Jangan Clik

Monday, August 31, 2026

Impian budak miskin anak nelayan


Sekitar zaman mengenali diri pada usia remaja yang sedang meningkat sekitar Tingkatan 3 hingga tingkatan 5 ketika baru berpindah ke bandar Kangar. Berkawan pula di kalangan anak-anak yang org tuanya  berjawatan dalam sektor awam dan swasta jd jurang ekonomi keluarga antara famili depa ngan famili aku sangat ketara. Aku ada sorang kawan aku ni ayah dia Pengarah Tabung Haji cawangan Perlis dan beliau pulak merupakan anak bongsu dalam keluarganya jd banyak aku tgok aset2 zaman remaja yg beliau mampu miliki yang menjadi idaman setiap remaja waktu tu termasuk aku. Ni contoh gajet yang menjadi kegilaan anak remaja waktu tu iaitu Plastation One yang harga ketika itu dalam lingkungan Rm 1000 dan juga Walkman Sony Sport warna kuning yang menjadi ikonik jenama walkman pada waktu tu yang harganya masa tu dalam lingkungan Rm 200. Tapi bg aku benda2 tu semua hanya tinggal impian sbb nak beli mmg tak mampu, jd mai dah bekerja ni saja la selam pasar2 karat cari balik gajet lama utk dismpan sebagai kenangan bagi mengingatkan diri bahawa suatu masa dulu inilah impian budak miskin anak nelayan yang tak tercapai disebabkan faktor ekonomi keluarga.
Dan satu satunya walkman yang mampu aku beli adalah walkman tanpa jenama lebih kurang macam ni la rupa bentuk dia yg mana masa tu kawan-kawan pun taktau yg aku sanggup bangkit awal pagi beratoq, bersesakan di celahan org ramai untuk beli walkman berharga Rm 1 ni pada promosi  pembukaan cawangan kedai perabot Court Mammoth yang pertama di bandaq Kangaq. Jadilah habuan dengaq kat rumah, nak bawa berjalan segan sbb walkman takdak jenama hahahaha...
Ni aku selitkan sedikit gambaq2 zaman persekolahan aku dulu yg mana memba2 aku penah bawak walkman ni mai sekolah masa hari kantin di sekolah. Masa tu nampak style la bawak walkman tambahan walkman dari Sony, kes tu la yg aku teringin nak ada satu tapi tak peraya la sbb duit takdak hahahaha...
Zaman tu bukan saja walkman, topi fullcap jenama Nike dan jam tangan Casio G-Shock menjadi antara aksesori wajib ada bg para remaja kesan pengaruh scene fesyen skate board dan band Limb Bizkit.
Masa ni memba aku pakai kasut Puma Sneaker yg dok jadi impian gak bg aku tapi aku mampu tengok dan berangan ja la hahahaha...

Monday, August 3, 2026

Game bola UFL dan E-Football

Walaupun aku hampir nak dekat 20 tahun main Efootball berbanding game lain tapi sejak game bola sepak UFL launch tahun 2024, aku mula berjinak-jinak main UFL sebab lama sangat dok main Efootball jadi try la berubah angin sat. Tapi aku tak main la UFL dari tahun 2024, aku start main awal tahun 2026 sbb bagi aku bila ada satu2 game baru keluar mesti tak perfect macam game2 bola lain yang dah lama dalam industri game digital ni, jadi aku tunggu developer perbaiki dan update game dari masa ke semasa baru la aku cuba main. 
Game UFL ni konsep dia lebih kepada macam Myclub di Efootball atau Ultimate Team dalam EA Sport FC dimana kita setup team kita sendiri dengan player yang biasa2 saja, lepastu bila kita main dalam League, Showdown atau Tournament baru la dapat Pack yang mengandungi player2 rating tinggi bila kita menang dan dapat point CP, SP dan macam biasala kalau nak cepat beli Pack atau kits kita bole beli guna duit kita untuk tambah point LP. Dalam game ni jalan short cut untuk capai kedudukan atau rating tertinggi ni kena la melabur sikit, tapi bagi org lama yang penting skill dan jalan yang agak jauh dan lambat untuk naik rating dan bukan jalan pintas guna duit sbb benda tu la membunuh semangat untuk kekal main game lebih lama sbb kalah menang tu adat bertanding tapi kejayaan yang kita capai dengan bermula dari bawah atau dari kosong tu la menjadi pencapaian yang penuh kepuasan dalam main game ni.
Setelah sekian lama mengumpul pemain dan menyertai perlawanan yang dianjurkan developer, berjaya gak aku naik rating tertinggi dalam liga UFL iaitu ke Division Premier setelah berbulan mencuba. Untuk info Liga UFL ni dia akan reset setiap 20 hari, jadi dalam tempoh 20 hari tu la untuk kita cuba mendaki ke liga tertinggi sebab aku pun berapa lama tersekat kat Division Ruby takpun Diamond. Sebab kalau kita duduk di Division bawah dok jumpa la avarage player yang rezeki nak menang tu ada, tapi bila naik ke Division tinggi macam Ruby. Diamond atau Premier kita akan jumpa player2 yg skillnya bukan kaleng2. Jadi dia perlu konsistensi dan luck yang tinggi untuk berjaya naik division. 
Ni list player dalam team aku (setakat post ini ditulis) yang aku dapat pack bila menang showdown, tournament, surge ataupun team pass. Awal2 game mmg celaru gak dengan nak kena setting button yg tak sama dengan Efootball. Dan paling utama kena banyak belajar dari youtube atau tiktok cara nak menang atau bertahan ikut setting team dlm UFL. Yang penting player kita ngam dengan formasi yang kita pilih serta link dengan player lain baru rate player kita naik ikut link player tersebut.
Ni list Division dalam UFL kot2 ada yang tak paham, paling rendah Bronze, paling tinggi Premier. Punca utama aku try main UFL adalah sebab lama sangat dah main Efootball, dan capai dah apa yang semua player2 game bola ingin capai iaitu dapat ke Division tertinggi. Lagi satu.. ni pendapat aku la, Game bola UFL ni, grafik dia macam EA Sport Fc dan gameplay macam Efootball, dan yang paling penting, dia free hahahaha..., walaupun dah tercapai nak naik Division tertinggi iaitu Div Premier tapi setakat la aku dok main lg, tapi santai2 ja sebelum game Grand Theft Auto 6 keluaq. La target nak dapat Haaland ja yg tak dapat lg, yg lain2 tu bg aku ok dah.

Ni rating aku dalam game bola Myclub Efootball, lama dah rasanya aku dapat naik Div 1. Pastu dok main santai2 dok ligan player Legend dengan Featured ja.
Semenjak main UFL ni, aku jarang la sikit main Efootball sbb rasa grafik UFL macam cun lg dari Efootbal, dan gameplay yang developer upgrade dan perbaiki dari masa ke semasa buat aku rasa layan, cuma yang kurang adalah jumlah peserta yang main online game UFL ni terhad, tak seramai player online game Efootball atau EA Sport Fc yg dah lama dalam industri ni, sbb kerap sangat aku jumpa opponent yang sama walaupun aku dah on cross platform.

Tuesday, May 19, 2026

Majalah kartun humor tempatan Bil. 1

 

Godek2 dekat laman media sosial pesbuk di salah satu page group kipas susah mati sebuah majalah kartun tempatan aritu aku tertengok gambaq mamat ni dengan majalah no.1 Gempak dan Utopia no.1 dalam Magazine Slab, nampak menarik plak bila majalah tu letak dalam magazine slab siap grade wpun gambaq tu gambaq Ai. Apalagi aku try2 la godek laman shopping online kot2 ada jual magazine slab, tapi  hampa sbb magazine slab yg ikut ukuran sebenar majalah kartun tempatan tu takdak jual, yg ada hanya magazine slab yang ikut ukuran komik luar negara yg saiznya lebih kecil dan harga agak kayangan gak la bagi aku, jd terlintas la dlm kepala otak untuk buat gred dan magazine slab diy seniri ja dimana aku beli plastik book holder yang agak tebal dan gred tu aku buat guna word ja gred ikut penilaian aku dan print atas kertas sticker dan lekat dekat atas plastik book holder , setel janji murah, cuma yg mahal sikit sbb kena beli rak ja la tapi tu pun aku beli yang paling murah, yang penting ble display koleksi majalah bil. 1 yang ada dalam simpanan aku dari terperap dalam lemari ja.

Taaddaaaa...ni hasil diy magazine slab buatan tangan berbulu ni kakakakaka.... bole la, magazine slab dan display rak harga marhein. Ble gak masa2 boring layan2 tgok koleksi Majalah kartun Humor Tempatan Bil. 1 yang ada dalam simpanan sambil mengimbau kenangan zaman kanak2 yang mmg sinonim dengan majalah2 kartun yang menjadi medium hiburan bg kami generasi y ni sebelum diganti dengan gajet pada masa kini.

Masa nak buat Grade dengan maklumat dekat sticker pelekat tu aku taktau nak bubuh apa, jadi aku bubuh nama penerbit, tahun keluaran , harga masa aku beli dan harga terkini ja sebagai panduan. Untuk info Majalah Gila-Gila no.1 ni adalah copyleft iaitu majalah yang di cetak semula dan  bukan majalah original sebab harga itu ja yang aku mampu beli sebab harga majalah Gila-gila Original bil. 1 ni harga dah menjangkau ribuan ringgit yang tak termampu dibeli oleh aku dan harga paling mahal Majalah Gila-Gila Original no.1 yang terjual adalah Rm 10k. Musti org2 dulu yang pernah beli majalah gila-gila no.1 ni menyesal kalau hilang majalah ni bila tgok harga terkini majalah tersebut.

Majalah Ujang Bil.1 ni aku pernah beli masa aku darjah 6 , beli dekat Pustaka Aman Bookstore Kangaq tapi mak aku dah bakaq satu kotak koleksi majalah2 kartun aku lepas kena ketit ngan anai-anai huhuhuhu....beberapa tahun lepas kawin aku cari balik dan terjumpa la majalah ni wpun harga dah menjangkau ratusan ringgit aku gagah jugak beli sbb ni la kenangan majalah yang pernah aku baca masa zaman persekolahan dahulu.
Harga Majalah Apo Bil.1 ni dulu harga promosi singgit ja, la harga dah beratus kali ganda, harga termurah yang aku penah jumpa org jual dalam lingkungan Rm 100 seunit mengikut kondisi majalah.
Majalah kartun humor tempatan paling mahal aku beli , Majalah Gempak Bil.1 yang berharga Rm 180.00, tu pun lepas aku tawar menawar dengan penjual, klu ikutkan harga sebenar dalam Rm 200 sebab kondisi yang masih elok dan masih terdapat poster asal majalah di dalam.
Majalah Rileks Bil.1 ni aku pernah terjumpa di salah sebuah rumah kolektor komik masa aku berurusan jual beli kaset lama band GreenDay, aku tanya la beliau nak jual tak majalah Rileks No.1 tu, dia kata mmg nak jual tapi yang jem tu dia letak harga mak datuk , agak mahal la bg aku wpun kondisi dia masih cun, beliau letak harga dalam Rm 300. Aku tak jadi beli la kat dia, alih2 aku berjaya gak beli dari seller dalam pesbuk dan dapat harga yang agak murah la bagi aku dalam Rm 94.00 ja.
Majalah yang diterbitkan oleh Kartunis Ujang lepas beliau berpisah dengan Kharisma Publication yang menerbitkan majalah yang menggunakan nama beliau dulu iaitu Majalah Ujang. Majalah Varia Lawak Bil. 1 ni aku dapat agak murah dari harga pasaran sbb aku beli banyak majalah lain dekat seller tu. Majalah Varia Lawak diterbitkan sehingga Bil. ke 7 saja disebabkan masalah hak cipta dan ditukar nama ke Majalah Lanun.
Majalah Lanun Bil.8 adalah keluaran pertama bagi majalah Lanun yang disambung dari Majalah Varia Lawak yang terhenti setakat bil.7. Ramai yang taktau bahawa Majalah Lanun bil.1 adalah pada Bil.8. macam majalah Gelagat la, majalah Gelagat bil. 1 adalah Majalah Geletek sbb tu kalau cari Majalah Gelagat no.1 takdak.
Majalah Utopia Bil. 1 ni adalah majalah keluaran satu syarikat dengan Majalah Gempak dan majalah ni antara majalah yang agak muda sbb diterbitkan pada era millenial.
Majalah Boom Bil.1 ni seingat aku, aku tak pernah beli dulu, yang aku pernah beli adalah Majalah Boom keluaran lain yang cover depan dilukis oleh kartunis Deen gambaq Batman. 
Majalah Starz Bil.1 antara majalah paling muda diterbitkan iaitu pada tahun 2004 di penghujung2 zaman majalah masih menjadi pilihan generasi muda.
Komik Pendekar Bil. 1 versi nipis ni saja aku beli buat koleksi sebab Pendekar Laut Generasi 1 ni aku tak penah baca sbb aku mula minat membaca Komik Pendekar Laut adalah pada komik Generasi ke 2.
Komik Pendekar Laut Generasi II bil.1 adalah bermula pada Bil. ke 49. Komik Pendekar Laut Generasi II versi nipis ni lama dah aku cari sbb komik Pendekar Laut ni la yang mula-mula sekali membuatkan aku kecanduan baca komik ni sampai bil. terakhir dan bersambung ke Generasi ke III.
Komik Pendekar Laut Generasi III bil.1 adalah pada bil. ke 97, yang aku beli bagi melengkapkan trilogi komik Pendekar Laut bagi ketiga tiga generasi.
Majalah paling rare yg aku ada, majalah kartun keluaran kedua Dato Lat, Tak Ngapa Mak keluaran tahun 1972. Majalah ni dah tak dicetak dah di pasaran, dan kondisi yang aku ada pun tak berapa nak elok sbb dah berusia 52 tahun, masa aku beli dulu dlm Rm 60 ja sesuai ngan kondisi. 
Majalah Buletin Lubuk mula diterbitkan sebagai majalah tumpangan di dalam majalah Lanun keluaran ke-12 (1 Oktober 1997). . Setelah lebih 10 keluaran Buletin Lubuk berjaya diterbitkan di dalam majalah Lanun, akhirnya pada 1 September 1998 (hampir setahun kemudian) Buletin Lubuk mula diterbitkan secara berasingan. Keluaran pertama majalah ini berharga RM4.50 dengan menggunakan kertas yang agak bermutu tinggi sebanyak 80 muka surat. . Maskot majalah ini pula menampilkan gambar kartunis Ujang yang bertopi merah jenama Marlboro sedang memegang joran dan seekor ikan yang besar. Seperti mana majalah Lanun, Buletin Lubuk juga diterbitkan oleh Multi Triple Vision Sdn Bhd yang diterajui oleh kartunis Ujang sebagai Pengarah Urusan dan Kartunis Tembakau menjadi Editor.

Majalah G3 adalah majalah kartun humor tempatan paling muda diterbitkan iaitu pada tahun 2005. Kebanyakan pelukis dalam majalah ni adalah bekas2 pelukis majalah kartun lama spt Gayour, Ubi , Kobis Bunga, Taugeh, Jambang, Padi, Bendi, Keladi dan beberapa muka2 baru.Naskah Majalah G3 ni adalah majalah yang diberi percuma atau sampel pengenalan sebab tu bil. dia 00. Aku beli majalah keluaran terawal ni sbb berdasarkan pengalaman macam Majalah Ujang dimana majalah Ujang cover putih (spt di gambar) merupakan majalah yang super rare sebab naskah pengenalan tu cetakannya terhad dan harganya berganda lagi tinggi dari Bil. 1 majalah Ujang yang cover biru.

Untuk Majalah Bekazon Bil 01 ni ada cerita disebaliknya, cerita dia pada tahun 2020 aku penah jual buku ni dengan harga Rm 5 ja, baru post kat pesbuk, menderu pakat pm nak beli, terkejut gak aku tapi dah ada org nak beli aku jual la. Rupa-rupanya patut ramai nak beli sbb aku letak harga bawah harga sebenar sbb bagi aku masa tu aku hanya nak clear rak dan taktau yang keluaran ni jadi rebutan sebab merupakan keluaran pertama Majalah Bekazon. Tapi masa tu aku tak join komuniti majalah kartun dan komik Msia lagi jadi taktau harga terkini majalah tu, la bila aku dah join komuniti baru aku cari balik sbb bila aku tengok keluaran pertama mana-mana majalah kartun mmg jadi rebutan dan harga agak tinggi di pasaran berbanding bil. lain, nasib la terjumpa ngan harga yg tak la mahal sangat, ok la dengan kenaikan harga tu setelah aku jual murah 6 tahun dulu (ayat penyedap hati sbb terjual murah hahahaha...)Majalah Bekazon ni merupakan majalah hybrid yang mengabungkan kartunis dari Majalah Ujang dan Apo setelah pasaran majalah kartun tempatan mulai menurun disebabkan perubahan teknologi disebabkan itulah majalah Bekazon diwujudkan dimana pembaca selain daripada membeli majalah secara fizikal, mereka juga bole membeli melalui digital di laman web Bekazon. Tapi Majalah Bekazon dah takdak dipasaran dimana ia terhenti di bil. ke 25 sbb majalah ni bersambung ke Majalah Ujang & Apo plak.

Reunion

 

Apa yang beliau sharing mungkin ada betulnya, tapi bagi aku tak semua macam tu. Yang selalunya post2 macam ni kita dah bole agak orgnya macamana, post2 trigger macamni selalunya dibuat utk menyedapkan hati, kalau kita baca nilai positif yang ada bila reunion rasanya tak timbul pun isu ni, seorang kawan atau sahabat tak peduli pun apa pangkat ang, aset apa yang ang ada, apa achievement ang, reunion ni dibuat untuk bersua muka ngan kawan2 yang dah lama tak jumpa, mungkin berpuluh taun tak bertanya khabar dan hanya tau apa2 perkembangan dalam media sosial ja, tapi tak semua org aktif update pasal life masing2 kat media sosial, ada yang memilih untuk low profile, jadi medium reunion ni la jadi medan untuk beramah mesra bertukar khabar dan bersua muka selepas masing2 membawa haluan sendiri. Kalau masing cuma nak tau apa achivement si polan, kereta apa dia pakai, rumah besaq mana takyah tunggu reunion, kat media sosial beliau pun bole tgok hahahaha... dan pendapat aku tak perlu rasa malu untuk pi reunion kalau kita rasa life kita tak macam life kawan2, sbb tak semua kawan menilai sebegitu, itu hanya mainan perasaan sendiri atau dah terpengaruh dengan post2 macamni. 

Monday, February 2, 2026

Kemiskinan diwarisi

 


Benda yang paling aku cuba elakkan adalah menjerumuskan anak isteri dan keluarga ke lembah kemiskinan. Ya org tua aku dulu susah, bukan disebabkan tidak berusaha, tetapi keterbatasan faktor ekonomi menyebabkan ia statik, tetapi kesusahan org dulu tak separah zaman sekarang yg semuanya memerlukan wang ringgit disebabkan kenaikan harga di semua peringkat. Kita tak bole pukul rata, ada sesetengah org nasib dia berbeza, ada yang diuji dengan faktor kesihatan, faktor pendidikan dan juga faktor ekonomi menyebabkan terjebak dalam dunia kemiskinan walaupun dia cuba berkeluarga dan secara tak sengaja mengheret keluarga beliau kepada kemiskinan.

Sebab tu aku dulu bertunang dalam masa agak lama, hampir2 masuk 2 tahun sebab aku tunggu jawatan aku dalam gomen mendapat  pengesahan tetap dan berpencen baru aku berkahwin, sebab aku tak berani nak tanggung anak dara org klu takdak keja tetap, ya la klu diri sendiri tak lepas takkan aku nak isteri aku terjebak sama. Tapi ada ja org yang keja pun tak menentu, pendapatan pun tak tetap tapi berani ambik keputusan untuk berkahwin, tu pendapat masing2, janji tak menyusahkan orang lain ok ja. Rezeki orang tak sama, ada yang rezeki dia lepas kahwin terus dapat keja tetap, perniagaan maju tu semua ketentuan Allah. janji masing2 pandai bawa diri, tak lari dari tanggungjawab dan masing2 bahagia dengan cara masing2 pun dah cukup.

Sunday, January 18, 2026

Zaman Kegemilangan Skuad Bola Sepak Perlis Singa Utara era tahun 2004-2008

 

Bagi peminat-peminat bola sepak Negeri Perlis yang pernah melalui fasa-fasa kebangkitan skuad Singa Utara pada pasca 2004 hingga 2008 pasti masih terpahat di ingatan bagaimana bahang kemeriahan di seluruh atmosfera negeri paling utara yang mana setiap lapis masyarakat tak kira bangsa dan umur memenuhi segenap ruang tempat duduk padang keramat skuad Singa Utara iaitu di Stadium Utama Kangar untuk menyaksikan kehebatan Skuad bola sepak Perlis yang dibarisi ramai bintang tempatan dan antarabangsa beraksi di pentas teratas bola sepak Malaysia.
Tapi itu cerita 20 tahun lalu yang terbalik dengan kisah bola sepak negeri Perlis pada hari ini di mana tiada lagi pasukan bola sepak rasmi negeri Perlis beraksi di pentas bola sepak liga Malaysia, yang ada hanyalah skuad Perlis Guar Syed Alwi yang beraksi di divisyen 2 Liga Malaysia iaitu Liga Malaysia A1 Semi-pro dan skuad Bintong serta Kuala Perlis Titans yang beraksi di divisyen ke 3 liga Malaysia iaitu di Malaysia A2 Amateur League.
Jadi pada hari ini bagi peminat-peminat bola sepak Perlis hanya mampu mengimbau sejarah kegemilangan skuad bola sepak Perlis hanya di media2 sosial dan juga di buku-buku bola sepak lama. Jadi kat sini aku senaraikan buku-buku arena bolasepak dan majalah sukan lain yang mempunyai laporan-laporan berkaitan kejayaan skuad bola sepak Perlis suatu ketika dahulu.
Buku arena bola sepak keluaran Jan 2005 yang cover depan memaprkan pemain bola Tengku Hazman Raja Hassan yang merupakan pemain Perlis ketika itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali, bersama Selangor sekali dan bersama Perlis satu kali.
Buku ni dulu aku ada tapi salah sorang sahabat aku pinjam untuk dijadikan rujukan bagi openulisan beliau dalam buku terbitan Dubooks mengenai pasukan-pasukan bola sepak Malaysia. Pastu aku terlupa nak mintak balik kat beliau, dan beliau pun lupa nak bagi balik kat aku, bila aku tanya beliau macam was was buku tu dok mana jadi aku ambik jalan mudah, cari balik buku tu di laman2 jual online buku-buku lama buku ini.
Malangnya masa aku jumpa keluaran ni di Shoppee buku tu dah habis stok org beli, cari punya cari tak jumpa kat mana2. Tapi nak jadi rezeki tengah aku belek2 laman Carousell ada seller baru iklankan buku ini dengan harga cukup murah, aku apalagi contact beliau cepat2 dan alhamdulillah proses jual beli berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke tangan aku.
Buku ni aku beli di laman Carousell dengan harga Rm 10 ja, sedangkan buku2 arena bola sepak ni berharga dalam lingkungan Rm 20 hingga Rm 40.Jadi mmg rezeki aku la tambah2 buku ni mmg menjadi koleksi wajib peminat bola sepak Perlis untuk dijadikan simpanan.
Aku rasa seller tak tau yang majalah ni mmg beharga bagi peminat bola sepak Perlis memandangkan seller berasal dari negeri lain. Dan menjual lebihan koleksi yang ada dalam simpanan beliau.
Majalah ni menyiarkan laporan lengkap perjalanan skuad bola sepak Perlis dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah dengan menewaskan Kedah di Pentas akhir hasil jaringan Andrien Jurad Chamrong melalui balingan jarak jauh dengan berkesudahan Perlis menewaskan Kedah 1-0. Perlis pada masa itu dilatih oleh Cikgu Jan dan dibarisi pemain seperti Botak Khairunisam Shahabudin, Khairi Zainuddin, Yusri Che Lah, Jaoa Bandoch, Tengku Hazman, Andrien Jurad, Philimon Chepita, Faisal Esahar, Nazaruddin Zain, Lamin Conteh Jr dan Amran Omar.
Bagi keluaran majalah arena bola sepak Sept. 2005 pula menyiarkan laporan kejuaraan Liga Super 2005 yang dimenangi skuad Perlis. Di mana cover hadapan majalah adalah pemain bola sepak Liew Kit Kong.
Pada musim 2005 ni ada penambahan yang ketara di bahagian serangan iaitu dengan kehadiran rakan senegara Chepita iaitu Zachariah Simukonda menajamkan bahagian serangan skuad Perlis.
Tidak adil untuk tidak menyebut nama-nama beberapa pemimpin belakang tabir yakni orang kuat Persatuan Bola Sepak Perlis ketika ini yang berusaha menaikkan mutu dan membentuk skuad bola sepak negeri Perlis yang terkenal seluruh Malaysia akan aksi di padang.
Antara tongak pemimpin bapa pembangunan bola sepak negeri Perlis adalah Dato Seri Shahidan Kassim yang masa itu adalah Menteri Besar Perlis merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis disamping Pengurus pasukan, Encik Azmi Saad dan penolong Pengurus Pasukan iaitu Encik (sekarang Dato) Jamil Saad yang banyak menguruskan pasukan dari segi kewangan staf kejurulatihan kerana pada tahun 2005 jurulatih pasukan telah bertukar di mana Cikgu Jan telah ditawarkan menjadi jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang dan digantikan dengan jurulatih berpengalaman iaitu Abdul Rahman Ibrahim atau dipanggil man dagu yang meneruskan legasi kegemilangan skuad Perlis dalam tempoh mendatang.
Mungkin secara kebetulan bagi keluaran Okt. 2006 yang mana cover majalah arena bola sepak adalah Tengku Hazman Raja Hassan yang mana majalah ini menyiarkan laporan penuh kejuaraan Piala Malaysia tahun 2006 yang juga menjadi milik Perlis sama macam majalah arena bola sepak keluaran Jan 2005 yang juga cover hadapan Tengku Hazman yang mana Piala Malaysia ketika itu juga dimenangi oleh Perlis. Cuma yang membezakannya adalah Tengku Hazman pada masa 2005 dan 2006 bukan lagi pemain pasukan Perlis kerana mengikut Cikgu Jan berubah pasukan ke pasukan bola sepak Pulau Pinang.
Majalah ni mmg ada dalam simpanan aku sebab pada masa tu memang aku akan beli mana2 majalah yang memaparkan laporan berkaitan pasukan bola sepak negeri Perlis dalam Liga Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia dan lain2.
Philimon Chepita antara pemian import terbaik Perlis di mana beliau menabur bakti di bumi Perlis selama 5 musim.
Skuad Bola sepak Perlis sebenarnya telah layak ke final sebanyak 3 kali dan hanya mampu menjuarai 2 daripadanya iaitu pada edisi 2004 dan 2006, dimana tahun 2006 skuad Perlis menewaskan skuad Negeri Sembilan Naza.
Skuad bola sepak Perlis pada tahun 2006 terdapat perubahan dimana ada beberapa tonggak utama pasukan berhijrah ke pasukan lain seperti Yusri Che Lah dan Kapten Khaironisam Shahbudin. Dan Manzoor Azwira dilantik menjadi ketua pasukan yang baru.
Manzoor Azwira seingat aku seorang kapten yang cukup Islamik, main pakai seluar fit menutupi lutut, minum duduk dan akan membaca doa sebelum memulakan sesuatu perlawanan.
Selain Majalah Arena Bola sepak aku ada juga beli majalah lain yang menyiarkan laporan tentang Piala Malaysia tahun 2006 yang dimenangi skuad Perlis.



Ni Majalah Arena bola sepak bil.15 Jan.2007 , liputan piala terakhir skuad bolasepak Perlis juarai iaitu Piala Sumbangsih tahun 2007 dimana skuad Perlis mengalahkan skuad Pahang.
Kalau ikut carian di internet, ada dimaklumkan tahun 2008 skuad bolasepak Perlis ada menjuarai Piala Sumbangsih 2008 tapi tak jumpa plak mana2 laporan perlawanan tersebut di mana-mana majalah kot2 la aku ada terlepas pandang. Dan la pun aku masih mencari Majalah arena bola sepak keluaran Jan 2008 kot2 ada liputan tentang perlawanan Piala Sumbangsih tersebut tapi masih belum dijumpai di mana2 media jualan online. Semoga perkongsian majalah-majalah bolasepak ini tentang sejarah zaman kehebatan skuad Singa Utara Perlis dapat dijadikan panduan untuk peminat-peminat  bola sepak negeri Perlis bahawa skuad Perlis pernah mengegarkan lapangan bola sepak tempatan sebelum suram ditelan perubahan zaman.