Jangan Clik

Wednesday, July 17, 2013

Bercuti Ke Krabi

Kami sampai di Krabi dah dkat Maghrib, Lepas solat kami bertolak ke Restoran Steamboat Muslim di Pekan Krabi utk mengisi temolok yg sedia lapaq. Bas takleh masuk ke restoran nih sebab lorong dia kecik ja, bas bole parking kat luaq dan kita ble jalan kaki lebih kurang 30 meter ja dri jalan besaq. Masa kami sampai tu org dah ramai, tapi seb baik la kami dah booking awai. Bayaran dikenakan adalah RM 23.00 seorang dan berbaloi makan sini sebab, satu-kita bole makan sebanyak mana pun, jgan sampai pecah perut sudah, kedua-bahan mentah yg disediakan banyak yg fresh cam, daging, daging ayam, udang, perut lembu, hati lembu, paru lembu dan ada juga makanan frozen yg lain. Turut disediakan adalah nasi putih, nasi goreng dan minuman  lai chi kang . Cuma kena berebut sikit la sebab org punya ramai termasuk org tempatan dan pelancong dri malaysia. Tempat pun menarik, tapi bg sesapa yg ambik bahan banyak dan tak mkn habih bole dikenakan denda oleh pihak restoran iaitu dendanya cium ketiak Marlon Alex James lepaih dia habih trening bola hahahaha.... mmg dikenakan denda tapi dalam bentuk wang Baht la, bukan apa dia buat nih supaya pelanggan tak membaziaq ja.tapi takdak kot yg kna denda.
Selesai mentekedarah sedikit sebanyak , kami pun singgah di pasar malam Krabi yg terletak di Pekan Krabi nih. Banyak info yg aku dapat dri blogger2 lain yg berkunjung ke sini di mana banyak souvenier dan barang2 kita bole dapat dgan rega murah kat sini berbanding di Pantai Ao Nang.Besaq jugak pasar malam nih, dan banyak kali jugak la terserempak dgan turis dri Malaysia. Sempat la aku snap remaja Siam nih main congkak kat sini, klu belah kita nu dah kurang dah anak2 remaja main permainan tradisional nih, yg ramai pakat main hanya Candy Crush ja dgan main kawin-kawin di hotel2 murah hawhawhaw...
Selain baju2, beg, cenderamata terdapat jugak makanan2 yg unik kat sini cam ais krim goreng tu, tapi aku tak beli pun sebab yg jual non muslim. Kat sini klu nak beli makanan halal tak susah, cari ja penjual yg pakai tudung atau gerai dia yg ada tulisan Jawi. Sempat jugak aku jd konduktor, bukan konduktor bas tapi konduktor orkestra budak2 yg main alatan muzik tradional tersebut yg mana aku konduk depa utk mainkan muzik yg berentak agak pantas iaitu Joget Hitam Manis.
Selain harga yg murah, kat sini jugak ada di jual baju dan souvenier yg pelbagai jenis dan kita bole membuat pilihan yg mana bekenan kat hati. Kreatif org2 depa nih, siap anyam daun jadi bunga. Kalau kat pantai Samila Songkhla ada patung ikan duyung emas, kat sini pun ada juga, iaitu patung dugong emas hahahah.....sebenaqnya mamat nih artis jalanan yg mana dia berdiri kat situ tak gerak2 dan sesapa nak contiang kat badan dia dipersilakan dan bg la upah sikit kat dia.
Sesampainya di Pantai Ao Nang yg terletak lebih kurang 32 kilometer dari Pekan Krabi, kami telah mengcheck in kan diri di Ao Nang Hotel. Bg aku hotel ni antara yg paling selesa la, dgan bilik luas, pemandangan menghadap swimming pool , dan tak jauh dri pantai. Rate sini lebih kurang Rm 130.00 dan disediakan breakfast.
Paginya selepas sarapan, aku pun berjalan2 tenuk di Pantai Ao Nang, cadang nak mandi, tapi tak jadi la sebab laut dia berselut sikit tak macam Pantai Patong, dan pasair dia pun tak semulus pasir kat pantai patong atau mcm kat pantai cenang, pasir dia ni banyak kulit siput. Jadi aku simpan balik bikini yg aku bawak nih dalam poket, rugi plak rasanya takleh mandi, penat bawak bikini g-string aku ni ja. Kat pantai ni jugak ada signbord ttg bahaya klu kena sengatan obor2, mungkin banyak kot obor2 kat sini (tak termasuk larian obor sukan olimpik). Bus Stop kat sini menarik sebab kita akan ditemani patung beruk2 spastik w'pun kita takdak kena mengena dgan beruk makyeh nih.
Selalunya pelacur2 eh silap plak....pelancong2 yg mai sini kebanyakannya pi naik bot ke pulau-pulau yg ada sekitar sini, pulau2 kat sini mmg cantik cam Pulau Phi Phi, Pulau Poda , Pulau Ayam dan jugak Pulau Koh Tub, yg mana bercambah gerai Tour trip ke pulau2 disediakan di sini.Cuma Pantai Ao Nang nih tak la semeriah mcm di Pantai Patong, Phuket, tapi kalu sapa2 nak tenangkan fikiran sambil perabihkan duit dan tambah dosa tgok aurat , ble la mai sini. Post Polis sini cantik depa boh topi polis buat bumbung, cuma polis ja takdak. ATM kat sini letak tepi2 jalan ja, klu kat Malaysia nih, habih kna angkut ngan bekho rasanya thihihihi.....
Last sekali singgahan kami adalah kat kedai di Krabi, aku lupa plak nama kedai nih. Kat sini klu nak rasa makanan laut kering ble la beli utk rasa dan kebanyakannya ada logo halal, ada serunding ikan, serunding udang, serunding ketam,serunding ayam dlll. Ada jugak keropok ikan, ketam dan udang. Sini kita ble rasa dulu bru beli, aku dan jugak rasa serunding udang, ok gak la rasa dia, cuma pedaih sikit ja. Souvenier pun ada cuma tak banyak pilihan. Lagi satu kalau sesapa yg penah mai Thailand kita akan perasan no plat kenderaan Thailand ni ada mcm2 warna, dan jugak la aku tanya kat org setempat dan dia habaq kalau plat yg kaler putih nih kenderaan utk orang perseorangan, plat warna kuning adalah utk kenderaan pegangkutan mcm lori, van, teksi, tuk tuk, plat yg kaler hijau utk kenderaan perniagaan cam van kedai, lori kedai, van pelancongan dan yg plat kaler merah utk kenderaan yg belum didaftarkan macm kenderaan test drive. Itu sajalah yg dapat aku kongsi mengenai trip aku kali ni ke Phuket dan Krabi sampai jumpa lagi di waktu dan rancangan yg sama iaitu rancangan Propagendut di TV sembilan belaih. Merapu plak dahhh....

10 comments:

  1. Salam. Dapat juga dijadikan panduan bagi yg berminat ke Krabi. Cuma dari segi bahasa adalah lebih baik digunakan bahasa malaysia yg baik. Elakan memasuki perkataan seperti pelacur dan yang tidak elok. Syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran atas penggunaan bahasa dlm blog saya nih, saya akui kadang2 terdapat beberapa perkataan yg kurang elok dan saya minta maaf andai ada yg kurang senang dgan maksud perkataan tersebut. Cuma yang ingin saya tekankan di sini adalah sebarang penulisan dlm blog saya lebih kepada santai dan diselitkan unsur humor atau dlm bahasa modennya dark komedi atau humor sindiran dan juga penulisan underground yg mmg tidak menuruti silibus unsur frasa penulisan rasmi. Perkembangan unsur dark komedi dan penulisan inderground ini dah banyak terdapat di dlm blog2 lain dan adalah salah satu bentuk penulisan yg saya atau mungkin generasi saya minati sebab dia unformal, kreatif dan kelakar. Selain memberi maklumat saya selitkan juga unsor humor tak kira la yg bole dklisifikasikan 18X, 18PG, 18PL atau apa saja, ia hanyalah utk memberi halwa mata dan menambah keseronokan dlm lawak yg disampaikan, itu saja, jikalau ada sesetengah pembaca kurang selesa dgan gaya penulisan saya, saya mintak maaf tetapi tak mungkin saya akan mengubah penggunaan gaya bahasa tersebut kerana itulah gaya bahasa saya hasil dri output serebrum, serebelum dan medula oblongata saya.

      Delete
  2. Anyway saya suka je bahasa tu. Mungkin org yg open mind je leh terima. Bukan semua la. Ni lah blog yg abis saya baca. Saya nk tau stemboat tu kat ne? Sedap x? Bersih x? Tq kalau sudi jawab.

    Leh juga ke page saya isabellaidura.blogspot.com
    Takut bila u balas i x perasan. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...makasih la sudi baca nukilan blog saya yg naif nih, kedai steambot tu terletak di Pekan Krabi, kedai dia mmg bersih dan sedap, saya nih kat Malaysia tak penah pi kedai steamboat, bila pi kat sana sedap ropanya makanan steamboat nih, patut la org pi ramai. Kalu singgah di Pekan Krabi pi la restoran nih , mmg mabeles, cuma lokasi yg btul2 saya tak berapa nak ingat sebab smpai sana pun mlm, tak berapa nak cam sgat.

      Delete
  3. salam hotel annong tu klu kita g satu family ada charge lain yg dikenakan tak. sbb ada terbaca kanak2 lebih 3 tahun dh kira dewasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dia tak charge, dia kira harga sebilik ja.

      Delete
  4. hai... menarik betul blog ni boss. sya nak tnya, penggunaan bahasa kat sana masih dalam bahasa malayu ke or inglish? maklum lah, sye kalo bahasa inglish ni failed sikit. planing lepas raya la nk pegi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Krabi mostly penduduk Melayu sana tak reti berbahasa Melayu, depa hanya boleh berbahasa Thai dan bahasa inggeris sikit2 sahaja, kalau nak berkomunikasi dgan depa mmg kita terpaksa guna bahasa Inggeris.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete