Jangan Clik

Sunday, October 30, 2011

Kutub Khanahku (hobi membaca)

Antara koleksi yang aku suka kumpul termasuk la komik2 dan buku kartun, seingat aku, aku pernah beli keluaran pertama majalah Ujang tahun 1994 klu tak salah aku, tapi majalah tu dah ilang pi mana tah, sayang ooo.. keluaran tu musti dah rare la ni. Antara koleksi awal aku adalah komik Pendekar Laut Generasi 2, yg generasi pertama aku tak layan sangat sebab crita dia boring skit.Komik ni aku start kumpul masa tingkatan 3 sekitar taun 1997, tiap2 minggu duit yg mak aku bg utk belanja hari2 pi sekolah tu aku kumpul beli komik nih, masa tu rega dia Rm 3.00 dan majalah ni keluaq tiap2 minggu. Dari tiga Generasi Komik Pendekar Laut aku rasa Generasi yg kedua la yg paling best. Sebenaqnya gambaq kat atas tu komik yg telah dijilidkan, komik betoi dia nipis sikit dan saiz A4, tapi komik tu dah banyak ilang, biasala bila dah ramai yg pinjam ni musti ada yg hilang, siap yg kna muntah kucin pun ada huhuhuhu...tapi aku nekad kumpul balik dgan beli komik berjilid ni, lama-lama sekali baca balik seronok jugak. Jilid Komik Pendekar Laut ni aku kumpul Generasi 2 dan 3 ja. Bg aku gaya lukisan dan aksi yg agak moden membuatkan aku suka komik hasil Karya Wan Yat Leung ni berbanding karya pioneer komik Hong Kong, Tony Wong yg terkenal dgan komik Dewata Rayanya. Aku baca jugak komik tu tapi tak kumpul.

Pastu masa tingkatan 5 tahun 1999 demam komik Jepun Slamdunk melanda, apalagi kumpul plak la dari bil. 1 hingga episod last bil. 31. Masa ni la komik Manga Jepun mendominasi pasaran komik yg selama ini dimonopoli oleh komik dari Hong Kong. Komik ni Hasil Karya Takehiko inoue mengenai permainan Bola Keranjang, disebabkan komik ni lah aku tau serba sedikit peraturan permainan Bola Keranjang. Kalau semua perasan mana-mana komik dari Jepun yg popular musti akan dibuat animasi kartun macam Dragon Ball, Slamdunk,Dr. Slump,Naruto, One Piece, Shin Chan dan macam2 lagilah.

Lepas tu aku gila sat dengan karya Mangaka Akira Toriyama yg mana aku first kumpul komik dia adalah Dr. Slump dari Vol. 1 Hingga Vol. 18. Ada jugak aku kumpul komik one shoot karya Akira ni macam Cashman, Nekomajin, Sandland, Cowa, Kajika, Dragon Boy dan Pulau Ajaib. Karya Akira yg aku suka selain jalan cerita yg menarik dia jugak ada selitkan unsur2 humor yg mmg pecah perut selain ilustrasi yg mmg menarik dari kartunis Lagenda Jepun nih.

Dan sememangnya akan rugi kalau aku meminati Karya Akira Toriyama tapi tak kumpul komik Masterpicenya iaitu komik Dragon Ball. Sebenaqnya aku agak lambat dlam kumpul komik Dragon Ball ni sebab dok kumpul komik lain, maklumla masa tu masih bergelar status pelajar mana la mampu nak beli komik banyak2 jenis, jd terpaksalah aku kutip2 sikit beli bagi cukup semua bilangan. Sebab cerita dia panjang dari Vol. 1 hingga Vol. 43.

Selain karya dari luar aku jugak ada meminati karya-karya dari kartunis tempatan, dan antaranya mestilah lagenda kartunis Malaysia Dato' Lat yg terkenal dengan karya Kampung Boy. Di Atas adalah antara hasil karya Dato' Lat yg aku sempat kumpul, ada lagi karya Lat yg takdak dlam koleksi aku sebab payah nak jumpa dah, dlam Mudah.com ada la jgak aku beli 1-2 keluaran lama yg depa jual balik. Pasepa karya Dato' Lat terkenal? salah satunya karya beliau banyak mengisahkan tentang hidup sosio budaya dan ekonomi kampung di Malaysia yg tak pernah diexpose oleh kartunis lain yg akan membuatkan kita teringat kembali nostalgia zaman kanak-kanak di kampung yang banyak aktiviti kampung sekarang ni dah makin pupus. Lagi satu banyak hasil Karya Dato'Lat dalam bahasa Inggeris jadi mudah bg masyarakat antarabangsa untuk memahami karya beliau.

Karya -karya kartunis lain yg ada dalam simpanan aku macam Komik cinta yg maha agung,Kartini dan Kartini Kembali, nukilan Tembakau, Komik ilustrasi yg agak kreatif dan menarik bg aku iaitu komik Loveville karya Aie, Bedtime Stories yg lawak gilo karya Lambok dan jugak Mega Movie karya Ambo.



Selain komik dan majalah kartun ada jugak la aku simpan koleksi masa stadi dulu macam buku-buku novel dan ilmiah di mana banyak koleksi aku dari novel karya Sasterawan Negara seperti karya Dato' A. Samad Said, Keris Mas, Pak Sako, Shahnon Ahmad serta bekas lecturer aku iaitu Faisal Tehrani dan ada jugak karya kontroversi seperti buku Shit, Buku Politik Karya S.H Al-Attas dan buku kisah Perjuangan Memali Ibrahim Libya. Terdapat jugak buku hasil tulisan tokoh terkenal dari Tun Dr. Mahathir dan juga buku dari Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dari semua buku hanya satu buku yg aku paling minat iaitu buku Himpunan Cerpen Underground hasil dari penulis Shahril dan Faisal Tehrani, kerana bg aku banyak hasil karya mereka berlandaskan kisah kebobrokan masyarakat kini yg diolah menjadi sebuah cerita yg agak skeptikal tetapi menarik untuk diulang baca.

Selain buku2 komik dan novel aku ada jugak kumpul brosur2 teater seperti di atas, di mana brosur2 tersebut adalah brosur Pementasan Teater yg pernah aku tonton masa zaman stadi dulu , la tak pernah pi pun, payah nak usung anak2 yg masih kecik tu. Dan yg paling berharga adalah brosur Teater Alang Rentak Seribu sebab ada tandatangan dari para pelakon dia seperti Adlin Aman Ramli, Rosdeen Suboh, Khatijah Tan, Yalal Chin dan ramai lg la.

5 comments:

  1. Kat mane sy nk beli koleksi komik kartini? ..klau x kbertan leh mesej sy 0182234389

    ReplyDelete
  2. Kat mane sy nk beli koleksi komik kartini? ..klau x kbertan leh mesej sy 0182234389

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro ble dapatkan koleksi komik Kartini dan Kartini Kembali di laman online kedai buku PTS Media Group sdn bhd.

      Delete
  3. boleh tuan jualkan pada saya karya tok akira (cashman, budak naga, neko majin dll). dan juga slamdunk kalau takkeberatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. komik2 tersebut merupakan koleksi peribadi saya, saya belum bersedia untuk menjualnya, maafkan saya :)

      Delete