Jangan Clik

Sunday, July 5, 2020

Industri buku kian suram

Bagi kanak2 yang membesar di era 80 an dan 90 an pasti ternanti-nanti setiap minggu atau hujung bulan bagi mendapatkan keluaran terbaru siri komik atau majalah kegemaran waktu itu seperti Komik Dragon Ball, Slamdunk, Pendekar Laut, One Piece, majalah Ujang, majalah Apo, majalah Gila-Gila, Majalah Arena Bolasepak dan pelbagai lagi yang sangat rancak pada era itu. Dan pembudayaan minat membaca dari kalangan kanak2 waktu tersebut membawa hingga ke usia dewasa.Tapi itu cerita dari sudut generasiku, generasi yang dapat melihat dan merasai banyak industri2 dunia hilang ditelan arus teknologi maklumat di hujung jari, dunia alam maya internet. Antara industri yang terkesan akibat tidak mengikut arus derasnya perubahan  sudut teknologi ini yang boleh kita lihat sebagai contoh adalah hilangnya kedai2 cuci gambar, apabila berkembangnya teknologi telefon pintar berkamera dan memory card, banyak kedai2 gambar telah gulung tikar atau terpaksa mempelbagaikan fungsi bisnesnya dari kedai cuci gambar ke kedai peralatan kamera atau mengambil perkhidmatan fotografi perkahwinan dan lain2 acara. Gulungan filem Kodak atau Fuji menjadi barang lipatan sejarah apabila kamera gambar digital diperkenalkan di mana pengguna boleh mencetak sendiri gambar2 tersebut dan menyimpan di dalam cakera keras berkapasiti yg mampu memuatkan beribu ribu gambar yang memudahkan dan menjimatkan wang ringgit.
Aku perasan akhir-akhir ini industri buku kian tenat apabila banyak judul2 buku hilang dipasaran tanpa sebab dan apabila diselidiki rupanya syarikat penerbitan tersebut sudah gulung tikar atau unitnya ditutup antaranya majalah Anjung Seri, Arena Bolasepak, Jelita dan Majalah Bolasepak Wisel.Antara syarikat2 penerbitan yang banyak mewarnai zaman kegemilangan komik2 tanahair yang juga telah gulung tikar adalah Penerbit Comic House yang telah ditutup secara rasminya pada tahun 2016, syarikat penerbitan ini banyak menerbitkan komik alih bahasa popular dari komik Jepun seperti Dragon Ball, One Piece, Kungfu Boy,Dr Slump, Dragon Quest, Yuyu Hakusho, Sailormoon dan Bleach. Mengikut jejak Comic House pada tahun berikutnya untuk menutup operasi yang sudah berusia 30 tahun adalah Penerbitan Tora Aman yang menerbitkan komik2 terjemahan seperti Doraemon, Slam Dunk, GTO dan Detektif Conan. Walaupun majalah Kreko pernah cuba diterbitkan dan mengambil alih pasaran pada tahun 90an hingga awal 20 an tetapi kini aku tengok pengeluarannya sudah nyawa2 ikan dan banyak dibuat jualan secara bundle dengan harga yang murah. Nasib baik sebelum penutupan operasi syarikat penerbitan tersebut aku berjaya melengkapkan koleksi komik2 dalam simpanan aku macam Dragon Ball, Slam Dunk dan Dr Slump dan beberapa komik Akira Toriyama yang bukan bersiri macam Nekomajin, Cashman, Pulau Ajaib, Kajika, Cowa dan Sandland.
Terdetik aku nak nukilankan industri yg kian terkesan ni apabila aku perasan helaian suratkhabar Harian Metro yang semakin nipis isinya dan penutupan beberapa surat khabar berbahasa Melayu walaupun sudah berada dalam industri berdekad lamanya seperti terkuburnya syarikat penerbitan Utusan Malaysia walapun pelbagai inisiatif telah disuntik bagi mengelak syarikat tersebut terkubur terus untuk selama-lamanya.Kalau anda telusuri kedai-kedai buku tempatan anda boleh lihat betapa sedikitnya judul2 buku di rak2, ada rak yang sudah lompong sejak sekian lama, dan para usahawan kedai buku kalau anda perasan bukan sahaja menjual buku-buku tetapi juga mempelbagaikan dengan jualan alatan tulis bagi mengimbangi keuntungan atas jualan demi kelangsungan hayat perniagaannya. Hangat di media sosial baru-baru ini apabila tersebarnya tentang beberapa penutupan  Kedai Buku MPH di beberapa cawangan seperti di MPH Amanjaya, MPH Sunway GEO,MPH SACC Mall,MPH Mytown,MPH JB City Square, MPH Kinta City, MPH Mydin MITC,MPH Taman Universiti dan MPH Subang Parade. Satu berita buruk buat pengemar buku atau ulat buku amnya, dan industri yang kian suram ni bukan sahaja memberi kesan kepada para pekerja, karyawan penulis2 buku tetapi juga kepada peminat buku fizikal itu sendiri.
Penerbit komik-komik terjemahan dari Hong Kong lebih awal tutup kedai, semenjak kemunculan manga-manga dari Jepun, antara penerbitan komik2 Hong Kong yang sudah gulung tikar adalah seperti Chien Ling Enterprise yang popular dengan komik Pendekar Laut, Pendekar Sakti, Wira Tunggal dan lain2 dan Jademan yang menerbitkan komik popular seperti Dewata Raya, Alam Perwira, Jejak Wira dan banyak lagi. Banyak peminat komik2 Hong Kong sekarang terpaksa membeli di laman jualan online komik2 terpakai bagi judul2 yang diminati untuk dibuat koleksi kerana penerbitan komik2 ini sudah lama terhenti. Berakhirnya era pembacaan dan pembelian buku-buku fizikal ini adalah disebabkan ramai pengguna era digital kini lebih senang untuk membaca secara online yang mana lebih mudah dan semestinya percuma membuatkan ramai pembaca berhenti membeli komik atau buku bercetak. Bukan sahaja industri buku yang terkesan dengan arus teknologi kini tetapi banyak lagi industri seperti industri muzik yang banyak penyanyi sekarang hanya buat satu single lagu dan upload di youtube atau jual ke itunes untuk menjana pendapatan berbanding jualan album atau cd, begitu juga industri filem yang mana pengguna kini lebih memilih untuk menonton filem-filem baru hanya melalui streaming di internet dari membeli dvd dan percayalah cd player dan dvd player akan pupus ditelan perubahan zaman sedikit masa lagi seperti penutupan cawangan kedai Speedy Video di seluruh negara yang dahulunya gah dengan penjualan Cd,Vcd, Dvd dan Blue Ray Disc yang mana merupakan salah satu kedai yang sering aku kunjungi di Giant Seksyen 13 ketika berkuliah di Uitm Shah Alam sedekad lebih yang lalu dan apabila budaya membaca buku fizikal kian terhakis pasti perpustakaan kian sunyi dimana struktur organisasinya mungkin terpaksa dikecilkan demi penjimatan kos atau membuat perubahan dengan menjadi perpustakaan di dalam talian.

Walaupun begitu masih ada penerbit-penerbit buku yang masih bernafas sehingga kini dengan membuat pelbagai inovasi seiring perubahan teknologi kini dengan membuka laman web dan membuat jualan secara online seperti penerbit Gempakstarz yang mana selain menjual di laman online mereka juga memasarkan komik2 pengeluaran mereka di cawangan2 kedai 7E seluruh negara, syarikat MOY Publication yang dahulunya dikenali dengan pengeluaran majalah Apo dan Ujang yang juga telah dihentikan dan membuat perubahan dengan mengeluarkan majalah Bekazon secara fizikal dan maya serta membuat cetakan semula kartun2 lama yang dijual secara online di laman webnya. Ada juga penerbit2 lain yang mengikuti arus perubahan teknologi kini dengan membuka laman web jualan online seperti Karangkraf, Sasbadi, PTS media,KomikM dan banyak lagi yang sering memeriahkan Pesta-pesta buku seluruh negara saban tahun dan tahun ini menjadi detik bersejarah akibat penularan wabak Covid 19 apabila buat pertama kalinya Pesta Buku International Kuala Lumpur 2020 dibuat jualan buku secara online iaitu di laman jualan terkenal Shopee dari 25 Jun hingga 8 Julai 2020 dengan menawarkan pelbagai diskaun dari pelbagai penerbitan.

Bagi ulat-ulat buku seperti aku pun terpaksa mengikut arus perubahan di mana  buku-buku yang mana tiada di pasaran kedai2 buku tempatan terpaksa mencari dan membelinya secara online demi memenuhi santapan minda kerana banyak penerbit-penerbit buku independent hanya menjual buku-buku terbitannya melalui jualan online seperti penerbit Laras 99, Dubok Press, Jejaktarbiah, Kasiterbit dan pelbagai lagi,begitu juga dengan penerbit2 komik terjemahan dari jepun seperti penerbitan Rumah Komik, 77 Manga, Projek B.M, WOS Limited Manga BM dan lain2 yang anda bole lawat di page mereka di facebook untuk dapatkan komik2 kegemaran secara dalam talian selain jualan komik-komik mereka di laman jualan Shoppee dan terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana sanggup berubah demi terus kekal relevan. Aku berjaya juga mempengaruhi budaya membaca di kalangan anak2 aku walaupun sekadar buku komik kerana dari buku komik lah aku menjadi pembaca buku tegar sehingga kini walaupun berubah ke genre pembacaan non fiksi, selain membudaya dan menerapkan pembacaan dari usia muda ia juga dilihat sebagai penyambung legasi industri buku di tanahair kerana dimana ada pesta buku di situ ada aku sekeluarga. Wassalam...

No comments:

Post a Comment