Jangan Clik

Monday, April 29, 2013

Cara Mudah buat Nasi Arab

Selepas beberapa buah kedai nasi arab kami jamah, jd wife aku pun try la buat sendiri hasil ceduk sikit2 resepi nasi arab dari laman sesawang yg lain. Dan ni lah hasilnya, dan jangan dok buat terkejut tenuk Himalaya plak tgok ada gulai teloq ikan seludu, juadah tu saja aku suruh wife masak sebab benda dah ada, sedap jugak klu makan bersekali dgan hidangan Nasi Arab nih. Jadi tanpa membuang masa dan membuang undi eeewwwaahh...mentang dah demam pilihanraya nih nak jugak selitkan sekali kertas undi tu, nindia antara resepi-resepinya:-



Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam atau guna air biasa pun bole kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan ayaq)

Cara-caranya:

-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian blend kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga & bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/blend pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang

Resepi ayam(kambing pun bole cuma masa perap tu kna lama sikit lebih kurang 3-4 jam)
bahan untuk diperap (blend semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari kaki Enot (hahaha..aku buat lawak ja nih, saiz apa pun takpa)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2  ( kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
 
Cara masak ayam:
-blend semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam dan disimpan dalam peti ais.
-masukkan ayam dalam pemanggang, klu sesapa yg ada Magic Pan pun bole guna jugak.
-panggang sampai masak
*masa hidang  potong  ayam tu kecik2

Resepi salad/acar:-
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
-Lada bengala (ala buah cabai yg bulat2 tu, ada kaler kuning,hijau atau merah)
*cili hijau
*garam
*gula
*cuka (1 sudu kecil)
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk kasaq (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon
-nak lagi sedap blend sedikit buah tomato (sebiji lebih kurang) pastu gaul sekali dgan salad nih

  Ayaq asam:-
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-Siiiaappp...dah bole hidang dah, klu yg suka berkuah tu ble buat Kuah Dalca boh kacang panjang, terung, tomato, karot dan buah kundoq)
Selamat mencuba dan "Masak dari hati , masak with Iman" eewwaahhh... macam Chef Ammar 'suka suka hati'  dri segmen Hidangan Barakah di tv Al-Hijrah plak.

21 comments:

  1. As-salam,

    Saya seronok baca your blog.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... terima kasih sebab sudi jengah blog saya yg tak seberapa nih. Sharing is caring.

      Delete
  2. nanti nak bukak posa nak try resepi ni
    barang2 dh beli
    thanks
    "Sharing is caring~Shaving is cleaning"

    ReplyDelete
  3. uisshh.. assalamualaikum.
    terima kasih .. sgt berguna.

    ReplyDelete
  4. terima kasih bolehlah masak utk jemaah Arab berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa...mmg orang arab suka makan nasik arab, selamat berpuasa dan selamat memasak nasik arab. dari saya yang berwajah kacukan arab nih.
      Melayu + Arab = Melarab hahahaha....

      Delete
  5. Timo kasih share resipi. Nak cuba try test utk raya ni la. hopefully menjadi...

    ReplyDelete
  6. Aslm...insyaAllah nak try resepi ni :-),

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nk try lh.... thanks

    ReplyDelete
  8. salam dah cuba resipi nasi ni,, tp saya olah2 skit ikut mana yg mudah.... sedappp. makan dengan daging masak hitam... terima kasih. mohon share resipi yer...

    ReplyDelete
  9. macam sedap tapi muskil lak arab makan belacan ke??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belacan seketoi mungkin dia tak makan, tapi kalau boh dalam masakan rasanya dia redah ja, dia bukan tau ada belacan ka dak heheheh...belacan tu hanya utk penambah perisa ja, kalau tak mau boh pun takpa, ikut selera memasing.

      Delete
  10. wah...salute sebab pandai masak nasi arab, melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    ReplyDelete
  11. Sma la kita...skrang bekerja "Yang Menurut Perintah" ..teruskan berkarya ..best baca perkongsian santai tuan...he..ehe..ahaks..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bebanyak la sudi singgah.

      Delete
  12. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
  13. Tq banyak la share resepi ni..selalu tu beli yg instant je tggl masak..sy cedok ye resepi ni untuk hidangan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole...cedok je, sharing is caring hehehehe...

      Delete
  14. slm,saya wan zakris tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884

    ReplyDelete