Tak banyak aktiviti traveling akhir2 tahun ni sebab banyak bajet di cut cost sebab dok simpan sikit2 perbelanjaan sebagai bekalan nak masuk rumah baru nanti.Rumah aku beli ni pun dah nak masuk 12 tahun dah duduk jd banyak gak la benda la deko yg aku buat dulu nak kena repair macam cat dinding dalam rumah aku ni, dah naik kulat habih sampai naik segan kat tetamu2 yang bertandang, tambahan dengan kehadiran 3 hero yang tengah membesaq tu membuatkan penjagaan rumah sedikit mencabar. Hampa bole tgok keadaan dinding tv aku yg naik kulat tu sebelum dan selepas aku bubuh wall paper.
Cadang tu aku malas dah nak ambik pusing nak repair keadaan dalam rumah ni sebab takut makan modal, baik aku simpan duit tu buat deko rumah baru nanti. Sebab aku ada bincang ngan partner in crime aku kalau nak cat balik buat rugi ja sebab konpom nanti akan naik kulat balik, klu nak boh wall paper takut makan modai plak sebab nak kena upah pasang semua pastu nanti rumah ni nak buat sewa ja, rasa rugi plak.Then wife aku tunjuk group fb deko kedai eko rm 2, banyak dah rumah yg deko guna barang2 kedai 2 ringgit termasuk wallpaper, cantik2 gak. Aku mula2 tu goyang gak nak pasang wallpaper sebab tak penah buat, tp aku ambik keputusan try and error ja la, rupa-rupanya mudah ja pasang sebab kertas wallpaper ni siap sticker dah pastu nipis jd senang la nak cover kalau keredut ka apa ka. Dalam gambaq tu semua beli kat kedai eko rm 2 dari wallpaper sampai hiasan atas tv kabinet tu, cuma wall sticker dgan pokok pisang viral tu ja aku beli kat Lazada. Wall sticker tu cuma berharga rm 9.00 ja kecuali pokok pisang tu la yg mahai sikit berharga rm 178.00, tapi pasu anyam dia tu aku beli dekat Kaison berharga Rm 14.00.
Lepas tu terjebak plak dengan kedai deko Kaison, Aman Sentral jd ada la pokok2 yg aku beli ngan pasu buat sendiri hias kat dapoq ngan bilik ayaq. Dekat ruangan dinding kosong bahagian meja makan ni aku gantung frame kanvas beli dekat Kedai Kaison, murah ja rm 14.00 seunit
Dah alang2 boh wall paper aku lajak buat kat ruangan dinding dekat pintu masuk ni sebab cat kat dinding ni naik kulat jugak. Kalau hampa nak tau yang aku beli wall sticker boh kat dinding tu sebenaqnya nak tutup hasil seni lakaran anak2 aku kat dinding tu, nak cat lain malas jd cover dengan wall sticker la jawabnya, tak nampak sangat hahahahaha....
Ok last but not least ruangan mancave @ tempat bertapa kaum lelaki ni pun aku hias sikit2 sesuai la tempat menghabiskan masa dengan hobi aku tu, main game bola PS4 Pro Evolution Soccer (PES) dan dihiasi figura2 komik serta mainan kolektor aku berlatarbelakangkan gambar2 sticker game ps4 serta buku2 dan komik2 bacaan aku.