Sempena cuti kemerdekaan ari tu, aku sefamili beserta memba2 wife aku telah merancang nak serbu kota Hatyai terutama ke Home Pro dan Hatyai Central Festival. Tapi trip kali ni telah tersilap perancangan masa sebab berlaku kekalutan sikit di Border Padang Besar sebelah Thailand. Kalau tidak sebelum ni aku masuk border belah Thai lenggang ja tapi kali ni ramai plak smpai jadi 6 lane sebab ramai bas rombongan mai kot sini mungkin nak lari dari kesesakan di border Bukit Kayu Hitam. Nak jadi cerita sebelum ni aku masuk takdak masalah, tak payah isi pun borang Arrival dan Departure dgan Borang Car Declaration, pastu sorang pun boleh cop 2-3 Border Pass. Tapi kali ni Imigresen Thai Straight sikit, dia suruh isi borang Arrival dan Departure tu dgan borang Car Declaration pastu masing2 kna pegang Border Pass sendiri. Dekat sejam aku beratoq, smpai2 dkat kaunter, Pegawai Imigresen Thai cakap macam tu plak, jem aku. Huhuhuhuhu...nak kna beratoq balik dgan orang berenyut pkoi berapa la nak bole masuk Thailand. Seb baik la ada "Ulaq Ayaq" atau ulat yg bg perkhidmatan beserta bayaran utk cop border guna jalan belakang, dia caj satu border rm 20 , w'pun mahai tapi redah ja la, sebab dekat dua jam sangkut kat situ tambahan anak2 aku takleh duduk diam lelama. Dekat kaunter Car Declaration pun tiba2 pegawai depa caj Rm 10 utk kenderaan yg first time masuk, sblm2 ni tak kna pun, main duit btoi depa ni, mentang2 la kenderaan banyak masuk ari tu terutama geng2 moto besaq.
Kita tinggalkan sejenak kekalutan yang berlaku di border imigresen Thailand tu, kita terjah pula ke Pusat Perabot Home Pro, kedai ni lebih kurang cam Ikea la klu belah kita. Macam2 perabot, tab mandi, peralatan elektrik/ elektronik,lampu, tilam, karpet, kabinet dapoq, beruih, biji benih sayoq dan segala mak nenek hiasan rumah ada kat sini, dengan rekaan terkini dan yang paling penting harga dia jauh lebih murah dari Ikea terutama barangan yg ada promosi. Nak masuk sini pemeriksaan keselamatan dia ketat sikit, pengawal mintak kita tunjukkan ic dan lakukan pemeriksaan kat kereta kita sebagai langkah keselamatan maklumla kat Thailand ni, bom kenderaan sering berlaku.
Lokasi Home Pro ni mudah ja, kedai dia tepi jalan selepas flyover ke Pattani dan Hatyai Airport, kedai dia sebelah kiri jalan menuju ke Bandar Hatyai.Kat dalam ni ramai jurujual yg ramah tamah, tapi tu la smua speaking Thai, mungkin dia ingat aku org tempatan kot w'pun muka tu iras2 Mujibur Abbas hahahaha...ada la dua tiga barang aku beli, tapi yg kecik2 ja la yg muat ngan bonet keta aku.
Yang baguihnya kat sini disediakan ruang Solat untuk muslimin, siap dgan tempat ambik wuduk sekali. Tandas yang disediakan pun cukup bersih, sangat selesa untuk menjalankan aktiviti memeruah.Kat sini juga ada disediakan restoran tapi tak jamin plak status kehalalan beliau.
Setelah selesai bertukar-tukar matawang Bhat dengan juruwang jelita Home Pro kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Hatyai Central Festival, sebuah pasaraya yang agak besaq lebih kurang cam Queensbay Mall di Penang. Pusat beli belah ni tak jauh dari Home Pro, jalan depan sikit ja Nampak la bangunan gedabak ni. Macam biasa jugak nak parking kat sini pun kna melalui kawalan keselamatan, parking bertingkat dia luas dan free. Cuma bila nk parking tu kna tgok2 sikit sebab di tingkat 1 parking kat situ dikhaskan untuk golongan wanita, klu yg berbauk dan kaki berbulu tu parking silap2 kna halau ngan mak guard dia hehehehe...
Kat Hatyai Central Festival ni terdapat food court yang menyediakan makanan halal di tingkat 4. Nak makan kat sini kita kna tukaq dulu duit ke kad tunai di kaunter yang disediakan, jangan risau nak tukaq berapa pun sebab klu kad masih berbaki bole dapat balik masa return kad tersebut. Seb baik kat sini ada brader Melayu yg bole cakap Melayu dialek Kelantan yang buat roti canai, dia la yg banyak bg info tentang makanan apa yg ada kat sini.
Makanan kat sini tu kira ok la padan ngn harga, aku order Nasi Goreng Udang kering, wife aku order nasi dengan Sup Thai, MIL aku makan roti teloq dan memba2 wife aku ada yg order Nasi Goreng ikan temenung, pulut manga, somtam dan macam2 lagi la. Klu duduk kat meja makan kat tengah2 tu bole la tengok orang dok main ice skating kat tingkat bawah, aku tak duduk situ takut anak-anak aku pakat dok ragaih (panjat) cermin tu nanti jd cerita len plak.
Anak-anak aku bab permainan yang tu dulu la depa nampak, tambahan kat tingkat 4 tu ada game arcade keja dok ajak aku ja nak main, ada jugak kedai mainan Toys'r'us tapi aku pesan kat anak aku kita pi len kali la kdai tu maklumla la sebelum smpai sini depa dah borong dah dua tiga jenis menan kat depa, banyak2 nti kopak la aku. Kat sini jugak ada disediakan perkhidmatan ronda-ronda dalam hypermarket ni naik keretapi mainan, tentang bayaran tu tak pasti plak aku. Mai sini tak payah risau, sebab banyak jugak pekerja terdiri dari kalangan orang Melayu Thai yang kerja di booth2 dan kedai2 dalam ni dan ada yg boleh berbahasa Melayu.