Jangan Clik

Tuesday, December 30, 2025

Majalah kartun humor tempatan dan luar negara


Majalah Gila-Gila -1978
Majalah Humor yang pertama kali aku didedahkan, mana anak-anak yang membesar tahun 80an dan 90an pasti cukup mengenali majalah ni , antara majalah yang banyak aku baca masa time sunat (zaman dulu budak2 baca majalah berbanding zaman la ni yg budak2 main henset masa dok tunggu luka sunat sembuh hahaha..). Majalah Gila-Gila pertama kali diterbitkan pada tahun 1978 walaupun mengikut kajian pakar ilmiah majalah humor pertama adalah majalah Ha Hu Hum tapi penerbitan majalah ni kurang mandapat sambutan berbanding Majalah Gila2. Majalah Gila-Gila masa tu menjadi pemangkin munculnya generasi kartunis yg kelak menjadi popular dan menjadi lagenda seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Don, Fattah, Rashid Asmawi, Kerengge, Rejabhad, Misyar, Ujang dan banyak lagi. Harga majalah Gila-Gila la ni pun bole tahan harga dia tambahan keluaran awal yang bole mencecah ratusan ringgit senaskah. Dan Keluaran pertama Majalah Gila-Gila harga tertinggi pernah dijual adalah Rm 10 ribu ringgit yang dibeli oleh Saudara Redzuan jamil dari Perlis yang mana beliau merupakan pemegang rekod Msia pengumpul majalah Gila-Gila dari Bilangan pertama hingga bilangan terkini. Majalah Gila-Gila masih diterbitkan hingga sekarang walaupun menghadapi saingan dengan arus permodenan digitalisasi zaman sekarang yang mana maskot utama majalah ini adalah Profesor Serba Tau.


Majalah Gelihati - 1978
Majalah Gelihati diterbitkan pada tahun yang sama dengan Majalah Gila-Gila cuma lewat 4 bulan saja. Majalah ni antara yang mewarnai zaman kanak-kanak tahun 80an dan 90an yang mana menampilkan kartunis seperti Adiputera, Gayour, Kitaro atau Yaz Malee, Pink dan Yo. Antara kartun kegemaran aku dalam Majalah Gelihati adalah Kartun Kampus Life lakaran Yaz Malee atau Kitaro yang mana beliau banyak menceritakan pengalaman sebagai pelajar Itm Shah Alam yang kini dikenali sebagai UiTM Shah Alam yang mana sebagai bekas pelajar Uitm Shah Alam aku cukup dekat apa yang diceritakan oleh kartunis yang merupakan super senior dari Uitm dan garapan beliau membuat aku mengimbau kembali kenangan semasa bergelar pelajar di sana.Majalah Gelihati menamatkan pengeluaran pada tahun 1999 bilangan 330.
Majalah Batu Api - 1984
Majalah Batu Api diterbitkan pada tahun 1984 setelah pengasas bersama Majalah Gila-Gila iaitu Mishar keluar dari syarikat penerbitan Majalah Gila-Gila Creative Enterprise dan menerbitkan Majalah Batu Api yang menampilkan kartunis-kartunis baru seperti Miki, Juragan, Zoy dan Mie . Majalah ini menghentikan penerbitan pada tahun 2002.
Majalah Humor - 1984
Sebuah majalah humor yang juga diterbitkan oleh Syarikat Creative Enterprise yang merupakan syarikat penerbitan Majalah Gila-Gila diterbitkan pada tahun 1984. Majalah ni diterbitkan dengan saiz comel ja sesuai untuk dibawa ke mana2, dan penerbitan awalnya diselang seli dengan penampilan cerita dunia hiburan tanahair serta kartun-kartun tempatan. Antara kartunis yang mewarnai majalah humor ni adalah Long, Reggie Lee, Aza dan Yaz malee, dan baru aku tau pasai apa banyak karya Yaz Malee disiarkan dalam masa yang sama di Majalah Batu Api, Gelihati dan Humor , rupanya beliau kartunis freelance yang menghantar karya di mana2 sykt penerbitan majalah dan dibayar mengikut karya yang dihantar. Majalah Humor memberhentikan penerbitan pada tahun 1998.
Majalah Gelagat - 1989
Majalah Gelagat diterbitkan pada tahun 1989 dalam memberi saingan penerbitan majalah humor yang lain yang mana pada tahun 80an ini permintaan untuk majalah humor sangat tinggi menyebabkan maraknya penerbitan majalah humor tempatan tumbuh bagai cendawan. Antara kartunis-kartunis popular yang menyumbang karya dalam majalah ni adalah Zaim, Sidi (sekarang dikenali sebagai Bendi), Vikey, Leno (sekarang dikenali sebagai Lepat) dan kartunis lagenda Baba Chuah. Untuk aku yang menarik dalam Majalah Gelagat ni adalah Karya Kartunis Zaim dan Hash tentang gusti melalui karya Wrestlemania yang dijadikan humor memandangkan waktu itu merupakan zaman kegemilangan dan kemuncak dunia gusti. Penerbitan terakhir Majalah Gelagat adalah pada keluaran 155 tahun 1998.
Majalah Jenakarama - 1989
Majalah Jenakarama diterbitkan pada tahun 1989 dan berjaya memperkenalkan kartunis-kartunis baru yang kelak mewarnai dunia kartun tanahair seperti Deen, Aie, Yaz Malee, Ayoon (sekarang dikenali sebagai Duku), Napie (sekarang dikenali sebagai Sukun) dan Ambo.
Majalah Ujang - 1994
Majalah yang berjaya menyaingi dominasi Majalah Gila-Gila dan diterbitkan oleh bekas kartunis dari Majalah Gila-Gila iaitu Ujang (Ibrahim Anon). Majalah Ujang mula diterbitkan pada Januari 1994 yang mana harga masa tu adalah Rm 2.20. dan sekarang harga keluaran pertama Majalah Ujang beharga dalam lingkungan Rm 1000 hingga Rm 3000 (mengikut kondisi majalah). Majalah Ujang menggunakan maskot Din Beramboi sebagai maskot majalah sebagaimana maskot Profesor Serba Tau untuk majalah Gila-Gila. Banyak kartunis yang pernah popular dalam majalah humor lain bergabung dalam Majalah Ujang seperti Aie, Gayour, Sukun, Duku, Petai, Nik,Tembakau, Bawang dan lain2, sekadar menyebut beberapa nama. Tiba-tiba keluaran Ujang terhenti pada keluaran ke 74, 1 Mac tahun 1997, menyebabkan peminat tertanya-tanya kemana menghilang Majalah Ujang kerana pada bulan berikutnya telah terbit sebuah majalah yang konsepnya serupa dan cerita2 dari majalah Ujang juga terkandung dalam majalahnya, iaitu Majalah Varia Lawak bil. 1 dimana nama Majalah tersebut diambil dari kandungan dalam Majalah Ujang, jadi bg peminat macam aku yang masih remaja masa tu tak la bersoal jawab berkenaan hal tu janji kartun2 yang pernah ada dalam majalah Ujang dulu ada balik dalam Majalah Varia Lawak dan mungkin majalah tu hendak membuat perubahan nama majalah walaupun nama Ujang sudah sinonim dengan majalah yang tengah berada di puncak pada waktu tu. Tapi akhirnya selepas 4 bulan  pada 1 Ogos 1997 majalah Ujang bilangan ke 75 bersambung kembali disamping keluaran Majalah Varia Lawak menyebabkan aku masa tu tak la heran berkenaan keluar 2 majalah yang konsep dan kartun yang hampir sama cuma pada masa tu aku cuma mempersoalkan kenapa keluar 2 majalah menyebabkan aku terpaksa memilih antara nak beli Majalah Ujang atau Majalah Varia Lawak sebab ya la waktu tu duit belanja sekolah tak banyak, nak beli majalah banyak2 kurang la berkemampuan. Tapi aku memilih beli majalah Ujang pada waktu tu.
Majalah Boom - 1995
Majalah Boom dikeluarkan pada tahun 1995 dengan berkonsep ukuran yang lebih kompak dan berwarna sepenuhnya. Di muka hadapan majalah terdapat cop yang bertulis Ahadiat Akashah yang merupakan novelis terkenal pada waktu tu dan merupakan penerbit majalah ini termasuk artis tanahair Aznil Haji Nawawi. Antara kartunis yang mencurahkan idea adalah Deen dan beberapa kartunis baru. Tapi nasib majalah Boom sama macam majalah lain yang tak mampu menandingi majalah Ujang dan terpaksa diberhentikan penerbitan lebih awal.
Majalah Varia Lawak - 1997
Majalah Varia Lawak keluar dengan bilangan 1 pada April 1997, walaupun muka depan memaparkan Din Beramboi tetapi yang menjadi persoalan pembaca adalah nama majalah telah bertukar dari Ujang ke Varia Lawak. Tapi bg pembaca naif macam aku ketika itu berpendapat majalah tu adalah kesinambungan dari majalah Ujang sebab cerita, kartun dan konsep dari majalah Ujang ada dalam keluaran Pertama Majalah Varia Lawak. Dan dalam Majalah Varia Lawak kartun Usop Sontorian dah ditukar nama menjadi Usop Mersing mungkin penerbit berhadapan masalah hak cipta sama seperti nama majalah yang bertukar tersebut dan syarikat penerbitan pun bertukar dari Kharisma Publication ke Multi-Triple Vision Sdn Bhd. Pada Keluaran ke 4 kartunis Duku ada membuat karya berkenaan pejabat Ujang yang huru hara kerana tersebar khabar angin bahawa Ujang telah meletak jawatan dan bertanya berkenaan claim kartun yang dihantar dan ada beberapa kartunis yang mencadangkan untuk menjual karya mereka dekat sebuah sykt penerbitan baharu dan mereka terkejut bahawa penerbit di pejabat baru tersebut adalah bos lama mereka, kartunis Ujang. Majalah Varia Lawak keluaran ke 7 merupakan keluaran terakhir kerana kesinambungan majalah tersebut diteruskan ke keluaran berikutnya menggunakan nama Majalah Lanun.
Majalah Lanun - 1997
Majalah Varia Lawak bersambung ke bilangan ke 8 tapi menggunakan nama baru iaitu Majalah Lanun kemungkinan kerana berkaitan masalah hak cipta.
Majalah Rileks - 1997
keluaran pertama Majalah Rileks ni adalah pada tahun 1997 dimana ni la majalah kartun tempatan pertama yang aku tengok gaya lukisan sangat grafik terutama bagi karya 2020 yang menceritakan kisah 3 kanak2 pada tahun 2020. Dimana semua cover depan majalah menggunakan lukisan artis2 tempatan. Keluaran majalah Rileks terakhir adalah pada keluaran ke 15 tahun 1998. Aku dulu ada majalah ni Bilangan 1 sampai 4, tapi aku jual , la cari balik plak hahahaha...
Majalah Apo - 1998
Majalah Apo? diterbitkan oleh syarikat yang sama menerbitkan Majalah Ujang iaitu MOY Publication (dulu dikenali Kharisma Publication sdn bhd). Keluaran pertama diterbitkan pada 1 Disember 1998 dimana muka depan majalah memaparkan kapten pirate watak kartun dari kartunis Petai dimana nama majalah Apo? ni juga diambil sempena karya bersiri lukisan Petai itu iaitu singkatan bagi "Absolutely Pirate Organisation". Antara kartunis yang pernah menabur bakti dalam majalah ini adalah Petai, Adonis, Ah Tuck, Nizam Bachok, zoy dan ramai lagi. Majalah Apo dihentikan pengeluaran bersama dengan Majalah Ujang pada tahun 2015.
Majalah Gempak - 1998
Diperkenalkan pada Jun 1998 dimana konsep majalah ini mengandungi komik, permainan video, animasi dan filem. Antara kartunis yang pernah berkarya dalam majalah ini adalah Zint, Baba Chuah, Bear, Puyuh, Keith, Nizam Bachok, Puppeter dan ramai lagi. Majalah Gempak memberhentikan pengeluarannya pada isu 410 tahun 2017.
Majalah ROTTW - 1996
Pada zaman aku membesar dan banyak dipengaruhi dengan muzik luar negara dan tempatan, majalah ROOTW merupakan majalah yang wajib ada bagi zaman itu kerana untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan muzik samaada yang mainstream mahupun underground. Majalah ini diterbitkan pada tahun 1996.
Majalah Kartunis Pot Jr
Antara karya kartun lama yang aku minat adalah kartunit Pot Jr sebab kartun dia lawak la bg aku masa zaman kanak-kanak dulu, dan majalah dia selalu dijadikan hadiah main tikam-tikam hahahaha...
Majalah Gusti
Antara majalah yang aku beli dulu sebab pada zaman kemuncak gusti yang menjadi kegemaran kanak-kanak yang membesar tahun 80an dan 90an untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan pengusti kegemaran pada ketika itu memandangkan teknologi internet belum meluas penggunaanya dan apa yang membuat aku terkejut adalah majalah gusti ni diterbitkan di negeri sebelah utara iaitu di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.
Majalah Bekazon dan Kamal Nawie (ex kartunis Majalah Gila-gila)
Selepas pengeluaran Majalah Ujang dan Apo syarikat MOY telah mengeluarkan semua Majalah Bekazon dengan nafas yang baru dimana bole dibeli secara fizikal atau secara digital.
Majalah Kartunis Lambok
Antara kartunis yang aku minati sebab karyanya yang sangat lawak dan mampu membuatkan anda ketawa hingga terburai perut hahahaha... ni antara kompilasi karya Lambok keluaran Bekazon yang bole dibeli di laman web Bekazon atau Shopee
Majalah Kartunis Petai
Komik tribute untuk Allahyarham Petai atau Roslan Kasim lepas beliau meninggal pada tahun 2021.
Majalah Kompilasi Ujang
Ni antara kompilasi kartunis dari majalah Ujang iaitu Sukun, Nik -Ali n Davidon serta Murahguru Tandoripayat, kartunis Rambai dan kartunis Bawang.
Majalah Kartunis Tembakau
Lagi satu karya agung yang dicoret Alllahyarham Kartunis Tembakau atau Azhar Ahmad adalah Kartini yang disiarkan secara bersiri di Majalah Varia Lawak dan Majalah Lanun dan juga ada di buat tribute karya2 beliau lepas beliau meninggal dunia pada tahun 2018.
Majalah Jenama X adalah karya2 dari bekas2 kartunis Majalah Ujang seperti Gayour, Aie, Sukun ,Sireh, Lengkuas dan ramai lagi. Bagi peminat kartun tempatan anda harus ada Buku 100 Kartunis & Pelukis komik Malaysia sebab dia mengandunggi senarai kartunis tempatan dari zaman awal munculnya majalah komik tempatan hingga terkini. Di bawah tu adalah Majalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu lukisan dari Imuda yang merupakan adaptasi dari sitcom popular suatu masa dulu kini di bukukan.
Majalah Kompilasi Gila-Gila
Seingat aku dulu, aku ada kumpul kompilasi dari Majalah Gila-Gila hanya GG Looks At Aza, Mega Movie Ambo dan Jungle Jokes Jaafar Taib rupanya ada lagi kompilasi yang aku terlepas pastu aku cari balik cam kompilasi Kartunis Kerengge, Biokartun GG Group dan Sembang2 Nuds.
Majalah Kartunis Ujang
Kompilasi Karya Kartunis Ujang di Majalah Gila-Gila ada jugak aku kumpul sebab aku memang minat karya Ujang dulu, antara kompilasi Karya Ujang yang aku kumpul adalah Kompilasi Gila-Gila Ujang, I.B.C Intteligent Blues Club dan Aca & Atuk.
Majalah Kartunis Dato Lat
Majalah Kartunis Dato Lat aku ingat aku kumpul lengkap semua koleksi beliau, rupanya ada lagi 3 karya yang takdak dalam simpanan aku iaitu Lats Lot , Lat At Large dan Its a Lat,lat,lat World. Akhirnya apa lagi aku cari balik la lagi 3 koleksi yg aku takdak tu melalui semua saluran media sosial dan pembelian online untuk melangkapkan koleksi Dato Lat.
 Karya Dato Lat yang paling rare aku simpan  buku kedua Dato Lat keluaran tahun 1972, " Tak Ngapa Mak" yang harga kini bole tahan tinggi, dengan kondisi kini yg tak berapa nak sempurna asbab peredaran masa menyebabkan aku simpan dlm plastik ziplock supaya kondisinya tak rosak dimamah peredaran masa. 

Ok ni hasil selaman aku di merata pasar karat dan jualan online, 3 lg tajuk buku karya Dato Lat yang takdak lg dalam senarai koleksi aku, aku ingat lengkap semua dah kecuali keluaran pertama Dato Lat iaitu "3 Sekawan Menangkap Penchuri" yg sangat rare dan kalau ada pun harga ribuan ringgit sbb kalau tak silap aku penah org jual karya Dato Lat tu dengan harga Rm 4000. Jadi lega la aku semua karya Dato Lat semua dah aku kumpul kecuali buku karya awal Dato Lat tu ja takdak, klu ada yg fotostat pun aku rela beli hahahaha.  
Majalah Kartunis Aie
Sudah menjadi kebiasaan apabila meninggalnya seseorang Kartunis maka karya2 beliau akan mula menjadi rebutan dan harga untuk karyanya mendadak naik. Begitu juga dengan karya kartunis Aie atau Allahyarham Saari Sulong yang mana karya2 topnya seperti Blues untuk Aku, Loveville, Pak Andak dan yang takdak dalam koleksi aku masa ni adalah Abe tapi masa ni dok cari harga sebuah2 buku tu ble tahan mahai hahahaha...
Ok ni antara tambahan buku koleksi yang aku baru beli sebab terkadang ada yang terlepas pandang , Buku Katsura / Akira tu adalah buku Karya Akira Toriyama cuma lukisan dilukis oleh Katsura jadi masa tu aku tak beli sebab aku lebih suka karya Akira Toriyama yang dilukis sendiri oleh beliau, tapi memandangkan beliau la ni dah meninggal jadi aku beli la Karya terakhir beliau yang masih belum ada dalam simpanan aku sebelum ia habis dipasaran (dan rupanya stok yg aku beli tu merupakan stok terakhir yang ada dlm Bahasa Melayu..fuuhh..nasib baik sempat).Buku UUM Mengamit Kenangan tu aku beli lepas aku freind dengan seorang pengumpul hardcore majalah humor tempatan yg beliau share di laman muka bukunya, wpun aku bukan lepasan student UUM tapi aku cukup dekat dengan Universiti belah negeri utara ni sebab setiap pesta konvo aku wajib mai bawak famili aku jalan2 sini dari anak2 aku sorang, sampai la keluaq 3 org ,dari depa kecik sampai besaq aku selalu bawak depa pi pesta konvo sebab salah satunya dekat dan suasananya yang damai ditengah2 hutan Sintok. Yang buku Welcome to Malaysia karya Aza dan Ujang  serta karya kartunis Deen Warna Warni ragam Orang Kita tu aku beli lepas ada orang jual di group dalam pesbuk untuk melengkapkan dalam koleksi aku.
Komik Hong Kong Pendekar Laut
Satu-satunya komik Hong Kong yang aku baca, mulanya Komik Pendekar Laut ni aku baca start Generasi Kedua, pastu terus melekat sampai Generasi Ketiga. Pastu nak bagi lengkap semua generasi aku kolek dari Generasi Satu sampai Generasi Ketiga. Rupanya masa dok susun nak ambik gambaq ni baru aku perasan yang Jilid Generasi Satu tak lengkap satu jilid iaitu Bil ke 9, apalagi kalut cari la, sebab macam tak syok pulak klu jilid tak lengkap, nasib baik la bil.9 tu ada jual kat Shoppee, apalagi sambaq teruih la wpun condition dia tak la berapa perfect tapi still ada jacket tu ok la. 
Komik manggaka Jepun Akira Toriyama Dr Slump
Antara karya mangaka Akira Toriyama yang sangat lucu bg aku, kalau tengok koleksi aku ada yg ada jaket dan ada yang takdak, yang takdak tu aku beli lama dah zaman sekolah dulu, jaket hilang pi mana ntah, yang ada jaket tu yg baru beli hahaha...
Komik one shoot Akira Toriyama
Ni antara koleksi aku karya2 one shoot Akira Toriyama, rasanya lengkap semua dah.
Komik Manggaka Jepun Takaheko Inoue Slamdunk
Ni pun antara koleksi yang aku beli dari zaman sekolah, ada yg takdak jaket dan ada yang takdak, tu pun nasib baik ada yang terselamat sebab banyak juga koleksi aku yang hilang.
Komik Akira Toriyama Dragon Ball
Komik Dragon Ball ni mmg rezeki aku sebab aku sempat beli sebelum syarikat pengedar komik ni di Msia iaitu Comic House gulung tikar. Aku sempat beli jualan lelong komik ni sebab tu klu ada yang perasan majoriti komik ni berjaket.
Komik Indonesia kartunis Benny dan Mice
Komik karya kartunis dari negara seberang Indonesia dimana aku mula beli komik ni masa aku pi Medan dan aku jatuh cinta ngan karya depa yang banyak memaparkan ragam warga Indonesia dan tempat2 di seluruh Indonesia termasuk kritikan sosial, politik dan juga wisata. Aku dulu ingat pelukis ni sorang ja, rupanya yang lukis ni dua org yang mana lukisan mereka saling tak tumpah sama cuma bole dibezakan dengan cara penceritaan, kartun ni dilukis oleh pak Benny Rachmadi dan Pak Mice atau Muhammad Misrad.
Komik Indonesia Kartunis Mice
Ni koleksi karya Pak Mice yang menceritakan ragam orang Indonesia dan Jakarta amnya yang mana karya-karya ni kebanyakan aku beli masa aku pi Jakarta, pi cari kat pasar Buku Bekas Thamrin City.
Komik Indonesia Kartunis Benny Rachmadi
Ini antara koleksi nukilan Pak Benny Rachmadi, dan karya Pak Benny ni la yang buat aku meminati karya depa berdua ni dimana Pak Benny melukis wisata seluruh pulau Jawa dengan karya Tiga Manula Jalan-jalan ke Pantura dan Tiga Manula jalan-jalan ke Selatan Jawa yang aku mula2 beli di Medan. Bermula dari situ la aku mula mengumpul semua karya mereka berdua. La senang dah cari sebab dah ada dijual di lama jualan online Shoppe.
Buku karya Pak Zainal Rashid Ahmad
Buku-buku karya Pak Non atau Zainal Rahid Ahmad merupakan buku non fiksi yang aku kolek sebab menceritakan pengalaman hidup beliau sebelum terkenal dengan ZRA Stream. Memandangkan Pak Non berasal dari Aloq Staq jadi kisah-kisah yang diceritakan dan tempat2 yang aku cukup kenali sebab org belah utara terutama dari Perlis mmg selalu turun ke Alor Setar memandangkan tu la satu satunya bandar besar sebelah utara ni.
Majalah Arena Bolasepak
Sebagai peminat bola sepak tempatan dan luar negara aku kumpul jugak majalah arena bolasepak ni tambah2 kalau ada berita tentang skuad atau pemain Perlis dulu. Kaver muka depan bekas pemain Perlis Es Lizuan tu la ni jd jiran setaman aku tapi aku segan nak mintak dia sign kat majalah ni hahahaha...
Keratan Akhbar kejayaan Pasukan Bola Sepak Perlis Singa Utara
Ni antara majalah dan keratan akhbar sorotan berita tentang kejayaan skuad Perlis pasca 2004 hingga 2007, lepas tu prestasi skuad Perlis dah tak macam dulu dan la ni pun hampir2 pupus dari berita bolasepak tempatan.
Majalah Bola Sepak luar negara
Majalah bola sepak luar negara ada juga aku kumpul tambah2 berita mengenai Kelab Manchester United hahahaha..
Antara buku non fiksi yang ada dalam koleksi aku kerana lagi banyak maklumat yang kita baca lagi luas pandangan kita tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh buku Kembara Menjejak Bayang adalah kembara bekas wartawan menelusuri konflik pergolakan di selatan Thai, dimana dalam buku ni ada menerangkan bagaimana awal2 tercetusnya konflik yang dah berlarutan berdekad lamanya, dalam buku ini ada mengupas tentang bagaimana mulanya Orang Melayu Selatan Thai memberontak memerangi pihak berkuasa Thailand dimana kes ni bermula di Kampung Dusun Nyor (Dusun yo) apabila org kampung ditembak oleh pihak berkuasa Thai kerana dikatakan berkumpul untuk memberontak sedangkan maklumat diterima dari orang kampung bahawa mereka berkumpul untuk mengadakan kenduri hingga Kampung Dusun Nyior dikategorikan sebagai Zon Hitam atau Boriwen si dem. Tetapi bila aku baca Buku Memoir Abdullah Cd baru aku tau yang di Kampung Dusun Nyior pernah menempatkan beberapa kumpulan dari Rejimen Komunis Melayu yang melarikan diri dari Malaysia dan bermukim di situ menyebabkan pihak berkuasa Thailand memantau ketat pergerakan mereka. Jadi mungkin disitulah bermulanya kecurigaan pihak berkuasa Thailand di daerah selatan.
Buku-buku dari negara seberang Indonesia kebanyakan tentang wisata, sketching dan buku "Aku" yang pernah popular dalam Filem "Ada Apa Dengan Cinta".
Ok ni antara buku yang baru aku beli sebab takdak dalam koleksi aku, buku kompilasi kartunis Aie iaitu Abe siap ada sign dari kartunis Aie sendiri dan Majalah Arena Bola Sepak keluaran Jan 2005 yang mmg lama aku cari sebab dulu aku penah ada, tapi kawan aku pinjam sebab nak buat rujukan bagi buku yang dia tulis tentang perjalanan Skuad Perlis dalam menjuarai buat kali pertama Piala Malaysia pada tahun 2004 tapi aku pun lupa mintak kat dia, dia pun sama lupa, bila aku tanya beliau cam was2 buku tu ada ka dak lg, aku pun try la cari merata laman web jualan online dan rezeki terjumpa dia Carousell dengan harga yang cukup murah plak tu, Rm 10 memandangkan klu ikut pasaran harga Majalah Arena Bola Sepak dalam lingkungan Rm 20 hingga Rm 40. Mungkin seller tak tak tau yang majalah keluaran ni mmg dicari peminat bola sepak Perlis memandangkan dalam majalah ni ada laporan penuh perlawanan akhir Piala Malaysia 2004 yang akhirnya dimenangi oleh skuad Singa Utara buat pertama kalinya dalam sejarah dan catatan ini wajib dismpan untuk tatapan generasi mendatang bahawa skuad Perlis pernah menggegar kancah bola sepak tempatan. Yang figure WWE Tatanka tu abaikan sbb itu akan aku kupas dalam post akan datang.





Monday, August 18, 2025

Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri

 


Di atas atas adalah salah sebuah video yang viral di laman tiktok dimana menunjukkan wakil2 rakyat sedang menari keriangan ketika diumumkan kenaikan gaji bagi para perwakilan rakyat sebanyak 100 juta rupiah sebulan iaitu bersamaan dengan Rm 26 ribu per bulan.
Kejadian bukan berlaku di Msia tetapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia ketika viral video yang diunggah memaparkan para perwakilan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) atau di negara kita adalah Wakil Rakyat yang seronok menari keriangan atas kenaikan gaji sedangkan suasana ekonomi negara meraka  yang sedang tenat dan rakyat kebanyakan yang terkena tempias tersebut bergelumang dengan perit jerit dalam mengayuh hidup tetapi wakil2 rakyat menari keriangan atas kesusahan yang menimpa rakyat sedangkan prestasi mereka dalam membela rakyat  dipertikaikan banyak pihak. Dan kalau perwakilan tu dipilih atas kebolehan atau kelulusan mereka ok lagi, tapi kalau ada perwakilan tu yang naik adalah disebabkan kabel atau nepotisme mmg membuatkan ia layak dikritik para netizen.
Apa yang aku nak tunjuk itulah yang akan berlaku pada kita jika kita terlalu bergantung pada bantuan kerajaan kerana apabila berlaku sesuatu yang terkena dampaknya adalah kita, rakyat marhein. Sebab itulah kita sendiri perlu berusaha untuk keluar dari kelompok ini sebab tiada sesiapa yang mampu bawa kita keluar selain dari kita sendiri. walaupun kerajaan kita sering bertukar ganti tetapi subsidi yang diberikan kerajaan banyak memberi kebaikan pada rakyat dalam suasana ekonomi global yang tak menentu kini, tetapi kita kena harus beringat, bayangkan suatu hari nanti subsidi dihapuskan? yang menerima kesan paling besar adalah rakyat2 yang hidup di bawah paras kemiskinan atau sedang2 ni. Sebab itu kita kena sediakan payung sebelum hujan, ubah nasib generasi kita wpun tak dapat bermula dari mak ayah kita, kita usahakan ia bermula dari generasi kita supaya generasi kita seterusnya tak terjerumus dalam dampak kesan tersebut.
Antara inisiatif kerajaan yang aku puji sekarang adalah agihan subsidi bersasar sekarang seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan MyKasih yang mana hanya warganegara Msia yang layak sahaja menerima bantuan tersebut. Lain pula berkaitan subsidi minyak dimana semua golongan dapat selain bukan warganegara juga bole menikmati subsidi tersebut yang sepatutnya dinikmati warganegara saja, jadi kerajaan sekarang tengah berusaha mengurangkan pemberian subsidi secara berperingkat supaya perbelanjaan kerajaan dapat digunakan ke arah yang lebih utama dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Jadi sebagai rakyat kita kena bersedia sekiranya suatu hari nanti apabila tiba saat dan ketikanya kerajaan memberhentikan pemberian subsidi kita sebagai rakyat kurang merasai kesan impaknya jika kita berjaya keluar dari kepompong paras kemiskinan. 
Untuk aku yang tak layak menerima bantuan STR, SARA, Mykasih ni bila suatu hari nanti kerajaan memberhentikan pemberian subsidi tersebut tidaklah ketara merasai kesannya kerana dah terbiasa dan mampu merancang kewangan sedia ada, berbanding individu yang menerima bantuan subsidi tersebut yang memungkinkan perancangan kewangan beliau sedikit terjejas. Jadi sebagai manusia yang diberi akal sediakanlah payung sebelum hujan menimpa.

Sunday, July 27, 2025

Hina sangatkah PPKI?

 


Sedikit perkongsian tentang skeptikal pemikiran netizen M'sia tentang sesuatu perkara yang masih menganggap sesuatu perkara sebagai second class mindset. Sebagai contoh bila sesorang itu bergelar guru, org akan tanya mengajar sekolah menengah atau sekolah rendah? sebab apa, bg mereka guru yang mengajar sekolah rendah lebih rendah gred dari guru sekolah menengah sedangkan hakikatnya sekarang semua guru tak kira la di menengah atau rendah gred adalah sama iaitu bermula dengan gred DG 9. Jadi guru2 sekolah rendah sering dipandang sebagai guru second class.

Begitu juga apabila seorang guru dinilai berdasarkan subjek apa yang depa ajar, guru2 yang mengajar PPKI atau Pendidikan Khas Integrasi dipandang sebagai guru yang level rendah dari guru2 yang mengajar subjek perdana. Isteri aku adalah seorang guru PPKI jadi benda2 pandangan skeptikal masyarakat sekeliling ni sering berlaku kerana mereka beranggapan untuk menjadi guru pendidikan khas ni tak sesusah seperti menjadi guru2 subjek perdana spt guru BI, BM, Sains, Biologi. Tapi di kalangan guru2 Pendidikan Khas juga terdapat ramai daripada mereka yang lepasan Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan ada yang mampunyai kelayakan diploma dalam bidang Perakaunan, Sains , B.Inggeris. Sebabnya dulu ramai terjadi lambakan guru jadi mana2 guru aliran perdana yang tak dapat posting tu diserapkan menjadi guru Pendidikan Khas. Dan ada juga guru2 dari aliran perdana yang menukar option menjadi guru Pendidikan Khas sebab workload guru aliran perdana disamping tekanan memenuhi KPI yang dikehendaki Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah menyebabkan ramai guru aliran perdana menukar option ke pendidikan khas.

Selain itu ada juga sindiran dari org sekeliling terdekat bila tau yang wife aku mengajar Pendidikan Khas , "Oh ang mengajaq budak2 cacat" ujar si polan hehehehe... wpun kedengaran agak kasar perkataan cacat sebab masyarakat la ni diajar untuk menggunakan perkataan OKU berbanding cacat. Tapi realitinya kalau org yang ada kenalan terdekat yang mengajar Pendidikan Khas integrasi iaitu Pendidikan Khas di sekolah2 biasa dan bukan di sekolah2 Khas Pendidikan Khas baru depa tau yang ramai pelajar2 tersebut adalah sempurna sifatnya dan ramai adalah dari kalangan oku pembelajaran akibat didiagnos menghidap slow learner, autism, ADHD, disleksia, sindrom down dan sangat kurang dari oku fizikal. Sebabnya ada pelajar2 wife aku penah mai beraya di rumah aku dan jiran2 aku penah tanya, kawan2 anak aku ka, aku jawab bukan, tu student wife saya, dan jiran kata bukan wife mengajaq budak2 pendidikan khas tapi saya tengok semua normal ja, pastu aku terang la yg budak2 tu pendidikan khas masalah pembelajaran baru la dia tau sbb dia ingat semua budak2 pendidikan khas ni budak2 yang mengalami kecacatan fizikal macam kudung, bisu, pekak dan buta, rupanya banyak kategori OKU ni.

Aku juga tak salahkan depa, sebab kadang2 org luaq ni tak terdedah lagi dengan  pendidikan khas selagi tiada org terdekat yang terbabit. Tak salah kalau tak tau tapi cuba memahami yg salahnya kalau tau tapi ayat seolah2 menyindir tu yang tak sedap dengar. Yang si polan yang kata wife aku mengajar budak2 cacat tu last2 baru tau yg menantu dia berapa kali dah cuba apply jadi cikgu pendidikan khas tapi tak pernah berjaya, walaupun ada org terdekat yang selalu sindir walaupun dengan niat untuk melawak tapi kadang2 berbekas juga di hati wife aku macam dok sebut "patut la ajaq budak2 pendidikan khas, level pun sama dengan budak2 tu ja hahaha.." walaupun niat melawak tapi kalau la benda tu jd kat anak cucu depa baru tau la kot. 

Jadi kadang2 aku tenangkan wife aku dengan habaq kat dia abaikan ja kata2 tu, apa yang penting niat kita untuk mengajar tu iklas kerana Allah, dan dengan rezeki mengajar kanak-kanak pendidikan khas la kita mampu membesarkan anak-anak dengan serba selesa cukup makan pakai semua, kalau tidak takkan Arwah Nurly Shahirah huffaz Al-Quran  yang meninggal dalam nahas bas pelajar UPSI di Gerik bercita-cita menjadi Guru Pendidikan Khas dan ingin melahirkan hafiz dan hafizah Al-Quran dari kalangan pelajar2 dari Pendidikan Khas, betapa besar pahala yang mengalir apabila kita mengajar anak-anak pendidikan khas.

Thursday, July 17, 2025

Perubahan teknologi dalam pengambaran video/filem dahulu dan sekarang


Terdetik aku nak kongsikan kenangan-kenangan ni lepas aku tertonton program di belakang tabir sebuah drama di tv3 yang mana aku agak terkejut sebab untuk sesetengah scene krew yang terlibat sangat sedikit dan peralatan pengambaran yang digunakan saiz semua sangat comel dan mudah untuk dibawa. Sangat-sangat berbeza berbanding zaman aku belajar dulu di fakulti , tapi ya la tu cerita 20 tahun sudah, kompom2 banyak teknologi yang bersifat baru merubah dengan waktu. Sebagai contoh kamera Beta ni, dulu nak angkat kamera ni bole tahan jugak dlm 15 kg, dan klu nak tgok view kena guna viewfinder sampai terpaksa guna pembantu klu kena view POV. La ni kameraman senang ja nak ambik shoot sbb kamera terkini dah canggih , ringgan dan senang nak guna, nak tgok view ble ja tgok dari screen tanpa guna viewfinder.
Ni contoh kamera Beta yang aku try guna masa Pengambaran Drama Fakulti kat Air Terjun Ulu Yam arahan Prof Madya Razak Mohideen.
Masa zaman aku tu masih pakai tape jadi kalau nak edit tu wajib kena ada digital Betacam Video Tape transfer ni, untuk transfer jadi digital ke komputer untuk edit.
Masa zaman aku dulu yang paling leceh adalah kena angkut lighting, berat seketoi-seketoi lighting masa tu berat gila, tambah2 yg watt tinggi, nak pasang tu punyala seriau takut tak pasang betoi2, terbalik lampu tu jahanam nak kena ganti balik. Tambah2 nak angkat dan pasang kat tempat lain lepas habih2 satu2 scene, dah la panas, berat plak tu, mmg satu kerja yg ramai budak2 tak mau terlibat, pastu klu nak dapatkan kesan lighting yg smooth kena letak sugar paper depan lampu lighting tu dan kepit dengan pengepit baju. Tapi dengan perubahan teknologi, lighting sekarang dicipta hanya menggunakan mentol led ja yg lebih ringan, lebih terang, lebih senang ejas kecerahan lampu ,lebih jimat penggunaaan elektrik dan kalau takdak suis elektrik hanya perlu caj dengan powerbank ja, jd memudahkan segala urusan krew2 bila nak ubah sana-sini.
Peralatan ni kami panggil Dolly, ia digunakan untuk membolehkan  rakaman dapat diambil dengan lebih smooth dan lancar. Kalau dulu nak pasang track dolly dah macam pekerja zaman buruh paksa yg kena pasang landasan keretapi zaman jepun hahahhaa... sebab track dia ble tahan berat dan nak usung satu2 pun renyah. Pastu nak kena tolak kameraman yang dok atas dack dolly tu, klu kena kameraman yg kurus untung la, kena kameraman yang saiz gorilla afrika timur, mau keluaq buasir nak kena tolak kakakakakaka....
Ni masa projek pengambaran aku ngan abang2 senior yang kacak (masa kat u mmg wajib panggil depa dengan gelaran ni hahaha...), masa ni depa tengah pasang track dolly utk scene dlm opis, aku tengah tunggu giliran depa panggil utk apa2 pertolongan, biasa la budak2 junior kakakaka.... kat seluaq aku tu penuh penyepit baju utk guna letak sugar paper kat lighting, dan maskin tape kat tangan tu utk  lekat   kat clapperboard bg senang nak tulis scene2 dan take yang ke berapa. Ok clapper board dulu utk shoot scene dan take ke berapa kena tulis, tapi la dah mudah, semua clapperboard semua dah digital tinggal setting ja utk scene ke berapa dan take ke berapa.
Sapa2 dulu yang kena tugas pegang mic boom sahih komplen sebab lenguh tangan kena pegang mic boom lama2 hahahaha... tapi la mudah, ramai pelakon2 pakai wireless mic, sembunyi dalam baju, tugas mic boom dah takdak, jimat belanja upah utk krew dan sound audio pun jelas.
Ni mic boom yang aku karaoke dalam hutan dengan lagu "cek mek molek" hahahaha...besaq mic ni, ya la nak tangkap audio tambah2 dlm hutan mmg terpaksa guna mic boom yg berkualiti.
Monitor untuk pengarah dulu ble tahan gedabak nak usung ke sana, ke mari, klu kena scene tengah panas jenuh balut ngan kertas hitam sebab pengarah silau nak tengok skrin kat monitor. La ni dah mudah, monitor pun dah nipis, senang nak usung, silau pun dah kurang sebab guna skrin led berbanding dulu guna skrin kaca.
Yang atas tu jib Arm crane yg digunakan Pengarah Prof Razak Mohideen dalam Filem Anak Mami the Movie. Tengok dia punya besar siap ada tempat untuk pengarah dan kameraman duduk, sebenaqnya ada jib arm yang kecil sikit saiz dia, maybe yg Prof Razak guna ni lebih sesuai untuk filem, untuk drama ada yang saiz kecil sikit utk kamera Beta tapi jenuh jugak kameraman nak kontrol, dan merupakan salah satu shoot rakaman yang digemari pengarah Rasyid Sibir. Yang bawah tu jib crane yang depa guna la ni, lagi canggih , kameraman kontrol kat bawah ja tak payah follow  kamera, skrin ngan shoot ble ejas kat bawah, mudah banyak, senang kirija hahahaha...

Tapi ni perkongsian aku yang dah lama tinggal bidang ni sebab bekerja luar bidang, bagi rakan2 atau org lain yang bekerja dalam bidang ni mungkin tak terasa sangat perubahan teknologi dalam bidang penyiaran ni dan dari masa ke semasa segala teknologi yang dicipta kini makin memudahkan urusan gerak kerja manusia, dan sedikit demi sedikit peluang kerja manusia diambil alih oleh ciptaan teknologi dan kesan2 pengganguran akan banyak memberi impak pada generasi anak cucu kita kelak jika mereka tak kuasai bidang teknologi maklumat dan AI.