Jangan Clik

Tuesday, November 10, 2015

Tempat-tempat menarik di Medan Indonesia

Hujung bulan Oktober 2015 aritu aku berpeluang menjejak kaki ke salah sebuah wilayah dalam Negara Indonesia yg dikuasai Partai atau Parti politik NASDEM (Partai Nasional Demokrat) di bawah pimpinan Ketua Umumnya Surya Paloh iaitu  Kota Medan. Aku bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan pkul 9.00 mlm menaiki pesawat tambang murah Ayaq Asia, tapi flight delay plak ke 10.30 mlm. Jarak Kota Medan dari sini tak jauh mana, lebih kurang 45 minit saja perjalanan. Waktu di Kota Medan ni lewat satu jam dari waktu Malaysia, lebih kurang macam waktu Thailand. Alhamdulilah masa aku pi tu tgah rancak isu jerebu, tapi cuaca di Kota Medan sangat baik dan udara pun nyaman tanpa sedikit pun ada asap jerebu. (Selamat...tak payah pakai mask Dath Vader)
Ok serba sedikit info mengenai Kota Medan ni adalah di mana Kota Medan merupakan Ibukota bagi Wilayah SUMUT (Sumatera Utara) dan merupakan Kota terbesar di Wilayah Sumatera dan ke 4 terbesar dalam Negara Indonesia. Penduduk Kota Medan berjumlah 4 juta orang (2014) dan dalam Kota Medan terdapat 21 Kecamatan atau daerah dan 151 kelurahan atau kampung. Terdapat berbagai2 etnik mendiami kota ini terdiri dari Melayu Deli, Acheh, Banjar, Batak, Minang, Tionghua, India dan lain-lain lagi. Selain dikenali sebagai tempat shopping, Kota Medan juga terkenal dengan juadah pelbagai makanan kulinari yang terkenal, dari Sate Padang, masakan Minang, Mie Rebus Medan, Kopi, bika ambon , soto dan pelbagai lagi. Sebenaqnya banyak tempat2 shopping atau tempat2 menarik di Kota Medan selain Danau Toba (5 jam perjalanan dari Kota Medan), Berastagi (2 jam perjalanan dari Kota Medan), Air Terjun Si Piso-piso dll, namun ada jgak tempat2 dalam Kota Medan yg aku takdan pi, maklum la kekangan masa dan kekangan kewangan kehkehkeh... . Antara tempat-tempat menarik di Kota Medan ialah:-

Tempat Shopping:-
1. Pajak Ikan
2. Medan Mall
3. Sun Plaza (Sogo)
4. Kedai Bika Ambon Hajah Zulaika dan Kedai Rika
5. Gudang Hajah Mariani
6. Kedai Pakaian Jalan Wajir
7. Pasar Aksara (Kompleks membeli-belah Ramayana)
8. Pasar Petisah
9. Pajak USU (Universiti Sumatera Utara) atau Pajus
10. Fashion Outlet
11. Medan Fair Plaza (Carrefour)

Tempat Menarik :-
1. Istana Maimun
2. Masjid Raya
3. Kantor Pos
4. Gedung Balai Kota
5. Rumah Agam Tjong A Fie
6. Ramadhan Fair (hanya diadakan pada bulan Ramadhan)
7. Perkampungan Madras

Tempat Makan menarik:-
1. Merdeka Walk
2. Restoran Garuda
3. Ayam Penyet Cinderalas
4.Soto Sinar Pagi
5. Restoran Ikan Bakar Pondok Lesehan Lubuk Idai
6. Restoran Simpang Tiga
7. Amaliun Foodcourt
8. Mee Ayam Panjang Polonia
9. Ayam Goreng Kalasan
Restoran Simpang Tiga-Singgahan pertama di Kota Medan adalah tempat yang sungguh murni untuk perut boroi kami, iaitu Rumah Makan atau restoran bg mengisi temolok kami yg agak lapaq dengan masakan Padang iaitu di Restoran Simpang Tiga. Ok kat sini juadah masakan akan dihidangkan banyak ataih meja, kita makan yg mana kita nak makan ja, yg tak mau jgn sentuh, sbb nanti dia kira yg mana kita makan ja. Tapi aku tgok ahli2 Jemaah pakat tibai semua juadah ataih meja, satu pun tak tinggai,rakus btoi depa nih, tu bru jumpa makanan Medan, klu jumpa gadis2 manis Medan hhmmm...habih pakat jaahhaannaamm.... hahahahaha...Antara juadah yg aku cam masakan Padang ni adalah ayam goren, pucuk ubi masak lemak, rendang, gulai ikan kakap, teloq pindang dan ulam-ulaman.
Hotel Syariah Madani-Hotel yg kami menginap adalah di Hotel Syariah Madani yang terletak berhadapan Masjid Raya. Rate masa aku duduk adalah Rm 120.00 semalam termasuk breakfast. Bagi aku hotel ni biasa2 saja, tak recommended sgat sebab mlm banyak nyamuk kat lobi, tiap2 malam depa semboq ubat nyamuk spray, klu mai dgan anak aku yg ada G6PD tu mmg tak kluaq bilik la mlm2.Selain dekat dengan semejid (utk semayang waktu), sebelah hotel ni jugak ada Pasaraya Yuki Simpang Raya, tapi pasaraya ni cuma ada pakaian, mainan, handset,dan alat tulis ja, keperluan lain cam makanan , ubat gigi, roti dll takdak. Klu nak makan McDonald dgan Texas Ayam Goreng pun ada dlm ni. Walaupun hotel ni berlandaskan Syariah (sebab smua pekerja dia tutup aurat dan ada syarat yg menetapkan semua pasangan yg menginap wajib menunjukkan surat bukti perkahwina) tapi aku tgok kat ballroom hotel mlm2 ada pompuan bertudung Indonesia siap dok bernyanyi dangdut pastu ada plak pompuan bertudung dok menari2 lg, bg aku tak berapa sesuai la waima utk aku yg berjiwa gigolo ni.
Agak aku hotel ni usia dia dah agak lama sbb tgok keadaan bilik yg agak sezen. Selain itu siaran tv pun agak ok (sebab ada siaran langsung game Manchester United hehehehe...).Yg tak syoknya aku dapat bilik yg takdak tingkap, tak ble la aku nak sketching Bandar Medan dari tingkap hotel aku. Jaringan internet hanya strength kat lobi ja, kalau kat bilik failed, sat ada, sat takdak.Breakfast hotel bg aku biasa2 ja, klu turun awai sgat kdang2 ada juadah yg tak siap lg atau lambat dihidangkan. Cukup mudah untuk dapatkan perkhidmatan teksi dan beca motor di hotel ni sebab supir2 sentiasa ada kat hadapan hotel utk memberi perkhidmatan. Lagi satu lokasi hotel ni dekat dgan tempat2 tumpuan pelancong cam Masjid Raya dan tak jauh dari Istana Maimun, (lebih kurang 500 meter jarak). Kat belakang hotel ni pun ada food court yg agak osem makanan dia selain itu jugak mana2 pelancong yg nak tambah souvenier tak payah risau sebab penjual2 souvenier akan sentiasa ada di perkarangan hadapan hotel dgan pelbagai cenderamata (kna pandai tawar menawar utk dapat harga yg munasarawak).
Masjid Raya- merupakan salah satu ikon Kota Medan. Masjid ini telah didirikan di bawah pemerintahan Kesultanan Deli iaitu Sultan Ma'mun Al Rashid Perkasa Alam pada tahun 1909. Terletak berhadapan dengan hotel yg aku duduk iaitu Hotel Madani, Masjidnya cukup luas dan dilengkapi dengan ciri2 senibina yg sangat cantik.  Berhadapan Masjid terdapat simpang 4 yang setiap waktu dipenuhi kenderaan lalu lalang. Satu lagi di sini bunyi hon merupakan perkara biasa sebiasa macet (jammed) yg sering berlaku di jalan2 utama tak kira waktu. Lagi satu kalau orang luaq yg teringin nak memandu sendiri kenderaan di sini, nasihat aku seeloknyalah baik ambik supir, sebabnya selain seringkali jalanraya berlaku jammed, gaya pemanduan pemandu2 kenderaan sini yg agak melulu dan tak ikut peraturan kadang2 bole membahayakan kita.
Medan Mall- Merupakan salah satu shopping mall yang terdapat di Kota Medan, selain menawarkan harga yg berpatutan, di sini juga terdapat pelbagai kedai dari kedai buku, kedai makan hingga ke kedai alatan computer. Dekat sini juga popular dengan Restoran Es Teller di tingkat 3 yang menyediakan sajian ABC atau Aih Sagat kata org utara, sini 'ais' dipanggil 'es'. Apa yang berbeza sikit di sini ABC dia bubuh gula Melaka, santan dan ada macam2 perisa , dari strawberi hingga durian. Selain Aih Sagat sini jugak ada menyediakan bakso. Di Medan ni kedai-kedai di tepi2 jalan biasanya tutup awai, lebih kurang dlm pukul 6 petang, kalau di pasaraya lewat sikit, dalam pukoi 10 malam.
Restoran Kalasan-Di Tingkat 4 Medan Mall juga terdapat Restoran Kalasan Ayam Goreng, walaupun aku dan konco2 aku yg buas tu tak makan ayam goren pun, tapi tgok dkat menu dia nampak menarik jugak. Restoran Kalasan ni menyediakan makanan khas Sunda.Kami mai sini sebab nak rasa Kopi Sidikalang. Sidikalang ni merupakan nama tempat yg banyak menghasilkan kopi tempatan. Ok jugak rasa kopi ais dia dengan harga yg ditawarkan agak mahai jugak la dlm Rp 18,000.00 bersamaan Rm 5.70. Ada jugak aku nampak depa sediakan Teh Botol, tapi tgok review dari blogger lain kata Teh Botol ni tak berapa sedap, jadi kensel la nak try rasa, lgpun aku dah tibai kopi tu, yg nak pi rasa dua tiga jenih ayaq apa kejadahnya plak kan kehkehkeh.... (nak jaga bajet sbenaqnya)
Tjong A Fie Mansion- Merupakan antara penduduk pertama berketurunan Tionghua di Kota Medan yang mana rumah agamnya dibina pada tahun 1900. Terletak di Jalan Kesawan,Rumah ni dibuka pada pengunjung pada tahun 2009. Tjong A Fie ni merupakan bisnesman yang cukup terkenal di Sumatra Utara. Berlatarkan kesenian dari Negara China, tiket masuk ke Tjong A Fie ni dikenakan sebanyak Rp 35,000.00 seorang atau lebih kurang Rm 11.00.
Mie Ayam Mas Panjang Polonia- Restoran ni terletak bersebelahan Lapangan terbang lama Kota Medan iaitu Lapangan Terbang Polonia. Kalau nak rasa suasana gerai-gerai kampung bole la mai sini, walaupun gerainya terletak agak ke dalam dari jalan utama, tapi juadah kulinernya amat mantap sekali dong. Yang istimewanya tentu sekali Mee Ayamnya yang dihidang bersama Sate Kerang, kalau nak lagi sedap bole makan dengan keropok goreng yang disediakan utk menambah kelazatan hidangan. Kat sini ada macam2 ayaq dan aku try rasa Jus Alpokat (buah Avokado + Coklat) tapi rasa tak kna plak dgan tekak aku, tawaq dan pekat, klu dia boh coklat banyak skit mungkin sedap. Harga yg ditawarkan kat sini amat murah, maklumla ikut harga gerai iaitu sekitar Rp 5000 hingga Rp 10,000 dalam lingkungan Rm 1.50 hingga Rm 3.00.
Kedai Kain dan Telekung Wajir- Seterusnya kita ke tempat2 shopping plak, Kedai kain ni terletak di Jalan Wajir dan antara kedai yg aku recommended dari kedai-kedai di Pajak Ikan sebab kat sini kedai dia ada pintu yg tertutup. Pelik kan bunyi dia, ni maksud aku kalau kita ke mana2 Bandar dalam Indonesia pasti akan ada penjual-penjual souvenier atau peminta sedekah di tempat2 tumpuan pelancong , dan kehadiran depa kadang2 agak merimaskan, bg sedekah kat sorang, berderet plak akan mai kat kita jenuh la camni. Bila mai kedai tertutup ni selesa la skit nak membeli belah. Macam tu jugak la kat Pajak Ikan, memandangkan kedai2 kat Pajak Ikan tak bertutup, lg la ramai depa ni kerumun kita, sampaikan nak kentut di khalayak ramai pun payah.
Selain menjual kain pasang dan telekung, kat sini jugak ada menjual kain batik, kain pelikat dan jugak baju batik. Saranan aku kalau nak dapat dengan harga murah, beli la bundle, anda akan dapat diskon dari toke kedai dan jugak pelayan2 yg cun melecun tu. Kat sini toke dia akan bagi minuman gratis atau percuma kalau kita mai ramai dan beli banyak dari kedai dia, masa aku pi dia jamu Kopi Panas Acheh, sedap kopi dia rasa cam kopi tumbuk. Kat sini kalau kita minum minuman panaih depa akan sediakan cawan siap dengan penutup utk mengelakkan minuman tu cepat sejuk.
Merdeka Walk- Merupakan lapangan kuliner yang dipenuhi deretan kedai makanan dari makanan tempatan hingga ke makanan barat. Merdeka Walk Dibuka mulai pukul 6 petang hingga ke tengah malam, dan lebih meriah pada malam minggu yang mana pelanggan akan dihiburkan dengan live band dan juga beberapa pertunjukkan lain. Walaupun di sini harga makanan sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi suasana yang disajikan memberi sedikit kepuasan pada pelanggan. Aku tak mai pun kat sini, lalu ja, sebab payah cari parking, lagipun kami makan di tempat lain yg jauh lebih sedap dan murah.
Istana Maimoon-Istana lama zaman Kesultanan Deli ni dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888. Merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Berlokasi di Jalan Brigjen Katamso dan tak jauh dari Hotel Madani, lebih kurang 500 meter jaraknya. Istana ni dibuka setiap hari dan dikenakan bayaran masuk ke dalam Istana sebanyak Rp 5000.00 atau lebih kurang Rm 1.50. Kat sini jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu, magnet fridge,songket,songkok, kain batik/pelikat, rehal, ayat2 Al-Quran dan lain2 lg, lagi satu jgan malu tawar menawar sampai depa bg harga yg kita mau. Kalau nak yg murah beli kat gerai bawah pokok pelam kat situ, mmg murah dri gerai2 lain.
Fashion Outlet- Terletak di Jalan Candi Mendut merupakan kedai pakaian yang telah direject dari kilang tapi masih berkeadaan baik dan juga ditawarkan dengan harga yg cukup murah terutamanya seluaq jeans. Di sebelah Kedai Fashion Outlet ni juga terdapat butik Polo, Adidas dan Nike. Aku tak beli apa-apapun sebab tak banyak sgat pilihan tambahan harga nak lebih kurang harga jeans padang besaq ja.
Amaliun Food Court- Terletak betoi2 di belakang Hotel Madani dan Jalan Amaliun 3 amnya, makanan kat sini pelbagai dan cukup sedap, bak kata orang2 Indonesia makanan kat sini enak, asik dan seru tentunya. Selain lokasi yang luas dengan deretan meja makan indoor dan outdoor pasti memberi suasana yg cukup stim utk sapdek. Ada berbagai gerai dengan macam2 hidangan tempatan kat sini dan kita kna bayaq sebaik pesanan sampai. Kat sini aku order Nasik ayam pandan, sate Padang (yg nih sedap, kuah dia mmg mabeles siap taboq bawang goren lg), murtabak arab dan siomai (dia macam kuewteaw gulung dgan kuah pasembot). Harga ok la dgan kesedapan juadah tu sbb kita bukan sahaja membeli makanan dan tetapi juga membeli suasana kat sini. Kalau malam minggu lagi meriah kat sini sebab kat luaq restoran ada disediakan pentas live band local Medan dan juga pertunjukkan lain, sbb mlm sabtu aku pi ada pertunjukkan tarian zapin yg menggunakan muzik iringan drpd Noraniza Idris.
Plaza Medan Fair (Carrefour)- Kalau kat Malaysia Carrefour smua dah btukaq ke Aeon Big tp kat sini ada lg. Kalau nak rasa tenang membeli belah tanpa dikerumuni penjual souvenier atau peminta sedekah, pi la pasaraya2 kat Medan, situ tenang sikit, bole relaks2 jalan sambil cuci mata dan cuci poket sekali wakakakaka....banyak kedai beroperasi kat sini, rasa cam kat Malaysia plak cuma aku tgok kat sini banyak org2 kaya Medan mempunyai Supir sendiri mungkin disebabkan gaji murah dan jalan2 kat Medan nih yg jammed tak tentu waktu mungkin menyebabkan perkhidmatan pemandu peribadi ditagih. Pasaraya ni terletak di Jalan Jend Gatot Subroto dan setinggi 6 tingkat. Kat sini juga ada kedai buku di tingkat bwah,jadi sapa2 yg ulat buku tu bole la mai cari buku2 keluaran tempatan utk dibuat kenang-kenangan.
Pasar Petisah- Pasar tradisional ni terletak di Jalan Majapahit dan menawarkan pelbagai barangan dari pilihan pakaian, barangan elektronik, makanan tradisional tempatan, produk anyaman, gelang/rantai manik dari daerah-daerah di Sumatera Utara. Kat sini gerai2 jualan dibuka sampai tepi2 jalan, bukan kata nak cari parking keta payah, nak lalu pun payah sebab jammed. Selain barang2 tersebut sini jugak ada jual ikan masin, sayoq, barang mainan dan lain brg yg slalu org jual di pasar. kalau mai sini waktu pagi mmg sibuk, dengan kenderaan lalu lalangnya, dengan warga sipil lg yg sungguh ramai utk beli barang2 basah memang mampu membasahkan ketiak mulus anda jika ngunjung ke sini.
Kedai Rika Bika Ambon & Kuih Lapis Legit- Antara jajanan tradisional tempatan yg slalu dibawa pulang oleh pelancong2 yg mai ke Kota Medan adalah Bika Ambon, Kek Lapis Legit dan juga Bolu (bahulu). Banyak sebenaqnya pegusaha kuih bika ni di Medan spt Kedai Hajah Zulaikha, Hajjah Fatimah, Hajjah Lia, Kedai Zainuddin dan Kedai Rika. Sedap kuih bika ni, rasa dia lebih kurang  cam kek gula hangguih cuma sini dia buat pakai ubi kayu. Harga dia lebih kurang Rp 80,000.00 atau bersamaan Rm 25.00, lg satu yg bestnya kedai ni ada buat penghantaran kat hotel dan dia akan hantaq pada hari kita nak bertolak balik supaya kita dapat kek bika yg masih elok dan lambat rosak, kita cuma perlu tinggalkan nama, no bilik dan nama hotel nanti pihak kedai akan hantaq siap bungkuih dalam kotak yg snang kita bawak naik ataih pesawat. Kat sini jugak ada dijual Kopi Luwak, ala kopi taik musang yg cukup dikenali sebagai antara kopi paling sedap di dunia, tapi bg kita org Islam dengaq kata haram makan benda2 dari najis menatang nih. Banyak jugak artis2 terkenal seberang yg mai borong kek bika kat kedai ni dan ni antara artis yg aku rasa org M'sia knal sebab pernah jadi juri Maharaja Lawak 2014 iaitu Farah Quinn.
Sun Plaza (Sogo)- Antara pasaraya yg moden dan besaq kat sini ada lebih kurang 6 lantai atau 6 tingkat bahasa kita. Kedai-kedai dalam ni macam biasa la macam kat pasaraya belah kita jugak. Kawan aku Bob ada jugak pi tanya kedai game kat sini berapa harga Cd game PES 2016 PS4 lebih kurang harga kita jugak dlm Rm 218.00. Lagi satu kat sini kalau nak jimat penggunaan wang cash kita, kita bole pakai kad kredit atau kartu kredit di pasaraya2 di sini jadi bole la simpan wang cash kita tu utk kegunaan di tempat yg memerlukan cash di tangan. Kalau nak tgok ramainya org Cina tempatan atau keturunan Tionghua Indonesia bole la mai sini, ada jugak terjumpa yg kaya tu siap ada dua maid jaga sorang anak dia, huhuhu...mungkin murah kot gaji maid kat sini maklumla org tempatan. Masa aku pi tu ada booth2 pameran UKM (bukan Universiti Kebangsaan Malaysia, tapi Usaha Kecil Menengah) iaitu perusahaan desa dari daerah2 seluruh Indonesia, ada dari Jogjakarta, Bukit Tinggi, Palembang, Bandung dan mcm2 lagi.
Restoran Ayam Penyet Cinderalas- Antara restoran masakan Ayam Penyet yg tersedap, mmg recommended sgat2. Kedai ni terletak di tepi jalan antara laluan dari Lapangan Terbang Kuala Namu ke Bandar Medan. Apa yg berbeza antara juadah Ayam Penyet di Indonesia dan Malaysia adalah, Ayam Penyet di sini dihidangkan tanpa kuah atau sup, di Malaysia depa sertakan sekali sup, kat sini kita makan nasi kering dgan sambal ja.Juadah dihidangkan panas2 dengan tauhu goreng, tempe goreng mabeles , ulama-ulaman dan sambal. Harga sini kalau nak jimat ambik yg pakej, dimana dia sediakan sekali dengan minuman, cam aku ambik Nasik ayam penyet dgan teh o ais limau dalam Rp 23,000.00 atau lebih kurang Rm 7.00 saja. Masa aku pi tu pihak restoran ada sediakan pisang emas free, habih satu bas kami ambik kedarah sementara nasik sampai, hahahaha....klu benda free laju ja puak2 jakun nih.
Selain hidangan utama Nasik Ayam Penyet, kat sini jugak ada bermacam2 hidangan lain spt Nasik goreng atau masakan lauk pauk lain spt di menu. Spt biasa bila tempat yg slalu jadi tumpuan pelancong luar, pasti ada penjual2 souvenier kat sini, klu nak beli tu tawar la dgan berhemah pasti depa akan bg harga yg cukup murah. Kedai ni terletak di luar Bandar yakni di pesisiran kampong jadi suasana tu damai dan tenang skit dari hiruk pikuk kota.Dekat luaq restoran ni ada patung ayam tokak cabai mungkin simbol restoran nih, klu nak bergambaq kenangan pun bole tapi dengan syarat kna tokak cabai tu sekali kakakakaka.....
Jadi tu lah antara tempat2 menarik di Kota Medan yang sempat aku kunjungi. Jadi layan dulu gambaq2 len yg sempat disnap kamera gigoloku. Sempat aku bergambaq mesra dengan beca motor atau betor, kat sini beca disebut becak, klu tempat kita becak tu basah .Kos tambang Pengangkutan beca motor ni antara termurah la (tgok jarak perjalanan) tapi anda harus mempunyai kecekalan hati yg tinggi sebab kadang2 cara pemanduan dia umpama Valentino Rosi versi Mendailing yg bisa membuatkan buasir kita tak kering selama 3 bulan dgan cara pemanduannya haahaha....Motor atau speda di Medan nombot plat dia besaq2 siap ada tarikh cukai jalan lg kat no plat tu, ada yg aku tgok sampai taun 2020 huhuhu...lama btoi cukai jalan dia. Kat sana aku dpat bilik hotel takdak tingkap jd takdan la aku nak sketching bandaq Medan, nak sketching kat tempat lain tak privasi, maklumla org ramai, sempat sketching kat Airport Kuala Namu ja, tu pun sebab flight delay 2 jam,model kapal terbang aku pun dah cau dulu dah, tak nyempat2  hahahaha...
Bukan kata kat Malaysia, siri Upin Upin jugak popular di Indonesia, depa tak alih bahasa cuma guna subtitle ja, ala macam kat siaran tv kita la yg siar tayangan sinetron. Lagi satu peringatan kalau nak mai Indonesia bawak la international soket sebab soket kat sini lain sikit dri M'sia, dia hanya dua lubang ja klu tidak habih bateri hp ngan kamera kong. Sempat jugak snap gambaq keta keluaran negara kita Proton BLM yg dibuat teksi kat sini, maklum la keta2 import kat sini murah. Lagi satu aku bru tau rupanya di Sumatera Utara juga ada menghasilkan buah Mempelan Harum Manis...yaa...buah yg cukup sinonim dengan negeri Perlis. Awai tu aku ingat depa import buah ni dri Perlis, tapi rupanya buah ni dari pasaran tempatan utk dieksport ke luar Negara siap ada tulis "special manga jaten Indonesia" kat kotak.
Pemandangan kanak2 menjual macam2 dari ayaq, sokkabaq, pencuci tayar dll di persimpangan atau di lampu trafik merupakan perkara biasa di sini, ada aku jumpa depa dok pegang bulu ayam, aku ingatkan nak jual bulu ayam tapi rupanya ambik upah lap cermin kereta, kesian plak aku tgok kecik2 dah kna cari rezeki, klu kat negara kita budak2 main tepi jalan mampoih kna jerkah sruh balik sebab bahaya, ( lupa plak nak tanya kes penculikan budak kat sini tinggi ka dak, sebab peluang nak culik budak tinggi sbb budak2 berkeliaran tanpa pengawasan ramai). Kebanyakan rumah kediaman kat sini banyak pakai parabola, kadang2 sebijik rumah sampai dua piring parabola, kompom dapat siaran dri planet Pluto nih. Beca motor kat sini kadang jadi medium pengiklanan bergerak, banyak banner iklan2 kat beca motor ni, selalunya produk tempatan la. Sekolah kat sini 6 hari waktu pembelajaran, cuti ari Ahad ja, pakaian sekolah sini kaler coklat, ada yg berhijab dan ada yg pakai blaus ja, ya la sini kan ramai Muslim dan Kristian, nak beza pun payah sebab rupa seakan-akan sama.
Dekat sini banyak btoi 'banner bunga' macam gambaq ataih kiri,selalu diletak di premis2 atau tempat pameran, selalunya disponsor oleh orang perseorangan. Gambaq ataih kanan adalah patung Guru Patimpus yg merupakan orang pertama yang menbuka Kota Medan pada tahun 1590. Bawah kiri adalah ayaq pancut di roundbout Kota Medan dan gambaq bawah kanan adalah stesen minyak syarikat tempatan iaitu PERTAMINA lebih kurang cam PETRONAS kita la, harga minyak kat sana mahal 2,3 kupang ja dari kita.
Memandangkan kami mai dari jabatan Bomba , jadi mai sini nak jugak tgok Bomba tempatan . Kalau kat sini dipanggil Dinas Pencegahan Pemadaman Kebakaran seperti gambaq ataih kiri, banyak jugak tgok lori tanker depa maklumla Kota Medan kan besaq. Gambaq-gambaq lain adalah suasana 'nat' atau pasar pagi kat sini dan juga Universiti Islam yg ada kat sini.
Memandangkan dah terlajak mai sini, mmg wajib la aku selusuri ke kedai2 buku kat sini mencari bahan2 bacaan terutamanya buku kartun tempatan. Semestinya lah aku cari buku kartun yg iras2 buku Dato' Lat yg mana kita sedia maklum bahawa karya Dato' Lat mmg terkenal seantero dunia sebab nak kata hasil kartunnya taklah secantik hasil karya kartunis terkenal tempatan cam Aie, Oren dan sebagainya tetapi hasil agung karya Dato' Lat terkenal adalah dari segi contentnya yg banyak memaparkan sosio budaya dan cara hidup rakyat Malaysia ke mata dunia dan aku juga merupakan  salah seorang kolektor karya Dato' Lat, dan hasil lukisannya adalah tersendiri dan terperinci. Sudah kita sedia maklum, bagi org luar atau pelancong susah utk kita selusuri menjelajah segenap pelusuk utk mengetahui setiap tempat2 menarik, sosio budaya, ekonomi dan makanan2 tempatan, jadi buku kartun lah antara medium utama dalam mengetahui selok belok sesebuah tempat, atau negara amnya utk disampaikan kepada pembaca. Kat sini aku berjaya beli Buku Kartun Tiga Manula jalan-jalan ke Selatan Jawa dan Tiga Manula jalan-jalan ke Pantura (Pantai Utara Jawa) hasil nukilan artis tersohor tempatan iaitu Benny Rachmadi yg terkenal dgan karya Benny n Mice.Buku ni mengisahkan 3 lelaki tempatan Waluyo (Jawa), Sanip (Betawi) dan Liem (Tionghua) yg berkelana pusing2 pulau Jawa mencari kg Waluyo iaitu Kg Tingal. Jadi sepanjang perjalanan tersebut melangkaui beberapa daerah dan Bandar yg sangat baik penerangan melalui lukisan oleh Benny tentang tempat2 pelancongan daerah tersebut, makanan kulineri tempatan dan budaya2 setempat yg digarap cukup humoris oleh pelukis dan mudah difahami (juga menjadi alat mudah untuk memahami dialek bahasa Indonesia).Walaupun hanya berkisar di negeri2 dalam Kepulauan Jawa sahaja dan bukan seluruh Indonesia tapi bg aku dah cukup memadai maklumla Indonesia kan luas jenuh Benny Rachmady nak jelajah seluruh Indonesia.  Harga buku ni aku dapat dalam Rp 50,000.00 sebuah atau lebih kurang Rm 15.00.
Dah nama pun ulat bulu eehh... silap plak ulat buku, pi mana2 pun musti cari bahan bacaan, terutama sokkabaq atau Koran dipanggil di Indonesia. Bukan apa selain mengetahui sedikit informasi dan berita2 tempatan seronok jugak baca gaya penulisan menggunakan bahasa Indonesia yg kadang2 lawak macam aku jumpa keratan bahagian sukan yg mana depa menggunakan perkataan "mandul' dan 'butuh'  hahahaha....klu belah kita tak berapa sesuai sebab kasaq bunyi nya tapi kat sini bahasa tersebut biasa, bahasa Indonesia 'butuh' itu beerti 'memerlukan' kalau di negara kita makna dia agak kesat. Kalau penyokong Manchester United ngan Chelsea dapat sokkabaq ni sahih jadi alatan istinjak dah ni, maklumla syarat alatan istinjak kan kna guna benda2 kesat, sebab aku tgok penggunaan bahasa sokkabaq ni pun agak kesat bunyinya kehkehkeh....selain tu aku ada jugak ambik flyer2 yg diberi kat sana saja ja nak tgok apa perbezaan antara perkhidmatan atau barangan di sana berbanding negara kita, contohnya flyer stesen tv satelit tu Big tv yg menawarkan 128 channel dan 21 channel Hd dgan harga bulanan Rp 200,000.00 atau lebih kurang Rm 64.00 ja. Jualan rumah di sana aku tak sure harga sebijik rumah tapi yg syok tgok adalah beberapa peralatan dan servis yg gratis (percuma) diberikan spt yuran guaman, perabot, elektronik set, jeriji, pemasangan air dan elektrik dan lain2 lagi dan bayaq Rp 10 juta atau Rm 3,000.00 dah bole dapat kunci.
Selepas 4 hari 3 malam berdangdut di Kota Medan sampai masanya kami bertolak balik ke Malaysia dan menuju ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan. Lapangan terbang ni masih baru, luas dan cantik rekabentuk dalamannya, dalam ni jugak ada macam2 kedai dari kedai makan, pakaian , kedai mainan dan kedai serbaneka kot2 ada lg baki wang Rupiah yg ada untuk dihabisin membeli-belah di sini plak. Ok kalau sapa2 memerlukan perkhidmatan Supir bole hubungi no ni Fahrul +081376152391 atau bole hubungi office dia Pt Maju Malindo +0614530882 atau +0614531434.
Walaupun flight delay 2 jam sempat jugak selpiaq ngan encik kapai terbang, ble ja nak naik pesawat guna bridge tapi saja gatai pusat nak naik ikut ground, bru la rasa cam backpackers sejati dok gitu hahahaha... jam 7.15 ptg kami berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan jgak la snap gambaq kepak kapai terbang dok tgah brek dengan kuasa 16 petala langit. Jadi sekian dulu serba sedikit coretan pengalaman di Kota wisata Medan , Indonesia dengan serangkap pantun 4 kerat, 'Tajuk sokkabaq Sesali setan merah mandul', 'Dan juga the blues butuhkan perubahan', 'Walaupun Kota Medan kota yang padat penduduknya', 'Saingan BPL musim ni mmg Chelsea Mandul dan perlukan kebutuhan'. Hahahahahaha..... cam taik idung ja bunyi pantun tu......

4 comments:

  1. 4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +62 821 602 111 06 Email : hamzahsaragih@ymail.comWeb : http://hamzahsaragih.blogspot.comFacebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah SaragihBB : 512113B1

    ReplyDelete
  2. assalam, kami ada menyediakan ground pakej Medan-Lake Toba-Berastagi dengan harga dan servis yang sangat berpuas hati. servis driver + transport juga ada ^_^ paling best kami bagi tiket masuk PERCUMA ke Funland! jom cepat
    .
    whatsapp:+6012-6047593
    ig @percutianbajet

    ReplyDelete
  3. Mintak izin tuan tanah promote kat sini..

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Hubungi:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
    MY:+6013 4618637 (Ina)

    ReplyDelete