, aku rasa tak ramai yg tau resort ni sbb resort ni takdak papan tanda tulis rumi, dia tulih semua dalam bahasa Thai, jd bg warga Malaysia mmg was2 la nak mai sini. Bila riki2 tgok mmg cun bilik2 dia, macam baru buat. Owner dia org Islam dan bole berbahasa Melayu sikit sikit.
Nama resort ni Krajomsai Resort yg menyediakan 15 bilik, berhampiran laut, berhawa dingin,wifi yg super laju dan terdapat restoran seafood di sebelahnya , dengan kadar sewaan Rm 75.00 semalam. tapi nak ke resort ni kena masuk lorong kg sikit la, masuk melalui tanda arah Marina Resort tadi, resort ni terletak btoi2 di hujung jalan. Sapa2 nak booking tu ada no tepon kat gambaq papan tanda resort tu. Kalau nak buat family bbq pun ok sebab di belakang bilik ada kawasan pantai siap tempat duduk untuk buat aktiviti keluarga dan kita bole sewa alatan memasak bbq dari restoran sefod sebelah resort ni, kadar bayaran sewaan brg2 tu tak pasti lak.
Ada sesetengah org tak kisah bilik macamana ya la sbb pi bercuti jd bilik ni hanya tempat tidoq ngan mandi ja, tapi bg aku dengan anak2 kecik mmg aku teliti sikit tentang pemilihan bilik selain selesa untuk depa , bilik jugak jadi tempat istirehat lepaih penat berjalan. Lagi satu aku suka tentang resort ni adalah privacy sebab pantai dia tak kacau resort2 lain atau tempat tumpuan org ramai, mmg santai la klu nak main pantai kat sini, org tak ramai, tenang ja.
Lepaih bersuai kenal serba sedikit dengan bilik kami pun menuju ke jeti bot Pak Bara. Kat sinilah para pelancong dan juga pemancing tegar berkumpul untuk ke pulau2 dan juga lubuk2 ikan. Pulau yang femes untuk bercuti yg bole dinaiki dari sini adalah pulau Koh Lipe. Selain tu terdapat jugak pulau2 lain seperti Koh Tarutao, Koh Adang dan Koh Rawi. majority orang2 di Pak Bara dan juga pulau2 ni adalah org Melayu dan beragama Islam, cuma ada sesetengah sahaja yang boleh berbahasa Melayu. Kita bole parking percuma ja depan terminal jeti ni kalau nak mai jalan2, tapi kalau nak tinggal pi pulau kena bayaq sewa dengan kadar Rm 20.00 sehari . Nak jalan-jalan tgok feri dalam terminal ni free ja, tapi kalau nak ke Pulau2 naik feri kna bayar cukai Rm 2.00 sebelum masuk ke terminal.
Sesampai ja kat sini anda akan dihampiri ejen2 feri dan hotel kalau berkeinginan ke pulau2 tersebut. Selain tu kita juga bole tgok kaunter2 feri dan juga waktu bertolak serta harga perjalanan menaiki feri laju ke pulau2 tersebut dengan bayaranRm 100.00 seorang tiket perjalanan pergi dan balik. Luas dan selesa la jugak ruang dalaman terminal ni, yg penting cukup bersih dari tandas hingga tempat menunggu. Dalam Terminal ni juga disediakan kedai runcit serta kedai makan, pelayan2 semua org Islam cuma kurang fasih cakap Melayu ja.
Feri-feri ke pulau-pulau di sini bukan macam feri ke Langkawi, feri sini adalah bot laju yang telah diubahsuai. Aku tengok sebijik2 feri sini guna sampai 4 enjin, ada yg 5 enjin, laju mana la dia pi, aku dok naik bot laju bomba yg guna 1 enjin pun laju tak sangga, ni sampai 5 enjin, klu yg lubang idung luas tu alamat rabak la bila sampai kat Koh Lipe dari sini hahahaha....senang sikit kan nak korek idung guna penyodok.
Di pintu masuk terminal ni kita akan terjumpa dengan deretan2 gambaq-gambaq yang telah siap dibuat cenderahati di mana gambaq kita akan diambil oleh gadis2 fotografer berhalkum sebelum menaiki feri, dan kita boleh membayar cenderahti tersebut selepas kita pulang semula ke jeti jika kita berkenan dengan gambar tersebut. Selain itu di tepi terminal ni jugak ada deretan kedai2 souvenier khas Pak Bara dan jugak Koh Lipe dengan harga yg bagi aku cukup murah dan jangan segan2 utk tawar menawar walaupun bercakap mcm ayam dan itik, hanya guna kalkulator sahaja.
Dekat depan terminal ni jugak terdapat kedai2 yg menawarkan pakej2 aktiviti di pulau2 macam snorkelling, island hoping pilih ja yg mana berkenan. Klu nak bergambaq depan terminal ni ada tugu ikan layaran sebab kat sini asalnya dulu mmg syurga bagi kaki2 pancing ke pulau2 terutamanya ke Koh Adang. Memandangkan Pulau Koh Tarutao telah digazetkan sebagai taman Negara jadi kat sini juga ditempatkan pejabat taman Negara pulau tersebut. dari sini juga kita bole melihat pemandangan bot2 nelayan yang mana selain menangkap ikan mereka juga selalu membawa pemancing2 yang kebanyakannya dari Malaysia pergi memancing di lubuk2 yg kaya dengan ikan di sekitar Laut Andaman ini.
Masa aku mai tak kena waktu ayaq pasang surut kat sini, sebabnya air pasang kat sini berlaku waktu tengahari, nak mandi camna tgah musim panas membahang ni, bila dah time teduh sikit sebelah petang ayaq dah surut dah, tapi laut kat sini dia punya surut ayaq tu jauh btoi, rasa macam ble jalan kaki ja pi kat pulau sebelah sana. Bole tgok perbezaan masa ayaq pasang dan masa ayaq surut macam gambaq kat ataih.
Yang best pantai kat sini tak macam pantai belah Perlih atau Kedah yang berselut, kat sini pantai dia berpasir, ble la klu nak buat istana pasiaq kat sini, tapi tak la segebu pasiaq pantai kat pulau-pulau. Punya kaya khazanah laut belah Laut Andaman ni, masa ayaq laut surut tu aku berjaya tangkap anak-anak ketam laut yg terperangkap kat lopak2 ayaq yu, besaq2 gak la.Nasib tak jumpa ikan temenung , klu tidak bole buat goren makan ngan nasik.
Dalam dok rancak2 main pasiaq tu kami terserempak dengan beberapa penduduk setempat tengah leka mengorek siput dari dalam pasir, jadi kami pun menyibukkan diri la pi tgok siput apa yg depa korek tu. Bila aku tanya siput apa kat depa dalam bahasa Melayu depa jawab "mei roo", tanya dlm bahasa omputih pun " mei roo", jadi takpa la mungkin depa tak paham, apa yg depa cakap tu aku paham la maksud dia " tak tahu". Jadi memandangkan ilmu bahasa thai dan ilmu kesiputan aku belum sampai level 2 jadi tak la aku knai siput jenih apakah ini dan ni la first time aku tgok siput ni, klu siput yg familiar belah kita tu mmg aku cam sebab pak aku pun nelayan dulu.
Diantara lorong nak ke resort tempat aku menginap tu, terdapat sebuah bengkel perusahaan cenderahati, dri jauh aku ingat depa awet cengkerang penyu buat cenderahati, bila pi tgok dekat2 rupa-rupanya cengkerang tu depa buat dari tempurung nyoq yg dipotong2 pastu digam jadi sebijik cam cengkerang penyu. Lpaih tu brulah depa buat proses seterusnya buat kepala dan sirip jugak dibuat menggunakan tempurung nyoq. Gambaq bawah kanan adalah cenderahati penyu yang diperbuat dari tempurung nyoq yang telah siap disapu syelek untuk dijual di kedai2 cenderahati sekitar sini.
Apabila malam menjelang, aktiviti malam yang wajib dimasukkan dalam jadual bercuti ke sini semestinya jalan-jalan cari makan di Pasar malam Pak Bara yang terletak di dataran tepi pantai Pak Bara. Kalau nak mai pasar malam ni kena mai awai, sebab pasar malam ni ditutup awal , lebih kurang pukoi 9.30 malam. Masa aku mai pukoi 8.30 malam pun dah ada dua tiga gerai (kebanyakan gerai pakaian) yang dah bersiap-siap berkemas menutup gerai jualan masing2. Pasar malam di Pak Bara dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad, tapi kalau nak mai pasar malam yang lebih besaq, mai la yang hari Ahad.
Mai pasar malam ni yang syoknya mestilah nak tgok dan merasa juadah kulineri tempatan yang pelbagai jenis dan semestinya lain dari tempat kita. Antara juadah menarik yang sempat disnap kamera AK 47 Kalashnikov aku adalah sate Ayam macam gambaq atas kiri,yang harga setiap cucuk adalah Rm 1.00, tapi sungguh berbaloi, selain rasanya yg sedap, saiznya jugak besaq2, ngap 3 cucuk pun dah bisa membuatkan anda kenyang jikalau saiz tangki perut anda 850 cc, klu saiz perot 3.00 cc kna makan sekoq ayam la bru ble kenyang. Gambaq atas sebelah kanan tu kuih macam apam balik, tapi saiz kecik dan ranggup sikit. Kat pasar malam ni pun ada gerai yg menjual pelbagai jenis sushi, anak aku suka jugak sushi tapi dia takmau plak malam tu sebab dia kata sushi tu saiz kecik hahaha... jenis taste nak yg besaq2 ja. Kalau sapa2 penah pi Krabi mesti tau kan pancake Krabi yg popular tu, haaa... kat sini pun ada, ada macam2 perasa dri stoberi, coklat, kaya,pandan, peanut butter dan ada dua tiga jenis perasa lg, harga dalam Rm 3.50 seunit.
Ada jugak la aku tgok peniaga2 yg kreatif macam gambaq ataih kiri yg guna kipas cooler enjin kereta jadi kipas utk panggang ayam percik, tak la pnat nak kna kipas guna tangan kan. Memandangkan Pak Bara ni kaya dengan hasil laut, kat sini jugak ada dijual kerang bakaq, kerang rebus dan jugak belangkas bakaq, harga sekoq belangkas siap bakaq tu Rm 7.00, murah banyak la sbb klu belah perlis dekat berbelas jugak rega sekoq klu siap bakaq. Dekat dataran ni walaupun malam2 aku tengok ramai yg mai berpiknik, beli makanan dekat pasar malam pastu siap hampaq tikaq lepak2 dengan famili. Kat dataran Pak Bara ni jugak ada disediakan taman permainan kanak2, yg jadi port wajib kanak yg terangsang dengan kuasa Boboiboy untuk buat skill lawan Burara kat playground tersebut.
Lepaih beli juadah untuk stok makan tengah malam kat pasar malam tadi, tibalah masanya kami mencari rumah makan yg berderet sepanjang pantai kat Pak Bara ni, ada macam2 kedai dari Kuala Bara sefod, Nava restaurant, Ramli sefod , Fasai sefod, Fatoni seafood dan macam2 lagi. Mula tu aku nak try dkat Fasai Seafood tu sebab tgok decoration cantik, tapi bila tinjau2 macam tak nampak plak logo halal kat signboard dia (sebab dari pengalaman aku mana2 kedai makan muslim selatan thai, depa akan letak logo halal di papan tanda restoran depa), pastu aku tak nampak plak pelanggan muslim yg makan kat situ jadi kensel la pi situ, kami pun berganjak ke restoran sebelahnya, iaitu restoran Fatoni Seafood, ada logo Halal, pekerja pun pakai tudung labuh, ada tok2 imam dan keluarga Melayu yg tgah menjamu selera jadi yakin la sikit nak mai makan sini, pekerja2 dia pun bole cakap melayu sebab depa berasal dari daerah Patani. Dah la juadah sedap harga makanan pun tak mahal, makan malam tu utk dua famili kami hanya dicaj Rm 61.00 ja.
Selepas semalam berjalan2 sekitar pantai Pak Bara, kami pun bertolak balik, tapi sebelum tu kami nak singgah dulu di pekan Satun. Macam biasa kami makan tengahari di Kampung Guar (antara kampung yang penduduknya ramai bertutur dalam bahasa melayu) di Cha Lung, kami menjamu selera di kedai makan Pak Lang Mail, yg syoknya Pak Mail ni siap cakap Melayu Loghat Perlis ngan aku hahahah....dok suruh aku pi Tanjung Pauh tgok lait (laut). Kalu sesapa nak mai makan kat wilayah Satun ni, cari la kedai2 di kg2 sebabnya harga makanan dia cukup murah dan sedap, pemilik plak semestinya seorang yg ramah tamah. Memang kebiasaan di selatan Thai kedai2 makan pasti menghidangkan ulam-ulaman yg pelbagai jenis, patut la org2 selatan thai ramai yg awet muda.Untuk makluman semua di daerah Satun ni terdapat 3 pasaraya utama iatu Makro, Big C dan juga Tesco Lotus, pilih ja nak pi yg mana. Aku singgah jugak Makro sebab info dri Mak Lang isteri owner restoran kami makan tadi barang2 kat Makro murah tapi kna beli bundle la. Pi situ mmg murah harga dia, dari buah buahan hingga barangan rumah yg lain. Kat sini harga udang galah Rm 15.00 sekilo, klu belah kita dekat Rm 40.00 sekilo. Gula 5 kilo Rm 7.88, ayaq minuman yg saiz besaq tu 6 botoi Rm 3.98 ja, dan banyak lagi la. kalau nak beli beras wangi jangan kata la mmg murah habih sebab Thailand kan pengeksport beras terbesaq dunia. Ikan2 yg dijual sini pun banyak ikan2 fresh, hidup macam ikan keli, tilapia, ketam dan macam2 lagi. Pasaraya Makro ni terletak sebelah kiri lepas persimpangan nak ke Langgu dan Pak Bara yakni jalan nak menghala ke pekan Satun.
Seterusnya lepaih pusing2 pekan Satun kami pun singgah sat di Pasaraya Big C. Pasaraya Big C ni terletak di jalan kita nak menghala balik ke pekan Cha Lung dimana ia terletak di sebelah kiri. Berhadapan pasaraya ni jugak terdapat gerai2 jualan barangan berupa pakaian, kasut , beg dan pelbagai lagi. Dalam pasaraya ni jugak terdapat KFC dan jugak foodcourt kalau teringin nak menjamu selera. Barangan dalam ni ditawarkan agak murah jugak la terutamanya mainan, berjoget sakan la Syakirin ngan Nasihin bila tgok mainan kegemaran depa dpat dengan harga murah.
Bila waktu dah menginjak hampir pukoi 4.30 petang kami pun dah sampai di pintu sempadan Wang Prachan-Wang Kelian. Sebelum masuk Malaysia tu singgah la sat kat gerai2 di Wang Kelian ni makan koteaw sup perut, beli toto, tikaq getah dan jugak beberapa barangan lain sebelum balik. Urusan cop border ngan pengembalian surat declare kemasukan kereta ke Thailand berjalan lancar, tapi peringatan kalau nak beli belah di Thailand anda mungkin dikenakan cukai dari pihak Kastam Malaysia jika membeli barangan Thailand dengan jumlah yang banyak, tp itupun atas budi bicara pegawai kastam tersebut la. Wassalam.
Jangan Clik
Thursday, March 17, 2016
Wednesday, December 9, 2015
Bercuti di Cameron Highland
Percutian singkat penulis ke Cameron Highland ehh...ber penulis2 plak, ingat kolumnis sokkabaq ka hahaha...ok percutian singkat aku sefamili ke Cameron (bukan Cameroon negara Samuel Eto'o tu) Highland sebab aku ada jemputan kenduri umah sepupu wife aku kat Pantai Remis, Perak, jd sebelum pi kenduri tu ,famili kak ipaq aku ajak join depa pi tempat yg mempunyai kepadatan tanaman sayoq sayoqran yg tinggi ni utk berjimba2. Memandangkan hampir 6 taun dah tak mai sini jd aku bawak la anak2 teruna aku yg terbongkang lena sepanjang perjalanan yg dipenuhi aktiviti wajib depa, main, makan pastu lena dan camtulah berulang2 sehingga sampai ke destinasi tujuan. Ok destinasi singgahan pertama adalah di Ladang Teh Cameron Valley, mudah sebab tepi jalan ja. Suhu agak sejuk sebab cuaca masa aku pi asyik bergerimis. Lepaih minum teh ngan makan kek yg harga cam di Kota London, bergambar mesra, berbelanja beli serbuk teh sepeket dua habuan utk diri sendiri dan adik beradik kami pun bertolak utk mengechek in kan diri di hotel bg merehatkan badan dan membuang apa yg patut.
Kami menginap di Hotel Copthorne Brinchang yg ditempah melalui jaringan Agoda dengan kadar Rm 190.00 semalam. Kawasan Brinchang ni merupakan puncak tertinggi di Cameron ni jd suhu kat sini mmg berbelas celcius ja, tambah2 waktu malam. Aku cari jugak suis aircond dlm bilik tapi tak jumpa plak, gilo nak pasang aircond kat sini , beku la nanti hahahaha.....
Puas bilik dia, dah la luas siap ada balkoni lg, tp tu la tempat yg jarang pi sebab sseejjuukkk.... dri bilik ni yg berada di tingkat 10 dapat la tgok pemandangan cantik kawasan Brinchang yg dikelilingi ladang2 sayoq dan kabus2 awan komolonibus. Selain disediakan tempat parking bawah hotel yg banyak space, hotel ni jugak berdekatan dengan restoran dan juga hanya berjarak jalan kaki ja ke Kea Farm (tempat jual sayoq tu).
Pastu kami singah di Lavender Garden di Tringkap, bayaran masuk untuk dewasa adalah Rm 5.00 dan Kanak2 Rm 3.00. Taman yg penuh dengan bunga2 cantik ni mmg sesuai utk bergambar dihiasi bunga yg bermacam2 kaler, dekorasi yg cantik dan monumen2 yg kiut. Kat dalam ni jugak ada tanaman stoberi dan kita bole kutip sendiri buah tu pastu kna bayar kat kaunter, kita kna kutip buah stoberi sekurang-kurangnya 200 gram. Kat dalam ni jugak ada gerai2 jualan macam2 dari buah2an, menan, cenderahati, makanan dan jugak pakaian. Kat sini yg paling mabeles adalah buah stoberi bersalut coklat, mmg sedap, tiga batang Rm 5.00. Bg aku klu nak beli buah stoberi yg bersalut coklat baik beli yg macam ni, yg dicucuk di batang lidi berbanding buah yg dibubuh dalam bekas pastu depa tuang coklat sebabnya, klu yg dalam bekas tu coklatnya tak sekata dan tak menyaluti sangat buah tu, jd kureng sikit bg aku, yg cucuk lidi nih mmg pilihan la.
Masa aku pi tu ramai jugak la umat, maklum la time musim cuti sekolah plus weekend. Kalau nak beli cenderahati berupa makanan yg berbaloi bg aku adalah coklat yg dalam ada jelly tu yg ada perisa stoberi, blueberry, mangga, anggur dan sebagainya sebab sedap dan tahan. Sebab kalau beli buah2an ni maklumla ada buah yg mudah lebam atau lasu kata org utara, jd kualiti rasa tu kurang la sikit.
Pasar Malam Brinchang merupakan tempat yg mmg aku kepingin sangat nak pi sebab kat sini ada bermacam2 jualan dari buah2an, sayur-sayuran, makanan, cenderahati dan bermacam lagi dengan harga yg ditawarkan cukup murah dri tempat lain, sebagai contoh jelly bersalut coklat tu klu kat tempat lain ada yg 3 atau 4 kotak Rm 10.00 tp kat sini kita bole dapat 5 kotak Rm 10.00 jd dah untung kat situ. Yang leceh kat sini adalah nak cari parking, mmg jammed klu mai time cuti, jenuh cari parking, klu nak mudah dpt parking mai awai sikit, dlm pukoi 5 atau pukoi 6 petang.
Pasar Malam ni klu ikutkan hanya dibuka hari Jumaat dan Sabtu ja, tapi minachi yg keja kat Petronas situ kata kalau musim cuti sekolah depa akan buka hari2. Mmg luas pasar malam ni, jenuh jgak la nak berjalan. Apa yg spesel kat pasar malam ni berbanding pasar malam di tempat lain, sini kita ble jumpa sayoq celup tepung, berbagai2 ubi kukus, buah2an kering dan kalau kita beli apa2 makanan dia punya sayoq mcm kobis, salad, timun atau tomato mmg heaven, banyak depa boh, maklumla sini rega sayoq murah. Lg satu yg aku musykil kat sini depa jual makanan seafood cukup murah, ya la memandangkan kat sini kan jauh dri laut, tapi depa bole jual dengan rega tu mmg berbaloi la utk pengemar seafood klu nak ratah udang atau pun soton goreng celup tepung.
Esoknya awai2 pagi aku dah pi Kea Farm, sebab senang nak cari parking dan jugak mengelakkan kna saman Trafik. Tapi mai pg pun org dah ramai dah, maklumla sambil mai breakfast kat kedai mamak berdekatan lajak teruih la mai borong hasil dari tanah tinggi ni. Kat sini klu nak beli buah stoberi fresh, segala mak nenek sayoq ngan bunga2 atau tanaman ble la, sebab banyak pilihan.
Memandangkan anak2 aku teringin nak tengok pokok2 stoberi memberanakkan buah stoberi jd aku bawak la depa pi Raju Hill Strawberry Farm yg terletak btoi2 bertentangan dengan Hotel yg aku menginap, tapi jalan nak naik dia curam sikit, klu keta tranmisi auto tu ok la, klu yg gear manual tu mmg gayat la sikit. Sini kita bole petik sendiri stoberi, 1 kilo harga dia lebih kurang Rm 30.00 . Kat sini aku mai pekena buah stoberi fresh dri ladang dgan ais krim stoberi yg berharga Rm 7.00. Ruang kafe dan parking yg disediakan cukup luas untuk menikmati eskrim yg cukup mabeles tu.
Selanjutnya kami singgah di Lumut sebelum pi kenduri sepupu wife aku keesokannya di Pantai Remis. Kali ni aku menginap di Mornington Hotel, Lumut yg kadarnya Rm 90.00 semalam yg juga ditempah melalui jaringan online Agoda. Cantik dekorasi dalaman bilik hotel ni w'pun tak seluas bilik di Hotel Copthorne, Cameron. Selain berdekatan dengan kedai makan dan kedai 7E, hotel ni jugak tak jauh dari Aeon Mall , Giant dan juga Tesco Manjung.
Ruang bilik ayaq yg sungguh selesa utk memerut dan jugak mandi manda, tambah2 utk hero2 aku tu yg berejam kalau mandi tempat yg ada shower. Main ja lebih, mandi sikit ja.
Dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam eewwaahh.... hahahaha...apalagi mai menyinggah ke Pekan Lumut la tgok laut dan berabih duit sikit beli makanan laut yg popular kat sini cam soton kering, ikan bilis, keropok, ikan kering dan juga macam2 lagi la sebelum pi makan kenduri dan teruih balik ke bumi tercinta Perlis Darul Naim kehkehkeh....

Tuesday, November 10, 2015
Tempat-tempat menarik di Medan Indonesia
Hujung bulan Oktober 2015 aritu aku berpeluang menjejak kaki ke salah sebuah wilayah dalam Negara Indonesia yg dikuasai Partai atau Parti politik NASDEM (Partai Nasional Demokrat) di bawah pimpinan Ketua Umumnya Surya Paloh iaitu Kota Medan. Aku bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan pkul 9.00 mlm menaiki pesawat tambang murah Ayaq Asia, tapi flight delay plak ke 10.30 mlm. Jarak Kota Medan dari sini tak jauh mana, lebih kurang 45 minit saja perjalanan. Waktu di Kota Medan ni lewat satu jam dari waktu Malaysia, lebih kurang macam waktu Thailand. Alhamdulilah masa aku pi tu tgah rancak isu jerebu, tapi cuaca di Kota Medan sangat baik dan udara pun nyaman tanpa sedikit pun ada asap jerebu. (Selamat...tak payah pakai mask Dath Vader)
Ok serba sedikit info mengenai Kota Medan ni adalah di mana Kota Medan merupakan Ibukota bagi Wilayah SUMUT (Sumatera Utara) dan merupakan Kota terbesar di Wilayah Sumatera dan ke 4 terbesar dalam Negara Indonesia. Penduduk Kota Medan berjumlah 4 juta orang (2014) dan dalam Kota Medan terdapat 21 Kecamatan atau daerah dan 151 kelurahan atau kampung. Terdapat berbagai2 etnik mendiami kota ini terdiri dari Melayu Deli, Acheh, Banjar, Batak, Minang, Tionghua, India dan lain-lain lagi. Selain dikenali sebagai tempat shopping, Kota Medan juga terkenal dengan juadah pelbagai makanan kulinari yang terkenal, dari Sate Padang, masakan Minang, Mie Rebus Medan, Kopi, bika ambon , soto dan pelbagai lagi. Sebenaqnya banyak tempat2 shopping atau tempat2 menarik di Kota Medan selain Danau Toba (5 jam perjalanan dari Kota Medan), Berastagi (2 jam perjalanan dari Kota Medan), Air Terjun Si Piso-piso dll, namun ada jgak tempat2 dalam Kota Medan yg aku takdan pi, maklum la kekangan masa dan kekangan kewangan kehkehkeh... . Antara tempat-tempat menarik di Kota Medan ialah:-
Tempat Shopping:-
1. Pajak Ikan
2. Medan Mall
3. Sun Plaza (Sogo)
4. Kedai Bika Ambon Hajah Zulaika dan Kedai Rika
5. Gudang Hajah Mariani
6. Kedai Pakaian Jalan Wajir
7. Pasar Aksara (Kompleks membeli-belah Ramayana)
8. Pasar Petisah
9. Pajak USU (Universiti Sumatera Utara) atau Pajus
10. Fashion Outlet
11. Medan Fair Plaza (Carrefour)
Tempat Menarik :-
1. Istana Maimun
2. Masjid Raya
3. Kantor Pos
4. Gedung Balai Kota
5. Rumah Agam Tjong A Fie
6. Ramadhan Fair (hanya diadakan pada bulan Ramadhan)
7. Perkampungan Madras
Tempat Makan menarik:-
1. Merdeka Walk
2. Restoran Garuda
3. Ayam Penyet Cinderalas
4.Soto Sinar Pagi
5. Restoran Ikan Bakar Pondok Lesehan Lubuk Idai
6. Restoran Simpang Tiga
7. Amaliun Foodcourt
8. Mee Ayam Panjang Polonia
9. Ayam Goreng Kalasan
Restoran Simpang Tiga-Singgahan pertama di Kota Medan adalah tempat yang sungguh murni untuk perut boroi kami, iaitu Rumah Makan atau restoran bg mengisi temolok kami yg agak lapaq dengan masakan Padang iaitu di Restoran Simpang Tiga. Ok kat sini juadah masakan akan dihidangkan banyak ataih meja, kita makan yg mana kita nak makan ja, yg tak mau jgn sentuh, sbb nanti dia kira yg mana kita makan ja. Tapi aku tgok ahli2 Jemaah pakat tibai semua juadah ataih meja, satu pun tak tinggai,rakus btoi depa nih, tu bru jumpa makanan Medan, klu jumpa gadis2 manis Medan hhmmm...habih pakat jaahhaannaamm.... hahahahaha...Antara juadah yg aku cam masakan Padang ni adalah ayam goren, pucuk ubi masak lemak, rendang, gulai ikan kakap, teloq pindang dan ulam-ulaman.
Hotel Syariah Madani-Hotel yg kami menginap adalah di Hotel Syariah Madani yang terletak berhadapan Masjid Raya. Rate masa aku duduk adalah Rm 120.00 semalam termasuk breakfast. Bagi aku hotel ni biasa2 saja, tak recommended sgat sebab mlm banyak nyamuk kat lobi, tiap2 malam depa semboq ubat nyamuk spray, klu mai dgan anak aku yg ada G6PD tu mmg tak kluaq bilik la mlm2.Selain dekat dengan semejid (utk semayang waktu), sebelah hotel ni jugak ada Pasaraya Yuki Simpang Raya, tapi pasaraya ni cuma ada pakaian, mainan, handset,dan alat tulis ja, keperluan lain cam makanan , ubat gigi, roti dll takdak. Klu nak makan McDonald dgan Texas Ayam Goreng pun ada dlm ni. Walaupun hotel ni berlandaskan Syariah (sebab smua pekerja dia tutup aurat dan ada syarat yg menetapkan semua pasangan yg menginap wajib menunjukkan surat bukti perkahwina) tapi aku tgok kat ballroom hotel mlm2 ada pompuan bertudung Indonesia siap dok bernyanyi dangdut pastu ada plak pompuan bertudung dok menari2 lg, bg aku tak berapa sesuai la waima utk aku yg berjiwa gigolo ni.
Agak aku hotel ni usia dia dah agak lama sbb tgok keadaan bilik yg agak sezen. Selain itu siaran tv pun agak ok (sebab ada siaran langsung game Manchester United hehehehe...).Yg tak syoknya aku dapat bilik yg takdak tingkap, tak ble la aku nak sketching Bandar Medan dari tingkap hotel aku. Jaringan internet hanya strength kat lobi ja, kalau kat bilik failed, sat ada, sat takdak.Breakfast hotel bg aku biasa2 ja, klu turun awai sgat kdang2 ada juadah yg tak siap lg atau lambat dihidangkan. Cukup mudah untuk dapatkan perkhidmatan teksi dan beca motor di hotel ni sebab supir2 sentiasa ada kat hadapan hotel utk memberi perkhidmatan. Lagi satu lokasi hotel ni dekat dgan tempat2 tumpuan pelancong cam Masjid Raya dan tak jauh dari Istana Maimun, (lebih kurang 500 meter jarak). Kat belakang hotel ni pun ada food court yg agak osem makanan dia selain itu jugak mana2 pelancong yg nak tambah souvenier tak payah risau sebab penjual2 souvenier akan sentiasa ada di perkarangan hadapan hotel dgan pelbagai cenderamata (kna pandai tawar menawar utk dapat harga yg munasarawak).
Masjid Raya- merupakan salah satu ikon Kota Medan. Masjid ini telah didirikan di bawah pemerintahan Kesultanan Deli iaitu Sultan Ma'mun Al Rashid Perkasa Alam pada tahun 1909. Terletak berhadapan dengan hotel yg aku duduk iaitu Hotel Madani, Masjidnya cukup luas dan dilengkapi dengan ciri2 senibina yg sangat cantik. Berhadapan Masjid terdapat simpang 4 yang setiap waktu dipenuhi kenderaan lalu lalang. Satu lagi di sini bunyi hon merupakan perkara biasa sebiasa macet (jammed) yg sering berlaku di jalan2 utama tak kira waktu. Lagi satu kalau orang luaq yg teringin nak memandu sendiri kenderaan di sini, nasihat aku seeloknyalah baik ambik supir, sebabnya selain seringkali jalanraya berlaku jammed, gaya pemanduan pemandu2 kenderaan sini yg agak melulu dan tak ikut peraturan kadang2 bole membahayakan kita.
Medan Mall- Merupakan salah satu shopping mall yang terdapat di Kota Medan, selain menawarkan harga yg berpatutan, di sini juga terdapat pelbagai kedai dari kedai buku, kedai makan hingga ke kedai alatan computer. Dekat sini juga popular dengan Restoran Es Teller di tingkat 3 yang menyediakan sajian ABC atau Aih Sagat kata org utara, sini 'ais' dipanggil 'es'. Apa yang berbeza sikit di sini ABC dia bubuh gula Melaka, santan dan ada macam2 perisa , dari strawberi hingga durian. Selain Aih Sagat sini jugak ada menyediakan bakso. Di Medan ni kedai-kedai di tepi2 jalan biasanya tutup awai, lebih kurang dlm pukul 6 petang, kalau di pasaraya lewat sikit, dalam pukoi 10 malam.
Restoran Kalasan-Di Tingkat 4 Medan Mall juga terdapat Restoran Kalasan Ayam Goreng, walaupun aku dan konco2 aku yg buas tu tak makan ayam goren pun, tapi tgok dkat menu dia nampak menarik jugak. Restoran Kalasan ni menyediakan makanan khas Sunda.Kami mai sini sebab nak rasa Kopi Sidikalang. Sidikalang ni merupakan nama tempat yg banyak menghasilkan kopi tempatan. Ok jugak rasa kopi ais dia dengan harga yg ditawarkan agak mahai jugak la dlm Rp 18,000.00 bersamaan Rm 5.70. Ada jugak aku nampak depa sediakan Teh Botol, tapi tgok review dari blogger lain kata Teh Botol ni tak berapa sedap, jadi kensel la nak try rasa, lgpun aku dah tibai kopi tu, yg nak pi rasa dua tiga jenih ayaq apa kejadahnya plak kan kehkehkeh.... (nak jaga bajet sbenaqnya)
Tjong A Fie Mansion- Merupakan antara penduduk pertama berketurunan Tionghua di Kota Medan yang mana rumah agamnya dibina pada tahun 1900. Terletak di Jalan Kesawan,Rumah ni dibuka pada pengunjung pada tahun 2009. Tjong A Fie ni merupakan bisnesman yang cukup terkenal di Sumatra Utara. Berlatarkan kesenian dari Negara China, tiket masuk ke Tjong A Fie ni dikenakan sebanyak Rp 35,000.00 seorang atau lebih kurang Rm 11.00.
Mie Ayam Mas Panjang Polonia- Restoran ni terletak bersebelahan Lapangan terbang lama Kota Medan iaitu Lapangan Terbang Polonia. Kalau nak rasa suasana gerai-gerai kampung bole la mai sini, walaupun gerainya terletak agak ke dalam dari jalan utama, tapi juadah kulinernya amat mantap sekali dong. Yang istimewanya tentu sekali Mee Ayamnya yang dihidang bersama Sate Kerang, kalau nak lagi sedap bole makan dengan keropok goreng yang disediakan utk menambah kelazatan hidangan. Kat sini ada macam2 ayaq dan aku try rasa Jus Alpokat (buah Avokado + Coklat) tapi rasa tak kna plak dgan tekak aku, tawaq dan pekat, klu dia boh coklat banyak skit mungkin sedap. Harga yg ditawarkan kat sini amat murah, maklumla ikut harga gerai iaitu sekitar Rp 5000 hingga Rp 10,000 dalam lingkungan Rm 1.50 hingga Rm 3.00.
Kedai Kain dan Telekung Wajir- Seterusnya kita ke tempat2 shopping plak, Kedai kain ni terletak di Jalan Wajir dan antara kedai yg aku recommended dari kedai-kedai di Pajak Ikan sebab kat sini kedai dia ada pintu yg tertutup. Pelik kan bunyi dia, ni maksud aku kalau kita ke mana2 Bandar dalam Indonesia pasti akan ada penjual-penjual souvenier atau peminta sedekah di tempat2 tumpuan pelancong , dan kehadiran depa kadang2 agak merimaskan, bg sedekah kat sorang, berderet plak akan mai kat kita jenuh la camni. Bila mai kedai tertutup ni selesa la skit nak membeli belah. Macam tu jugak la kat Pajak Ikan, memandangkan kedai2 kat Pajak Ikan tak bertutup, lg la ramai depa ni kerumun kita, sampaikan nak kentut di khalayak ramai pun payah.
Selain menjual kain pasang dan telekung, kat sini jugak ada menjual kain batik, kain pelikat dan jugak baju batik. Saranan aku kalau nak dapat dengan harga murah, beli la bundle, anda akan dapat diskon dari toke kedai dan jugak pelayan2 yg cun melecun tu. Kat sini toke dia akan bagi minuman gratis atau percuma kalau kita mai ramai dan beli banyak dari kedai dia, masa aku pi dia jamu Kopi Panas Acheh, sedap kopi dia rasa cam kopi tumbuk. Kat sini kalau kita minum minuman panaih depa akan sediakan cawan siap dengan penutup utk mengelakkan minuman tu cepat sejuk.
Merdeka Walk- Merupakan lapangan kuliner yang dipenuhi deretan kedai makanan dari makanan tempatan hingga ke makanan barat. Merdeka Walk Dibuka mulai pukul 6 petang hingga ke tengah malam, dan lebih meriah pada malam minggu yang mana pelanggan akan dihiburkan dengan live band dan juga beberapa pertunjukkan lain. Walaupun di sini harga makanan sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi suasana yang disajikan memberi sedikit kepuasan pada pelanggan. Aku tak mai pun kat sini, lalu ja, sebab payah cari parking, lagipun kami makan di tempat lain yg jauh lebih sedap dan murah.
Istana Maimoon-Istana lama zaman Kesultanan Deli ni dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888. Merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Berlokasi di Jalan Brigjen Katamso dan tak jauh dari Hotel Madani, lebih kurang 500 meter jaraknya. Istana ni dibuka setiap hari dan dikenakan bayaran masuk ke dalam Istana sebanyak Rp 5000.00 atau lebih kurang Rm 1.50. Kat sini jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu, magnet fridge,songket,songkok, kain batik/pelikat, rehal, ayat2 Al-Quran dan lain2 lg, lagi satu jgan malu tawar menawar sampai depa bg harga yg kita mau. Kalau nak yg murah beli kat gerai bawah pokok pelam kat situ, mmg murah dri gerai2 lain.
Fashion Outlet- Terletak di Jalan Candi Mendut merupakan kedai pakaian yang telah direject dari kilang tapi masih berkeadaan baik dan juga ditawarkan dengan harga yg cukup murah terutamanya seluaq jeans. Di sebelah Kedai Fashion Outlet ni juga terdapat butik Polo, Adidas dan Nike. Aku tak beli apa-apapun sebab tak banyak sgat pilihan tambahan harga nak lebih kurang harga jeans padang besaq ja.
Amaliun Food Court- Terletak betoi2 di belakang Hotel Madani dan Jalan Amaliun 3 amnya, makanan kat sini pelbagai dan cukup sedap, bak kata orang2 Indonesia makanan kat sini enak, asik dan seru tentunya. Selain lokasi yang luas dengan deretan meja makan indoor dan outdoor pasti memberi suasana yg cukup stim utk sapdek. Ada berbagai gerai dengan macam2 hidangan tempatan kat sini dan kita kna bayaq sebaik pesanan sampai. Kat sini aku order Nasik ayam pandan, sate Padang (yg nih sedap, kuah dia mmg mabeles siap taboq bawang goren lg), murtabak arab dan siomai (dia macam kuewteaw gulung dgan kuah pasembot). Harga ok la dgan kesedapan juadah tu sbb kita bukan sahaja membeli makanan dan tetapi juga membeli suasana kat sini. Kalau malam minggu lagi meriah kat sini sebab kat luaq restoran ada disediakan pentas live band local Medan dan juga pertunjukkan lain, sbb mlm sabtu aku pi ada pertunjukkan tarian zapin yg menggunakan muzik iringan drpd Noraniza Idris.
Plaza Medan Fair (Carrefour)- Kalau kat Malaysia Carrefour smua dah btukaq ke Aeon Big tp kat sini ada lg. Kalau nak rasa tenang membeli belah tanpa dikerumuni penjual souvenier atau peminta sedekah, pi la pasaraya2 kat Medan, situ tenang sikit, bole relaks2 jalan sambil cuci mata dan cuci poket sekali wakakakaka....banyak kedai beroperasi kat sini, rasa cam kat Malaysia plak cuma aku tgok kat sini banyak org2 kaya Medan mempunyai Supir sendiri mungkin disebabkan gaji murah dan jalan2 kat Medan nih yg jammed tak tentu waktu mungkin menyebabkan perkhidmatan pemandu peribadi ditagih. Pasaraya ni terletak di Jalan Jend Gatot Subroto dan setinggi 6 tingkat. Kat sini juga ada kedai buku di tingkat bwah,jadi sapa2 yg ulat buku tu bole la mai cari buku2 keluaran tempatan utk dibuat kenang-kenangan.
Pasar Petisah- Pasar tradisional ni terletak di Jalan Majapahit dan menawarkan pelbagai barangan dari pilihan pakaian, barangan elektronik, makanan tradisional tempatan, produk anyaman, gelang/rantai manik dari daerah-daerah di Sumatera Utara. Kat sini gerai2 jualan dibuka sampai tepi2 jalan, bukan kata nak cari parking keta payah, nak lalu pun payah sebab jammed. Selain barang2 tersebut sini jugak ada jual ikan masin, sayoq, barang mainan dan lain brg yg slalu org jual di pasar. kalau mai sini waktu pagi mmg sibuk, dengan kenderaan lalu lalangnya, dengan warga sipil lg yg sungguh ramai utk beli barang2 basah memang mampu membasahkan ketiak mulus anda jika ngunjung ke sini.
Kedai Rika Bika Ambon & Kuih Lapis Legit- Antara jajanan tradisional tempatan yg slalu dibawa pulang oleh pelancong2 yg mai ke Kota Medan adalah Bika Ambon, Kek Lapis Legit dan juga Bolu (bahulu). Banyak sebenaqnya pegusaha kuih bika ni di Medan spt Kedai Hajah Zulaikha, Hajjah Fatimah, Hajjah Lia, Kedai Zainuddin dan Kedai Rika. Sedap kuih bika ni, rasa dia lebih kurang cam kek gula hangguih cuma sini dia buat pakai ubi kayu. Harga dia lebih kurang Rp 80,000.00 atau bersamaan Rm 25.00, lg satu yg bestnya kedai ni ada buat penghantaran kat hotel dan dia akan hantaq pada hari kita nak bertolak balik supaya kita dapat kek bika yg masih elok dan lambat rosak, kita cuma perlu tinggalkan nama, no bilik dan nama hotel nanti pihak kedai akan hantaq siap bungkuih dalam kotak yg snang kita bawak naik ataih pesawat. Kat sini jugak ada dijual Kopi Luwak, ala kopi taik musang yg cukup dikenali sebagai antara kopi paling sedap di dunia, tapi bg kita org Islam dengaq kata haram makan benda2 dari najis menatang nih. Banyak jugak artis2 terkenal seberang yg mai borong kek bika kat kedai ni dan ni antara artis yg aku rasa org M'sia knal sebab pernah jadi juri Maharaja Lawak 2014 iaitu Farah Quinn.
Sun Plaza (Sogo)- Antara pasaraya yg moden dan besaq kat sini ada lebih kurang 6 lantai atau 6 tingkat bahasa kita. Kedai-kedai dalam ni macam biasa la macam kat pasaraya belah kita jugak. Kawan aku Bob ada jugak pi tanya kedai game kat sini berapa harga Cd game PES 2016 PS4 lebih kurang harga kita jugak dlm Rm 218.00. Lagi satu kat sini kalau nak jimat penggunaan wang cash kita, kita bole pakai kad kredit atau kartu kredit di pasaraya2 di sini jadi bole la simpan wang cash kita tu utk kegunaan di tempat yg memerlukan cash di tangan. Kalau nak tgok ramainya org Cina tempatan atau keturunan Tionghua Indonesia bole la mai sini, ada jugak terjumpa yg kaya tu siap ada dua maid jaga sorang anak dia, huhuhu...mungkin murah kot gaji maid kat sini maklumla org tempatan. Masa aku pi tu ada booth2 pameran UKM (bukan Universiti Kebangsaan Malaysia, tapi Usaha Kecil Menengah) iaitu perusahaan desa dari daerah2 seluruh Indonesia, ada dari Jogjakarta, Bukit Tinggi, Palembang, Bandung dan mcm2 lagi.
Restoran Ayam Penyet Cinderalas- Antara restoran masakan Ayam Penyet yg tersedap, mmg recommended sgat2. Kedai ni terletak di tepi jalan antara laluan dari Lapangan Terbang Kuala Namu ke Bandar Medan. Apa yg berbeza antara juadah Ayam Penyet di Indonesia dan Malaysia adalah, Ayam Penyet di sini dihidangkan tanpa kuah atau sup, di Malaysia depa sertakan sekali sup, kat sini kita makan nasi kering dgan sambal ja.Juadah dihidangkan panas2 dengan tauhu goreng, tempe goreng mabeles , ulama-ulaman dan sambal. Harga sini kalau nak jimat ambik yg pakej, dimana dia sediakan sekali dengan minuman, cam aku ambik Nasik ayam penyet dgan teh o ais limau dalam Rp 23,000.00 atau lebih kurang Rm 7.00 saja. Masa aku pi tu pihak restoran ada sediakan pisang emas free, habih satu bas kami ambik kedarah sementara nasik sampai, hahahaha....klu benda free laju ja puak2 jakun nih.
Selain hidangan utama Nasik Ayam Penyet, kat sini jugak ada bermacam2 hidangan lain spt Nasik goreng atau masakan lauk pauk lain spt di menu. Spt biasa bila tempat yg slalu jadi tumpuan pelancong luar, pasti ada penjual2 souvenier kat sini, klu nak beli tu tawar la dgan berhemah pasti depa akan bg harga yg cukup murah. Kedai ni terletak di luar Bandar yakni di pesisiran kampong jadi suasana tu damai dan tenang skit dari hiruk pikuk kota.Dekat luaq restoran ni ada patung ayam tokak cabai mungkin simbol restoran nih, klu nak bergambaq kenangan pun bole tapi dengan syarat kna tokak cabai tu sekali kakakakaka.....
Jadi tu lah antara tempat2 menarik di Kota Medan yang sempat aku kunjungi. Jadi layan dulu gambaq2 len yg sempat disnap kamera gigoloku. Sempat aku bergambaq mesra dengan beca motor atau betor, kat sini beca disebut becak, klu tempat kita becak tu basah .Kos tambang Pengangkutan beca motor ni antara termurah la (tgok jarak perjalanan) tapi anda harus mempunyai kecekalan hati yg tinggi sebab kadang2 cara pemanduan dia umpama Valentino Rosi versi Mendailing yg bisa membuatkan buasir kita tak kering selama 3 bulan dgan cara pemanduannya haahaha....Motor atau speda di Medan nombot plat dia besaq2 siap ada tarikh cukai jalan lg kat no plat tu, ada yg aku tgok sampai taun 2020 huhuhu...lama btoi cukai jalan dia. Kat sana aku dpat bilik hotel takdak tingkap jd takdan la aku nak sketching bandaq Medan, nak sketching kat tempat lain tak privasi, maklumla org ramai, sempat sketching kat Airport Kuala Namu ja, tu pun sebab flight delay 2 jam,model kapal terbang aku pun dah cau dulu dah, tak nyempat2 hahahaha...
Bukan kata kat Malaysia, siri Upin Upin jugak popular di Indonesia, depa tak alih bahasa cuma guna subtitle ja, ala macam kat siaran tv kita la yg siar tayangan sinetron. Lagi satu peringatan kalau nak mai Indonesia bawak la international soket sebab soket kat sini lain sikit dri M'sia, dia hanya dua lubang ja klu tidak habih bateri hp ngan kamera kong. Sempat jugak snap gambaq keta keluaran negara kita Proton BLM yg dibuat teksi kat sini, maklum la keta2 import kat sini murah. Lagi satu aku bru tau rupanya di Sumatera Utara juga ada menghasilkan buah Mempelan Harum Manis...yaa...buah yg cukup sinonim dengan negeri Perlis. Awai tu aku ingat depa import buah ni dri Perlis, tapi rupanya buah ni dari pasaran tempatan utk dieksport ke luar Negara siap ada tulis "special manga jaten Indonesia" kat kotak.
Pemandangan kanak2 menjual macam2 dari ayaq, sokkabaq, pencuci tayar dll di persimpangan atau di lampu trafik merupakan perkara biasa di sini, ada aku jumpa depa dok pegang bulu ayam, aku ingatkan nak jual bulu ayam tapi rupanya ambik upah lap cermin kereta, kesian plak aku tgok kecik2 dah kna cari rezeki, klu kat negara kita budak2 main tepi jalan mampoih kna jerkah sruh balik sebab bahaya, ( lupa plak nak tanya kes penculikan budak kat sini tinggi ka dak, sebab peluang nak culik budak tinggi sbb budak2 berkeliaran tanpa pengawasan ramai). Kebanyakan rumah kediaman kat sini banyak pakai parabola, kadang2 sebijik rumah sampai dua piring parabola, kompom dapat siaran dri planet Pluto nih. Beca motor kat sini kadang jadi medium pengiklanan bergerak, banyak banner iklan2 kat beca motor ni, selalunya produk tempatan la. Sekolah kat sini 6 hari waktu pembelajaran, cuti ari Ahad ja, pakaian sekolah sini kaler coklat, ada yg berhijab dan ada yg pakai blaus ja, ya la sini kan ramai Muslim dan Kristian, nak beza pun payah sebab rupa seakan-akan sama.
Dekat sini banyak btoi 'banner bunga' macam gambaq ataih kiri,selalu diletak di premis2 atau tempat pameran, selalunya disponsor oleh orang perseorangan. Gambaq ataih kanan adalah patung Guru Patimpus yg merupakan orang pertama yang menbuka Kota Medan pada tahun 1590. Bawah kiri adalah ayaq pancut di roundbout Kota Medan dan gambaq bawah kanan adalah stesen minyak syarikat tempatan iaitu PERTAMINA lebih kurang cam PETRONAS kita la, harga minyak kat sana mahal 2,3 kupang ja dari kita.
Memandangkan kami mai dari jabatan Bomba , jadi mai sini nak jugak tgok Bomba tempatan . Kalau kat sini dipanggil Dinas Pencegahan Pemadaman Kebakaran seperti gambaq ataih kiri, banyak jugak tgok lori tanker depa maklumla Kota Medan kan besaq. Gambaq-gambaq lain adalah suasana 'nat' atau pasar pagi kat sini dan juga Universiti Islam yg ada kat sini.
Memandangkan dah terlajak mai sini, mmg wajib la aku selusuri ke kedai2 buku kat sini mencari bahan2 bacaan terutamanya buku kartun tempatan. Semestinya lah aku cari buku kartun yg iras2 buku Dato' Lat yg mana kita sedia maklum bahawa karya Dato' Lat mmg terkenal seantero dunia sebab nak kata hasil kartunnya taklah secantik hasil karya kartunis terkenal tempatan cam Aie, Oren dan sebagainya tetapi hasil agung karya Dato' Lat terkenal adalah dari segi contentnya yg banyak memaparkan sosio budaya dan cara hidup rakyat Malaysia ke mata dunia dan aku juga merupakan salah seorang kolektor karya Dato' Lat, dan hasil lukisannya adalah tersendiri dan terperinci. Sudah kita sedia maklum, bagi org luar atau pelancong susah utk kita selusuri menjelajah segenap pelusuk utk mengetahui setiap tempat2 menarik, sosio budaya, ekonomi dan makanan2 tempatan, jadi buku kartun lah antara medium utama dalam mengetahui selok belok sesebuah tempat, atau negara amnya utk disampaikan kepada pembaca. Kat sini aku berjaya beli Buku Kartun Tiga Manula jalan-jalan ke Selatan Jawa dan Tiga Manula jalan-jalan ke Pantura (Pantai Utara Jawa) hasil nukilan artis tersohor tempatan iaitu Benny Rachmadi yg terkenal dgan karya Benny n Mice.Buku ni mengisahkan 3 lelaki tempatan Waluyo (Jawa), Sanip (Betawi) dan Liem (Tionghua) yg berkelana pusing2 pulau Jawa mencari kg Waluyo iaitu Kg Tingal. Jadi sepanjang perjalanan tersebut melangkaui beberapa daerah dan Bandar yg sangat baik penerangan melalui lukisan oleh Benny tentang tempat2 pelancongan daerah tersebut, makanan kulineri tempatan dan budaya2 setempat yg digarap cukup humoris oleh pelukis dan mudah difahami (juga menjadi alat mudah untuk memahami dialek bahasa Indonesia).Walaupun hanya berkisar di negeri2 dalam Kepulauan Jawa sahaja dan bukan seluruh Indonesia tapi bg aku dah cukup memadai maklumla Indonesia kan luas jenuh Benny Rachmady nak jelajah seluruh Indonesia. Harga buku ni aku dapat dalam Rp 50,000.00 sebuah atau lebih kurang Rm 15.00.
Dah nama pun ulat bulu eehh... silap plak ulat buku, pi mana2 pun musti cari bahan bacaan, terutama sokkabaq atau Koran dipanggil di Indonesia. Bukan apa selain mengetahui sedikit informasi dan berita2 tempatan seronok jugak baca gaya penulisan menggunakan bahasa Indonesia yg kadang2 lawak macam aku jumpa keratan bahagian sukan yg mana depa menggunakan perkataan "mandul' dan 'butuh' hahahaha....klu belah kita tak berapa sesuai sebab kasaq bunyi nya tapi kat sini bahasa tersebut biasa, bahasa Indonesia 'butuh' itu beerti 'memerlukan' kalau di negara kita makna dia agak kesat. Kalau penyokong Manchester United ngan Chelsea dapat sokkabaq ni sahih jadi alatan istinjak dah ni, maklumla syarat alatan istinjak kan kna guna benda2 kesat, sebab aku tgok penggunaan bahasa sokkabaq ni pun agak kesat bunyinya kehkehkeh....selain tu aku ada jugak ambik flyer2 yg diberi kat sana saja ja nak tgok apa perbezaan antara perkhidmatan atau barangan di sana berbanding negara kita, contohnya flyer stesen tv satelit tu Big tv yg menawarkan 128 channel dan 21 channel Hd dgan harga bulanan Rp 200,000.00 atau lebih kurang Rm 64.00 ja. Jualan rumah di sana aku tak sure harga sebijik rumah tapi yg syok tgok adalah beberapa peralatan dan servis yg gratis (percuma) diberikan spt yuran guaman, perabot, elektronik set, jeriji, pemasangan air dan elektrik dan lain2 lagi dan bayaq Rp 10 juta atau Rm 3,000.00 dah bole dapat kunci.
Selepas 4 hari 3 malam berdangdut di Kota Medan sampai masanya kami bertolak balik ke Malaysia dan menuju ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan. Lapangan terbang ni masih baru, luas dan cantik rekabentuk dalamannya, dalam ni jugak ada macam2 kedai dari kedai makan, pakaian , kedai mainan dan kedai serbaneka kot2 ada lg baki wang Rupiah yg ada untuk dihabisin membeli-belah di sini plak. Ok kalau sapa2 memerlukan perkhidmatan Supir bole hubungi no ni Fahrul +081376152391 atau bole hubungi office dia Pt Maju Malindo +0614530882 atau +0614531434.
Walaupun flight delay 2 jam sempat jugak selpiaq ngan encik kapai terbang, ble ja nak naik pesawat guna bridge tapi saja gatai pusat nak naik ikut ground, bru la rasa cam backpackers sejati dok gitu hahahaha... jam 7.15 ptg kami berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan jgak la snap gambaq kepak kapai terbang dok tgah brek dengan kuasa 16 petala langit. Jadi sekian dulu serba sedikit coretan pengalaman di Kota wisata Medan , Indonesia dengan serangkap pantun 4 kerat, 'Tajuk sokkabaq Sesali setan merah mandul', 'Dan juga the blues butuhkan perubahan', 'Walaupun Kota Medan kota yang padat penduduknya', 'Saingan BPL musim ni mmg Chelsea Mandul dan perlukan kebutuhan'. Hahahahahaha..... cam taik idung ja bunyi pantun tu......

Subscribe to:
Posts (Atom)