Jangan Clik

Tuesday, December 18, 2012

Hari Kecemerlangan Tadika PRASIS

 Hari kecemerlangan Syakirin di Tadika PRASIS jatuh sama hari dengan Kenduri sepupu aku, tapi aku ambik masa sat mai majlis ni sebab Syakirin dah lama dok trening persembahan utk majlis kecemerlangan nih. Majlis ni dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz yg dijemput dan hafazan Al-Quran dari pelajar lelaki dan perempuan.
 Majlis dibuat di Dewan Lembaga Pertubuhan Peladang Jalan Kaki Bukit. Ramai jugak ibu bapa yg hadir utk memberi sokongan dan melihat persembahan anak2. Dari persembahan bahasa Arab, Melayu hinggalah Bahasa Inggeris. Bagi ibu bapa juga dibuat cabutan bertuah dan sedikit Perkongsian ilmu dari Ustaz MRSM Baling yg juga anaknya dihantar ke tadika ini dengan memberi sedikit info serta ilmu utk dikongsi bersama.
Syakirin dapat jugak hadiah pensel warna utk pelajar 3 tahun dan hanya pelajar usia 4 hinga 6 sahaja yg ada hadiah kecemerlangan dari no 1 hingga 3 bg subjek Agama  dan subjek lain.

No comments:

Post a Comment